Ikuti Blog ini

Bas Jelajah Merdeka Tarik Perhatian Ramai, Hari Ini Di Pulau Pinang


Bas Anwar tarik perhatian ramai

MACHANG - Bas dua tingkat yang memaparkan gambar Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim di pekarangan Pejabat PKR Cabang Machang, di sini malam kelmarin menarik perhatian ramai.

Gambar: Anwar ketika berucap di pentas segera bas tersebut sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat di Machang, malam kelmarin.


Masing-masing yang hadir pada majlis sambutan Aidlfitri meninjau bas khas sempena Program Jelajah Merdeka Rakyat ke Kelantan itu.

Tidak kurang juga mengambil kesempatan bergambar bersama bas tersebut sebagai kenang-kenangan.

Bas itu menjadi perhatian apabila ruang dalamannya diubahsuai dengan pelbagai kemudahan termasuk wifi, tempat mesyuarat, tandas, dilengkapi sistem bunyi dan pentas segera.


Selain Anwar, program jelajah tersebut turut dijayakan Persiden Keadilan yang juga isteri Anwar, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Tidak ketinggalan, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat turut menaiki bas tersebut dari Machang ke Tanah Merah bagi sama-sama menjayakan ceramah umum di Padang Majlis Daerah Tanah Merah.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, PKR memulakan siri baru - Jelajah Merdeka Rakyat ke seluruh Semenanjung untuk mendekati dan menyampaikan mesej kepada rakyat agar beri peluang kepada Pakatan Rakyat (PR) untuk mengubah Kerajaan Pusat.

Katanya, siri jelajah itu diadakan secara berterusan sehingga Parlimen dibubarkan dan akan diteruskan sepanjang tempoh pilihan raya.

“Jelajah itu juga adalah kesinambungan 20 siri program Merdeka Rakyat yang diadakan sejak tiga bulan lalu.Ramai pemimpin PKR Pusat akan terlibat dalam siri jelajah itu dan mereka akan berada di Pahang, Kelantan, Kedah dan Perlis,” katanya.

Terdahulu, Anwar merasmikan Jelajah Bas itu sempena Aidilfitri di Petaling Jaya, kelmarin manakala Penggunaan kemudahan bas diumumkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika 1 Syawal lalu. -SH

KELMARIN DI PAHANG



SEMALAM DI KELANTAN





HARI INI DI PULAU PINANG & PERLIS






Patutlah bas tersebut disimbah cat merah dan dipecahkan cermin. Rupa-rupanya ada pihak yang resah-gelisah kerana rombongan bas berkenaan telah menarik perhatian orang ramai. -GB

TAKKAN Rosmah lebih besar dari Agong?

KENAPA HIMPUNAN MERDEKA 55 'JANJI DITEPATI' DI BUKIT JALIL TIDAK JEMPUT YDP AGONG ?


Cukup heboh UMNO, PERKASA dan blogger pencacai mengenai isu kononnya kerajaan Pakatan Rakyat Selangor memberlakangkan Sultan Selangor di dalam majlis sambutan merdeka yang diadakan di Shah Alam pada malam Hari Merdeka.

Tetapi mereka terlupa atau sengaja lupa bahawa kerajaan Pusat UMNO/BN langsung tidak menjemput DYMM Seri Padu baginda Yang Dipertuan Agong ke di countdown Merdeka di Stadium Merdeka kelmarin dan di Majlis Sambutan Merdeka di Stadium Bukit Jalil semalam.

Yang kelihatan disebelah Najib ialah seorang perempuan debab bernama Rosmah. Belum pernah berlaku sebelum ini di dalam sejarah di mana isteri PM disediakan tempat khas di pentas seolah-olah beliau salah seorang menteri kanan kabinet sehingga menenggelamkan wajah-wajah menteri kabinet yang lain.

Agong dan tempat Agong tidak kelihatan. Apakah ini bererti Najib atau Rosmah lebih besar dari Yang Dipertuan Agong?

BERNAMA yang menulis berita untuk yang mempersoalkan "Najib: Takkan Anwar lebih besar dari Sultan?" silakan jawab.. Kelab Greenboc

Akhirnya.. Adnan Yaakob Tak Muncul-Muncul Di Himpunan Hijau Raub


Dianggarkan kira-kira 8,000 orang peserta 'Himpunan Hijau Raub' Selamatkan Bukit Koman, Pahang telah berada di tapak padang Milo, Raub yang bermula jam 2.30 petang tadi.Menariknya, dua buah kerusi khas telah disediakan khas buat Menteri Besar, Adnan Yaakob dan ahli parlimen Raub yang juga menteri pelancongan, Ng Yen Yen.Bagaimanapun, kedua-dua pemimpin Barisan Nasional (BN) berkenaan masih tidak muncul walaupun surat jemputan rasmi telah dihantar penganjur sejak dua minggu lalu.

Ada di antara mereka sudah berkumpul di sepanjang Jalan Bukit Koman sejak jam 1 tengah hari tadi untuk menyatakan bantahan mereka terhadap penggunaan sianida di lombong emas berdekatan.Peserta "Himpunan Hijau Raub" itu rata-rata memakai kemeja-T hijau, bersorak dan mengambil gambar sendiri sebelum perhimpunan itu bermula.Penduduk Kampung Baru Bukit Koman, berdekatan lombong itu mendakwa penggunaan sianida menjejaskan kesihatan mereka tetapi perkara itu ditolak oleh kerajaan dan syarikat pengendali lombong, Raub Australia Gold Mining Sdn. Bhd.

Penduduk, khususnya melalui Jawatankuasa Haramkan Sianida sejak 2007 menentang operasi itu melalui pelbagai cara, termasuk mengheret kerajaan negeri ke mahkamah.Mereka berkumpul di padang kompleks sukan Raub yang dikenali penduduk setempat sebagai Padang Milo.Pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir di himpunan ini adalah Naib Presiden PKR, Fuziah Salleh, ahli parlimen Bakri, Er Teck Hua, dan pemimpin setempat.Polis melarang mereka berarak dan meminta Raub Australia Gold Mining menghantar wakil untuk menerima nota bantahan.

Bandar Raub yang sebelum ini sunyi hari ini menerima kehadiran peserta yang datang sejauh Kuantan dan Kuala Lumpur manakala ada yang datang dari Pengerang, Johor yang bakal terjejas ekoran rancangan perdana menteri, Najib Altantuya mengambil tanah di kawasan mereka untuk dijadikan lapangan minyak dan gas (RAPID) yang sebenarnya pusat pengumpulan kedua-dua bahan itu untuk kegunaan Singapura dan tentera Amerika Syarikat.


Dijangka, kira-kira 3,000 lagi peserta tersekat dalam kesesakan jalan raya sepanjang 3 kilometer menghala ke bandar ini ekoran polis mengadakan satu sekatan jalan raya dari arah Bentong dipercayai cuba untuk menggagalkan himpunan hari ini.Setakat jam 3 petang tadi, kelibat Adnan dan Ng Yen Yen masih tidak kelihatan walaupun Yen Yen menganjurkan jelajah basikal sempena sambutan kemerdekaan di bandar ini pagi tadi.

Fakta Sianida

Sianida adalah zat beracun yang sangat mematikan. Sianida telah digunakan sejak ribuan tahun yang lalu. Sianida juga banyak digunakan pada saat perang dunia pertama. Kesan dari sianida ini sangat cepat dan dapat mengakibatkan kematian dalam jangka waktu beberapa minit. Hidrogen sianida disebut juga formonitrile, manakala dalam bentuk cairan dikenal sebagai asid prussit dan asid hidrosianik. Hidrogen sianida adalah cairan tidak berwarna atau dapat juga berwarna biru pucat pada suhu kamar.

Bersifat meruap dan mudah terbakar. Hidrogen sianida dapat bertindak balas baik dengan udara dan bahan peledak. Hidrogen sianida sangat mudah bercampur dengan air sehingga sering digunakan. Bentuk lain ialah sodium sianida dan potassium sianida yang berbentuk serbuk dan berwarna putih. Sianida dalam dos rendah ditemui pada alam semulajadi dan ada pada setiap produk yang biasa kita makan atau gunakan. Sianida dapat dihasilkan oleh bakteri, jamur dan ganggan.

Sianida juga ditemukan pada rokok, asap kendaraan bermotor, dan makanan seperti bayam, bambu, kacang dan tepung ubi. Selain itu ia juga terdapat pada beberapa produk sintetik. Sianida banyak digunakan pada industri terutama dalam pembuatan garam seperti natrium, kalium atau kalsium sianida. Sianida yang digunakan oleh tentera NATO (North American Treaty Organization) adalah yang jenis cair iaitu asid hidrosianik (HCN).

Gejala yang ditimbulkan oleh zat kimia sianida ini bermacam-macam; mulai dari rasa pening pada kepala, mual muntah, sesak nafas, dada berdebar, selalu berkpeluh sampai mati dan pengsan apabila tidak segera ditangani dengan baik akan mengakibatkan kematian. Kesan keracunan ini sangat cepat, kerana prognosis dari terapi yang diberikan juga bergantung kepada berapa lama pesakit terkena zat toksik tersebut. ~mkini

Video : Adun Kuala Berang kutuk Ustaz Azhar Idrus


Rumah Terbuka Eidul Fitri DUN Seri Serdang mariah











Lagi Gambar2 di FB Pas Puchong

TS Anwar Musa Tidak Layan Geng Gelombang Merah Ke?

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/404066_10151228035880039_765595466_n.jpg

jeng jeng jeng

Isu Twitter: Najib Dilembukan Dan Cuba Pula Melembukan Dunia



Nak tweet terpaksa guna BOT. Nak penyokong terpaksa beli. Tak beli, tak kerah, tak paksa budak sekolah tiada sapa nak datang. Nak penuhkan stadium pon terpaksa kerah budak2 skolah pi. Itu pun BE-END mendada kata kuat, gagah, utuh, semua ada. Kuat tak sangga parlimen tak bubar2 juga. Cari cara untuk beri BOT mengundi kot?


Firma kajian: Tweet #Merdeka55 mungkin dihasilkan bot

Firma kajian Twitter Politweet.org mempertikai rekod 3,611,323 tweet patriotik kepada perdana menteri sempena sambutan Merdeka seperti yang diumumkan kerajaan pada malam tadi.

Firma itu berkata, sebanyak 38 peratus daripada tulisan dengan label hashtag #Merdeka55 di Twitter itu mungkin dihasilkan oleh bot – perisian yang mengawal sejumlah akaun Twitter yang berlainan.

Kajian itu berdasarkan sampel daripada sebanyak 107,000 tweet yang dikumpul daripada 19,000 pengguna dalam tempoh berkenaan.

Firma itu mendapati, sebanyak 38 peratus daripada tweet berkenaan dihasilkan daripada 14 peratus pengguna yang kesemuanya menggunakan perisian TweetDeck.

TweetDeck merupakan perisian sokongan kepada pengguna Twitter yang membolehkan seseorang mentadbir pelbagai akaun dalam satu masa.

"Ia bermakna 41,000 tweet (diterima) daripada 2,761 pengguna," kata Politweet.org dalam satu tulisan di Facebook hari ini.

Dalam kenyataan tersebut, firma itu berkata mereka juga mengesyaki bahawa jumlah pengguna terbabit merupakan penghantar spam yang dimaksudkannya.

Laporan Bernama pada malam tadi menyebut, jumlah 3,611,323 juta tweet dalam tempoh sejam itu mencatat rekod dalam Malaysia Book of Records dalam kategori tweet terbanyak dan juga perhimpunan tweet terbesar.

Agensi berita itu melaporkan, perkara itu diumumkan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim yang berkata, 10,128 orang terlibat menghantar tweet di dalam majlis sambutan di Stadium Nasional Bukit Jalil itu. -mk

KUALA LUMPUR - Sasaran 1 juta "Tweet" berunsurkan patriotik dan cintakan tanah air dari seluruh pengguna "Twitter" di Malaysia ditetapkan bagi memecahkan rekod dunia pada Perhimpunan Janji Ditepati sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, Jumaat ini.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata pengguna Twitter di Malaysia boleh melakukan tweet dalam tempoh waktu satu jam dari pukul 8.15 malam sehingga 9.15 malam dengan mengikutinya di laman "Tweet #Merdeka55" pada malam sambutan yang akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

"Pada malam tersebut kita akan menjiwai sambutan kemerdekaan dengan melakukan tweeting sehingga 1 juta, kita mohon sesiapa yang menggunakan twitter dapat tweet sebagai melambangkan kasih sayang kita kepada Malaysia," katanya kepada pemberita selepas hadir menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan, Jumaat ini.

Beliau berkata bagi menjayakan hasrat kerajaan itu, kementeriannya telah memohon kepada seluruh syarikat telekomunikasi di Malaysia agar membuat persediaan supaya tiada gangguan transmisi daripada segi komunikasi pada waktu tersebut bagi membolehkan pengguna Twitter membuat tweet.

Rais berkata sesuai dengan hasrat kerajaan untuk menghimpunkan seramai mungkin pelbagai lapisan masyarakat Malaysia pada perhimpunan tersebut, perkhidmatan sistem transit aliran ringan (LRT) secara percuma akan disediakan kepada pengunjung.

"LRT secara percuma akan disediakan kepada pengunjung yang akan ke Bukit Jalil seawal pukul 8 pagi sehingga selesai perhimpunan itu....saya minta pengunjung yang datang dari Lembah Klang, dan seluruh tanah air agar dapat hadir bagi meramaikan perhimpunan ini," katanya.

Dalam pada itu beliau turut membidas tindakan pakatan pembangkang yang hanya pandai mempolitikkan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini dengan menganggapnya sebagai satu tindakan yang keterlaluan.

"Sepatutnya sempena sambutan hari kemerdekaan pada kali ini mereka (pembangkang) bersama-sama kita meraikannya dan memberikan sedikit bantuan tapi apa boleh buat, itu memang kerja mereka untuk membangkang.

"Tetapi mereka harus ingat sejak negara kita mengecapi kemerdekaan, pembangkang pun turut sama mengecapi apa yang telah dilakukan oleh kerajaan kita dari peringkat sekolah sehingga mereka memperolehi pekerjaan," katanya.

Beliau turut menepis dakwaan beberapa portal pembangkang yang mengatakan sambutan hari kemerdekaan pada kali ini hanya disambut oleh golongan yang prokerajaan sahaja.

"Ada orang mengkritik mengatakan kita tidak menjemput sesetengah orang untuk hadir bersama-sama kita pada malam tersebut, itu semua tidak benar.

Kita menyediakan jemputan sebenarnya, kita jemput semua masyarakat tidak kira apa kepercayaan mereka dan latar belakang politik yang didukungi mereka," katanya.

Terdahulu, Rais menyaksikan raptai sempena Perbarisan Hari Kemerdekaan yang disertai lebih 13,000 peserta dari pelbagai latar belakang agensi kerajaan, pasukan keselamatan dan badan korporat bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan yang ke-55 kali ini.
- Bernama

NAK MENIPU PUN BIAQ LA CAPATI
ADA KA TAN CHOR KHAI CAKAP ALHAMDULILLAH
LOGIK KA NADARAJA PUN ALHAMDULILLAH JUGAK


Gelombang Sabah beri harapan besar kepada rakyat – TG Hadi

(Ustaz Hadi berucap dalam majlis sambutan Aidil Fitri, Pakatan Rakyat Sabah)

BEAUFORT: Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata gelombang baru Sabah di mana wakil rakyat mula meninggalkan BN telah memberi harapan besar kepada rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan.

Berucap di Xpresi Anak Muda Himpunan Hijau ke Putrajaya peringkat Negeri Sabah pagi tadi, Abdul Hadi juga menyentuh soal komitmen Pakatan Rakyat dalam menjaga kebajikan rakyat dan membina masa depan negara yang adil dan telus.


(Nasrudin memberikan ucapan)


“Ini sesuai dengan (keperluan) masyarakat majmuk. Sabah dengan gelombang baru apabila seorang demi seorang meninggalkan BN seperti Datuk Panglima Lajim memberi harapan besar kepada rakyat Sabah untuk bangkit melakukan perubahan,” kata beliau.

Sementara itu, Ketua Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan Tantawi menegaskan betapa perlunya untuk rakyat Sabah bangkit melakukan perubahan dalam pilihanraya ke 13.

Perkara itu, tegas Nasrudin, penting untuk mengembalikan hak rakyat yang sering dinafikan oleh BN melalui amalan rasuah dan kronisme.

“Jadikan semangat Aidilfitri sebagai simbol mencari kemenangan ke arah membina negara baru yang sejahtera dari korupsi dan penyalahgunaan kuasa,” saran beliau. -Hrkh


(Ustaz Hadi bersama Datuk Seri Panglima Lajim dan lain-lain pimpinan Sabah)


(Pimpinan Pemuda PAS yang datang ke Sabah bergambar di lapangan terbang)


(Gambar kenangan di tapak program)

Hadoih, Pakatan Rakyat pulak terkantoi [TENGOK]




Hadoiihh...

Punah....
Pakatan Rakyat memfitnah rupanya... Pakatan Rakyat memfitnah KERAjaan BN Pahang tentang isu air kat Pahang. Sebenarnya takdak pun masaalah air kat Pahang neh...


Kesiankan kat Umno... Nasib baik lar TV3 BONGKAR FITNAH NEH... TERIMA KASIH KAT TV3. AKU MULA BENCI PADA PR SEBAB KUAT FITNAH!!!

JOM DENGAR SENDIRI PENAFIAN DARI RAKYAT PAHANG!!! -sumber

Panas!! Ibu Luah Perasaan Di TV Al-Hijrah Kerana Anak Tidak Solat Jumaat Gara-Gara Himpunan Janji Di Tepati


"Sebentar tadi (jam 9.00 pagi) saya menonton rancangan 'Assalamualaikum TV Alhijrah'. Ada ibu kepada seorang pelajar menelefon secara langsung dan mengadu akan hal anaknya yang dikerah hadir ke Perhimpinan/Konsert Merdeka (Janji Ditepati) di Stadium Bukit Jalil malam tadi.

Anaknya diarahkan untuk hadir ke sekolah seawal jam 11 pagi dan bas sekolah bertolak jam 12 tengah hari. Si ibu mengekori bas dengan kereta sendiri. Si Ibu kesal kerana anaknya dan semua pelajar tidak dapat solat Jumaat. Sesampainya di Bukit Jalil Si Ibu melihat ramai lagi petugas Muslim tidak solat Jumaat. Solat Asar dan Maghrib juga hanyut.

Mungkin tidak menyangka panggilan sebegitu, penerbit ‘Assalamualaikum’ tidak sempat memutuskan talian namun cepat-cepat Ustaz Izhar yang mengendalikan slot itu memotong percakapan Si Ibu tadi dengan alasan masa tidak mencukupi. Tapi dah terlambat, seluruh Malaysia yang menonton rancangan itu sudah tahu perkara yang sebenar.

"MERDEKA! MERDEKA!

~ Tetuan Media Islam

Janji Demokrasi: Era Umno Bolot Raikan Merdeka Berakhir


Berbeza dengan sambutan ambang merdeka tahun-tahun sebelumnya, sambutan ambang merdeka ‘Janji Demokrasi’ yang diadakan di Dataran Merdeka malam tadi turut disertai oleh semua kaum dari pelbagai peringkat umur.

Sebelum ini, setiap kali sambutan ambang kemerdekaan diadakan, kebanyakan orang ramai yang hadir adalah terdiri daripada hampir 90 peratus adalah orang Melayu khususnya golongan remaja yang ingin menyaksikan persembahan hiburan artis kegemaran mereka.

Manakala sambutan disebelah paginya pula, kebanyakan warga berbangsa India dan Cina yang hadir hanya semata-mata kerana terlibat dalam acara yang dipersembahkan.

Menurut seorang pelajar berbangsa Cina penuntut tahun dua di Universiti Lim Kok Wing yang tidak mahu namanya disebut, sebelum ini sambutan kemerdekaan dilihat sebagai salah satu acara menaikan imej Umno di mata rakyat negara ini.

“Sebab itulah bila hari merdeka, selalunya berkisar tentang pemimpin Umno sahaja.

“Kali ini lain, saya dan kawan-kawan betul-betul dapat rasakan semangat kemerdekaan negara Malaysia, bukan meraikan mana-mana parti politik,” kata beliau sambil disokong oleh beberapa rakan beliau yang turut serta meraikan sambutan ambang kemerdekaan malam tadi.

Manakala bagi kerabat Diraja Negeri Sembilan, Tunku Harmy Tunku Hanan pula, meskipun tiada acara hiburan diadakan ia masih mampu menarik ribuan hadirin yang jelas ingin menyampaikan mesej bahawa rakyat negara ini mahu merdeka dari cengkaman 55 tahun di bawah pemerintahan Umno-BN.

“Cina dan India bukan tidak sayangkan negara Malaysia, bukan tak mahu meraikan, tetapi mereka melihat sambutan anjuran kerajaan hanyalah acara memertabatkan Umno sebab itu malam ini kita lihat selain ramai Melayu, Cina dan India juga ramai dengan pelbagai lapisan umur.

“Jadi kita tak perlukan hiburan, bunga api dan sebagainya dengan semua datang tanpa di bayar.

“Saya dengar orang yang datang besok pagi ada hadiah kereta dan bermacam lagi.

“Malah bagi sesetengah kakitangan kerajaan mereka terpaksa hadir dan kita juga tahu berpuluh-puluh bas disediakan oleh kerajaan,” kata Tunku Harmy ketika ditemui TVS malam tadi. -selangorku

Bas: TG Nik Aziz kesal, Anwar teruskan jelajah

(Anwar dan Wan Azizah melihat bas yang disimbah cat dan dibaling batu)

KOTA BHARU: Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan meneruskan program Jelajah Merdeka walaupun bas yang dinaikinya telah diserang manakala Menteri Besar Kelantan kesal ianya berlaku di negeri itu.

Ketika memberitahu Harakahdaily, beliau berkata peringkat permulaan laporan polis dibuat, kemudian program jelajah itu akan diteruskan mengikut jadual.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sewaktu meninjau bas yang dinaikinya yang telah disimbah cat dan dilontar dengan benda keras pagi tadi.

Bas berkenaan masih berada di bandar Kota Bharu, berhampiran Masjid Al-Baroah dan Pasar Siti Khadijah.

Beliau memberitahu lagi, perkara itu telah menjadi biasa baginya memandangkan pernah diserang sebelum ini dengan kereta yang dinaiki.

“Saya dah biasa kena serang sebelum ni dibaling batu.

“Saya tidak  akan patah semangat dengan kejadian ini dan program jelajah merdeka ini akan diteruskan selepas ni ke Grik, Perak pulak,”ujarnya.

Sementara itu,  Menteri Besar Kelantan,Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika meninjau perkembangan bas melahirkan rasa kesal terhadap kejadian itu.

Tuan Guru pula berkata kejadian itu berlaku berpunca dari manusia yang hilang fikiran sehingga ‘memuja’ nafsu.

Menurutnya, nafsu pada manusia ini ada dua, ada buruk dan taqwa.

“Tetapi bila manusia memilih ajaran secular berbanding Islam, perkara sedemikian pasti akan berlaku.

“Bagaimanapun, pejuang ulama terutama para Nabi telah mendahului kita menerima ujian ini,”ujarnya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan perasaan ‘malu’ dan kecewa memandangkan perkara itu berlaku di Kelantan.

Tambahnya, sedangkan pertelingkahan antara PAS dan Umno telah lama reda berikutan kedua pihak tidak menghianati antara satu sama lain.

“Tiba-tiba perkara ini berlaku di Kelantan, tapi saya tahun ianya datang dari luar,”ujarnya. -Hrkh

Guna Logo PR, Pos Laju Yang Mendahului…

 

Sambutan merdeka pada tahun ini mungkin unik kerana dua logo merdeka yang boleh dipilih. Pos Malaysia melalui Pos Laju antara yang laju dan cuba untuk membuat pilihan. Mungkin kerana logo PR lebih ideal dan menarik, maka logo itu yang dipilih untuk dipaparkan dalam web mereka.
Kita jangan kata mereka tersilap atau tersalah, tetapi kita pandang mereka sedar untuk memakai logo tersebut.
Selepas ini kita dengar pula bos Pos Malaysia mengamuk dan dengar-dengar juga siapa yang ditukarkan.
Kebebasan untuk memilih!!

MB lawat mangsa ragut, pengelola istana


KOTA BHARU: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menziarahi mangsa ragut Rohaini Abdullah, 36, yang hampir putus tangannya akibat parah ditetak peragut tengah hari semalam.

Turut menziarahi mangsa, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, anggota exco kerajaan negeri, Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Sulit Menteri Besar, Ahmad Shargowi.

(Gambar: Tuan Guru bercakap kepada media selepas melawat mangsa ragut.)

Tuan Guru meluangkan masa kira-kira 20 minit untuk bertanya khabar mangsa ragut di samping mendapat penerangan dari pihak Hospital Raja Perempuan Zainab ll berhubung perkembangan mangsa.

Beliau juga turut mendapat penerangan berhubung jumlah mangsa ragut yang cedera di Kelantan tahun ini dari Jalaluddin.

Tuan Guru ketika memberitahu media mengingatkan kaum wanita mempelajari ilmu mempertahankan diri untuk menyelamatkan diri daripada diserang peragut.

Katanya, sekurang-kurangnya apabila mereka mempunyai ilmu berkenaan dapat mempertahankan diri dari diserang sehingga mengakibatkan luka yang parah.

Sambungnya, Islam mengajar penganutnya supaya menjaga lima perkara, iaitu harta jangan sampai dicuri orang, aqidah jangan sampai diri murtad, nyawa juga kena jaga jangan sampai manusia berbunuhan antara satu sama lain.

Selain itu, jelasnya keturunan juga kena jaga jangan sampai adanya keturunan yang lahir dari saluran tidak baik disamping menjaga akal fikiran agar tidak didorong oleh perkara yang memabukkan.

Beliau juga melahirkan rasa syukur kerana walaupun kesibukan tetapi memberi ruang untuk menziarahi orang sakit, khususnya mangsa ragut.

“Kita diajar dalam Islam supaya bersimpati dengan orang lain dan insyaallah orang lain juga akan bersimpati dengan kita.

“Datuk Ketua Polis tadi ada memberitahu saya, jumlah mangsa ragut yang cedera tahun ini lapan orang,” ujarnya.

Katanya, apa yang berlaku itu kerana adanya nafsu buruk untuk melakukan perkara yang tidak diredhai Allah walupun ianya terpaksa membabitkan nyawa orang lain.

Tambahnya, nafsu itu tidak ada sesiapa yang boleh kawal sama ada ibu bapa atau polis, melainkan keimanan diri sendiri.

“Yang boleh control diri hanyalah rasa taqwa pada Allah, rasa takut untuk melakukan perbuatan jahat, kerana hujung setiap kehidupan manusia sama ada neraka atau syurga,” ujarnya.

Katanya, kejadian ragut ini bukan hanya kerana tidak ada rasa taqwa pada Allah, tetapi mungkin juga hasutan kawan, hutang yang banyak atau hutang along.

Beliau berharap semoga rakyat Kelantan menjadi seorang hamba Allah yang bertaqwa, mana ada orang lain sentiasa boleh menjaga diri kita sentiasa termasuk anggota polis.

“Mereka juga letih dan banyak tanggungjawab, jadi saya ucap takziahlah pada mangsa dan keluarganya, mudah-mudahan mereka bersabar dengan apa yang berlaku,” ujarnya.

Beliau juga berkata pihak hospital akan menjaga mangsa sebaik mungkin.

Pada masa yang sama Tuan Guru menghulurkan sumbangan kepada mangsa.

Kejadian berlaku pada jam 1.30 petang itu berlaku ketika mangsa Rohaini sedang berjalan kaki seorang diri di hadapan pusat jualan tudung untuk ke tempat letak keretanya, yang tidak jauh dari situ.

Ketika melalui jalan tersebut, dua peragut menghampiri mangsa dan berlaku pergelutan sehingga menyebabkan salah seorang dari peragut tersebut bertindak menetak mangsa menggunakan objek tajam.

Difahamkan mangsa yang berasal dari Kampung Pintu Geng di sini baru sahaja menamatkan kerja shif siang sebelum kembali semula untuk shif malam.

Mangsa hampir putus pergelangan tangan kirinya selepas ditetak salah seorang daripada dua peragut di hadapan sebuah pusat jualan tudung di Jalan Sultanah Zainab.

Di kesempatan yang sama, Tuan Guru turut menziarahi Pengelola Istana, Datuk Ahmad Mahmood, yang baru membuat pembedahan berhubung masaalah buah pinggang. (Gambar kiri)

Tuan Guru mengambil masa kira-kira 25 minit bertanya khabar Datuk Ahmad berhubung kesihatannya setelah pembedahan dibuat dua hari lalu.

“Harap-harap cepat sihatlah lepas ni,” ujar Tuan Guru sambil tersenyum. -Hrkh

Jelajah "Merdeka Rakyat" Bermula Dan Dah Sampai Machang



Mengambil semangat ulang tahun kemerdekaan Malaysia ke-55, KEADILAN melancarkan siri Jelajah ‘Merdeka Rakyat’.

“Jelajah Merdeka Rakyat ini diadakan adalah untuk memberi isi dan makna ulang tahun kemerdekaan ke-55 yang disambut hari ini,” kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Kita ambil keputusan memanfaatkan kesempatan ini untuk menyedarkan rakyat dengan jelajah ke seluruh negara, sehingga Parlimen dibubar,” katanya pada pelancaran Jelajah Merdeka Rakyat di ibu pejabat KEADILAN di Tropicana, hari ini.

Turut hadir, Presiden Keadilan, Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail, Pengarah Komunikasi, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Pengarah Strategi Keadilan, Rafizi Ramli.

“Walaupun permit bas dilengahkan, kita akan teruskan dan mengiringi bas ini. Semoga perjalanan kita baik,” kata Anwar.


Sementara itu, dilokasi pertama di Taman Meranti, Bentong, kira-kira 300 hadir pada jamuan Hari Raya KEADILAN Bentong.

Turut hadir, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman dan Pengerusi Biro Felda dan Orang Asal Suhaimi Said.

Penduduk pelbagai bangsa yang tinggal di perumahan berhampiran pekan Bentong tidak melepaskan peluang untuk bergambar di bas jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Mereka gembira apabila dimaklumkan bahawa daerah mereka menjadi lokasi pertama jelajah ‘Merdeka Rakyat’

Jelajah ‘Merdeka Rakyat’ akan ke lima buah negeri sepanjang tiga hari mulai hari ini hingga Ahad iaitu Pahang, Kelantan, Perak, Kedah dan Perlis dengan program rasmi di 20 buah lokasi..

Antara lokasi yang bakal disinggahi petang ini antaranya ialah Masjid Daerah Benta untuk menunaikan solat Jumaat dan jamuan hari raya di Bilik Gerakan Keadilan DUN Benta di Jerantut. -KD


TERKINI

Macang, Kelantan





Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .