Ikuti Blog ini
Ketuanan Kuasa : Hanafi Hamat Tidak Iktiraf Parti AKIM Ditukar KITA ,Rabu, Disember 15, 2010 at 15.12.10,
TG Nik Aziz Dibenarkan Keluar Wad , at 15.12.10,
SHAH ALAM 15 DIS : Menteri Besar Kelantan, TG Datuk Nik Aziz Nik Mat telah dibenarkan keluar dari wad Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian semalam.Dalam kenyataannya di laman sosial Facebook beliau berkata TG Nik Aziz akan berehat di kediamannya selepas doktor berpuas hati dengan kesihatan beliau.
Mursyidul Am PAS itu dijangka akan menjalani rawatan susulan hujung minggu ini.
Jumaat lalu, TG Nik Aziz menjalani rawatan di HUSM kerana masalah pinggang setelah dinasihatkan pakar perubatan pada Rabu.
Masalah pinggang itu dihidapi beliau sejak sekian lama selepas terjatuh dari kuda.
Menteri Besar Kelantan berusia 79 tahun itu dilaporkan berada dalam keadaan baik.
Wikileaks punya pasal, Ceramah Anwar Tiada Sambutan? , at 15.12.10,
Taman Melati menjadi saksi, adakah Anwar tidak popular lagi..
Permit dipohon sehingga 12.00 Tengah malam tapi pihak Polis hanya membenarkan sehingga jam 10.30 malam sahaja dengan syarat jika hadirin terlalu ramai ceramah akan dihentikan (syarat baru untuk ceramah PR)
Saksikan...
Banglo Seorang Datuk jadi Pusat Pengedaran Dadah , at 15.12.10,
Banglo datuk pusat dadahROSLAN menunjukkan pokok ganja yang dirampas pada sidang media di Kuala Terengganu, semalam.
KUALA TERENGGANU: Walaupun sudah mempunyai perniagaan chalet di Cherating, Pahang, ia tidak dapat menampung gaya hidup mewah seorang lelaki bergelar datuk dari Pahang berusia 46 tahun dan isterinya warga Britain di Taman Muhibah, Chukai, hingga menjadikan banglo mereka sebagai pusat pengedaran dadah di daerah Kemaman dan Cherating.
Bagaimanapun, kemewahan mereka tidak kekal lama apabila polis merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM75,000 dan menyita harta bernilai RM246,000 merangkumi wang tunai, kereta Mercedes-Benz, Proton Gen2 dan Honda Civic serta barang kemas.
Dalam serbuan pada jam 11 pagi itu, polis turut menahan wanita berusia 18 tahun yang juga anak angkat pasangan berkenaan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) negeri, Superintendan Roslan Abd Wahid, berkata serbuan itu membolehkan polis merekodkan rampasan yang terbesar dalam tempoh tiga tahun di kawasan Terengganu Selatan.
Katanya, ketika diserbu hanya isteri suspek berada di rumah bersama anak angkat mereka dan pemeriksaan menemui sejumlah dadah di dalam sebuah bilik, manakala lima batang pokok ganja ditanam dalam beg plastik hitam dan diletakkan di balkoni rumah itu.
Roslan berkata, tidak lama kemudian, lelaki itu pulang ke rumah dan pemeriksaan terhadap suspek menemui sejumlah lagi dadah yang disimpan di dalam biliknya.
“Siasatan awal mendapati pasangan ini penagih tegar sejak 15 tahun lalu dan membelanjakan RM10,000 sebulan untuk membeli dadah.
“Polis percaya kos menagih mereka tidak dapat dipenuhi daripada hasil perniagaan chalet itu. Mereka terbabit dalam pengedaran dadah sejak 10 tahun lalu di kawasan Kemaman dan Cherating, Pahang.
“Tiga suspek itu direman sehingga 19 Disember dan kes disiasat mengikut Seksyen 39 (B) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952; 39 A(2) 12(2); 6, 6(b), 15(1)(a),” katanya.
Pakatan bantah keras Speaker gantung 3 MPnya , at 15.12.10,
KUALA LUMPUR, 15 Dis: Ahli Parlimen Pakatan Rakyat membantah keras keputusan Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang bersetuju dengan keputusan majoriti untuk menggantung tiga ahli Parlimennya selama enam bulan tanpa diberi peluang membela diri.Keputusan itu dibuat Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia pagi tadi selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz membuat usul berkenaan terhadap Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), Azmin Ali (PKR-Gombak) dan R Sivarasa (PKR-Subang).
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata,keputusan itu jelas membuktikan kuasa speaker digunakan oleh Barisan Nasional (BN) untuk kepentingan mereka.
"Kita kesal dan nyatakan bantahan kita tentang persetujuan speaker membenarkan keputusan ini. Memang kita tahu salah dan angkuh Umno/BN guna kuasa mereka tetapi mengggunakan saluran speaker yang mempertahankan dengan peraturan.
"Padahal prinsip membela diri ialah kita mesti diberi tempoh seminggu untuk bagi keterangan tapi itu pun tidak berlaku," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Ahli Parlimen Permatang Pauh itu juga mengecam Pandikar yang merupakan Pengerusi Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen yang mengenepikan segala bukti yang dikemukakan beliau dalam isu APCO.
"Kita saksikan tadi drama di Parlimen, yang kita bangkitkan ialah soal prinsip, soal saya digantung dan tidak ada hak mempertahankan hujah saya dengan dokumen yang saya dah siapkan termasuk perjanjian Apco itu memang diketepikan," katanya.
Speaker gagal kawal Dewan
Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) pula mempersoalkan kegagalan Pandikar mengawal dewan dengan baik dan enggan berehat walaupun dewan dalam keadaan tegang."Saya bukan nak menggambarkan speaker sekarang dengan speaker dua sesi sebelum ini tetapi Tun Zahir sebelum ini, apabila keadaan menjadi tegang, beliau akan merehatkan dewan, bagi peluang untuk beliau sendiri dan wakil yang berbahas berehat.
"Selepas itu barulah dipanggil masuk kembali untuk menyambung perbahasan sebab memang ada peruntukan untuk itu. Tapi hari ini kita lihat beliau meneruskan juga dalam keadaan tidak dapat mengawal,"kata beliau yang juga Timbalan Presiden PAS.
Katanya lagi, mereka tidak membangkitkan perkara yang dilarang untuk dibahaskan seperti melibatkan Raja-Raja atau prosedur mahkamah sebaliknya membincangkan perkara yang melibatkan ahli Parlimen.
"Kita bukan membangkitkan soal raja atau hal berkaitan prosedur dalam mahkamah atau rahsia negara tapi yang kita bawa isu yang berkaitan dengan hak kita untuk didengar dengan bahan bukti yang telah sedia ada untuk dibawa ke peringkat jawatankuasa yang dinafikan.
"Hari ini dikejutkan dengan tiga orang lagi ahli parlimen yang digantung selama enam bulan tanpa ada peluang untuk mereka pertahan diri atau bagi hujah di atas tuduhan yang diambil daripada sumber-sumber yang bukan utama.
"Ini menimbulkan persoalan dan kita kesal dengan tindakan ini. Selepas kita pertikai banyak institusi sebelum ini, sekarang Parlimen sendiri boleh dipertikaikan integritinya," katanya.
Untuk nafi kuasa dua per tiga
Sementara itu, Anthony Loke (DAP-Rasah) tidak menolak kemungkinan wujudnya agenda tersembunyi BN untuk menjejaskan kuasa Pakatan Rakyat dan menambah kuasa mereka untuk membawa sebarang pindaan undang-undang tanpa banyak bantahan.
"Saya melihat mungkin ada agenda tersembunyi di belakang tindakan ini dan ini akan beri implikasi yang besar kepada kedudukan Pakatan Rakyat dalam dewan rakyat.
"Sekarang kita ada 77 ahli Parlimen. Kalau ada empat lagi ahli parlimen Pakatan digantung maksudnya kedudukan Pakatan dalam dewan akan hilang dua per tiga. Ini sudah kurang daripada 1 per tiga. Jadi mereka sudah mendapat balik dua per tiga dalam enam bulan akan datang.
"Jadi mereka boleh membawa segala pindaan dalam sidang Mac dan Jun akan datang," katanya.
Sebelum itu,Pandikar mengarahkan Sivarasa dan Azmin keluar dewan kerana didakwa melawan keputusannya.
Sivarasa digantung daripada menghadiri persidangan sehingga esok manakala Amin sehingga 2.30 petang ini.
Sivarasa bangkit pada akhir sesi soal jawab lisan mempersoalkan tindakan speaker yang menolak usul yang dikemukakannya semalam meminta perbahasan diadakan bagi membincangkan pendedahan oleh WikiLeaks berhubung dakwaan diplomat Singapura yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razah dengan kematian warga Mongolia, Altantuya Shaaribuu dan juga mengaitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan 'perangkap seks'.
Menurut Pandikar, kebimbangan yang ditimbulkan oleh Sivarasa adalah tidak berasas dan mengarahkannya untuk duduk. Namun apabila ahli parlimen itu terus berhujah dan enggan duduk, Pandikar mengarahkan 'berehat' sehingga esok.
Azmin pula diarah keluar dewan apabila beliau bangkit mempertahankan Sivarasa.
Pertikaman lidah berlaku apabila Anwar turut bangun mempertahankan mereka sehingga Pandikar bertindak membiarkan sahaja mereka terus berhujah termasuk wakil BN. -Hrkh
Dengan Islam, Melayu akan terbela – Tok Guru MB Kelantan , at 15.12.10,
bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela.Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam .Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah? - Tok guru
Ketuanan Melayu: TG Nik Aziz pohon Raja-raja Melayu selesai guna al-Quran
Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini mencadangkan Raja-raja Melayu agar perkenan mencari jalan penyelesaian terbaik sekiranya mengambil berat tentang nasib orang Melayu di negara ini.
Dalam kenyataan terbaru menyentuh polemik ungkapan Ketuanan Melayu, Mursyidul Am PAS berkata, Raja-raja Melayu yang memperlihatkan kebimbangan mengenai kedudukan orang Melayu sejak kebelakangan ini, perlu tampil mencari jalan penyelesaian menggunakan lunas al-Quran.
“Apabila terdapat beberapa orang Raja-raja Melayu yang menyuarakan kebimbangan berkenaan nasib orang Melayu, saya sarankan supaya marilah kita merujuk kepada al-Quran.
“Pada saya, Raja-raja Melayu berhak bimbang jika benar orang-orang Melayu terancam, tetapi marilah kita mencari penawar yang betul untuk penyakit yang berlaku,” kata beliau yang masih dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam hal ini, kata Menteri Besar Kelantan, ungkapan Ketuanan Melayu merupakan ubat yang salah bahkan ia sebenarnya racun yang bisa.
“Justeru, bolehkah kiranya saya meletakkan harapan kepada pihak Raja-raja Melayu agar membawa rakyat kembali kepada Islam sebagai penyelesaian terhadap masalah yang berlaku? Yakinlah, dengan Islam, Melayu akan terbela,” katanya lagi.
Sejak bulan lalu, pendebatan isu konsep Ketuanan Melayu ini begitu hebat diperkatakan selepas Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam ucapan dasar Kongres Naional PKR meminta supaya “Ketuanan Melayu” ditinggalkan.
Malah Perkasa juga mengkritik dengan menyifatkan Dr Wan Azizah sebagai “pelacur politik” dan kacang melupakan kulit kerana meminta ungkapan “Ketuanan Melayu” diketepikan bagi memajukan orang Melayu.
Dalam kenyataan hari ini juga, Nik Aziz mendakwa Umno tidak mengutamakan kepentingan soal agama Islam tetapi mengagung-agungkan ungkapan Ketuanan Melayu yang dilihat tidak memberikan sebarang faedah kepada negara terutamanya orang Melayu.
Beliau berkata jika bercakap tentang ketuanan ia mesti kembali kepada Islam, bukannya Melayu yang selama ini menjadi modal perjuangan Umno.
“Ketuanan hendaklah kembali kepada Islam. Tidak dinafikan bahawa di negara ini majoriti umat Islam ialah berbangsa Melayu, ini sepatutnya menjadi satu kebanggaan bangsa Melayu sendiri yang sudah menerima Islam beratus-ratus tahun yang lampau.
“Bukankah Islam itu anugerah daripada Allah? Tidakkah hanya orang yang bertuah sahaja yang akan menerima anugerah daripada Allah s.w.t,” soal Nik Aziz.
Beliau juga melahirkan rasa kecewa apabila ada di kalangan orang Melayu di negara ini menolak Islam.
“Namun, dukacita sekali apabila ada orang Melayu sendiri yang menolak Islam, menolak Islam bererti menolak ketuanan Islam dan bila menolak Islam ertinya menolak anugerah Allah.
“Seolah-olah Islam ini bahan buangan yang tidak layak untuk diterima, demikianlah barangkali tanggapan mereka yang mengetepikan Islam sebagai perundangan hidup mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata slogan “Ketuanan Melayu” yang dilaungkan pemimpin Umno langsung tidak menggambarkan konsep Islam apabila bergelumang dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah.
“Hari ini, seruan Islam yang menjadi tonggak orang Melayu ini diganti dengan nasionalis. Dengan slogan Ketuanan Melayu, mereka beria-ia menjulang keris tumpul itu kononnya merekalah pendekar sejati mempertahankan hak Melayu.
“Apa yang peliknya, di samping menjulang ketuanan Melayu itulah, mereka telah terpalit dengan pelbagai tuduhan rasuah dan pecah amanah. Halalkah pelakuan rasuah ini di sisi mazhab ketuanan Melayu? Melaungkan Ketuanan Melayu dengan mengetepikan Islam hanya akan menjadikan bangsa Melayu lebih hina, bukannya lebih mulia,” katanya.
Oleh yang demikian, Nik Aziz mahu rakyat di negara ini berfikir secara matang sekiranya masih mahu Umno-Barisan Nasional (BN) memerintah negara.
“Bolehkah pimpinan sebegini menjadi tempat bergantung rakyat? Bukan sahaja orang bukan Melayu, bahkan orang Melayu sendiri akan disembelih dengan slogan seperti ini.
“Buktinya, di Kelantan yang majoritinya bangsa Melayu, dinafikan peruntukan pembangunan dan royalti minyak oleh ketuanan Melayu. Orang Melayu tidak terjaga, Islam pun terlepas dari genggaman.
“Hakikatnya, perjuangan ketuanan Melayu ini hanyalah perjuangan sia-sia. Demi menyedarkan rakyat tentang hakikat inilah, saya gagahi diri saya untuk terus berjuang memberikan kefahaman agar rakyat menerima Islam sebagai addin (din dan daulah),” katanya.
Tak Bayar Royalti: Pelantar Petronas Carigali Terengganu Terbakar, 6 Cedera , at 15.12.10,
Enam Pekerja Carigali Petronas Cedera Dalam Kebakaran PelantarKUALA LUMPUR: Enam orang cedera dalam kebakaran pagi ini di pelantar Bekok C, 200 km di luar pantai Terengganu yang dikendali oleh Petronas Carigali Sdn Bhd. Gambar fail
Kebakaran bermula sejurus selepas tengah malam dan dapat dikawal oleh Pasukan Respons Darurat pelantar tersebut sejurus selepas itu.
"Terdapat sejumlah 108 personel di pelantar itu ketika kejadian. Enam cedera dan dihantar ke Hospital Tuanku Nur Zahirah.
"102 personel yang lain dipindahkan ke pelantar berdekatan," kata syarikat itu dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Syarikat itu berkata Bekok C sedang menjalani proses penutupan berjadual untuk aktiviti penyenggaraan ketika berlaku insiden itu.
Petronas Carigali telah memberitahu pihak-pihak berkenaan dan siasatan sedang dijalankan bagi menentukan punca kejadian itu.
Sementara itu, laporan dari Kuala Terengganu menyatakan mereka yang cedera ialah Alias Abdullah, Hamzah Abdullah, Fauzi Ibrahim, Rishaudin Ismail, Ariff Farimi, dan Zamri Wagiman.
Mereka tiba di hospital itu kira-kira jam 9 pagi dengan seorang daripada mereka dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi, seorang di Unit Kecemasan manakala empat lagi menerima rawatan pesakit luar.
Bagaimanapun kira-kira pukul 12 tengah hari kesemua mereka dilaporkan stabil, dan ditempatkan di Unit Kebakaran HSNZ.
Sementara itu, Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said sempat meluangkan masa melawat mangsa sebaik saja Sidang Dewan Undangan Negeri Terengganu berhenti rehat tengah hari. - BERNAMA
ScorpeneLeaks: Najib Terlibat Kes Altantuya? , at 15.12.10,
KUALA LUMPUR : Pakatan Rakyat mendesak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memberikan penjelasan mengenai laporan portal Wikileaks yang mendakwa beliau terlibat dalam skandal pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaaribuu.
Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, Najib tidak boleh bersikap tidak ambil peduli berhubung dakwaan ini kerana ia melibatkan kepimpinan negara dan boleh memberikan kesan kepada sosial dan ekonomi negara.
"Pelbagai dakwaan yang dibuat ini sangat penting kerana membabitkan Perdana Menteri semasa bukan bekas Perdana Menteri. Ini akan memberikan satu kesan kepada ekonomi negara kita.
"Menteri tidak boleh bersikap tidak endah terhadap laporan Wikileaks sedangkan media dalam negara kita mengendahkan laporan wikileaks dengan memuatkan hal-hal berkaitan Datuk Seri Anwar Ibrahim tapi Perdana Menteri kata perkara yang berkaitan beliau itu tidak perlu diendahkan," kata beliau dalam sidang media di lobi Parlimen siang tadi.
Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS sebelum itu membangkitkan perkara itu dalam perbahasan di peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Luar Negeri.
Menteri, Datuk Seri Anifah Aman dalam jawapannya memberitahu beliau akan mengambil perhatian terhadap laporan itu.
Sementara itu, ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar berkata, laporan ini mengambarkan seolah-olah Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina apabila membuat dakwaan mengenai kemungkinan berlakunya rusuhan di Malaysia.
"Perdana Menteri diberi gambaran yang begitu berat oleh diplomat dan pemimpin Singapura sehinggakan dalam Perdana Menteri cuba untuk promosi konsep 1Malaysia dan sebagainya, kerajaan Singapura memberi gambaran bahawa akan berlaku rusuhan kaum dan orang Cina akan banjiri Singapura.
"Ini memberi implikasi bahawa Singapura menganggap Perdana Menteri anti Cina sebab akan berlaku rusuhan kaum seperti yang dilaporkan dan ini bercanggah dengan usaha Perdana Menteri untuk menunjukkan semangat perpaduan dan sebagainya. Najib mesti ambil berat atas tuduhan itu," kata beliau.
Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul bimbang laporan ini merupakan permainan Singapura untuk menguji kewibawaan Malaysia.
"Kita lihat pemikiran pegawai risikan dari singapura mereka mengatakan mereka ambil sumber ini dari sumber tertentu. Kita sedar hubungan antara Malaysia dan Singapiura ada pasang surutnya.
"Kita bimbang tindakan singapura ini bertujuan menguji kewibawaan Malaysia dan permainan mereka untuk menyekat pelabur asing ke Malaysia," katanya.
Sementara itu, ahli Parlimen Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memulakan usaha mendapatkan sepenuhnya semua kabel-kabel berhubung Malaysia daripada sumber-sumber yang sah seperti Kedutaan Amerika Syarikat, akhbar Sydney Morning Herald, akhbar The Guardian selain Wikileaks sendiri.
Mereka juga akan membantu memulakan kempen untuk mendapatkan kesemua kabel-kabel ini untuk dinilai secara adilnya oleh rakyat Malaysia.
Ahli Parlimen Batu, Tian Chua yang juga pengarah strategik PKR petang tadi ke Kedutaan Singapura bagi menyerahkan memorandum dari PKR kepada kerajaan republik pulau itu.
Baru-baru ini laman web antarabangsa, Wikileaks mendedahkan mengenai maklumat risikan Singapura yang dihantar kepada Australia yang menyatakan Anwar memang melakukan kesalahan tersebut, akibat diperangkap oleh seteru politiknya, meskipun Anwar menyedari tentang perkara itu.
‘Maklumat’ itu yang disiarkan oleh akhbar Australia, Herald Sun (Sydney Morning Herald), menimbulkan kecaman pemimpin Pakatan Rakyat yang menyifatkan pendedahan itu sengaja di ada-adakan tanpa sebarang bukti kukuh. -Hrkh
Lepas Doktor, Hakim, Lepas Hakim Agong Pulak Dah! , at 15.12.10,
Bapak Saiful Bukhari yang kononnya bontot dia kena liwat menyerahkan sepucuk surat kepada Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin untuk menarik perhatian Seri Paduka supaya kes itu yang sedang dibicara dipercepatkan.
Orang tua berumur 57 tahun yang dikenali sebagai Azlan, ditemani tiga orang rakannya pergi ke pintu pagar Istana Negara untuk menyerahkan surat berkenaan kepada seorang pegawai istana pada jam 3 petang semalam.
Konvenyen ke 2: Cerita kejayaan, PRU 13 ,Selasa, Disember 14, 2010 at 14.12.10,
KUALA LUMPUR, 14 Dis: 2000 perwakilan dari parti-parti komponen Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP dijangka akan berhimpun di Dewan Milllenium Kepala Batas Ahad ini untuk menyertai Konvensyen Ke 2 Pakatan Rakyat.Mereka dijangka mempersiapkan Pakatan Rakyat untuk menghadapi pilihan raya umum akan datang.
Setiap parti akan menghantar 600 perwakilan tidak termasuk para pemimpin utama parti berkenaan, tetamu dan para pemerhati.
Sepanjang konvensyen, empat perwakilan setiap parti akan membahaskan perbentangan yang akan dibuat oleh tiga jurucakap utama parti masing-masing.
"Fokus akan diberikan kepada dua perkara utama dalam konvensyen ini iaitu cerita kejayaan negeri-negeri Pakatan dan mempersiap kami semua untuk menghadapi pilihan raya umum ke 13," kata Mujahid Yusof (gambar), Pengarah konvensyen ini.
Untuk mencapai tujuan itu, klip video cerita kejayaan kerajaan negeri Pakatan akan dipersembahkan kepada semua perwakilan semasa konvensyen ini.Kerajaan-kerajaan negeri Pakatan Rakyat juga akan mempamerkan kejayaan mereka melalui booth pameran yang akan mereka sediakan di konvensyen ini.
Selain Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah turut akan membuat pameran adalah kerajaan negeri Perak ketika diperintah Pakatan dan kerajaan Terengganu dari tahun 1999 ke 2004 yang tidak diketahui masyarakat tentang kejayaan mereka.
Menurut Mujahid, konvensyen ini juga akan menghasilkan 'buku oren' iaitu buku yang menggariskan polisi Pakatan dalam bentuk perincian dari Dasar Bersama yang telah diluluskan dalam konvensyen pertama tahun lepas.
"Ia berupa pra manifesto kita dalam pilihan raya umum akan datang," kata Mujahid.
Tema konvensyen kali ini adalah "Ubah Sekarang" untuk mengajak rakyat membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Video klip cerita kejayaan, booth kerajaan negeri Pakatan dan buku oren ini akan menjadi isi atau asas kenapa kita mengajak rakyat ubah sekarang," kata Mujahid.
Dalam konvensyen lepas, katanya, konvensyen telah selesaikan asas bersama iaitu penerimaan Pakatan kepada Islam agama persekutuan, kedudukan bahasa Malaysia dan juga kedudukan raja-raja Melayu.
Kali ini, kata Mujahid, pengisian akan dibuat sepenuhnya bagi mempastikan semua sektor rakyat bersedia untuk bersama-sama membuat perubahan dalam pilihan raya umum akan datang.
"Kami yakin, dengan cerita kejayaan yang telah kerajaan Pakatan buat, rakyat akan yakin kita mampu memberikan jauh lebih baik berbanding BN," katanya lagi. -Hrkh
Syarikat Induk SYABAS, Puncak Niaga Pecat 17 Kakitangannya , at 14.12.10,
Pekerja Puncak Niaga Yang Dipecat Berhimpun Tuntut KeadilanBekas kakitangan PNSB yang dipecat 30 Oktober lalu mengadakan perhimpunan secara aman di bangunan PNSB, Shah Alam. Mereka mendakwa tindakan memecat tersebut sebagai tidak adil dan tidak telus.
SHAH ALAM: Seramai 12 bekas pekerja Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) telah mengadakan perhimpunan aman berhampiran Ibu Pejabat Puncak Niaga di sini bagi membantah pemecatan mereka yang didakwa dibuat secara tidak adil dan telus.
Mereka yang berhimpun selama kira-kira satu jam itu mendakwa tindakan PNSB memecat 17 kakitangannya secara serta-merta tanpa alasan yang kukuh adalah satu bentuk penganiayaan dan meminta supaya nama mereka dibersihkan kembali.
"Perhimpunan hari ini diadakan bagi menuntut keadilan. Kami mahu nama kami dibersihkan dan kami diterima bekerja semula," kata bekas Pengurus Kanan Jabatan Operasi dan Penyelenggaraan PNSB, Kaharuddin Mohd Ali yang merupakan salah seorang daripada 17 kakitangan syarikat konsesi air Selangor itu yang dipecat.
Menurut Kaharuddin, semua kakitangan PNSB yang dipecat datangnya dari pelbagai jabatan.
Mereka yang terdiri daripada kakitangan eksekutif, bukan eksekutif dan pengurusan telah diberikan notis pemberhentian kerja 24 jam bertarikh 19 Oktober 2010.
Walau bagaimanapun, notis tersebut hanya diserahkan kepada mereka pada 30 Oktober berserta arahan meninggalkan syarikat serta-merta.
"Sebelum dipecat kami tidak pernah terima surat tunjuk sebab, surat amaran atau apa-apa tindakan disiplin mahu pun siasatan dalaman," katanya.
Dalam perhimpunan yang diadakan berhampiran bangunan PNSB yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam itu, 12 bekas pekerja terbabit membawa sepanduk dan poster yang menyatakan rasa tidak puas hati mereka kepada ahli lembaga pengarah PNSB.
Antara yang dilaungkan menerusi sepanduk termasuklah 'Exco Puncak Niaga Kejam! Pecat Kakitangan Melayu Sesuka Hati', 'Kami Dianiaya Maruah Kami Tercemar' dan sebagainya.
Tiga adik-beradik pula membawa poster berbunyi 'Ayahku Teraniaya Dibuang Kerja'.Tiga kanak-kanak ini turut memperjuangkan keadilan untuk bapa mereka.
Kaharuddin yang ditemui selepas perhimpunan itu berasa kesal kerana 15 daripada mereka yang dipecat terdiri daripada kakitangan berdisiplin, jujur dan komited dalam memberikan perkhidmatan.
"Kami dipecat secara tidak adil dan tidak diberi peluang untuk membela diri walaupun ada di antara kami yang telah berkhidmat selama lebih 15 tahun dengan syarikat ini," katanya yang telah berkhidmat dengan syarikat tersebut selama hampir 15 tahun.
Pada 8 Julai 2010, mStar Online telah menyiarkan berita awal berhubung pemecatan ini bertajuk 'Puncak Niaga Pecat Pekerja?'.
Laporan tersebut bagaimanapun telah ditarik balik pada 16 Julai 2010 setelah PNSB memberi kenyataan menafikan laporan tersebut.
"Pemecatan secara serta-merta pada 30 Oktober lalu telah membuktikan berita awal yang disiarkan mStar Online adalah benar dan sahih," kata Kaharuddin lagi.
Kaharuddin bersama rakan-rakan lain yang bernasib sama turut mendakwa pemecatan dilakukan tanpa mengikut prosedur yang betul dan tidak telus.
Empat sesi kaunseling dalam tempoh enam bulan dikatakan sebagai helah Exco PNSB bagi mengaburi pihak berkuasa untuk 'menghalalkan' tindakan mereka.
"Sesi kaunseling tersebut hanyalah berbentuk temubual. Kami juga dipaksa menandatangani Borang Penilaian Kaunseling yang tidak diketahui apa ulasannya tanpa diberikan walau satu salinan," katanya.
Hadir sama pada perhimpunan tersebut ialah Setiausaha Pejabat ADUN Kota Damansara, Sivaran Arumugam.
Pada 21 Disember ini, satu pertemuan akan diadakan di antara kakitangan PNSB yang dipecat itu dengan pihak Jabatan Perhubungan Perusahaan Selangor bagi menuntut keadilan berhubung perkara ini.
Sementara itu, pihak media cuba untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak PNSB berhubung perkara ini tetapi gagal.
Pihak petugas dan polis bantuan kelihatan mengawal pintu masuk bangunan tersebut dan tidak membenarkan wartawan dan jurugambar memasuki perkarangan bangunan PNSB selepas perhimpunan berlangsung. -mstar
Gambar2 Janda Terkaya. Yang Minat Sila masuk , at 14.12.10,
Saya sendiri payah nak memahami wanita dalam hal ini? apa yang diorang nak? Masa dia mula-mula nak kahwin dulu.. apa dalam kepala dia? Kaya? Kemewahan? Keseronokan?.. entahlah!! Mungkin jodoh dah takat tu.Antara janda-janda kaya didunia…. Kalau berani masuk… silakan..
8. Elin Nordegren menuntut Usd 600j juta (RM2 bilion) sebagai pampas an pencerainnya dengan bintang Golf dunia Tiger Woods dan dijangka memperolehi tidak kurang Usd 100j.
9. Yang terbaru perceraian artis dan model terkenal Liz Hurley dengan suaminya Arun Nayer seorang billionair. Berapa agaknya pampasan yang diperolehi?
1. Lee Kim Hua Usd 2.5 billion, umur 80, janda mendian Tan Sri Lim Goh Tong Pengerusi Genting. Mempunyai 6 orang anak.
3. Azrina Mazhar Hakim, janda Sultan Brunei. Bekas wartawan TV3 Malaysia. Sebelumnya Mazuin Hamzah juga bercerao dari kerabat istana Brunei iaitu adinda Sultan Pengiran Sufri. Entahlah berapa pampas an yang diperolehi..
Isteri arwah SM Nasimudin
6. Bekas isteri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Effendi Norwawi, Zariah Hashim @ Farida Effendi (55) akhirnya berjaya mendapat harta yang dituntut berjumlah kira-kira RM50 juta apabila kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah. Effendi, 58 telah mengahwini artis terkenal Tiara.
7.Janda Datuk K, Tengku Zawyah Tengku Izham pada 3 Julai lalu 43( 2005) mendapat bayaran tuntutan mutaah lebih RM1 juta.Tengku Zawyah menuntut satu unit banglo, satu unit kondo, dua unit rumah Semi D, dua lot tanah di Selangor dan satu unit ruang pejabat di Mid Valley serta tuntutan mutaah RM500,000. Semua tuntutan berkenaan dianggarkan bernilai lebih RM10 juta. Sekarang ni datuk K sudah bersama dengan penyanyi Datuk Siti.
8. bagaimana dengan Permaisuri A'isyah yang konterversi baru-baru ini?
Hah! Mana satu yang anda berkenan. Silalah. Segala permasalahan yang timbul harap tanggung sendiri. Ada berani? tetapi kalau poket alang-alang... baik fikir seribu kali... kalau bercerai hang nak bayar pakai apa???
Tapi kalau dah jodoh.. sapa tahu. Tapi Rasulullah menyebut sebaik-baik perhiasan diatas dunia ini adalah isteri yang solehah.
ustsaifulbahri.blogspot.com
Pulau Pinang: Guru KAFA Terima Bayaran Khas Maal Hijrah , at 14.12.10,
Guan Eng: Guru KAFA Pulau Pinang diberi bayaran khas Maal HijrahKUALA LUMPUR, 14 Dis — Kerajaan negeri Pulau Pinang mengumumkan bayaran khas Maal Hijrah RM100 kepada kesemua 1,376 guru Kelas Agama Fardu Ain (KAFA) di negeri itu, yang akan dibayar minggu ini sempena perayaan Maal Hijrah.
Bayaran itu diumumkan oleh Ketua Menteri Lim Guan Eng dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.
Dalam kenyataan itu, Lim juga menjelaskan bahawa bantuan khas sekolah sebanyak RM800 kepada setiap 7,812 anggota perkhidmatan awam negeri Pulau Pinang datangnya daripada sumber kerajaan negeri Pulau Pinang dan tidak satu sen pun datang daripada kerajaan pusat.
“Pembayaran RM800 setiap orang melibatkan RM6.25 juta, yang telah pun dibayar kepada 7,812 juta pada 1 Disember lalu,” kata beliau lagi.
Menurut Lim, penerimaan RM800 oleh kakitangan awam negeri Pulau Pinang adalah melebihi RM500 yang diterima oleh anggota perkhidmatan awam persekutuan.
“Dengan pembayaran RM500 duit raya sebelum ini dan RM800 bantuan khas sekolah sekarang, ini bermakna bahawa semua anggota pentadbiran awam negeri Pulau Pinang telah menerima RM1,300 secara keseluruhannya pada tahun ini.
“Inilah yang saya maksudkan dengan memperkayakan warga pentadbiran awam.
“Dan, saya yakin kalau kita meningkatkan prestasi kerja kita, kita akan pastikan bahawa warga perkhidmatan kerajaan negeri Pulau Pinang akan sentiasa dapat lebih daripada apa yang anggota perkhidmatan awam persekutuan ataupun kerajaan negeri lain dapat perolehi,” kata Lim lagi.
Lim menambah, penghargaan RM1,300 tahun ini kepada semua pekerja kerajaan negeri Pulau Pinang ini adalah satu pengiktirafan kerajaan negeri kepada komitmen penuh mereka dalam menjayakan agenda kerajaan negeri.
Sumbangan yang diberikan itu melibatkan 20 jabatan negeri dan turut dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP); Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP); Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC); Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Lembaga Muzium dan Balai Seni Lukis Negeri Pulau Pinang; Perbadanan Perpustakaan Awam Pulau Pinang; Institut Integriti Negeri Pulau Pinang (IINPPI); dan George Town World Heritage Incorporated.
“Pemberian Bantuan Khas Kewangan sebanyak RM800 ini melibatkan sejumlah 3,153 pegawai dan kakitangan jabatan negeri dengan implikasi kewangan sebanyak RM2.5 juta.
“Sekiranya kita mengambil kira semua termasuk Pihak Berkuasa Tempatan, Badan Berkanun Negeri dan agensi negeri, ia melibatkan 7,812 anggota dengan RM6.25 juta.
“Bantuan khas ini diberikan kepada semua pegawai perkhidmatan awam dalam pentadbiran negeri Pulau Pinang termasuk Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan setaraf termasuk pegawai yang memangku Jawatan Utama atau Gred Khas.
“Kerajaan Persekutuan telah memutuskan bahawa pemberian RM500 diberikan kepada mereka yang memegang jawatan D54 ke bawah, tetapi negeri Pulau Pinang berikan semua.
“Tidak ada seorang pun dipinggirkan daripada mendapat insentif galakan ini,” katanya.
Anwar akan saman akhbar, Dr Mahathir , at 14.12.10,

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah memberi arahan kepada peguamnya bagi mengemukakan saman ke atas beberapa akhbar dan mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berikutan dakwaan salah lapor berhubung pendedahan WikiLeaks.
Sankara Nair berkata beliau telah menerima arahan itu yang berkuatkuasa hari ini daripada ahli parlimen Permatang Pauh berkenaan. “Saya tidak boleh dedahkan butirannya kerana kami masih membincangkannya. Namun saya sahkan bahawa saman ke atas Mahathir akan dikemukakan. “Ini dijangka menarik dan sedikit ironi untuk melihat sama ada Mahathir akan mendapatkan bantuan daripada 'seterunya', Lee Kuan Yew bagi membina pembelaannya,” katanya kepada Malaysiakini. Mahathir dan Lee, mantan perdana menteri Singapura seringkali tidak bersependapat dalam banyak perkara dan hubungan kedua-dua negarawan itu dikatakan sentiasa goyah. Menurut akhbar Australia, The Sun-Herald, kabel Jabatan Negara Amerika yang bocor mendedahkan bahawa pegawai kanan kerajaan mengesahkan bahawa tuduhan liwat ke atas Anwar adalah akibat 'diperangkap' oleh musuhnya.
Ia juga mendedahkan pegawai perisikan Singapura dan menteri kanan Lee Kuan Yew (kiri, bertali leher biru) telah memberitahu pejabat Agensi Perisikan Australia bagi Penilaian Nasional (ONA), bahawa "ketua pembangkang Anwar 'memang melakukan dakwaan perilaku yang sedang dihadapinya'." Semalam, Mahathir pada sidang akhbarnya melahirkan rasa ragu-ragunya bahawa bekas timbalannya itu adalah sasaran 'perangkap seks oleh musuhnya'."Tidak, saya tak fikir ada sebarang perangkap," kata Dr Mahathir. -M'kini
Rasuah Bermaharajalela Kerana UMNO BN Terlalu Lama Berkuasa , at 14.12.10,
Untuk beberapa dekad kebelakangan, Malaysia (atau Malaya) hanya berdepan dengan dua ancaman luar, iaitu Perang Pasifik dan Konfrontasi Indonesia-Malaysia, tidak cukup untuk menjustifikasikan kos pertahanan atau kelengkapan ketenteraan yang terlampau tinggi, kata Ronald McCoy. Sebaliknya, beliau berpendapat bahawa ancaman negara kita yang sebenar adalah pertentangan antara kaum dan berleluasanya gejala rasuah.
Ronald McCoy (gambar kanan) ialah seorang doktor yang menentang senjata neuklear, menyandang jawatan Presiden Malaysian Physicians for Social Responsibility. Beliau berkata, ancaman dalaman yang berlaku termasuklah Darurat, tragedi berdarah 13 Mei dan sebagainya. Oleh sebab ancaman sebenar adalah dari dalaman, terutamanya pertentangan kaum, maka adalah tidak wajar seandainya kita perlu membelanjakan kos yang terlampau tinggi untuk kelengkapan ketenteraan.
53 tahun yang lalu menyaksikan negara kita yang berpecah-belah dengan politik perkauman yang bermaharajalela, dan didominasi kaum Melayu. Ronald McCoy menganggap bahawa kita tidak seharusnya menumpu kepada "perpaduan Melayu", "perpaduan Cina" atau "perpaduan India", kerana ini akan membuat kita untuk menumpu kepada "perpecahan Malaysia".
Dalam pada itu, usaha untuk memulihkan semangat keadilan dalam kehakiman, pentadbiran yang baik, sistem pendidikan yang sempurna adalah mustahak, katanya.
Terlalu lama UMNO-BN berkuasa
Ronald McCoy menjelaskan, banyak institusi kerajaan telah dikuasai UMNO-BN, sehingga menjadi kerajaan autokrasi yang terlalu lama berkuasa. Mereka boleh mengekalkan kuasa dengan akta yang diluluskan, untuk menjayakan agenda mereka. Misalnya, sistem perkhidmatan awam yang seharusnya bersikap neutral dijadikan alat UMNO-BN, sehingga negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat berdepan dengan sabotaj daripada mereka.
Juga, isu kematian dalam tahanan yang semakin ketara, namun komuniti doktor di Malaysia tidak cukup kuat (strong) untuk mendedahkan bagaimana tahanan dibelasah sehingga mati oleh polis. Jadi, Ronald McCoy tidak melihat apa-apa peluang untuk memperbetulkan keadaan yang sedia ada, selain menukar kerajaan.
Beliau sedar bahawa ini bukan sesuatu tugas yang enteng, tetapi rakyat harus cuba untuk melakukannya.
Ronald McCoy berkata sedemikian dalam satu forum berjudul "Ke arah Dasar Pertahanan Alternatif dalam Budaya Aman" (Towards Alternative Defence Policy in Culture of Peace), diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor, Sabtu yang lalu.
Forum ini diadakan sempena pelancaran buku baru Pengarah SUARAM, Kua Kia Soong, "Questioning Arms Spending in Malaysia". Ahli panel yang lain termasuklah Kua Kia Soong, ahli parlimen Subang R.Sivarasa, dan anggota Food Not Bomb, Yuuhan. Pengacara untuk forum yang yang menarik kehadiran kira-kira 50 orang ini ialah Susanna George. -MR
























