Ikuti Blog ini

Akta Perhimpunan Aman usaha BN sekat kebebasan


M'kini : Rang undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dibentangkan di Dewan Rakyat, semalam sama sekali bersifat mencegah atau melarang sama sekali sebarang perhimpunan di negara ini, kata bagi AJK PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin.

NONEMenurut Mohamed Hanipa (kiri) yang juga seorang peguam, tindakan menamakan rang undang-undang itu sebagai Akta Perhimpunan Aman sedangkan hakikatnya melarang perhimpunan adalah jelas satu lagi siri penipuan kerajaan BN Umno dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke atas rakyat.

Beliau juga dipetik oleh Harakahdaily sebagai berkata, mana-mana orang yang waras pemikirannya akan dengan mudah memahami sekatan terbaru yang cuba dikuatkuasakan ke atas rakyat itu.

“Sebagai peguam dan AJK PAS Pusat, saya akan mengusulkan kepada pihak PAS untuk mencabar rang undang-undang ini di mahkamah supaya ia tidak akan dimuktamadkan sebagai akta.

NONE“Pada hari ini kami peguam PAS akan melancarkan secara rasmi ‘perang’ ke atas akta zalim ini melalui saluran undang-undang yang sedia ada,” katanya.
Menyusahkan

Semalam, ketika pembentangan rang undang-undang itu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz berkata antara kandungan penting undang-undang yang dicadangkan itu, termasuk:
  • Notis awal 30 hari untuk berhimpun, kecuali mereka yang berada di kawasan yang dtetapkan oleh menteri dalam negeri.
  • Selepas memaklumkan, perhimpunan boleh diteruskan, kecuali terdapat bantahan daripada polis.
  •  Tiada protes jalanan dibenarkan.
  •  Tiada protes dalam 50 meter daripada kawasan yang dilarang, termasuk hospital, sekolah dan rumah ibadat.
Menurut Mohamed Hanipa, Akta Perhimpunan Aman sepatutnya memudahkan perhimpunan aman bukan menyusahkannya.

NONEKatanya, jika Akta Polis 1967 khususnya seksyen 27 dan 27A sudah bersifat ‘draconian dan zalim, akta yang ingin digubal ini beribu-ribu kali lebih zalim daripada Akta Polis yang ingin digantikan.

“Hanya kerajaan zalim seperti Umno sahaja berupaya terfikir untuk menggubal akta sezalim itu.

“Rang undang-undang ini juga secara jelas unconstitutional kerana ia bertentangan dengan Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.
Percepatkan ajal
Mohamed Hanipa juga dipetik Harakahdaily sebagai berkata, meskipun Perkara 10 membenarkan sebarang akta digubal oleh Parlimen untuk menghadkan perlaksanaan hak berhimpun namun had itu, katanya, tidak boleh sama sekali sampai ke tahap menghapuskan sama sekali hak rakyat kepada perhimpunan aman.

Tambahnya, secara jelas akta yang ingin digubal mempunyai motif sebegitu.

NONE“Pengalaman saya mengendalikan banyak kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram khususnya yang melibatkan ahli dan pemimpin PAS menunjukkan bahawa akta ini digubal sebagai manifestasi kekecewaan pihak kerajaan melalui Peguam Negara yang acap kali tewas di dalam kes-kes yang melibatkan tuduhan perhimpunan haram,” katanya.

Bagi beliau, akta yang ingin diluluskan di Parlimen itu memburukkan lagi wajah buruk kerajaan BN dan Peguam Negara.

“Apa pun percayalah akta ini akan mempercepatkan lagi ajal kerajaan Umno BN insya Allah,” katanya kepada akhbar rasmi PAS itu.
NONESementara itu, Keadilandaily melaporkan timbalan presiden PKR, Mohamed Azmin Ali (kanan) menyifatkan Najib sekali lagi gagal menunaikan janjinya untuk melakukan pembaharuan termasuk memberikan kebebasan terhadap hak berhimpun.

“Kita mempunyai PM yang mengamalkan dasar flip flop dan tidak tuntas, tidak menunaikan janji-janjinya dan ini sudah lama dirasai oleh rakyat,” katanya dipetik portal berita itu di  Parlimen, semalam.
Lebih teruk

Tegasnya, rang undang-undang itu tidak wajar diperkenalkan kerana perlembagaan sendiri telah memberi jaminan terhadap kebebasan berhimpun.

“Bagi kita perkara ini tidak timbul kerana perlembagaan sudah jelas, (rakyat) diberikan jaminan untuk berhimpun dengan aman. (Kerajaan) tiada keperluan untuk menggubal satu akta lain untuk mengekang kebebasan rakyat,” katanya yang juga ahli parlimen Gombak.

NONESemalam, setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng juga membidas rang undang-undang berkenaan kerana memberi lebih kuasa terhadap polis untuk menahan individu yang terlibat dalam perhimpunan aman.

"Terpulang kepada polis untuk menentukan sama ada sesuatu perhimpunan itu aman atau tidak,"  katanya lagi yang berpendapat undang-undang tersebut lebih menyekat.
Seksyen 9(5) dalam rang undang-undang berkenaan memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda ke atas penganjur sebanyak RM10,000 sekiranya tidak mengemukakan notis untuk mengadakan perhimpunan kepada polis.
Manakala Seksyen 21(3) memberi kuasa kepada polis untuk mengenakan denda sehingga RM20,000 berbanding denda sebanyak RM2,000 kepada individu yang ditahan dalam sesuatu perhimpunan.

NONETempat larangan yang dinyatakan dalam rang undang-undang berkenaan mengambil takrif kawasan yang diisytiharkan di bawah Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan 1959.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
  • Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
  • Loji rawatan air
  • Stesen penjana elektrik
  • Stesen minyak
  • Hospital
  • orang asli protest in putrajaya 170310Balai bomba
  • Lapangan terbang
  • Landasan keretapi
  • Terminal pengangkutan awam darat
  • Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
  • Tempat ibadat
  • Tadika dan sekolah. 

SPR Jangan Menyibuk Urusan Parti Politik


Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPP Malaysia) membidas tindakan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang ‘menyibuk’ terhadap urusan parti politik lain dengan mengusahakan agar Pilihanraya Umum di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara kecuali Sarawak didakan serentak.

DPP Malaysia berpendapat SPR tidak berhak masuk campur terhadap urusan pihak lain sedangkan urusan kendaliannya banyak lagi yang tidak selesai. Dari segi undang-undang tidak menyekat mana-mana kerajaan negeri untuk mengadakan pilihanraya umum secara berasingan, mengapa SPR pula ‘terhegeh-hegeh’ mahu menasihati parti politik untuk mengadakan PRU secara serentak?

Sepatutnya urusan mengadakan pilihanraya umum secara serentak atau berasingan diputuskan oleh Pakatan Rakyat atau Barisan Nasional, dan SPR tidak berhak mempertikai atau campurtangan terhadap perkara ini. Tugas utama SPR adalah melaksanakan perjalanan pilihanraya agar ia berlangsung dengan baik, sistematik, telus, dan adil. Mencampuri urusan parti-parti politik terutama pembangkang akan dilihat oleh rakyat bahawa SPR terikat dengan arahan pihak tertentu yang berkepentingan.

DPP Malaysia mengesyorkan, jika SPR benar-benar mahu menasihati pemimpin parti politik, adalah lebih baik Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohamad Yusof menasihati dahulu Perdana Menteri agar mengumumkan tarikh pilihanraya umum kepada rakyat daripada awal. Ini lebih penting supaya semua pihak dapat membuat persiapan bagi menghadapinya. Merahsiakan tarikh pilihanraya merupakan suatu tindakan yang tidak bijak kerana boleh mengganggu jadual parti politik dan rakyat keseluruhannya.

DPP Malaysia juga mencadangkan agar SPR menasihati Perdana Menteri untuk mewujudkan Kerajaan Sementara selepas pembubaran parlimen sehingga tarikh pengundian. Ini akan lebih adil kepada semua pihak yang bertanding dalam PRU ke 13 nanti. Ia boleh mengekang budaya rasuah, projek segera, penyalahgunaan kuasa dan wang dan lain-lain lagi.

Disediakan oleh;

RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysi

Dengar ni, wahai ulama'-ulama UMNO !!!

 
Kenapa umat Islam, hatta di kalangan ulama-ulama terbuang di Malaysia, tidak bersependapat dan sepakat dalam hal pelaksanaan hukum hudud? Malah mereka dilihat bertentangan antara satu sama lain. Seolah-olah hukum hudud itu ada pilihan untuk melaksanakannya atau tidak melaksanakannya. Berikutan kecelaruan itu, apakah pandangan Dato' dalam perkara ini?
Dato' Dr. Haron Din : Berlainan dan percanggahan pendapat dalam Islam adalah perkara lumrah dari dahulu hingga sekarang. Bagaimanapun perlulah diketahui bahawa berlainan pendapat itu, ada yang diharuskan syarak dan ada yang dilarang. Malah ada yang amat-amat dilarang.

Yang diharuskan adalah pada perkara-perkara/ furu'iyyah (masalah-masalah cabang) yang tidak ada nas syarak yang memastikannya. Adapun yang diharuskan berkhilaf, adalah pada ruang berijtihad pada perkara yang ada tiada nas syarak, tidak ada ayat yang menetapkan hukumnya. Lebih-lebih lagi pada perkara yang baru timbul, di mana tidak pernah berlaku sebelum ini.

Contoh jelas yang diharuskan berkhilaf. Seperti bila mana sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W tidak bersependapat, sama ada hendak menghimpun dan menulis semula Al Quran. Abu Bakar As Siddiq R.A berpendapat tidak boleh dibuat kerana Rasulullah S.A.W tidak melakukannya dan tidak pernah ada suruhan melakukannya. Oleh kerana itu beliau berpendapat, ia tidak boleh dilakukan. Manakala Umar Al Khattab R.A berpendapat, perlu dilaksanakan usaha pengumpulan dan penulisan Al Quran kerana dibimbangi akan hilang daripada hafalan ummah. Sebabnya pernah berlaku, ramai penghafal Al Quran yang terkorban syahid. Generasi kemudian akan kehilangan Al Quran. Setelah mereka bertelagah, akhirnya mereka bersetuju perlu dihirnpun dan ditulis semula Al Quran.

Demikian juga mereka bertelagah dalam memilih seorang ketua negara untuk menggantikan Rasulullah S.A.W, bagi meneruskan pemerintahan Islam. Mereka bertelagah pada memilih orang, yang akhirnya mereka bersetuju memilih Abu Bakar As Siddiq.

Dalam permasalahan hudud, perlu atau tidak melaksanakannya, telah dijawab oleh amalan Rasulullah S.A.W, para sahabat dan juga as-salafussoleh. Perlu melaksanakannya. Mereka tidak pernah bertelingkah kerana wujud nas-nas syarak yang amat jelas, menyuruh kita, khasnya pihak berkuasa agama, pada setiap generasi, pada setiap negara, wajib melaksanakannya.

Sepatutnya tidak berlaku pertentangan pendapat di kalangan ulama-ulama muktabar, khasnya ulama 'amilin (yang beramal dengan ilmunya), jika kesemua mereka benar-benar takutkan Allah dan melaksanakan perintah Allah. Bagaimanapun jika ada di kalangan mereka, yang takut akan kehilangan maslahat keduniaan, daripada kemurkaan Allah Taala dan azabnya, maka akan berlakulah apa yang anda ajukan pada persoalan di atas, bahawa ada ulama bertelingkah.

Setiap satu dalam kesalahan hudud (mencuri, merompak, berzina, menuduh zina, meminum arak, murtad) semuanya telah ditetapkan Allah hukumannya di dalam Al Quran (dan terang hukumnya) dan juga hadis-hadis sahih, maka pelaksanaannya adalah wajib.

Seperti Allah Taala memerintahkan kita melaksanakannya dalam perintah-Nya menerusi ayat (mafhumnya), "Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu daripada sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah daripada dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan daripada umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik". Surah Al Maidah:49

Di kalangan ulama-ulama muktabar tidak berlaku khilaf dalam kewajipan melaksanakannya. Ini kerana mempertikaikan kewajipannya, adalah bererti melawan dan mempertikaikan hukum Allah yang sabit wajibnya. Jika berlaku demikian, maka bererti mereka melawan hukum Allah. Mengendalakan hukum Allah, mempertikaikan hukum Allah adalah menentang Allah. Firman Allah (mafhumnya), "Tidakkah mereka mengetahui bahawa sesiapa yang menentang (perintah-perintah) Allah dan RasulNya, maka sesungguhnya adalah baginya neraka Jahannam serta ia kekal di dalamnya? Balasan yang demikian adalah kehinaan yang besar". Surah At Taubah:63

Ayat-ayat yang sedemikian maksudnya, banyak berulang dalam al-Quran. Antaranya firman Allah (mafhumnya), "Orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan RasulNya, mereka tetap ditimpa kehinaan sebagaimana orang-orang yang terdahulu daripada mereka ditimpa kehinaan; kerana sesungguhnya Kami telah menurunkan keterangan-keterangan yang jelas nyata. Dan bagi orang-orang yang kafir disediakan azab seksa yang menghina.

"Sesungguhnya orang-orang yang menentang (perintah) Allah dan Rasul-Nya, mereka termasuk dalam golongan yang amat hina. Surah Al Mujadilah, ayat 5 dan ayat 20.

Ulama muktabar atau ilmuan yang terbilang, tidak mungkin bertelingkah kerana mereka tahu akibat penentangan itu akan menghadapi seksa Allah yang amat keras menunggu mereka. Ada kalangan ulama yang menjadi ahli politik, menggunakan akal pendek mereka dan menilai kepentingan dan pulangan-pulangan duniawi, atau membela dan mempertahankan kedudukan, atau kepentingan-kepentingan khusus, yang mereka berselindung di sebalik kalimah (bahasa) yang seolah-olahnya mereka bukan menentang, tetapi sebenarnya menentang.

Ini kerana dalam hati mereka, mereka tidak mahu melaksanakan hukuman hudud. Sebenarnya hukum-hukum hudud tidak ada pilihan bagi kita, melainkan mencari jalan yang terbaik untuk melaksanakannya, dan sama-sama menggalas amanah untuk memahamkan masyarakat tentang kebaikan hukuman itu, bagi dilaksanakan sebaik-baiknya tanpa sebarang kecelaruan.

Kaji semula kerusi runsingkan Najib

SAFAR JUMAAThttps://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-jRnYl0hGkVFEeuyL0gyphL7Jc_vzZezthEA3Ws1pehqgu57Tn5MEJgawPjq_9wUIbpWMIiJxgQHBBF1Pzan0hK8d2T7XfsdV-XWNzFGed6VlTfJ49ABsB4ibmelUS6giblDs4TPHN6o/s1600/najib-pening1.jpg
DARI beberapa kenyataan Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Mohd Shafie Apdal, persefahaman antara komponen BN mahu dikaji semula – iaitu mana-mana kawasan yang Melayu majoriti, mestilah diletakkan calon Umno manakala, MCA, Gerakan dan MIC/PPP memerlukan “kajian semula”.

Shafie sudah banyak kali bercakap perkara yang sama dan dua lagi Naib Presiden Umno, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Dato’ Seri Hishammuddin Hussein juga pernah menyindir mengenai kawasan-kawasan yang diwakili calon-calon dari parti komponen, tidak semestinya dikekalkan, jika mahu melihat BN kembali memenangi Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU 13).

Presiden MIC, Dato’ Palanivel sudah menekankan, MIC tetap tidak akan berganjak dengan jumlah kerusi yang diperuntukan dan tidak mahu berbincang lagi untuk mengurangkannya walaupun dalam PRU12, Mac 2008 yang lalu, parti itu senasib dengan Gerakan, PPP dan MCA tewas banyak kerusi.

Jadi, apabila Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Razak bercakap di depan ahli-ahli Mubarak (Persatuan Bekas Wakil Rakyat) di Seri Perdana, 10 November lalu bahawa calon BN kali ini tidak kisah berapa usia mereka, berapa kali sudah bertanding, asalkan boleh menang, akan diletakkan sebagai calon.

Ketika itu, tentunya ada bekas-bekas wakil rakyat yang merasakan Najib masih memerlukan mereka, kerana faktor umur bukan menjadi alasan bagi Najib hendak memilih calon – tetapi percayalah, PM Najib hanya “menanam tebu di tepi bibir” kerana bimbang jika bekas wakil rakyat bertindak melompat meninggalkan BN menjelang PRU13.

Cakap-cakap Najib mengenai calon, tidak boleh dipegang sangat. Maklumlah, beliau hendak mengambil hati sesiapa sahaja yang berada di depannya.

Maknanya, siapa audiennya, itulah lenggok beliau bercakap. Tetapi bila tiba pilihan raya kecil, di beberapa kawasan, lain nada ucapannya.

Ambil contoh Pilihan Raya Kecil Kerdau, Melimau dan Tenang. Najib mengatakan BN memerlukan seorang yang berpelajaran, muda dan disukai pengundi. Tetapi apabila sampai masa Pilihan Raya Negeri Sarawak, Najib tidak mempunyai cukup keberanian menyebut BN memerlukan calon-calon muda dan disukai pengundi bagi mengelakkan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkecil hati.

Jadi, mana-mana calon yang sudah melebihi dua penggal, berusia lebih dari 60 tahun (usia pencen bagi penjawat awam), usahlah berangan-angan mahu menjadi calon dalam PRU13 akan datang.

Najib berjanji “tidak kira berapa umurnya dan sudah berapa kali bertanding” hanya mahu meredakan keadaan panas politik dalaman BN.

Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor misalnya, Najib hampir-hampir tidak mampu menyelesaikan masalah, apabila Palanivel dikatakan berkeras mahu menjadi calon di situ, sedangkan Umno Bahagian Hulu Selangor mahukan calon lain, selain daripada Palanivel.

Itulah sebabnya, ketika Timbalan Pengerusi BN membuat pengumuman calon, kelibat Palanivel kelihatan dengan alasan ada tugasan lain.

Hakikatnya, dia tidak dapat menerima “campur tangan” Umno di dalam menentukan calon BN yang mewakili MIC.

Apakah Umno berani bersuara untuk kerusi Parlimen Teluk Kemang yang lazimnya diwakili MIC tetapi kali ini, meletakkan calon Umno mewakili BN? Begitu juga dengan kerusi Parlimen Sungai Siput dan Klang?

Begitu juga beberapa kerusi Dun yang agak panas, antaranya Dun Batu Caves yang secara tradisinya diwakili MIC tetapi kini rancak diperkatakan mahu diwakili calon Umno.

Kebetulan calon MIC di Dun Batu Caves dalam PRU 12, T Mohan tewas kepada calon KeADILan, Amiruddin Shaari.

Itu cerita MIC. Belum lagi cerita MCA yang tentunya berkeras tidak mahu bertolak ansur dalam mengurangkan jumlah kerusi yang mereka tandingi kerana rekod sebelum ini, dalam PRU 1999, undi pengundi Cina menyelamatkan BN daripada kehilangan banyak kerusi.

Strategi bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, satu-satu kawasan pilihan raya, pengundi Cina dikehendaki mewakili 40 peratus manakala pengundi Melayu 60 peratus. Ini kerana dalam isu pemecatan Dato’ Seri Anwar Ibrahim dari Umno, BN kehilangan banyak undi Melayu tetapi undi Cina betul-betul memberi BN peluang untuk berkuasa.

Namun, strategi Dr Mahathir itu hanya sesuai untuk PRU 1999 dan ia sudah tidak relevan dalam PRU 2008 apabila undi Cina berpihak kepada Pakatan Rakyat dan di beberapa tempat, pengundi Melayu juga menolak BN.

Nyata, dalam beberapa pilihan raya kecil ternyata pengundi Cina masih belum mahu kembali menyokong BN dan BN menang dengan undi Melayu yang dikatakan bertambah tetapi, mereka yakin undi India tidak merudum seperti PRU 12.

Selagi Najib tidak yakin BN mampu mengutip 15 peratus sokongan di setiap kerusi Parlimen, Najib tidak akan mahu mencadangkan pembubaran Parlimen kerana memetik kata-kata Najib, bahawa PRU 13 adalah pilihan raya yang paling sengit.

Dari 222 kerusi Parlimen, BN memerlukan 112 untuk kembali berkuasa. Setakat ini, TPM Muhyiddin dikatakan hanya yakin BN hanya mampu menang selesa di 90 kerusi dan 22 kerusi lagi dalam kedudukan 50-50.

Itulah sebabnya, Muhyiddin diberi tugas oleh Najib supaya memberi tumpuan kepada kawasan-kawasan yang berpotensi menang tetapi kemungkinan kalah jika berlaku krisis dalaman.

Di Johor, khabarnya Menteri Besar, Dato’ Abdul Ghani Othman memberi tumpuan khusus kepada 10 kerusi Parlimen yang dilihat kemungkinan tumbang, berdasarkan pengalaman kekalahan Parlimen Bakri dalam PRU12, 2008 yang lalu.

Najib sendiri kurang yakin untuk menang semula Kedah dan ingatannya kepada ketuaketua bahagian di Kedah supaya berubah jika tidak mahu rebah, nampaknya tidak mendapat kerjasama yang baik daripada kepimpinan di peringkat bahagian di sana.

“Simpanan Tetap” Sabah dan Sarawak juga merunsingkan Najib ekoran keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak beberapa bulan lalu, tidak seperti yang diharapkan.

Rakyat MESTI luluskan RUU Tukar Kerajaan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 bukan bertujuan untuk mengembalikan kebebasan dan hak Raykat untuk berhimpun, sebaliknya memperbanyakkan perkara yang 'Tidak Boleh' dilakukan.

Secara tersembunyi atau tersirat, pihak polis diberikan tambahan kuasa dan Rakyat mendapati ruang untuk bersuara semakin disekat, antara lain, perhimpunan aman di jalan-jalan raya diharamkan sepenuhnya. 

Jika berterusan Rakyat dibodoh dan diperlembukan dengan pelbagai pelan transformasi Najib yang semakin menyekat dan menghalang hak dan kebebasan Rakyat, maka Rakyat tidak punyai pilihan lain selain meluluskan 'Rang Undang-undang Tukar Kerajaan Persekutuan' melalui peti undi dalam Pilihan Raya Umum yang ke-13 nanti.

Di dalam Buku Jingga telah digariskan pelbagai transformasi yang cukup jelas yang memang mampu dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat sekiranya Rakyat memberikan mandat kepada PR mentadbir kerajaan Persekutuan selepas Pilihan Raya Umum ke-13 nanti, InsyaAllah.
Polis diberi lebih kuasa sekat perhimpunan

Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 yang dicadangkan akan memberi polis lebih banyak kuasa, terutamanya berhubung sekatan dan syarat-syarat untuk berhimpun.

Seksyen 15 rang undang-undang itu menyatakan polis boleh mengenakan sekatan ke atas suatu perhimpunan bagi maksud keselamatan atau ketenteraman awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

Seksyen 15 (2) (h) pula membenarkan Ketua Polis Daerah membuat keputusan mengenai:
  • tarikh, masa dan tempoh perhimpunan;
  • tempat perhimpunan;
  • cara perhimpunan;
  • kelakuan peserta semasa perhimpunan;
  • pembayaran kos pembersihan akibat daripada mengadakan perhimpunan;
  • apa-apa faktor alam sekitar, sensitiviti budaya atau agama dan kepentingan sejarah yang ada pada tempat perhimpunan;
  • kebimbangan dan bantahan orang yang mempunyai kepentingan; atau apa-apa perkara lain yang difikirkan perlu atau suai manfaat oleh pegawai yang menjaga daerah polis berhubung dengan perhimpunan itu.
Mereka yang melanggar sekatan dan syarat boleh didenda tidak melebihi RM10, 000.

Sebelum ini, perkara-perkara berkaitan perhimpunan awam diselia mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1964, yang menyatakan bahawa permit mesti diperolehi bagi mana-mana perhimpunan awam tetapi tidak syarat-syaratnya tidak dinyatakan secara terperinci.

Sekiranya penganjur tidak bersetuju dengan larangan itu, rayuan boleh dikemukakan kepada Menteri Dalam Negeri yang perlu memberikan jawapannya dalam masa enam hari.

Walau bagaimanapun, rang undang-undang ini tidak menetapkan sama ada keputusan menteri adalah muktamad atau sama ada ia boleh dicabar di mahkamah.

Ia juga menyatakan bahawa perhimpunan perlu mengambil kira sensitiviti budaya dan agama,  tetapi butiran tidak ditakrifkan.

Tempat larangan

Seksyen 25, rang undang-undang itu pula menyatakan bahawa menteri boleh, melalui pemberitahuan dalam Warta, menetapkan mana-mana tempat sebagai suatu tempat perhimpunan yang ditetapkan.

Ia juga menetapkan, bagi mengelakkan keraguan, mana-mana orang yang menganjurkan atau menyertai perhimpunan yang diadakan di tempat perhimpunan yang ditetapkan hendaklah mempunyai tanggungjawab yang sama sebagaimana seorang penganjur dan peserta.

Walaupun undang-undang yang dicadangkan itu tidak menetapkan tempat yang boleh digunakan untuk perhimpunan, namun beberapa kawasan-kawasan dengan jelas dinamakan sebagai kawasan larangan. Ini termasuk.
  • Empangan, takungan dan kawasan tadahan air
  • Loji rawatan air
  • Stesen penjana elektrik
  • Stesen minyak
  • Hospital
  • Balai bomba
  • Lapangan terbang
  • Landasan keretapi
  • Terminal pengangkutan awam darat
  • Pelabuhan, terusan, limbungan, dermaga, jeti, jambatan dan marina
  • Tempat ibadat
  • Tadika dan sekolah
Malaysia Kini

Bukti kuat pilihanraya umum ke 13 bukan tahun ini!

KHABAR angin yang bertiup kencang bahawa Pilihanraya Umum ke 13 akan berlangsung pada bulan Disember ini, bolehlah dianggap sebagai sesuatu yang tidak tepat berdasarkan satu keratan notis pekeliling yang menunjukkan situasi yang sebaliknya akan berlaku.

Dalam satu notis yang dikeluarkan oleh Pegawai Daerah Klang itu mengarahkan supaya semua sewaan Dewan Serbaguna Pejabat Daerah Klang untuk sebarang majlis termasuk perkahwinan bagi bulan Januari, Februari, Mac dan April 2012 ditutup buat orang ramai.

Ini adalah bertujuan untuk persediaan Pilihanraya Umum ke 13 yang bakal berlangsung pada bila-bila masa sahaja.

Sudah pastilah Pegawai Daerah tersebut telah menerima 'hint" atau isyarat dari pihak atasan mereka sebelum bertindak mengeluarkan arahan tersebut.

Nampaknya rakyat Malaysia terutamanya di Daerah Klang harus mengatur semula jadual perkahwinan jika merancang berkahwin pada sekitar empat bulan tersebut.

Demi mengelakkan masalah-masalah yang bakal timbul kelak jika terdapat kekangan untuk menyewa dewan serbaguna ini.

Mungkin mereka terpaksa mengeluarkan lebih perbelanjaan untuk mengadakan resepsi perkahwinan di hotel-hotel terkemuka jika perubahan jadual tidak dielakkan.

Nampaknya bajet juga akan bertambah, kecuali mereka berlumba-lumba untuk mengadakan majlis pada dua bulan terakhir ini, November dan Disember 2011.

Sumber: Free Malays

Nusantara : Dua Penyokong Indonesia MATI Kerana KUNCI Ambulans HILANG

Polis membawa keluar seorang penonton yang pengsan pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 malam tadi.

JAKARTA – Kepedihan warga Indonesia malam tadi semakin bertambah apabila menerima perkhabaran dua penyokong fanatik mereka terkorban di sektor 15 Stadium Utama Gelora Bung Karno (SUGBK) kerana dipijak penyokong lain.

Maklumat yang diperolehi dari pasukan perubatan, salah seorang mangsa dikenali sebagai Reno Alvino, salah seorang drummer band DOT. Manakalan seorang lagi masih belum dikenal pasti.

Peristiwa tragis tersebut berlaku di salah satu pagar di Sektor 15 yang sesak sehingga kedua-dua mangsa yang berada di antara ribuan penyokong terjatu dan dipijak-pijak penonton lain.

"Seorang bernama Reno Alvino dan yang lainnya belum diketahui. Semuanya telah dibawa ke RSCM,", katar Adjie Kurnanto, salah seorang pasukan perubatan yang ditemui di lokasi kejadian, Isnin (21/11/2011)

Keduanya sempat dibawa ke hospital, tapi proses membawa mangsa keluar daripada stadium tertunda karana kunci ambulans yang paling hampir hilang. Sementara itu, ia terpaksa mengambil masa yang lama untuk meminta bantuan ambulans yang lain. Selepas perjalanan dimulakan, proses kelancaran membawa mangsa keluar juga turut terganggu kerana masalah kesesakan lalu lintas di sekitar stadium yang teruk.

Sebelum itu sudah ada 6 mangsa yang mengalami kecederaan ringan dan berat akibat keriuhan ketika berlangsungnya pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011. Semua mangsa dibawa ke Rumah Sakit Angkatan Laut (RSAL) Mintohardjo.

Demi Maruah Najib Mak Tiri Nazifuddin Perlu Letak Jawatan

TUP tup cucu Tun Razak Husseian yang baru hendak berniaga telah meletak jawatan sebagai pengarah bukan eksekutif syarikat Harvest Court Industeries. Sebabnya ialah kerana saham syarikat dimana beliau menjadi pengarah naik berdecung. Saham HC yang hanya 8 sen naik menjadi RM2.14 selepas Nazifuddin anak lelaki kedua Najib dengan Tengku Puteri Zahariah menjadi pengarah.

Kenaikan itu menyebabkan timbul berbagai-bagai spekulasi dan kurang senang di pihak Ha Najib. Sebenarnya menjadi perkara biasa di negara ini mana-mana syarikat atau apa sahaja badan yang membabitkan anak pembesar akan mendapat perhatian. Kalau ia membabitkan syarikat bersaham, sahamnya akan naik dan orang akan berebut untuk mendapat peluang kaya cepat. Syarikat berkenaan tidak payah berpengalaman, famous tetapi cukup kalau didalamnya ada anak orang besar ia akan maju.

Bukan saja di zaman Ha(ji) Najib menjadi PM. Masa Dr Mahathir jadi PM pun mana-mana saham yang ada kroni Mahathir atau anaknya naik mengejut. Misalnya waktu itu apa saja membabitkan Daim Zainuddin yang dikenali senbagai kroni Mahathir, apa saja syarikatnya akan mendapat perhatian. Mana-mana syarikat saham yang ada kepentingan Daim akan naik melambung. Terbitan awam sahamnya selalu terlebih langgan berkali-kali ganda. Waktu itu Daim tidak payah berniaga komediti seperti sawit atau logam emas, berniaga garam pun syarikat dia menjadi tumpuan ramai.

Begitu juga syarikat saham yang ada kaitan dengan menteri dan PM akan naik. Waktu Anwar Ibrahim dalam Umno, syarikat yang ada sangkut paut dengan kroninya juga akan naik berdecun. Banyak kawan-kawan Anwar yang menjadi kaya raya dan membina empayar hanya semalamannya saja. Itu semua bukan apa, kerana berkat Anwar sebagai TPM.

Cuma kalau tidak berapa nak naik pun syarikat yang ada kepentingan dengan bekas PM Abdullah Badawi. Entah kenapa, syarikat yang ada sangkut paut dengan Abdullah lumpuh begitu saja?

Kerana kebiasaan dan tradisi itu ia tidak menjadi pelik kalau syarikat anak Najib itu sahamnya naik mendadak. Sebaliknya adalah pelik kalau saham tidak naik. Naik turun saham di Security Malaysia boleh mejadi penunjuk dan penanda aras tentang popular atau tidak, wibawa atau tidak seseorang itu.

Justeru kenapa Nazifuddin perlu letak jawatan. Apakah dia bimbang kehadirannya di situ boleh menjejaskan reputasi dan karja bapaknya Ha(ji) Najib? Begitukah perkirannya.

Pada saya Nazifuddin tidak perlu meleaps jawatan dan keluar dari syarikat itu. Stretagi syarikat HC itu mengambil Nazifuddin untuk melonjakkan sahamnya sudah kena. Strategi bijak. Sesebuah syarikat mahukan wang. Pengampungan sahamnya kepada umum untuk mendapat wang bagi menambah aktiviti atau modal pusingan perniagaan perkara biasa. Ternyata setelah ia melantik Nazifuddin ia mampu melonjakkan sahamnya berribu kali ganda.

Apakah perletakan jawatan itu atas nasihat para penyamun terbus yang mengelilingi Ha Najib? Para penasihat Najib telah menasihatkan Nazifuddin supaya melepaskan jawatan kononnya demi menjadi Najib. Begitukah? Dan apakah ada orang dalam keluarga Najib sendiri cemburu dengan prestasi syarikat itu yang akan memberi keuntungan kepada Nazifuddin? Perlu disedari Nazifuddin adalah anak Najib dengan isteri pertamanya Puteri Zahariah atau Ku Yie.

Kalaulah para penasihat Najib ala-ala Apco itu bermaksud demikian, Nazifuddin perlu melepaskan untuk tidak menimbulkan masalah kepada bapanya, pendapat itu salah sebenarnya. Nazifuddin tidak akan memberi apa-apa kesan langsung kepada kedudukan bapaknya. Pembelian saham Haverst Court itu tidak sedikitpun menjejaskan reputasi Najib sebagai pemimpin. Ia adalah perniagaan yang bukan dibayangi oleh Najib.

Kalau reputasi dan maruah Najib sebagai PM hendak dijaga, bukan Nazifuddin yang perlu letak jawatan atau jadi mangsa keadaan. Yang patut "meletak" jawatan dan "melepas" jawatan ialah ibu tirinya Rosmah Mansor. Banyak kegiatan dan penampil serta penglibatan Rosmah yang telah memburukan imej Najib. Kalau di check dan diperiksa apa yang menjadi sebutan di luar sana ialah tentang Rosmah bukan Nazifuddin. Orang memperkatakan mengenai Rosmah bukan Nazifuddin.

Rosmahlah yang dikaitkan kononnya beliau telah memberi keburukan kepada Najib. Gelagat, penampilan dan juga hobi memiliki aksesori mewah bernilaian jutaan ringgit telah menjejaskan reputasi Najib. Yang dikaitkan dengan projek Permata yang diberikan peruntukan RM1 juta dalam Bajet tahun lalu bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikaitkan dengan kepala terbuka dan bolos bukan Nazifuddin tetapi Rosmah.

Yang dikatakan berperangai seperti Imelda Marcos bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikatakan menggunakan bomoh dan digelar wanita puaka bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikaitan dengan pembelian cincin bernilai RM24 juta bukan Nazifuddin tetapi Rosmah. Yang dikatakan terlibat dalam pembunuhan Altantuya bukan Nazifuddin tetapi Rosmah? Semua Rosmah, Rosmah dan Rosmah.

Sebenarnya sebelum Nazifuddin melepas jawatan sepatut satu referendum dibuat oleh kalangan penasihat Apco Najib siapakah yang lebih memburukkan Najib, Rosmah atau Nazifuddin?

Saya percaya dan yakin perletakkan jawatan Nazifuddin sebagai pengarah bukan eksekutif dan tetap memegang saham bernilai 3,982000 itu boleh membaik pulihkan imej Najib yang dicemari oleh kegiatan dan penampilan serta gaya hidup mewah mak tirinya, si Rosmah. Kalau benar Najib mahu pulihkan imej, menghindarkan orang bercakap mengenai keburukannya penasihat perlu menasihatkan Rosmah meletakkan jawatan bukan Nazifuddin.

Mungkin kalau Rosmah meletak jawatan dari segala jawatan yang dipegangnya, imej Najib akan pulih sedikit. Ha Najib perlu sedar yang isterinya sudah banyak mengoyak dan merobekkan maruahnya sebagai suami dan juga perdana menteri Malaysia. Memahami itu bagi saya perletakan Nazifuddin itu bukanlah penawar untuk menjaga reputasi Najib tetapi ia disuruh berbuat begitu kerana ada sangkut paut dengan dengki khianat orang di keliling Najib terhadap Nazifuddin.

Imej dan maruah Najib tetap akan seperti persepsi hari ini selagi Romah tidak melepas jawatan. Saya teringat kata-kata bekas pemimpin tertinggi Indonesia, katanya kalau Bapak Najib jadi Perdana Menteri dia bakal berhadapan dengan masalah bukan dengan parti oposisi tetapi dengan isterinya sendiri Ibu Rosmah. Apa yang pernah diucapkan oleh pemimpin itu nampak menjadi kenyataan. Pemimpin itu ada menyebut apakah tindakan yang perlu Najib lakukan, tetapi biarlah saya cerita di posting lain.

AKTA BARU GANTI ISA BEBAS TAHAN TANPA BICARA



Undang-undang baru yang akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1960 yang akan dimansuhkan tetap mengekalkan amalan penahanan tanpa perbicaraan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata amalan itu perlu untuk memerangi kegiatan militan dan keganasan.

Bernama melaporkan beliau memberikan contoh beberapa negara yang menguatkuasakan amalan itu sebagai salah satu elemen untuk memerangi keganasan antaranya melalui Patriot Act di Amerika Syarikat dan Anti-Terrorism Act di United Kingdom dan Australia.

"Seperti Patriot Act di AS, seperti Anti-Terrorism Act di UK dan Australia, yang semuanya (negara itu) memperjuangkan hak asasi manusia, dan mereka sedar dalam berurusan dengan militan dan kegansaan, mereka perlu mempunyai akta sedemikian.

"Malahan terdapat beberapa rakyat Malaysia yang sedang ditahan di kem tahanan di Guatanamo tanpa perbicaraan selama beberapa tahun...kerana mereka telah ditahan oleh pihak berkuasa AS. Jadi jangan bersikap berat sebelah dan kita tidak mahu bersikap hipokrit dalam perkara ini," katanya.
 
... memang dasar tali barut AS...

NFC biayai RM32,000 pakej umrah suami, anak Shahrizat

KUALA LUMPUR : KEADILAN membongkar pendedahan lebih mengejutkan berhubung skandal National Feedlot Corporation (NFC) apabila syarikat itu membiayai pakej umrah bernilai RM31,580 atas nama Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail dan Wan Shahinur Izran Mohamad Salleh.

Pembiayaan umrah melibatkan suami dan anak Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil itu didedahkan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution di parlimen hari ini.

“(Sebelum ini) kita dah dedahkan tentang pembelian kondo mewah, lawatan keluar Negara, dan dana subsidi yang dimilik Shahrizat Jalil dan kali ini berkenaan dengan bayaran pakej umrah Salleh dan anaknya pun sekali,” kata Saifuddin dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

“Sampai bila nak dihentikan, lepas ni nak belanja apa pula?” soal Ahli Parlimen Machang itu.

Turut hadir dalam sidang media berkenaan ialah Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dan Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamaruddin yang turut membongkar pelbagai penyelewengan NFC sebelum ini.

Menurut Saifuddin, KEADILAN mempunyai bukti jelas bagaimana arahan agar pembayaran bagi pakej umrah menggunakan dana awam itu datangnya dari pejabat Pengerusi Eksekutif NFC sendiri.

Selain perbelanjaan bersifat peribadi menggunakan dana awam, lebih membimbangkan pelbagai urus niaga dan pemindahan wang dikesan melibatkan syarikat-syarikat milik keluarga Shahrizat di Singapura.

Justeru, KEADILAN menggesa supaya Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC) dan polis menyiasat segala urus niaga antara NFC, National Meat and Livestocks Corporation (NMLC) dan Real Food Company (RFC) dengan syarikat-syarikat di Singapura.

Menurut Saifuddin, dua syarikat tersebut ialah Global Biofuture Pte Ltd dan Meatworks Singapore Pte Ltd.

Semakan KEADILAN juga menunjukkan sehingga akhir Jun 2010, Global Biofuture berhutang dengan RFC sebanyak RM939,495.

Meatworks Singapore Pte Ltd pula bertanggungjawab menguruskan beberapa restoran mewah milik keluarga Datuk Seri Shahrizat di Singapura.

Menurut Saifuddin lagi, semakan penyata kewangan menunjukkan pada akhir Jun 2010, Meatworks Singapore berhutang dengan RFC sebanyak RM2,416,815.

E coli dalam air Kelantan, propaganda Utusan terbongkar!

 
SEPERTI biasa, kalau tanya kambeng, kambeng pun tahu bahawa akhbar milik Umno, Utusan Malaysia memang kerjanya mengampu Najib dan memburuk-burukkan negeri Pakatan Rakyat.

Propaganda terbaru Utusan Malaysia untuk menipu orang kampung, ayam itek, lembu dan kambeng adalah berkenaan isu air di Negeri Kelantan yang dikatakan dicemari oleh bakteri Ecoli.

Seperti biasa, komen entah siapa-siapa akan digunakan kononnya bagi mewakili rakyat Kelantan yang kecewa dengan pengurusan air di negeri Kelantan sekaligus menanam propaganda untuk memburukkan negeri Pakatan Rakyat.

Namun begitu, laporan Utusan Malaysia ini jelas sekali berniat jahat. Melalui dokumen yang didedahkan, Kelantan bukanlah satu-satunya negeri yang bekalan airnya tercemar oleh bakteria Ecoli, malah negeri lain juga begitu.

Satu dokumen laporan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara, SPAN mendedahkan bahawa bekalan air di Negeri Perlis memiliki kadar pencemaran bakteria Ecoli yang paling tinggi dalam negara iaitu 1.21% diikuti Pahang (1.12%), Perak (0.90%), Kelantan (0.88%) dan Johor (0.55%).


Negeri Perdana Menteri, iaitu negeri Pahang sendiri memiliki pencemaran bakteri Ecoli dalam bekalan air yang lebih tinggi berbanding negeri Kelantan. Namun Utusan Malaysia hanya tahu melaporkan pencemaran di negeri Kelantan sahaja.


ReJaM© "Itulah kerja Utusan, menyebarkan propaganda memperbodohkan rakyat"

TG Nik Aziz ucap tahniah pertahan pingat emas

Malaysian players celebrate upon winning their SEA Games soccer final match against Indonesia, at Gelora Bung Karno in Jakarta, Indonesia, Monday, Nov. 21, 2011. Malaysia won the game 5-4 through penalty shootout.
Malaysian players celebrate upon winning their SEA Games soccer final match against Indonesia, at Gelora Bung Karno in Jakarta, Indonesia, Monday, Nov. 21, 2011. Malaysia won the game 4-3 through penalty shootout.
Malaysian players celebrate upon winning their SEA Games soccer final as Indonesia's goalkeeper Kurnia meiga, bottom, reacts at Gelora Bung Karno in Jakarta, Indonesia, Monday, Nov. 21, 2011. Malaysia beat Indonesia 5-4 through penalty shootout.
Malaysian players celebrate upon winning their SEA Games soccer final match against Indonesia, at Gelora Bung Karno in Jakarta, Indonesia, Monday, Nov. 21, 2011. Malaysia won the game 5-4 through penalty shootout.
Indonesian players react after losing their SEA Games soccer final match to Malaysia, at Gelora Bung Karno in Jakarta, Indonesia, Monday, Nov. 21, 2011. Malaysia won the game 5-4 through penalty shootout.
Indonesian players react after losing their SEA Games soccer final match to Malaysia, at Gelora Bung Karno in Jakarta, Indonesia, Monday, Nov. 21, 2011. Malaysia won the game 4-3 through penalty shootout.
Malaysia's Omar Mohd Asraruddin (L) and teammates celebrate after he scored a goal against Indonesia during the final match at the 26th Southeast Asian Games (SEAGAMES) on November 21, 2011 in Jakarta. Indonesia was tied with Malaysia 1-1 in the first half.
Malaysia’s Omar Mohd Asraruddin (L) and teammates celebrate after he scored a goal against Indonesia during the final match at the 26th Southeast Asian Games (SEAGAMES) on November 21, 2011 in Jakarta. Indonesia was tied with Malaysia 1-1 in the first half.

KUALA LUMPUR, 21 Nov: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan tahniah kepada pasukan bola sepak negara yang berjaya mempertahankan pingat emas Sukan Sea 2011, sebentar tadi.

“Tahniah saya ucapkan kepada pasukan bola sepak Malaysia yang baru sahaja memenangi pingat emas di Sukan Sea dalam aksi final yang mendebarkan sebentar tadi.

“Semoga pasukan bola sepak negara terus mengukir kecemerlangan,” ujarnya yang juga Menteri Besar Kelantan menerusi twitter.

Pasukan kebangsaan menewaskan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti selepas terikat 1-1 dalam masa 120 minit pada perlawanan akhir di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta.

Pasukan tuan rumah mendahului 1-0 apabila Gunawan menanduk masuk pada minit kelima manakala Malaysia menyamakan kedudukan menerusi tandukan Asrarudin Putra setengah jam kemudian. -Hrkh




Siapa Kencing Muhyiddin?


Konvensyen Media Sosial 1Malaysia, Diumpan Cabutan IPAD2, Samsung Tab

PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak melancarkan Konvensyen Media Sosial 1Malaysia menerusi tablet iPad di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto Rosdan Wahid

Patutlah ramai, dikhabarkan antara 1500-2000 yang hadir. Mereka yang hadir diumpan dengan hadiah cabutan bertuah seperti IPAD2, Blackberry Torch, Samsung Tab 10.1 dan iPhone4 yang disediakan kepada peserta yang bertuah. Hadiahnya ribu-ribu tentulah memikat. Itulah yang disebut blogger Umno yang menghadirinya.

Guan Eng: Pakatan sepakat tentukan tarikh pilihan raya DUN

Lim berkata tidak mahu mengecewakan rakyat Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan. — Foto fail
SERDANG — Lim Guan Eng hari ini berkata kepimpinan Pakatan Rakyat secara bersama akan menentukan sama ada Pulau Pinang perlu mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri serentak dengan pilihan raya umum nasional, yang dijangka dipanggil dalam waktu terdekat.
Khamis lalu, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengumumkan beliau tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika pilihan raya umum Parlimen diadakan sebelum Jun depan.
“Itu keputusan Tan Sri Khalid. Sudah tentu beliau ada prerogatif untuk ambil keputusan itu.
“Tetapi pada masa yang sama, meskipun Menteri Besar atau Ketua Menteri ada prerogatif, saya mengambil pendekatan berbeza, saya mahu berunding dengan rakan-rakan saya dalam Pakatan Rakyat,” kata Ketua Menteri Pulau Pinang ini selepas Persidangan Tahunan DAP Selangor di sini.
Lim yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, beliau tidak mahu mengecewakan rakyat negeri Pulau Pinang memandangkan Bajet 2012 baru sahaja diluluskan.
Baru-baru ini, dengan memberikan lima alasan, Lim yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memutuskan untuk memanggil pilihan raya umum tergempar.
Terdahulu Pemuda MCA mendakwa Pakatan Rakyat tidak bersedia untuk mengadakan pilihan raya serentak sama ada “kerana tidak bersedia untuk berhadapan dengan calon-caloan Barisan Nasional atau bebas ataupun gagal dalam menunaikan janji-janji pilihan raya.”/TMI
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .