Ikuti Blog ini

Perang dalaman UMNO bermula dengan penolakan rayuan Ali Rustam


" Penolakan rayuan Ali Rustam tidak ubah seperti 'pengisytiharan perang' oleh Team Najib ke atas Team Pak Lah. Sebelum ini penganalisis politik meramalkan bahawa sabitan terlibat politik wang ke atas Ali Rustam dan KJ sekadar gimik dan rayuannya akan diterima. Ke mana arah tuju Ali Rustam selepas ini? Tidakkah anak beranak dan kaum kerabatnya akan turut berasa malu selepas dirinya terpalit dengan najis 'rasuah' dan 'politik wang'. Jika Chua Soi Lek ditekan untuk meletak jawatan kerana skandal seksnya yang tidak pun menjejaskan negara, bukankah Ali Rustam dan KJ lebih wajar meletakkan jawatan?

"Berita Harian, 20 March 2009, KUALA LUMPUR: Panel Rayuan Umno memutuskan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, tidak boleh bertanding atau dipilih pada pemilihan parti munggu depan.

Penolakan rayuan Ketua Menteri Melaka itu diumumkan Pengerusi Panel Rayuan Umno, Tan Sri Zuki Kamaluddin, sebentar tadi.

Selasa lalu, Lembaga Disiplin Umno membuat keputusan melarang Mohd Ali bertanding atau dipilih ke jawatan Timbalan Presiden Umno selepas lembaga itu mendapati beliau bersalah membabitkan rasuah dan politik wang yang dilakukan ejen beliau. "

Ada orang kampung yang berbual dan berkata bahawa "Najib terlalu rakus". Dalam keghairahan Najib memburu kerusi PM, Najib melumpuhkan ekonomi Perak dan meletakkan Malaysia dalam ketidakstabilan politik. Dakyah sesat UMNO agar penyokongnya menyokong secara mutlak iaitu secara dulu, kini dan selamanya tanpa menggunakan kepala otak membuatkan ramai ahli UMNO kelihatan cukup emosi dan samseng. Hujah yang bernas hanya dijawab dengan kecaman dan ugutan oleh ahli-ahli UMNO..

Bagaimanakah sambungan episod pergolakan dalam UMNO ini? Bagaimana KJ dan Ali Rustam akan mengatur langkah menyerang balas? Apakah kejutan yang menanti kita sewaktu Perhimpunan Agung UMNO nanti? Bersama-sama kita tunggu dan lihat. Menang jadi abu, kalah jadi arang. Itulah kesannya bila bergaduh dengan Mr.C4.. Tajam sindiran nih.."



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .