Ikuti Blog ini

PRK Bukit Gantang ; “Tak ada masalah siapa calon, asalkan hijau” – Pengundi Cina

http://buletinonline.net/images/stories/berita2/hanafiahdanbashir.jpgBukit Gantang – Pengundi Cina dalam kawasan pilihanraya Bukit Gantang tidak kira siapa calon yang akan bertanding dalam pilihanraya kecil itu, asalkan dari PAS.

Ketua Lujnah Perpaduan Nasional Negeri Terengganu Haji Hanafiah Ramly@Mat memberitahu hari ini.

“Saya menerima pengakuan mereka, kata mereka, tidak kira siapa calon, asalkan ‘hijau’,”katanya ketika dihubungi melalui panggilan telefon.

Menurutnya, beliau bersama Timbalan Pengarah Jentera Pilihanraya Kelab Penyokong PAS Parlimen Bukit Gantang, Saudara Bashir, telah melancarkan Bilik Gerakan Jentera Kelab Penyokong PAS dari kaum Cina di Sungai Karang dalam DUN Trong semalam.

Katanya Seramai 53 orang teman-teman daripada kaum Cina telah mengisytiharkan diri mereka bersama gelombang rakyat dan menyertai Kelab Penyokong PAS.

(Gambar - Haji Hanafiah bersama En. Bashir semasa pelancaran jentera pilihanraya Kelab Penyokong peringkat parlimen)

“Mereka telah menyerahkan borang keahlian kepada saudara Musa Daud, Pengerusi Kelab Penyokong PAS bagi DUN Trong,

“InsyaAllah, pelancaran Jentera Kelab Penyokong PAS DUN Trong akan dibuat pada minggu depan,”kata Haji Hanafiah.

Sementara itu, seramai tujuh puluh orang petugas PAS Terengganu telah pun berkampung dan menjalankan gerak kerja kempen di beberapa Unit Peti Undi, DUN Changkat Jering.

“Mereka mula melaporkan diri dan bertugas sejak 18 Mac lalu,”kata Setiausaha Kerja Jabatan Pilihanraya PAS Terengganu, A-Ghazali.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .