Beliau berkata dua faktor utama belanjawan, iaitu unjuran prestasi ekonomi berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik, tidak disentuh oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan tahun ini.
“Belanjawan biasanya memberikan unjuran berdasarkan senario antarabangsa dan keupayaan domestik.
“Kedua-dua ini nampak tak disentuh sangat tapi nampak beberapa gimik politik yang agak keterlaluan,” katanya dalam reaksi ringkas beliau di pekarangan Parlimen selepas sesi pembentangan Belanjawan Negara 2013.Menurutnya lagi, Pakatan Rakyat akan memberikan jawapan tentang isu perumahan seperti yang diulas di dalam belanjawan negara.
Belanjawan yang dibentangkan oleh Najib, berjumlah RM 251.6 bilion.
Defisit negara daripada perbelanjaan belanjawan itu dianggarkan pada paras empat peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi 2013.
Anwar juga mengkritik kenyataan Najib berhubung isu pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) di mana Najib mengutuk perancangan Pakatan untuk menghapuskan hutang itu.
Di dalam ucapannya, Najib memperlekeh perancangan Pakatan kerana hutang tersebut yang bernilai RM 30 bilion.
“PTPTN itu suatu kenyataan yang tidak bertanggungjawab oleh Perdana Menteri kerana dia menyentuh RM30 bilion yang disentuh dalam masa 15-16 tahun.
“Jadi kita masih pertahankan dasar kita dan beberapa dasar itu (Najib) tidak mengambil kira kedudukan ekonomi dan defisit yang membengkak,” kata Anwar.