Ikuti Blog ini

Situasi Politik Masakini Paling Sesuai Untuk Perubahan



http://www.buletinonline.net/images/stories/Berita12/nikamar.JPGSituasi politik negara masa kini merupakan masa paling baik dan sesuai bagi rakyat membuat perubahan dalam mana-mana pilihan raya diadakan.

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Dato’ Nik Mohamad Amar Nik Arshad menyarankan agar pemimpin serta ahli PAS di seluruh negara mempertingkatkan kualiti parti.

Ini penting, katanya agar rakyat umum dapat membezakan antara keupayaan pemimpin parti Umno dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

“Kita (PAS) melihat sekarang adalah masa paling sesuai untuk rakyat buat perubahan. Suasana pemimpin politik (Umno dan Barisan Nasional) negara yang berkecamuk.

“Kita (PAS) kena tingkatkan kualiti kerja kita (parti) di semua peringkat cawangan, Dewan Undangan Negeri (Dun), kawasan dan negeri.

“Biar kualiti kita (PAS) berbeza dengan Umno dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan barulah boleh laksanakan amanah Allah SWT,” tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika berucap mewakili Mursyidul Am PAS, Dato’ Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Majlis Ceramah Perdana Sempena Ijtima’ Kepimpinan PAS Terengganu 2009 di Padang Bola Pekan, Manir, 17 Oktober lalu.

Dato’ Nik Mohamad Amar yang juga Ahli Exco Kerajaan Kelantan yakin zaman pemerintahan Umno-BN bakal berakhir kerana hilang sokongan serta kepercayaan rakyat terhadap parti komponan tersebut.

Bahkan, katanya kemenangan calon BN, Tan Sri Isa Samad dalam pilihan raya kecil di Bagan Pinang tidak menggambarkan penerimaan rakyat umum terhadap parti tersebut.

Menurutnya, calon BN yang terbukti bersalah terlibat dengan masalah rasuah dan politik wang boleh menang kerana Umno-BN bukan sebuah parti bersih.

“Umno sebuah parti yang kotor dan terlibat dengan banyak masalah rasuah, politik wang, penyelewengan dan penipuan.

“Dia (Umno-BN) bukan parti bersih tetapi menang dengan cara tidak bermaruah dan calon yang tidak bermaruah,” tegasnya.

Menurutnya, pelbagai isu yang menjadi ‘senjata’ kepada PAS dan Pakatan Rakyat akan digunakan untuk membuat perubahan

Sementara itu, mengulas isu berkaitan kecelaruan politik calon Bebas yang bertanding atas tiket PAS pada Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-12, Dato’ Paduka Ibrahim Ali yang juga Anggota Parlimen Pasir Mas itu disifatkan sebagai barang ‘permainan’ di Kelantan.

“Dia (Ibrahim Ali) tidak boleh buat apa-apa. Parti Umno pun tidak mahu terima dia (Ibrahim). Kita (PAS) di Kelantan anggap dia (Ibrahim) seperti barang ‘permainan’ kanak-kanak.

“Ada dia (Ibrahim) boleh juga ada ‘hiburan’ politik yang tidak menjejaskan pengaruh dan kekuatan PAS Kelantan untuk kekal berkuasa dalam pilihan raya umum akan datang, Insya’Allah,” ujarnya.

Menurutnya, dalam PRU Ke-13 PAS dan Pakatan Rakyat bukan sahaja mampu mengekalkan kemenangan sedia ada tetapi yakin merampas kembali Terengganu.

Umno Tetap Parti Yang Sudah Lemah, 1Malaysia akan Lenyap !

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/DSC_0502.JPGKUALA TERENGGANU – Apa pun perubahan yang mahu dibuat oleh Umno, ia mesti mengakui bahawa ia tetap sebuah parti yang sudah lemah, menghadapi kemunduran kerana telah mengalami kehakisan sokongan dari rakyat Malaysia.

Manakala konsep perpaduan 1Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Najib Razak hanyalah slogan yang rapuh dan akan mengalami nasib yang sama sebagaimana slogan-slogan yang dikemukakan sebelum ini.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tidak perlu memberikan komen lanjut tentang apa perubahan yang mahu dilakukan oleh Umno ekoran ’geger’ dalam mesyuarat Agung Luar Biasanya baru-baru ini.

”Terpulanglah kepada Umno untuk membuat perubahan, saya masih tetap menganggap Umno parti yang sudah lemah, satu parti yang sudah mengalami kehakisan (sokongan dan kekuatan),

”dan kekuatannnya (hanya) bergantung kepada ’tongkat-tongkat’ bukan diatas dirinya sendiri, Umno bergantung dengan jentera-jentera kerajaan (untuk menang dalam pilihanraya) bukan dengan kekuatannya sendiri,”ujarnya apabila diminta wartawan memberi komen tentang Umno yang cuba membuat perubahan, sebagaimana kata Presidennya.

Ustaz Abdul Hadi berkata antara tongkat yang menjadi ’tempat bergantung’ Umno adalah Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR), satu badan pengendali pilihanraya yang sepatutnya bertindak adil dan saksama.

Namun, katanya SPR digunakan oleh Umno untuk menambahkan undi dalam pilihanraya dan memenangkan Umno dengan undi pos.

”(Umno menang) bukan dengan undinya sendiri, Umno menang dengan undi pos,”katanya, merujuk kepada perkembangan terbaru, dimana dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang calon Umno telah menang besar, majoritinya adalah dari undi pos, melalui undi angkatan tentera.


Justeru kebangkitan PAS melalui agenda ’PAS For All’ dilihat sesetengah lebih berjaya dari slogan-slogan perpaduan Umno, yang mana sehingga kini, tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia secara hakiki.

”Kita mempunyai konsep yang lain dari 1Malaysia, konsep kita perpaduan Malaysia, itu yang perlu diujudkan (bagi menyatupadukan rakyat Malaysia),

”kita tidak boleh menafikan hakikat berbagai kaum (dan) berbagai bangsa (yang ada) kerana kaum dan bangsa ini ciptaan tuhan, yang kita tak boleh hapus (kan),

”apa yang penting ialah mewujudkan perpaduan, tidak ada erti dan makna kita kemukakan slogan tetapi dari segi praktikalnya (perpaduan) tidak berlaku,”jelas beliau keketika sidang media semasa Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu, kelmarin.

Menurut Ustaz Abdul Hadi, slogan-slogan yang dikemukakan oleh kerajaan Umno dan Barisan Nasional umpamanya slogan ’Islam hadhari’ dan slogan ’Bersih, Cekap, Amanah’ tidak berjaya menyatupadukan rakyat.

”Saya mengaggap itu slogan (1Malaysia) akan mengalami nasib yang sama,”tegasnya.

Ia adalah kerana, katanya, konsep Perpaduan Malaysia adalah satu konsep yang berasal dari Islam dan ia sudah lama diamalkan oleh PAS.

”Konsep (Perpaduan Malaysia) sudah lama yang diamalkan, sudah kita perjuangkan sejak dulu, dimana konsep perpaduan kita (PAS), (yang pertama) perpaduan di kalangan umat Islam, yang kedua, perpaduan dikalangan umat manusia, ini dianjurkan oleh al-quran yang kita terus laksanakan,”ujarnya, yang jelas merujuk kepada kenyataan Allah dalam al-Quran.

Perpaduan yang dianjurkan oleh Allah sesama Islam jelas dinyatakan dalam surah al-Hujarat, ayat yang ke 10;

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/49_10.gif
Yang bermaksud;
”Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat.”

Manakala perpaduan diantara kaum dijelaskan oleh Allah dalam surah yang sama, berdasarkan ayat ke 13;

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/49_13.gif
Yang bermaksud;
” Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).”

Najib hanya mampu menciplak



Dulu Pas Kelantan menambah bilangan hari cuti bersalin bagi kakitangan kerajaan, diperlekehkan oleh UMNO/BN, kemudian.... mereka pun tiru.


Kemudian, Pas Kelantan dan Terengganu mengisytiharkan 5 hari waktu bekerja seminggu untuk kakitangan kerajaan, macam- macam komen negatif daripada UMNO/BN. Ada yang kata malas, tak merangsang ekonomi, tak produktiviti... Tak lama kemudian UMNO/BN pun tiru. Mula- mula nak mengelakkan supaya nampak tak sama, diisytiharkan cuti setiap sabtu pertama dan ketiga, akhirnya diisytiharkan terus cuti setiap sabtu.


DAP dah lama melaungkan konsep Malaysian, Malaysia. Puak- puak ekstrem Melayu UMNO hentam konsep DAP habis- habisan kononnya alasan ketuanan Melayu. Sekarang puak- puak ekstremis Melayu UMNO berkokok konsep 1 Malaysia konon. Samalah tu... cuma beza Bahasa Melayu dengan Bahasa Inggeris je...


Penciplakan terbaru... Najib dengan bangganya mengumumkan tarikh 16 September akan diisytiharkan sebagai cuti umum mulai tahun 2010 sebagai memenuhi syarat sah konsep 1 Malaysia ciptaannya. Sedangkan Pakatan Rakyat terutamanya Dato' Seri Anwar Ibrahim telah lama mengutarakan idea serta tuntutan kepada Kerajaan agar 16 September dijadikan sebagai cuti umum serta sambutan kemerdekaan yang sebenar bagi Malaysia.


Peristiwa pengisytiharan oleh Penasihat PKR itu untuk menubuhkan kerajaan yang baru pada 16 September tahun lalu juga menghantui BN sehingga sanggup melarikan ahli- ahli Parlimen dari Sabah dan Sarawak ke luar negara yang kononnya akan melompat parti kepada Pakatan.
Rakyat.


Walaupun gagal menubuhkan kerajaan pada tarikh tersebut, hasrat untuk menjadikan 16 September sebagai cuti umum tercapai. Selepas ini akan lebih banyak lagi idea- idea pimpinan Pakatan Rakyat akan direalisasikan oleh Najib. Yang sangat ditunggu- tunggu ialah penubuhan Dewan Ulama UMNO.


Hanya Pak Lah sahaja yang tak sempat mengisytiharkan penambahan cuti umum hari kebesaran Islam iaitu "ISLAM HADHARI".

Pemuda Obor Perjuangan


PEMUDA OBOR PERJUANGAN

Tanggungjawab Pemuda Dalam Usia Sematang Ini :


1- Pemuda perlu mempersiapkan diri dari sekarang untuk keluar ke tengah medan bagi membantu menegakkan Islam di bumi Allah ini. Sesungguhnya Pemuda Adalah Obor Perjuangan.

2. Pemuda mempunyai peranan yang begitu besar dalam usaha untuk membantu perjuangan Islam. Peranan ini dapat dilihat berdasarkan peranan sahabat dalam menegakkan negara Islam.

3. Pemuda perlu mempunyai sifat tegas dan berani didalam diri. Sifat berani ini wujud di atas keyakinan bahawa perjuangan yang ditempuhi adalah bermatlamat mencari keredaan Allah dan melihat perlaksanaan syariat Islam dinegara ini. Ujian, mehnah dan tribulasi merupakan asam garam yang mesti dihadapi oleh setiap yang bergelar pejuang.

4. Kita wajib berusaha untuk menyatakan suara kita kepada rakyat agar rakyat peka dengan kewujudan kerajaan Alternatif yang mampu menggantikan Barisan National. Kita perlu membebaskan rakyat dari belenggu rasuah , kezaliman dan penyelewengan kuasa.

5. Kita mesti yakinkan rakyat dan pengundi bahawa pimpinan yang disediakan adalah berilmu, bertakwa, beriman, berkemahiran dan berpengalaman bagi menguruskan pentadbiran negeri atau negara . Pemuda PAS perlulah bekerja dengan lebih keras untuk menyedarkan rakyat betapa perlunya mereka membuat perubahan politik untuk memberi sokongan padu kepada PAS dalam pilihanraya umum akan datang.

6- Jentera pilihanraya Pemuda memerlukan kepada perancangan yang teliti serta menyusun gerak kerja yang lebih mantap dan berkesan kerana pilihanraya umum semakin hampir . Pemuda diseru agar merancang dan menyusun strategi disemua peringkat parti di negeri masing-masing kerana gerak kerja yang terancang dan tersusun serta bersemangat juang yang tinggi , insyaallah akan dapat membantu membuahkan hasil yang diidamkan , iaitu tertegaknya Daulah Islamiah di Malaysia.

7. Pemuda sebagai obor perjuangan telah dipertanggungjawabkan dengan tugasan untuk bersama dimedan juang islam , berjihad menentang musuh Allah, membangun, mendidik dan membentuk ummah dan seterusnya mempertahankan syakhsiah ummah tersebut.

8. Permasalahan Yang Perlu Disedari Bersama :

a. Krisis sosial yang berlaku dikalangan remaja , pencorak masa depan ummah amat membimbangkan kita. Keruntuhan Akhlak dan remaja dikalangan remaja adalah disebabkan anak muda terlalu didedahkan kepada dunia yang mencintai hiburan dan keseronokan , tetapi amat kurang memberi penekanan terhadap pemantapan akidah dan keimanan.

b. Kerajaan yang ada sekarang lebih berminat kepada projek-projek mewah dan pembangunan , tetapi tidak berminat untuk memulihkan kerendahan moral dan akidah termasuk membenteras gejala zina dan murtad yang semakin serius berlaku di negara kita. Sementara remaja kita sekarang banyak menjadikan artis-artis sebagai model ikutan mereka.

c. Majalah-majalah hiburan banyak memaparkan gambar-gambar separuh bogel dan sungguh mengaibkan. Eksploitasi wanita kian meningkat dan banyak aktiviti remaja yang menjurus kepada aktiviti yang tidak sihat termasuk pergaulan bebas antara lelaki dan wanita.

9. Oleh Itu Pemuda :

* Sudah tiba masanya untuk kita bekerja keras bagi menjatuhkan kerajaan yang ada sekarang agar generasi umat islam masa depan dapat diselamatkan, agar generasi Al Quran dapat dibentuk untuk menerajui negara pada masa akan datang.

* Harapan diutarakan agar Pemuda keseluruhannya tidak mengabaikan aspek pentarbiahan diri seperti USRAH , samada diperingkat cawangan, kawasan dan seumpamanya. Ianya perlu dilaksanakan demi melahirkan pemuda yang mempunyai daya juang yang tinggi.

* Cabaran arus politik dan permasalahan semasa amat memerlukan pembentukan peribadi pemuda yang faham terhadap Islam dan tuntutannya. Ianya hendaklah dilaksanakan melalui program peningkatan ilmu dan kesedaran yang mendalam terhadap Addin [ agama ] .

* Syakhsiah pemuda yang bergerak dalam jemaah semestinya jauh berbeza dari pemuda - pemuda lain. Bermula dari keterampilan diri hinggalah kepada kemampuan memimpin dan menggerakkan ummah dibawah panji-panji Islam.

* Pemuda hendaklah bersikap terbuka , tiada rasa rendah diri apabila berhadapan dengan masyarakat luar.

* Para pimpinan pemuda jangan mudah terpedaya dan diperalatkan oleh mana-man pihak yang kurang senang dengan perjalanan organisasi pemuda . Pemuda juga seharusnya bijak mengawal keadaan dan mempunyai pendirian yang tegas dalam mempertahankan prinsip perjuangan.

* Meskipun sibuk dengan aktiviti jemaah dan perjuangan , maka pemuda tidak seharusnya mengabaikan tugasan rumahtangga dan ahli keluarga . Sesungguhnya pemuda sebagai watak yang paling utama dan agung ialah mendidik generasi baru ke arah melahirkan generasi alquran.

10. Selagi Islam tidak dijadikan asas dalam sistem kehidupan , maka selama itulah kita akan melihat kepincangannya. Contoh :

a. Ekonomi yang tidak menentu mengakibatkan harga minyak dan barang semakin meningkat dan berganda seterusnya membebankan golongan berpendapatan rendah.

b. Pembangunan yang tidak seimbang melahirkan insan yang menjadi hamba kepada dunia dan mengabaikan akhirat .

Sambutan Hari Raya Aidilfitri N29 Dun Sri Serdang

YDP Ust. Sofiean, Ketua Pemuda Sdr. Yeop dan Ust. Asrul sedang menunggu kehadiran orang ramai dan para jemputan VIP yang berpusu-pusu hadir ke majlis sambutan hari raya Pakatan Rakyat N29 Dun Sri Serdang. Dianggarkan lebih 2 ribu penduduk setempat yang hadir.
Walaupun pada hari ini, begitu banyak rumah terbuka diadakan namun ini tidak menjejaskan orang ramai setempat hadir ke majlis tersebut.

Malah, terdapat beberapa keluarga keturunan India telah hadir ke majlis ini walaupun hari tersebut adalah hari kedua bagi kaum India menyambut perayaan Deepavali. Sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan masyarakat sekitar Puchong telah memberikan gambaran bahawa Pakatan Rakyat semakin diterima oleh segenap lapisan masyarakat.

Pelbagai juadah istimewa telah dihidangkan untuk para tetamu. Antaranya satay, lemang dan rendang, nasi impit, lontong, bihun dan pelbagai lagi hidangan telah disajikan kepada para tetamu yang hadir.

Semoga majlis tersebut telah dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama kita dan meleraikan segala kekusutan yang selama ini mungkin sukar diluputkan tetapi berkat bulan Syawal yang mulia ia dapat selesaikan dengan cara yang maaruf.

Exco Selangor YB Yaacop Sapari memberikan ucapan kepada hadirin.

Sepatah dua kata dari Ketua Jurulatih Unit Amal Pas Kawasan Puchong Ismail Sarkawi.

Ketua Muslimat Pas Kawasan Puchong Noor Hanim juga tidak ketinggalan untuk berucap di hari yang bersejarah ini.

Inilah Ketua Pemuda Pas Kawasan Puchong Sdr. Yeop yang bekerja keras untuk menjayakan program tersebut.

Kehadiran bekas calon Dun Sri Serdang Cikgu Izham disambut petugas Unit Amal.



YB Teressa Kok juga hadir .

Nampaknya kemesraan terjalin antara pimpinan pakatan rakyat...


Kehadiran YB Yaakop disambut oleh pimpinan Pas Puchong

Orang ramai sedang menjamu selera..




Majlis Makan Malam Perdana DPP Puchong


Dewan Pemuda Pas Puchong akan mengadakan Majlis Makan Malam Perdana DPPP 2009

Pada : 20 Oktober 2009 (Selasa)

Tempat : Dewan MPSJ Puchong Indah (Sebelah Tapak Pasar Malam)

Masa : 8.00 Malam

Tetamu Jemputan Khas : 1) Ustaz Nasaruddin Tantawi (Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat)

2) Y.B Salahuddin Ayub (Naib Presiden Pas)

Sesiapa yang berminat bolehlah mendapatkan kupon- kupon tersebut daripada mana-mana AJK Dewan Pemuda Pas Puchong.

Tengku : 013-6413646

Fadh : 019-2552558

Wan J : 019-3862030

Arif : 019-2763623

Nazri : 013-2629772


Rumah Terbuka Pas Pusat ... 2009 ...




Lokasi : Markas Pas Tmn Melewar
T.G Presiden menyambut tetamu yg hadir
Yb Husam turut hadir
Unit Amal yg sentiasa "beramal"
Bersalam bersama saf kepimpinan Pas
Elizabeth Wong dan Dr Mariah turut hadir
Pelbagai lapisan masyarakat
Mb Perak Pakatan Rakyat turut serta
"Hidup Nizar"
Sabar menunggu giliran
Ust Nasaruddin Tantawi
Ust. Rahim Nasir bersama sahabat sekuliah dahulu, Ust Din Tantawi
Hiburan nasyid juga turut dihidangkan
Allahu Akbar !!!!

PAS Untuk Semua; Penyokong UMNO Turut Sama

E-mail Print PDF

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/pasuntuksemua.JPGHULU TERENGGANU – Dasar ’Memasyarakatkan PAS’ dengan program ’PAS Untuk Semua’ (PAS For all) telah membuahkan hasil, menjadikan PAS sebuah parti politik yang digeruni oleh lawannya, UMNO dan Barisan Nasional.

Bermula dengan konsep ’engagement’ atau ’pertautan’ PAS dengan pelbagai pihak, hasil dari perlaksanaan polisi tersebut mula dikecapi dan berjaya membawa PAS ke pentas politik arus perdana.


Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata hasil dari perlaksanaan dasar tersebut, PAS kini mendapat sokongan pelbagai golongan termasuk dikalangan terpelajar, samada di kawasan bandar atau di pinggir bandar.


”Kejayaan itu (memasyarakatkan PAS) bukan sahaja melalui ucapan, bahkan melalui kenyataan, diantaranya kita telah berjaya menarik khususnya golongan terpelajar,

”majoriti kalangan terpelajar menyokong PAS dan bersama-sama PAS, ini dapat dilihat bagaimana pengaruh PAS berkembang di kawasan-kawasan bandar dan pinggir bandar,”katanya ketika menjelaskan lebih lanjut tentang perkara tersebut.

Beliau berkata demikian dalam sidang media, selepas menyampaikan Ucaputama Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu, di markaz Tarbiyah Kubang Lembek, disini semalam.

Selain itu, program ’PAS For All’ juga, katanya, telah berjaya memecahkan tembok pemisah di antara PAS dengan masyarakat bukan Islam di negara ini.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/ustazhadiokt09.JPG”Kita bukan sahaja ke (pada) tahap mengadakan kerjasama dengan parti-parti (politik) yang bukan Islam, dalam masa yang sama kita telah berjaya menubuhkan Kelab Penyokong PAS, yang disertai oleh orang bukan Islam,”ujarnya.

Katanya, ahli-ahli Kelab Penyokong PAS telah menunjukkan komitmen, bukan setakat menyatakan sokongan, bahkan membuktikan kesungguhan mereka dengan ’turun padang’ dalam kerja-kerja pilihanraya sebelum ini.

Oleh itu, Ustaz Abdul Hadi berkata, untuk meneruskan ’lonjakan’ ekoran kejayaan penubuhan Kelab dan sebagai satu pengiktirafan kepada mereka, PAS akan menaikkan taraf Kelab Penyokong PAS menjadi ’sayap baru’ dalam organisasinya.

Namun, persoalan samada ahli-ahli Kelab Penyokong akan dipilih mewakili PAS menjadi calon dan bertanding dalam pilihanraya ke 13, beliau menjawab; ia adalah bergantung kepada keperluan keatas perkara tersebut pada masa akan datang.

”Kita (PAS) tidak gopoh (membuat keputusan) atas perkara ini kerana kita masih lagi bersama Pakatan Rakyat yang juga sudah mempunyai calon-calon bukan Islam,

”peringkat (perkara) mencalonkan (ahli Kelab Penyokong) akan dilihat dari segi keperluan pada masa akan datang,”jelasnya.

Mengungkap kejayaan memasyarakatkan PAS, beliau membawa contoh, sokongan terhadap usaha PAS diukur melalui majlis-majlis masyarakat yang mendapat sambutan, malah turut disertai oleh penyokong parti lawan.

”Majlis-majlis masyarakat yang kita (PAS) anjur disertai oleh orang-orang UMNO sendiri, contohnya kerja-kerja kebajikan yang kita buat, kerana kita tidak melakukan (dan) mengamalkan diskriminasi (membezakan antara PAS dan UMNO),”tambahnya.

Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu; UcapUtama Presiden PAS









Kerajaan Umno-BN Terengganu Umpama ‘Bola’

HULU TERENGGANU – Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu yang bermula dengan program ceramah penerangan semalam akan menentukan samada kerajaan Umno-BN Terengganu kekal atau tumbang sebelum PRU13
http://www.buletinonline.net/images/stories/berita11/IMG_5764.JPGPesuruhjaya PAS Terengganu Dato’ Ustaz Harun Taib berkata Ijtimak Kepimpinan PAS Kali Ke 13 berlangsung dalam keadaan Umno-BN Terengganu terumbang-ambing.

”Kali ini kita berijtimak dalam keadaan Umno di negeri Terengganu ini ‘bergelisah’ kerana banyak perkara-kara yang berlaku,
(Gambar - Ustaz Harun menerima cenderahati sempena pembukaan Ijtimak Kepimpinan PAS Terengganu kali ke 13)

”bermula runtuhnya stadium, sampai baru-baru ini pula runtuh bumbung atap masjid, peristiwa-peristiwa yang berlaku mengajak kita merenung dan berfikir,

”apakah penyelewengan yang dilakukakn oleh Umno-BN Terengganu,”ujarnya ketika berucap dalam majlis ceramah di Manir, dekat sini semalam.

Menurutnya, antara penyelewengan yang ketara oleh Umno-BN Terengganu ialah mematikan sekolah-sekolah agama negeri dengan menyerahkan pentadbirannya kepada kerajaan pusat.

Katanya, Umno sebenarnya berada dalam keadaan gelisah, kerana kerajaan yang ditubuhkan di negeri Terengganu adalah umpama ‘bola’.

”Kerajaan umno-BN negeri Terengganu boleh dibandingkan seperti bola, bererti boleh ditendang ke sana dan ke sini,

”Ia duduk diatas belas kasihan PAS, mana-mana pihak dari Umno (Terengganu), perlu pendirian dan sikap dari PAS,”jelas beliau yang juga Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.

Justeru, beliau berkata, Ijtimak kepimpinan PAS Terengganu yang bermula esok akan menentukan halatuju politik negeri Terengganu.

”Kita akan bahaskan dan bincangkan, bagaimanakah langkah-langkah yang perlu kita ambil, untuk menjadikan samada kerajaan ini (Umno-BN) kekal sehingga pilihanraya akan datang,

”atau kerajaan ini boleh ditumbangkan sebelum daripada pilihanraya ke 13 akan datang,”kata Ustaz Harun.


Anwar Ibrahim & Pakatan leaders sang "Satu Perjuangan"







SIAPA BAKAL KETUA ULAMA' UMNO HAA ? CALON-CALONNYA..!

  • Siapalah agaknya yang bakal menjadi Ketua Ulama' UMNO yang pertama..? Jika Cadangan Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor itu diterima, maka berlakulah lobi-melobi antara para ulama' UMNO (ada ke.?) untuk merebut jawatan baru itu.
  • Setakat ini kita tidak nampak sama ada di dalam barisan kabinet 1 Malaysia Najib dan dalam MT UMNO sendiri yang berlatarbelakangkan agama. Zahid Hamidi..? Poorah
  • Kita cadangkan agar semua mufti-negeri negeri menjadi AJK Dewan Ulama' UMNO. Ketuanya Mohd. Noh Gadut.
  • Pak Lah pun boleh sebab bukankah dia cucu ulama' ?
  • Atau pun susah-susah sangat, bagi saja kepada Najib 1 Malaysia tu. Sesuai dengan slogan 1 Malaysia semua jawatan bersatu di bawahnya.
  • Khairy gangster pun boleh.
  • 1 Malaysia buleeeyy
Lihatlah, calon-calonnya....

KUALA LUMPUR: Umno Pulau Pinang mencadangkan supaya parti itu menubuhkan Dewan Ulama Umno serta mempergiatkan usaha untuk mendekati golongan agamawan.

Ketua Umno Bahagian Tasek Gelugor, Shabudin Yahaya berkata, langkah sedemikian perlu bagi memberi peranan yang khusus kepada golongan ulama Umno untuk menangani isu-isu yang berkaitan dengan hal-ehwal agama Islam.

"Kita perlu dekati golongan agamawan, kalau perlu, kita wujudkan Dewan Ulama Umno," katanya.

Jelas beliau, ulama Umno boleh memainkan peranan dalam soal keagamaan kerana agensi-agensi agama rasmi sedia ada mengambil sikap 'jalan selamat' dengan enggan mengulas mengenai beberapa isu yang ditimbulkan.(mstaronline)

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .