Ikuti Blog ini

Pakatan Rakyat mahu rombak semula PPSMI

Dr Sharir menyerahkan memorandum kepada
calon Pas, Abdul Wahid Endut.

Abdul Wahid menunjuk memorandum kepada Anwar sambil diperhatikan Abdul Hadi.

Zaid dan Mustafa Ali turut hadir.


KUALA TERENGGANU -
Pakatan Rakyat hari ini melahirkan komitmen memperjuangkan bahasa Melayu dan mengembalikan pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam bahasa ibunda.


ImageKetua Umno KeADILan, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melafazkan komitmen tersebut.


Malah kata Anwar, sekiranya Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan pusat, perkara pertama yang akan dilakukan mengembalikan bahasa Melayu setelah dipinggirkan dalam pengajaran subjek Sains dan Matematik.


"Kita dalam Pakatan Rakyat telah mencapai kesepakatan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Perkara itu sudah ditandatangani semua pemimpin utama Pakatan Rakyat.


"Ustaz Abdul Hadi menandatangani bagi pihak PAS, Lim Kit Siang mewakili DAP Imagedan saya sebagai mewakili KeADILan," katanya pada majlis menerima memorandum daripada Gerakan Memansuhkan Pengajaran Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) di sini, hari ini.


Memorandum itu diserah timbalan pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI, Prof Dr Shahrin Mohd Zin kepada calon PAS parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut.


Abdul Wahid dijangka akan membawa memorandum tersebut ke parlimen yang menjadi agenda pertama sekiranya dipilih rakyat Kuala Terengganu Sabtu ini.


Memorandum serupa akan diserah NGO terbabit kepada Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi petang ini, ketika datang membantu kempen calon BN.


Hadir sama pada majlis itu pejuang-pejuang bahasa Melayu. Antara pemimpin Imagepolitik yang hadir Naib Presiden KeADILan, Mohd Azmin Ali, bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dato' Zaid Ibrahim, bekas Yang Dipertua Abim, Dr Sidek Baba, Pesuruhjaya PAS Terengganu, Dato' Mustafa Ali dan Abdul Wahid.


Kedatangan Zaid ke majlis itu mengejutkan banyak pihak sehingga semua mata tertumpu kepadanya seketika.


Anwar berkata, amat malang sekali apabila pemimpin Umno mengabaikan usaha mendaulatkan bahasa Melayu seolah-olah mereka tiada prinsip.


Ustaz Abdul Hadi menjelaskan slogan Bahasa Jiwa Bangsa kini sudah dirosakkan pemimpin negara yang ada sekarang.


Sedangkan katanya negara yang mencapai tamadun besar di dunia menjadikan bahasa ibunda sebagai perantaraan kepada rakyat.


"Ini kerana pembelajaran ilmu dalam bahasa lain terbukti gagal dan tidak mencapai matlamat sebenar," katanya.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .