Ikuti Blog ini

Sapa kata YAB MB Selangor tak turun padang ke kawasan ribut


a

Y.A.B Menteri Besar sedang memberi kata-kata semangat kepada mangsa ribut

Media termasuk Sinar Harian dan Utusan cuba menabur fitnah dengan mengatakan MB Selangor buang masa turun padang.

Bantuan bukan lewat diberi, cuma koordinasi bersama Jabatan Kerajaan yang terpaksa diselenggarakan. Dengar kata, byk gak yang mangsa perolehi...

Gambar di bawah menunjukkan YAB Menteri Besar turun padang di Dun Selat Klang


Y.A.B Menteri Besar sedang mengagihkan bantuan kepada mangsa

Salah seorang mangsa yang menerima bantuan yang disampaikan oleh Y.A.B Menteri Besar sambil diperhatikan oleh Y.B Dr Halimah dan Y.B Rodziah

Kelihatan Dewan Serbaguna Teluk Pulai (Teluk Gadong) penuh dengan penerima bantuan yang terdiri daripada mangsa - mangsa ribut

Y.A.B Menteri Besar turun padang melawat kawasan sambil diiringi Jawatankuasa Bertindak Dun Selat Klang

Y.A.B Menteri Besar dan Y.B Dr Halimah Ali turun padang menerjah lorong-lorong kampung

Y.A.B Menteri Besar, Y.B Dr Halimah dan jawatankuasa bertindak meninjau kawasan ribut dari bumbung basikal sekolah berhampiran

Gambar di atas memberi gambaran bahawa Berita dari Utusan Melayu dan Sinar Harian adalah fitnah semata-mata.

Harus diingat, Setiausaha Politik MB , YB Nik Nazmi sudah dimaklumkan tentang kejadian ribut pada 1 September 2008 (Pada tarikh kejadian). Dengan kata lain, Y.A.B Menteri Besar sudah sedia maklum tentang perkara ini dan mengarahkan bantuan segera diberikan. Dengar kata peruntukan sebanyak RM1 juta selamat turun....




Sasaran 16 Sept.: Pemimpin Pakatan Rakyat temu 3 jam di KL

(Mutakhir) PETALING JAYA: Tinggal seminggu sahaja untuk membuktikan sama ada sasaran 16 September akan menjadi kenyataan ataupun sebaliknya, Pakatan Rakyat mengadakan pertemuan informal malam tadi bagi membincangkan kemajuan siri perundingan yang telah diadakan setakat ini.

Difahamkan pertemuan itu yang dipengerusikan oleh Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar), yang pulang dari Jakarta petang tadi, hanya memfokus terhadap pelan pembentukan kerajaan persekutuan 16 September dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).

"Perbincangan pertemuan informal ini hanya memfokus satu topik iaitu menerangkan hasil perbincangan dan perundingan yang telah diadakan sejak dua minggu yang lalu. Kita telah berkongsi hasil perundingan dengan ahli-ahli Parlimen BN setakat ini.

"Perbincangan adalah positif dan semua perancangan berjalan dengan lancar sebagaimana yang telah dirancang," kata sumber itu.

Pertemuan itu yang berlangsung lebih dua jam di kediaman Anwar di Bukit Segambut berakhir kira-kira 12.30 tengah malam tadi.

Kesemua pemimpin kanan komponen Pakatan Rakyat hadir kecuali Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sumber itu juga menambah, pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat akan mengadakan mesyuarat khas susulan di Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Kuala Lumpur pagi ini (Isnin)..

Pakatan Rakyat terdiri daripada PKR, PAS dan DAP.




86 % yakin Anwar mampu bentuk kerajaan 16 September


KUALA LUMPUR, 7 Sept - KL.Pos, sebuah laman web politik memaparkan data sebanyak 86 peratus orang ramai bersetuju menyatakan bahawa Mantan Timbalan Perdana Dato' Seri Anwar Ibrahim mampu membentuk kerajaan persekutuan 16 September ini.

Manakala 14 peratus lagi tidak bersetuju dengan pendapat tersebut.

Laman web berkenaan mengajukan soalan 'Setelah menang besar, adakah anda yakin Anwar mampu bentuk kerajaan persekutuan 16 September ini?'

Ini dipercayai akibat desas desus tidak kurang dari 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) secara beramai-ramai akan melompat parti menyertai Pakatan Rakyat pada tarikh tersebut.

Bagaimanapun Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC), merancang untuk mengadakan program pemukiman secara tergesa-gesa tanpa menetapkan destinasi yang dituju sekali gus menampakkan ia bertujuan tertentu.

Namun Timbalan Perdana Menteri Dato' Seri Najib Tun Razak menafikan langkah BNBBC untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini ada kaitan dengan pengumuman Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini.

Dato' Seri Najib Tun Razak berkata, beliau merestui langkah Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengadakan program pemukiman di luar negara pada bulan ini.

Beliau yang juga Ketua Whip Barisan Nasional (BN) berkata, program yang dirancang dari 7 hingga 19 September itu adalah untuk tujuan lawatan sambil belajar.

"Ia tiada kaitan dengan pengumuman Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan pakatan pembangkang pada 16 September ini," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Rakan Cop Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di sini semalam.

Doa Ramadhan


Hari Pertama
“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan maha pengampun daripada segala dosa.”

Hari Kedua
“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”

Hari Ketiga
“Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan., demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.”

Hari Keempat
“Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan
berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.”

Hari Kelima
“Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya’ (orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha pengasih daripada segala pengasih.”

Hari Keenam
“Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh
mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.”

Hari Ketujuh
“Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya. Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.”

Hari Kelapan
“Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.”

Hari Kesembilan
“Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu. Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang merindu.”

Hari Kesepuluh
“Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.”

Hari Kesebelas
“Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.”

Hari Kedua Belas
“Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.”

Hari Ketiga Belas
“Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan Mu wahai pengharap orang yang miskin.”

Hari Keempat Belas
“Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan. Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan kaum Muslimin.”

Hari Kelima Belas
“Ya Allah limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.”

Hari Keenam Belas
“Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.”

Hari Ketujuh Belas
“Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.”

Hari Kelapan Belas
“Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.”

Hari Kesembilan Belas
“Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.”

Hari Kedua Puluh
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.”

Hari Kedua Puluh Satu
“Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Dua
“Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.”

Hari Kedua Puluh Tiga
“Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.”

Hari Kedua Puluh Empat
“Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.”

Hari Kedua Puluh Lima
“Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya’ Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.”

Hari Kedua Puluh Enam
“Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.”

Hari Kedua Puluh Tujuh
“Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku, ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada hamba soleh.”

Hari Kedua Puluh Lapan
“Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku dengan diterimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.”

Hari Kedua Puluh Sembilan
“Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.”

Hari Ketiga Puluh
“Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian alam.”

UMNO KUBURKAN SAR, GUAN ENG HIDUPKAN SAR



Siapa lebih zalim antara Umno yang memerintah Malaysia lebih dari 50 tahun atau Guan Eng yang memerintah Pulau Pinang baru hampir 6 bulan.

Umno yang menjadi teras kerajaan BN sudah diketahui umum menarik balik bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR) suatu ketika dahulu iaitu zaman Mahathir. Kezaliman ini diteruskan oleh Pemerintah yang lebih Zalim sekarang iaitu Pak Lah. Keputusan menghentikan bantuan kepada SAR ini menyebabkan sebahagian besar SAR terpaksa ditutup atau pun kalau hidup pun sekadar hidup segan mati tak mahu. Ramai guru-guru SAR terpaksa mencari pekerjaaan lain kerana SAR tidak mampu membayar gaji. Pendekata keputusan menarik balik bantuan kepada SAR ini merupakan antara keputusan paling zalim pernah dilakukan oleh kerajaan BN.

Di saat kerajaan BN Islam Hadhari meneruskan dasar zalim yang ingin menguburkan SAR ini tiba-tiba pemimpin DAP yang dituduhkan anti-Islam membuat pengumuman ingin menubuhkan SAR.

Dalam kenyataannya yang disiarkan oleh Harakahdaily semalam, Lim berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau juga berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.

Menurutnya, Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak.

Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.

Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.

Lim juga berjata, bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya.

Beliau menambah bahawa setelah berkuasa kita akan beri kembali.

Jadi siapa zalim Umno yang menarik peruntukan perkapita dari SAR atau Lim Guan Eng yang ingin memberikan semula bantuan dan menubuhkan SAR di Pulau Pinang.

Mengapa Paklah tiba - tiba mengadap YDP Agong?



Saya dapat makluman yang PM Andullah Badawi telah mengadap kehadapan Yg Dipertuan Agong tanpa makluman jemaah menteri, sidang medianya semalam mengesahkan dengan kenyataan Paklah " yang dipertuan Agong gembira dengan Kerajaan BN Sekarang?". apa muslihat dan cerita disebaliknya? dalam desas desus 16 September bukan Paklah sahaja yang mengadap YDP Agong malah dikatakan wakil Dato Seri Anwar juga telah mengadap YDP Agong awal minggu ini, banyak spekulasi yang timbul . banyak cerita dan desas desus kerajaan baru 16 September bakal berlaku, dalam kenyataan di Pihak Anwar pula ia mengatakan jumlahnya sudah ada, tetapi masalahnya sekarang berkisar soal teknikal dan undang undang. disini saya sertakan beberapa info yang saya perolehi dan saya rumuskan untuk anda fikirkan

1. Wakil Dato Seri Anwar telah mengadap YDP Agong mennyatakan hasrat untuk mengambil alih Kerajaan baru dan mengharapkan dalam tempoh peralihan keadaan aman dari sebarang usaha merusuh dari pihak Umno dan Polis yang dirancang sekarang ini cuba menaikkan sentimen perkauman, dan diharap ia dapat dielakkan, jadi hari ini YDP Agong telah memanggil Paklah untuk memberi penjelasan apa yang sedang berlaku, dari kenyataan Paklah hari ini seolah olah YDP Agong meminta penjelasan darinya. Apakah mungkin YDP Agong meminta Paklah melakukan sebarang rusuhan andai 16 September benar benar berlaku? apakah peristiwa campur tangan Istana berlaku sekali lagi seperti mana yang berlaku di Terengganu. Inikah soal teknikal dan undang undang yang dimaksudkan wakil PKR?

2. Kemungkinan besar juga Paklah mengadap YDP Agong untuk memaklumkan bahawa andai benar 16 September berlaku, kerajaan BN akan menguat kuasakan undang undang darurat, ia jelas dengan kata kata Paklah yang sengaja menggunakan perkataan " rampasan kuasa " dan " menGulingkan Kerajaan" dalam sidang medianya hari ini, seharuskah Paklah menggunakan perkataan peralihan atau perubahan kerajaan baru. apakah Paklah telah meyakinkan YDP Agong seolah olah ada usaha usaha menggulingkan atau rampasan kuasa ? sudah pasti paklah memperkudakan Polis dan Angkatan Tentera untuk membuat laporan palsu untuk diberikan kepada YDP Agong! dan akan ada Operasi lalang 2. sentimen perkauman sedang hebat dimainkan oleh Umno ketika ini. mereka sudah tidak mempedulikan perasaan pemimpin parti komponen dalam BN terutama MCA dan Gerakan. apakah taktik ini akan makan diri?

3. Spekulasi ke 3, Paklah telah mengadap YDP Agong untuk menyatakan hasrat untuk mengadakan sekali lagi pilihanraya umum, ini adalah kerana kerajaan yang ada tidak stabil dan boleh menyebabkan ancaman kepada Ekonomi dan ketakutan kepada Pelabur luar. ia pernah dilakukan Paklah dalam pilihanraya umum ke 12 baru baru ini apabila Paklah bersendirian mengadap YDP Agong untuk minta perkenan membubarkan Parlimen tanpa pengetahuan kabinet dan jemaah Menteri.

4. Spekulasi ke 4, Paklah Mengadap YDP Agong untuk menyatakan hasrat meletak jawatan dalam waktu terdekat, dan menyerahkan segera jawatan PM kepada Najib ataupun satu perbincangan sulit antara Anwar dan Paklah agar satu peralihan kuasan berlaku secara baik dan aman, tetapi mengikut sidang media Paklah hari ini ia kelihatan dendamnya makin kuat untuk menghalang sebarang perubahan dan kemenangan Pakatan Rakyat.

Itu adalah antara spekulasi yang bertiup kencang mengapa Paklah tiba tiba mengadap YDP Agong, peralihan kuasa ini sebenarnya memang benar benar berlaku, persoalannya ia dapat dihalang atau tidak. cakap Anwar bukan cakap kosong, tindakan kerajaan dan Paklah membuktikan segala galanya. ini adalah usaha terakhir mereka menghalang kemaraan Anwar ke Putrajaya. Masakan tiba tiba sahaja Datuk Najib terpaksa meluluskan cuti sambil belajar kepada semua ahli Parlimen BN. Yang lucunya program cuti telah diluluskan datuk Najib tetapi tempat yang nak ditujunya tidak tahu ke mana. Tidakkah itu pelik namanya. Bila Najib ditanya wartawan ke mana mereka akan bercuti, Datuk Najib menjawab itu belum diputuskan ia sedang dirancang. Yang peliknya sudah diluluskan.. Kalau orang buat Pinjaman perniagaan, bank akan luluskan sebelum tengok kertas kerja. tak kah ini kerajaan yang Korup? datuk Najib sedang berusaha menyelamatkan survivor politiknya sebelum tahun 2010. Inilah usaha terakhir dan terdesak mereka. samada mereka dapat menghalang kemaraan datuk Seri Anwar ke Putrajaya, kita nantikan 16 September 2008.


"Kalau takut dengan risiko usah bicara soal perjuangan"

AYUH LAWAN AGENDA JAHAT UMNO!!
LAWAN TETAP LAWAN


Tsu Koon: Gerakan kaji kedudukan dalam BN jika tiada perubahan

TIDAK POHON MAAF... Ketua Umno Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail menjadi tumpuan media semasa beliau menyatakan pendiriannya tidak akan memohon maaf berhubung kenyataannya yang didakwa berbaur perkauman semasa berkempen pada pilihan raya kecil Permatang Pauh pada sidang media di bangunan UMNO Jalan Macalister di sini, semalam.
Ahmad berkata, beliau tetap tidak akan memohon maaf berkaitan isu tersebut.

Pada 25 Ogos lalu semasa berceramah pada kempen pilihan raya Permatang Pauh Ahmad telah mengeluarkan kenyataan bahawa orang Cina adalah pendatang dan tidak layak mendapat hak sama seperti orang Melayu.



KOTA BHARU: Gerakan akan mengkaji semula kedudukan parti itu dalam Barisan Nasional (BN) sekiranya parti-parti komponennya terutamanya Umno, gagal membuat perubahan untuk mengembalikan keyakinan rakyat, kata pemangku presiden parti itu Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.


Sambil menegaskan Gerakan bukan parti "pak turut" dalam BN, Koh bagaimanapun berkata, parti itu tidak akan tergesa-gesa dalam tindakannya dan akan memberi "tempoh munasabah" sebelum mengambil sebarang tindakan.

Gerakan akan terus mendesak agar dilakukan perubahan dan pembaharuan dalam BN tetapi sekiranya usaha itu tidak berhasil, parti itu akan mengkaji semula kedudukannya dalam BN, katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Parti Gerakan Kelantan di sini semalam.





AHLI PARLIMEN BARISAN NASIONAL TERIMA :"ANG PAU RAYA"



Timbalan perdana menteri Malaysia Datuk Mohd Najib Razak mengesahkan dan meluluskan sebahagian besar ahli parlimen barisan nasional "RETREAT" KELUAR NEGARA. Untuk ayat mudah faham bersiar-bersiar dan melawat sambil berehat minda. (kata mudah lagi makan anginlah).

Mengapa pehak kerajaan barisan nasional memberi tawaran kepada wakil rakyat atau ahli parlimen BN sedemikian ruapa?. Tidak pernah berlaku dalam sejarah pemerintahan selama 51 tahun membentuk kerajaan.

Kerajaan sanggup belanja besar demi kepentingan umno dan bn bagi mempertahankan kuasa yang ada. Adakah tindakan Najib boleh di ibaratkan "RASUAH POLITIK" atau "HADIAH YANG BERBENTUK " ATAU "ANGPAU" agar ahli parlimen UMNO dan BN tidak beralih arah atau pindah parti?.

Tindakan Najib dan kerajaan BN tidak bijak mengatasi kemelut yang diwar-warkan oleh pakatan rakyat atau Datuk Seri Anwar Ibrahim satu tarikh 16.September 2008. Puluhan ribu ringgit untuk belanja wakil rakyat ahli parlimen keluar negara semata-mata untuk tidak berpindah parti pada 15.September 2008 .

Tepat sekali penulis siber menulis dan mengulas kisah "retreat" ahli parlimen barisan nasional dan kisah 16.September. 2008 akan berlaku perubahan iklim atau lanskap politik Malaysia di laman cukup terkenal TKO.

Jika betul tindakan Najib Razak memberi dan meluluskan "retreat" kepada ahli parlimen umno dan BN tindakan Najib bagaikan seorang ayah jika anak menangis di beri sedikit wang untuk beli gula-gula atau aiskrim.

Terpulang pada ahli parlimen bn dan umno yang hadir dalam "retreat" atau lawat keluar negara membuat keputusan. Kami rakyat Malaysia tidak setuju cara Najib Razak mengatasi kemelut atau cara untuk menyekat ahli parlimen pindah parti. Sebab utama ialah kisah hari 16. September. 2008 hanya gimik politik pakatan rakyat. Nampak sangat Najib dan barisan nasional khasnya umno takut pada hantu dan bayang -bayang sendiri.

Setahu kami kerajaan barisan nasional khasnya umno parti yang paling kuat di dunia malah semua kerajaan bn dan umno buat bagus semua. Dan semua ahli parlimen bn dan umno cerdik dan pintar malah cemerlang dan terbilang.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pakatan rakyat cuba merencanakan pelan perubahan kerajaan belum lagi ada pelan tertulis hanya sekadar "serangan politik". Namun pemimpin bn dan umno sudah gelabah dan tidak tenteram sehingga sanggup membuat "RETREAT" pada semua ahli parlimen BN.

Akhirnya 16. September.2008. gagal oleh kerana bijaknya Najib dalam tawaran tersebut. anggapan Najib. Kita tunggu dan lihat siapa yang tersungkur Najib dengan bn dan umnonya atau Anwar dengan pakatan rakyatnya. Yang pasti 16.9.2008 malam bulan penuh. Biasanya bomoh melayu kata malam bulan penuh mudah kena sakit gila pada orangb yang ada penyakit gila. Siapa yang berpenyakit gila kita tidak tahu.

Namun yang jelas kita lihat penyakit gila-gila ada pada pemimpin umno dan barisan nasional, kalau dilihat tingkah laku dan cara memerintah selama 51 tahun.

Ts Musa Hasan : Fitnah, Realiti dan Pengajaran


Kata Tok Ketua Polis Semelaysia, berita yang tersebar menegenai beliau yang dilaporkan lumpuh dan tidak mampu bertutur secara normal adalah fitnah yang teramat jahat lagi zalim pada dirinya dan keluarganya. Kata tok ketua polis itu lagi mereka menipu rakyat.

Kita setujulah, perbuatan fitnah ini memang zalim lagi mengaibkan malah berdosa besar disisi Allah bagi sipenyebarnya. Kesan perbuatan jahat fitnah ini bukan sahaja merbahaya kepada individu yang terkena fitnah, malahan masyarakat dan negara turut menerima bahana tempias hasil dari perbuatan fitnah tersebut. Selain TS Musa Hassan, banyak lagi manusia2 yang dihumbankan dengan fitnah2 dasyat maha jahat tersebut, antaranya DS Anwar Ibrahim dengan fitnah liwatnya, pemimpin pemimpin pembangkang tak habis2 dihujani fitnah yang amat mengaibkan, tahanan ISA juga difitnah dan ditahan bertahun2 tanpa bicara hinggakan keluarga mereka jadi kucar kacir, pejuang pejuang keadilan ditangkap, difitnah dipukul dan diaibkan serta banyak lagi lagi yang tidak tehurai diruangan ini

Realitinya, Fitnah di negara Malaysia tercinta ini adalah perkara biasa. Malahan, hampir setiap hari rakyat dihidangkan dengan fitnah2 jahat yang disebarkan melalui TV, akhbar2 dan juga sesetengah pihak berkuasa, agensi kerajaan dan pemimpin2 negara pun turut terlibat dengan budaya fitnah ini. Contoh terbaru ialah kempen politik di Permatang Pauh (P44), TS Musa sendiri pun tahu bagaimana perbuatan fitnah terhadap DS Anwar dihidangkan kepada rakyat demi kerakusan kuasa dimana Ulama2, tok tok mufti, imam iman dan yang paling biadap Masjid rumah Allah dan agama islam dpergunakan dan dipermainkan mainkan demi menghalalkan Fitnah jahat lagi zalim.

Sekarang bila fitnah kena batang hidung sendiri , baru kita sedar bertapa budaya fitnah itu amat jahat, zalim lagi mengaibkan. Budaya fitnah ini perlu dihapuskan dari muka bumi ini. Pengajarannya ialah, selagi kita ada kuasa, berjuanglah bersungguh sungguh menghapuskan fitnah ini, pertahankanlah kebenaran dan keadilan seperti yang dituntut agama. JANGAN PULA KITA GUNAKAN KUASA DAN AMANAH YANG DIBERIKAN UNTUK BERSEKONGKOL, BERSUBAHAT DAN MENGGERAKKAN FITNAH JAHAT LAGI ZALIM LAGI MENIPU RAKYAT TERSEBUT.

Mudah mudahan fitnah yang dikenakan kepada kita menjadi pengajaran dan menginsafkan kesilapan kita yang lalu. Tidak terlewat untuk kembali ke pangkal jalan menjadi wira atau pejuang melawan fitnah2 jahat. Ingat... fitnah itu amat jahat lagi mengaibkan tuan punya diri yang difitnah dan keluarganya....tepuk dada tanya selera DAN sendiri mau ingat la…

Guan Eng umum tubuh SAR, kembalikan bantuan perkapita

http://buletinonline.net/images/Berita10/mdsaidbersamapakatan.jpg MB Terengganu, Dato’ Ahmad Said, dilihat begitu bermesra dengan ketua-ketua kerajaan Pakatan Rakyat KM Pulau Pinang, Lim Guan Eng, MB Perak, Dato’ Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin dan MB Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, ketika menunggu ketibaan PM untuk Mesyuarat Majlis Kewangan Kebangsaan di Putrajaya semalam.

Kerajaan Negeri Pulau Pinang bercadang menubuhkan Sekolah Agama Rakyat (SAR) sendiri tidak lama lagi di kawasan yang akan dimaklumkan kemudian kata Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Jelasnya dalam majlis berbuka puasa bersama kepimpinan PAS Negeri di Restoran Kassim Mustaffa di Seberang Jaya semalam beliau menambah, semua cadangan itu akan diuruskan oleh Exco Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, Mohamad Fairus Khairudin.

Beliau berharap Adun Permatang Pasir, Mohd Hamdan Abdul Rahman bekerjasama dengan Mohamad Fairus untuk berbincang mengenainya di samping membantu merealisasikan perancangan agar tidak ketinggalan.

"Kerajaan Negeri sedang merancang untuk menubuhkan SAR sendiri tidak lama lagi namun tempat, berapa buah dan peruntukan akan diberitahu kelak, " ujarnya.

Kerajaan Negeri juga akan mengembalikan peruntukan kepada SAR setelah dicantas oleh Kerajaan Barisan Nasional (BN) di era bekas Perdana Menteri, Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad.

Peruntukan itu amat wajar tegasnya, untuk menghidupkan pergerakan persekolah agama untuk generasi Islam.

Menurut Lim lagi, Kerajaan Pakatan Rakyat bukan sepertimana BN yang sanggup menghukum SAR kerana sokongan pada parti itu kurang kononnya kebanyakan orang Melayu berpaling tadah menyokong pembangkang.

"Bila peruntukan dicantas oleh Kerajaan BN ia memberi kesan terhadap pendidikan terutamanya pihak sekolah yang mengelolakannya. Setelah berkuasa kita akan beri kembali, " katanya yang juga Ahli Parlimen Bagan.

Pemergian Pak Samad, kehilangan besar kepada negara - Wan Azizah


PETALING JAYA, 5 Sept - Presiden Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyifatkan pemergian tokoh wartawan, Tan Sri Abdul Samad Ismail (Pak Samad) sebagai satu kehilangan besar kepada negara.

Wan Azizah yang ditemui selepas menziarahi keluarga Allahyarham Pak Samad sebentar tadi turut menyatakan Pak Samad sebagai seorang tokoh dalam duani kewartawanan yang disegani.

Ujarnya lagi, Pak Samad terkenal dengan penulisannya ketika era kemerdekaan negara.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham Pak Samad ialah, veteran PAS, Subky Latiff dan bekas Menteri Penerangan, Dato' Zainuddin Maidin (Zam); Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin; Pengerusi Bernama, Dato' Seri Annuar Zaini dan para wartawan dari pelbagai media.

ImageJenazah Allahyarham telah disembahyangkan di rumahnya dan kini sedang di bawa ke Masjid Kolej Islam Malaya sementara menanti untuk disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara selepas solat Jumaat.

Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, dimasukkan ke hospital sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.

Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.

Musa Hassan Lumpuh?



Ketua Polis Negara, Musa Hassan yang menjalani pembedahan jantung baru2 ini di percayai lumpuh tangan kiri beliau dan tidak mampu lagi bertutur secara normal.

Sumber dimaklumkan, Musa 57 tahun kini berehat di rumah beliau setelah keluar dari IJN dan tidak dibenarkan menerima sebarang pelawat. Beliau kini diberi rawatan rapi oleh doktor yang ditugaskan menjaganya sepanjang masa.

Musa di percayai akan mengambil masa yang lama untuk sembuh melalui rawatan fisioterapi dan kemungkinan besar kesihatan beliau tidak akan berfungsi sepenuhnya. Musa Hassan menjalani pembedahan pintasan jantung di Institut Jantung Negara 19 Ogos lalu dan pulang ke kediaman beliau beberapa hari kemudian.

Timbalan Ketua Polis Negara, Ismail Omar dilaporkan berkata Musa sedang bercuti rehat tetapi tidak dinyatakan tempoh cuti yang diambil. Sekiranya beliau tidak lagi boleh menjalankan tugas sebagai Ketua Polis Negara disebabkan masalah kesihatan timbalan beliau akan memangku jawatannya sehingga pengganti Musa dikenal pasti.

Musa bersara wajib daripada perkhidmatannya yang disertainya hampir 38 tahun lalu pada 13 september 2007 dan dilantik secara kontrak sebagai Ketua Polis Negara selama 2 tahun sehingga 13 September 2009.

Sumber : Suara Keadilan


Note: Seandai berita ini benar, maka benarlah firmanullah "Rencana yang jahat itu tidak akan menimpa kecuali kepada perancangnya sendiri - Fathir : 43"

BN yang sedang nazak!

Jika BN itu boleh diumpamakan seperti seorang manusia nyatalah manusia itu kini sedang nazak di ambang maut.Usia seawal 50 an bukanlah terlalu tua namun disebabkan `cara hidup’ yang tidak sihat berbagai penyakit membarah hingga ke urat-sendinya.Rasuah,politik wang dan salahguna kuasa semakin kronik.Jika 20 tahun lepas mereka boleh lagi dirawat sebagai pesakit luar kini tidak lagi.Mereka barangkali sekali lagi memerlukan `jantung ‘baru untuk terus hidup!Jantung peninggalan Tun menjelang PRU 2004 dulu nyata bertahan sekejap saja dengan konsep hadharinya.2008 dipukul pula oleh rakyat.

Mengapa Tun kini merayu-rayu kepada ahli UMNO agar menyelamatkan UMNO `as while as’ menyelamatkan negara dari tangan yang beliau lantik sendiri.(Mstar)“ Gerakan bercakap tentang meninggalkan BN.



MCA agak senyap tetapi pimpinannya yang sebelum ini menyokong Abdullah walau apa pun terjadi, kini sudah undur daripada menjadi pemimpin.
”Apakah beliau fikir jika Pak Lah berundur Najib boleh menyelamatkan UMNO dari kehancuran?Apakah najib boleh menjadi `jantung’ baru dan menyambung hayat UMNO?Tidak!Jika satu organ yang rosak boleh dipotong bagi menyelamatkan seluruh badan,tapi UMNO sudah mereput hingga ke akar umbi.Jika dimesyuarat cawanganpun kerusi berterbangan apatah lagi diperingkat atasan.Pelik! apalagi yang diharapkan Tun dari UMNO .Adakah kerana sayangnya beliau pada UMNO hingga beliau tidak nampak ada parti lain yang boleh mengambil-alih fungsinya.?

Kerisauan Tun ini sebenarnya bersebab.16 september yang dijanjikan Anwar semakin hampir sementelah pelbagai peristiwa akhir-akhir ini seakan menjurus kepada berlakunya perubahan drastik dalam politik negara.Keengganan sebahagian MP Sabah dan Sarawak memeterai Akujanji,desas-desus ada parti komponen yang bakal beralih arah,insiden ketua Bahagian UMNO di Pulau Pinang,belanjawan gula-gula buat rakyat dan kemurahan hati kerajaan ingin menurunkan harga minyak buat kali kedua dalam masa sebulan seakan ada sorong tarik antara kerajaan dengan PR.

Pak Lah seakan cuba memujuk hati rakyat agar tidak bersetuju dengan peralihan ini.Dengan alasan BN mendapat mandat daripada rakyat dalam pilihanraya yang lalu bukanlah dalih terbaik.Ada pihak berpendapat jika tidak kerana peggunaan media dan jentera kerajaan yang keterlaluan BN sudah lama berkubur dalam PRU Mac lalu.

Tok Guru Nik Aziz Mursyidul Am Pas menyifatkan perubahan yang bakal berlaku itu bukan kerana faktor 16 September semata-mata, sebaliknya kerana dasar dan pemikiran pemimpin BN yang ada hari ini perlu diubah. "Itu yang saya yakin, kami berjuang dah berpuluh tahun nak ubah dasar negara dan pemikiran rakyat khususnya supaya menerima pentadbiran berasaskan Islam. "Isu 16 September hanyalah masalah teknikal sahaja, jadi saya serahkan kepada mereka yang terbabit,".

Setiap yang hidup pasti akan mati begitu juga setiap yang bermula pasti akan berakhir dan UMNO tidak terkecuali daripada hukum alam ini.Antibodi `sekular’ mereka yang sudah luput tarikh gagal menjadi vaksin kepada kebangkitan rakyat yang mahukan perubahan ke arah Malaysia baru yang lebih adil amanah.

Ramadhan bukan pesta berbelanja!

Sudah menjadi lumrah umat Islam di Malaysia kedatangan ramadhan disambut meriah dengan pengisian di masjid-masjid dan surau.Bagi yang jarang nampak di surau pun akan muncul seolah Terawih di surau itu yang ditunggu-tunggu.Itu satu perkembangan yang amat baik dan wajar diteruskan dibulan-bulan yang lain.

Tapi bukan di masjid dan surau saja yang meriah,di bazaar ramadhan tidak kurang hebatnya.Bagi peniaga barangkali ini peluang untuk menambah wang saku untuk keluarga.Eloklah tu.Bagi pembeli pula mungkin ingin mempelbagaikan sedikit juadah untuk berbuka,tak apalah.Namun apa yang penting bagi kita janganlah berlebihan dalam berbelanja.Tidak perlulah sampai lima atau enam jenis juadah yang dibeli untuk berbuka.Yang kebiasaannya akan banyak tersisa dan berlaku pembaziran.

Ramadhan adalah bulan tarbiyyah
bukan untuk menurut kehendak nafsu dalam berbelanja semata-mata kerana kita mampu.Cubalah kita fikir golongan fakir dan miskin yang barangkali tidak mampu untuk mendapatkan juadah sehebat kita setiap kali berbuka atau dihari-hari yang lain.Perlulah kita menginsafi agar kita saling bantu-membantu pada yang kurang mampu dalam hidup ini.

Kadang-kadang dalam masyrakat kita ini ataupun jiran-jiran kita sendiri sukar untuk meneruskan hidup kerana pada zahirnya mereka tenang dan ceria tapi dihati hanya Allah yang tahu.Mereka hanya boleh memandang orang lain berbelanja sedang mereka hidup sekadar mampu.

Itulah pentingnya kita mengambil berat pada jiran tetangga atau orang lain dan menyelami kesukaran mereka di bulan yang mulia ini.Rapatkan ukhwah sesama kita,cari dan bantulah saudara kita yang memerlukan daripada kita berbelanja mewah di bazaar ramadhan!

Selamat berpuasa!

Tokoh wartawan, Tan Sri A Samad Ismail meninggal dunia


Tokoh kewartawanan, Tan Sri Abdul Samad Ismail meninggal dunia di Pusat Perubatan Pantai di sini pada 5.58 petang semalam kerana jangkitan paru-paru.

Menurut laporan Bernama, Abdul Samad, 84, yang lebih dikenali sebagai Pak Samad, dimasukkan ke hospital itu sejak 24 Ogos lepas setelah mengalami kesukaran bernafas.

Anak kelahiran Singapura itu meninggalkan seorang balu Puan Sri Habibah Hamid dan 10 orang anak termasuk blogger dan bekas wartawan Nuraina dan Maria.

Isteri pertamanya Hamidah Hassan meninggal dunia pada 2 Jun 1990.

Jenazah Abdul Samad akan dibawa ke rumahnya di No 2, Lorong 16/7C, Petaling Jaya di sini dan akan dikebumikan selepas sembahyang Jumaat, menurut menantunya Azmi Ansar.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .