Ikuti Blog ini

Mukhriz Muka Tak Malu Guna Nama Mahathir Untuk Rampas Kedah

Mukhriz: Kalau sayang Dr M, jangan malukannya lagi

Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Mukhriz Mahathir menggesa rakyat Kedah mengembalikan pentadbiran BN jika masih sayangkan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Menurutnya, kekalahan BN pada pilihan raya umum lalu satu tamparan hebat kepada Dr Mahathir kerana beliau mantan perdana menteri daripada negeri itu.

"Kekalahan pada tahun 2008 mengaibkan kita. Antara yang malu adalah Tun Mahathir sebab dia orang Kedah.


"Kalau sayang Dr Mahathir jangan bagi dia malu kali kedua," kata Mukhriz pada majlis berbuka bersama media di Kuala Lumpur petang semalam.

Tambahnya lagi, tinjauannya juga mendapati pimpinan PAS Kedah sedang bergelut berebut kuasa sesama sendiri untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

"Dalam PAS Kedah wujud perebutan kerusi kerana mereka tahu mereka bukan lagi pembangkang," katanya yang juga anggota parlimen Jerlun.

Anak ketiga Dr Mahathir itu juga berkata, kerajaan negeri semakin tidak sensitif kepada bukan Muslim apabila mendiskriminasikan golongan itu berkaitan peraturan kunjungan pusat hiburan.

"Mereka (bukan Muslim) semakin tidak berpuas hati dengan kerajaan negeri.

"Kenyataan mereka seolah-olah menggambarkan orang bukan Islam sentiasa mengunjungi pusat hiburan dan tidak bermoral," katanya.

Kedah sebelum ini mengeluarkan arahan melarang orang Islam daripada berkunjung ke pusat hiburan pada bulan Ramadan tetapi bukan beragama Islam dibenarkan.

Mengulas ura-ura akan dicalonkan menjadi menteri besar Kedah jika BN kembali memerintah, Mukhriz hanya menjawab "sedia membantu Kedah sejak dahulu lagi".

"Dari dahulu lagi saya sedia bantu Kedah sedaya-upaya untuk menangkan Kedah semula.

"Perpaduan adalah penting untuk memenangi Kedah semula.

'Kalau tidak bersatu, jangan mimpi kita boleh menang semula dan mungkin nanti akan menyesal tak sudah," katanya tampa menyentuh secara langsung kesediaannya.

** Terdesak sungguh nak jadi MB.. Macam la besar sangat jasa bapak dia kat negeri kedah.. Kalau Umno Kubang Pasu sendiripun boleh jual bapak dia dengan harga RM200 saja 6 tahun yang lalu.. Masih ada nilai lagikah sang diktator ni di Kedah??


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .