Ikuti Blog ini
Kenyataan Harussani satu fitnah ,Isnin, Julai 19, 2010 at 19.7.10,
Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.
“Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan,” kata Salahuddin pada sidang media di sini hari ini.
Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.
“Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” kata Mahfuz.
Tambah Mahfuz, Harussani perlu mendedahkan jika benar ada pemimpin PAS yang telah menemui beliau.
MCA Tak Mungkin Kekal Lama Di Dalam BN , at 19.7.10,
Pilih parti atau kerajaan? - ABDUL AZIZ BARIPerkembangan dalam UMNO dan PKR bulan lalu membangkitkan isu tentang hubungan antara parti dan kerajaan. Di Selangor PKR membuat perubahan dalam struktur kepemimpinan parti dan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak lagi mengetuai parti di peringkat negeri. Sementara itu, perkembangan dalam UMNO menimbulkan soalan siapa yang memerintah: kabinet atau Majlis Tertinggi UMNO?
Kedudukan UMNO sebagai sebuah politik timbul ekoran kebenaran menjalankan judi bola kepada ahli perniagaan Tan Sri Vincent Tan. Pada mulanya Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak memberi lampu hijau. Bagaimanapun keputusan itu tidak kekal apabila UMNO tidak bersetuju. MCA tidak senang kerana pada rakan UMNO dalam Barisan Nasional itu keputusan berkenaan terletak di bawah kuasa kerajaan - yakni kabinet - dan bukan UMNO.
Soalan-soalan itu berbangkit kerana parti politik memainkan peranan yang penting dalam pembentukan dan perjalanan kerajaan. Dan walaupun perlembagaan tidak menyebutnya kita faham bahawa kewujudan dan pengaruh parti-parti politik amat penting dalam menentukan perjalanan perlembagaan.
Minggu lepas saya menyebut betapa tarikh pilihan raya tetap perlu dan lebih baik. Walaupun sebelum itu saya menyatakan ia tidak boleh dibuat dalam sistem Westminster saya rasa kita perlu realistik; yakni kita jangan mengharapkan kerajaan akan jatuh melalui undi tidak percaya. Ini kerana parti politik tidak akan memperjudikan nasib mereka secara terbuka. Sekiranya mereka tidak senang dengan pemimpin mereka yang mengetuai kerajaan mereka akan membuat perubahan melalui proses dalam parti. Dengan kata lain parti-parti politik tidak akan menyembelih orang mereka sendiri di dalam dewan, di depan musuh mereka.
Ia adalah pendekatan yang lebih logik kerana mereka tidak mahu kehilangan kuasa. Inilah yang dilakukan oleh PKR di Selangor. Itulah juga yang PKR hendak lakukan apabila Ketua Umum PKR – Datuk Seri Anwar Ibrahim – diletakkan sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Walaupun caranya berbeza pendekatan yang sama diambil oleh Parti Konservatif apabila Perdana Menteri Margaret Thatcher dipaksa berundur pada 1990 dan digantikan dengan John Major. Beliau dapat bertahan sehingga 1997 apabila Konservatif tewas di tangan Parti Buruh yang dipimpin oleh Tony Blair.
Memang ada contoh di mana parti menjatuhkan orang mereka sendiri melalui undi tidak percaya; yakni satu proses di luar parti dan secara terbuka. Inilah yang berlaku ke atas Datuk Harun Idris Menteri Besar Selangor pada 1975. Tetapi ini harus difahami dalam konteks yang tertentu; khususnya perancangan UMNO Pusat yang dipimpin oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak yang tidak selesa dengan pengaruh Harun. Dalam pada itu Pas pernah menjatuhkan Datuk Mohamed Nasir dari kerusi Menteri Besar Kelantan pada 1977. Tetapi perlu diingat bahawa itu dilakukan kerana Mohamed dianggap tali barut UMNO dan tiada cara lain yang boleh dibuat untuk membuang ahli parti yang menimbulkan masalah. Ketika krisis itu berlaku Pas berada dalam Barisan.
Tentang UMNO dalam isu judi bola pada saya bukanlah masalah besar. Apa yang penting ialah ada sikap yang konsisten dan jelas. Tidak berdolak-dalik. Dan semua anggota kabinet perlu akur. Dalam isu judi ini MCA dan MIC setuju dengan keputusan awal membenarkan lesen judi bola itu.
Kabinet mungkin hanya sekadar mengesahkan keputusan UMNO. Tetapi ini tidak salah. Seperti yang saya katakan tadi apa yang penting ialah keputusan itu tetap dan konsisten. Perlembagaan menetapkan syarat ini supaya kabinet boleh dipegang dan rakyat boleh menghukumnya. Inilah sebabnya mengapa perlembagaan mensyaratkan prinsip tanggung jawab bersama kabinet.
Atas dasar itu tidak salah bagi Datuk Seri Dr Chua Soi Lek mempertikai kedudukan UMNO kerana Presiden MCA itu bukan anggota kabinet. Tetapi ia pastinya meletakkan anggota-anggota MCA dalam keadaan sukar: ikut presiden parti atau Najib sebagai ketua kerajaan? -GB
Rosman berbelanja mewah, rakyat terus dihimpit kemiskinan. , at 19.7.10,
Saya sangat terkejut dengan kenyataan terkini isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor meminta Kementerian Kewangan mempertimbangkan peruntukan bagi pembinaan Wisma Wanita di setiap negeri.Beliau berkata pembinaan wisma berkenaan wajar bagi melancarkan pembangunan dan pembelaan kebajikan golongan wanita di negeri masing-masing.
Rosman berucap ketika merasmikan Wisma Wanita Sabah di Kota Kinabalu hari ini. Turut hadir ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga menteri
kewangan.
Saya sangat hairan dengan kehadiran Rosmah untuk merasmikan bangunan itu dan dalam masa yang sama Najib hadir sebagai pemerhati dan dalam waktu yang sama Rosmah membuat permohonan kepada Kementerian Kewangan yang diketui juga oleh Najib.
Semacam satu lakonan bila bangunan lima tingkat itu dibina pada 27 Sept 2006 dan siap pada 25 Nov 2008 , tetapi baru dirasmikan kelmarin oleh Rosmah.
Bangunan berharga RM18.725 juta itu adalah dibiayai oleh kerajaan negeri Sabah, Namun untuk 13 negeri lain Rosmah nampaknya memaksa Najib untuk menggunakan wang rakyat dari kementerian Kewangan.
Demikianlah siri pembaziran wang rakyat yang telah , sedang dan akan dilakukan oleh pemimpin BN. Akhir-akhir ini oleh Rosmah sendiri.
Bagi saya apa yang dikatakan Wisma Wanita dan segala fungsinya sebagai pusat sehenti bagi wanita yang memerlukan bantuan daripada pelbagai segi seperti latihan keusahawanan dan bimbingan dalam isu-isu melibatkan wanita dan keluarga seperti perkahwinan, perceraian, tuntutan nafkah dan hak penjagaan anak seperti yang dikatakan oleh Rosmah ada tugasan bertindih yang telah dilakukan oleh pelbagai agensi yang sedia ada.
Bukankah itu satu pembaziran dan penyalah gunaan wang rakyat sedangkan rakyat terus dihimpit oleh kemiskinan dan tekanan kenaikan harga barang yang berulang kali dilakukan oleh BN.
Hampir pasti Najib akan meluluskan permohonan Rosmah, dan tentunya buka disitu Najib baru mengetahui Hasrat rosmah kerana mustahil hasrat itu belum diketahui najib dan baru diketahui najib semasa perasmian bangunan itu.
Saya tunggu dan sama-sama kita saksikan bila hampir 1 billion ringgit akan dibelanjakan oleh Kementerian kewangan bagi memenuhi hasrat Najib.
Yang jelas, kroni Rosmah akan kaya raya dan yang terus susah dan merempat adalah rakyat Malaysia yang terus menerus dicekik oleh dasar kerajaan yang tidak mesra rakyat.
Atau wang penjimatan subsidi sebanyak RM 700 juta lebih sudah difikirkan lebih awal oleh kerajaan 1Malaysia suami isteri untuk tujuan tersebut ?
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Bijaknya kerajaan sembunyikan agenda , at 19.7.10,
1. Kalau harga petrol naik 5 sen satu liter ertinya RM2.00 bagi setiap 40 liter . Saya sebut demikian sebab mana ada kereta yang bubuh minyak satu liter sahaja. Begitu juga dengan gas , naik harga 10 sen satu kilo , maka satu tong naik RM 1.40 . Justeru , tidak pula pernah saya dengar ada orang beli gas hanya satu kilogram .
2. Gula juga mengalami kenaikan harga mendadak pada kadar 25 sen satu kilo menjadikan harganya kini RM 1.75 sekilo .
3. Syahdunya kali ini kerajaan cukup bijak menyembunyikan "agenda" apabila mewajarkan kenaikan harga barang ini dengan menggunakan istilah penyelarasan semula subsidi demi kepentingan ekonomi negara , sebagai sebuah puisi yang mampu mengulit rakyat .
4. Saya melihat pelarasan subsidi ini tidak adil kepada rakyat terutama rakyat yang berpendapatan rendah dan tidak tetap . Mereka terpaksa menanggung beban kenaikan harga barang keperluan ini berbanding mereka yang berpendapatan tinggi dan mereka yang mendapat pembiayaan kerajaan .
5. Allah swt telah memberikan anugerah kekayaan yang melimpah ruah kepada negara ini melalui hasil mahsul dan bahan mentah yang begitu banyak . Kekayaan ini adalah nikmat Allah untuk dirasai oleh seluruh hambaNya . Malangnya hasil kekayaan ini hanya berlegar dikalangan orang - orang kaya dan pembesar dikalangan mereka . Sepatutnya hasil kekayaan negara yang dibahagikan kepada rakyat untuk dinikmati bersama itu , bukan subsidi tetapi mengembalikan hak rakyat kepada rakyat untuk dinikmati .
6. Ingat , rakyat bukan pengemis dalam negara sendiri yang berdaulat sehingga apa jua hasil negara yang patut dinikmati oleh rakyat disebut sebagai subsidi . Kini , Masyarakat atau rakyat yang berpendapatan rendah terus dihambat resah dan dibelenggu rasa bimbang berdepan dengan peningkatan taraf hidup pada hari ini . Pastinya apabila minyak setiap kali diisi mengalami kenaikan RM 2.00 [ untuk setiap 40 liter ] dan gas RM 1.40 setiap satu tong serta gula 25 sen sekilo akan menyaksikan kenaikan harga barangan lain dipasaran .
7. Walaupun kerajaan berjanji untuk mengawal kenaikan barang di pasaran tetapi pengalaman kita sebelum ini hanya menyaksikan satu kegagalan yang berterusan . Mereka pantaulah buat sehari dua ini , kemudian rakyat akhirnya pasrah begitu sahaja dengan kenaikan harga barang yang tiada siapa lagi bangkit berjuang membela nasib rakyat tertindas selepas itu .
8. Istilah Penyelarasan subsidi juga dilihat sebagai istilah tidak tepat dan wajar dilakukan oleh kerajaan . Lantaran apalah ertinya , sebuah kerajaan jika tidak memberi kepada rakyat akan nikmat yang wajar dinikmatinya . Rakyat berhak memiliki agihan saksama kekayaan negara . Kecualilah negara kita adalah sebuah negara yang miskin dan tidak mempunyai sebarang hasil , di darat mahupun laut .
9. Alasan kerajaan ialah untuk mengawal dan mengimbang ekonomi negara lalu "pelarasan semula subsidi dilakukan ." Kalau benar sekalipun untuk tujuan peningkatan dan penumbuhan ekonomi negara , kerajaan tidak perlu malah tidak berhak mengambil dan meragut hak rakyat menikmati hasil negara ini . Kenapa tidak kerajaan membaik pulih kebocoran dan ketirisan yang berlaku pada pembendaharaan ekonomi negara dan sistem pengendalian kewangan negara .
10. Selayaknya langkah awal dan drastik yang wajib diambil oleh kerajaan ialah mengelakkan pembaziran dan pemborosan wang negara pada projek yang tidak mendatang keuntungan kepada rakyat . Pembiayaan wang negara pada jumlah yang besar kepada syarikat konsultan seperti APCO , kapal selam yang tidak boleh menyelam dan projek - projek mega yang dilihat sebagai bukan keutamaan berbanding kebajikan rakyat yang wajib diperjuangkan oleh kerajaan .
11. Kerajaan dilihat lebih zalim dan tidak bertanggungjawab apabila menaikkan harga barang , mereka terus mendiamkan diri dari berbuat sesuatu untuk meningkatkan taraf hidup masyarakat berpendapatan rendah dan tidak tetap demikian juga kepada penganggur yang semakin meningkat kadar bilangan mereka .
12. Tidak mustahil , ekoran kos kehidupan yang mula meningkat naik , meletakkan masyarakat lebih tertekan untuk bersaing dalam dunia yang tidak adil kepada mereka . Akhirnya keadaan ini menjerumuskan mereka ke dalam kancah jenayah yang mereka sendiri tidak merestuinya seperti mencuri , menyeludup dan sebagainya . Sementara kerajaan juga dilihat bersikap acuh tidak acuh dalam membina dan mendidik spiritual rakyat agar mereka menjadi insan yang soleh dan bermoral .
Nasrudin Hassan at Tantawi,
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat.
Tidak perlu kerjasama politik dengan Umno , at 19.7.10,

Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kenyataan Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempelawa orang tengah dalam menjayakan kerjasama Umno-PAS sebagai sia-sia.
"Kita dah tutup fail untuk kerjasama dengan Umno dan tak timbul lagi isu ini.
"Guna orang tengah ni menunjukkan Umno kritikal sungguh,” katanya kepada Harakahdaily.
PAS, jelasnya hanya bersetuju bekerjasama atas semangat faderalisme antara kerajaan Pusat dengan kerajaan negeri Pakatan Rakyat atau goverment to goverment (G to G).
Ianya termasuk isu hak royalti dan gran perkapita tahunan Kelantan dan isu serangan bertali arus Umno terhadap kerajaan Pakatan rakyat Pulau Pinang, Kedah dan Selangor.
Dalam konteks itu jelasnya, PAS tidak melihat kenapa orang tengah diperlukan.
"Yang kita setuju adalah kerjasama kerajaan dengan kerajaan atas sifat federalisme.
"Selesaikan masalah negeri yang sudah lama tertunggak. Saya pelik kenapa G to G pun kena guna orang tengah," katanya yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang.
Lebih menimbulkan persoalan jelasnya, kenapa Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dicadangkan menjadi orang tengah untuk kerjasama G to G tersebut.
"Saya pelik kenapa Mufti Perak dicadang jadi orang tengah, sedangkan dia cenderung kepada kerjasama politik PAS-Umno yang kita memang dah tolak," soalnya pula.
Semalam, Muhyiddin dalam kenyataannya mempelawa mana-mana pihak untuk menjadi orang tengah dalam merealisasikan kerjasama PAS-Umno.
Beliau mempelawa bekas mufti atau Mufti Perak sendiri berbuat demikian.
PAS bagaimanapun tetap berpendirian menolak sebarang bentuk kerjasama politik selain atas semangat federalisma G to G.
"Prinsip Islam, tolong menolong dalam perkara baik dan taqwa, tapi dalam Umno segala macam kemungkaran ada.
"Kita tidak akan mendukung biawak hidup dengan babi hidup," tegas Tuan Ibrahim. -Hrkh
Kenyataan Noh Omar salah dari segi fakta , at 19.7.10,

Pengerusi Abdul Shukor Nagor berkata kenyataan Noh Omar salah dari segi fakta, bahkan menunjukkan menteri berkenaan tidak memahami amalan perdagangan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir.
"Berhubung isu polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal. Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak (volume discount) ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat," katanya.
"Berhubung isu kredit, sebarang hutang tertunggak terhadap KSSB daripada mana-mana pelanggan juga dikutip dalam perjalanan urusan perniagaan biasa," tambah Shukor.
Beliau menambah KSSB mengumumkan harga di media, prosedur tender terbuka dan polisi harga sesuai dengan prinsip ketelusan.
Shukor menambah semua tuduhan yang dibangkitkan akan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat) kelak.
"Kami berharap agensi yang berkenaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri akan turut serta bersama dalam pendengaran Selcat supaya mereka boleh membentangkan dakwaan mereka tanpa rasa gentar dan mengharapkan balasan," kata Shukor.
Selain sesi pendengaran Selcat, KSSB turut mengalu-alukan pihak berkuasa termasuklah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan.
Malah, sebelum ini SPRM sudah pun beberapa kali datang ke Ibu pejabat KSSB di Seksyen 7 di Shah Alam berhubung beberapa dakwaan dan menurut Shukor KSSB telah memberi kerjasama penuh.
PROTES DI DEWAN PERHIMPUNAN CHINA , at 19.7.10,

Gabungan Memprotes Kenaikan Harga Minyak (PROTES) akan melancar kempen bantahan terhadap tindakan kerajaan menaikkan harga petrol, diesel, gula dan gas petroleum cecair (LPG) pada 28 Julai ini.
Pelancaran bantahan tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.
Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli berkata dalam mesyuarat hari ini, pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu.
Bagaimanapun, kata beliau, tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari pelancaran kempen tersebut.
Tahniah Buat Blogger PR Yang Dapat Pingat PJK ,Ahad, Julai 18, 2010 at 18.7.10,
Blogger PR dapat PJK, Blogger UMNO cuma dapat gelaran Musang !!!
Kah..kah Blogger UMNO..anda jadi musang je..takde nilainya. Bukannya macam Blogger PR, bakti mereka diiktiraf. Tahniah buat blogger din binjai (sharpshooter), Zul Mamak (Kasi Pecah Laaaa....) dan Penulis blog PAS Bukit Bendera kerana dianugerahkan PJK (Pingat Jasa Kebaktian) pada Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran,Bintang dan Pingat Kehormatan Negeri Pulau Pinang tahun 2010. Tahniah buat anda semua dan teruskan agenda membela rakyat.
Blogger Din Binjai bersama penulis blog PAS Bukit Bendera 
Buat blogger-blogger lain, jangan berkecil hati tiada anugerah dalam koleksi peribadi anda. Jadikan jihad melawan UMNO, melalui penulisan blogger sebagai agenda utama. Ini lebih penting daripada menerima pangkat mahupun wang ringgit berjuta-juta.
Buat blogger UMNO..jelas bahawa tindakan anda siang malam fitnah PR tidak berbaloi. Dah la buat kerja free, pastu anda turut sama terpalit kena bayar harga minyak naik. Tak berbaloi langsung. Pemimpin UMNO langsung tak peduli akan anda. Yang miskin adalah anda, yang kaya adalah pemimpin umno yang terus rakus membedal harta rakyat..takkan tak nak fikir lagi kot..sudahlah..baik anda wahai blogger tukar jersi, masuk pakatan. Kalau taknak juga, baik anda delete blog masing-masing, dan buat blog masak-memasak. Itu lagi bagus daripada buat kerja untuk umno, tapi diri sendiri langsung tak dihargai oleh parti dan orang atasan.
Posted by Hisyamuddin Che AliPakatan dahului BN daftar pemilih baru, DAP terus agresif , at 18.7.10,

Bagaimanapun, DAP masih jauh di depan dengan mendahului lebih dua dozen parti politik negara ini dalam mendaftar pemilih-pemilih baru menggunakan kaedah ini sepanjang tempoh yang sama.
PR juga mendahului pendaftaran pemilih di negeri-negeri yang dikuasai mereka selain mengatasi BN di Johor - yang dianggap sebagai kubu kuatnya selama ini.
‘Kek’ dikuasai DAP sebagai parti individu adalah sebanyak 32.5 peratus dan diikuti dengan dekat oleh Umno yang menguasai 32.3 peratus manakala PAS pula 22.7 peratus.
PR, yang terdiri daripada tiga komponen iaitu DAP-PAS-PAS, telah mendaftarkan 107,050 pemilih baru di negeri-negeri di Semenanjung.
Ketiga-tiga komponen itu lebih agresif di negeri-negeri di Semenanjung.
Perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang diperoleh The Malaysian Insider menunjukkan, seramai 169,838 orang telah didaftarkan oleh parti-parti politik antara Januari dan Jun tahun ini.
Gandingan empat komponen BN di Semenanjung menyaksikan pendaftaran pemilih seramai 59,351 orang.
Prestasi BN ditambah hampir 3,500 lagi pemilih baru dari Sabah dan Sarawak. BN mempunyai 13 komponen termasuk dari Sabah dan Sarawak.
Perangkaan SPR itu juga menunjukkan daripada 107,050 pemilih baru yang dikumpulkan oleh PR, separuh daripadanya disumbangkan oleh penolong pendaftar lantikan DAP.
Setakat Mei lalu daripada 2,248 penolong pendaftar yang telah diluluskan SPR, Umno mempunyai 664 orang, MCA (182), MIC (208), Gerakan (91), PAS (427), PKR (172), DAP (245), PPP (40) dan PRM (13).
PBS pula lapan penolong pendaftar, SAPP (lapan), UPKO (10), LDP (empat), PBRS (enam), PBB (88), SUPP (44), SPDP (29), PRS (lapan) dan Snap (satu).
PAS dan PKR masing-masing mendaftar 38,631 dan 13,098 pengundi baru antara Januari dan Jun lalu.
Di Semenanjung, MCA telah mendaftarkan seramai 2,897 pemilih baru dengan diikuti MIC 1,109, Gerakan (471) dan PPP pula empat.
Dalam usaha mengurangkan bilangan mereka yang layak tetapi masih belum mendaftar, yang dianggarkan 4.4 juta orang setakat ini, SPR menggunakan program ‘outreach’, kemudahan kaunter statik pejabat pilihan raya, penolong pendaftar melibatkan parti-parti politik dan wakil jabatan dan kaunter pejabat pos.
Penolong pendaftar parti-parti politik menyumbangkan lebih separuh pendaftaran pemilih baru.
Misalnya sepanjang bulan Mei tahun ini sahaja seramai 28,604 atau 55 peratus daripada 51,358 pendaftaran baru adalah datang daripada khidmat penolong pendaftar.
Analisis perangkaan itu juga menunjukkan meskipun pilihan raya umum Sarawak disebut-sebut akan diadakan dalam waktu terdekat, tetapi bilangan pendaftaran pemilih baru di negeri itu masih kecil berbanding negeri-negeri lain khususnya di Semenanjung.
Berdasarkan maklumat sebelum ini, daripada 4.4 juta yang belum setakat suku pertama tahun ini seramai 33.7 peratus dan 26 peratus masing-masing merupakan penduduk Sarawak dan Sabah.
Umno aktif di Sabah manakala PKR dan DAP memperlihatkan kesungguhan di Sarawak.
Dari segi pecahan negeri, sebahagian besar negeri-negeri yang dikuasai PR menyaksikan parti-parti politik ikatan itu menggunakan kemudahan penolong pendaftar untuk mendaftarkan lebih ramai pemilih baru iaitu di Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Kedah serta Perak.
Kelima-lima negeri itu dikuasai PR pada 8 Mac lalu tetapi Perak jatuh ke tangan BN awal tahun lalu.
Komponen PR mengatasi BN di kelima-lima negeri itu.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang menyaksikan 10 daripada 11 kerusi Parlimennya jatuh ke tangan PR pada pilihan raya umum 2008 juga menyaksikan ikatan itu menguasai pendaftaran pemilih baru.
Pun begitu secara mengejutkan Johor menduduki tempat teratas pendaftaran pemilih baru menggunakan kaedah ini.
Sekali lagi hampir 60 peratus pengundi baru yang didaftar oleh penolong pendaftar parti-parti politik datang daripada PR.
Bagaimanapun di Terengganu dengan hampir separuh pemilih baru yang didaftarkan menggunakan kaedah penolong pendaftar adalah sumbangan BN khususnya Umno.
-malaysianinsider.com
Jika SPR benar-benar inginkan rakyat Malaysia berhak untuk mengundi, sudah pasti tidak timbul isu pendaftaran pemilih baru, kerana ianya hanyalah proses yang mudah dengan pendaftaran secara automatik oleh Jabatan Pendaftaran Negara untuk setiap rakyat yang telah cukup umur untuk mengundi.-AjijoiDedah : Harussani Kantoi Menipu, Layakkah jadi Mufti? , at 18.7.10,
Harussani Zakaria dikatakan mahu terus menyatu padukan orang Islam dan Melayu di negara ini walaupun terdapat pihak yang tidak menyenangi usaha murni beliau .
Namun beliau berkata beliau tidak pernah berputus asa demi mengekalkan kebaikan dan perpaduan umat Islam di negara ini, khususnya antara parti Umno dan PAS.
"Harapan itu ada kerana kedua-duanya (Umno dan PAS) memang hendak bersatu. Itulah cita-cita saya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Melayu Perak anjuran Gagasan Melayu Perak di Ipoh kelmarin.
Sebenarnya saya tahu dengan siapa Harussani bertemu malah tahu di mana pertemuan itu lengkap dengan tarikh dan jam pertemuan.
Matlamat pertemuan itu saya sahkan bukan untuk membincangkan isu perpaduan antara PAS dengan UMNO seperti yang didakwa olehnya.
Tetapi saya masih tidak berhasrat untuk mendedahkan dengan lebih jelas maklumat yang saya miliki ini.
Maklumat yang saya punya ini membuktikan sekali lagi Harussani merosakkan raputasi awam kepada dirinya kepada seorang yang memegang jawatan sebagai mufti yang sepatutnya dihormati.
Namun dia nampaknya sangat berhasrat supaya orang terus mencemuh dan membencinya dengan berulangkali berbohong seperti pernah dilakukan sebelum ini.
Dicatat oleh DRS. KHALIL IDHAM LIM
Protes naik harga dilancar 28 Julai , at 18.7.10,
Pelancaran bantahan tersebut akan berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur.
Penyelaras PROTES, Dr Hatta Ramli berkata dalam mesyuarat hari ini, pihaknya turut membincangkan untuk mengadakan demonstrasi membantah tindakan kerajaan itu.
Bagaimanapun, kata beliau, tarikhnya akan ditentukan dalam mesyuarat yang diadakan pada hari pelancaran kempen tersebut.
"Pada hari itu (28 Julai) kita akan menyusun cadangan aktiviti seperti penyelerasan risalah dan maklumat dan tarikh 'road show' di seluruh negara.
![]() |
Turut hadir ialah pengarah strategi PKR Tian Chua, Setiausaha Agung PSM S Arutchelvan dan wakil Dewan Muslimat PAS Aiman Athirah, wakil Suaram dan Dema.
Ditanya sama ada demonstrasi itu akan dibuat menjelang ramadan, Dr hatta berkata beliau lebih cenderung untuk mengumumkan pada hari pelancaran itu.
"Kalau boleh kita nak buat segera. Kita tidak boleh berlengah-lengah sangat," katanya.
Beliau menyifatkan demonstrasi itu sebagai acara kemuncak kempen bantahan itu terhadap keputusan kerajaan itu.
Dr Hatta yang juga bendahari PAS berkata, pihaknya juga akan berusaha untuk mengajak lebih banyak NGO bersama dengan gabungan itu membantah kenaikan harga barangan itu.
"Kita akan gerakkan NGO, kesatuan sekerja dan pelajar untuk bersama-sama (dengan PROTES)," katanya.
Beliau berkata, pihaknya akan menggerakkan bantahan di seluruh negara khususnya kepada kelompok yang menanggung kesan kenaikan harga barang seperti rakyat berpendapatan rendah dan rakyat yang menghadapi defisit perbelanjaan setiap bulan.
"(Jadi) dasar anti orang miskin adalah sangat pelik (diamalkan) di sesebuah negara (seperti Malaysia)," katanya.
Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai berkata, kenaikan harga bahan bakar dan bahan makanan itu adalah "tidak wajar" semata-mata untuk menyelamatkan RM750 juta bagi menanggung membiayai projek klinik 1Malaysia dan program pendidikan oleh Permata.
"Tidak wajar kalau kerajaan mengambil duit daripada rakyat untuk wujudkan program 1Malaysia," katanya.
Sementara itu, dalam sidang media yang sama, Arutchelvan berkata kesan kenaikan harga bahan api dan gula itu bakal dirasai oleh rakyat dalam beberapa minggu lagi dan lebih terkesan apabila menjelang musim perayaan bulan depan.
Manakala Tian Chua mendakwa kenaikan harga bahan-bahan tersebut adalah satu permulaan dan menjangkakan bahan-bahan asas yang lain juga akan terbabit susulan potongan subsidi. -M'kini
AYUH PAKATAN RAKYAT.. MARI HALANG NAJIB DARI TERUS MENZALIMI RAKYAT , at 18.7.10,
AKHIRNYA, rakyat tiada pilihan lain lagi. Mereka kini mengharapkan Pakatan Rakyat (PR) untuk membela nasib mereka setelah ramai di antara mereka tertipu kununnya Umno akan berubah di bawah Najib. Kezaliman pemimpin negara sewaktu di era Tun Mahathir, diwarisi pula oleh Pak Lah yang menggunakan Islam Hadharinya untuk menipu rakyat, kini terus diwarisi pula oleh Najib dengan `Rakyat Didahulukan'. Kesemua mereka itu telah berjaya menipu rakyat dengan slogan yang manis umpama gula.Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas serentak diumumkan di tengah malam benar-benar menyakitkan hati rakyat. Paling menyakitkan lagi apabila Najib memberi alasan bahawa kenaikan itu adalah untuk kebaikan rakyat. Kununnya apa jua yang Najib lakukan semuanya untuk kebaikan rakyat termasuk kerjasama dengan Apco. Mungkin juga lesen judi sukan yang ingin beliau luluskan nanti adalah juga untuk kebaikan rakyat.
Malang sungguh, sedih sungguh apabila ada lagi orang-orang Melayu terutamanya yang hidup susah merempat yang menyokong Umno. Berapa banyak lagi yang mereka ingin lihat kerajaan ditunjangi oleh Umno ini menghisap darah mereka baru mereka mahu sedar? Kenaikan harga petrol, diesel, gula dan gas yang diumumkan oleh Najib itu itu masih tidak boleh menjadikan otak mereka cerdik untuk berfikir. Mereka mudah terpedaya dengan cerita bahawa di negara lain harga keperluan tersebut jauh lebih tinggi. Samalah juga apabila seorang ayah amat berpuas hati apabila anaknya belajar di sekolah rendah dengan mendapat kedudukan No. 20 di dalam kelas, kerana baginya anaknya lebih baik dari anak orang lain yang mendapat kedudukan No. 30.
Bayangkan jika harga petrol/diesel sudah naik, apakah harga barang tidak mendapat sebarang kesan? Jika harga gula juga naik begitu banyak, adakah harga makanan lain tidak mendapat kesannya? Ini pun mereka tidak boleh fikir lagi? Harga pasaran minyak di dunia naik atau turun kita bukan bertambah senang tetapi semakin susah. Kita merasakan seolah-olah negara kita sama seperti Thailand yang langsung tiada sumber minyak.
Pakatan Rakyat nampaknya tidak lagi boleh berdiam diri dengan kezaliman ini. Nasib rakyat mestilah dibela walau dengan apa cara sekali pun. Rancanglah sesuatu agar Najib sedar dari keegoannya dan rakyat akan tahu wajah Umno yang dikatakan telah berubah itu. /wfauzdin.blogspot.com
Pengarah JAKIM Dituduh Sokong PAS , at 18.7.10,
UMNO.UMNO..cium tangan TG Nik Aziz pun kata kakitangan kerajaan sokong PAS. Apalah..mesti lepas ni Pengarah JAKIM kena pecat. Kalau sokong UMNO, bukan sahaja tak dipecat, malah dinaikkan pun.
Buat Dato' Wan, takpe jika dipecat, boleh masuk PAS. Nanti bila PR tawan Putrajaya, boleh dapat jawatan tu balik..ini beritanya

Selaku Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz sepatutnya seorang yang bersifat bebas daripada politik.
Dan kalau hendak berpolitik sangat pun, pilihan sama ada berhenti daripada Jakim atau pilih untuk menyokong kerajaan yang memberikan peluang kepada dirinya mengetuai Jakim.
Bukan apa yang penulis berbulu sangat dengan Wan Mohamad ni, semalam, ketika satu program anjuran Jakim di Kelantan, Ketua Pengarah Jakim ni siap cium tangan Nik Aziz lagi.
Apa ni...janganlah merepek sampai begini sekali. Siap cium-cium tangan, apa hal lu beb?
Kalau sayang sangat kat Nik Aziz, tinggalkan ajelah Jakim tu dan pergi kerja kat Kelantan.
Kalau tidak, jangan nak buat benda-benda merepek camni.
Suka tak suka, hakikatnya kalau dah duduk di bawah agensi kerajaan pusat, sokonglah kerajaan itu. Jangan hendak retorik dengan berkata "kita demokrasi...kita bebas pilih sesiapa pun untuk disokong".
Hotak kau...cakap-cakap camtu boleh pakai bila sudah tidak mengepalai agensi kerajaan pusat.
Kalau tidak, tangan mana yang tolong sampaikan rezeki dari tuhan, tangan itulah yang perlu dicium.
Kalau tak nak...silakan berambus.
Nampaknya Jakim perlu pembersihan daripada puak-puak PAS.
Sebelum ini kecoh Proton menjadi lubuk penyokong PAS...nampaknya dengan Ketua Pengarah camni, Jakim pun dua kali lima jugaklah.
Budaya duduk dalam agensi-agensi penting kerajaan pusat tetapi cenderung kepada pembangkang ini perlu disekat bermula sekarang.
Budaya ini tidak boleh dibenarkan untuk terus bercambah.
Ramai lagi yang benar-benar menjiwai semangat kerajaan yang ada hari ini dan mereka-mereka ini bila-bila masa sahaja boleh ambil tempat orang macam Wan Mohamad ini....as simple as that! (sumber)
Perkenal Dinar K'tan Kpd Gabenor Negeri Xinjiang , at 18.7.10,
DI SAMPING rombongan Kerajaan Negeri Kelantan yang di ketuai oleh YB Dato Haji Husam Musa mempromosikan Pameran Laksamana Cheng Ho dan Perdagangan Antarabangsa China yang akan berlangsung di Kota Bharu pada 5-10 Oktober ini, YB Dato Husam juga sempat memperkenal Dinar Kelantan kepada Gabenor kerajaan negeri Xinjiang di negara China.
DINAR Kelantan (Jawi: دينر كلنتن) telah asalnya telah dilancarkan pada 2006 oleh Mariwasa Kraftangan, pengeluar cenderamata tempatan bagi objek seni dan budaya. Namun Kerajaan Kelantan cuba untuk memberi dinar satu status sah diperlakukan, tetapi tidak disokong oleh kerajaan Persekutuan di Kuala Lumpur.
Dinar kini telah dikeluarkan secara tidak rasmi, meskipun dengan tiada status sah untuk diperlakukan. Satu-satunya mata wang yang sah diperlakukan di Kelantan adalah ringgit Malaysia. Menurut perlembagaan Malaysia, jadual kesembilan, bahagian 7.a negeri di Malaysia tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan duit syiling.
Muka hadapan Dinar Kelantan
Muka belakang Dinar KelantanDuit syiling ini mempunyai satu komposisi berlogam emas 22 karat. Terdapat 3 jenis - 1/4, 1/2, dan 1 dinar. Untuk pengguna Malaysia
1. Simpanan
2.Mas kahwin
3.Bayar zakat
4. Hadiah
5.Pelaburan.
Bagaimana kalau belian ketika harga jatuh..
Pengakuan:
Sekian dulu catatan kali ini. Bersambung, insya Allah.
Ibnu Hasyim Catatan Perjalanan China 9
alamat e-mail: ibnuhasyim@gmail.com
KL Julai 18, 2010
Pameran Laksamana Cheng Ho dan
Perdagangan Antarabangsa China
yang akan berlangsung di Kota Bharu
pada 5-10 Oktober tahun ini.
Anda semua dijemput hadir!
SPR digesa permudah pengundi tukar alamat , at 18.7.10,
BATU GAJAH, 18 Julai: Pusat Khidmat Masyarakat Dun Tronoh dengan kerjasama DAP Cawangan Kampung Baru Nalla telah menganjurkan satu program semakan daftar pengundi di tapak pasar malam bersebelahan dengan pasar awam Tronoh, kelmarin.
Program yang dimulakan pada pukul 6.30 petang itu mendapat sambutan sangat menggalakkan di mana ramai yang berminat untuk mengetahui taraf mereka sebagai pengundi.
Adun Tronoh, V Sivakumar berkata, didapati seramai 13 orang mahu menukar alamat mengundi mereka mengikut alamat kad pengenalan namun penukaran hanya boleh dilakukan di pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau pejabat pos besar.
“Ini adalah satu amalan birokrasi yang menyusahkan para pengundi,” katanya kepada Harakahdaily.
Sehubungan itu, beliau menyeru SPR supaya mengkaji semula polisi yang membebankan itu.
Katanya, bagi mereka yang sudah menukar alamat kad pengenalan adalah wajar untuk Penolong Pendaftar Pengundi yang dilantik oleh SPR membuat pertukaran alamat pengundi tersebut, yakni para pengundi tersebut tidak perlu pergi ke pejabatb SPR atau pejabat pos.
Beliau menjangka beribu-ribu pengundi di seluruh negara tidak mengubah alamat mengundi mereka walaupun telah menukar alamat di kad pengenalan.
Justeru, Sivakumar menyeru agar orang ramai yang layak mengundi memeriksa kedudukan mereka sebagai pengundi.
“Sesiapa yang ingin menyemak status mengundi boleh berbuat demikian dengan mengakses laman web rasmi SPR iaitu www.spr.gov.my,” ujarnya. -Hrkh










