Ikuti Blog ini

PAS Parti Untuk Masa Depan Negara

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/partimasadepan1.JPG

Kemaman
– UMNO dan Barisan Nasional (BN) takut untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak kerana parti itu tahu, PAS akan menang besar sekiranya pilihanraya diadakan semula di negeri itu.

Ketua Penerangan PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata, seorang Menteri UMNO/BN memberitahu demikian kepadanya ketika berada di Parlimen hari Khamis lalu (5 Feb). (Gambar - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfudz Omar makan bersama Ketua Penerangan PAS Terengganu Hj. Muhyidin Rashid, sebelum majlis perenrangan semalam.)

“Pemimpin UMNO/BN tahu, dia tak mahu buat pilihanraya kerana dia (UMNO) tahu kalau buat pilihanraya kita (PAS) akan menang besar,

“sebab itu dia nak ambil penguasaan itu secara rampasan, kalau dia nak tunggu pilihanraya yang ke 13, pun dia tahu rakyat dah benci dah meluat (akan) tolak dia,”katanya dalam Ceramah Penerangan di Kampung Paya Berenjut, Kemaman, semalam.

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/mahfudzmahyudin.jpgMenurutnya UMNO dan BN sedang menghadapi jalan buntu dalam menyelesaikan krisis politik yang dicipta oleh mereka sendiri.

Katanya, beliau mengingatkan Menteri tersebut, politik sepatutnya tidak mengheret semua pihak dan menganiayai rakyat Perak.

“Politik, politiklah juga, tapi jangan sampai yang teraniya ialah rakyat, tujuan kita berpolitik ialah untuk membawa kesejahteraan kepada negara, negeri dan rakyat, jangan sampai kita berpolitik akhirnya kita menyusahkan semua orang,

“apa yang berlaku di Perak UMNO telah menyusahkan semua orang, UMNO mengheret Tuanku Sultan dalam gelanggang politik, ini tidak baik bagi saya,”ujarnya.

Oleh itu, beliau menyarankan kepada Menteri tersebut yang dipercayai seorang pemimpin UMNO Perak supaya DUN dibubarkan dan berikan semula mandat kepada rakyat untuk membuat pilihan.

Katanya, Menteri itu menjawab, sekiranya di bubarkan DUN Perak dan dibuat pilihanraya semula PAS akan menang besar.

Dalam pada itu, katanya, seorang Timbalan Menteri berbangsa India berkata PAS akan menang dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang kerana kaum India tidak akan memberikan sokongan kepada UMNO/BN.

“Dia kata, jangan bimbang, Bukit Gantang sure (pasti) you (PAS) menang, pasal orang India tarak, tak mahu kepada UMNO,

“malah dia kata, dia pergi ke Sabah dan Sarawak, jelas mesej yang diberikan oleh rakyat, BN akan tumbang sekiranya pilihanraya diadakan,”kata Mahfudz.

Katanya, Timbalan Menteri itu turut memberikan semangat agar PAS terus berjuang dan berkata PAS adalah parti masa depan untuk negara Malaysia.

Turut hadir dan menyampaikan ceramah dalam program penerangan semalam adalah Ketua Penerangan PAS Terengganu, Hj Muhyidin Abd Rashid dan Timbalan Yang DiPertua PAS Kemaman, Hj. Hanafiah Ramly@Mat

Klik Untuk Lihat Video Klip Ceramah Dato’ Mahfudz


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .