Para jemaah menunggu 
masuk waktu zohor di masjid Albukhary. Penuh sesak! Ada jemaah yang 
'bimbang', kalau-kalau imam dan bilal konfius, hari itu Jumaat atau 
Sabtu apabila seorang kaki tangan masjid kerap sangat menguji suara di 
pembesar suara masjid!
Awek ini pun nampaknya bergegas untuk solat zohor sebelum bersama menjayakan himpunan. Alhamdulillah!
Setelah selesai solat, 
para jemaah mula bergerak beramai-ramai menuju ke Stadium Merdeka sambil
 berjalan lenggang kangkung, akur kepada arahan bang Mat Sabu, agar 
tiada perarakan, cuma berjalan lenggang-lengguk! Anak aku kata boring 
jalan macam ni, lebih seronok berjalan dan lari-lari macam 
Bersih 3.0 dulu! 
" Heh...engkau ni!!" jerkah aku padanya.
Yang tak dapat ruang 
bersolat dalam masjid albukhary, terpaksa bersolat di tengah panas di 
laman masjid! Kaki tangan masjid tolong bentang tikar lagi! Terima 
kasih!
Hanya untuk buang air kecil dan ambil wudhuk, terpaksa berbaris panjang, ada yang berbaris hampir satu jam! Tu diaaa! 
Tapi hairan aku, kerana semua nampak sabar dan tenang serta cukup memahami walaupun ada juga yang kelihatan berdiri gelisah 
sambil terkepit-kepit paha!
Mula berarak ke Stadium 
Merdeka sambil sembang, berborak-borak, berkenal-kenalan dan ada yang 
makan-makan dan berkongsi jajan yang dibawa! Aman...memang aman sangat 
hari itu! 
Cuma yang tak aman, bingit dengan bunyi penjual trompet dengan trompet-trompetnya!!! Mak ooiii!!!
 Awek ini pun turut gagah melangkah dengan penuh keazaman, 
bergerak ke medan perubahan: A.B.U!!
Sebaik masuk dalam 
Stadium Merdeka ikut pintu kecil di belakang stadium...aku terpegun! 
Ramainya manusia, dah lah di luar berduyun, di dalam macam ulat!
Laa...ini bendera apa 
pulak ni? Dulu ternampak berkibar di celah-celah ribuan manusia di Gaza,
 Palestin, hari itu berkibar pulak dah di tiang bendera dalam Stadium 
Merdeka!
Punca #KL112 pada Sabtu 
itu aman malah sangat aman, aku agak adalah kerana orang ini tidak lagi 
meneropong dari sebalik tingkap di mana-mana hotel di sekitar stadium! Mungkin orang ini tak sempat nak sewa bilik hotel kot atau teropong itu dah hilang!!?









