Ikuti Blog ini

“Tahniah kepada Umno kerana konsisten tolak Hudud ..” - Husam

“Saya ingin mengucapkan tahniah kepada Umno kerana pendirian mereka yang tidak pernah berubah itu, dan sekarang ini saya lebih risaukan Umno berbanding DAP kerana Umno mendakwa mereka Islam.

“Macamana orang Islam boleh menolak hukum Hudud dan sekali lagi, tahniah kepada Umno kerana konsisten menolak Hudud dari dahulu,” kata Datuk Husam Musa, Naib Presiden PAS.

Husam berkata, PAS dan Umno dari dahulu lagi tetap dengan pendirian masing-masing dimana PAS akan tetap melaksanakan hukum Hudud manakala Umno akan tetap menolaknya.

“Sebagai Umnat Islam kita kena menerima hukum Hudud ini kerana hukum ini adalah yang terbaik dan paling berkesan dalam mencegah jenayah,” katanya.

Tambah Husam lagi, dari segi pelaksanaan, Islam membenarkan hukum hudud dilaksanakan mengikut kedudukan dan kemampuan pihak terbabit.

Husam memberi contoh seperti solat Zohor, dimana solat zohor tersebut tidak dapat ditunaikan selagi belum masuk waktunya.

Sekarang ini yang memerintah adalah Barisan Nasional (BN) dan Umno menolak hukum Hudud walaupun mereka mengaku beragama Islam.

Himpunan Aman Palestin di Masjid Negara esok

KUALA LUMPUR - Pemuda PAS akan menganjurkan perhimpunan aman Palestin di Masjid Negara esok ( 2 januari 2009) selepas menunaikan solat Jumaat. Perhimpunan ini akan diketuai sendiri oleh Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

Perhimpunan ini bagi menunjukkan bantahan dan rasa tidak puas hati umat Islam terhadap kekejaman Israel terhadap umat Islam Palestin yang mana kejahatan dan kekejaman Israel tidak boleh dibiarkan begitu sahaja malah seluruh umat Islam wajib mempertahankan negara di mana terletaknya kiblat pertama umat Islam itu, demikian kenyataan.


Sementara itu di Pahang Ketua Penerangan Pemuda PAS Pahang, Abdullah Abdul Karim memaklumkan bahawa Gabungan NGO-NGO Islam Pahang dan Pakatan Rakyat turut akan mengadakan Himpunan Aman Intifadah pada hari yang sama.


"Kita akan mengadakan himpunan mengutuk kezaliman regim zionis selepas solat Jumaat di Perkarangan Masjid Abu Bakar, Temerloh. Kita berharap orang ramai yang bersimpati dengan penderitaan penduduk Palestin dapat turut serta dalam himpunan itu untuk menyatakan bantahan atas kekejaman Israel itu," katanya.


Sehingga semalam jumlah yang maut ialah seramai 360 orang dan hampir 1700 orang cedera akibat kebiadapan Israel. Pada hari Sabtu lalu Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, dan dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin.


Memorandum bantahan telah diserahkan oleh Naib Presiden PAS Mohamad Sabu kepada wakil kedutaan Amerika pukul 12.00 tengahari 30 Disember lalu dan lebih 500 orang daripada pelbagai NGO dan parti-parti politik menyertai himpunan di hadapan kedutaan Amerika tersebut.


Perhimpunan aman palestin di masjid Negara pada Jumaat ini adalah siri seterusnya bantahan umat Islam kepada kebiadapan Israel selama ini.


Pemuda PAS juga turut mengajak semua seluruh umat Islam yang cintakan Islam bersama bersatu membantah kejahatan Israel ini. Ini termasuk juga masyarakat bukan Islam yang cintakan keamanan turut diseru menyertai himpunan ini bersama-sama.
Image

Sekitar perhimpunan aman menentang kekejaman Israel, di hadapan kedutaan Amerika






Masyarakat Cina Berpusu-pusu Dapatkan Rawatan Perubatan Percuma

http://buletinonline.net/images/berita15/rawatanperubatan.jpg
Kuala Terengganu – Khidmat rawatan perubatan percuma yang dianjurkan di Pasar Pagi Kampung Tiong oleh Kelab Penyokong PAS bersama Lajnah Kebajikan PAS Terengganu mendapat sambutan ’hangat’ diluar dugaan.


Masyarakat Cina setempat datang dari jauh dan dekat, berpusu-pusu mendapatkan khidmat tersebut yang diadakan bermula jam 8.30 pagi hingga 4.00 petang.

Buletinonline agak hairan kerana ada diantara mereka yang datang dari Batas Baru dan Gong Kapas semata-mata bagi mendapatkan khidmat pemeriksaan dan berjumpa mata dengan para doktor ‘PAS’.

Antaranya adalah pasangan suami isteri Puan dan Tuan Ong, dua warga emas yang bemastautin di jalan Gong Kapas dekat sini.

Sewaktu didekati, sambil berbisik Puan Ong berkata dengan nada terharu,”kita menang, kita menang,”

”ambil balik lah, kita menang, saya dan suami saya selalu pangkah ’Hijau’ tapi sebelum ini, nak buat macamana,”kata Puang Ong, 59.

Apabila ditanya sudah berapa kalikah mereka mengundi PAS, beliau berkata telah pangkah ’Hijau’ sejak mereka berdua boleh mengundi.

”Kita sudah tolong, tapi tak boleh (menang sebelum ini), keluarga saya 9 orang semuanya pangkah ’Hijau’, tapi kali ini kita ambil balik lah,”katanya yakin.

Seorang pasangan Ong, seorang warga emas, Encik Ong Herg Ghok, 70, pula menyambut baik usaha kebajikan yang dilakukan oleh Kelab Penyokong PAS yang menawarkan khidmat rawatan percuma.

Katanya, program rawatan percuma sangat dialu-alukan bagi membantu golongan miskin dan kurang upaya membuat pemeriksaan kesihatan.

“Saya orang lama di sini, sebelum ini tidak pernah ada program-program yang boleh memberi kemudahan kepada rakyat yang susah dan miskin,” ujarnya.

Rakannya, Encik Kam Yat Liong, 60, merakamkan ucapan terima kasih kepada kelab terbabit yang menganjurkan program-program khidmat masyarakat bagi penduduk di Kampung Tiong ini.

Katanya, masalah kemiskinan bandar tidak pernah diambil peduli oleh pemerintah dan hanya mengambil berat ketika musim pilihan raya.

“Saya ucap terima kasih pada penganjur (kelab) ini. Kami orang susah ‘nok’ (hendak) pergi klinik swasta buat pemeriksaan kesihatan tidak mampu kerana kos mahal,” ujarnya.

http://buletinonline.net/images/berita15/rawatanperubatan1.jpgJusteru gembira dengan rawatan percuma yang dianjurkan PAS, Puan Khoo Mee Wah, 49, secara terus-terang menggesa kerajaan negeri lebih bersikap adil membantu rakyat tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Katanya, rakyat di negara ini ada kebebasan memilih dan berpolitik yang perlu dihormati dan bukan meminggirkan kelompok yang tidak sehaluan.

“Kami tidak mahu kerana politik ada orang (rakyat) yang dapat dan ada yang tidak dapat apa-apa bantuan kerana politik.

“Rakyat berhak untuk dapat apa-apa bantuan kerajaan jika mereka layak walau pun dari kalangan penyokong PAS, DAP, Umno, MCA dan lain-lain,” jelasnya.


Kontroversi: Timbulkan Isu Blog Hina Nabi, Satu Strategi UMNO Untuk Menagih Simpati Pengundi Melayu Dalam Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu

IPOH - Polis semalam melaporkan mereka mengenal pasti beberapa lelaki yang disyaki terlibat dalam penulisan serta penyiaran artikel dan gambar menghina Nabi Muhammad S.A.W dalam sebuah laman blog. Timbalan Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, siasatan mendapati laman blog berkenaan menggunakan server komputer di luar negara. “Kita mendapat tahu laman blog itu menggunakan server dari luar negara dan bukan di Malaysia. Ini merupakan satu tugas yang sukar tetapi kita akan cuba yang terbaik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan beret kepada 48 pelatih kursus asas 69 Komando dan Unit Tindakan Khas yang tamat latihan di Briged Utara Pasukan Gerakan Am Ulu Kinta di sini. Sabtu lepas, sebuah akhbar tempatan melaporkan mengenai artikel berkenaan yang dipaparkan dalam sebuah laman blog menggunakan nama seorang wanita Melayu. Wanita berkenaan telahpun menafikan pembabitannya.

[Nampak sangat isu blog hina Nabi ini adalah satu "bom jangka" yang dicipta oleh kerajaan bagi menimbulkan isu baru disaat cerita tentang "Hudud" sedang hangat diperkatakan sekarang. Semua ini dilakukan bagi meraih simpati dan sokongan rakyat supaya menolak PAS dalam pilihanraya kecil Kuala Trengganu yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Sandiwara seperti ini sebenarnya sudah basi dan tidak boleh dipakai sama sekali. Memang semua orang tahu kebanyakan penulis blog menggunakan server luar negara untuk beroperasi. Soalnya, mengapakah blog yang baru dibina itu tiba-tiba dikatakan menghina Nabi? Sedangkan blog yang tidak popular dan baru biasanya tidak ramai pengunjung yang tahu. Ini bermakna, isu ini telah dirancang oleh mereka. Hanya rakyat yang "bangang macam puak-puak UMNO sahaja boleh ditipu. Tetapi bagi rakyat yang bijak, mereka sebenarnya lebih tahu strategi licik yang dibuat-buat oleh pihak UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri untuk menarik undi orang Melayu di Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu sebenarnya].



Gobala Yakin Masyarakat Cina Kuala Terengganu Sokong Calun PAS


http://buletinonline.net/images/berita15/gobalaatkgtiong1.jpg
Kuala Terengganu – Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat N Gobalakrishnan yakin masyarakat Cina Kuala Terengganu akan mengundi calun Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS dalam Pilihanraya Kecil (PRK) Kuala Terengganu


“Saya melihat sambutan dari masyarakat Cina menggalakkan, apabila saya memberi penerangan masalah di parlimen (dimana) Oakatan Rakyat perlu seorang lagi ahli parlimen untuk berjuang, mereka terima,”katanya yang ditemui selepas melawat masyarakat Cina di Kampung Tiong Kuala Terengganu hari ini (31 Disember).

Beliau berkata masyarakat Cina tidak akan tertipu oleh parti BN yang kini ‘menggula-gulakan’ masyarakat Cina dengan memberi wang Ehsan dan hiburan karaoke.

“Ini karaoke mahu taruh sampai 18hb, apa pasal tidak taruh sampai pilihanraya akan datang (PRU 13),

“ingat senang ka mahu tipu sini punya orang, BN angkat karaoke sini pasal dia mahu undi lu orang, dia kasi Rm 100,000 atau RM 100 juta, angkat ambik semua, ini kita punya duit semua, kita bayar cukai,”kata beliau

Beliau berkata UMNO/BN adalah sebuah parti yang menggalakkkan ketidakadilan dan ketidaksamarataan dikalangan masyarakat berbilang kaum di Malaysia.

Sebaliknyam katanya, Pakatan Rakyat yang terdiri dari parti PAS, DAP dan Keadilan bersama-sama berjuang untuk menegakkan keadilan dan hak rakyat.

”Mereka perlu mengudi pakatan rakyat kerana ahli PAS, DAP dan Keadilan bersama-sama berjuang di parlimen,
“Ahli (anggota parlimen) BN jarang-jarang berjuang untuk rakyat,”


”Saya percaya mereka menyokong calun kita, walau siapa pun calun, mereka akan sokong,”tambahnya




BENARKAH RASHID SPR BERANI SAMAN PEMBANGKANG?

Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman yang bersara sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mulai hari ini dilaporkan oleh mStar sedang mempertimbangkan untuk menyaman pemimpin-pemimpin parti pembangkang yang 'memfitnah' beliau sepanjang menerajui suruhanjaya itu.

Tapi beranikah beliau menyaman pemimpin-pemimpin pembangkang? Setahu saya setiap tuduhan pembangkang tentang SPR itu sarat dengan bukti-bukti yang kukuh. Contohnya pengendalian pilihanraya yang berat sebelah, pengundi hantu dan lain-lain; adakah Rashid yakin ia tidak benar-benar berlaku? Mungkin Rashid hanya bergantung kepada laporan pegawai-pegawainya di peringkat negeri atau mungkin tahu 'silap mata' SPR tetapi tidak ingin mendedahkannya bagi melindungi mereka yang berjasa melantik dan menyambung kontrak jawatannya dulu.

Semua tahu SPR memang banyak kelemahannya, selagi ia tidak menjadi Suruhanjaya yang benar-benar bebas. Bagi mereka yang pernah berkhidmat dengan SPR, mereka pasti tahu sama ada jika Rashid membawa kes ini ke mahkamah, dia berpeluang untuk memenanginya atau tidak. Mereka tahu sama ada 'hantu' memang wujud atau tidak wujud. Cuma hendak bercakap tentang 'hantu' ini perlu tengok orang juga.

Apapun, kita tunggulah sama ada saman itu benar-benar akan dilakukan Rashid, atau sekadar cakap-cakap biasa seorang pegawai di majlis keraian sebelum bersara.



HIMPUNAN 100 RIBU SELAMATKAN BAHASA MELAYU


Satu perbincangan antara NGOs, parti politik dan pencita bahasa telah diadakan di Yayasan Penataran Ilmu bersebelahan Gapena pada 30hb. Disember 2008. Pertubuhan-pertubuhan yang telah hadir dalam perbincangan ini adalah Kesatuan Sekerja Dewan Bahasa & Pustaka(DBP), Pemuda Parti Islam Semalaysia(PAS), Persatuan Lingustik Malaysia(PLM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam (PKPIM), Angkatan Belia Islam Malaysia(ABIM), Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia(GAMIS), Teras Keupayaan Melayu(TERAS) dan Persatuan Pelajar Bahasa Melayu, Universiti Malaya.

Antara keputusan yang telah di ambil adalah untuk mengadakan suatu Himpunan 100 Ribu pada tahun 2009 bagi menyerahkan memorandum kepada Duli Yang Mahamulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong di Istana Negara. Isi kandungan memorandum ini adalah untuk membantah perlaksanaan Pengajaran & Pembelajaran Sains & Matematik Dalam Bahasa Inggeris. Perhimpunan ini adalah menyerupai Himpunan Bersih yang telah di adakan pada tahun 2007.

Organisasi yang menghimpunkan NGOs, parti politik dan pencita bahasa ini dikenali sebagai Sekateriat Selamatkan Bahasa Melayu. Ia mempunyai dua badan iaitu pertamanya badan induk dikenali sebagai Badan Induk Sekateriat Selamatkan Bahasa Melayu yang bakal dianggotai oleh tokoh-tokoh pejuang bahasa Melayu seperti Datuk Dr. Hassan Ahmad Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka, Tan Seri Abdul Aziz Abdul Rahman Bekas Pengerusi Mas, Tun Abd Rahman Yaakob Bekas Menteri Pendidikan, Datuk Aziz Derman Bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa & Pustaka, Tan Sri Prof Emeritus Ismail Hussein, Prof. Dr Awang Sariyan dan ramai lagi. Badan ini berfungsi untuk menghimpunkan semua tokoh-tokong pejuang bahasa melayu. Di bawah badan induk ini mempunyai badan perlaksana yang menumpukan kepada mobilasi Himpunan 100 Ribu Selamatkan Bahasa Melayu.

Badan Perlaksana ini diketuai oleh Pengarah Sdr. Hasni Abas, Tim Pengarah Sdr. Suhaizan Kaiat, Setiausaha Sdr. Saifullah, Pen S/U Sdr. Faisal, Bendahari Sdr. Kamaruzaman. AJK kecil terdiri daripada Sdr. Sani(Penerangan), Sdr. Akmal(Media), Sdr. Abd Razak Omar, Sdr. Wan Mohd Wasif, Sdr. Kamal dan Sdr. Firdaus. Tugas terdekat badan perlaksana ini adalah pertamanya mengadakan perjumpaan dengan Datuk Dr. Hassan Ahmad dan keduanya mengadakan perjumpaan dengan semua NGOs, parti politik dan individu pencita bahasa pada sabtu 31hb Januari 2009 di Kuala Lumpur.


Suhaizan Bin Kaiat
Tim Pengarah
Badan Perlaksana
Sekateriat Selamatkan Bahasa Melayu



Ribuan Rakyat Penuhi Padang Majlis Daerah Kampar


Ceramah Pakatan Rakyat yang disampaikan oleh 5 penceramah pimpinan Kerajaan Pakatan Rakyat telah menarik minat ribuan penduduk di Kampar dan kawasan sekitarnya hadir ke Padang Majlis Daerah Kampar bagi mendengar berita-berita terbaru, sahih dan tepat dari kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan. Semua bangsa Melayu, Cina dan India berkumpul dan tambah hebatnya pimpinan dari 3 bangsa utama mampu berdiri di satu pentas berpidato memberi penerangan kepada rakyat bahawa keadilan, kesaksamaan menjadi agenda perjuangan kerajaan Pakatan Rakyat yang sedia ada.

Kesemua penceramah menyampaikan ucapan dengan baik dan bernas dan sering mendapat tempukan gemuruh. Ceramah dimulakan oleh Y.B Keshvinder- ADUN Malim Nawar merupakan salah seorang ADUN Pakatan Rakyat yang berbangsa Sikh. Penceramah kedua ialah Y.B Kesavan iaitu ADUN Hutan Melintang yang menyampaikan ucapan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Tamil. Kemudian ceramah diteruskan oleh Y.B Chen Fook Chye ADUN Keranji yang juga Exco Kerajaan yang menyampaikan ucapan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Mandarin.

Kehangatan ceramah diteruskan oleh Exco Kanan Y.B Ngeh Koo Ham dan Y.A.B Menteri Besar.
Antara isi ceramah yang disampaikan oleh Menteri Besar ialah : Menyeru kepada semua hadirin bersatu untuk mematikan politik perkauman yang dibawa oleh UMNO, MIC dan MCA dan menyeru kepada saudara ahli UMNO agar bertukar kepada PAS yang bersungguh-sungguh membela Islam dan turut membela nasib orang Melayu. Isu-isu semasa dan dasar kerajaan Negeri terus dilaungkan agar rakyat mendapat dan mendengar berita yang sebenar berbeza dari berita yang sering diputarbelitkan oleh media arus perdana.

Ceramah ini juga merupakan ceramah sulung suami di tempat kelahiran beliau sendiri sejak memegang jawatan sebagai Menteri Besar Perak.

Ribuan Rakyat yang hadir dari pelbagai bangsa
menunjukkan sokongan mereka kepada Pakatan Rakyat



TERBUKTI UMNO PARTI HIPOKRIT !!!


Tahniah kepada aktivis yang menyertai himpunan aman membantah kekejaman rejim Israel ke atas Palestin di hadapan Kedutaan Amerika Syarikat tengah hari tadi.

Himpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.

Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.

Persoalannya, dimanakah pemimpin2 dan penyokong UMNO yang lain ?? Jika di Melaka mereka lebih sibukkan mem[perjuangkan isu babi daripada membela nasib umat Islam di Palestin yang dibedil oleh puak kufar Israel Laknatullah. Bagi saya, UMNO merupakan parti yang hipokrit begitu juga dengan para pemimpinnya. Islam yang mereka canang selama ini hanyalah untuk kepentingan mereka dan bukan untuk kepentingan sejagat. Lihat sahajalah kes hudud mereka antara parti yang begitu kuat menentang perlaksanaan hukum Allah walhal mereka ini semua beragama Islam. Mereka juga sanggup menakutkan non muslim daripada tampil ke hadapan untuk memberi penjelasan..Kesimpulannya, jika benar UMNO mahukan Islam di Malaysia ini dah lama mereka bawa....



Isu Palestin: Kenyataan Malaysia terlalu lemah - Mohammad Sabu



KUALA LUMPUR - Kenyataan kerajaan Malaysia berhubung serangan Israel terhadap penduduk Gaza dianggap lemah seumpama lemahnya Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi.


ImageNaib Presiden PAS, Mohammad Sabu berkata demikian hari ini sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri semalam.

"Isu serangan di Gaza adalah isu hak asasi manusia dan kerajaan Malaysia sepatutnya membuat kenyataan yang lebih keras," kecam beliau.


Mohamad Sabu mengesa seluruh rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa mengecam tindakan zalim rejim zionis terhadap rakyat Palestin.

ImagePerjuangan rakyat Palestin kata beliau seharusnya disokong oleh semua warga dunia tanpa mengira agama.

"Sebagai orang Islam kita wajib bersama rakyat Palestin menyokong usaha mereka mendapatkan hak mereka," tegas Mohammad Sabu.


Mohamad Sabu berkata demikian kepada media selepas menyerahkan memorandum kepada wakil duta Amerika di hadapan bangunan kedutaan tersebut tengah hari tadi.


Perhimpunan aman di hadapan kedutaan Amerika anjuran Dewan Pemuda PAS ini disertai oleh lebih 500 orang.



ImageHimpunan yang dikepalai Naib Presiden PAS, Mohammad Sabu itu bermula pada jam 11.30 pagi dengan peserta berhimpun di hadapan Bangunan Tabung Haji.


Turut hadir ialah, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub; Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli; AJK PAS Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi; ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo Lo Mohd Ghazali; wakil Jemaah Islah Malaysia (JIM); wakil mahasiswa Islam dan beberapa NGO tempatan.


Himpunan hari ini juga turut disertai beberapa aktivis Palestin yang berada di Malaysia.

Mereka membawa bendera Hamas, sepanduk yang mengecam Israel, sambil berselawat dan bertakbir.


ImageTepat jam 12.00, wakil himpunan, Mohamad Sabu telah menyerahkan memorandum kepada wakil kedutaan Amerika yang hanya menerima memorandum tersebut di luar bangunan kedutaan.

Kira-kira 100 anggota Polis dan keselamatan memantau perjalanan himpunan, namun tiada tangkapan berlaku.


Memorandum yang diserah kepada wakil kedutaan antara lain menuntut Amerika segera campur tangan dalam memaksa Israel menghentikan segera serangan ke atas penduduk Palestin.


Jurucakap himpunan, Dr syed Azman yang membacakan memorandum menyatakan NGO dan parti-parti politik di negara ini mahu Amerika mengarahkan sekutunya (Israel) menghormati ketetapan yang telah dibuat Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum ini mengenai kebebasan wilayah Gaza bagi rakyat Palestin.


ImageTindakan biadap Israel itu dikecam keras dan seluruh masyarakat dunia kini turut membantah keras kekejaman Israel itu.


Serangan pada sabtu lalu sesungguhnya menunjukkan Israel melanggar ketetapan yang telah dibuat PBB, malah Israel dengan sengaja membunuh lebih 200 penduduk awam di Palestin, katanya.


Serangan tidak beradap ini ditentang keras oleh seluruh dunia, namun Amerika selaku negara pembela Israel masih terus menyokong kekejaman yang dilakukan sekutunya itu, katanya.


Justeru rakyat Malaysia meminta agar Amerika dan beberapa pertubuhan dunia segera mendesak Israel menghentikan kekejaman ke atas penduduk terutamanya di Gaza.

Sementara itu, Naib Presiden PAS yang bercakap selepas penyerahan memorandum menyifatkan Israel kini menjadikan Gaza seperti sebuah penjara yang memuatkan 1.6 juta penduduk Palestin.


Gaza di kepung sejak serangan bermula Sabtu lalu tanpa sebarang bantuan boleh dibenarkan masuk ke sana, katanya.

Namun pertubuhan-pertubuhan neghara bangsa dan umat Islam di dunia ini tidak pun bertindak bagi menekan Israel menghentikan tindakan biadap itu, katanya.
Image

UMNO pun saya minta untuk sokong Calon Pas - TGNA

setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalahsebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah.
Setiap undi yang diberikan kepada PAS akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT kerana PAS adalah sebuah parti yang memperjuangkan Islam berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah. UMNO awal-awal lagi tolak Islam, ambil kebangsaan, sudahlah begitu dia lawan pulak PAS parti yang terang-terang sebut al-Quran dan Hadis
 Tuan Guru yakin dengan kemenangan PAS dalam pilihan raya kecil Kuala Terengganu akan datang dan ini berdasarkan kepada sokongan semua pihak yang semakin meningkat kepada PAS berbanding dengan beberapa tahun lalu.

"Benda-benda PAS kata sekarang ni banyak dah orang terima. Dulu...usahkan Hudud, sebut kata politik Islam pun orang tak boleh terima.Sekarang ni Melayu, PAS pun terima, Melayu Umno banyak sokong PAS dah sekarang ni, Cina pun sokong,”katanya.

Justeru beliau berharap semua warga Parlimen Kuala Terengganu akan mengundi calun PAS pada 17 Januari depan.

"Saya berdoa kepada Allah dan minta rakyat semua, Cina Melayu PAS dan UMNO sokong calon PAS, usahkan orang PAS, Umno pun saya minta untuk sokong (calon PAS),” katanya.

Gombak
- Pemerintahan UMNO selama 50 tahun punca utama orang bukan Islam tidak terima Hudud. AJK PAS Pusat, Ust Idris Ahmad menjelaskan ketika majlis makan malam sempena Hijratul Rasul anjuran PAS kawasan Batu di Dewan Dato' Fadzil Noor, Taman Melewar.


"Suatu perkara yang biasa jika MCA, DAP dan MIC tolak hudud kerana mereka bukan Islam. Tapi pemerintahan UMNO selama 50 tahun menjadi sebab utama non muslim tidak terima hukum hudud" tegas beliau.

Beliau yakin selepas orang-orang bukan Islam faham tentang hukum ini, mereka boleh terima, dan pada masa akan datang UMNO akan berseorangan menentang Hudud.

Beliau menjelaskan isu hudud hanya dimainkan oleh UMNO untuk menjadi alat menjatuhkan PAS di Kuala Terengganu. "Di Kuala Terengganu selepas ini, kita akan lihat bila pemimpin UMNO jumpa orang melayu dia cakap DAP dan PKR tolak hudud yang dibawa PAS. Bila jumpa orang Cina dan India dia cakap PAS akan laksana hudud, dan menakutkan mereka dengan hukum tersebut". jelas beliau.

Dalam ucapan beliau tersebut turut memperkatakan tentang usaha Najib untuk menubuhkan sekretariat khas mengendalikan dialog antara ulama' dan umara' baru-baru ini sebagai usaha untuk menipu orang Islam terutama ustaz yang tak reti berpolitik.

Sebelum ini pemimpin-pemimpin UMNO tidak pernah memperdulikan teguran dan pandangan ulama dalam masalah seperti isu konsi raya dan bertafakkur di tugu pahlawan.



Menyampaikan Seruan Islam di Parlimen - Misi PAS PRK Kuala Terengganu

http://buletinonline.net/images/berita15/wanmutalib%26nikaziz.jpg
Kuala Terengganu – PAS bukan sahaja bertanding dalam Pilihanraya Kecil Kuala Terengganu sekadar untuk memenangi kerusi, bahkan berhasrat menyampaikan seruan Islam ke Parlimen.


Pengarah Operasi Jentera Pilihanraya PAS, Dato’ Wan Mutalib Embong berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Bandar, di Masjid Hiliran semalam.


“Seruan akan kite sampaikan di parlimen (bagi) membentuk keimanan dan akhlak umat Islam, yang telah pun dicemari pada hari ini, dengan budaya-budaya dan ajaran yang menyesatkan,”ujarnya.


Beliau berkata PAS mesti menambahkan suara di parlimen bagi menyedarkan rakyat kegagalan pemerintahan kerajaan Barisan Nasional selama 50 tahun.

”Dan inilah suatu contoh yang kita lihat, kenapa kite mesti menambahkan suara kite di parlimen, yang boleh menyedarkan (rakyat) bahawa kegagalan pemerintahan di Malaysia selama 50 tahun ini menghancurkan harapan ummah, menghancurkan harapan untuk menegakkan agama Allah,”katanya.

Katanya menjadi kewajipan setiap individu Islam dan bukan Islam untuk melihat keadilan ilahi kerana keadilan ilahi merentasi etnik kaum, bangsa dan agama.

“Tidak diutuskan Muhammad melainkan untuk membawa rahmat ke seluruh alam” tak kira bangsa, kaum, keturunan, dan apa sahaja, sehinggalah unggas dan binatang yang melata di bumi juga akan mendapat rahmat daripada Islam,”tambah beliau.

Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya DUN Bandar semalam telah di sempurnakan oleh Mursyidul Am PAS merangkap Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru dato’ Nik Abd Azizi Nik Mat.



Tok Mun akhirnya insaf?

MAIMUM Yusof menunjukkan sumbangan yang diterima ketika bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum ke-12 Mac lalu.

Siapa tidak kenal Tok Mun KT bekas calon Bebas Parlimen Kuala Terengganu, yang menjadi selebriti segera pada pilihan raya umum lepas. Nenek Maimun Yusof, 89, hari ini pula mengesahkan bahawa beliau tidak akan bertanding dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Kuala Terengganu akan datang. Alasan Nenek Maimun atau lebih mesra dengan panggilan Tok Mun untuk tidak bertanding dalam pilihan raya kecil ini kerana tidak menerima sebarang wang untuk digunakan sebagai deposit bagi melayakkan bertanding dalam pilihan raya kecil itu.

Ni ikut loghat Terengganu "Dok payoh jumpa lagilah, tok tak mboh tanding doh. Takdok pitih ... dok buleh buat apa doh... Nok kumpul duit pun dah dok dang" . Dalam pada itu Tok Mun mendakwa ada pihak yang mengambil kesempatan menipu dengan membina laman blog bagi mengutip dana kononnya untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu namun mengikut Tok Mun kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab tersebut.

Sehingga ke hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada laman blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti siapa yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.

Untuk mengelakkan namanya terus dipergunakan, Tok Mun telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu pada 18 Disember lalu berhubung kejadian tersebut. Bila ditanya adakah Tok Mun akan menyertai semula Pilihanraya pada masa akan datang?, dengan bangga dan penuh semangat beliau berharap masa itu akan tiba dan beliau dapat menjadi calon lagi. Jadi kesimpulan nya belum insaf lagi la..

Tok Mun berkata, walaupun sebelum ini satu laman blog telah diwujudkan bagi mengutip dana untuk digunakan sebagai wang deposit dalam pilihan raya kecil itu, namun beliau mendakwa kesemua wang tersebut telah dilesapkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Warga emas itu mendakwa seorang penyokongnya yang turut membantunya dalam pilihan raya umum lepas telah memberitahunya bahawa laman blog tersebut telah berjaya mengutip kira-kira RM160,000.


Bagaimanapun, katanya, sehingga hari ini dia tidak menerima sesen pun wang daripada lama blog yang menggunakan namanya itu dan tidak pasti pihak yang terlibat dalam melesapkan wang tersebut.


"Tok dah minta polis sekat laman blog tersebut, duit pun bukan dapat ke Tok. Tak payoh bagi ke situ (blog) lagi," katanya.



9 Penceramah 4000 penyokong mansuh ISA 30 sokong ISA di Bangi

Timbalan Pengerusi Pewaris Rahimuddin Md Harun menyerahkan memorandum kepada Naib Presiden PAS Mohamad Sabu dan Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub.

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berucap pada ceramah perdana “Mansuhkan ISA” anjuran parti itu di Bandar Baru Bangi malam tadi.





Pelancaran “Mansuhkan ISA” berjaya dilancarkan di Kompleks Sukan MPKj, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi. Perhimpunan “Mansuhkan ISA” dijadualkan pada 21 Mac 2009 di Kuala Lumpur. Program pada awalnya tidak mendapat permit dari pihak polis bagaimanapun diteruskan selepas rayuan dibuat. Syarat yang dikenakan ialah perhimpunan harus diadakan dalam dewan dan bukannya dipadang tidak menghalang ribuan hadirin terdiri dari semua kaum datang walau pun promosi terpaksa dibuat pada saat akhir.


9 penceramah iaitu wakil dari mahasiswa, Pn. Norlaila Othman(isteri tahanan ISA), Cik Teo Nie Ching(MP Serdang- wakil DAP), En. Arutchevlan(wakil PSM), En. Shamsul(Ketua AMK), En. Salahudin Ayub(Ketua Pemuda PAS), Hj. Mohd Sabu(Naib Presiden PAS), Tn Guru Dato Seri Hj. Hadi(Presiden PAS) dan Dr. Nasir(MP Kota Damansara).


Dewan yang padat dengan hadirin terus panas dengan pidato yang disampaikan. Namun diluar dewan sekumpulan penyokong ISA tersipu-sipu menyerahkan memo.


”Ketika semua kaum bersatu menentang ISA mereka ni datang serah memo nak haramkan penternakan babi. Serahlah memo tu kat Ketua Menteri Melaka atau MB Negeri Sembilan,” cemuh seorang hadirin.

Nampaknya beliau kurang senang dengan provokasi perkauman yang cuba dicetuskan. Kumpulan itu bagaimana pun segera beredar bila kehadiran mereka tidak diperdulikan oleh orang ramai.


Seorang hadirin melaporkan salah seorang dari kumpulan terbabit didapati membawa sebatang kayu. Dia bagaimana pun dihalang masuk oleh anggota polis yang berkawal dibantu oleh unit Amal. Syabas diucapkan.





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .