Ikuti Blog ini

Pemuda akan turunkan 'PGU' ke daerah mengundi

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/himpitpguknerus.JPGKUALA TERENGGANU – Dewan Pemuda Pas Negeri Terengganu (DPPNT) akan turun membawa semangat dan gelombang Himpunan Kebangkitan Rakyat - PAS Ganti Umno (PGU) sehingga ke daerah-daerah mengundi (Unit Peti Undi - UPU) dalam setiap Dewan Undangan Negeri (DUN) menjelang pilihnraya umum ke-13 akan datang.

Program yang akan dinamakan sebagai 'PGU Pemuda UPU' adalah merupakan program mencari dan mengenalpasti sasaran pengundi muda secara lebih dekat.

"Selain menyumbangkan tenaga melaksanakan PGU (peringkat negeri) kita juga akan buat PGU diperingkat UPU (daerah mengundi), ia gerakkerja lebih fokus, kita akan buat program mendekatkan pemuda (dengan PAS),"ujar Setiausaha DPPNT Wan Faizul Abbas ketika ditemui.

Selain itu, menurutnya, dalam PGU Pemuda UPU itu juga, gerakan mendaftarkan pengundi baru akan dibuat, memandangkan tarikh pilihanraya yang belum dapat ditentukan

Katanya, pelbagai program 'orang muda geng kita' akan dianjurkan sempena PGU 100K yang diadakan di Kuala Terengganu pada 20 dan 21 Mei depan.

Antaranya, kata beliau, adalah program bersama artis-artis yang telah bersama dengan PAS seperti Bob Lokman, Pak Long dan Akhil Hayy.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita46/faizul.jpgMengulas tentang kepimpinan pemuda negeri dan Pusat, Wan Faizul (gambar) menyokong pendirian Ketuanya, Ustaz Mohd Nor Hamzah mencadangkan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan Muktamar Pemuda Pusat Jun ini.

Ustaz Mohd Nor Hamzah dalam kenyataanny berkata, keputusan tersebut diambil kira berdasarkan cadangan dan pandangan di peringkat Pemuda Kawasan di seluruh negeri ini.

Menurutnya, cadangan tersebut cuba mengekalkan Nasrudin sebagai Ketua Pemuda, sekali gus membuka peluang kepadanya untuk meneruskan kepimpinan sedia ada pada penggal berikutnya.

“Beliau lebih sesuai meneruskan kepimpinan pemuda dan meneruskan gerak kerja terutama dalam merealisasikan agenda Pas Ganti UMNO,” katanya

Kata Mohd Nor, rasionalnya pemuda sedang bergerak untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.

“Kita mengekalkan yang sedia ada kerana kalau berlaku perubahan, kita lihat agak sukar untuk menghadapi pilihan raya,” katanya.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda Pas Pusat yang kini disandang Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani, beliau berkata, pihaknya menyerahkan keputusan tersebut kepada perwakilan, begitu juga dengan jawatankuasa lain.

Mohd Nor bagaimanapun berharap mana-mana pihak yang dipilih untuk mengisi jawatan lain di peringkat jawatankuasa Pemuda Pas Pusat supaya bekerjasama dalam memastikan keutuhan gerakan Pemuda.

“Kita berharap gabungan kepimpinan yang dilantik pada masa akan datang dapat meneruskan agenda penting untuk mendekatkan anak muda dengan semangat perjuangan Pas melalui ‘Orang Muda Geng Kita’,” katanya. -BO


Biodatan Ahli SPR 'si anjing Umno'

Aku jumpa biodata Ahli SPR ni di blog Mutaligat. Kalau tengok dari pengalaman, maksud aku jawatan depa-depa ni sebelum ni, memang tak heran la kalau depa ni lebih Umno dari orang Umno. Memang tak heran la kalau depa penganut tegar mazhab Umno BN. Memang tak heran la kalau depa punya kerja buat sebijik macam anjing Umno.

PENGERUSI SPR :
Tan Sri Dato' Seri Abdul Aziz bin Mohd Yusof
( PSM, PSD, SPMS, DCSM, DSSA, SMS, KMN, AMN )

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN
  • 25.1.1973 - 25.2.1973 Perangkawan di Jabatan Perangkaan, Kuala Lumpur
  • 1.4.1973 - 25.2.1976 Pengajar Sambilan di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya
  • 2.4.1973 - 30.11.1979 Penolong Setiausaha dan Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kewangan, Perbendaharaan Malaysia
  • 1.12.1979 - 31.8.1980 Ketua Penolong Setiausaha, Bahagian Kontrak dan Bekalan, Perbendaharaan Malaysia
  • 27.9.1982 - 1.1.1985 Penyelaras Program, Pusat Latihan Komputer Negara, INTAN
  • 2.1.1985 - 31.8.1991 Pengarah, Pusat Latihan Komputer Negara,INTAN
  • 1.9.1991 - 31.12.1993 Timbalan Pengarah, Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia dan Pengarah, Bahagian Latihan dan Pembangunan Kerjaya, Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
  • 1.1.1994 - 31.7.1995 Setiausaha, Bahagian Kewangan, Kementerian Dalam Negeri
  • 1.8.1995 - 31.7.2000 Pegawai Kewangan Negeri Selangor Darul Ehsan
  • 1.7.1997 - 31.8.1998 Pemangku Presiden, Kumpulan Darul Ehsan Berhad
  • 3.8.2000 - 30.9.2001 Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka
  • 1.10.2001 - 31.3.2004 Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor
  • 1.4.2004 - 18.3.2008 Ketua Setiausaha Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
  • 19.3.2008 - 30.12.2008Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri
  • 31.12.2008 - 24.1.2016Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia


TIMBALAN PENGERUSI SPR
Datuk Wira Hj. Wan Ahmad bin Wan Omar
(DCSM,DSMZ,DPMT,DIMP,DPMS,JMN, JBK,KMN,AMN)

PENGALAMAN DALAM PERKHIDMATAN
  • 1972 - 75 Penolong Setiausaha, Jabatan Perdana Menteri
  • 1976 - 79 Setiausaha Kedua (Politik), Suruhanjaya Tinggi Malaysia, Singapura
  • 1979 - 82 KPSU (Keselamatan), Jabatan Perdana Menteri
  • 1982 - 86 Penasihat Politik, Kedutaan Besar Malaysia, Filipina
  • 1986 - 89 Setiausaha Bahagian (Keselamatan), Jabatan Perdana Menteri
  • 1989 - 95 Menteri Penasihat (Politik), Kedutaan Besar Malaysia, Washington D.C
  • 1995 - 98 Setiausaha Bahagian (Keselamatan/Hal Ehwal Politik), Jabatan Perdana Menteri
  • 1998 - 2004 Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya
  • 2004 - sekarang Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya
Untuk lain-lain Ahli SPR boleh tengkok di blog Mutaligat

UMNO BN Sudah Lama Menzalimi Rakyat Yang Tidak Menyokong Mereka

Bukan Cina sahaja, Melayu juga tak sokong kerajaan’

PETALING JAYA: Kisah pengundi Cina yang menyokong pembangkang khususnya DAP bukan baru. Cuma ada pihak tertentu yang membesar-besarkannya setiap kali parti pemerintah kalah dalam pilihan raya.

Dan gesaan ‘menghukum’ masyarakat Cina juga sudah lali didengar. Lantas masyarakat Cina dicap sebagai warga yang tidak berterima kasih dan perlu dihukum.

Pada PRU 1969, masyarakat Cina menyokong DAP dan menyebabkan kekalahan besar Barisan Nasional (BN) di kawasan bandar dan akhirnya mencetuskan 13 Mei 1969.

Pada PRU 2008, masyarakat Cina berbondong-bondong menyokong pembangkang sehingga DAP berjaya menawan Pulau Pinang.

Dalam pilihan raya negeri Sarawak yang baru berlalu, calon DAP menang dengan cemerlang. Sebaliknya calon SUPP kecundang satu demi satu.

Pada pengamatan pemerhati politik trend pengundi Cina menyokong pembangkang akan berterusan sehingga PRU akan datang.

Ini bermakna parti Cina dalam BN seperti MCA dan Gerakan menghadapi masa depan yang gelap. Dan sebaliknya para pemimpin DAP ternyata gembira dengan sokongan pengundi Cina di Sarawak.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang menegaskan ia petanda baik kepada parti dalam PRU ke 13.

Tetapi menghukum pengundi Cina semata-mata kerena mereka tidak menyokong parti kerajaan tidak semestinya akan menyebabkan mereka kembali menyokong kerajaan, beliau dipetik sebagai berkata.

Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi perdana menteri, beliau juga menghukum kaum Cina yang tidak menyokong kerajaan BN tetapi mereka tetap menolak parti kerajaan.

Mesti diingat bukan kaum Cina sahaja yang tidak menyokong parti kerajaan. Orang Melayu juga ramai yang berfikiran sama.


Orang Melayu tolak Umno

Di Kelantan, Perak, Kedah dan Selangor, orang Melayu menolak calon Umno secara besar-besaran. Kedah dan Kelantan dikuasai PAS, musuh ketat Umno.

Pada PRU 1999, orang Melayu di Terengganu menumbangkan kerajaan BN pimpinan Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad yang menjadi menteri besar sejak tahun 1978 lagi.

Maka Dr Mahathir menghukum kerajaan PAS Terengganu dengan menghentikan pembayaran royalti minyak yang dianggarkan RM800 juta setahun kepada negeri itu.

Begitu juga nasib orang Melayu Kelantan yang membantu PAS memerintah negeri itu sejak tahun 1990. Kerajaan Pusat telah meminggirkan Kelantan semata-mata kerana Umno kalah di negeri itu.


Penganalisis politik tempatan menganggap menghukum pengundi Cina yang tidak sealiran mereka adalah tindakan yang sama sekali bertentangan dengan amalan demokrasi.

“Apakah demokrasi negara kita sama dengan beberapa negara Timur Tengah di mana penentang dihukum? Era hanya kerajaan sahaja yang benar sudah berlalu. Jika rakyat tidak suka dengan kerajaan, mereka tentu tidak sokong.

“Mengapa orang (pengundi) Cina tidak sokong kerajaan? Kerana mereka tidak terkongkong dengan kerajaan, mereka kumpulan yang berdikari dan berfikiran terbuka,” kata seorang penganalis Zulkifli Hassan. -FMT

Rejim UMNO BN sebenarnya sudah lama menghukum rakyat yang tidak menyokong mereka. Perbezaan politik menjadi sesuatu yang terlarang bagi mereka. Lihat sahaja bagaimana pemerintah BN merampas royalti minyak tatkala Terengganu dan Kelantan diperintah oleh PAS. Ia adalah jelas dan nyata bahawa "hukuman" telah pun dikenakan ke atas rakyat yang tidak menyokong BN.

Mereka tidak segan silu memperkuda dan memperalatkan segala jentera awam termasuk agensi-agensi kerajaan untuk "menekan dan menzalimi" rakyat yang tidak sehaluan dengan mereka.

Sehinggakan maruah dan integriti PDRM misalnya tercemar apabila mereka dikerah untuk melakukan kekejaman ke atas pemimpin dan rakyat yang menyokong parti-parti selain BN. Perhimpunan aman Pakatan Rakyat jarang sekali tidak diganggu oleh mereka malah provokasi-provokasi sering pula dilakukan untuk menghuru-harakan suasana dan kemudian menuding jari menyalahkan penganjur.

Jika hendak disenaraikan kezaliman dan kekejaman UMNO BN terhadap rakyat tidak mencukupi ruang di sini... namun kita ingin memperingatkan mereka bahawa apa yang mereka lakukan itu akan tetap berbalik kepada mereka semula. Allah tidak pernah tidur dan tidak pernah lupa! - GB

Video fitnah sudah ada sejak 1999 dan bermotif politik




KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Kanan Polis, Datuk Mat Zain Ibrahim mendedahkan rakaman video seks palsu yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah wujud sejak 1999 dan tujuannya bermotif politik.

Dalam surat terbukanya kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar, Zain berkata, beliau percaya sebilangan besar rakyat malahan warga polis sendiri tidak sedar dan mungkin akan terkejut bila mengetahui kewujudan ‘video seks’ pertama yang diedar pada 1999.

Bekas Ketua jabatan Siasatan Jenayah KL itu berkata, siasatan polis ketika itu berjaya mengesan dan mengenal pasti “sumber” video pertama 1999 tetapi gagal mengenal pasti orang yang bertanggungjawab dengan pengedarannya.

“Namun begitu pengedarannya dipercayai bermotifkan politik bersandarkan ia dibuat beberapa hari sahaja sebelum pilihan raya umum ke-10,” ujarnya.

Zain berkata, pengedaran video seks itu dilakukan di Kuala Lumpur pada 24 dan 25 November 1999, beberapa hari sebelum pilihan raya umum ke-10 yang diadakan pada 29 November.

Menurutnya, terdapat dua video seks yang diedarkan serentak iaitu satu berjudul “Siapa Anwar” manakala yang satu lagi berjudul “Skandal Seks Mat Sabu”, yang merujuk kepada Mohamad Sabu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat.

Zain yang pernah menjadi pegawai penyiasat kes dalam kes fitnah 1 Anwar berkata, orang awam yang menemui video berkenaan yang dikatakan ditinggalkan di hadapan rumah, pejabat atau lain-lain premis, tampil membuat laporan masing-masing dan menyerahkan video-video berkenaan kepada polis.

“Saya sendiri telah melihat video-video tersebut sekurang-kurangnya dua kali. Pertama kali adalah bersama dengan beberapa Pegawai Kanan Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur bagi menentukan klasifikasi penyiasatan yang betul.

“Kali kedua bersama mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur ketika itu, di pejabat KJSJ setelah Tan Sri Datuk Bandar terbaca berita mengenai edaran video ini di akhbar,” katanya lagi.

Oleh itu katanya, Zain meminta pihak polis meneliti kaitan pendedahan berkenaan rakaman video pertama dan kedua.

“Bukan menjadi hasrat saya mencampuri siasatan polis, namun sebagai seorang pesara polis yang berpeluang menangani isu-isu yang berkaitan dengan Anwar dan (bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul) Rahim (Thamby Chik) serta beberapa kenamaan lain ketika dalam perhidmatan, saya rasa terpanggil untuk mendedahkan maklumat-maklumat yang saya percaya dapat membantu siasatan.

“Saya dapati ada beberapa perkara mustahak yang ada hubung kait dengan siasatan isu video lucah ini, tetapi tidak diumumkan kepada rakyat yang boleh mengelirukan persepsi mereka,” katanya sambil berharap ketinggalan ini adalah disebabkan polis terlepas pandang dan bukannya dengan sengaja atau curang menyembunyikan fakta-fakta mustahak demikian.

“Saya berpendapat penyiasatan lanjut berkaitan video seks kedua 2011 wajib mengambil kira kewujudan dan keadaan berkaitan video seks pertama 1999.

“Terdapat ‘nexus’ (penghubung) antara kedua video seks ini,” kata beliau lagi.

Royalti Minyak: Umno-APCO Cabul Perjanjian Persekutuan Malaysia!!


Kerajaan negeri Kelantan membawa tuntutan royalti minyak ke mahkamah bukan atas dasar mencabar kerajaan pusat sebaliknya untuk memperjuangkan hak dan kepentingan rakyat negeri itu semata-mata.

Walaupun berhadapan dengan risiko campur tangan kerajaan pusat, rakyat dapat melihat kesungguhan kerajaan negeri, menurut ahli parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang tidak akan mengalah dalam isu ini.

"(Kami) berusaha mendapatkan hak royalti bagi kepentingan rakyat negeri Kelantan, soal menang atau kalah itu bagi saya mudah untuk difahami oleh rakyat dalam pengalaman bagaimana kita membawa kes-kes sebegini (di mana) seringkali (ia) diganggu dengan campur tangan oleh kerajaan pusat," kata Salahuddin kepada Tv Selangor.

Kelantan hari ini mengemukakan dua permohonan kepada Mahkamah Rayuan berhubung samannya terhadap Petronas.

Permohonan pertama membabitkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan kerajaan pusat menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman kerajaan Kelantan kepada Petronas.

Manakala permohonan kedua supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya tuntutan royalti minyak dipindahkan semula dari bahagian sivil ke bahagian dagang.

Menurut Salahuddin yang juga naib presiden PAS, perjuangan kerajaan negeri dalam mendapatkan hak royalti minyak yang dinafikan oleh Petronas selama ini selari dengan kehendak rakyat.

"Tapi apa yang penting adalah kita menunjukkan kesungguhan kita, kita memberikan sepenuhnya usaha-usaha kita yang kita rasakan sebagai satu tanggungjawab memenuhi mandat rakyat demi memperjuangkan hak kita," ujar Salahuddin.

Justeru menurut Salahuddin, tidak mustahil kerajaan pusat akan terus berusaha untuk membantutkan usaha kerajaan negeri memenangi kes saman berkenaan.

"Bagi saya mereka (kerajaan pusat) akan pergi lebih jauh untuk terus menggagalkan sama sekali usaha kerajaan negeri Kelantan ini. Sudah pasti mereka tidak mahu kemenangan berpihak kepada kerajaan Kelantan,"tambahnya lagi.

Jelas Salahuddin lagi, jika kemenangan berpihak kepada Kelantan, ia akan menjadi ancaman besar kepada kerajaan pusat kerana wang royalti itu nanti akan digunakan untuk progrma-program kebajikan rakyat Kelantan.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri itu berhubung pendapatan minyak.

Saman berkenaan difailkan pada 30 Ogos tahun lalu.

Video ihsan TV Selangor


Kita tengok Ketua Polis Negara ni sama penipu macam Rahim Nor atau tidak !!


Mungkinkah jantan ini yang berlakon dalam
video seks arahan Rahim anak Tambi?

Kerajaan Rakyat - Kepada Ketua Polis Negara, cukup-cukuplah KPN yang lepas-lepas tu jadi baruah Umno harami... Harap Haji Ismail Omar rentikanlah kerja-kerja qharak harami tu... Sekarang tolong beritau apa yang dah PDRM siasat tentang video Datuk T (Datuk Temberang).

Keadilan menggesa Ketua Polis Negara untuk mendedahkan siapa yang dikenalpasti siasatan polis di belakang video seks 1999 ‘Siapa Anwar’

Dalam sebuah artikel yang diterbitkan hari ini dalam portal Internet “The Malaysian Insider” yang ditulis oleh Shannon Teoh, seorang bekas pegawai polis Dato’ Mat Zain Ibrahim mendedahkan sebuah video bertajuk ‘Siapa Anwar’ yang kononnya melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim diedarkan di Kuala Lumpur beberapa hari sebelum Pilihan Raya Umum November 1999.

Laporan polis dibuat berkenaan video tersebut. Dato’ Mat Zain yang ketika itu mengetuai Jabatan Penyiasatan Jenayah, Kuala Lumpur memaklumkan bahawa siasatan dibuat berikutan laporan polis tersebut dan polis mengenalpasti sumber video seks 1999, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang video seks 1999 ini, tetapi tidak dapat mengenalpasti siapa di belakang pengederannya kepada orang ramai.

Beliau turut mencadangkan bahawa Tan Sri Rahim Ramy Chik mungkin dikaitkan dengan video yang muncul pada 1999, bermotifkan balas dendam terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan Anwar telah membuat laporan polis pada 20 Ogos 1999 daripada penjara Sg Buluh terhadap Rahim yang menuduh tindakan jenayah dan rasuah oleh Rahim, hanya tiga bulan sebelum kemunculan video 1999 tersebut.

Kami mengambil maklum bahawa polis telah mendedahkan butir-butir mengenai siasatan video seks terkini secara aktif dan luar biasa pada tempoh-tempoh yang tertentu.

Parti Keadilan Rakyat menggesa Ketua Polis Negara,Tan Sri Haji Ismail Hj Omar, untuk memaklumkan kepada orang ramai siapakah yang dikenalpasti polis pada 1999 sebagai pihak dibelakang video seks 1999.

Keadilan juga menggesa KPN untuk memaklumkan kepada orang ramai apakah tindakan yang diambil terhadap pihak yang dikenalpasti dibelakang video seks 1999.

Sivarasa Rasiah
Ahli Biro Politik, Parti Keadilan Rakyat
Ahli Parlimen Subang
21 April 2011

Ribuan Bidas Akaun 'E-mel 1Malaysia' Sebagai Satu Pembaziran

Kuala Lumpur: Beribu penduduk Malaysia membidas rancangan kerajaan bernilai RM50 juta ($20 juta) untuk memberi akaun e-mel peribadi kepada setiap rakyat yang berusia 18 tahun ke atas.

E-mel itu bertujuan membolehkan 16 juta rakyat Malaysia menerima kenyataan dan makluman daripada kerajaan sebagai langkah mewujudkan perhubungan langsung antara rakyat dengan semua agensi awam mulai Julai ini.

Namun, selang 24 jam selepas Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengumumkan rancangan itu, lebih 23,000 orang telah menyertai kumpulan Facebook bagi menentang projek itu.

Rata-rata mereka berpendapat projek itu satu pembaziran memandangkan ramai pengguna Internet sudah pun mempunyai akaun e-mel percuma di laman Google, Yahoo dan Hotmail.

'Tolong gunakan wang ini untuk bantu rakyat miskin. Mereka perlukan makanan berbanding dengan akaun e-mel,' tulis seorang anggota kumpulan Facebook itu, Encik Yap Fook Sin.

Perkhidmatan e-mel 1Malaysia itu adalah sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi Datuk Seri Najib untuk mencapai status negara maju menjelang 2020.

Datuk Seri Najib bagaimanapun menjelaskan bahawa projek e-mel 1Malaysia yang diumumkan kelmarin merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

'Sebelum saya tidur, biar saya jelaskan bahawa E-Mel 1Malaysia adalah projek sektor swasta. Ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela,' kata Datuk Seri Najib dalam Twitternya awal semalam.

Ketua Eksekutif Tricubes Bhd, Encik Khairun Zainal Mokhtar, berkata syarikat berkenaan akan melabur RM50 juta dalam tempoh 10 tahun akan datang bagi membangunkan sistem e-mel berkenaan dan dijangka menyumbang RM39 juta kepada pendapatan negara kasar menjelang 2020.

Ini merupakan kali kedua sejak beberapa bulan lalu, projek besar yang diumumkan oleh Datuk Seri Najib mendapat tentangan rakyat.

Pada Oktober lalu, beliau terpaksa mempertahankan rancangan kerajaan untuk membina bangunan 100 tingkat bernilai AS$1.6 bilion ($1.9 bilion), yang didakwa penting bagi pembangunan jangka panjang Kuala Lumpur. -- Agensi.


Confused, bewildered by the 1Malaysia e-mail project

There is no need for such a project as anybody can get an e-mail account for free, say bloggers.

KUALA LUMPUR: Most people are bewildered by the Prime Minister’s move to set up a RM50 million 1Malaysia e-mail project.

The question everyone is asking is, why do we need this when any service providers will give you a free e-mail account.

According to Najib Tun Razak, all Malaysians aged 18 and above will be given a secure 1Malaysia e-mail accounts to allow direct and secure communication between the public and the government.

Tricubes Bhd, a little-known and dubious technology company, was picked to launch the e-mail project and it is already earning dividends from yesterday’s announcement. Tricubes shares hit 16 sen after brisk trading this morning, a jump of 6.5 sen from yesterday’s closing price of 9.5 sen.

Blogger Haris Ibrahim, who blogs at People’s Parliament, termed the project a “hare-brained” scheme that is “absolutely and utterly nonsensical”.

“Why in heaven’s name do we need this project? Whoever came up with the idea should be fired. If it is the prime minister who came up with it, he should be fired,” he told FMT.

“We are talking of spending RM50 million when we can get an e-mail account (for free) from any major server providers,” he said.

Haris said that the country’s level of Internet penetration should be considered before embarking on such an expensive IT-based project.

It has been reported that there is huge gap in the rural and urban divide in Internet usage in Malaysia, with 80% of Internet penetration only concentrated in urban areas.

He said that the money could have been better spent as 40% of households in Malaysia are having “tremendous” difficulty in making ends meet as they earn an income of less than RM1,500 and below.

Instead he said, “The caring 1Malaysia government claims that the project will not come from the taxpayers’ money. That is yet to be seen.”

He said the government had more pressing matters such as the Bumiputera, non-Bumiputera divide to be addressed and was completely missing the mark with initiatives such as the 1Malaysia e-mail account.

Najib, well aware the hostile reception his scheme is getting, tweeted last night: “Before I sleep, let me clarify that the 1Malaysia E Mail is a private sector project. No public money is involved and entirely voluntary.”

Negative online reaction

Another avid blogger, Nathaniel Tan, also raised reservations that no taxpayers’ money would be used to fund the project.

He had twitted, “Just like how submarine commissions ‘not paid by taxpayers’?”

He was referring to the naval arms manufacturer DCN’s sale of three Franco-Spanish Scorpene diesel-electric attack submarines to Malaysia in 2001 where allegedly various government-linked officials received kickbacks.

Tan said that the immediate reaction from Malaysians on social networking sites like Facebook and micro-blogging site Twitter has been negative.

The e-mail initiative had registered strong reaction from Facebook users with a group labelling itself, “1M Malaysians who don’t want Najib’s 1Malaysia e-mail” already having 184,777 people supporting the cause.

One user by the name of “Spectrum Rain” in the Facebook group wrote:

“It’s pointless to have a 1Malaysia e-mail account. E-mail is not new. Most of us have our own personal e-mail account. Why is there a need to waste another 50 million ringgit on something that we actually don’t need?”

Another group member, Yong Hao, aired his doubts about Tricubes Bhd which is tasked with funding and implementing the 1Malaysia e-mail account.

“Dear friends when e-mail and web service is free and at our fingertips, our PM has announced a brilliant plan to invest RM50mil for 1Malaysia e-mail project to a company which is said to be in financial problems.” -FMT


Persoalan kini: RM50 juta itu datang dari sumber mana?

Tricubes? Sedangkan Tricubes sendiri sebuah syarikat bermasalah.

Justeru nyata bahawa alasan PM ia tidak membabitkan wang awam dan keseluruhannya adalah sukarela adalah pendustaan semata-mata. -GB

Berita Harian bawa agenda jahat Umno

KUALA LUMPUR: KEADILAN mengutuk tindakan akhbar arus perdana, Berita Harian yang tidak mencerminkan etika kewartawanan kerana melaporkan secara semberono kononnya individu dalam video seks fitnah sepadan dengan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Naib Presiden, N Surendran berkata, selepas meneliti laporan berita tersebut beliau mengesyaki pihak polis turut bersekongkol membocorkan maklumat yang seharusnya sulit kerana masih dalam tempoh siasatan.

“Ini merupakan modus operandi biasa dengan niat jahat yang dilakukan untuk mencalar imej seseorang dengan membuat tajuk berita utama secara sensasi untuk mengelirukan orang ramai.

“Tidak mustahil pihak polis turut bersekongkol dan mereka turut mempunyai agenda politik,” kata Surendran.

Pada tajuk utamanya hari ini, akhbar itu memetik sumber tanpa nama, kononnya sebuah agensi penyiaran terkemuka di Korea Selatan yang menganalisis rakaman video seks mendapati pelaku dalam rakaman itu sepadan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut akhbar itu lagi, polis juga telah mengenalpasti lokasi video tersebut dirakamkan, iaitu di sebuah kondominium di pinggir Kuala Lumpur dan wanita terbabit dipercayai seorang pelajar di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di ibu negara.

“Akhbar tersebut tidak menamakan siapa, dimana dan apa kelayakan makmal atau pun penganalisis yang menjalankan kajian di Korea Selatan itu. Ia dilaporkan secara tergantung dan dibuat secara sensasi.

“Agenda Berita Harian ini adalah agenda Umno dan Barisan Nasional,” Ujar Surendran.

Dalam pada itu, beliau tidak menolak kemungkinan terdapat individu atau pihak yang kononnya dilihat bebas dan berkecuali ‘dipasang’ (planted) oleh mereka yang mempunyai motif jahat untuk mencalar kredibiliti Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

“Ada kemungkinan pihak polis sendiri yang melantik mereka (penganalisis) ini,” katanya

Sementara itu, Surendran menambah, isteri Ketua Umum, Datuk Seri Dr Wan Azizah sendiri telah memastikan bahawa individu dalam video tersebut bukan suaminya.

“Siapa lagi yang boleh mengesahkan tubuh seseorang, kalau bukan isterinya sendiri. Ini merupakan percubaan akhir pihak-pihak yang takut kepada kemaraan Pakatan Rakyat,” jelasnya.- keadilandaily

Kenapa PAS dikritik

TEMERLOH, 21 April: Kenapa PAS dikritik pedas oleh beberapa orang penulis, penganalisis politik dan juga blogger sejurus selepas kegagalan parti menawan sebarang kerusi di Sarawak?

“Kerana kekecewaan yang amat sangat terhadap sistem politik negara, berleluasanya rasuah, salah tadbir, salahguna kuasa dan perlanggaran undang-undang dan peraturan yang terang-terang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional, maka lahirnya pelbagai kritikan pedas beberapa penulis, penganalisis politik dan blogger terhadap PAS.

“Barangkali inilah juga yang menyebabkan terlahirnya pandangan pedas daripada Dr Aziz Bari, kerana keinginan melihat Barisan Nasional tumbang hari ini dan terlahirlah sebuah kerajaan Pakatan Rakyat yang lebih baik,” kata Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) ketika mengulas kritikan penganalisis politik, Dr Abdul Aziz Bari terhadap PAS dan Presiden, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata besar kemungkinan kerana Aziz lebih “menyayangi” (menaruh harapan tinggi) PAS serta kegagalan parti dalam beberapa pilihan raya kecil dan juga pilihan raya negeri Sarawak dan didorong dengan kebosanan yang meluap-luap terhadap Barisan Nasional, Aziz telah mengkritik PAS dan Hadi sejurus kegagalan parti untuk menawan sebarang kerusi Dun di Bumi Kenyalang.

“Beliau tidak menyerang DAP atau PKR mungkin kerana beliau lebih sayangkan PAS berbanding parti lain.

“Sebagai seorang yang amat pakar dan matang dalam analisa politik negara, sebagai contoh, beliau tentu faham akan impak politik yang terpaksa dihadapi oleh PAS dan PKR di kawasan majoriti Melayu dan Islam apabila Umno dan BN memainkan isu perkauman, justeru Baru Bian diumumkan akan dilantik sebagai Ketua Menteri sekiranya Pakatan Rakyat menang.

“Akan tetapi, mungkin kerana kebosanannya kepada BN yang meluap-luap - sehinggakan beliau merasakan bahawa PAS tidak sepatutnya kalah dalam pertandingan ini. Apabila kita tewas, sudah tentu beliau kecewa kerana harapan tingginya pada PAS,” terangnya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.

Beliau juga menjelaskan adalah mudah untuk Tuan Guru Abdul Hadi menjadi tumpuan pengkritik apabila parti tidak dapat mencapai apa yang dihajatkan, namun beliau menasihatkan supaya para pengkritik turut menghargai jasa yang ditumpahkan oleh mereka dalam perjuangan PAS dan memberi cadangan penambaikan agar mereka yang tercedera tidak tersinggung dan mereka yang masih belum hilang kepenatan akan berasa sedikit terhibur.

“Tentulah mereka yang bertungkus-lumus berusaha untuk memenangi sebuah perjuangan tidak akan sama dengan mereka yang membuat ulasan selepas mengetahui keputusan,” katanya.

Tambahnya, penasihat yang baik ialah mereka yang mencadangkan sesuatu sebelum berlaku, dan pengkritik yang mengulas sesuatu selepas berakhir sesuatu pilihan raya dengan menyatakan, ‘sekiranya itu dan sekiranya ini’ walaupun penting, namun sudah tentu tidak banyak membantu jika dibandingkan dengan seorang penasihat.

“Yang pasti kritikan itu lahir kerana keghairahan yang tinggi untuk melihat tumbangnya BN,” ulasnya secara positif. -Hrkh

Musuh nombor satu ialah kejahilan


Sekiranya kita melancarkan kempen boikot kedai makan Mamak dan kedai makan Cina yang meletakkan kerusi-meja mereka diluar kedai ditepi jalan maka, lama-kelamaan, amalan ini akan dihapuskan dan kegiatan haram, yang menjadi halal kerana rasuah, akan menjadi sejarah.

Raja Petra Kamarudin
Apa dia musuh nombor satu? Ramai dari pembaca Malaysia Today akan berkata bahawasanya Barisan Nasional atau Umno ialah musuh nombor satu. Ada juga yang akan berkata rasuah ialah musuh nombor satu. Dan ada yang akan berkata kemiskinan ialah musuh nombor satu.

Yang sebenarnya, kejahilan ialah musuh nombor satu. Apabila kita jahil, maka kita akan mudah terpengaruh dan pihak kerajaan, ahli politik, atau pun media massa, akan mudah memutar belit keadaan dan menipu rakyat.

Jadi, kita perlu memerangi kejahilan. Jangan khuatir tentang rasuah, salah guna kuasa, dan lain-lain itu setakat ini. Itu bukan masalah kami yang sebenar. Kejahilan ialah masalah yang lebih ketara. Apabila kita jahil maka rasuah dan salah guna kuasa mudah dilakukan. Dan kerajaan atau ahli politik mudah menipu kita.

Biar saya bagi satu contoh. Ramai rakyat membantu dan bersubahat dengan rasuah. Tetapi, oleh kerana kejahilan mereka, mereka tidak menyedari yang mereka membantu atau bersubahat dengan rasuah.

Satu tidak bermaksud rasuah secara ‘direct’. Secara direct bermaknanya apabila kita ditahan polis kita membayar rasuah RM50 untuk mengelak dari membayar saman RM300. Itu ramai juga yang melakukan. Orang yang berbuih mulut menentang rasuah tidak teragak-agak membayar RM50 kepada polis untuk mengelak didenda RM300.

Yang saya maksudkan disini ialah penglibatan kita dengan rausah secara tidak menyedarinya. Dan ini kita lakukan oleh kerana kita jahil.

Saya ambil contoh kedai makan Mamak atau kedai makan Cina yang ada dimerata ceruk Malaysia. Kedai-kedai ini meletak kerusi-mejanya di luar kedai ditepi jalan. Itu satu perbuatan salah. Tetapi mereka boleh lakukan kesalahan ini kerana mereka membayar rasuah kepada pegawai Majlis Pembandaran atau Bandar Raya (local council atau city council).

Oleh kerana rasuah tersebut, mereka boleh letak kerusi-meja mereka diluar kedai ditepi jalan dan ini menyebabkan bukan sahaja gangguan dan sesak jalan raya tetapi juga bahaya kepada pelanggan.

Sekiranya kita membuat kajian, kita akan sedar bahawasanya ramai lebih gemar duduk diluar dari didalam kedai. Kadangkala didalam kedai tersebut kosong tetapi diluar sesak dengan pelanggan-pelanggan, ada yang bediri menunggu meja kosong diluar. Walaupun didalam kedai tersebut ada meja kosong, kita lebih rela berdiri diluar menunggu meja kosong dari masuk kedalam kedai dan duduk dimeja yang banyak kosong.

Jadi, tuan punya kedai meletak meja dan kerusi diluar kedai ditepi jalan. Dan untuk membolehkan mereka membuat demikian, mereka perlu membayar rasuah kepada pegawai kerajaan tempatan.

Bukan ke kita yang lebih gemar duduk diluar dan bukan didalam kedai tersebut membantu dan menggalakkan rasuah? Sekiranya kita menyedari yang ini akan menyebabkan kita bersubahat dengan rasauh, dan sekiranya kita enggan duduk diluar kerana kita tidak mahu membantu rasuah, maka kerusi-meja diluar kedai tersebut akan kosong dan tuan punya kedai akan terpaksa mengalihnya.

Tetapi, oleh kerana kejahilan kita, kita telah besubahat dengan rasuah dan, oleh kerana kejahilan kita, rausah telah berterusan.

Sekiranya kita melancarkan kempen boikot kedai makan Mamak dan kedai makan Cina yang meletakkan kerusi-meja mereka diluar kedai ditepi jalan maka, lama-kelamaan, amalan ini akan pupus dan kegiatan haram, yang menjadi halal kerana rasuah, akan menjadi sejarah.

Oleh kerana itu saya berkata yang ramai rakyat Malaysia jahil dan kerana kejahilan ini mereka telah membantu dan bersubahat dengan rasuah. Jadi ini ialah musuh nombor satu: kejahilan.

Orang Cina lebih percaya kepada PAS daripada Umno

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/kaumcinaijtimakpas.jpgKUALA TERENGGANU - Kecenderungan bukan Melayu terutamanya kaum Cina mengundi untuk pembangkang adalah terbentuk kerana perjuangan Umno yang bersifat perkauman atau 'rasis'.

Oleh itu, menurut Pengerusi Penaja Dewan Himpunan Penyokong PAS negeri Terengganu Dr. B. Chandran, kaum bukan Melayu telah hilang kepercayaan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN).

"Trend orang-orang bukan Melayu, Cina dan India, terutamanya kaum Cina mengundi pembangkang bukan salah pembangkang, tapi salah Umno dan BN sendiri,

"perjuangan Umno dan parti-parti komponen, MCA dan MIC, adalah perjuangan berasaskan kaum (perkauman) yang rasis,"katanya ketika diminta mengulas kenyataan Ketua Penerangan Umno Kuala Nerus, Muhamad Ramli Nuh.

Oleh yang demikian, Chandran menasihatkan Ramli supaya tidak membazirkan masa dan wang ringgit untuk mencari kaedah dan memujuk kembali kaum Cina.

Beliau yakin kekecewaan bukan Melayu khususnya kaum Cina tidak akan terubat dan mereka tidak akan kembali menyokong Umno dan BN.

http://buletinonline.net/images/stories/berita46/Dr%20Bala%20Chandran.JPGDr, Chandran (Gambar kiri) mengingatkan kembali, Ramli Nuh sendiri adalah seorang 'rasis' yang telah menakut-nakutkan orang Melayu daripada orang-orang Cina ketika berucap disebuah sekolah di Kual Nerus tidak lama dulu.

"Ramli itu sendiri pun 'rasis' dia takut-takutkan orang Melayu dengan kata orang Cina adalah komunis, dia guna sentimen bangsa untuk raih sokongan politik,

"padhal parti DAP itu berdaftar dengan kerajaan Malaysia, kerajaan izinkan, bermakna bukn komunis,"tegas Chandran

Beliau berkata, di negeri Terengganu orang-orang bukan Melayu dan non-muslim kini lebih percaya kepada PAS daripada Umno-BN kerana pemerintahan PAS pada tahun 1999-2004 telah menunjukkan banyak teladan yang baik.

Katanya, walaupun DAP di Terengganu nampak lemah tetapi parti tersebut bekerjasama dengan PAS sejak dari zaman Barisan Alternatif sehingga Pakatan Rakyat sekarang.

"DAP Terengganu walaupun dianggap lemah oleh UMNO tetapi kekuatan mereka adalah kerana bekerja rapat dengan PAS sejak zaman BA dan sekarang PR untuk menegakkan keadilan dan membanteras rasuah,"jelasnya.

Umno dan BN tidak boleh diharapkan lagi, katanya, kerana bergelumang dengn penyelewengan dan rasuah. -BO

Anak Khir Johari Tempelak Mahathir: BN Yang Mainkan Isu Perkauman, Bukan DAP

Zairil kepada Mahathir: Usah berkata jika tiada yang bernas

Saya berasa amat kesal dan kecewa dengan kenyataan terbaru Mahathir Mohamad yang mendakwa bahawa parti DAP telah berjaya membawa politik perkauman kepada Sarawak. Tuduhan sedemikian adalah tidak bertanggungjawab dan tidak berasas sama sekali.

Sebaliknya, adalah sindiran-sindiran yang sebegitu rupa yang menjadi punca ketegangan antara kaum di Malaysia. Sebagai seorang bekas Perdana Menteri dan negarawan yang dihormati ramai, beliau sepatutnya lebih matang dan tidak mengapi-apikan tohmahan yang boleh memecah-belahkan rakyat.

Sebagai seorang yang telah terlibat secara terperinci dalam proses perancangan, perangkaan strategi dan pelaksanaan kempen DAP untuk Pilihanraya Negeri Sarawak baru-baru ini, saya boleh mengesahkan dengan tegasnya bahawa tiada sedikit pun unsur perkauman yang cuba dibangkitkan oleh parti kami.

Sepanjang kempen, isu-isu yang telah kami tekankan adalah seperti masalah pentadbiran, penyalahgunaan kuasa, rasuah yang berleluasa, polisi ekonomi yang tidak memanfaatkan rakyat, inflasi yang kian melambung dan kegagalan kerajaan untuk mengatasi masalah-masalah di atas.

Mungkin dalam pendapat Mahathir, hanya masyarakat Cina sahaja yang mengambil berat tentang isu-isu sedemikian?
Bukankah itu satu penghinaan kepada rakyat Sarawak dan rakyat Malaysia secara umumnya?

Sebaliknya, pihak yang telah cuba menakut-nakutkan pengundi dengan isu-isu perkauman adalah parti-parti daripada BN seperti SUPP, PBB dan MCA.

Namun, rakyat Sarawak telah membuktikan kematangan mereka kerana tidak termakan umpan bersifat parokial seperti dakwaan bahawa "masyarakat Cina" akan kehilangan perwakilan dalam kerajaan jika wakil-wakil Cina daripada BN tidak berjaya dalam pilihanraya.

Seperti yang sudah sedia maklum, keputusan pilihanraya jelas menunjukkan bahawa rakyat Sarawak menolak sama sekali unsur-unsur politik perkauman dan sebaliknya inginkan wakil-wakil yang memperjuangkan keadilan dan kebenaran!

Tambahan pula, kenaikan undi yang diperolehi parti DAP bukan hanya daripada satu kaum tertentu. Dalam kawasan-kawasan seperti Meradong, Dudong dan Kirudong, kejayaan kami adalah hasil tambahan undi kaum Dayak yang cukup memberangsangkan. Di Batu Kawah pula, kemenangan DAP di situ tidak mungkin akan berlaku tanpa undi-undi orang Melayu/Melanau yang telah meningkat dalam sokongannya terhadap DAP.

Hakikatnya, saya yakin bahawa Mahathir sedar dan memahami dinamik politik di negeri Sarawak dan juga di seluruh negara. Namun disebabkan motivasi politik, beliau memilih untuk memainkan sentimen sempit perkauman untuk menjaga kepentingan BN. Sekali lagi, rakyat boleh melihat dengan sendiri bagaimana pemimpin-pemimpin BN akan menggunakan taktik pecah dan perintah untuk mengekalkan kuasa mereka.

Sebagai pengakhir kata, saya ingin mencadangkan satu pepatah bahasa Inggeris: if you have nothing good to say, say nothing at all. Jika anda tidak mempunyai apa-apa yang bernas untuk dikatakan, usahlah meluahkan walau sekata.

*Kenyataan media oleh Zairil Khir Johari selaku Setiausaha Politik kepada Lim Guan Eng (Setiausaha Agung DAP).

Kontroversi: MB Pahang 'Si Adnan Yaakob' Bakal Berhadapan Dengan Risiko Lebih Besar, Peguam Pahang Di Jangka Bersama Rakyat Bantah Lynas

KUANTAN, 21 April - Kerajaan Negeri Pahang bakal berhadapan dengan satu lagi masalah besar berhubung dengan isu Lynas. Ini kerana, selepas berjuang bermati-matian untuk memaksa MB Pahang menggunakan kuasanya membatalkan pembinaan kilang memproses "Rare Earth" di Gebeng itu, kini merka yang terlibat dengan amalan guaman pula dikatakan akan bersama rakyat dalam isu ini.

Apakah ini satu petanda yang mereka juga tidak mahu nasib dan masa depan anak-anak mereka terabai dek kerana kesilapan yang dilakukan sekarang ini. Jika benar dakwaan tersebut maka, ia satu semangat baru untuk rakyat terus menentang projek Lynas ini. Rakyat sebenarnya sudah tidak mahu lagi mendengar helah demi helah MB Pahang, Dato' Seri Adnan Yaakob (foto) yang masih mahu terus mempertahankan projek berisiko itu. Jika barisan peguam-peguam Pahang menyokong tindakan ini, maka sudah pastilah kes ini berpeluang untuk di bawa ke muka pengadilan sama seperti apa yang berlaku di Bukit Merah Perak dulu. Dalam kes tersebut, rakyat akhirnya menang setelah berjuang bertahun-tahun lamanya.

Kilang berkenaan juga telah ditutup atas arahan mahkamah, dan kerajaan terpaksa membelanjakan ratusan juta ringgit untuk tujuan pemulihan kawasan terbabit. Bezanya, apa yang berlaku di Pahang ini kilang berkenaan masih belum beroperasi. Oleh itu, jika ada tindakan mahkamah maka kes Lynas ini akan menjadi lebih menarik dan bakal menggugat Kerajaan Negeri Pahang itu sendiri. Rakyat mula melihat dan yakin bahawa pemimpin UMNO BN sebenarnya tidak mahu membela nasib mereka dan gagal melaksanakan gagasan 1Malaysia "rakyat didahulukan" seperti yang disarankan oleh PM Najib Razak sendiri.


Bukti Merah, Jikalau tidak kerana peguam, rakyat pasti terus menderita

Gembira, kemenangan berpihak kepada rakyat dalam insiden Bukit Merah


[Difahamkan, Pahang Bar Committee akan mengadakan satu mesyuarat tergempar jam 4.00 petang ini,bagi membincangkan isu pembinaan kilang memproses "rare earth" Lynas Corporation di Gebeng. Malah, mereka juga turut akan membincangkan cadangan kerajaan untuk memina sebuah Loji Nuklear di Temerloh.

Menurut sumber, mesyuarat tersebut akan diadakan di Pahang Bar Building di Kuantan. Sesungguh sokongan daripada Pahang Bar Committee diharap akan menyemarakkan lagi semangat perjuangan rakyat yang tetap mahu membantah projek berkenaan. Semoga dengan ini juga akan menyedarkan Kerajaan Negeri Pahang bahawa suara rakyat harus diutamakan dalam usaha mereka membawa masuk pelaburan berisiko ke negeri Pahang Darul Makmur pada masa yang akan datang]. -
pahangdaily

Saman royalti minyak: Ktan kemuka rayuan


Kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS hari ini mengemukakan dua permohonan kepada Mahkamah Rayauan berhubung samannya membabitkan syarikat petroleum negara, Petronas berhubung dakwaan tidak dibayar royalti minyak dan gas.

Permohonan pertama adalah berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membenarkan kerajaan pusat untuk menjadi pencelah dan defendan kedua dalam saman terhadap Petronas.

NONEPermohonan kedua pula adalah supaya mahkamah mengeluarkan perintah supaya kes tuntutan royalti minyak itu dipindahkan semula daripada bahagian sivil ke bahagian dagang.

Dalam saman yang difailkan pada 30 Ogos tahun lalu, kerajaan negeri Kelantan hanya menamakan Petronas sebagai defendan dan difailkan di bahagian dagang.

Bagaimanapun awal tahun ini, ia dipindahkan ke bahagian sivil.

Mahkamah Rayuan tidak menetapkan sebarang tarikh bagi mendengar permohonan kerajaan negeri Kelantan itu.

Perkara itu timbul sebagai pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datin Zabariah Mohd Yusof di kamarnya hari ini.

Kerajaan negeri Kelantan menyaman Petronas atas dakwaan telah melanggar kontrak berhubung pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri Kelantan berhubung pendapatan minyak.

NONEDalam pernyataan tuntutan, kerajaan negeri itu antara lain memohon supaya dikeluarkan perintah terhadap Petronas agar membuat bayaran penuh dan mendedahkan semua fakta berkaitan dengan pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan, termasuk sepanjang tempoh petroleum dikeluarkan, ditemui atau diperolehi di luar pesisir Kelantan; kawasan atau blok dari tempat petroleum itu ditemui atau diperolehi; dan jumlah pembayaran wang tunai yang patut dibayar kepada Kelantan.

Kerajaan negeri itu juga memohon semua bayaran wang tunai tertunggak yang ditentukan oleh mahkamah perlu dibayar dalam masa sebulan dari tarikh perintah mahkamah dikeluarkan.

Selain itu, Kelantan juga memohon dikeluarkan perintah bahawa semua bayaran wang tunai di masa depan, bagi petroleum yang dikeluarkan dari kawasan luar pesisir sepertimana ditetapkan dalam perjanjian petroleum itu, perlu dibayar kepada negeri oleh Petronas. -M'kini

Tukar pemimpin langgar syariat, bukan kalah p'raya

KUALA LUMPUR, 21 April: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) menegaskan PAS tidak mengubah pemimpin termasuk presiden hanya kerana kekalahan dalam pilihan raya termasuk ekoran kegagalan memperoleh kerusi pada pilihan raya negeri Sarawak minggu lalu.

Katanya, PAS mempunyai cara tersendiri menilai kepimpinan dan faktor kalah pilihan raya bukan satu alasan tepat untuk mengubah kepimpinan.

“Pada saya, menukar pemimpin hanyalah apabila jika pemimpin tersebut melanggar syariat Allah SWT," katanya.

Beliau berkata demikian semalam sebagai mengulas komen penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari, yang berpendapat Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

Selain itu, kegagalan PAS memperoleh sebarang kerusi pada Pilihan Raya Sarawak lalu juga dakwanya adalah berpunca dari kelemahan Presiden PAS.

“Menukar pemimpin semata-mata kerana kalah dalam pilihan raya adalah satu langkah kurang tepat. Ini kerana belum tentu jika individu lain dipilih, PAS boleh menang pilihan raya,” kata Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan.

Pandangan Aziz Bari itu juga turut disanggah Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan yang mendakwa pensyarah undang-undang itu asyik mengulangi isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS.

Sementara itu, media hari ini melaporkan Abdul Hadi menyatakan kesediaan ditentang pada pemilihan pusat Jun ini.

“Jika ada pencalonan diterima pemimpin lain untuk menentang (saya), saya sendiri amat mengalu-alukannya kerana saya bukan mahu menjadi pemimpin selamanya.

“Saya sendiri sudah berumur dan memerlukan barisan pelapis,” kata beliau dipetik media.

Tambahnya, PAS juga mengalu-alukan pertandingan sebarang jawatan untuk membuktikan keterbukaan parti dalam soal pemilihan pemimpin selain memantapkan kepimpinan parti.

“Pertandingan digalakkan bukan sahaja bagi jawatan parti peringkat cawangan dan kawasan, tetapi meliputi kesemua jawatan termasuk peringkat tertinggi melibatkan jawatan presiden, timbalan dan naib,” kata beliau dipetik Sinar Harian hari ini. -Hrkh

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .