KUALA LUMPUR:
PAS hari ini mengingatkan semua pimpinan dan ahlinya untuk menjaga
etika ketika menghadapi serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa yang
datang serentak dan juga perangkap operasi Lalang pada 1987 di mana yang
ditangkap ialah pimpinan PAS dan DAP.
Ketua Penerangan PAS Pusat Datuk Tuan Ibrahim Tuan berkata semua ahli
perlu menjaga etika ketika membalas serangan dan jangan beremosi semasa
menjawab isu-isu yang bermotifkan provokatif.
“PAS perlu respons isu-isu dan serangan bertubi-tubi Umno-MCA-Perkasa
yang datang sekaligus. Walaupun provokasi dan serangan mereka membara
hati, PAS perlu menjaga etika dalam membalas serangan.
"Ahli dan para pemimpin PAS diseru jangan beremosi semasa menjawab
isu-isu yang bermotifkan provokatif,” nasihat beliau dalam satu
kenyataan hari ini.
Tuan Ibrahim berkata tujuan serangan adalah dengan harapan PAS
“memberikan reaksi yang salah dan rakyat mendapat persepsi yang
menyimpang.”
“Tapi
mereka silap. Ahli dan pemimpin PAS ditarbiah untuk menjaga etika
sepanjang masa walaupun serangan itu berjenis menyinggung emosi,” kata
beliau.
Tuan Ibrahim berkata kenyataan pimpinan MCA menggambarkan kejahilan
mereka terhadap Islam khususnya hukum hudud dan kegagalan Umno
memahamkan mereka tentang Islam.
“MCA perlu diajar menghormati budaya dan agama lain serta memahami sensitiviti umat Islam,” tegas beliau.
Beliau juga mengingatkan bahawa Islam mengajar agar menjawab hujah
dengan hujah bukan emosi amarah yang tidak terbendung dengan memetik
firman Allah yang bermaksud, “Dan apabila kamu berbicara dengan orang
yang jahil, maka ucaplah selamat kepada mereka.”
Oleh yang demikian, Tuan Ibrahim menegaskan bahawa serangan-serangan
Umno-MCA-Perkasa mesti dibalas dengan hujah, berhemah dan tertib. Dan
dengan itu tersendiri, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan
terlondeh sendirinya untuk dililhat rakyat.
“Seluruh pimpinan dan ahli PAS ditarbiah untuk beristiqamah dalam
perjuangan. Respons dengan berhemah dan tertib. Kita menjawab isu dengan
hujah. Dengan ini, muka-muka hipokrit Umno dan Perkasa akan terlondeh
sendirinya untuk dililhat rakyat,” kata Tuan Ibrahim.
Beliau turut mengingatkan semua tentang Operasi Lalang yang dicetuskan oleh MCA dan Umno.
“Namun yang ditahan ialah pimpinan PAS dan DAP,” katanya. -Hrkh
Exco Kerajaan
Negeri Selangor, Liu Tian Khiew atau Ronnie Liu (kiri) dan bekas Menteri
Besar Selangor, Mohamad Khir Toyo hari ini mencapai persetujuan bersama
untuk menyelesaikan kes saman fitnah yang difailkan pada 2008.
Hakim Mahkamah Tinggi, Nik Hasmat Nik Mohamad sebentar tadi menetapkan
keputusan Khir untuk merekod terma penyelesaian yang dipersetujui
kedua-dua pihak.
Dalam satu mesej terbaru yang dihantar Ronnie sebentar tadi melalui Facebooknya, beliau menulis:
Khir Toyo meminta maaf terhadap tuduhan
kepada saya yang telah disiarkan dalam suratkhabar China Press bertarikh
9.5.2008 bertajuk "Khir Toyo membongkarkan laporan polis liu tian knew
pernah bercampur Tangan dalam urusan menghapuskan kegiatan pelacuran "
Peguam Mohd
Haijan Omar yang mewakili Ronnie Liu memberitahu pemberita mengenai
perkara itu selepas pihak-pihak berkenaan menemui hakim di dalam kamar.
Pada 6 Oktober 2008, Liu menyaman Dr Mohamad Khir kerana didakwa
memfitnah dengan mengaitkan beliau dalam usaha menghalang penghapusan
kegiatan pelacuran.
Liu mendakwa Khir mengeluarkan perkataan palsu dan berunsur fitnah
mengenai perkara itu dalam satu artikel yang dicetak dan disiarkan di
sebuah akhbar berbahasa Cina, China Press pada 9 Mei 2008.
Menurut akhbar dalam talian berbahasa Inggeris, The Star Online sebentar
tadi, Khir meminta maaf terhadap Ronnie dalam satu kenyataan bertulis
di hadapan hakim Nik Hasmat dan meminta terma penyelesaian di luar
mahkamah dibuat.
Kedua-dua mereka dilihat bersalaman di luar mahkamah sambil disaksikan ahli parlimen Puchong, Gobind Singh Deo. -JALAN PULANG
Khir Toyo apologises to Ronnie Liu to settle defamation suit - The Star Online
KUALA LUMPUR:
Former Selangor Mentri Besar Mohamad Khir Toyo on Tuesday read out a
statement of apology to Ronnie Liu to settle a defamation suit stemming
from a statement.
The apology was part of the settlement terms recorded before High Court judge Justice Nik Hasmat Nik Mohamad.
This included a consent judgement.
(Consent
judgment is a judgment issued by a judge based on an agreement between
parties in a lawsuit to settle a matter aimed at ending the litigation
with a judgment that is enforceable).
In his lawsuit, Liu said that Dr Khir had caused a libelous publication against him in the China Press on May 9, 2008.
Liu said
although Dr Khir did not name him, the defendant had made a clear
reference against him (Liu) when he (Dr Khir) mentioned a state
executive councillor in charge of local government.
In a
statement of claim filed on Oct 6, 2008, Liu said the words had meant he
was involved in prostitution activity, that he was immoral and not
qualified to be a politician.
Liu said the words also implied he was not fit to be a Selangor exco member.
Najib Razak telah mengumumkan peruntukan RM 30juta atas permintaan Presiden
MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, ketika berucap merasmikan Perhimpunan
Agung Tahunan MCA, untuk Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Cina(SMKJC).
Pengumuman dibuat setelah Islam dihina dan diperlekehkan sebegitu buruk dan teruk oleh Presiden MCA, Chua Soi Lek.
Seolah-olah
memberikan gambaran dan mesej, lagi kuat menghina dan mencaci maki
hamun Islam, lagi banyak peruntukkan akan dapat dari Najib Razak selaku
Perdana Menteri dan Presiden UMNO.
SEKOLAH AGAMA RAKYAT DILAYAN MACAM BANGSAT, YANG HINA ISLAM DIHORMAT.
PEMIDATO:- DSAI, DATUK FAUZI SHAARI, DATUK SERI LAJIM UKIN.
LOKASI: TAPAK PASAR MALAM , TAMAN MELATI , KUALA LUMPUR.
TARIKH:- 22/10/2012 JAM 10.00MALAM. Ceramah
yang diadakan malam tadi mendapat sambutan yang memberangsangkan.
Selain DSAI, turut menyampaikan ceramah ialah Datuk Seri Lajim Ukin dan
Datuk Fauzi Shaari.
Walaupun PR terus diasak dan diserang secara
garang dan ganas dengan pelbagai fitnah, namun jika diukur dari
sambutan ceramah yang diberikan malam tadi , menampakkan sokongan
rakyat kepada Pakatan Rakyat tidak berganjak.
LAGI DISERANG, CERAMAH PAKATAN RAKYAT LAGI RAMAI RAKYAT DATANG.
DAP hari ini berkobar-kobar mempertahankan PAS ekoran tuduhan pemimpin
MCA bahawa mursyidul am parti itu Datuk Nik Aziz Nik Mat membenarkan
orang Islam merogol bukan Islam.
Bangkit
mempertahankan Nik Aziz yang dirujuknya sebagai "Tok Guru", Anthony
Loke (DAP-Rasah) menyifatkan kenyataan Naib Pengerusi Wanita MCA Heng
Seah Kie yang disokong Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek itu sebagai
"paling biadap".
"Chua Soi Lek ialah presiden MCA yang paling biadap," katanya sambil menepuk meja.
Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia kemudiannya mematikan mikrofon Loke (atas) dan meminta anggota parlimen Rasah tidak membawa hujah politik luaran ke dalam dewan.
Bercakap
dalam Persidangan Agung Wanita MCA di Kuala Lumpur kelmarin, Heng
menuduh PAS membenarkan merogol wanita bukan Islam sekiranya mereka
tidak mematuhi kod etika pakaian Islam.
Heng membuat kesimpulan
itu berdasarkan video lama Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat yang
didakwa menyebut wanita patut dirogol jika tidak menutup aurat.
"Daripada
ucapan Nik Aziz, kami simpulkan bahawa Nik Aziz secara terbuka meminta
orang Islam merogol bukan Islam, adakah saya benar?" tanya Heng di
hadapan 1,032 perwakilan.
Kota Belud: Pandangan hanya tentang dasar negara
Dr Chua dalam sidang media selepas itu mempertahankan kenyataan Heng itu kerana mendakwa ia benar.
Di
Parlimen juga, sebelum itu, Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor)
berkata, ucapan Dr Chua di AGM MCA semalam menghina Islam dan melukakan
hati umat Islam.
Justeru,
kata Dzulkefly, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang hadir dalam
AGM itu patu patut bertanggungjawab terhadap kenyataan Dr Chua manakala
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) patut memberikan respons.
Beliau mempersoalkan sama ada Umno terlalu lemah sehingga MCA berani mengeluarkan kenyataan sebegitu.
Bagaimanapun,
pemimpin Umno Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud) kemudiannya tampil
berkata, Dr Chua hanya memberikan pandangan berhubung dasar negara dan
bukan menghina Islam. -M'kini
(Alvin dan aksinya yang menjadikan Chua Soi Lek idolanya)
KUALA LUMPUR: Selepas menyerang PAS dan memperlekeh
Islam, presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek hari ini boleh berbangga
dengan aksi ranjangnya apabila menjadi idola penulis blog seks dan
partinya kini juga mendapat sokongan daripada Perkasa.
Penulis
blog seks kontroversi Alvin Tan, pelajar undang-undang Universiti
Kebangsaan Singapura (NUS) yang bakal dikenakan tindakan oleh universiti
tersebut menulis bahawa Chua adalah idolanya, secara seksual.
“Saya
memandang tinggi kepada Dr Chua Soi Lek, secara seksual. Kelakar
bagaimana semua ini terjadi,” kata Tan dalam laman Facebooknya.
Tan
dipercayai sedang memberikan respon kepada Ketua Pemuda MCA Wee Ka
Siong yang berkata parti MCA tidak boleh menerima tindakan beliau dan
teman wanitanya Vivian Lee, 23 yang terlibat dalam aktiviti seksual dan
memuatnaiknya ke dalam blog mereka.
Komen Tan terhadap Chua, yang
terkenal dengan video skandal seksnya dengan seorang wanita di bilik
hotel yang tersebar kepada umum, seperti satu penampar teruk kepada MCA
yang mengambil peluang di perhimpunan agong mereka untuk menghentam
habis-habisan pemimpin PAS.
Selain itu, walaupun menghina hudud dan Islam bertubi-tubi, MCA hari mendapat sokongan daripada Perkasa.
Presiden
Perkasa Datuk Ibrahim Ali bertegas, “MCA lebih banyak bawa kebaikan
daripada DAP” dan berkata penghinaan MCA terhadap hudud adalah
“terpaksa”.
“Walaupun terguris tapi itu bukan soalan pokok. MCA
terpaksa bercakap sebegitu. Beliau hanya memberi pandangan tapi tak
bererti kita perlu bermusuh,” kata Ibrahim yang dipetik laman FMT.
Skandal
seks Chua hampir membunuh karier politiknya, tetapi pemimpin yang
berumur lebih 60 tahun lebih itu kembali menjadi presiden MCA pada 2010
apabila berjaya memenangi hati perwakilan partinya.
Hujung minggu
lalu, Chua mempertahankan kenyataan seorang pemimpin wanita MCA bahawa
Nik Aziz telah menggalakkan rogol terhadap wanita bukan Islam.
"Kerana baginya, mata bersambung dengan kemaluan, jadi apabila anda terpandang, anda akan ghairah.
"Ini
bukan saya yang kata, ini Nik Aziz yang kata. Saya boleh tunjukkan
video tersebut jika kamu berminat [ceramah Nik Aziz]," kata Chua.
“Saya
boleh mendapatkan pita tersebut serta-merta jika anda berminat untuk
menontonnya,” kata Chua, tidak merujuk kepada video seksnya tetapi
ucapan Nik Aziz.
Semalam Harakahdaily melaporkan bahawa sumber
dalaman Umno berkata Umno kini resah bahawa undi Melayu akan beralih
kepada PAS selepas parti syaitan yang dikenali membiarkan orang seperti
Chua menyerang ulama seperti Nik Aziz dengan biadap sekali.
“Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.
Kunjungan kami ke rumah Poksu atau nama
sebenarnya Mustapha Mamat, 75, di Kg. Pengkalan Samak, Merlimau, amat
menyayat hati dan menyentuh perasaan kami.
Dengan tempat kediamannya yang sukar untuk
dipanggil "rumah" seperti gambar yang tertera di atas, disitulah Poksu
tinggal menahan sejuknya malam dan hangatnya mentari siang.
Berasal dari Kg. Aur Telong, Bachok, telah menetap di Merlimau sejak 18
tahun yang lalu. Bekerja dengan mengambil upah menurunkan buah kelapa
dengan dibantu oleh seekor beruk peliharaannya, itulah sumber
pendapatannya untuk meneruskan hidupnya sehari-hari.
Beliau tidak memiliki sebarang kenderaan, justeru itu terpaksa berjalan
kaki untuk ke mana-mana sekalipun jarak dari rumahnya untuk ke mana-mana
agak jauh juga, sehingga kami ternampak kesan bengkak di kakinya
lantaran berjalan untuk mencari makanan walau sesuap nasi di kedai
berhampiran.
Dengan rasa penuh sebak dan keinsafan, Ketua Pemuda PAS Melaka, Sdra
Yuhaizad Abdullah bersama-sama dengan Jawatankuasa PAS Cawangan Merlimau
Timur, pada petang tadi telah menziarahi Poksu dan telah membawa Poksu
untuk ke bandar Merlimau dan membelikannya sebuah basikal agar
memudahkan pergerakannya mencari rezeki.
Pihak PAS Cawangan Merlimau Timur juga berhasrat untuk membinakan sebuah
rumah kediaman untuk Poksu - dengan kos lebih kurang RM10,000 - dengan
harapan agar Poksu dapat hidup dengan lebih selesa daripada keadaan
pondoknya yang terlalu uzur untuk didiami kini.
Justeru itu, dirayu kepada yang bersimpati, untuk menghulurkan sumbangan
dan derma supaya hasrat murni tersebut dapat direalisasikan. Berikut
ialah maklumat akaun:
Maybank: 154053463369 di atas nama PAS Cawangan Merlimau Timur
Maklumkan sumbangan/derma anda dengan menghantar SMS ke nombor 016-7705820 (Sdra Yuhaizad) atau maklumkan melalui email kami
Hari ini hari Poksu, justeru itu, taburkanlah bakti sementara kita masih
berupaya, kelak Allah akan membantu kita sewaktu kita memerlukan pula.
Jazakallahu khairan kathiran kepada semua penyumbang dan penderma,
semuga Allah lipatgandakan pahala untukmu semua.
Poksu menceritakan kisah pengalamannya...
Sdra Adel Jantan bersama Sdra Yuhaizad Abdullah menemani Poksu memilih basikal di kedai...
Penyerahan basikal kepada Poksu...
Di pondok inilah Poksu tinggal...
Pondok ini menunggu masa untuk rebah ke bumi... Marilah bersama kita menolongnya...
KOTA BHARU:
Hari ini genap 22 tahun usia kerajaan di bawah dasar Membangun Bersama
Islam (MBI). Tanggal 22 Oktober 1990 kerajaan Angkatan Perpaduan Ummah
berjaya dibentuk.
DAP diwakili Penasihatnya, Lim Kit Siang dan Ketua Penerangan PKR, Dr
Muhd Nur Manuty merakamkan ucapan tahniah usia 22 tahun kepemimpinan
Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Begitu juga Presiden PAS dan pelbagai pihak tidak ketinggalan merakam ucapan sama.
“Tahniah PAS di Kelantan kerana berjaya mempertahankan kerajaan
negeri sehingga melewati tahun ke-22 sekarang,” kata Datuk Seri Tuan
Guru Abdul Hadi Awang.
Beliau berkata, gabungan PAS bersama Semangat 46, Berjasa dan Hamim
berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan Umno dan BN dengan 39 – 0
di peringkat Dun.
“Saya masih ingat selepas Umno dan BN berjaya ditumbangkan di
Kelantan, Presiden PAS ketika itu Allahyarham Datuk Fadhil Mohd Nor
mengarah diadakan mesyuarat jawatankuasa PAS Pusat di Kota Bharu.
“Ketika itu diputuskan Pesuruhjaya PAS negeri, Tuan Guru Nik Abdul Aziz supaya menerima jawatan sebagai Menteri Besar.
“Namun pada awalnya beliau tidak mahu dan meminta dicari pemimpin
lain. Bagaimanapun jawatankuasa PAS Pusat berkeras supaya beliau
menerima juga jawatan Menteri Besar.
“Ini cukup penting bagi melakar satu sejarah baru buat PAS, dan ia
terbukti berjaya sekarang,” katanya pada ceramah perdana sempena
ulangtahun ke-22 kerajaan Kelantan di Dewan Jubli Perak malam tadi.
Hadir sama Menteri Besar, Lim Kit Siang, Dr Muhd Nur Manuty, Timbalan
Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakub, anggota-anggota Exco dan wakil-wakil
rakyat.
Ceramah tersebut sepatutnya diadakan di padang perdana, namun
disebabkan hujan lebat terpaksa dipindahkan ke dalam Dewan Jubli Perak
MPKB BRI.
Orang ramai tetap hadir biar pun keadaan hujan yang mencurah-curah di Kelantan sejak Jumaat lalu.
Presiden berkata, kerajaan Kelantan yang diketuai PAS berjaya
menempuh pelbagai halangan dan sekatan sepanjang 22 tahun mentadbir
negeri ini.
Katanya, Umno mewujudkan juga jawatan JKKK biar pun bidang kuasanya di bawah kerajaan negeri.
“Oleh itu menjadi tanggungjawab rakyat Kelantan untuk terus
mempertahankan negeri ini ketika Pakatan Rakyat sedang bergerak ke
Putrajaya sekarang.
“Kelantan yang menjadi guru kepada perubahan politik di negeri-negeri lain sekarang mesti terus dipertahankan,” ujarnya.
Sementara Lim Kit Siang yang juga anggota parlimen Ipoh Timur
menjelaskan DAP tidak pernah berhasrat menjadikan negara ini sebagai
sebuah negara Kristian.
“Mana boleh kerana perkara yang terkandung dalam perlembagaan sudah
jelas,” katanya menjawab isu yang dibangkit media Umno sebelum ini.
Menurutnya juga kejayaan berganda Kelantan termasuk menjuarai Piala
Malaysia seakan-akan memberi isyarat peluang Pakatan mara ke Putrajaya
semakin jelas. -Hrkh
Klik untuk pembesaran Pilihanraya Umum Ke 13 dijangkakan akan di
adakan pada bulan Mac 2013. Ini berdasarkan kepada pindaan terhadap
cuti sekolah penggal pertama tahun hadapan berbanding dengan tahun 2012
seperti yang disiarkan di atas.
Kemungkinan itu tidak dapat ditolak kerana
biasanya premis sekolah akan digunakan sebagai tempat pembuangan undi.
Dan cuti sekolah pada penggal 1 tahun hadapan ialah pada 23.03.2013 -
31.03.2013.
Apa-apa pun bersiap siaga sentiasa bermula sekarang, PILIH PAKATAN RAKYAT, TOLAK BARISAN NASIONAL.
Bekas Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang sepatutnya dijadualkan
berlepas ke Bangkok awal pagi tadi membatalkan hasrat tersebut.
Dalam satu kenyataan yang dipetik dari laman web Kelab Koresponden Asing
Thailand (FCCT) yang beribu pejabat di sana, menyatakan bahawa sidang
media berhubung pendedahan serta maklumat terbaru membabitkan pembunuhan
model Mongolia, Altantuya Shaaribuu yang dibunuh pada 19 Oktober 2006
dibatalkan.
Bagaimanapun punca pembatalan sidang tersebut tidak dapat dipastikan.
Musa mendakwa memperolehi beberapa maklumat penting berhubung misteri
pembunuhan tersebut dan bersedia untuk mengadakan sidang tersebut yang
telah dimuat naik di laman web FCCT pada Sabtu lalu.
Semalam, laman web Asia Sentinel mendakwa Musa akan terbang ke ibu negara Thailand itu seperti yang dijadualkan.
Selasa lalu, Musa menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Anwar
Ibrahim berkenaan skandal mata lebam yang dilakukan bekas ketua polis
negara, Rahim Noor pada 20 September 2008 selepas Anwar dipecat dari
kerajaan pada 2 September tahun yang sama.
Difahamkan, Musa pada awalnya telah membuat persetujuan tersebut
beberapa minggu lalu tetapi secara tiba-tiba mendakwa tidak mengetahui
apa-apa tentang perkara tersebut ketika dihubungi awal pagi semalam.
Desas-desus berkenaan Musa yang kini dipercayai mahu menyertai salah
satu parti dalam Pakatan Rakyat serta dikatakan diberikan arahan khas
oleh pemimpin politik tertinggi Malaysia adalah punca utama mengapa ia
tidak diadakan.
Ketika pembunuhan Altantuya, Musa adalah ketua polis negara ketika itu
dan telah bersara wajib pada 13 September 2009 tetapi disambung kontrak
selama setahun lagi setelah berkhidmat selama 41 tahun dan digantikan
oleh Ismail Omar sehingga sekarang.
-JALAN PULANG
Sebuah kamera AES tumbang kerana di langgar oleh sebuah kenderaan yang pemandunya terperanjat
setelah lampu sportligt yang sangat menyilaukan mata dari AES ini
berkelip di hadapannya dan mengenai tepat pada mata dan penglihatannya.
Akibat dari kejadian itu sepasukan anggota bomba
terpaksa di kerah dan bergegas ke tempat kejadian yang mana kamera AES
itu telah gagal berfungsi dengan sempurna dan hampir 30 minit tidak
henti henti berkelip setelah pelanggaran itu, dikatakan urat sarat AES ini telah tersumbat dan putus.
Ini menyebabkan gangguan pada pengguna jalanraya yang lain yang mana
ianya menyilaukan mata dan membuatkan trafik tidak bergerak sejauh 10
kilometer akibat orang ramai takut terkena bahan radioaktif yang di hasilkan dari kilauan cahaya dari kamera AES itu.
Ketika kejadian, seorang saksi mengatakan, bagaimana kamera AES yang berharga RM 120 ribu ini tidak mempunyai ketahanan yang kuat dan kukuh?
Sepatutnya kamera AES ini tidak akan tumbang kerana dengan harga
sebegitu mahal, adalah mustahil ia adalah barang tiruan yang lembik dan
tidak berkualiti.
Semasa kejadian, keadaan jalan yang teruk dan berlubang lubang menyukarkan lagi pasukan bomba untuk sampai ke kawasan kejadian, bomba
akhirnya dapat menyelesaikan masalah itu apabila kamera AES itu tadi di
humban ke dalam lori mengangkut sampah dari majlis bandaraya. @tiewnama - AES - Amno Eletronic Sideincome.
Ini lah orangnya dibelakang cercaan Chua Soi Lek terhadap hudud. Soi Lek
dan kerabatnya menjadi angkuh dan begitu menggila menibai Hudud kerana
Umno sudah terlalu lemah.
Tak dapat aku nak bayangkan camana malunya diri bilamana hudud dihina dan dicerca dihadapan batang hidung Najib sendiri tanpa sebarang bantahan dari Menteri Wanita Umno neh...
Diwaktu cina bangang dalam MCA berjuang habis-habisan menghina dan
menentang hudud... rupanya masih terdapat sebahagian non-muslim yang
berpandangan positif, menggunakan akal kurnia Tuhan dalam memberi
pandangan terhadap undang-undang Islam.
Ini jelas membuktikan bahawa langkah MCA - sekutu Umno dalam Barisan
Nasional hanya bertujuan memancing undi dalam usaha mereka mematahkan
pengaruh DAP dalam masyarakat cina.
Rata-rata, Be End yang diterajui Umno kian longlai dan kini
dipersimpangan dilema kerana mereka telah menyentuhi sensitiviti umat
Islam malah turut tidak disenangi oleh non Muslim juga. Kini, MCA
dilihat sebagai sebuah parti cauvinis yang ANTI-ISLAM, bukan lagi DAP.
Orang bukan Islam kebanyakannya rajin membaca dan punya sifat ingin
mengetahui.... Orang melayu plak mungkin dah perasan sebab dah terlalu
pandai, dengar Ustaz mengajar pun dah tak mau.. membaca jauh sekali. Ni
bukan Islam yang faham keadaan sebenar dan menyuarakan kesedaran sebagai
rakyat dan bukan ahli politik atau machai-machai yang dok putar belit...
Ini lah bahayanya puak-puak Umno bila depa hanya nampak bangunan yang
tinggi-tinggi je.. Pembangunan aqidah umat Islam bukannya depa nak ambil
peduli.
Tindakan apek Soi Lek dan kuncu-kuncunya yang kuat menentang, berserta
kelunya lidah Najib bila hudud dihina ni lah yang merupakan sebab
sebenar Islam gagal diletakkan ditempat yang sepatutnya dalam negara
tercinta ini...sumber
Arak ialah minuman yang memabukkan. Dalam bahasa Arab dinamakan khamar,
berasal dari kata khamara ertinya menutupi. Seseorang yang minum arak
atau khamar, biasanya ia mabuk, hilang akal fikirannya tertutup jalan
kebenaran, dan ia lupakan dirinya dan lupakan Allah.
Minum arak hukumnya adalah haram, sama ada sedikit atau banyak, hukum
mabuk atau pun tidak, kecuali ketika darurat, dan arak itu adalah najis
ainnya. Firman Allah yang bermaksud :
”Wahai orang-orang yang beriman bahawa sesungguhnya arak dan judi, dan
pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah,
adalah semata-mata kotor (najis / keji) dari perbuatan syaitan. Oleh itu
hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya”.
(Surah Al- Maidah ayat 90)
HUKUM ORANG YANG MINUM ARAK
Dalam Qanun jenayah syar’iyyah, seseorang yang telah sabit kesalahan
minum arak atau sebarang minuman yang memabukkan, sama ada dia mabuk
atai tidak, wajib dikenakan hukuman sebat tidak lebih dari 80 kali sebat
dan tidak tidak kurang dari 40 kali sebat. Hukuman ini adalah
berdalilkan hadith Rasulullah s.a.w yang diriwayatkan daripada Ali bin
Abi Thalib r.a yang bermaksud:
”Rasulullah s.a.w telah menyebat orang yang minum arak sebanyak 40 kali
sebat, dan Saidina Abu Bakar telah menyebat sebanyak 40 kali sebat juga,
dan Saidina Umar menyebat sebanyak 80 kali sebat. Semuanya adalah
sunnah Rasulaullah s.a.w. dan inilah yang paling akau suka”.
KESABITAN KESALAHAN MINUM ARAK(KHAMAR)
Untuk mensabitkan kesalahan seseorang minum arak (khamar) adalah tertakluk dibawah tiga sebab:
i) Minuman yang diminum itu ialah khamar, iaitu minuman yang memabukkan dan yang menghilangkan akal fikiran manusia
ii) Orang yang meminum minuman itu mengetahui bahawa minuman yang diminum tadi memabukkan dan menutup akal fikiran.
iii) Sengaja melakukan kesalahan meminum minuman yang memabukkan.
Seseorang yang meminum minuman yang boleh memabukkan, dan ia tidak tahu
bahawa dengan meminum minuman itu ia akan menjadi mabuk tidak boleh
dikenakan hukuman had keatas orang yang meminum minuman itu, sekalipun
dengan sebab meminum tadi ia menjadi mabuk.
PEMINUM ARAK YANG BOLEH DIKENAKAN HUKUM HADD
Orang yang melakukan kesalahan minum arak (khamar) yang wajib dikenakan
hukuman hadd adalah tertakluk dibawah syarat-syarat berikut:
i) Baligh
ii) Berakal
iii) Kemahuan sendiri tanpa dipaksa oleh sesiapa
iv) Minuman itu masuk kedalam rongga melalui mulut
Kanak – kanak yang belum baligh atau orang yang gila yang minum arak
(khamar) tidak boleh dikenakan hukuman hadd ke atas mereka, kerana
perbuatan mereka itu tidak boleh dianggap sebagai perbuatan jenayah
syar’iyyah yang boleh dikenakan hukuman hadd. Ini adalah berdalilkan
hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia, iaitu kanak-kanak
sehingga ia baligh, orang yang tidur sehingga ia bangun dari tidurnya,
dan orang yang gila sehingga ia sembuh dari gila’.
(Riwayat Bukhari dalam Sahih)
BUKTI-BUKTI YANG MENSABITKAN KESALAHAN MINUM ARAK (KHAMAR)
Bukti – bukti yang mensabitkan kesalahan seseorang itu minum arak
(khamar) yang boleh dikenakan hukuman hadd adalah sebagaimana berikut:-
1) Syahadah (kesaksian)
2) Ikrar (pengakuan)
Kesalahan minum arak (khamar) boleh dibuktikan dengan keterangan lisan
yang diberi oleh dua orang saksi atau dengan ikrar (pengakuan) yang
dibuat oleh oarang yang dituduh itu dengan kerelaan dirinya sendiri
tanpa paksaan dari mana-mana pihak.
Saksi-saksi dari pihak pendakwa atau penuduh mestilah terdiri dari dua
orang lelaki yang mempunyai syarat-syarat yang cukup. Jika saksi-saksi
itu semuanya terdiri dari orang-orang perempuan atau seorang lelaki
berserta dengan beberapa orang perempuan, maka kesaksian mereka itu
tidak boleh diterima dan tidak boleh disabitkan kesalahan orang yang
dituduh tadi, kerana kesaksian mereka itu boleh mendatangkan keraguan. -sumber
Sepang:
Sejarah tercipta petang ini apabila pelumba Malaysia Zulfahmi
Khairuddin dari pasukan AirAsia-SIC-Ajo berjaya menaiki podium dengan
menduduki tempat kedua di dalam kejuaraan Moto3 selepas mencatatkan masa
40'54.151s.
Pelumba
Jerman Sandro Cortese dari pasukan Red Bull KTM Ajo merangkul kejuaraan
Moto3 selepas mencatatkan masa terpantas 40 minit 54.123.
Tempat
kedua ialah pelumba Malaysia Zulfahmi Khairuddin dari pasukan
AirAsia-SIC-Ajo , manakala penunggang Jerman Jonas Folger dari Mapfre
Aspar Team Moto3 di tempat ketiga dengan masa 40'54.370s.
Sejak
semalam lagi sejarah telah tercipta apabila pelumba Moto 3 Malaysia,
Zulfahmi Khairuddin memulakan perlumbaan di Motogp Sepang di petak
pertama.
Zulfahmi
mencatat sejarah sebagai pelumba pertama Malaysia dan Asia yang
memulakan perlumbaan di petak pertama dalam kategori Moto 3 yang
menggantikan kategori 125 bermula awal tahun ini dan pada hari ini
sekalipun menduduki tempat kedua, tetap merupakan satu sejarah kerana
ini merupakan kali pertama Malaysia menaiki pentas podium di dalam
mana-mana perlumbaan kelas Grand Prix.
KUALA LUMPUR:
Serangan melampau Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek terhadap PAS,
hudud dan Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah
menimbulkan keresahan dalam Umno sehingga Presiden Umno Datuk Seri Najib
Razak tidak boleh berkata apa-apa dalam isu ini.
“Ramai dalam Umno merungut, siapakah yang benarkan Chua serang Nik
Aziz. Orang Melayu di kampung terfikir bagaimana seorang ulama dan hukum
hudud boleh dibiarkan dihina Chua yang pernah dirakam video seksnya.
Kalau orang lain, mungkin tak seteruk ini. Tapi Chua, habislah Umno kali ini,” kata sumber dalaman Umno kepada Harakahdaily.
Kata beliau, walaupun Umno tidak menyukai Nik Aziz dan menyerangnya
daripada sudut isu-isu di Kelantan dan kerjasama dengan DAP, akan tetapi
Umno tidak pernah sesekali berani mengutuk peribadi beliau sebagai
agamawan.
“MCA dakwa Nik Aziz galakkan rogol. Melayu mana yang percaya? Tuduh
Nik Aziz rasuah pun tak masuk, ini tuduh benda yang tidak berasas ini.
Video yang dijadikan bukti tu, semua orang Melayu tonton pun faham Nik
Aziz sedang mengajar Islam dan menjurus kepada kebaikan,” kata sumber
itu lagi.
Sumber itu turut mempersoalkan taktik yang digunakan MCA dan Umno untuk meningkatkan undi bukan Islam.
“Undi bukan Islam dah hilang. MCA berkata apapun tiada guna. Tapi
sekarang MCA sedang menghalau undi Melayu kepada PAS. Orang Umno seperti
saya pun terasa tidak tergamak untuk mengundi MCA, malah terasa kesian
kat PAS.
“Macam mana orang Melayu boleh membiarkan orang Cina yang moralnya
tercalar seperti Chua untuk menyerang seorang ulama bertaraf Nik Aziz
tanpa berkata apa-apa. Betullah, hanya syaitan yang dikenali yang
sanggup membiarkan keadaan sedemikian berlaku,” tambah beliau.
Ketika ditanya mengenai tarikh PRU13, sumber dalaman itu memberitahu Harakahdaily, Pakatan Rakyat kini di depan dengan simple majority seperti yang dikatakan Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
“Tapi selepas bom Chua dan MCA, Najib rasanya terpaksa saja
meneruskan lakonan ini dan bertukar serangan kepada DAP. MCA serang PAS
tak akan diberi liputan di berita bahasa Melayu, Umno pula serang DAP
tidak diliputi di berita bahasa Cina. Perang di Facebook dan internet
rasanya boleh diucapkan selamat tinggal,” kata beliau. -Hrkh
SHAH ALAM, 21 Okt — Tan Sri Musa Hassan terperanjat dengan dakwaan
beliau akan mengadakan sidang akhbar di Bangkok, Thailand esok mengenai
isu pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006
seperti yang tertera di laman sesawang Kelab Koresponden Asing Thailand
(FCCT).“Saya terperanjat apabila mendengar berita ini. Saya tahu tentang ini pun apabila ada wartawan menghubungi saya semalam.
"Mana ada, saya masih di sini (Malaysia),” kata bekas
ketua polis negara (KPN) itu ketika dihubungi oleh The Malaysian
Insider sebentar tadi.Tinjauan The Malaysian Insider di laman sesawang
FCCT menyaksikan notis tentang sidang media Musa di Bangkok masih
tertera di laman berkenaan dan boleh diakses di sini
http://fccthai.com/items/966.html.“Saya tak faham mengapa semenjak dua
menjak ni saya sering menjadi sasaran pelbagai spekulasi,”“Saya harap
pihak-pihak tidak bertanggungjawab ini berhenti menganggu saya,” katanya
lagi.
Notis itu menyebut, sidang media bekas KPN itu akan diadakan pada 22
Oktober jam 11 pagi waktu Thailand .Jemputan itu bertajuk “Pendedahan
baru dalam kes pembunuhan Altantuya” oleh bekas KPN Malaysia dan
menyatakan notis bahawa acara berkenaan tidak ditaja oleh FCCT.Notis
tersebut juga menulis, enam tahun lalu, seorang jurubahasa muda dari
Mongolia bernama Altantuya Shaariibuu, telah dibunuh di Malaysia oleh
dua pegawai polis dari Cawangan Khas dan mayatnya diletupkan dengan
bahan letupan.
Selepas kematian beliau, terdedah bahawa dia telah dikaitkan dengan
penjualan dua kapal selam buatan Perancis ke Malaysia dengan harga 1.3
bilion dolar Amerika Syarikat — perjanjian yang disyaki mengandungi
rasuah peringkat tinggi.PM semasa Malaysia, (Datuk Seri) Najib Razak,
ketika itu Menteri Pertahanan dan (Tan Sri) Musa Hassan adalah ketua
polis negara.
Pendedahan ini dijangka akan mengubah landskap politik Malaysia.Musa
Hassan, yang telah berhenti sebagai ketua polis, mempunyai pendedahan
terbaru terhadap kes berprofil tinggi ini. Beliau akan berbuat demikian
pada sidang akhbar di FCCT.Altantuya dibunuh secara kejam apabila
mayatnya diletupkan menggunakan bom di Hutan Simpan Puncak Alam, Shah
Alam antara malam 18 Oktober dan 19 Oktober 2006.
Beliau adalah penterjemah kepada Abdul Razak Baginda dalam pembelian
kapal selam Scorpene.Abdul Razak Baginda rapat dengan Najib yang pada
ketika itu merupakan timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan
Malaysia.Dua anggota Unit Tindakan Khas (UTK) dan pengiring kepada
Najib, Inspektor Azilah Hadri, 34, dan Koperal Sirul Azhar, 39,
dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 9 April
2009, setelah didapati bersalah membunuh Altantuya di Mukim Bukit Raja
antara 9.45 malam 18 Oktober 2006 dan 9.45 malam hari berikutnya.Hakim
dalam kes perbicaraan itu walaubagaimanapun tidak memutuskan motif
pembunuhan Altantuya./~tmi