Ikuti Blog ini
Hassan Din jatuh bilik air ,Sabtu, Mac 21, 2009 at 21.3.09,
JOHOR BAHRU: “Saya minta maaf kerana tidak dapat memenuhi janji untuk hadir membuat ceramah“ kata tokoh agama yang juga bekas Pegawai Agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din Al-Hafiz yang kini dirawat di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, selepas terjatuh dalam bilik air di Rumah Tamu Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Selasa lalu.
Abu Hassan, 62, ketika ditemui Harian Metro di wadnya semalam, berkata beliau datang ke UTM Isnin lalu bagi memenuhi jemputan ceramah agama sempena Sambutan Maulidur Rasul anjuran Kolej Tun Fatimah, UTM.
“Saya kemudian tidur di Rumah Tamu UTM dan pada pagi Selasa, selepas bangun tidur dan sedang bersiap untuk menunaikan solat Subuh, saya terjatuh dalam bilik air berikutan lantai licin,” katanya.
Katanya, beliau tidak dapat mengingati apa-apa selepas itu kerana pengsan dan hanya sedarkan diri selepas dimasukkan ke wad HSA, pada keesokan hari.
Beliau berkata, mengikut laporan doktor, ada sedikit pendarahan pada otaknya akibat hentakan kuat ketika terjatuh, namun diberitahu kecederaan itu tidak serius dan dinasihatkan banyak berehat.
“Isteri, Datin Rosbi (Shahbudin) menjaga saya di wad ketika ini dan saya memohon maaf tidak dapat memenuhi jemputan ceramah agama sepanjang minggu ini walaupun sudah memberikan komitmen,” katanya.
Beliau turut mengakui tidak tahu bila akan kembali berceramah kerana bergantung kepada tahap kesihatannya.
* Semoga ustaz cepat sembuh.