Ikuti Blog ini

Beza antara 'KATAK MELAYU' & 'KATAK CINA'

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEi7yf3yGk7k6zJjwvoPJwgs_5tVFW46guz1sc-DQkQIR6R5Cl-4KcYXiywIz9kBPrTM4NiOPsIKwm88jtHgTNeYO_MLiRrb99ySzGTM7UOjq7N5wKJkPozEjxUIA2Rx39NlwIqsMY4apLlE/s320/zul+nordin+4-3.jpgOleh Haji Abdul Subky Latif

Sekalian pemimpin tertinggi PKR yang meninggalkan parti itu atas sendiri dan berbagai sebab mencerca parti itu dan pemimpinnya khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Antara mereka itu adalah pengikut Anwar sejak dalam Abim dan dapat rezeki dari Anwar. Dan antara mereka juga guru-guru universiti. Anwar itu seoleh-oleh tak elok langsung.

Antara pemimpin PAS dulu begitu juga. Ustaz-ustaz belaka. Mereka cerca PAS secukup-cukupnya.

Biasalah bagi setengah suami yang menceraikan isterinya, tak betul belaka jandanya.

Tetapi tidak begitu pula bagi Lee Lam Thye, bekas pemimpin DAP yang dilihat pintar dan lincah apabila dia meninggalkan partinya menjelang pilihan raya umum 1990.

Dia adalah seorang pemimpin yang seangkatan dengan Lim Kit Siang dan kehebatannya hampir menyamai Kit Siang. Ada pandangan kiranya Kit Siang berundur, Lam Thye salah seorang calon yang layak menggantikannya.

Amat menggemparkan apabila dia meninggalkan DAP. Tetapi tidak pernah dia membuat kenyataan buruk tentang partinya dulu dan rakan-rakannya.

Orang-orang DAP pun tidak pula memburuk-burukkannya.

Semua tahu Lee Lam Thye mendapat banyak kemudahan dan peluang dari kerajaan. Kita tidak tahu apakah dia seorang yang kaya raya. Tetapi dipercayai dia adalah seorang hartawan yang tidak menonjol.

Sekalian yang keluar PKR dan keluar PAS tidak keluar saja melainkan mereka dipeercayai mendapat sesuatu dari Umno dan kerajaan. Banyak mana mereka dapat itu adalah masalah mereka.

Untuk mendapat semua itu mereka sanggup mencerca bekas partinya dan pemimpin yang mereka sokong dulu. Bahkan mereka sanggup menjadi jurucakap untuk memburukkan parti yang mereka pernah sertai dan pemimpin yang pernah mereka puja.

Tetapi orang percaya Lee Lam Thye dapat jauh lebih banyak dari yang mereka dapat. Bahkan Lee Lam Thye mendapat kedudukan dan penghormatan yang jauh lebih baik dari sekalian yang mencerca parti dan rakan-rakannya.

Pantang ada kegiatan kerajaan, mereka muncul di kaca TV memuji kerajaan begitu dan begini dan menjunjung tinggi semua pemimpin kerajaan dan parti yang memerintah yang mereka pernah tentang dan cerca semasa bersama pembangkang dulu.

Tetapi Lee Lam Thye kalau muncul di kata TV dan membuat kenyataan dhttp://yayasan1malaysia.org/blog/wp-content/uploads/2011/03/6.jpgalam media, dia adalah bagi menyatakan sesuatu tentang kegiatannya dan kebaikan badan yang kerajaan amanahkan kepadanya.

Dia diberi peranan dalam kegian PLKN. Kenyataannya tentang PLKN adalah tentang rancangan sudah berjalan dan apa yang perlu dijalankan baik menambah baik perjalanannya. Tidak pernah dia mengangkat melangit kerajaan yang mengatakan latihan itu dan tidak pula memuji-muji menteri yang memberi penghormatan kepadanya.

Sehingga ini Lee Lam Thye adalah seorang yang dihormati oleh semua pihak dalam masyarakat. Malah dia lebih dihormati dari setengah menteri MCA. Menteri-menteri baik Melayu dan bukan Melayu tidak terlepas dari cacat celanya. Rakyat menilai prestasi dan penampilan mereka.

Setakat ini tidak ada yang memberi pandangan negatif tentangnya, pada hal dia adalah seorang pembangkang yang banyak dan lama mengkritik kerjaan dan Umno.

Tidak ada yang merasakan dia telah diperalatkan oleh pemimpin BN bagi memburukkan partinya.

Inilah bezanya bekas pemimpin DAP ini dengan lain-lain bekas pembangkang yang meninggalkan parti.

Tidaklah bererti meninggalkan pembangkang itu tidak betul belaka. Tetapi biasanya orang yang meninggalkan pembangkang dan menjadi penyokong tegas parti yang memerentah tidak diberi penghormatan tinggi oleh masyarakat bahkan mereka tidak dipercayai oleh setengah pemimpin dan penyokong kerajaan.

Antara mereka diberi layanan menggalakkan selama mereka berguna bagi memburukkan parti yang ditinggalkannya. Mereka dapat merebut peluang kebendaan untuk sementara dan diberi jawatan baik, tetapi antara mereka ada yang tidak dikendaki lagi.

Tetapi Lee Lam Thye terus diberi penghormatan. Dan dia terus tidak dapat digunakan untuk memburukkan parti dan bekas rakan-rakannya.

Inilah yang orang politik perlu belajar dari Lee Lam Thye. Sesiapa yang hendak melompat dari pembangkang ke pihak kerajaan, contohinya sesuatu dari Lee Lam Thye.M/I

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .