IPOH : Setelah berlaku perang mulut antara Speaker Kerajaan Negeri Perak, V.Sivakumar dengan Penolong Penasihat Undang-undang Negeri, En.Zul akhirnya Hakim telah memutuskan Speaker mestilah diwakili oleh Panasihat Undang-undang Negeri dalam kes samannya terhadap bekas ADUN Jelapang, Behrang dan Changkat Jering.
Satu perkara yang tidak pernah berlaku dalam sejarah kehakiman di Malaysia apabila Sivakumar yang pada mulanya berhujah dalam kamar Hakim bahawa dia tidak mengenali dan tidak pernah bercakap dengan wakil tersebut, bagaimanakah dia boleh mewakili saya, kata Speaker semasa dihubungi sebentar tadi.
Hujah yang dikemukakan oleh Sivakumar untuk membela diri sendiri dalam kes ini ditolak oleh Hakim. Satu perkara yang sangat bertentangan dengan undang-undang dan amalan yang biasa berlaku dalam proses kehakiman di negara kita. Sehingga kita tahu siapapun boleh menggunakan peguam atau tidak dalam sesuatu kes di Mahkamah.
Hak Speaker ditolak dengan mudah oleh Hakim pada pagi ini. Suatu lagi keganjilan yang berlaku.
"Perkara ini ajaib dan luar biasa" kata Sivakumar . Selain itu tiga orang peguam peribadi ,Chang, Leong dan Nga yang datang bersama beliau juga dinafikan hak untuk bercakap kerana dengan alasan mereka ditolak untuk menjadi peguam kepada Sivakumar dalam prosiding sebelumnya.
Perbicaran bersambung isnin hadapan.