Ikuti Blog ini

NIZAR TETAP MB YANG SAH - KATA RAKYAT PERAK

UMNO dan BN boleh mendakwa apa saja, tetapi bagi rakyat Perak, Dato Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar Perak yang sah di sisi Perlembagaan.

Bagi rakyat Perak juga, Zambry yang dilantik sebagai Menteri Besar melalui rampasan kuasa ditolak oleh rakyat Perak.

Beberapa tokoh politik veteran tanahair seperti mantan Perdana Menteri dan Tengku Razaleigh Hamzah turut memperakui kenyataan bahawa rampasan kuasa di Perak tidak sama sekali boleh melucutkan Nizar dari jawatan Menteri besarnya.

"Anda tidak boleh menurunkan seorang menteri besar atau perdana menteri tanpa adanya undi tidak percaya di dalam dewan. Tiada peruntukan lain," tegas Mahathir di dalam satu majlis anjuran MUBARAK, pertubuhan bekas-bekas wakil rakyat.

"Usul pada Dun sahaja yang boleh menyingkirkan Nizar daripada jawatan itu, selain itu tak kiralah berapa banyak majlis angkat sumpah, lompat melompat, sidang akhbar dan perisytiharan, atau apa jua iklan, paparan, sogokan atau tindakan dibuat ke atas persoalan ini tidak terpakai," kata Tengku Razaleigh dalam satu kenyataan akhbarnya.

"Perlembagaan tiada memperuntukkan kuasa untuk menyingkirkan Nizar dengan apa cara sekalipun, termasuk petisyen atau arahan daripada sesiapa juapun," tambah beliau.

Beliau telah menjelaskan lagi,

"Menurut Perlembagaan, Dato’ Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin adalah Menteri Besar sehinggalah beliau meletak jawatan atas kerelaannya, atau disingkirkan melalui undi tidak percaya menerusi persidangan dewan undangan negeri.

Perlembagaan tidak mempunyai sebarang peruntukan untuk menyingkirkannya melalui cara lain, termasuk melalui petisyen atau arahan daripada mana-mana pihak berkuasa."






Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .