Ikuti Blog ini

Lima Tahun Osama Tidak Meninggalkan Kamarnya Sehingga Ditembak Mati

Setelah Osama bin Laden ditembak mati tentera Amerika, isteri mudanya Amal al-Sadah kini ditahan dalam pengawasan ketat pihak tentera Pakistan. Perempuan dari Yaman yang cedera ditembak Ahad lalu, sedikit demi sedikit mulai bersuara bagaimana suaminya ditembak.

Dia berkata suaminya, Osama Bin Laden hampir lima tahun kebelakangan ini hanya menghabiskan masa di kamarnya, hingga ia ditembak oleh tentera Amerika.

Ia dituturkan Amal semasa soal siasat oleh tentera Pakistan pada hari Khamis-5/5/2011 bahawa dia dan suaminya tidak pernah berganjak dari kamarnya selama hampir dari setengah dekad.

Osama telah ditembak di kepala dan dadanya. Jenazahnya dibuang ke laut. Alasan karut pemerintah AS membuang mayat Osama, kerana takut kuburnya dipuja pengikutnya.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .