Ikuti Blog ini

Himpunan BERSIH, Tahniah Abang Mat Sabu.


Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini membebaskan 15 orang, termasuk ahli parlimen Batu Tian Chua atas dakwaan terlibat dalam perhimpunan awam yang dianjurkan Gabungan Pilihan Raya bersih dan Adil (BERSIH). bersih rally 271207 05

Hakim Jagjit Singh berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie bahawa perhimpunan pada 10 November 2007 itu haram.

[Imbas foto kejadian] "Masjid negara adalah tempat beribadat, dan tiada sesiapa mempunyai kuasa untuk menyuraikan hadirin, atas apa alasan pun orang ramai mempunyai hak berhimpun di masjid," katanya.

Jagjit menyampaikan keputusan itu selepas mendengar pengakuan daripada 36 saksi sepanjang perbicaraan yang mengambil masa tiga tahun. Selain Tian Chua, dua lagi pemimpin Pakatan Rakyat yang didakwa, anggota parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan dan bekas naib presiden PAS dan pemidato terkenal Mohamad Sabu. Semua mereka ditahan tiga bulan selepas perhimpunan itu.

Takbir, ciuman gembira
Kesemua mereka ditahan ketika berarak bersama 40,000 orang lagi daripada beberapa tempat sekitar Kuala Lumpur ke Istana Negara bagi menghantar memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong bagi menuntut pilihan raya yang bersih dan adil. Selepas saja Jagjit mengumumkan keputusan itu, mahkamah bergema dengan suara takbir daripada orang ramai yang hadir. Gobalakrishnan kelihatan terlalu gembira dengan keputusan itu dan lantas mencium pipi peguam Jason Tay.

Mereka yang lain: Mohd Salim Yeslam, 25, Ahmad Razali Abd Rahman, 53, Razali Abdul, 37, Mohd Asri Ahmad, 37, Muhd Harith Fatillah Shahabudin, 27, Saleh Mohamad Tahir, 50, Azahar Yusop, 46, Sulaiman Ahmad, 60, Taib Abdullah, 36, Mohd Abi Salam Ariffin, 28, Ishak Othman, 36, dan Mohd Zad Abdullah, 42. Dua lagi merupaka tertuduh juvana dari Kedah. Kesemua mereka didakwa terlibat dalam perhimpunan haram di beberapa tempat, merangkumi laman Masjid Negara, Jalan Istana, Jalan Raja Laut dan sekitar pusat membeli-belah SOGO di Jalan Tuanku Abdul Rahman Rahman antara jam 1 hingga 4 petang pada 10 November 2007.

Tren Mekah Atasi Kesesakan


Kereta api Mashair atasi kesesakan

MAKKAH: Perkhidmatan kereta api Mashair berharga 6.5 bilion Riyal Saudi (RM5.4 bilion) yang beroperasi dari Arafah, Muzdalifah dan Mina di Makkah, mampu mengurangkan kesesakan di jalan raya pada musim haji ini, berbanding jika menggunakan 3,000 bas.

Ketua Jawatankuasa Dewan Perusahaan dan Perindustrian Jeddah (JCCI) Abdul Gadier Al-Jabarti berkata, perkhidmatan kereta api laju itu sangat berkesan untuk menangani masalah kesesakan jalan raya yang teruk di tanah suci ketika musim haji.

Projek kereta api Mashair akan mengurangkan kesesakan jalan raya kerana 3,000 bas tidak lagi digunakan apabila keseluruhan projek itu siap sepenuhnya pada tahun depan, katanya yang dilaporkan dalam akhbar Saudi Gazette.

Beliau berkata, operasi kereta api itu yang kini 35 peratus dan hanya dibuka untuk kegunaan jemaah haji tahun ini dari Arab Saudi dan negara Teluk lain, apabila siap, ia mampu mengangkut 70,000 jemaah haji sejam.

Katanya, projek kereta api itu menyumbang kepada pembangunan Muzdalifah dan juga membolehkan beberapa jemaah bermalam di sana. - Bernama

>_embedded&version=3"am name="allowScriptAccess" value="always">

Majlis Syura hargai pengorbanan Ustaz Hassan

KUALA LUMPUR, 19 Nov: Majlis Syura Ulama PAS menghargai pengorbanan dan jasa Almarhum Ustaz Hassan Shukri yang menggangotai majlis itu selama 20 tahun.

Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din yang mewakili Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh jawatankuasa menyampaikan surat penghargaan dan plak kepada isteri Almarhum Ustaz Hassan, Ustazah Hamidah Abdul Mutalib di rumahnya di Taman Melewar, pagi ini.

Menurut Dr Haron, Jawatankuasa Majlis Syura pada mesyuaratnya telah memutuskan untuk memberi penghargaan kepada Almarhum Ustaz Hassan dalam bentuk sesuatu yang dapat dilihat untuk dijadikan kenangan kepada anak-anak dan cucu beliau.

“Kami datang untuk berziarah dan menyampaikan penghargaan secara rasmi Majlis Syura sebagai menghargai bakti Almarhum Ustaz Hassan yang menjadi Ahli Majlis Syura sejak sesi 1990 hingga 2010,” ujar beliau yang turut disertai isterinya, Datin Khadijah Mohd Salleh.

Beliau juga menyatakan kesyukuran kerana Almarhum Ustaz Hassan telah dipanggil oleh Allah dalam keadaan yang cukup baik (husnul khatimah) yang telah menyumbang bakti kepada perjuangan Islam.

Menurutnya, Almarhum telah memberikan pandangan yang bernas berhubung dengan tahaluf siasi dalam mesyuarat Majlis Syura Ulama.

“Almarhum telah memberikan fikiran yang berguna dan sentiasa konsisten hadir pada mesyuarat Majlis Syura Ulama,” ujarnya.

Beliau yang menyimpan banyak kenangan pahit manis bersama Ustaz Hassan menyifatkan Almarhum sebagai pakar perlembagaan PAS.

Katanya, jika tiada buku peraturan PAS dibawa pada sesuatu mesyuarat, maka Almarhum Ustaz Hassan dijadikan sebagai rujuk mengenai perlembagaan PAS.

Selain pakar perlembagaan, ujarnya Almarhum Ustaz Hassan juga amat mengambil berat tentang organisasi PAS di semua peringkat.

Sementara itu, Ustazah Hamidah mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Majlis Syura Ulama PAS yang telah menyampaikan penghargaan tersebut.

Ustaz Hassan Shukri meninggal dunia pada 14 Jun bersamaan 1 Rejab lepas di Hospital Selayang. -Hrkh

PAS anjur majlis 25 tahun Memali

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah antara tokoh yang akan mewarnai sambutan majlis memperingati 25 Tahun Memali, lapor HarakahDaily.

pas muktamar 130610 abdul hadi awangSetiausaha Pemuda PAS Kedah, Mohd Rosli Azmi berkata, perasmian majlis itu akan disempurnakan Abdul Hadi, hari ni, jam 9 malam. Turut dijadualkan berucap adalah Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dan Ketua Pemuda PAS Pusat, Nasruddin Hassan.

Anwar pula akan mengisi pentas pidato pada hari kedua program, pada 20 November ini bersama timbalan pesuruhjaya dan ketua penerangan PAS Kedah, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan Datuk Amiruddin Hamzah.

Pada malam terakhir, ceramah akan disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub; Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat, Azman Shapawi Abd Rani dan Ahli Jawatan Kuasa PAS Pusat, Mohamad Sabu.

Pelbagai acara akan dilangsungkan sepanjang majlis tiga hari itu antaranya konvoi pemuda, persembahan nasyid dan pentomen, tahlil perdana, acara pasti, klinik 'smart' solat, ijtimak ulama dan guru-guru pondok serta ijtimak pelajar Memali.

Turut diadakan juga adalah pameran Memali dan Pendidikan Islam Kedah, kaunter pemeriksaan kesihatan dan perubatan percuma, kaunter daftar pemilih, kaunter keahlian PAS dan sukarelawan pemuda PAS Kedah serta gerai-gerai jualan.

NONESehubungan itu, PAS menjemput orang ramai hadir ke program tersebut yang akan dilangsungkan di Madrasah Islahiah Diniah dan perkarangan rumah Ibrahim Mahmud atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya di kampung Memali.

Tragedi Memali pada 1982 menyaksikan 14 orang terbunuh ketika bangkit menentang lebih 3,000 anggota polis yang cuba menahan Ibrahim Libya yang merupakan orang kuat PAS dan 35 pengikutnya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960.

Mereka didakwa disyaki terlibat dalam kegiatan yang menggugat keselamatan negara.

Menurut kerajaan, semasa operasi tersebut, pihak polis telah diserang oleh pengikut-pengikut Ibrahim dengan bersenjatakan senjata api, parang, pedang dan buluh runcing.

Pihak polis telah menyeru mereka supaya meletakkan senjata dan menyerah diri secara aman tetapi didakwa tidak diendahkan dan demi mempertahankan diri dan mematahkan serangan tersebut, pihak polis mendakwa terpaksa menggunakan senjata api dan melepaskan tembakan.

Peristiwa tersebut, telah mengorbankan empat anggota polis dan 14 orang awam termasuk Ibrahim manakala 23 anggota polis dan 14 orang awam mengalami kecederaan.

Selepas tragedi berdarah kira-kira 25 tahun lalu itu, kerajaan BN sentiasa dikaitkan dengan arahan menembak penduduk kampung tersebut. M'kini

Lembu Khalid & Lembu Najib. Antara Rasuah & Korban?


Dulu gawat masa Hari raya eidul adha apabila MB Selangor mengagihkan 46 ekor lembu korban untuk HariRaya Adha. Gerakan Anti Korupsi (Gerak) dan Pemuda Umno Selangor membuat laporan kepada SPRM berhubung dakwaan tersebut. Gerak membuat aduan kepada SPRM terhadap Abdul Khalid kerana didakwanya menyalahgunakan dana kerajaan negeri untuk membeli 46 ekor lembu korban yang diedarkan kepada surau dan masjid di Parlimen Bandar Tun Razak - kawasan Parlimen Abdul Khalid - ketika Hari Raya Korban yang lalu.

Masa itu PR baru menang. Ramai yang nak jadi pahlawan. Para media pun nak tunjuk juara mengampu mereka. Pemuda UMNO ketika menyerang MB Selangor itu memberi sebab dan alasan dengan menyebut amalan korban ni adalah satu amalan yang dikhaskan untuk dilakukan oleh seseorang individu. Amalan korban bukan ditujukan kepada institusi. Kalau suruh institusi yang buat korban, nilai amalan dan pahala tu tuhan nak bagi siapa pulak. Jadi, di sini sudah wujud dua kesalahan. Pertama melakukan amalan korban tidak mengikut seperti mana tertib yang tuhan syaratkan iaitu kepada individu muslim dengan duit poket sendiri.

Kedua, mengarahkan institusi perbendaharaan kerajaan pula menanggong kos amalan korban bagi pihak Ahli Parlimen Bandar Tun Razak. Ini adalah satu penipuan serentak yang dilakukan terhadap tuhan dan manusia. Inilah bahananya bila amalan agama pun mahu dijadikan sandaran untuk persembahan politik..

Khalid Ibrahim pula menafikan tuduhan yang mendakwa beliau menyalahgunakan dana kerajaan negeri oleh Gerakan Rakyat Anti Korupsi (Gerak). Beliau berkata : Kerajaan negeri sentiasa berpegang teguh kepada konsep ketelusan dan bertanggungjawab secara menyeluruh dalam menjalankan pentadbiran negeri dan anak syarikat.

“Saya peka dengan tuduhan ini yang dilemparkan tentang menyalahgunakan kuasa dalam isu pembelian 46 lembu untuk program korban diperingkat Perlimen Bandar Tun Razak untuk 46 buah surau dikawasan itu. “Lembu tersebut sebenarnya disumbangkan oleh sebuah syarikat milik agensi kerajaan negeri” tambahnya ketika diminta mengulas tuduhan ini.

Tegas beliau, dana kerajaan negeri Selangor tidak digunakan untuk membeli lembu-lembu tersebut. Sebaliknya, lembu itu telah didermakan oleh enam anak syarikat dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). “Kerajaan Negeri Selangor tidak pernah membuat apa-apa keputusan yang boleh menyebabkan kerugian kepada rakyat.

Entah kenapa SPRM senyap aje isu ini hingga kini. Kot-kot tak boleh makan. Apatah lagi pengerusi GERAK pun dah lompat menyertai PKR. Puak-puak UMNO pun mungkin dah habis suara kot nak menyalak. Tahun ini sunyi sepi. SPRM pun mungkin sibuk, mungkin terlalu banyak kes-kes rasuah?. Ish yang ni tak sempat nak siasat ke?

Eidul Adha 2010: Najib bahagi 659 ekor lembu kepada Umno bahagian Pahang.

16 Nov 2010. PEKAN: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata ibadah korban bukanlah diertikan sebagai penyembelihan haiwan semata-mata tetapi perlu diterjemahkan kepada skop yang lebih luas.

Beliau berkata ibadah korban perlu dilihat sebagai suatu konsep yang menuntut setiap umat Islam berkorban demi kepentingan agama, bangsa dan negara mereka.

"Kita mesti melihat pengertian berkorban dari skop kecil penyembelihan binatang korban kepada skop yang lebih luas iaitu pada setiap saat dan ketika. "Kita mesti menggandakan korban tenaga, pemikiran, kepakaran dan masa bagi mentransformasikan negara dalam pelbagai bidang seperti ekonomi, pendidikan, sosial dan politik”. katanya ketika berucap pada majlis penyampaian sumbangan lembu-lembu korban untuk Parlimen Pekan di sini, Selasa.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob dan ketua-ketua Bahagian Umno bahagian di Pahang. Sebanyak 659 ekor lembu disumbangkan oleh 20 syarikat untuk diagih-agihkan kepada 14 bahagian Umno di Pahang dan 55 buah masjid di kawasan Parlimen Pekan- BERNAMA

Hah! Macamana yang ini ni? Apakah makna korban yang lebih luas? Selama ini UMNO faham secara sempit ke? Berjuang atas nama bangsa tu sempit ke luas. Dalam masa yang sama slogan 1 Malaysia, berbilang kaum pulak. Pemimpin UMNO kekadang melarang mencampur adukkan ibadah dan politik. Mereka nakkan sekular. Dah bagi lembu ke Bahagian UMNO di Pekan Pahang tu apa? Lidah mereka ni bercabang berapa sebenarnya? Kekadang tak faham mana satu nak ikut pemimpin-pemimpin UMNO ni bercakap? Inilah bahana apabila si jahil menjadi pemimpin! rakyat akan dilembukan. Mufti dibisukan. Bila berkuasa yang lain menjadi mangsa.

Semoga Eidul-Adha kali ini dapat kita mempertingkatkan perjuangan kita. Bukan hanya sekadar berupaya melakukan pengorbanan terhadap lembu dan kambing sahaja. tetapi mempertingkatkan jihad kita ke arah menegakkan cita-cita Islam di negara tercinta ini.

Jangan lupa kita pakat-pakat korbankan UMNO-BN dalam Pru-13 nanti.

Ust Saiful Bahri

USUL TERGEMPAR YB HAJI SALAHUDDIN HAJI AYUB

18 November 2010


YB. Tan Sri Datuk Seri Utama Pandikar Amin Haji Mulia
Yang DiPertua,
Dewan Rakyat Parlimen Malaysia,
50680 Kuala Lumpur.


YB. Tan Sri,

USUL MENANGGUHKAN MESYUARAT DI BAWAH PERATURAN MESYUARAT PERKARA 18 (1)

Assamualaikum Wr.Th

Adalah saya Haji Salahuddin Haji Ayub (Kubang Kerian) dengan ini memohon supaya mesyuarat ini di tangguhkan untuk merundingkan perkara yang pada hemat dan pandangan saya adalah tertentu, perlu disegerakan dan berkepentingan ramai iaitu isu yang berkaitan dengan tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berbeza dua hari daripada tarikh dan masa wukuf yang diistiharkan oleh kerajaan Arab Saudi.

Tuan Yang DiPertua,

Tarikh sambutan Hari Raya Aidil Adha tahun ini yang diistiharkan jatuh pada hari Rabu, 17 November 2010 adalah sangat pelik dan menimbulkan banyak keraguan, kekeliruan dan masalah kepada umat Islam khususnya di Negara ini. Perbezaan dua hari sambutan Aidil Adha di negara ini yang diambil kira daripada tarikh dan masa wukuf di Arafah yang jatuh pada hari Isnin, 15 November 2010 adalah jelas tidak munasabah walaupun dapat kita fahami perbezaan waktu peredaran matahari yang hanya berbeza lebih kurang lima jam di antara Malaysia dan Arab Saudi. Juga adalah dimaklumkan kesan kekeliruan tarikh ini juga mengakibatkan juga bilakan pula berakhirnya hari Tashrik yang melibatkan masa yang diizinkan menyembelih ibadah qurban.

Isunya disini ialah bagaimanakah pihak pengurusan Agama Islam di bawah Jabatan Perdana Menteri menggarap dan mengurus tadbir isu ini? Apakah hujah dan alasan yang diberikan kepada pihak yang bertanggungjawab sebelum pengishtiharan tentang tarikh hari Raya Aidil Adha dibuat? Adakah tidak ada pengurusan, penyelarasan dan perbincangan dibuat untuk menyelesaikan perkara yang sekecil dan semudah ini?

Saya berpandangan dalam era kecanggihan peralatan komunikasi dewasa ini tidak ada alasan untuk kita menyelesaikan isu yang sangat mengelirukan, meresahkan dan membingungkan seperti ini. Memandangkan perkara ini adalah satu isu yang serius, saya mengambil tanggung jawab untuk Dewan Yang Mulia ini membincangkan isu dan meminta pihak Jabatan Perdana Menteri memberikan jawapan dan penjelasan agar perkara seperti ini tidak akan berulang lagi pada masa akan datang.

Saya mohon mencadang,
SALAHUDDIN HAJI AYUB

Limpahan Warga Asing Di Kota Setiap Kali Musim Perayaan, Kerajaan Berdiam Diri?

Rimas warga asing ramai

Gambar: MACAM-MACAM RAGAM...kehadiran warga asing di Taman KLCC menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan penduduk tempatan dan pelancong.

KUALA LUMPUR: Seperti biasa, setiap kali cuti umum, tempat tumpuan di ibu kota antaranya Taman KLCC dipenuhi ratusan warga asing yang berkumpul beramai-ramai dan melepak di kawasan berkenaan hingga menimbulkan keadaan kurang selesa kepada pelancong asing dan warga tempatan.

Ada antara mereka yang bukan saja berehat, malah melanggar peraturan dengan menceroboh masuk ke dalam kolam air pancut di hadapan Suria KLCC hingga mencacatkan pemandangan di kawasan berkenaan.

Malah, tidak kurang juga yang bersikap keterlaluan apabila tanpa segan silu bercumbu di khalayak ramai.

Suri rumah, yang hanya mahu dikenali sebagai Siti, 34, berkata dia bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga berikutan kehadiran terlalu ramai warga asing di taman berkenaan.

“Ini kali pertama saya dan suami datang ke sini kerana tidak dapat pulang ke kampung sempena Aidiladha, tetapi saya terkejut dengan kehadiran warga asing yang terlalu ramai sehingga saya rasa seolah-olah tidak berada di Malaysia,” katanya.

Emelan Nordin, 25, dari Sabah berkata, walaupun dia sudah biasa dengan keadaan berkenaan, namun berharap pihak bertanggungjawab meningkatkan tahap keselamatan di kawasan itu.

“Walaupun mereka tidak mengganggu atau membuat kacau, namun pemantauan rapi perlu dilakukan kerana bukan hanya kami warga tempatan, malah saya yakin pelancong juga tidak selesa dengan sikap mereka.

“Tidak hanya melanggar peraturan yang ditetapkan di taman ini, ada juga antaranya tidak langsung menjaga kebersihan dengan membuang sampah dan meludah di merata tempat,” katanya.

Bagi warga Indonesia, Hilhamjayadi, 36, cuti umum yang diperoleh digunakan sepenuhnya untuk bertemu rakan dan saudara-mara yang tidak dapat pulang menyambut Aidiladha di kampung halaman dan berkongsi pengalaman bekerja di Malaysia.

“Inilah masanya untuk kami bertemu, berkumpul sebegini sedikit sebanyak dapat mengurangkan kerinduan terhadap keluarga di kampung. “Mungkin sikap tindakan kami berkumpul dipandang serong sesetengah pihak, namun sebenarnya tiada apa yang kami lakukan, hanya berkongsi cerita,” katanya.

Tinjauan mendapati kebanyakan warga tempatan mengunjungi kolam kanak-kanak dengan membawa anak-anak mereka di bawah 12 tahun untuk bermain di sana lebih-lebih lagi sempena cuti sekolah sekarang. -hm

Periksa tahap mental Soi Lek

IPOH, 18 Nov: Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dianggap sudah kurang siuman apabila mempertikaikan kedai ditutup pada hari cuti umum, kata Ketua Penerangan PAS Perak, Drs Khalil Idham Lim.

“Harap dia jumpa doktor pakar untuk periksa tahap mental dia,” ujarnya yang juga Adun Titi Serong.

Beliau menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan Presiden MCA itu yang sekali lagi cuba mencetuskan isu untuk membelasah PAS semalam apabila mempersoalkan mengapa kebanyakan kedai di Kota Bharu tutup sempena sambutan Aidil Adha.

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,” soal Chua di laman twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak polis menyiasat Chua kerana kenyataannya itu ada unsur melaga-lagakan antara muslim dan bukan muslim.

“Tidakah Chua sedar bahawa Hari Raya Haji adalah cuti umum,” katanya.

Khalil juga menuntut Chua memohon maaf secara terbuka dengan kenyataan biadabnya dan memberikan penjelasan yang sebenarnya, apakah maksud kenyataannya itu.

"Kenyataannya menimbul keresahan dalam masyarakat," katanya.

Menurutnya lagi, umat Islam dan bukan Islam mesti membantah sikap Soi Lek itu yang mempertikaikan amalan biasa yang sudah lama diamalkan yang menggambarkan toleransi beragama.

Beliau yang juga Pengerusi Sekretariat Pakatan Rakyat Perak menyifatkan tindakan Chua itu menggambarkan dan membuktikan bahawa parti MCA dan dirinya sendiri sudah tidak relevan lagi untuk rakyat Malaysia.

"Juga membuktikan bahawa BN bukan lagi wadah yang sesuai untuk menyatupadukan masyarakat," katanya lagi. _Hrkh

Polis Tidak Mesra Masyarakat, Disaran Ambil Kursus Komunikasi

Polis disaran ambil kursus komunikasi

KUALA LUMPUR - Warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) disaran mengambil kursus berkaitan kemahiran berkomunikasi termasuk pelbagai bahasa sebagai langkah menyerapkan rasa 'mesra' dan 'melindungi' terutama ketika berhadapan dengan orang awam.

Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, latihan itu penting bagi mengelakkan berlaku salah faham antara polis dan masyarakat serta tuduhan kononnya polis tidak mesra masyarakat.

"Mereka (polis) harus dilatih dengan latihan ataupun kursus yang berkaitan dengan komunikasi agar ketika berhadapan dengan masyarakat, hubungan itu menjadi semakin erat dan orang ramai sendiri tidak akan takut untuk membuat laporan polis atau menyalurkan sebarang maklumat.

"Dengan latihan sebegitu, jika ada pengadu yang membuat laporan polis, anggota yang bertugas tahu bagaimana untuk berinteraksi dengan pengadu secara profesional dan mesra tanpa menyinggung perasaannya sekaligus tiada tuduhan sembarangan dari masyarakat," katanya.

Beliau berkata, anggota polis juga disaran mengamalkan 4P -- People Oriented (berorientasikan masyarakat), Protective (melindungi),Performance (pencapaian) dan Proactive (proaktif) bagi meningkatkan profesionalisme pasukan itu dan sebagai landasan mengurangkan kadar jenayah. - Bernama

Contoh Cina MCA BODOH dan BANGANG

Malaun ni bahalol
 Artikel ini diambil dari Blog Kerajaan Rakyat
Ingatkan Melayu Umno je yang bahalol, rupanya Cina MCA lagi banggang. Banggang macam babi!!

Si bebal, Teh Chee Seng kata "berhimpun lebih daripada lima orang di kawasan awam dengan 'niat tertentu' adalah tidak dibenarkan."

Apa punya bebal Cina ni... hello, hanya orang hilang akal je yang berhimpun tanpa niat tertentu. Memanglah yang berhimpun di McDonald Kampar tu ada niat tertentu. Niat nak makan kek.
eh ... eh... dah teruk sangat otak malaun Teh Chee Seng ni. Nak makan kek pun salah? .. Hello Ah Teh... lu apa makan..? apa pasat lu manyak bolo?
Kumpulan maya yang menentang projek pembinaan menara 100 tingkat hari ini meraikan ulang tahun sebulan dengan mengundang penyokongnya menyertai jamuan kek di pelbagai tempat di seluruh negara.

Bagaimanapun, 'parti kek' di Kampar itu mendapat amaran daripada pusat pengajian yang diasaskan MCA - Universiti Tunku Abdul Rahman (Utar) supaya mahasiswanya tidak menyertai program itu.

Naib Presidennya, Teh Chee Seng mendakwa di laman Facebook, jamuan yang dirancang di McDonald Kampar pada jam 8 malam ini sebagai "perhimpunan haram".

"Sila ambil perhatian, ia adalah perhimpunan haram dan pihak polis akan membawa pihak terbabit ke balai polis untuk disoal-siasat," katanya.

Teh mendakwa, beliau telah cuba menghubungi penganjurnya tetapi gagal.

Sehubungan itu, beliau menulis di Facebook bagi memaklumkan penganjur supaya menghubunginya. - MalaysiaKini

Nota: Ingat siapa cakap ini: "As Christians, we should fear Islamic theocracy nation more than anything". Tapi kerajaan Umno tak ambil apa-apa tindakan pun!!! Kenapa? Polis pun buat bodoh je, kenapa? Sebab dia Cina MCA !!!

IHRAM: Menyamaratakan Darjat Manusia

Seruan haji bergema kembali menghimpunkan umat Islam dari segenap penjuru dunia dalam melaksanakan tanggungjawab Rukun Islam kelima.

Para jemaah haji akan menghadap ke arah kiblat yang sama dengan hanya membawa keperluan yang terhad.

Bahkan, mereka pergi hanya berbekalkan beberapa helai pakaian dan keperluan tertentu serta meninggalkan segala harta benda di kampung halaman masing-masing untuk mencari keredaan Ilahi.

Ketika ihram, jemaah haji akan memakai dua helai kain putih. Simboliknya tentang pakaian ihram itu adalah ia melambangkan persamaan darjat bagi semua manusia yang menunaikan seruan ibadah haji.

Mereka sama sekali dilarang memakai sebarang pakaian berjahit dan bercantum. Tidak kira sesiapa pun, etika pakaian mereka tetap sama iaitu pakaian ihram.

Pangkat dan darjat tidak membawa sebarang makna tetapi iman serta amalan menjadi pengukur untuk dijadikan bekalan di akhirat kelak.

Pakaian ihram menjadi pelindung badan mereka pada waktu panas terik dan sejuk semasa menunaikan haji.

Ia turut mengikis segala perbezaan di kalangan jemaah sekali gus mengukuhkan lagi kesatuan umat Islam di seluruh dunia.

Dalam pada itu, dua helai kain putih itu memberi sekelumit gambaran kecil bahawa mereka hanya memakai beberapa lapis kain kafan sebagai penutup badan ketika menghadap Tuhan pada saat kematian.

Ihram kain kapas

Gambar:Gambar: PAKAIAN Ihram menunjukkan bahawa semua umat Islam adalah sama di sisi Allah SWT.

Setiap kali menjelangnya Hari Raya Aidiladha, ia juga membuka peluang kepada usahawan untuk mencari sumber pendapatan menjual pakaian dan produk menunaikan ibadah haji.

Pemilik kedai Ilham Jaya Baru Collection, Kompleks PKNS, Shah Alam, Marlis Hamid, 55, berkata, tidak banyak pilihan pakaian ihram yang terdapat di negara ini.

Bagaimanapun, kini terdapat kain ihram yang mempunyai corak berkotak-kotak dan bermotifkan flora untuk menjadi pilihan jemaah haji.

“Kebanyakan jemaah haji gemar menggunakan pakaian ihram kain kapas tuala kerana ia lebih tebal, lembut dan selesa digunakan.

“Bagi memenuhi permintaan pelanggan, saya akan menempah kain ihram tersebut dari China kerana di negara ini tidak terdapat kilang yang membuat pakaian ihram,” katanya ketika ditemui Kosmo!.

Dia yang menjalankan perniagaan produk haji selama hampir enam tahun lalu memberitahu, terdapat tiga saiz pakaian ihram.

“Saya menjual saiz untuk orang dewasa, remaja 14 tahun ke bawah dan kanak-kanak enam tahun.

“Pelbagai saiz pakaian ihram dijual kerana kini bukan orang dewasa sahaja yang menunaikan haji bahkan remaja dan kanak-kanak. Pakaian ihram ini akan dijual pada harga di antara RM35 sehingga RM60,” katanya.

Dalam pada itu, kata Marlis jemaah haji lazimnya membeli dua pasang pakaian ihram untuk dibawa menunaikan haji.

Mereka juga akan membeli pakaian ihram pada Hari Raya Aidilfitri untuk membuat persiapan awal.

“Sehingga kini, perniagaan pakaian ihram saya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

“Mereka bukan sahaja membeli kain ihram tetapi produk-produk lain seperti selipar, tali pinggang, kurta dan bermacam-macam lagi,” ujarnya.

Gambar: MUHAMMAD ILYAS menunjukkan tali pinggang yang dijual di Jun Collection, Kompleks PKNS, Shah Alam.

Bagi Muhammad Ilyas Ahmad, 29, yang bekerja di Jun Collection, Kompleks PKNS, Shah Alam pula menambah, pakaian ihram yang dijual di kedai tersebut didatangkan khas dari Pakistan.

“Kami import dari Pakistan kerana kebanyakan pelanggan lebih gemar menggunakan kain kapas dari negara berkenaan.

“Pakaian ihram bagi lelaki ialah dua helai kain tidak dijahit dan tidak dicantum. Sehelai akan dipakai di sebelah bawah untuk menutup aurat, iaitu antara pusat dan lutut manakala sehelai lagi dibuat selendang.

“Selain pakaian ihram lelaki, pakaian ihram perempuan pula menutup semua anggota badannya seperti telekung solat,” ujarnya.

Muhammad Ilyas berkata, kebanyakan pakaian ihram yang terdapat di negara ini diimport dari China, Bangladesh, Pakistan, Vietnam, India dan beberapa negara lain.

Sementara itu bagi pasangan suami isteri, Darul Yusriman, 36, dan Roziela Abu Bakar, 35, pengalaman menunaikan haji pada tahun 2007 tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

“Kami suami isteri masih muda ketika menunaikan haji. Ketika menjejakkan kaki di Tanah Suci, perasaan gementar dan teruja terdetik secara tiba-tiba kerana itulah pengalaman pertama menunaikan Rukun Islam kelima.

“Walaupun kami telah menjalani latihan praktikal tetapi perasaan gementar itu tetap wujud dan kami sangat bersyukur kerana dapat mengerjakan haji bersama ibu bapa dan adik-beradik,” kata eksekutif di sebuah syarikat swasta itu.

Darul menambah, menunaikan ibadah haji bersama ibu bapa amat penting kerana sekurang-kurangnya ada orang berpengalaman yang menemani ketika mengerjakan haji.


DARUL (kiri) dan Roziela berpeluang menunaikan ibadah haji pada usia muda tiga tahun lalu.

Sesat di Mina

Kata Darul, sepanjang menunaikan haji dia sentiasa teringatkan anak-anak yang ditinggalkan di tanah air.

“Wajah anak-anak sering bermain di fikiran tetapi bersyukur kerana mempunyai telefon bimbit 3G untuk melepaskan rindu kepada anak-anak,” ujarnya.

Menyentuh mengenai pakaian ihram, Darul memberitahu, tidak menghadapi sebarang masalah memakai pakaian tersebut.

“Kita telah diberi penerangan dan cara-cara pemakaian ihram dengan betul untuk memastikan ia berada dalam keadaan kemas dan tertib,” katanya lagi.

Sementara itu, Roziela menambah, mengerjakan haji umpama perhimpunan agung umat Islam kerana mereka datang dari seluruh pelosok dunia.

“Pengalaman yang tidak dapat saya lupakan adalah ketika jemaah haji Malaysia bertakbir, ia mengingatkan saya sambutan Aidiladha ketika berada di tanah air.

“Selain itu tidak banyak pengalaman pelik yang saya alami. Cuma, kita perlu menyesuaikan diri dengan cuaca, makanan dan kemudahan yang disediakan,” ujarnya.

Namun Roziela teringat kisah seorang jemaah yang sesat sehingga dua atau tiga hari ketika berada di Mina.

“Difahamkan semasa mak cik tersebut hilang dia menjumpai banyak kambing dan orang Arab yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu.

“Bagaimanapun, seorang pemandu teksi yang boleh bertutur dalam bahasa Melayu telah menghantarnya ke hotel,” katanya yang berharap dapat menunaikan ibadah haji lagi pada masa hadapan. -kosmo

Awang Brader cakap RM15 juta wang ehsan telah dibelanjakan....

Anehnya wang ihsan sebanyak RM15 juta dikatakan telah diagih kepada pelajar miskin, namun sehingga kini ramai ibu bapa mendakwa akaun bank anak mereka yang dibuka tidak ada duit. Mereka memberitahu pelajar yang disenarai mendapat wang ihsan diminta pihak sekolah membuka akaun bank bagi membolehkan wang ihsan disalurkan. “Malangnya ketika saya semak akaun anak saya minggu lepas tidak ada wang yang dimasukkan,” dakwa seorang bapa dari Kuala Krai.

Difahamkan setiap pelajar miskin diuar-uarkan mendapat wang ihsan antara sebanyak RM150 hingga RM200. Pelajar yang disenaraikan mendapat wang tersebut dipastikan tidak mendapat bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM). Baru-baru ini Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan, Datuk Dr Awang Adek Hussin mendakwa wang ihsan sebanyak RM15 juta telah dibelanjakan daripada RM25 yang diperuntuk tahun ini. Menurutnya bakinya sebanyak RM10 juta lagi besar kemungkinan digunakan bagi bantuan banjir.

Bagaimanapun di Kampung Manek Urai ramai penyokong Umno difahamkan mendapat wang ihsan bagi membaiki rumah bernilai lebih RM5,000 setiap seorang. Hampir kesemua rumah penyokong Umno di kampung tersebut dibaiki di mana ada yang membesar bahagian hadapan, dapur dan menukar zink serta dinding baru. Malah pada kempen pilihan raya kecil Dun Galas Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan mengedarkan risalah projek mega kerajaan Barisan Nasional (BN) Dun Galas dari sumber royalti minyak.

Projek yang disenaraikan pada risalah tersebut termasuk mewujudkan Berjaya Gua Musang Theme Park yang digambarkan seperti pusat perjudian di Genting Highlands bernilai RM1.5 bilion. Selain itu cadangan projek Golf Club & Country Resort bertaraf 5 Star bernilai RM850 juta. Kesemua cadangan tersebut bernilai lebih RM2 bilion iaitu sama dengan jumlah wang royalti yang dituntut kerajaan negeri sejak tahun lepas.

Sedangkan sebelum ini pemimpin Umno berkali-kali menafikan Kelantan mempunyai hak ke atas royalti minyak kerana kedudukan telaga di luar kawasan tiga batu nautika. Seorang lagi bapa juga dari Kuala Krai mendakwa ketika beliau ke bank bagi menyemak status akaun wang ihsan anaknya tidak ada wang yang dimasukkan ke dalam akaun tersebut.

Program wang ihsan juga menjadi bahan kempen Umno untuk menarik ibu bapa hadir ke sekolah. Kelmarin program serupa diadakan di Sekolah Kebangsaan Sultan Ibrahim 2 Pasir Mas di mana ibu bapa dipaksa hadir pada program pengagihan wang ihsan. Seorang bapa yang juga pegawai kerajaan pusat mendakwa program tersebut dirasmikan seorang pemimpin Umno di Pasir Mas.

“Ceramah Pemuda Umno Pasir Mas itu bukan mengenai pendidikan sebaliknya mengenai politik Umno dan mencemuhkan pihak lawan. “Saya lihat ramai ibu bapa yang hadir keluar dewan kerana mereka ditipu hadir bagi mendengar ceramah pemimpin Umno yang berselindung di sebalik program pengagihan wang ihsan,” ujarnya.

source:harakah daily

Jauhi rasuah, fitnah dan zalim sesama manusia

KUALA LUMPUR, 17 Nov: Umat Islam diajak memulakan proses penghayatan semangat Aidiladha di dalam setiap kehidupan terlebih dahulu selaku individu muslim.

“Marilah kita tingkatkan penghayatan diri kita terhadap kefahaman ajaran Islam dan membudayakan seluruh perintah dan larangan agama di dalam kehidupan diri,” kata Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Dr Muhamad Razak Idris.

Katanya, umat Islam juga hendaklah meningkatkan kegiatan kerohanian dan mengukuhkan nilai-nilai luhur dan kualiti dalam kehidupan seharian dan kerjaya.

“Hal ini tentu sekali menuntut kita menghayati perintah beramanah dan berintegriti di dalam setiap pekerjaan.

“Kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah, menjauhi fitnah dan zalim terhadap sesama manusia,” ujarnya dalam perutusan Aidiladha 1431 Hijrah yang disambut hari ini.

Tambahnya, kesemuanya itu akan dapat disempurnakan menerusi kekuatan kerohanian yang berteraskan kepada keyakinan serta kepatuhan sepenuhnya terhadap Allah S.W.T

Berikut adalah perutusan penuh beliau.

Tahmid kesyukuran ini melambangkan kerendahan hati manusia di dalam mengabdikan diri setulus-tulusnya terhadap Allah s.w.t. Sesungguhnya, Aidil Adha mempunyai pengajaran yang amat besar kepada kehidupan kita sebagai seseorang Muslim dan umat Islam. Dalam hubungan ini, antara pengajaran terbesar sekali ialah tentunya tentang semangat pengorbanan yang ditunjukkan oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail di dalam menyempurnakan perintah Allah. Pengorbanan baginda mereka di dalam menjunjung perintah Allah adalah lambang kepatuhan tertinggi seorang hamba kepada Penciptanya.

Penghayatan serta kefahaman terhadap pengorbanan yang dilakukan baginda seharusnya diinsafi serta dihayati oleh seluruh umat Islam, terutama di kalangan para belia. Selaku kelompok teras masyarakat, para belia mempunyai kekuatan untuk memainkan peranan sebagai agen perubah yang positif terhadap persekitaran mereka. Peranan ini boleh dijayakan menerusi proses penghayatan semangat Aidiladha dalam konteks pengukuhan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tidak berbelah bahagi kepada seluruh ajaran Islam di dalam amalan dan penghayatan diri.

Kita yakin, sekiranya penghayatan semangat pengorbanan dan ketaatan yang tinggi ini dapat dijelmakan, sebagai agen perubahan, para belia akan mendorong kewujudan sebuah persekitaran hidup yang bercorak Islami sejajar dengan tuntutan syariah. Persekitaran yang Islami adalah prasyarat asas yang akan membawa kepada sebuah kehidupan yang yang diberkati dan seterusnya membawa kepada kelahiran umat terbaik - khayra ummah.

Bagi tujuan tersebut, marilah kita memulakan proses penghayatan semangat Aidiladha ini di dalam setiap kehidupan diri kita terlebih dahulu selaku individu Muslim. Marilah kita tingkatkan penghayatan diri kita terhadap kefahaman ajaran Islam dan membudayakan seluruh perintah dan larangan agama di dalam kehidupan diri. Kita juga hendaklah meningkatkan kegiatan kerohanian dan mengukuhkan nilai-nilai luhur dan kualiti dalam kehidupan seharian dan kerjaya.

Hal ini tentu sekali menuntut kita menghayati perintah beramanah dan berintegriti di dalam setiap pekerjaan. Kita hendaklah menjauhi perbuatan rasuah, menjauhi fitnah dan zalim terhadap sesama manusia. Kesemua ini akan dapat disempurnakan menerusi kekuatan kerohanian yang berteraskan kepada keyakinan serta kepatuhan sepenuhnya terhadap Allah S.W.T, yang disegarkan melalui amalan-amalan kerohanian seperti solat sunat, membaca Al-Qur’an serta zikir.

Semoga Allah swt merahmati segala urusan kehidupan kita semua dan memberi kekuatan untuk kita terus gigih dan komited di medan dakwah. Dan khusus untuk para jemaah haji di Mekah, bagi pihak Abim, kami mendoakan semoga semua memperoleh haji dan mabrur dan sentiasa berada di dalam kesihatan yang terbaik untuk menyempurnakan ibadah terpenting Islam ini. Wassalam. -Hrkh

2011 : Masa Untuk Berubah

Oleh Nasrudin Hassan at Tantawi

1. Seluruh pimpinan PAS dari semua peringkat organnya berhimpun pada 13hb November 2010 di Auditorium MBSA untuk menyertai Seminar "PAS Sedia Ganti UMNO".

2. Selain untuk menyatakan kesediaan PAS mengambil alih teraju pemerintahan negara , ia juga adalah suatu gambaran jelas bahawa kini PAS begitu optimis untuk memenangi pilihanraya umum akan datang bersama gandingan rakan - rakan parti dalam Pakatan Rakyat

3. Bagi Dewan Pemuda PAS Malaysia terlebih awal meletakkan tahun 2011 [ jangkaan pilihanraya umum ] sebagai Masa Untuk Berubah .

4. Perubahan yang dimaksudkan ialah pada 2 kategori utama .


Pertama : Perubahan Dalaman
Kedua : Perubahan Luaran .

Perubahan Dalaman .

5. Dato' Seri Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi telah menegaskan bahawa "PAS mesti menang dengan kekuatan sendiri tanpa mengharapkan kelemahan yang dialami oleh musuh" . Sementara kelemahan musuh hanya bonus dan ianya tidak boleh dijadikan asas strategik untuk PAS mencapai kemenangan dalam semua kerusi yang ditandingi oleh PAS disamping kerjasama politik yang telah dimeterai bersama rakan - rakan parti komponen Pakatan rakyat yang lain .

6. Terma "Kekuatan sendiri" ini perlu diberi perhatian oleh setiap organ parti khasnya pemuda. Saya melihat kekuatan sendiri yang dimaksudkan , selain merujuk kepada:

- kewujudan dan keaktifan cawangan - cawangan PAS diseluruh negara serta

- usaha gigih menguasai arus pendaftaran pengundi baru , juga
- memerlukan performance saf pemimpinnya di semua peringkat.

Pemimpin PAS perlu bergerak seiring dengan slogan [ PAS For All ] dan keperluan rakyat yang memerlukan pemimpin yang berwibawa serta mampu membimbing mereka keluar dari belenggu pemerintahan UMNO dan BN yang korup .

Tentunya pemimpin yang berupaya turun padang , menyantuni masyarakat dan menjuarai isu rakyat sangat diperlukan. Jangan hanya mengharapkan Presiden atau pimpinan tertinggi untuk berbuat demikian tetapi selain mereka , seluruh saf pimpinan disemua peringkat seperti pimpinan dewan - dewan diperingkat pusat , negeri dan kawasan , pimpinan diperingkat perhubungan negeri , kawasan , DUN dan cawangan juga dikehendaki pro aktif dan kreatif dalam membawa risalah perjuangan ini .

Perubahan Luaran [ nak jatuhkan UMNO jangan ikut cara hidup UMNO ]

7. Sementara perubahan luaran pula melibatkan penampilan , pendekatan dan gerakkerja parti. Saya percaya setiap peringkat parti telah mempunyai plan tindakan strategik mereka masing - masing . Cuma apa yang saya nak tekankan di sini ialah budaya kerja dan sikap kita mendepani sasaran dakwah atau pengundi .

8. Kesediaan menggantikan UMNO adalah satu langkah yang sangat ditunggu - tunggu oleh masyarakat yang telah kehilangan daya sabar untuk terus bertahan di bawah kepimpinan UMNO dan BN . Namun begitu , PAS mesti insaf dan sedar bahawa , PAS sekali - kali tidak boleh mengamalkan cara hidup UMNO jika mahu menjatuhkan UMNO . Jika cara hidup UMNO selama inilah yang membuatkan rakyat menolak mereka , maka bagaimana kita pula boleh mengamalkan cara hidup UMNO dalam kehidupan kita .

9. PAS adalah sebuah Gerakan Islam yang kaya dengan akhlak dan disiplin .peribadi dan jamaahnya. Pertahankan kemuliaan tersebut tanpa perlu bersikap apologatik berdepan dengan perubahan iklim sosial hari ini .

10. Insyaallah 2011 adalah Masa Untuk Berubah . Dewan Pemuda PAS Malaysia akan mengadakan roadshow ke seluruh negara untuk memberi penjelasan dan penegasan betapa PAS telah sedia menggantikan UMNO dan 2011 yang dijangka akan berlangsungnya pilihanraya umum adalah masa yang tepat untuk melakukan perubahan . Roadshow ini akan disempurnakan dalam tempoh 3 bulan ini [ Dec - Jan - Feb ] Ayuh , kita tinggalkan UMNO untuk kesejahteraan negara dan seluruh rakyatnya.

[Bergambar] Mamat Hantu Aibkan Bekas Permaisuri Agong?

Gambar bekas Permaisuri Agong tersebar di blog

SHAH ALAM –: Kecoh apabila tersebar gambar kontroversi membabitkan bekas Permaisuri Agong, Cik Puan Besar Selangor Siti Aishah Datuk Seri Abdul Rahman dengan bekas penerbit rancangan Seekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al Attas di sebuah laman blog.

Blog milik Syed Abdullah atau lebih dikenali Uncle Seekers memaparkan gambar-gambar yang didakwa mesra dan rentetan peristiwa ‘percintaan’ di antara mereka.

Uncle ketika dihubungi berkata, awal perkenalannya bermula sejak Januari lalu apabila Aishah dan keluarga mengunjungi rumah keluarganya di Janda Baik, Pahang.

“Ya, saya akui memang pernah bercinta dengan dia (Aishah) selama dua bulan iaitu pada bulan Mei dan Jun lalu.

“Namun, ia bukanlah cinta sebenar dan kerana itu dipanggil ‘cinta syyhh’ yang mempunyai maksud tersendiri,” katanya.

Menurutnya, hubungan berkenaan hanya diketahui ibu Aishah, Datin Seri Shamshina A Rahman, ahli kumpulan Seekers dan dirinya sahaja.

“Blog itu adalah milik saya yang dianggap seperti rumah untuk berbuat apa sahaja tanpa disekat oleh mana-mana pihak.

“Semua gambar itu adalah daripada kamera Aishah sendiri yang sering dibawa ke mana sahaja sebagai peneman kerana dirinya akan dikurung oleh bapanya apabila pulang ke rumah.

Beliau berharap dengan tersebarnya gambar berkenaan Aishah dapat berkahwin dengan lelaki yang disukai tanpa disekat pihak tertentu.

“Pada bulan Jun lalu, saya menerima kiriman pesanan ringkas dan panggilan berbaur ugutan daripada bapanya supaya tidak mengganggu anaknya lagi.

“Kemudian saya memberitahunya supaya tidak lagi berhubung dan sejak daripada itu kami tidak lagi menghubungi antara satu sama lain,” katanya. -SH





sumber

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .