Kini unit jurugambar kami menampil gambar terkini dari Bukit Gantang hasil lukisan dari artis yang tidak dikenali yang digantung di persimpangan jalan Batu 9 jalan ke Terong. Gambar-gambar ini dirakankan sekitar jam 11 pagi semalam.
Ikuti Blog ini
Gambar terkini dari Bukit Gantang ,Ahad, Mac 15, 2009 at 15.3.09,
Kini unit jurugambar kami menampil gambar terkini dari Bukit Gantang hasil lukisan dari artis yang tidak dikenali yang digantung di persimpangan jalan Batu 9 jalan ke Terong. Gambar-gambar ini dirakankan sekitar jam 11 pagi semalam.
Tip Menjawab Soalan Polis , at 15.3.09,
Semalam, jam 3 petang, telah dadakan majlis taklimat oleh 2 orang peguam kepada barisan kepimpinan GMP yang dikehendaki oleh polis dari Balai Polis Dang Wangi supaya memberikan kerjasama kepada mereka bagi menjalankan siasatan ke atas peristiwa perhimpunan 100 ribu menentang PPSMI pada 7 Mac 2009.
Peguam memberitahu supaya jawab 3 soalan sahaja, yakni:
1. Nama
2. Alamat
3. Umur
Jangan jawab soalan-soalan lain. Apabila ditanya, katakan: "Minta maaf, saya tidak dapat menjawab soalan itu sekarang."
Pihak polis akan menanyakan soalan-soalan yang daripada jawapannya itu nanti membolehkan kita didakwa dalam mahkamah, itulah sebabnya jangan jawab sebarang soalan selain yang 3 itu.
Sebagai contoh, jangan jawab soalan:
1. Adakah kamu berada di Masjid Negara pada petang 7 Mac 2009?
2. Apa jawatan kamu dalam GMP?
3. Siapakah yang mengetuai perhimpunan GMP di Masjid Negara?
Kalau ditekan juga, katakan kepada polis yang bertanya: "Saya akan jawab di mahkamah."
Sekali-kali jangan beri apa-apa maklumat tentang individu-individu lain yang ditanya oleh polis.
Pokok Demokrasi jadi tarikan pelancong asing. ,Sabtu, Mac 14, 2009 at 14.3.09,
Sejak dirasmikan oleh YAB. Menteri Besar Perak Pakatan Rakyat, Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pada 8 Mac lepas, ramai pelancong datang untuk melawat pokok demokrasi tersebut, menjadikannya tempat tarikan pelancongan terbaru.
Kelmarin terdapat tiga orang pelancong luar negara dari California, Australia dan Jerman, yang melawat tempat tersebut.
Taktik Kotor Kerajaan Pusat Untuk Jatuhkan Negeri-negeri Pakatan Rakyat , at 14.3.09,
Dewan Undangan Negeri Selangor pada hari ini didedahkan dengan satu usul tergempar yang telah dibentangkan berhubung usaha dan tindakan Kerajaan Persekutuan cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor.Usul tergempar berkenaan dibentangkan oleh Adun Kg Tunku, Lau Weng San yang mendakwa beliau mempunyai dokumen berhubung satu mesyuarat yang diadakan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Selangor (PPNS) yang memperincikan program- program membabitkan agensi kerajaan.
Menurutnya, dokumen yang bertajuk 'Pelaksanaan Program People Centric di Negeri Selangor' satu mesyuarat telah diadakan 26 februari lalu dan membabitkan Agensi Keselamatan Negara serta Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Lau memberitahu dewan, program berkenaan dilaksanakan bagi menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan Barisan Nasional menguasai negeri Selangor dan juga meraih kemenangan majoriti dua pertiga di Parlimen bagi pilihanraya akan datang.
Tan Sri Khalid berkata program tersebut juga menjadi tanda tanya tentang kebebasan pegawai kerajaan yang bertindak menyebelahi Kerajaan BN.
Ketua Setiausaha Negeri (KSN)diminta memberi penjelasan mengapa pegawai kerajaan dibenarkan bersubahat dengan Kerajaan Pusat untuk cuba menjatuhkan Kerajaan Pakatan Rakyat.
"Mereka sepatutnya bersikap bebas dan professional dalam menjalankan tugas... lebih teruk lagi program ini juga cuba memberi kredibiliti kepada Jawatankuasa Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKP) sedangkan DYMM Sultan Selangor telahpun bertitah tidak mengkitiraf JKKP di Selangor," kata Khalid lagi.
Beliau juga tertanya adakah program tersebut antara sebabnya Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Selangor seringkali diserang dengan pelbagai tuduhan serta tohmahan.
Beliau merujuk kepada isu derma lembu korban, penggunaan kereta peribadi Menteri Besar dan juga yang terbaru dakwaan Adun Kuala Kubu Baru, Wong Koon Mun kononya saudara beliau (Khalid) terlibat dalam aktiviti mencuri pasir dan mempunyai pejabat khas di tingkat 5, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
"Ingin saya nyatakan, tuduhan isu lembu dan kereta serta tuduhan Adun Kuala Kubu Baru adalah tidak benar sama sekali... Tidak ada sebarang aktiviti di Tingkat 5, Bangunan SUK seperti yang digembar gemburkan," tambahnya lagi.
Di samping itu, katanya, arahan juga telah diberikan kepada semua Pihak Berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah dan semua anak syarikat Kerajaan Negeri supaya tidak melayan (jika ada) sebarang permintaan ahli keluarga atau rakan serta pihak tertentu untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan.
Ramai pemimpin Pakatan Rakyat percaya bahawa usaha menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat bukan sahaja terhadap di negeri Selangor malah di kesemua negeri-negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Sebagai bukti ialah bagaimana gelagat Ketua Setiausaha Negeri Perak bertindak sewaktu kerajaan pimpinan Dato Seri Nizar Jamaluddin dipaksa keluar dari bangunan Perak Darul-Ridwan malah, KSU juga telah bertindak menghubungi polis untuk mengawal dan mengepung bangunan tersebut terutama di hari dimana sidang tergempar DUN Perak dijadual berlansung di bangunan tersebut pada bulan Februari lalu.
Tindakan KSU tersebut telah menyebabkan sidang tergempar terpaksa diadakan di bawah pokok di luar bangunan Perak Darul Ridwan.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Mesti Letak Jawatan , at 14.3.09,
Keputusan Mahkamah rayuan yang sebulat suara memutuskan bahaw Speaker Dewan Undangan Negeri Perak berhak menggunakan peguam persendiriannya dengan sendiri menafikan kenyataan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Dato Seri Ahmad Said Hamdan yang sebelum ini berlagak pandai untuk mentafsirkan seseorang Speaker adalah "seorang penjawat awam."Menurut Ahmad Said Hamdan, SPRM mempunyai kuasa menyiasat dakwaan salah laku Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar berhubung tindakannya menggantung Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abd. Kadir dan enam Exco kerajaan negeri daripada menghadiri sidang DUN.

“Speaker merupakan seorang pegawai awam. Jika beliau didapati menyalahgunakan kedudukan dan jawatannya, beliau juga tidak terlepas daripada melakukan kesalahan di bawah seksyen itu,” tambahnya.
Akibat daripada pendirian Ketua Pesuruhjaya SPRM itu V.Sivakumar telah disoalsiasat oleh SPRM sekurang-kurangnya sebanyak dua kali.
Sekalipun sebelum ini kami telah menyuarakan bantahan kami terhadap pendirian SPRM tersebut, tetapi oleh kerana keghairahan mereka untuk menunjukkan kuasa serta menjadi lembu-lembu kepada kerajaan UMNO-BN yang berkuasa, mereka melakukan tekanan ke atas Speaker Dewan Undangan Negeri Perak tersebut.
Kita telah menyatakan dengan tegas sebelum ini,

"SPRM tiada hak untuk mentafsir apa-apa istilah atau kalimat yang ada di dalam sebarang akta atau undang-undang. Ia hanya tugas judiciary selepas pihak legislatif membahas dan meluluskan sesuatu undang-undang."
Pencabulan SPRM terhadap bidangkuasa judiciary terlalu jelas dan terlalu besar kesannya terhadap proses keadilan yang kebenaran yang sepatutnya dijunjung tinggi oleh sebuah badan suruhanjaya yang telah dibentuk di Parlimen.
Justeru itu, kami dengan ini meminta supaya Ketua Pesuruhjaya SPRM, Dato Seri Ahmad Said Hamdan meletakkan jawatannya serta-merta kerana telah melakukan pengkhianatan terhadap bidang tugasnya dengan melangkaui batas bidangkuasa yang telah diberikan kepadanya untuk bertindak secara terpilih, menjustifikasikan perbuatan-perbuatan mereka yang jelas menyalahi undang-undang serta membelakangkan prinsip keadilan yang sepatutnya menjadi teras di dalam mengendalikan tugasnya.
Nizar Masih Ada harapan - Sivakumar Boleh Guna Peguam Sendiri ,Jumaat, Mac 13, 2009 at 13.3.09,
Mahkamah Rayuan hari ini memutuskan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar boleh diwakili oleh peguam peribadi.Panel tiga hakim memutuskan perkara itu selepas mendapati tiada peruntukan yang menyatakan Speaker mesti diwakili oleh penasihat undang-undang negeri kerana di bawah Akta Tatacara Kerajaan, Speaker bukan seorang pegawai kerajaan negeri.
Panel tiga hakim berkenaan ialah Datuk Md Raus Sharif, Datuk Abdull Hamid Embong dan Datuk Ahmad Ma’arop membuat keputusannya sebulat suara.
"Kami tidak menemui sebarang peruntukan di dalam undang-undang yang speaker mesti diwakili ole Penasihat Undang-undang negeri. Di bawah Akta Tatacara Kerajaan, seorang speaker bukan merupakan seorang penjawat awam atau seorang pegawai kerajaan negeri.
“Perayu adalah bebas untuk menggunakan khidmat peguam persendiriannya,” tegas hakim Raus yang membacakan keputusan tersebut.
Kelab Greenboc sebelum ini pernah mempertikaikan penghakiman Pesuruhjaya Kehakiman Ridwan Ibrahim di Mahkamah Tinggi Ipoh yang mengarahkan supaya Sivakumar diwakili oleh Penasihat Undang-undang Negeri Ahmad Kamal Md Shahid dan bukan oleh peguam peribadi beliau, Tommy Thomas, yang turut hadir di mahkamah. Hujjah kami menyamai dengan keputusan yang dikeluarkan oleh Penal hakim-hakim Mahkamah Rayuan yang membuat keputusannya hari ini yang menetapkan bahawa Sivakumar berhak menggunakan peguam Persendiriannya kerana beliau bukan seorang penjawat awam.
Sebelum ini Kelab Greenboc telah menyemak bahawa:
Artikel 132(3)(b) adalah jelas instruktif yang mengkategorikan bahawa “perkhidmatan awam tidak melibatkan” Speaker Parlimen dan juga Speaker dewan-dewan undangan negeri.
Keputusan Mahkamah Rayuan hari ini memberikan sedikit harapan untuk penyelesaian kemelut politik Perak yang berpanjangan serta harapan kepada kerajaan Pakatan Rakyat untuk kembali berkuasa di Perak. Ini adalah kemenangan pertama kerajaan Nizar di dalam mahkamah.
Keputusan Mahkamah rayuan hari ini juga akan membolehkan Tommy Thomas mengetuai semua penal peguam yang mewakili V.Sivakumar di dalam beberapa kes saman di Mahkamah Tinggi Ipoh. Tommy Thomas ialah seorang pakar perlembagaan dan seorang peguam yang terkenal di dalam kes-kes yang melibatkan perundangan dan perlembagaan.
Jika Sivakumar memenangi mana-mana kesnya samada sebagai plaintif atau defenden, kerajaan BN yang dipimpin oleh Zambry akan tercabar dan akan membolehkan Nizar kembali untuk menjadi Menteri Besar.
"Pokok Demokrasi" telah di 'pukul' oleh Samseng Taik Minyak , at 13.3.09,

Gempar pagi ini apabila menerima SMS daripada Ketua Pemuda Tambun , Zairun Azrun memberitahu dengan ringkas :
Saya memang sedang bersiap-siap untuk pergi ke hospital bagi ujian darah (routine). Saya terus menuju ke tempat pokok demokrasi itu dan telah sedia ada dua juru gambar media sedang sibuk mengambil gambar plaque yang di pecahkan.

juga turut dimusnahkan sama oleh manusia yang
kurang siuman itu.
Perbuatan ganas ala budak-budak sakit otak! terfikir agak-agaknya berapalah upah yang mereka dapat kali ini. Saya diberitahu oleh informer saya , semasa samseng Melayu buat kacau menghalang rombongan Adun Pakatan Rakyat daripada memasuki bangunan Perak Darul Ridzuan dulu tu hanya mendapat upah RM50.00 sahaja!

Ah! bukan banyak mana sangat! Hari ini saya pergi ke pasar Gunung Rapat beli 2 ekor ketam, sekilo Udang Kertas dan sekilo Lala dan sekilo Mee basah pun dah mencecah RM50.00!
Nampaknya lebih murah membeli samseng Melayu. Mungkin kalau mereka ada sedikit otak macam udang, harga mereka akan lebih mahal sedikit!

BERJUANG PERTAHAN BAHASA IBUNDA JADI KESALAHAN , at 13.3.09,
Di bawah ini adalah individu yang dikehendaki oleh Polis untuk membantu siasatan kerana berhimpun untuk mendaulatkan Bahasa Melayu pada 7 Mac lalu.
Berhimpun untuk MENDAULATKAN BAHASA MELAYU pun suatu kesalahan di bawah pemerintahan BN???????
YB Datuk Seri Abdul Hadi Awang
Sasterawan Negara Datuk A Samad Said
YB Ustaz Nasaruddin Mat Isa
Haji Mohamad Sabu
YB Hj Salahuddin Ayub
Datuk Mahfuz Omar
YB Saifuddin Nasution Ismail
Professor Dr Shaharir Mohd Zain
Professor Dr Abdullah Hasan
Hasni Abas,
Che Shamsudin Othman (Dinsman),
Mohammad Faizal Abd Aziz,
Aizad Mohd Saleh,
Muhammad Haafizuddin Abirerah
Kamarulzaman Mohamad
Iskandar Mohd Akin
Khairul Anuar Ahmad Zainuddin
Suhaizan Kaiat
Ainon Mohd.
Ustaz Idris Ahmad
Rozan Azen Mat Rasip
Mengapa tak panggil semua sekali lebih 60,000 orang.......kan semua mereka ini turut sama berhimpun ....termasuk Haji Samah, Pak Ngah Dollah, Mat Siput, Ngah So'od, Mak Itam Senah, Mek Selamah, Dollah Goreng, Samad Kengkang, Din Kelentong, Pok Wil Bukit Abal, De Kiah, Pok Su Cha, Pok Ya Tigo, Jenab Janda, Man macho dan lain-lain.
Altantuya : Gobind Gelar Najib Sebagai Pembunuh , at 13.3.09,
Timbalan Perdana, Najib Razak yang kini ditekan atas dakwaan beliau mempunyai kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu dikejutkan hari ini dengan panggilan "pembunuh" oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Deo dalam Dewan Rakyat.Kejadian berlaku apabila Gobind bangun mengajukan soalan sejurus sahaja Najib selesai menyampaikan ucapan beliau.
Anak kepada tokoh veteran DAP Karpal Singh itu menyentuh mengenai kes kematian mengejut A Kugan, seorang pemuda berusia 22 tahun yang ditahan polis berhubung siasatan sindiket curi kereta mewah pada 20 Januari lalu.
Gobind meminta Najib menjawab sama ada mereka yang terbabit dengan kematian Kugan akan di dakwa.
Gobind turut merujuk kepada perbicaraan Altantuya yang berat sebelah kerana saksi penting seperti Najib tidak dipanggil oleh mahkamah untuk memberi keterangan.
Timbalan Speaker, Ronald Kiandee dengan segera cuba menyekat Gobind daripada terus bercakap atas alasan apa yang disentuh oleh Gobind tidak relevan.
Melihat Najib tidak menjawab dan sedang bangun untuk meninggalkan dewan, Gobind berkata, "saya belum habis bertanya dengan anda.”
“Tolong duduk dan jawab soalan saya. Jawap soalan saya Pembunuh,!” tegas Gobind.
Isteri Najib, Rosmah Mansor berserta dua anak mereka juga berada di galeri awam semasa kejadian itu berlaku.
Setelah beberapa kali di minta duduk, akhirnya Gobind diperintahkan keluar dewan dan digantung dari dewan sehingga tamat sidang semalam.
"Tuan Speaker, anda sepatutnya berasa malu atas tindakan ini," kata Gobind semasa beliau diiring pengawal keluar dari dewan.
Beliau berkata penggantungan dari menghadiri sidang dewan tidak memberi kesan terhadap beliau tetapi menegaskan soalan yang penting harus diajukan kepada pihak berkenaan.
Isu PPSMI - PAS Bukan Dalang, Tapi Pejuang , at 13.3.09,

Kuala Terengganu – Tidak mungkin para profesor, berpuluh-puluh orang profesor, diketuai oleh Datuk Dr Hassan Ahmad, Profesor Dr Shahrir Md Zin, Profesor Ameritus Dr Abdullah Hassan, Prof. Dr. Awang Sariyan, Profesor Dr. Nik Safiah Karim, A. Samad Said (Sasterawan Negara), Dato' Dr. Anuar Ridzuan dan ramai lagi, semuanya sanggup dijadikan dalang dan ditunggangi ?
Demikian soal Ketua Lujnah Pendidikan PAS Pusat, Dato’ Ustaz Abu Bakar Chik ketika menolak kenyataan Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishammuddin Tun Razak bahawa bantahan terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) didalangi pembangkang. (Gambar - Ustaz Abu Bakar, kiri sekali, bersama Jawatankuasa GMP menyerahkan memorandum kepada Meneteri Pelajaran)
Menurutnya PAS sudah memperjuangkan isu PPSMI sejak ia mula dilaksanakan tahun 2003 dimana anak kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat Prak, Dato’ Seri Nizar Jamaludin telah menyaman kerajaan kerana melaksanakan dasar tersebut.
Beliau berkata dalam keadaan sekarang, PAS meneruskan perjuangannya membantah dasar tersebut dan kemudian timbul Gerakan Mansuhkan PPSMI yang dipimpin oleh Bekas Ketua Pengarah Dewan bahasa dan Pustaka, Datuk Dr Hassan Ahmad.
“Tinggal lagi kebelakangan ini muncul gerakan GMP, Gapena juga diambil perjalanan oleh Dr, Ismail Husin dan bepluh-puluh pensyarah di universiti mengambil perjalanan, mereka bergerak dalam konteks untuk mencari sokongan,
“PAS sudah ada (berjuang) jadi PAS menawarkan apa-apa kemudahan, sebab ia memang selari dengan hasrat (perjuangan) PAS, kemudian mereka nak pinjam pentas PAS, nak minta bantuan, kita tolonglah,”jelas beliau dalam sidang media di sini semalam.
Katanya terpulang kepada pihak tertentu yang melihatnya sebagai agenda politik, pendirian PAS melihat PPSMI tiada jalan (ruang) untuk kerajaan laksanakan.
Katanya dasar tersebut yang dilaksanakan tergesa-gesa perlu dihentikan kerana ia bercanggah dengan perlembagaan, dengan akta pendidikan, dengan suara rakyat dan bercanggah kaedah pembangunan kokurikulum.
“Yang sebenarnya kita (PAS) yang diperalatkan oleh GMP kalau nak dikatakan diperalatkan oleh GMP pun, kita sanggup diperalatkan,
“kalau sekiranya ‘bahasa’ nak diperalatkan itu hendak dipinjamkan, PAS begitulah, Kita akan turun lagi, kalau sekiranya GMP perlukan kita,”tambah Ustaz Abu Bakar apabila ditanya adakah PAS yang diperalatakan dalam isu PPSMI ini.
Katanya, sebagai parti politik, PAS sentiasa menyokong dan memimpin perjuangan rakyat dinegara ini dan bersedia menawarkan bantuan kepada mana-mana pihak.
Terdahulu, beliau memaklumkan, Yayasan Kebajikan dan Pembangunan Pendidikan akan membuka satu platform membincangkan isu pendidikan negara dalam Seminar Pendidikan Islam Kontemporari Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di Maahad Tahfidz Wal Tarbiyah, Tok Jiring, Sabtu dan Ahad ini.
Menurutnya, seminar berkenaan bertujuan melihat permasalahan pendidikan di Malaysia yang tidak mantap terutama dari aspek kerohanian memandangkan masih ramai tidak bersikap amanah sebaik memasuki alam pekerjaan.
Sebanyak enam kertas kerja akan dibentangkan dalam seminar dua hari itu oleh tokoh-tokoh pendidikan daripada PAS untuk mencari resolusi dalam usaha membantu memantapkan pendidikan negara
Toyo tarik Janggut Saari kerana sayang Isteri , at 13.3.09,
Katanya, Range Rover itu dibeli untuk kegunaan syarikat tetapi setelah kenderaan itu sampai ia telah diberikan kepada isteri Pengerusi KDEB.Khir yang menunggu Saari di luar dewan berkata; "'You' serang isteri saya. 'You' jangan serang isteri saya, you hendak serang saya tak apa, jangan serang isteri saya. Isteri saya tidak boleh memandu."
Saari menjawab; "Saya bertanya untuk disiasat selepas itu beri jawapan, saya cakap ia diguna pakai oleh syarikat."
Khir membalas; "Awak orang tua awak mesti semak dengan tepat, jika isteri saya terdakwa, saya tidak akan maafkan awak, tuntut di akhirat."
Pada mulanya Saari beranggapan Khir hanya bergurau dengan menarik janggutnya tetapi ternyata Khir serius dan penuh emosi.
Bagaimanapun, amaran itu tidak menakutkan beliau untuk terus mendedahkan segala penyelewengan yang telah dilakukan ketika Khir menjadi Menteri Besar demi kepentingan rakyat negeri Selangor.
Sebenarnya, kata beliau, isu KDEB itu sudah lama iaitu setelah seminggu menjadi wakil rakyat maklumat itu telah sampai terutama SUK tidak boleh masuk kerana ada orang yang membuat kerja ambil dokumen takut bukti hilang.
Katanya dalam sidang penggal pertama perkara itu tidak sesuai untuk didedahkan sehingga perbahasan menjunjung titah ucapan Tuanku Sultan Selangor, tengah hari tadi.
Beliau menganggap Khir bukan mengancam tetapi hanya menunjukkan rasa tidak puas hati dan beremosi.
Khir Ditelanjangkan Di DUN Selangor ,Khamis, Mac 12, 2009 at 12.3.09,
Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Antarabangsa Azmin Ali semalam mendedahkan perbuatan penyalahgunaan dana negeri oleh isteri bekas mentri besar Datuk Seri Khir Toyo untuk bercuti di luarnegara, termasuklah satu lawatan ke Disneyland Tokyo pada 2007.Amin memberitahu Dewan Undangan Negeri Selangor mengenai catatan kerajaan negeri yang menunjukkan Pertubuhan Kebajikan Isteri ADUN dan Ahli parlimen Selangor Balkis) yang dipengerusikan oleh Datin Seri Zahrah Kechik juga telah menyalahgunakan "peruntukan kebajikan" untuk membeli pakaian dan lain-lain peralatan.
Balkis telah dibubarkan pada Mac 11 sebelum Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor pada 13 Mac, 2008.
Pada 2007, syarikat pelaburan kepunyaan negeri, Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB) mencatatkan RM1.2 juta untuk kos perjalanan termasuklah lawatan teknikal Balkis, dedah Azmin.
Beliau memberitahu dewan yang beliau mempunyai rekod bagi membuktikan Balkis melakukan "lawatan teknikal" ke Disneyland Tokyo.
"Teknikal apa ke Disneyland? Nak jumpa Mickey Mouse? Kalau pergi ke industri di Tokyo dan Eropah, (saya) boleh terima lagi. Ke Mongololia pun saya mungkin boleh terima lagi," katanya sinis.
Rekod-rekod juga menunjukkan Balkis juga membuat "lawatan teknikal" ke Korea dan Hong Kong selepas Tokyo.
Balkis juga menerima peruntukan yang besar dari PNSB untuk tujuan kebajikan tetapi laporan awal yang diterimanya mendedahkan dana itu telah digunakan untuk pakaian dan perhiasan para ahli.
"Apa ini? Jika ini fitnah, saya rela didakwa di mahkamah," tegasnya.
Beliau sebelumnya juga telah mendedahkan salahguna transaksi dan korupsi oleh PNSB di dalam pembelian apartment di Mekah.
Pejabat Menteri Besar Selangor sebelum ini pernah mendedahkan kerajaan negeri Barisan Nasional melakukan pelaburan untuk apartment di Mekah, Arab Saudi bernilai RM17.5 juta pada 2007.
Pengarah-pengarah PNSB hanya meluluskan pembelian 5 unit apartmen tetapi 12 unityang telah dibeli dan ia didaftar di atas nama persendirian. Tujuh unitnya kemudian dijual semula kepada individu yang tak diketahui kerana ketiadaan resit untuk mengesahkan transaksi tersebut.
Nik Normadiha Pelajar Terbaik SPM 2008 , at 12.3.09,
Pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan, tapi mungkin tak masuk dalam senarai kot...sebab sekolah Agama di bawah kerajaan Negeri Kelantan (YIK) kan...
SPM: Pelajar Maahad Perempuan dapat 20A
KOTA BHARU - Pelajar Maahad Muhammadi Perempuan, Nik Normadiha Nik Mohamad Kamal, 18 mendapat 20A (19A1, 1A2) dipercayai pelajar terbaik SPM 2008 peringkat kebangsaan.
Anak nelayan dari Kampunug Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Menurut seorang ustazah yang mengajar di Maahad Muhammadi Perempuan yang saya hubungi sebentar tadi ,beliau mengatakan ramai wartawan datang ke sekolahnya pagi ini termasuk dari Bernama,The Star,berita harian metro dan yang sewaktu dengannya. Dan setakat yang dia tahu Nik Normadiha adalah pelajar terbaik bagi negeri kelantan dan peringkat Kebangsaan bagi tahun 2008 .

dalam pertemuan di SMA Maahad Muhammadi, Kota Bharu semalam.
Zambry muka tak malu!! , at 12.3.09,
Lembu punya susu sapi dapat nama. Orang lain yang buat susah-susah, senang-senang ja dia mengaku semua tu depa sendiri yang punya kerja. Langsung tak lagi kredit kat kerajaan PR Perak yang susah payah buat, Zambry tinggal meluluskan ja.Tak kira laa Berita Harian nak tulis nama sapa pun, yang penting rakyat kena tau, semua kerja kearah kelulusan geran kekal tu adalah hasil usaha kerajaan MB Hj Nizar.
Depa nak tunjuk konon-kononnya depa ni pembela melayu la, kat orang melayu depa luluskan geran hak milik kekal tapi untuk Kampung Cina di Seberang Kuala Sepetang depa hanya bagi TOL - 1208 lot
Kalau ikut 'bahasa' depa sebelum ni patutnya Zamri kena guna alasan yang penduduk Kampung Cina tu bukan orang melayu, pasai tu la depa tak bagi geran hak milik kekal.
Antara kampung yang dapat :
1. Kampung Kurnis Jaya Tambahan - 153 lot
2. Kampung Air Kuning Tambahan - 150 lot
3. Kampung Dew - 55 lot
4. Kampung Salak Baru - 132 lot
Depa tu katanya dah duduk kat situ antara 40 hingga 50 tahun. Maknanya baru ni ja depa nampak, kalau tak kerana PR kuat sampai Hj Nizar dilantik jadi MB tak pasai la. Sekurang-kurangnya rakyat dapat manfaat, walaupun hanya berupaya memerintah Perak setakat 11 bulan. Kesannya masih terasa walaupun telah dirampas oleh Umno.
Lagi satu yang aku mushkil awat la depa sibuk bagi geran tu untuk daerah Larut, Matang dan Selama saja. Kalau kita kata depa bagi rasuah politik mampuih depa tak mengaku.
Cumanya kalau boleh orang yang 'berkenaan' kalau boleh tolong semak nama orang yang terima geran-geran tu. Kalau betui depa guna senarai yang kerajaan PR uruskan sebelum ni, kira ok laa.
Aku takut depa sempat selit nama=nama kroni depa dalam senarai tu. Memang standard kerja puak-puak Umno macam tu. Lagi satu standard kerja Umno, depa sanggup pasai nak selit nama kroni depa, depa buang nama orang lain yang lebih berhak dapat.
Perlukah Nizar Mengadap Sultan? , at 12.3.09,
Persoalan kini, perlukan Dato Seri Mohammad Nizar mengadap Sultan di dalam situasi pihak Istana TELAH pun mengambil pendirian yang jelas tidak akan membubar DUN dan tidak akan mengadakan pilihanraya?Sebagai parti yang bermaruah, sebagai parti yang masih menerima sokongan rakyatnya dan setelah segala usaha untuk menemui Sultan Perak dilakukan tidak dilayan sewajarnya dan, jika pihak Istana sudah enggan untuk menemui Nizar yang mewakili rakyatnya, maka rasanya tumpuan kini bukan sepatutnya kita menghabiskan masa melakukan kerja yang sedemikian rupa.
Kalau padi katakan padi, tidak patik tertampi-tampi.
Banyak lagi kerja-kerja berguna yang boleh kita lakukan untuk merebut semula hak-milik kita yang dicuri, kerana apa yang jelas, sesuatu yang dicuri tidak ada berkatNya dan ia pasti akan kembali kepada kita semula.
Yang perlu kini kita lakukan ialah gembelengkan segala usaha untuk pastikan kita mencapai kemenangan cemerlang di dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau untuk bertindak sebagai satu manifestasi rakyat terhadap apa yang telah menimpa.
Mujurlah rakyat bersama kita. Jagalah hati rakyat sekali pun segala pihak menekan kita.
Strategi pertama dari Sun Tzu: Perdaya Langit untuk melewati Samudera.
Bergerak di kegelapan dan bayang-bayang, menggunakan tempat-tempat tersembunyi, atau bersembunyi di belakang layar hanya akan menarik kecurigaan. Untuk memperlemah pertahanan musuh kita harus bertindak di tempat terbuka menyembunyikan maksud tersembunyi kita dengan aktiviti biasa sehari-hari!


.jpg)










