
Salah seorang bekas exco Pakatan Rakyat yang menjadi ADUN Bebas di dakwa telah menerima habuan sebanyak RM3 juta daripada Perdana Menteri Najib Razak kerana keluar daripada Parti Keadilan Rakyat dan menyokong Barisan Nasional.
Ahli Parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye ketika mendedahkan perkara tersebut semasa berucap di Bukit Mertajam semalam berkata bekas exco itu telah menceritakan mengenai bayaran yang diterima beliau kepada seorang kawan yang dipercayai.
Malah Dr Lee berkata bekas exco tersebut juga merungut mengenai cara pembayaran kepada dibuat kerana Najib hanya membayar beliau secara ansuran dwi bulanan sebanyak RM100,000. Beliau yang juga Naib Presiden PKR berkata rasuah sebanyak RM3 juta tersebut diberi atas pesefahaman tuduhan rasuah terhadap bekas ecxo itu akan digugurkan sekiranya menyokong Umno dan BN.
"Kita akan tunggu dan lihat sama ada dakwaan ini benar atau tidak.
Kita akan ketahui daripada apa yang bakal berlaku apabila mereka ke mahkamah sekali lagi (sama ada tuduhan digugurkan)," kata beliau pada satu majlis makan malam semalam.
Dr Lee berkata lagi beberapa badan bukan kerajaan Melayu telah mendedahkan informasi tersebut minggu lepas dan mendesak supaya satu suruhanjaya diraja ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan tersebut.
"Saya yakin beberapa saksi akan dipanggil untuk memberi keterangan," jelas beliau.
Februari lalu dua exco Pakatan Rakyat, Jamaluddin Mat Radzi dan Kapt. (B) Mohd Osman Mohd Jailu meninggalkan PKR untuk menjadi ADUN Bebas yang pro-BN bersama-sama ADUN Jelapang daripada DAP, Hee Yit Fong. Tindakan mereka bertiga telah mencetuskan kemelut politik terburuk dalam sejarah moden negeri Perak yang masih berterusan sehingga kini.
Jamaluddin, Mohd Osman dan tiga orang lagi di dakwa secara perseorangan atau bersama berhubung 16 tuduhan rasuah berkaitan sebuah projek perumahan seluas 36 hektar berharga RM180 juta di bandar Sri Iskandar.
Tiga tertuduh yang lain ialah Ketua PKR Bahagian Parit dan bekas ADUN Bota Usaili Alias, Ahli Majlis Daerah Perak Tengah, Zul Hassan dan juruteknik Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri, Ruslan Sahat.
Kelima-lima tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin. Lima daripada tuduhan tersebut membabitkan rasuah antara RM400 dan RM10,000, dan tuntutan saguhati seks melalui seorang bernama Mohamad Imran Abdullah, sebagai habuan meluluskan sebuah projek bangunan di Sri Iskandar.
Dua tuduhan lagi bersabit dakwaan menerima rasuah RM2,000 dan tuntutan saguhati seks melalui Mohamad Imran sementara Ruslan dituduh bersabit tujuh kes rasuah melibatkan wang dan seks.
Kesemua kesalahan itu di dakwa berlaku pada 14 Ogos tahun lalu di Apartmen Sri Sayang Apartment dui Batu Ferringhi, Pulau Pinang.
Pada kempen pilihan raya kecil Penanti di Kubang Ulu semalam Speaker V. Sivakumar menimbulkan kemusykilan berhubung kelewatan mendengar kes kelima-lima tertuduh sejak kes disebut pada September 2008.
Beliau juga secara sinis menyentuh kes sivil yang difailkan oleh beliau dan juga Menteri Besar Perak, Mohammad Nizar Jamaluddin yang cepat didengar oleh mahkamah. "Mengapa berhubung kes kami amat cepat macam keretapi ekspres tetapi kes rasuah membabitkan dua exco tersebut masih belum lagi didengar sehingga sekarang?
"Kes mereka disebut tahun lepas, lama sebelum kami memfailkan kes kami. Ini sungguh aneh," tanya Sivakumar dihadapan lebih 1,000 penduduk.

Ngeh mendakwa situasi menjadi buruk, yang menurutnya, lebih teruk daripada Operasi Lalang di mana 106 ditahan di seluruh negara.
Berlaku 'perang mulut' antara Ngeh, Nga dan timbakan ketua polis Ipoh, Ibrahim Abu Bakar berhubung tangkapan tersebut.

Bekas Hakim Mahkamah Rayuan, NH Chan mempersoalkan rasional keputusan Mahkamah Rayuan 22 Mei lalu berhubung pengesahan Dr Zambry Abd Kadir sebagai Menteri Besar Perak. Keputusan kontroversi itu mengundang pelbagai reaksi, antaranya "shotgun judgement" kerana mahkamah hanya mengambil masa lima minit untuk mengumumkan keputusannya tanpa sebarang alasan bertulis yang kukuh diberi untuk menolak keputusan Mahkamah Tinggi 11 Mei lalu yang mengesahkan kedudukan Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar yang sah. Ini berbanding dengan Hakim Abdul Aziz Abd Rahim mengambil masa 1 jam 27 minit untuk membaca ulasan penghakiman beliau yang sarat dengan hujah-hujah kukuh berhubung keabsahan Nizar sebagai Menteri Besar.


















Mereka antara 14 orang yang ditahan pagi ini, tidak termasuk lima pekerja syarikat pengurusan acara yang sedang menyiapkan khemah untuk acara tersebut.
Pakatan Rakyat melancarkan mogok lapar selama 72 jam di ibu pejabat DAP itu mulai 11 pagi bagi mendesak dewan dibubarkan untuk memboleh satu pilihanraya negeri dipanggil sebagai langkah penyelesaian kemelut politik yang berlarutan sejak Februari lalu.



