Ikuti Blog ini
DBKL, polis ‘kepung’ Dataran Merdeka, mahasiswa berhujan ,Jumaat, April 27, 2012 at 27.4.12,
KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)dengan dibantu polis ‘mengepung’ Dataran Merdeka dengan menutup semua laluan masuk mulai jam 3.30 pagi ini.
Menggunakan beberapa trak, penguatkuasa DBKL mengosongkan dataran itu dan meletak penghalang (barricade) serta menghalau semua yang berada di lokasi perkhemahan. “Kami berhujan di dataran sekarang, DBKL mula mengusir kami beredar,” tulis Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Muhammad Safwan Anang di twitter sekitar jam 4 pagi ini.
Selain itu, kenderaan yang diletak di kawasan berhampiran juga diarah meninggalkan kawasan berkenaan.
Bagaimanapun, mahasiswa dan orang ramai yang kemudian berkumpul di tengah jalan utama berdepan dataran itu, tidak berganjak biarpun hujan lebat. -KD