Ikuti Blog ini

Bekas Menteri UMNO Sokong Calon PAS

http://buletinonline.net/images/stories/berita/ZaidprkKT.JPG

Kuala Terengganu - Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang meletakkan jawatan Kabinet dan kemudiannya dipecat dari UMNO, malam tadi menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Rakyat dari PAS.

Ketika bercakap pada majlis makan malam anjuran DAP di sebuah restoran di sini, Zaid yang juga bekas Ahli Parlimen Kota Bahru berkata, rakyat negara ini perlu menolak parti-parti berasaskan kaum.

“Sebuah parti yang hanya membantu kaumnya sendiri ataupun kumpulan masing-masing tidak baik untuk Malaysia... saya berharap Pakatan Rakyat serius mengenai perpaduan," kata beliau dalam ucapan lima minit pada majlis itu yang turut dihadiri Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Ketika ditemui wartawan selepas itu, Zaid berkata, beliau menyokong calon PAS yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Wakaf Mempelam, Mohd. Abdul Wahid Endut.


Bagaimanapun beliau berkata, ia tidak bermakna beliau menyertai mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat.


“Saya percaya bahawa menyertai parti politik tidak penting, tetapi yang penting mesej," katanya



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .