Kuala Terengganu – Pemuda PAS Terengganu menyokong kenyataan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat mengenai wujudnya ketidakadilan dan unsur berat sebelah dalam pembahagian kontrak Kerajaan Persekutuan.
Akhbar Sinar Harian memetik ketuanya Ustaz Azman Shapawi Abdul Rani berkata kenyataan Tok Guru Nik Aziz memang berasas dimana ketidakadilan berlaku termasuk kontrak hanya diberikan kepada kroni politik.
|
Ikuti Blog ini
Ketidakadilan pemberian kontrak - Pemuda Terengganu Sokong Mursyidul Am ,Rabu, Oktober 08, 2008 at 8.10.08,
Nasihat terakhir buat Tun Dr Mahathir , at 8.10.08,

"BERTAUBATLAH KAMU SEKALIAN KEPADA ALLAH, HAI ORANG-ORANG YANG BERIMAN, MUDAH-MUDAHAN KAMU MENDAPAT KEMENANGAN" - SURAH AN-NUR;31
Sudah sampai masanya Tun berhenti berbicara kerana sejarah telah tertulis di muka bumi Malaysia ini di mana bermulanya Buku Malay Delima, bagaimana tersungkurnya Tun Hussin On, bagaimana tersungkurnya Musa Hitam, bagaimana tersungkurnya Gafar Baba dan bagaimana tersungkurnya Datuk Sri Anwar Ibrahim.
Sudah sampainya masa Tun berhenti berbicara kerana Tun telah mencabuli demokrasi dalam UMNO di mana membuat peralihan kuasa kepada Pak Lah kononnya Pak Lah merupakan orang yang mempunyai asas agama yang kuat agar Pak Lah dapat mengantikan saudara Datok Sri Anwar Ibrahim agar UMNO mampu menyaingi PAS . Lantaran itu Datuk Najib menjadi mangsa politik...Sekarang Pak Lah meniru peralihan kuasa yang Tun ciptakan di mana Pak Lah akan menyerahkan kepada si Najib pula sebelum 2010.
Rakyat ISLAM di malaysia yang masih berpegang kepada AL Quran dan Al Hadis tidak akan melupakannya;-
LIMA ORANG YANG MENDAPAT MURKA ALLAH SWT, JIKA MAHU DIA AKAN BERIKAN PADA MEREKA DI DUNIA, ATAU DIA TEMPATKAN MEREKA DI AKHIRAT DALAM NERAKA, IAITU;-
1. PEMIMPIN YANG MERAMPAS HAK RAKYATNYA, TIDAK MENGINSAFI DIRINYA TERHADAP PERBUATANNYA DAN MELAKUKAN KEZALIMAN TERHADAP RAKYATNYA.
2. PEMIMPIN YANG DITAATI KAUMNYA, NAMUN IA TIDAK MEMBEZAKAN MANA YANG KUAT DAN MANA YANG LEMAH TETAPI DIZALIMI SERTA BERKATA DENGAN HAWA NAFSUNYA.
3. LELAKI YANG TAK PERNAH MEMENTINGKAN ISTERINYA DAN KELUARGANYA UNTUK TAAT KEPADA ALLAH DAN TIDAK MENGAJAR MEREKA URUSAN AGAMA.
4. LELAKI YANG TIDAK MEMBERI UPAH DENGAN CUKUP PADA PEKERJANYA.
5. DAN LELAKI YANG MENGANIAYA DALAM MAHARNYA.
Rasulullah mengajar kita lagi perkara iaitu;
1. SIAPA MENEMANI ORANG JAHAT, TIDAK AKAN SELAMAT.
2. SIAPA MASUK KE TEMPAT KEJI, BERERTI IA TERGOLONG DENGAN MEREKA.
3. DAN SIAPA TIDAK PANDAI MENGUASAI LIDAHNYA, TENTU AKAN MENYESAL.
Lantaran itu, ditanyakan kepada al Hasan al Basri;
"Wahai Abi Said, bagaimana kami mengumpuli kaum yang memberikan pengharapan-pengharapan kepada kami hingga hati kami seperti terbang??"
Hasan menjawab;
"Demi Allah, sesungguhnya jika engkau berkumpul dengan kaum yang menakut-nakutimu sehingga engkau mendapatkan keamanan, itu lebih baik bagimu daripada menemani kaum yang memberimu rasa aman namun akhirnya apa yang engkau takutkan menghalangmu"
Ketika telah dekat kematian Umar ra, dia berkata kepada puteranya,"Celak engkau. Letakkan pipimu di atas bumi. Tidak ada ibu bagimu. Dan celakalah aku, bila Dia (ALLAH) tidak mengasihiku"
Krisis ekonomi tuntut ubah kerajaan BN kepada Pakatan Rakyat , at 8.10.08,
KUALA LUMPUR - Negara kini sedang menghadapi stagflasi yakni kos sara hidup rakyat yang lebih tinggi dengan kadar inflasi yang memuncak.
Ketua Penerangan PAS Pusat, Mahfuz Omar berkata, apa yang berlaku sekarang ini menuntut penstrukturan semula kepimpinan negara yang memberi kesan kepada dasar kewangan negara.
"Apa yang berlaku sekarang adalah staglasi yakni turut merangkumi masalah inflasi yang menghimpit rakyat, namun apa yang berlaku menunjukkan bahawa rakyat kini memerlukan penstrukturan semula politik negara,"
Untuk itu beliau menyarankan agar Umno-BN agar turun secara terhormat daripada tampuk kepimpinan negara bagi memberikan laluan kepada Pakatan Rakyat memulihkan ekonomi negara yang semakin parah.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena juga menjelaskan bahawa perkembangan ekonomi semasa membimbangkan masyarakat antarabangsa.
"Ia sekali gus menunjukkan bahawa pelabur-pelabur asing telah hilang keyakinan kepada Amerika Syarikat dan sebenarnya negara-negara dunia tidak lagi meletakkan kebergantungan kepada Amerika khususnya dalam nilai pertukaran mata wang," ujarnya.
Malah katanya, urusan jual beli tidak perlu bergantung kepada nilai dolar AS lagi.
"Jika tidak, negara kita akan menghadapi kesan buruk dalam konteks industri eksport kita merosot, dolar jatuh.
"Sepatutnya kita kena ubah penggunaan mata wang kita kerana ia menjejaskan industri eksport negara," katanya lagi.
Tegasnya, keanggotaan AS dalam Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu perlu digugurkan kerana negara itu akan menggunakan kaedah perang untuk menyelamatkan ekonomi mereka.
"AS kini sedang menjual senjata bagi menggalakkan peperangan untuk mencetuskan peperangan.
"Apa yang penting, negara dunia lain khususnya Malaysia perlu memiliki asas fundamental yang kukuh dengan tidak mengamalkan pengurusan ekonomi dan kewangan negara secara boros memandangkan kita dijangka menghadapi kesan berat dalam masa beberapa bulan," ujarnya lagi.
Tambahnya, jika kerajaan meneruskan dasar kewangan yang berkiblatkan AS, negara akan menerima nasib yang sama seperti AS.
Banyak pihak melihat perkembangan ekonomi semasa negara pada masa kini dipengaruhi oleh keadaan politik yang tidak memberangsangkan.
Bagaimanapun, semua pihak termasuk kerajaan Umno-BN terpaksa menerima hakikat bahawa rakyat kini memerlukan perubahan kepada pucuk pimpinan negara bagi membawa mereka keluar daripada kemelut ekonomi yang masih tiada jalan penyelesaian ini.Pemimpin Pakatan Rakyat bertemu bincang opsyen baru bentuk kerajaan , at 8.10.08,

PETALING JAYA: Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat mengadakan mesyuarat di ibu negara malam tadi, dipercayai untuk membincangkan opsyen-opsyen baru bagi merealisasikan usaha membentuk kerajaan baru persekutuan.
Mesyuarat itu, yang diadakan kurang seminggu sebelum Dewan Rakyat bersidang, berlangsung di kediaman Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pertemuan itu dihadiri oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar.
Dimaklumkan, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang semalam, dipercayai mengenai isu yang sama.
Pakatan Rakyat yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan PAS telah meletakkan sasaran 16 September lalu untuk mengambil alih kerajaan pusat dengan membawa masuk ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional (BN).
Sebelum ini Anwar mendakwa mempunyai bilangan wakil rakyat BN yang mencukupi untuk tujuan tersebut tetapi tidak membentuk kerajaan pada tarikh tersebut.
Pada 16 September lalu, Anwar berkata, pemimpin Pakatan Rakyat mahu menemui Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan membincangkan peralihan kerajaan secara aman dan lancar.
Permintaan itu telah ditolak. Malah permintaan Pakatan Rakyat supaya sidang khas Parlimen pada 23 September juga ditolak Abdullah.
Tengah hari semalam, Anwar ketika ditemui di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur berkata, beliau akan menemui pemimpin-pemimpin malam ini bagi membincangkan beberapa strategi baru termasuk membawa usul undi tidak percaya di Dewan Rakyat.
Pada Isnin ini Anwar selaku Ketua Pembangkang akan membahaskan Bajet 2009.
Rosmah habiskan RM7 juta beli 14 buah jam tangan? , at 7.10.08,
Cuba teka..anak siapa?
Gambar dari zaman Retro...hehehe.Najib Tun Razak
Datin Seri Rosmah Mansor amat berbakat dalam bidang nyayian dan bersuara lunak merdu..dato siti nurhazlia pun puji dia.
Mesyuarat Tergempar ...Oleh kerana Pemilihan UMNO ditunda dan payah bebenor maka,,mudah-muadahnya diisytiharkan De Facto Perdana Menteri Malaysia ke 6 - Datuk Seri Rosmah Mansor .. Esok Angkat Sumpah di Masjid..hehehe...
KUALA LUMPUR, 7 Okt - Benarkah Datin Seri Rosmah Mansor menghabiskan sebanyak RM7 juta untuk membeli 14 buah jam tangan di Hong Kong?
Penulis blog, Syed Azidi Aziz atau Sheih telah menimbulkan persoalan tersebut menerusi posting terbaru beliau di blognya kickdefella.wordpress.com.
Sheih yang baru-baru ini ditahan di bawah Akta Hasutan selama empat hari turut memaklumkan bahawa jam-jam tersebut dibeli untuk dihadiahkan kepada kepada beberapa individu di beberapa kementerian.
Namun begitu Sheih enggan mendedahkan nama pemberi maklumat tersebut dengan merujuk kepada wartawan di barat yang sanggup dipenjara daripada mendedahkan nama pemberi maklumat.
Persoalan yang ditimbulkan oleh Sheih ini merupakan siri pendedahan terbaru beliau sejak dibebaskan pada 20 September lalu.
Beberapa hari sebelum menjelang Aidilfitri beliau turut mendedahkan bagaimana Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi telah menggunakan kedudukan beliau selaku Menteri Pertahanan untuk menambahkan kekayaan anak beliau Kamaluddin.
Pada hari raya kedua pula, Sheih mendedahkan Abdullah telah menerima RM200 juta daripada Rosmah. Wang tersebut merupakan sebahagian daripada komisen pembelian kapal selam yang turut dikaitkan dengan kematian Altantuya.AKHIRNYA...YANG DITUNGGU MENJAWAB JUGA! , at 7.10.08,

Pemuda PAS: Gambar Anwar bukan patung
Pemuda PAS Selangor berpendapat replika gergasi imej Datuk Seri Anwar Ibrahim di Batu Caves tidak termasuk dalam kategori patung yang diharamkan dalam ajaran Islam.
"Dalam Islam, apa-apa pun, kalau berunsur pemujaan tidak boleh. Kedua, (kalau) berhala, tidak dipuja pun tidak boleh.
"Tetapi, (replika) itu hanyalah gambar besar untuk memperingati pemimpin. (Imej) itu bukan patung. Itu hanyalah gambar besar," kata ketua dewan itu Sallehen Mukhyi. BACA LAGI...
DES : Seperti yang dijangka, sokongan padu PAS terhadap tindakan meletakkan gambar besar DSAI di Batu Caves ini tidak berbelah bagi...turut diundang agar Tuan Mufti sendiri datang melihat replika DSAI sendiri sebelum membuat apa-apa kenyataan...
Wallahualam
Adab Berjemaah perlu dipelihara , at 7.10.08,
"Di sinilah pentingnya kejayaan Ramadan sebagai obor pembimbing kita pada setiap ketika," katanya lagi. Walaupun Ramadhan berlalu pergi, beliau mengingatkan semua ahli di pelbagai peringkat supaya terus-menerus mempertingkatkan pengabdian diri kepada Allah, bermunajat untuk kekuatan jemaah, meningkatkan kerja dakwah bagi mengajak rakyat untuk bersama membela Islam menerusi wadah perjuangan PAS.
"Kepimpinan parti pula hendaklah bersedia untuk merangka program tarbiyah kepada ahli-ahli baru nanti selain memperkasakan fikrah ahli yang sedia ada," katanya.
Tuan Guru menyeru supaya ziarah-menziarahi pada Syawal ini dijadikan medium untuk meningkat hubungan baik dengan masyarakat. "Pimpinlah masyarakat supaya sama-sama menghayati perjuangan Islam ini," katanya.
Beliau berharap kurniaan taqwa akan "mendorong kita untuk terus kekal berjuang meninggikan kalimah Allah sehingga terlaksana syariat-Nya.
"Islam perlu mendominasi seluruh suasana supaya manusia kelak dapat melihat kehebatan dan keagungan Islam sehingga rela berada di bawah naungannya," kata beliau.
Semua Manusia Adik-Beradik , at 7.10.08,
"Tidak ada lebihnya bangsa Arab berketurunan Nabi Muhammad s.a.w dengan kaum Orang Asli kecuali hanya dengan taqwa kepada Allah, sujud kepada Allah Tuhan yang Maha Meliputi sekelian alam. "Sumber hidup keseluruhan ini adalah anugerah Allah s.w.t. Ia tidak dapat dijual dan tidak dapat dibeli," kata Menteri Besar Kelantan itu.
Begitu juga, kata beliau, dengan pelbagai bulan di dalam taqwim di mana dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup manusia sarat dengan perhambaan kepada Allah s.w.t.
"Sebenarnya, baik dalam bulan mana dan ketika mana sekalipun, hidup kita ini sarat dengan pelbagai aktiviti perhambaan. Kita mengabdikan diri kepada Allah dalam segenap keadaan. "Menyambut Hari Raya pun adalah merupakan ajaran agama. Makan minum, berpakaian cantik, suka-ria di hari raya sama ada Eidulfitri atau Eiduladha; semuanya itu adalah ajaran agama.
"Teriak tangis di waktu dinihari, sedu-sedan sebelum subuh meminta diampunkan segala dosa, diselamatkan dari godaan nafsu dan sabar menghadapi segala karenah manusia baik mukmin, fasik, kufur dan lebih-lebih lagilah yang munafik; pun adalah ajaran agama," kata Tuan Guru.
Begitu juga, katanya, dengan kesedaran terhadap lafaz berbunyi: "Ya Allah mujurnya ada ajaran-Mu dan puasnya hatiku mendengar nasihat Nabi-Mu yakni Muhammad s.a.w. "Semuanya ini berupa pengabdian," katanya lagi.
Beliau mengucapkan kesyukurannya kepada Allah yang telah mendatangkan lagi Ramadhan "untuk kita menghirup udara kerahmatan, keampunan dan maghfirah yang sangat mulia". Lebih penting dari itu, katanya, adalah kesedaran untuk mengambil kesempatan keatas janji-janji gandaan pahala yang ditawarkan oleh-Nya.
"Dengan segala kesedaran dan isi kandungan kesyukuran seperti yang kita sebutkan ini, izinkan saya mengucapkan Selamat Hari Raya. Maaf jua seadanya," kata Tuan Guru
DSAI di Kompleks Mahkamah Jln Duta , at 7.10.08,
“

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim and his wife Wan Azizah Ismail (L) arrive at a courthouse in Kuala Lumpur on October 07, 2008. Anwar, who had a small victory in court when a judge fended off a government attempt to move the case to the High Court, said a looming leadership transition in Malaysia's ruling coalition will do nothing to reform an administration mired in corruption.

Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim and wife Wan Azizah Wan Ismail arrive at the courthouse in Kuala Lumpur October 7, 2008. Anwar was in court again on Tuesday on new sodomy charges which he denies. Since his release from prison and the lifting of a ban on holding office earlier this year, Anwar has mounted the biggest ever challenge to the government that has ruled this mainly-Muslim country for the past 51 years.

Malaysia's opposition leader Anwar Ibrahim and wife Wan Azizah Wan Ismail leave the courthouse during a break in session in Kuala Lumpur October 7, 2008. Anwar was in court again on Tuesday on new sodomy charges which he denies. Since his release from prison and the lifting of a ban on holding office earlier this year, Anwar has mounted the biggest ever challenge to the government that has ruled this mainly-Muslim country for the past 51 years.

Malaysian opposition leader Anwar Ibrahim, center, is greeted by his supporter as he arrives at a court house in Kuala Lumpur, Malaysia, Tuesday, Oct. 7, 2008. Anwar on Tuesday cried foul over a government bid to move his sodomy trial from a lower court to the High Court, saying he fears he will end up facing a biased judge.
LIVE UPDATE DARI MAHKAMAH HARI INI”
(Kemaskini perjalanan mahkamah)
9.48pg : DSAI tiba di perkarangan mahkamah.
9.53pg : Hadirin masih menunggu kedatangan Hakim Komathy Suppiah. Antara barisan peguam DSAI ialah Tn Hj Sulaiman Abdullah, Sankara Nair, Edmund Bon dan Amir Hamzah.
10:14pg : Hakim Komathy Suppiah sedang menyatakan asas perundangan mengapa beliau mempunyai kuasa untuk menentukan Sijil Perintah Pemindahan ke Mahkamah Tinggi tersebut sah atau tidak.
10.22pg : Tn Hj Sulaiman Abdullah baru selesai berhujah agar Puan Hakim untuk terus kekal dengan keputusan yang lepas.
10.26pg : Datuk Yusof bagi pihak Pendakwa sekarang mula berhujah untuk mempertahankan cadangannya membawa kes ini ke Mahkamah Tinggi.
10.35pg : Penyokong DSAI semakin ramai memenuhi ruang di dalam dan di luar kamar Mahkamah.
Bantahan Pendakwaan sekarang menjurus kepada membantah bidangkuasa Puan Hakim untuk mendengar bantahan Pembela terhadap penglibatan Gani Patail di dalam kes ini.
Mahkamah meneruskan hujah Pembela membantah penglibatan Gani Patail melalui tandatangan beliau di Sijil Perintah Pemindahan oleh pihak Pendakwa.
11.15pg : Pihak Pendakwa memohon pergantungan perintah Hakim tetapi ditolak. Pihak Pendakwa berhujah untuk mengemukakan afidavit Gani Patail tetapi dibantah oleh pihak Pembela.
11:34pg : Mahkamah ditangguhkan seketika.
12:37tghr : Kes akan disambung semula pada jam 2.30 petang hari ini.
3.20ptg : Perbicaraan disambung semula.
3.45ptg : Tn Hj Sulaiman menghujahkan bahawa tandatangan Gani Patail pada Sijil Perintah Pemindahan itu bertentangan dengan prinsip keadilan kerana adanya laporan DSAI berkenaan penglibatan AG dalam kes terdahulu.
Mahkamah ditangguhkan dan disambung esok pada pukul sebelas pagi.
Mufti akui mangsa 'permainan politik' , at 7.10.08,
“Cara menguruskannya, macam main silap mata. Mereka tidak jujur,” katanya hari ini.
Beliau bagaimanapun enggan menjelaskan lanjut bentuk permainan politik itu dan pihak yang terlibat.
Sumber-sumber memberitahu Malaysiakini, surat makluman tamat kontrak perkhidmatannya selama dua tahun bermula 2006 dihantar kepadanya baru-baru ini walaupun kontrak baru sehingga Oktober 2009 telah ditandatangani Jun lalu.
Tindakan itu, menurut sumber-sumber, "ada (niat) sesuatu".
Dr Mohd Asri bagaimanapun menjelaskan tidak akan bertemu Menteri Besar Datuk Seri Md Isa Sabu untuk menyelesaikan permainan politik seperti didakwanya melibatkan pentadbiran kerajaan negeri."Saya tidak akan berjumpa beliau (Md Isa) untuk meminta jawatan," katanya.
Ditanya sama ada keputusan melepaskan jawatan itu dibuat kerana terdapat tekanan akibat beberapa pandangannya yang tidak selari dengan pandangan ahli politik, beliau berkata:
"Beberapa pandangan saya kritikal. Saya tidak kisah. Ada orang tidak selesa. Saya tidak kisah berbeza pandangan dengan pentadbir, tidak kira Umno atau parti mana pun.”
Sepanjang dua tahun berkhidmat sebagai mufti, katanya, beliau telah "melakukan sesuatu".
"Daripada hari pertama (bertugas), ada orang terkejut dengan pandangan saya. Sepanjang tempoh itu, saya telah bertemu dengan pelbagai orang daripada pelbagai peringkat.
"Saya puas hati, saya telah melakukan sesuatu," katanya.
Mengulas "permainan politik" itu, Dr Mohd Asri berkata, istana sebagai institusi yang mengawal hal-ehwal Islam dan adat istiadat Melayu tidak mengetahuinya.
Oleh itu, tambahnya, beliau berhasrat menghadap Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail bagi menyampaikan hajatnya dan memohon perkenan baginda.
Bekas ahli akademik Universiti Sains Malaysia (USM) akan kembali mengajar di kampus itu di Pulau Pinang mulai 1 November ini.
Katanya, beliau akan berlepas ke United Kingdom selama tujuh bulan mulai 1 Disember untuk menjalankan kajian berkaitan pengajian hadis dan politik.
Sebelum meninggalkan jawatan itu, tambahnya, beliau akan mencadangkan penggantinya seperti yang pernah diamalkan oleh khalifah Islam yang pertama, Abu Bakar as-Siddiq.
Diminta menjawab kenyataan bekas menteri besar Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim yang menyifatkan tindakannya itu sebagai tidak menghormati keputusannya yang menyambung perkhidmatan sehingga tahun depan, Dr Mohd Asri berkata:
"Saya baik dengan beliau. Mungkin beliau tidak gembira dengan keputusan saya ini.”
Mufti termuda di Malaysia itu memecah rekod institusi agama itu apabila bersuara lantang dalam beberapa isu penting dan kontroversi, termasuk penangkapan bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) bulan lepas, peralihan kuasa dalam Umno, mubahalah isu liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, sambutan Hari Pahlawan di Tugu Peringatan Negara dan pengharaman penyanyi Faizal Tahir.Selain itu, beliau pernah hadir dalam forum yang dianjurkan Pakatan Rakyat di Kelantan selepas pilihanraya umum 8 Mac lepas.
Anak kelahiran Bukit Mertajam itu, kelulusan doktor falsafah dalam pengajian hadis di Universiti Islam Antarabangsa (UIA), dilantik sebagai mufti menggantikan Datuk Alim Panglima Mat Jahaya Hussin yang bersara wajib.
Para pemimpin PAS sepakat kini , at 7.10.08,

KUALA LUMPUR, 7 Okt: Alhamdulillah. Akhirnya berita yang ditunggu-tunggu para ahli dan penyokong PAS telah tiba apabila para pimpinan PAS sepakat dalam menghadapi perkembangan semasa.Khutbah Aidilfitri Dr Haron Din , at 7.10.08,
Hikmah daripada berpuasa di bulan Ramadan dengan menahan lapar dan dahaga adalah untuk menimbulkan rasa keinsafan bagi melahirkan insan yang prihatin membantu saudara seagama seperti tidak menjadi di kalangan umat Islam kini, kata Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato' Dr Haron Din.
Sehingga kini katanya, umat Islam terus dilanda pelbagai masalah, ditindas dan dijajah tanpa mendapat pembelaan dan bantuan daripada umat Islam yang lain.
Menurutnya, krisis yang menimpa umat Islam sejagat sekarang adalah berpunca daripada perpecahan yang berlaku di kalangan ummah itu sendiri.
"Alhamdulillah kita dapat merayakan Aidilfitri dalam suasana aman dengan hidangan juadah yang enak. Tapi jangan lupa ada umat Islam yang menyambut hari raya dengan hidangan peluru, bom, belantan, keganasan dan pembunuhan,darah merah mengalir pada hari raya," katanya menyampaikan khutbah Aidilfitri di Balai Islam MADI dekat sini baru-baru ini.
Katanya lagi, umat Islam rata-rata dilabelkan oleh musuh mereka sebagai pengganas atau teroris yang mesti diperangi.
"Mereka (kuffar) tidak menyiksa mereka itu (orang Islam) melainkan kerana mereka beriman dengan Allah Tuhan Yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji," ujarnya memetik ayat 8 dari Surah Al-Buruj.
Tambahnya, Ramadan yang juga dikenali dengan nama bulan kesabaran, bulan pengorbanan, bulan jihad, bulan pengampunan dan bulan kemenangan, namun dari Ramadan tahun lalu sehingga yang baru berlalu, banyak peristiwa yang berlaku atas umat Islam yang dapat dilihat.
"Umumnya ternyata Islam masih tertindas di sana-sini, dihukum dengan kejam yang semuanya ini menuntut kita untuk bersabar, tapi sampai bila perlu kita bersabar?
"Masalah besar yang menimpa umat Islam sekarang ialah Masjidil Aqsa, penjajahan yahudi ke atas Palestin yang merampas bumi umat Islam. Amat malangnya pada masa yang sama berlaku perperangan dan pembunuhan sesama umat Islam disana antara Hamas dan Fatah yang kedua-duanya parti umat Islam. Lebih malang lagi, orang Arab, umat islam dan kita semua tidak berbuat apa-apa untuk membantu mereka.
"Puasa semacam tidak mendatangkan kesan positif kepada ummah, puasa sudah menjadi satu ritual atau perkara biasa tanpa makna sebenar yang boleh menjadi pendorong untuk memperbaiki diri dan ummah ke arah satu penyatuan yang lebih baik," katanya.
Baginya, permasalahan umat Islam terus menjadi lebih parah seperti yang terbaru berlaku perang saudara di Darfur (Sudan), masalah politik tempatan di Mauritania, Somalia, Georgia dan Selatan Thailand.
"Krisis berterusan, perang tak henti-henti di Iraq, Afghanistan, Kosovo, Pakistan dan belum nampak tanda-tanda kesudahan.Apabila senario politik terjadi sebegini kita akan menuduh angkara musuh yang tidak berperikemanusiaan didalangi Amerika dan sekutunya. Akan tetapi adalah lebih elok rasanya kita melihat ke dalam diri kita sendiri, diri ummah yang dikatakan "kaum yang lebih tinggi (lebih cangih) kalaupun beriman"
"Apa sebabnya kita mudah diperkotak-katikkan oleh musuh? Jawapannya mudah, sebab kita berpecah-belah dan tidak bersatu," tegasnya.
Katanya lagi, punca umat Islam berpecah adalah kerana mereka tidak berpegang kepada hukum Allah, jauh dari Al-Quran dan meninggalkan Sunnah Rasul s.a.w
"Allah berfirman dalam Sura Al-Anfal ayat 46, Dan taatlah kepada Allah dan RasulNya dan jangan sekali-kali kamu bersengketa (berperang sesama sendiri) kelak kamu akan kecundang, diserang takut dan kakuatanmu. Bersabarlah, sesungguhnya Allah bersama-sama orang yang sabar.
"Yang nyata kita fahami umat Islam tidak bersatu. Mereka hidup dalam nafsi-nafsi, negeri-negeri sendiri. Kalau musuh menangkap mangsa atau negeri dijajah serta diseksa, yang lain hanya menjadi penonton," ujarnya lagi.
Menurut beliau, untuk melihat perpecahan umat Islam kita tidak perlu tengok jauh ke Timur Tengah atau Afrika sebaliknya melihat di negara kita sendiri.
"Orang Islam di Malaysia inipun tidak bersatu. Kita sebenarnyapun sudah berpecah sekurang-kurangnya selama 57 tahun apabila wujudnya dua buah parti politik besar Melayu
"Mungkin kerana perpecahan ini suatu yang tidak baik dan kerajaan yang tidak kukuh, jelas musuh-musuh Islam sudah mulai lantang meyuarakan perkara-perkara seperti laungan azan, kebebasan beragama sebagai contohnya murtad yang diminta diberi kebebasan atas nama hak-hak kemanusiaan dan berlakunya ketengangan antara kaum khasnya atas hal-hal yang berkaitan agama.
"Kita sekan-akan menunggu berlakunya sesuatu yang lebih kompleks, masalah yang lebih gawat yang akan menjerumuskan kepada ketengangan yang membawa kepada berlakunya huru-hara," jelasnya lagi.
Justeru beliau menyeru sidang hadirin untuk sama-sama komited dalam perjuangan Islam.
"Tegakkan negara Islam itu di dalam diri kamu terdahulu, Insya Allah akan tertegaklah negara Islam di dalam negeri kamu. Sebab itulah kita sentiasa perlu mematuhi segala perintah Allah dan hukum-hukum Allah mestilah diletakkan di hadapan," serunya.TPM Thai baru letak jawatan ekoran pertempuran di Parlimen , at 7.10.08,

PENYOKONG-penyokong antikerajaan mencari tempat berteduh apabila pasukan keselamatan melepaskan gas pemedih mata di Bangkok, Thailand.BANGKOK: Timbalan Perdana Menteri Chavalit Yongchaiyudh mengemukakan peletakan jawatannya ekoran pertempuran pagi ini antara polis dan penyokong anti kerajaan yang mengakibatkan lebih 70 orang cedera, manakala menteri Kabinet dan berpuluh-puluh Ahli Parlimen terperangkap dalam bangunan Parlimen.
Chavalit, bekas Perdana Menteri pada lewat 1990-an, yang kembali menyertai Kabinet di bawah Perdana Menteri baru, Somchai Wongsawat bulan lepas dan bertanggungjawab dalam hal ehwal berkaitan keselamatan, berkata beliau memikul tanggungjawab terhadap keganasan yang berlaku pagi ini.
Selepas dilantik, beliau memulakan rundingan antara kerajaan dan Perikatan Rakyat Untuk Demokrasi (PAD) bagi menamatkan penawanan mereka ke atas Rumah Kerajaan sejak 26 Ogos, namun pelan damainya itu terbantut ekoran penahanan dua pemimpin PAD oleh polis pada minggu lepas.
Sebagai balasan, beratusratus penyokong PAD berarak ke perkarangan Parlimen malam semalam untuk menghalang Somchai daripada membentangkan dasar baru kerajaan tetapi polis rusuhan melepaskan gas pemedih mata pada 6.20 pagi untuk menyuraikan tunjuk perasaan itu.
Somchai berjaya menyampaikan ucapannya yang dipulaukan oleh parti pembangkang Demokrat, namun terpaksa memanjat pagar untuk keluar dari pekarangan Parlimen selepas penunjuk perasaan menyekat semua laluan keluar.
Somchai, yang juga Menteri Pertahanan, mengadakan mesyuarat dengan pemimpin tertinggi tentera di Supreme Command tetapi tiada tandatanda tentera diajak bersama.
Dalam pertempuran antara PAD dan penyokong pro kerajaan berhampiran Rumah Kerajaan bulan lepas, seorang terbunuh manakala lebih 40 orang cedera dan keadaan hanya pulih seperti sedia kala selepas tentera tanpa senjata bertindak mengawal keadaan.
Menurut wartawan yang berada di dalam bangunan itu, sebahagian besar daripada anggota Kabinet, Ahli Parlimen dan senator masih terperangkap manakala bekalan elektrik serta air pula dipotong.
"Malah bekalan makanan juga hampir habis. Satusatunya pasar mini yang ada di dalam bangunan kehabisan bekalan air dan kami juga tidak dapat keluar," kata seorang wartawan ketika dihubungi.
Kira-kira 11 pagi, polis bertempur dengan penunjuk perasaan di beberapa kawasan menuju ke bangunan Parlimen, di Royal Plaza dan berhampiran Biro Polis Metropolitan.
Bagaimanapun di beberapa tempat lain di ibu kota ini, keadaan tenang dan warga Bangkok menjalankan aktiviti seharian mereka.
Sekurang-kurangnya dua anggota polis cedera semasa pertempuran itu apabila mereka diserang oleh penunjuk perasaan yang bersenjatakan objek tajam seperti paip PVC, kayu dan batang buluh. Seorang lelaki hilang sebelah kaki selepas terkena bekas gas pemedih mata.
Dalam pertempuran pagi ini, kirakira 1,500 anggota polis melontar 40 hingga 50 bekas gas pemedih mata ke arah penunjuk perasaan yang menyekat semua jalan menuju ke Parlimen.
Pol Mej Jen Amnuay Nimmano dari Biro Polis Metropolitan Bangkok berkata polis terpaksa menggunakan gas pemedih mata bagi membolehkan Anggota Parlimen dan senator menyertai ucapan dasar itu tetapi menafikan ada menggunakan kekerasan.
Royal Household Bureau berkata Permaisuri menyumbangkan Bt100,000 kepada Hospital Vachira tempat penunjuk perasaan yang cedera dirawat manakala beratus-ratus penyokong PAD dari dalam dan luar ibu kota kini bergerak menuju ke Parlimen serta Rumah Kerajaan.
Pada Ahad, polis menahan pemimpin PAD dan bekas jeneral tentera Chamlong Srimuang ketika beliau pergi mengundi dalam pemilihan Gabenor Bangkok.
Dua hari sebelum itu, Chaiwat Sinsuwongse menjadi pemimpin pertama yang ditahan.
Selepas beriburibu penyokong PAD menyerbu Rumah Kerajaan yang menempatkan pejabat Perdana Menteri, pada 26 Ogos, polis memperoleh waran tangkap ke atas sembilan pemimpin teras gerakan anti kerajaan. Kesemua mereka menghadapi pelbagai tuduhan, termasuk khianat, yang membawa hukuman mati jika sabit kesalahan.
PAD semakin menonjol selepas parti itu mengetuai tunjuk perasaan besar-besaran di ibu kota ini pada 2006, yang membawa kepada penyingkiran bekas Perdana Menteri Thaksin Shinawatra yang ketika ini hidup dalam buangan di Britain.
Pertempuran terbaru hari ini memberi satu lagi tamparan kepada industri pelancongan yang terjejas teruk selepas Rumah Kerajaan ditawan.
Insiden itu juga berlaku pada masa yang salah memandangkan Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) membawa lebih 800 pengusaha pelancongan dan anggota media dari seluruh dunia hari ini bagi menunjukkan negara itu selamat untuk dikunjungi.




