Ikuti Blog ini

Hanya 5 Ribu orang sahaja dibenarkan SPR… siapa yang nak kira ni?

fghjkj

Semakin hari semakin mengarut SPR ni... kalau takut sangat dan undang2 boleh diubah tiap2 hari,Apa kata PRU 13 nanti SPR hanya benarkan penyokong2 BN sahaja yang hadir di hari penamaan calon.. ini lagi BEST


Hanya 5,000 boleh iringi calon



SPR, polis setuju hadkan rombongan hari penamaan calon elak masalah


PETALING JAYA: Dalam usaha mengawal persekitaran luar kawalan pada hari penamaan calon, parti-parti politik yang bertanding ‘dilarang’ membawa penyokong mengiringi calon tidak lebih daripada 5,000 orang.


Pendekatan itu akan dikuatkuasakan semasa pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Penanti, Pulau Pinang bulan ini.


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan polis telah mencapai persetujuan mengenai soal itu semasa satu pertemuan Khamis lalu.


Justeru, SPR menyerahkan kepada polis untuk melaksanakan pendekatan tersebut.


“SPR dan polis merayu dan berharap parti-parti politik yang bertanding dalam mana-mana pilihan raya kecil mulai sekarang supaya mengehadkan kehadiran para penyokong yang mengiringi calon pada hari penamaan calon tidak melebihi 5,000 orang,” kata Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi mStar Online.


Aspek itu juga telah disentuh pada pertemuan dengan parti-parti politik 23 April lalu tetapi soal bilangan hanya dipersetujui Khamis lalu dalam pertemuan dengan polis.


Beliau memberitahu, walaupun 5,000 penyokong dibolehkan mengiringi calon sehingga kawasan pekarangan pusat penamaan calon, hanya 50 orang sahaja akan dibenar memasuki khemah tetamu khas di dalam pusat penamaan calon.


Lazimnya, himpunan ribuan penyokong calon menjadi tumpuan ketika pilihan raya kecil.


Sambil menyifatkan bilangan yang diputuskan itu sebagai munasabah, kata beliau, SPR menyerahkan kepada polis untuk mengambil langkah-langkah sewajarnya untuk melaksanakan pendekatan tersebut.


“Oleh kerana perkara ini tidak disebut dalam mana-mana peraturan pilihan raya, jadi apa yang SPR boleh buat ialah mengharap dan merayu kepada parti-parti politik agar memastikan kehadiran tidak melebihi 5,000 orang.


“Bagaimanapun apabila polis melaksanakan pendekatan ini di luar kawasan (pusat penamaan calon), terserah kepada pihak polis untuk mengambil tindakan mengikut kuasa dan tanggungjawab mereka,” katanya.


Wan Ahmad mengakui bilangan penyokong yang hadir semakin bertambah dan tidak terkawal sehingga menyusahkan orang ramai dan pasukan keselamatan sejak kebelakangan ini.


“Kalau tidak dibuat sekarang, jumlah mereka yang hadir pada hari penamaan calon akan bertambah… mungkian beribu-ribu orang dan ia akan terus bertambah,” kata beliau dengan merujuk kepada suasana semasa pilihan raya kecil sejak awal 2007, khususnya di Ijok, Selangor; Permatang Pauh, Pulau Pinang, Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah.


Kata Wan Ahmad, pihaknya mahu mengambil langkah-langkah proaktif sebelum keadaan bertambah buruk pada masa depan.


Jelas beliau, parti-parti politik sebenarnya telah diminta mengambil langkah mengawal emosi dan perlakuan para penyokong tetapi keadaan tidak berubah.


“Apa yang kita boleh buat ialah merayu kepada parti-parti politik yang bertanding mematuhi keputusan yang dicapai ini,” katanya.


“Kami memerlukan kerjasama parti-parti politik… kerjasama sangat diperlukan,” katanya.


Selain pendekatan itu, SPR telah memutuskan untuk melarang parti-parti politik mendirikan pondok panas dan berkempen pada hari pengundian berlangsung.


Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyifatkan nasihat yang diputuskan oleh SPR itu sebagai langkah baik untuk mengawal situasi semasa pilihan raya kecil khususnya penamaan calon.


“SPR sudah memberikan nasihat dan kami berharap mereka akan mematuhi nasihat ini,” kata beliau sambil menambah bahawa Ketua Polis Negeri dan Ketua Polis Daerah akan memaklumkan parti-parti politik mengenai pendekatan baru ini.


Musa juga menghadiri pertemuan dengan SPR Khamis lalu.


SPR dan Polis Buat Cerita Lawak Bodoh Lagi!


Satu lagi lawak di pagi minggu!! Mengapa 5,000, bukan 6,000, bukan 7,000 penyokong? Ya, ia kerana penyokong BN yang termampu hadir pada hari penamaan calon biasanya tidak lebih 5,000. Malah jumlah 5,000 itu pun kepada BN dianggap sangat besar. Berbeza dengan PR yang kehadiran penyokong 20,000 dianggap perkara biasa.
Tapi kepada penyokong PR jangan gelabah dengan berita ini. Ia bukan peraturan yang ada dalam Akta Pilihanraya, ia cuma satu understanding antara SPR dan polis. Lagi pun siapa hendak pastikan bilangan penyokong yang mengiringi calon 4,000 orang, 4,999 orang atau 5,001 orang? SPR dan PDRM akan keluarkantiket kepada penyokongkah bagi menentukan bilangan penyokong tidak melebihi 5,000? Jangan buat cerita lawak bodohlah SPR!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .