Ikuti Blog ini

YB Wahid Yakin BN Jadi Pembangkang Selepas PRU ke-13

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/wahidBBQ%20.jpg

Kuala Terengganu
- Bendahari PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut berkeyakinan penuh UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) akan menjadi pembangkang selepas Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 akan datang.(Gambar - Wahid dalam majlis BBQ bersama pemuda di rumahnya)


Ini kerana, katanya UMNO dan BN akan kalah dan tumbang pada pilihanraya akan datang berikutan persepsi negatif rakyat umum terhadap bakal Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak yang dikaitkan dengan pelbagai kontroversi dan skandal besar dalam negara ini.

“Perkara ini (BN tumbang) tidak mustahil berlaku kerana banyak pihak tidak dapat menerima dan mempertikaikan Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak untuk jadi pemimpin nombor satu negara,” ujarnya.

Sebab itu, katanya pembangkang mahukan agar Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi kekal sebagai PM sehingga pilihan raya akan datang.
Menurutnya, meski pun faktor kelemahan ‘Pak Lah’ dipersoalkan tetapi mungkin lebih baik dari Najib.

“Kita minta Pak Lah kekal sehingga rakyat sendiri membuat keputusan pada pilihan raya umum akan datang. Jika tidak, Umno dan Barisan Nasional mungkin perlu bersedia untuk hadapi kekalahan,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu berkata PAS dan Pakatan Rakyat bersedia mengambil tanggungjawab memerintah negara ini bagi menggantikan kerajaan BN yang bakal ditumbangkan itu.

Menurutnya, sokongan rakyat terhadap Pakatan Rakyat semakin baik dan terbukti dengan kejayaan PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) memenangi dua pilihan raya kecil di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu.

Katanya, Pakatan Rakyat akan membuktikan sokongan berterusan dalam pilihan raya kecil di Parlimen Bukit Gantang Perak, di Dewan Undangan Negeri (Dun) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .