Ikuti Blog ini

Detik cemas Pilatus terhempas

WARTAWAN CUBA PERANGKAP DSAI



Setiausaha Sulit Sultan Kelantan Ditahan Polis

Setiausaha Sulit Sultan Kelantan, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang pagi tadi mengumumkan mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra (gambar) sebagai Pemangku Raja, malam ini ditahan polis dipercayai untuk siasatan.

Wan Hashim yang diumumkan pelantikan sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan minggu lalu dilihat dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini kira-kira pukul 8.40 malam.

The Malaysian Insider difahamkan Wan Hashim diambil di rumahnya sebelum di bawa ke IPK.

Pelantikan Wan Hashim dan kenyataan yang dibuat oleh beliau sejak seminggu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan.

Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra bersalaman dengan exco dan pegawai kerajaan negeri ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa hari ini.

Dalam pada itu pihak polis didapati turut mengadakan kawalan di sekitar Masjid Muhammadi.

Malam ini pihak kerajaan negeri telah mengadakan solat hajat di masjid berkenaan.

Istana Pemangku Raja di Telipot juga difahamkan dikawal rapi pasukan kawalan keselamatan.

Sementara itu seorang yang mengiringi Wan Hashim dilihat keluar dari IPK kira-kira pukul 10.30 malam, namun Setiausaha Sulit tidak kelihatan.

Polis tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Sementara itu menurut sumber, satu mesyuarat tergempar Majlis Perajaan Negeri (MPN) diadakan di Istana Telipot malam ini.

Kira-kira pukul 11 malam beberapa anggota MPN dilihat memasuki kawasan istana.

Sepuluh minit sebelum itu Pengelola Istana Diraja Kelantan Datuk Abdul Halim Hamad Halim pula kelihatan memasuki istana.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa mesyuarat itu diadakan bagi melantik pengerusi baru MPN ekoran perkembangan pagi tadi.

Dalam pada itu Bernama melaporkan Tengku Muhammad Faris Petra tenang dan mampu tersenyum walaupun dalam keadaan kemelut cubaan “merampas kuasa” melibatkan kerabat diraja Sultan Kelantan.

Baginda yang tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada 6 petang tadi dari Singapura, mampu melemparkan senyuman dan lambaian kepada rakyat dengan disambut pembesar Istana serta beberapa anggota exco Kerajaan Negeri Kelantan termasuk Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yakub.

Sewaktu berjalan menuju ke kenderaan rasminya, baginda dihampiri para wartawan yang ingin bertanyakan reaksi baginda mengenai pengumuman Wan Hashim bahawa Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah telah mendakwa Sultan Kelantan melantik beliau sebagai Pemangku Raja yang baru menggantikan baginda berkuat kuasa serta merta.

Tengku Muhammad Faris Petra hanya sempat menjawab sambil berjalan: “Tokleh (tidak boleh),Tokleh (tidak boleh), nanti biar sudah. Ginilah kirim salam kat semua orang,” katanya dengan tersenyum dan berlalu menaiki kenderaan baginda.

Laporan awal hari ini menyatakan bahawa Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra didakwa telah melucutkan jawatan anakandanya, Tengku Mahkota, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa serta-merta.

Titah tersebut didakwa disampaikan baginda kepada Tengku Abdul Aziz dan dibacakan oleh Wan Hashim di Istana Mahkota di sini hari ini.

Bagaimanapun, susulan daripada pengumuman itu yang dihebahkan di laman web media utama, Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN) Datuk Mohd Aiseri Alias berkata Tengku Muhammad Faris Petra Tengku Ismail Petra kekal sebagai Pemangku Raja kerana pelantikannya mengikut dua pertiga daripada 17 anggota majlis MPN pada 29 Mei tahun lalu.

Beliau, yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, berkata pengumuman Wan Hashim awal hari ini mengenai pemecatan Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja dan digantikan Pengerusi MPN, Tengku Abdul Aziz Hamzah berkuatkuasa serta merta adalah tidak terpakai kerana ia tidak mewakili MPN.

“Ia adalah sama sekali tidak mewakili keputusan Majlis Perajaan Negeri Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan majlis (MPN) tidak akan sah dan terpakai kecuali sekurang-kurangnya dua pertiga daripada anggota yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata Tengku Abdul Aziz, abang kepada Anggota Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah telah bertindak secara berseorangan tanpa memanggil MPN bersidang.

Mohd Aiseri berkata oleh kerana Tengku Muhammad Faris Petra dilantik ekoran Sultan Kelantan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri mengikut Perkara 22A (1) (b) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian yang kedua, maka Tengku Muhammad Faris Petra akan terus menjalankan tugas-tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehingga MPN membuat keputusan seterusnya mengikut undang-undang.

Pada sidang media yang sama, Ahmad berkata pendirian kerajaan negeri adalah mengikut Perlembagaan negeri.

“Kita tetap dengan undang-undang dalam Perlembagaan. Apapun yang berlaku kita merujuk kepada Perlembagaan negeri iaitu Tengku Muhammad Faris Petra kekal sebagai Pemangku Raja. Pemangku Raja masih lagi pemangku walaupun ada pihak lain isytihar pemangku telah digugurkan,” katanya.

Beliau berkata perkara itu tidak perlu lagi dibincangkan dan tidak perlu dilakukan pindaan perlembagaan serta tidak perlu diadakan Sidang Dewan Undangan Negeri tergempar.

Ahmad berkata sebagai usaha kerajaan negeri menghentikan kemelut Istana, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Shafie Ismail telah membuat laporan polis berhubung kenyataan Wan Hashim berhubung mengenai pelantikan Tengku Abdul Aziz sebagai Pemangku Raja. -MI

Zalimnya.. Juara Rakyat..



Kita sering mendengar berita-berita yang memaparkan kezaliman Yahudi terhadap penduduk Islam Palestine, berbagai-bagai jenis kezaliman mereka gunakan terhadap penduduk Islam Palestine,..

Mereka sering menjadi mangsa keganasan Polis dan Tentera Yahudi, mereka dibelasah tanpa belas kasihan,ditangkap dan dipenjarakan oleh puak Yahudi tanpa peluang membela diri, Tembok batu dibina bagi memisahkan mereka dengan dunia luar, kawasan tanaman mereka dimusnahkan kereta kebal Yahudi, hak mereka untuk beribadat di halang..

Tanah yang mereka duduki sekian lama dirampas Yahudi dan rumah mereka dirobohkan bagi membina penempatan haram Yahudi…

Kini kita patut bersyukur kehadrat Illahi kerana kita tidak perlu menyabung nyawa untuk ke Palestine untuk melihat semua itu…

Apa yang perlu kita buat hanyalah menoleh kearah Negeri yang dikuasai oleh Pejuang Bangsa di selatan tanahair iaitu Johor…

Dalam kejadian 12 rumah yang didakwa rumah setinggan di Kampung Denai Pinggiran, Kempas, Johor telah dirobohkan oleh Pejabat Tanah dan Galian daerah, Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) dan dengan kerjasama Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Seramai 12 pegawai dan 112 anggota polis telah ditempatkan di kawasan berkenaan untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal bagi mengelakkan berlaku kejadian tidak diingini.


Berpura-purakah anak-anak kecil ini?

Satu lagi kampung Melayu bakal hilang dari muka bumi, mereka dah tinggal di sini selama 36 tahun dan di halau keluar tanpa sebarang pampasan....

Selama 36 tahun itulah mereka telah dijanjikan berbagai oleh sang penguasa bagi menjamin penguasaan mereka..

Ketika Kampung Buah Pala menghadapi nasib yang sama Media UMNO/BN riuh rendah mencanangkan kekejaman yang kononnya dilakukan terhadap penduduk oleh kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang walhal tanah Kampung BUah Pala itu telah dijual semasa era Koh Tsu Koon lagi.. dan penduduk Kampung Buah Pala juga telah diberikan pampas an yang setimpal.

Kalau Kampung Buah Pala yang dianngap setinggan, penduduk diberikan pampasan RM250,000.00 dan lot rumah, apa bezanya dengan Kampung Denai Pinggiran ini?

Adakah kerana Kampung Buah Pala terletak didalam Negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat dan Kampung Denai Pinggiran ini terletak didalam negeri yang diperintah oleh UMNO/BN maka layanan terhadap penduduk berbeza?

















Kemana menghilang pejuang-pejuang Bangsa, kemana menghilang Presiden Perkasa? Adakah kerana tidak menguntungkan mereka penduduk Kampung Denai Pinggiran dibiar sendirian meratap hiba mengenang nasib mereka?

Inilah nasib orang melayu di bumi Johor.....Moga UMNO terus perintah Johor!

MP Hulu Selangor Kembali Ke Rahmatullah - PRK Paling Sengit Bakal Dilalui

Ahli parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada jam 9.27 malam tadi di rumahnya di Batu 9 1/2, Jalan Cheras, Kajang akibat barah otak.

Beliau meninggalkan isteri Datin Siti Zaharah Mohd Zin dan empat orang anak.

Zainal Abdidin, 71 adalah juga bekas Timbalan Menteri Besar Selangor.

Sebelum dilantik sebagai Timbalan Menteri Besar Selangor pada 1999, beliau merupakan orang kuat Umno Selangor dan pernah menjadi Exco kerajaan negeri selama lapan tahun dan Ketua Umno Bahagian Hulu Langat selama 14 tahun.

Antara jawatan exco yang dipegangnya termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Pembangunan, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Penyelidikan dan Pengerusi Jawatankuasa Perjawatan, Pendidikan dan Sumber Manusia.

Pada Mac 2005, beliau mengambil keputusan untuk meninggalkan Umno dan menyertai PKR.

Zainal Abidin berjaya memenangi kerusi Hulu Selangor dengan mengalahkan calon BN dari pari MIC, P Palanivel pada pilihan raya umum yang lalu.

Kerusi itu berjaya dirampasnya untuk PKR dengan hanya majoriti 198 undi.

SELANGOR: P94 - Hulu Selangor

Pengundi: 63,593

MIC Datuk G. Palanivel 22,979
PKR Zainal Abidin Ahmad 23,177
Majoriti 198


Mengikut peraturan, pilihan raya kecil mesti diadakan dalam tempoh 60 hari setelah speaker Dewan rakyat dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi berkenaan.

Kematian Zainal Abidin dilihat ramai penganalisis memburukkan lagi keadaan di PKR yang baru-baru menghadapi masalah apabila tiga ahli parlimennya berpaling tadah manakala seorang lagi dipecat.

Bagaimanapun, kekosongan kerusi Hulu Selangor juga bukan berita gempira bagi Barisan Nasional yang menghadapi dilema untuk mencari calon yang sesuai.

Sejak bekas menteri besar Selangor itu dilaporkan uzur, khabar angin bertiup kencang bahawa Umno cuba mendapatkan kerusi itu semula yang secara tradisinya diserahkan kepada sekutunya, MIC. -mk

SELEPAS BUNUH KENAPA BARU SEKARANG UMNO NAK HIDUPKAN JAWI KEMBALI?

Setelah sekian lama Umno BUNUH JAWI, bermula daripada zaman Mega Firaun Dr Mahathir yang dengan sengaja telaah membunuh tumbuh kembang tulisan jawi. Kenapa baru sekarang Umno macam cacing panas mahu hidupkan kembali tulisan jawi? Mimpi apakah Umno? Mimpi apakah Najib? Apakah roh Altantuya mempengaruhi tindakan ini? Mungkin Zulkifli Nordin yang boleh jelaskan.

Hari ini dalam KOSMO 25.3.2010 ms 11, Menteri Penerangan yang kebiasaannya mengambil masa setengah jam untuk menyusun kata-kata Dr Rais Yatim begitu bersungguh-sungguh mahu mempertahankan supaya usaha menghidupkan kembali tulisan jawi perlu dilakukan. Lebih daripada itu, semua cawangan Umno digesa beli akhbar Utusan Melayu Mingguan (Boikot Utusan) untuk memertabatkan jawi.

Inilah silapnya Umno, jika Umno mhu memertabatkan tulisan jawi, perkara pokok yang Umno perlu dekati dan langgani secara dekat dan serious bukan Utusan Melayu, tetapi Utusan Allah iaitu Islam melalui Al-Quran.

Jawi tidak akan hidup segar sekiranya Umno arahkan setiap cawangan membeli Utusan Melayu setiap minggu kerana isi tulisan jawi bukan di utusan melayu tetapi ada pada Al-Quran. Ianya perlu didekatkan setiap masa setiap ketika dan bukan hanya seminggu sekali.

Kalau Umno betul-betul mahu memertabatkan jawi, lebih baik Umno tutup saja Umno dan masuk Pas saja. Kenapa? Kalau nak perjuangkan jawi bererti memperjuangkan islam. Sanggup ke Umno? Mahu sahaja tanpa kemampuan akan merosakkan lagi teruk jawi nanti.

Kita bukan nak mengutuk tetapi pada hakikatnya ialah, tulisan jawi masih hidup dan segar kerana islam. Ia adalah tulisan Furqan. Tulisan jawi tidak akan mati selagi ada Al-Quran. Tulisan jawi hanya mati di mata sandiwara Umno kerana Umno sememangnya tidak pernah dan mahu secara sengaja atau terpaksa mendekati AlQuran secara betul dan praktikal dan bukan hanya teori sahaja.-

Ibrahim Ali Bersumpah Mengaku Dajjal di Parlimen


Tak beberapa lama selepas kes Ibrahim Ali dimalukan dengan tindakan bodohnya menjemput Sultan Selangor untuk merasmikan Mesyuarat Agung PERKASA kini digemparkan pula dengan adegan bersumpah di parlimen semalam.

Bukti kukuh yang dikemukakan oleh ahli Parlimen Machang Y.B Safudin Nasution bahawa Ibrahim Ali terlibat secara langsung dalam syarikat perjudian Ascort Sports menjadi satu isu yang tidak patut dipandang ringan oleh rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu.

Ini kerana, sebuah pertubuhan badan NGO yang berasaskan terhadap peembelaan orang Melayu tidak sepatutnya terlibat secara langsung dengan perjudian ini. Islam melarang keras terhadap perjudian, siapa Ibrahim Ali hendak melanggar larangan tersebut.


Bagaimanakah tugas-tugas pembelaan terhadap orang Melayu sekiranya sikap pemimpin sebegini yang UMNO sendiri dahagakan. Orang-orang Melayu di Malaysia kini tidak lagi menaruh kepercayaan terhadap pertubuhan-pertubuhan najis seperti ini bahkan ianya akan menyebabkan perpecahan di kalangan orag Melayu.

Ibrahim Ali yang cemas menjawab pertuduhan tersebut dengan mengaku bahawa dirinya ialah Dajjal . Dia berkeras untuk bersumpah sekiranya Dato' Seri Anwar Ibrahim juga berani bersumpah. Ibrahim Ali yang mengaku dirinya dajjal tidak dapat menafikan dengan fakta dan bukti terhadap pertduhannya itu. Rakyat Malaysia juga digesa supaya tidak lagi percayakan pertubuhan PERKASA supaya tiada perpecahan dan kerosakan akidah yang berlaku.

Mungkin Ibrahim Ali adalah Dajal yang sebenar kerana tidak lagi tahu tentang pantang larang dalam Islam. Beliau juga tidak di didik mengenai Islam sejak dari kecil, jadi bagaimana dia boleh mempengerusikan PERKASA ini.

Oleh itu Rakyat Malaysia harus menentang keras dengan tindakan Ibrahim Ali serta sekutu-sekutunya UMNO-BNyang sedah banyak menjahanamkan Malaysia!
Posted by RAKYAT MARHAEN

Pengguguran Tengku Faris tidak sah - Setiausaha MPN

KOTA BHARU, 25 Mac: Setiausaha Majlis Perajaan Negeri (MPN), Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengisytiharan yang dibuat Datuk Wan Hashim Wan Daud yang melucut kedudukan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhamad Faris Petra (gambar) adalah tidak sah.

“Saya merujuk kepada salinan perisytiharan yang dibuat oleh YB Mulia Tengku Seri Utama Raja, selaku pengerusi Majlis Perajaan Negeri dan Wan Hashim bertarikh 24 Mac yang menamatkan pelantikan Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra sebagai Pemangku Raja adalah sama sekali tidak mewakli keputusan Majlis Perajaan Negeri,” katanya kepada media di sini petang ini.

Kata beliau Perkara 11 (1) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan memperuntukkan mana-mana keputusan Majlis Perajaan Negeri tidak akan menjadi sah dan terbatal melainkan sekurang-kurangnya dua pertiga daripada ahli-ahli yang hadir dan mengundi bersetuju dengan keputusan itu.

Oleh itu katanya, Pengerusi Majlis Perajaan Negeri telah bertindak secara bersendirian tanpa memanggil anggota-anggota Majlis Perajaan Negeri bersidang.

“Ini jelas bahawa tindakan di atas adalah salah dan bertentangan dengan undang-undang tersebut dan ia tidak terpakai,” katanya ketika menunggu keberangkatan pulang Tengku Muhammad Faris Petra di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra petang ini.

Pagi tadi Wan Hashim yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan mengumumkan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan sebagai Pemangku Raja berkuat kuasa hari ini. Beliau digantikan oleh Pengerusi Majlis Perajaan Negeri (MPN), Tengku Abdul Aziz Hamzah iaitu bapa saudara kepada Raja Perempuan Kelantan.

Sedangkan semalam Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menjelaskan hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Negeri mempunyai kuasa sekarang memandangkan Sultan Kelantan masih gering.

Mohd Aiseri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan (SUK) berkata, Pemangku Raja dilantik di atas sebab Sultan gering dan tidak boleh menjalankan tugas hal ehwal negeri.

Mengikut Perkara 22A(1)(b) Undang-undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan Bahagian Kedua, maka Pemangku Raja akan terus menjalankan tugas sebagai Pemangku Raja yang sah sehinga Majlis Perajaan Negeri membuat keputusan seterusnya berdasarkan undang-undang.

Mohd Aiseri juga berkata, majlis pengurniaan pingat dan darjah kebesaran sempena ulangtahun keputeraan Sultan Kelantan tetap akan diadakan di Balai Besar pada 30 Mac ini.

"Malam ini akan diadakan solat hajat di Masjid Muhammadi yang dijangka dihadiri pemimpin kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kanan kerajaan,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob berkata, kerajaan negeri berdiri teguh di belakang Pemangku Raja berdasar kepada peruntukan undang-undang.

Ditanya cadangan Kelab Penyokong Kerajaan Negeri supaya diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri bagi menyelesaikan konflik membabitkan istana, katanya ia dianggap tidak perlu buat masa ini kerana undang-undang yang ada sudah cukup jelas.

Pengerusi Persatuan Pegawai Tadbir Negeri, Shafei Ismail berkata, persatuan berkenaan tetap dengan berpendirian awal mendokong Pemangku Raja berdasar kepada undang-undang. - Hrkh.

Sidang Parlimen: MP Pas Baling Lawan MP BN Pasir Salak





Isu tulisan Jawi: MP BN Pasir Salak vs MP PAS Baling - Perdebatan ini berlangsung semasa MP BN membahaskan titah Diraja.

Kelantan cadang sidang khas Dun selesai konflik istana

KOTA BHARU, 25 Mac: Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Kelantan mencadangkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri (Dun) bagi menyelesaikan konflik membabitkan istana negeri.

Pengerusinya, Abdullah Yakob (gambar) berkata, persidangan tergempar Dun Kelantan penting diadakan untuk membincangkan perkembangan terbaru berkaitan istana.

“BBC mencadangkan diadakan sidang khas Dewan Undangan Negeri memandangkan kemelut dalaman Istana Kelantan belum berkesudahan.

“Persidangan Dun khas itu boleh diadakan dalam waktu terdekat ini bagi menangani masalah tersebut. Rakyat ingin suatu keputusan dibuat berasaskan kebenaran dan keadilan mengikut undang-undang,” katanya pada persidangan media di sini, hari ini.

Hadir sama timbalan pengerusi BBC, Drs Zainuddin Awang Hamat.

Abdullah yang juga Adun Air Lanas berkata, cadangan itu dicetus berikutan menerima pandangan pelbagai lapisan masyarakat bagi menyelesaikan isu tersebut.

Menurutnya, BBC yakin Pemangku Raja, Tengku Muhammad Faris Petra berada di pihak yang benar.

“BBC turut menyokong dan sentiasa berada di belakang pimpinan kerajaan negeri yang menyatakan taat setia kepada pemerintah yang sah mengikut perlembagaan Negeri.

“BBC berharap keputusan yang dibuat Majlis Perajaan Negeri dapat mengembalikan keharmonian negeri dan rakyat tanpa gangguan mana-mana pihak,” ujarnya.

Dalam perkembangan berkaitan pagi tadi, Datuk Wan Hashim Wan Daud yang mendakwa sebagai Setiausaha Sulit Sultan Kelantan mengumumkan Tengku Muhammad Faris Petra dilucutkan daripada jawatan sebagai Pemangku Raja negeri itu berkuat kuasa hari ini.

Pengumuman mengejutkan itu dilihat merumitkan lagi krisis Istana Kelantan. Keputusan terbaru itu diumumkan pada sidang media di Istana Mahkota.

Sedangkan semalam Pengelola Istana Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad menjelaskan hanya Pemangku Raja dan Majlis Perajaan Negeri mempunyai kuasa memandangkan Sultan Kelantan masih gering. - Hrkh...

Lawatan penerangan PAS Perak ke Mesir, Jordan dan UK berjaya


Asalamu'alaikum dan salam sejahtera

Bersyukur kehadrat Allah SWT bahawa kami mewakili Badan Perhubungan Pas Perak telah berjaya mengadakan siri lawatan penerangan bertemu para pelajar dan warga Malaysia khususnya pelajar dari Negeri Perak di Timur Tengah, UK dan Ireland. Siri lawatan sepanjang 2 minggu bermula (9 march -23 March) dipimpin oleh Pesuruhjaya Pas Perak Ust Abu Bakar Husin.

Bermula dengan bertemu dan ramah mesra di Mesir (Kaherah) dan Jordan (Mu'tah, Irbid dan Aman). Kemudian kami bertolak ke UK dan kami berbahagi 3 kumpulan bagi membolihkan kami menjelajah sebanyak mungkin bandaraya yang ramai penempatan pelajar-pelajar Malaysia.

Di UK, saya sendiri mengetuai kumpulan pertama menjelajah dan mengatur program di London, Coventry, Warwick, Newcastle, Leeds, Manchester dan Dublin di Ireland.

Program banyak berbentuk soal-jawab dan memberi ruang seluas-luasnya untuk pelajar bertanya perkara -perakara dan isu yang tidak diperolehi di media siber internet. Berkenaan apa yang terjadi dan insiden terkini kebanyakan pelajar telah mengetahuinya hasil bacaan dan makluman yang mudah diperolehi. Namun tafsiran dan makluman dalaman yang diberi penerangan khususnya kemelut rampasan kuasa Kerajaan Pakatan Rakyat Perak oleh Najib Tun Razak pada 5 Feb 2009, yang mereka amat mahu perincian lanjut.

Alhamdulillah kami berjaya menerangkan kesemua perkara yang tidak jelas ataupun masih keliru berkenaan isu semasa dan krisis perlembagaan Perak serta tindakan PR seterusnaya dimasa akan datang.

Kami yakin melalui pertemuan dan program dalaman serta terbuka/umum yang diadakan di banyak universiti disana , telah memberi impak dan sokongan jitu dari pelajar Timur Tengah, UK dan Ireland kepada Pakatan Rakyat khususnya Pas. Sekali gus akan pasti menyulitkan UMNO BN untuk terus berbohong serta menyebar fitnah dikalangan para pelajar yang tidak mudah menerima apa sahaja yang dikatakan oleh pemimpin UMNO yang bertemu mereka. Alhamdulillah kami selamat sampai jam 5.30 petang pada 23 March 2010 di KLIA.

Dato Seri Nizar Jamaluddin

Jangan salah gunakan internet - TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

KOTA BHARU - Menteri Besar, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar segelintir masyarakat yang menyalahgunakan internet termasuk laman-laman blog bagi tujuan negatif dan tidak mendatangkan kebaikan kepada orang ramai.

Menurutnya, perkara tersebut berlaku kerana kemudahan canggih yang disediakan tidak disatukan dengan ajaran agama yang membezakan antara yang perkara yang boleh dilakukan atau tidak.

“Hasilnya, maruah dan peribadi didedahkan keaibannya secara terbuka di khalayak ramai. Ruang blog seolah-olah sudah menjadi kedai kopi terbuka yang memperkatakan semua perkara sama ada benar atau tidak. Inilah akibatnya apabila wahyu tidak menjadi panduan di dalam penguasaan ilmu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Penyerahan Sijil MSC Malaysia status Inkubator kepada ICT Inkubator Centre Sdn Bhd, di sini, semalam.

Turut hadir, Pengerusi Multimedia Development Corporation Sdn Bhd, Tan Sri Abdul Halim Ali.

TG Nik Aziz berkata, segala penemuan dan ciptaan moden yang ada pada hari ini bukanlah sesuatu yang janggal dalam Islam, malah umat Islam pernah melakar sejarah sebagai umat yang telah mempelopori pelbagai jenis ciptaan yang bermanfaat.

“Contohnya penciptaan jam. Apabila Islam mewajibkan solat lima waktu, puasa dan haji mengikut waktu yang telah ditetapkan, umat Islam mula mencipta alat yang khusus bagi memudahkan waktu solat diketahui.

Akhirnya pada zaman Khalifah Harun Al-Rasyid, terciptalah sejenis alat jangka waktu solat dengan menggunakan titisan air seterusnya penciptaan ini berkembang menjadi teknologi jam yang kita saksikan pada hari ini,” katanya.

Dalam pada itu, TG Nik Aziz berkata, Kerajaan Negeri pada masa ini dalam usaha untuk menjenamakan semula bangunan KB Bazar dengan menjadikannya ia sebagai sebuah pusat komunikasi terkenal di Kelantan khasnya dan Malaysia amnya.

Katanya, penjenamaan itu bakal merubah wajah dan nama KB Bazar kepada Kota Bharu Siber Plaza apabila semua prasarana Pusat Inkubator ICT siap dan beroperasi sepenuhnya, di samping penglibatan beberapa syarikat industri komputer yang akan membuka operasi mereka dalam jangka masa beberapa bulan akan datang.

Live : PERBICARAAN DSAI HARI INI

Khutbah Jumaat oleh Dato Seri Nizar di Riley Smith Hall, University of Leeds, United Kingdom




Siapa pengkhianat ?









Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .