Ikuti Blog ini

Peta Ke Himpunan Protes 6 Julai



Jika anda tertanya-tanya dan Mencari jalan ke Himpunan PROTES pada 6 Julai ini...silakan copy peta ini.

Untuk yang tidak biasa dengan jalan-jalan di KL...bolehlah menggunakan LRT Putra di KL Sentral dan berhenti di Stesen LRT Taman Jaya.

Kenyataan bapa saudara Saiful yang pelik?



Menarik dalam laporan Agendadaily yang memetik The Star yang melaporkan bahawa bapa saudara Saiful mendakwa Saiful pernah hendak membunuh diri kerana hasrat beliau untuk membuat laporan polis dan melapor kepada pihak kerajaan ditolak Tan Sri Musa Hassan dan pihak kerajaan. Dilaporkan bahawa Saiful telah berkali-kali menghubungi Musa Hassan untuk membuat laporan tetapi Musa Hassan tidak mahu menerimanya dan mengarahkan Saiful supaya tidak lagi menghubungi Musa Hassan.

Bapa saudaranya juga mendakwa Saiful ke Bukit Aman untuk membuat polis report tetapi di tolak polis Bukit Aman. Hanya pondok polis kuala lumpur sahaj yang sanggup menerima polis report tersebut.

Bagi saya ada beberapa perkara pelik yang didakwa bapa saudara Saiful yang perlu dijawab pihak berkenaan

1) Kenapa Saiful hendak melapor kepada kerajaan? Aneh sebab Anwar bukan pegawai kerajaan?

2) Benarkah Saiful melapor kepada kerajaan. Siapakah pegawai kerajaan itu? Apa relevannya dakwaan saiful kepada kerajaan kerana anwar bukan kakitangan kerajaan, kenapa tidak dilapor kepada polis? Ini bukti wujud konspirasi. Setidak-tidaknya konspirasi saiful untuk jatuhkan anwar.

3) Dakwaan bapa saudara Saiful adalah bukti kerajaan terlibat. Sekurang-kurangnya mengetahui awal berkenaan perkara ini. Ini menyanggah rasa terkejut Paklah dan Najib berkenaan kes liwat terbaru seolah beliau berdua atau kerajaan BN tidak tahu menahu berkenaan perkara ini.

4) Musa Hassan terlibat secara langsung mengikut dakwaan bapa saudara Saiful. Malahan bapa saudara saiful mendakwa saiful telah menghubungi musa hasan berkali sehingga musa hasan mintak saiful tidak mengganggu beliau. Mungkin Musa boleh dedahkan tarikh2 tersebut.

5) Kenapa ketua polis negara tidak dapat menerima report ini? Sekurang-kurang mintalah saiful rujuk dengan pegawai bawahan polis untuk buat report.

6) Bukit aman tidak mahu menerima report menyebabkan saiful ke pondok polis HKL? Ini satu dakwaan yang serius oleh bapa saudara saiful. Bukit aman telah melakukan kesalahan besar disini kerana tidak mahu menerima report pengadu.

7) Dakwaan hanya pondok polis HKL sahaja yang dapat terima report juga pelik. Dan ini dakwaan yang serius utk PDRM. PDRM mesti menjelaskan perkara ini.

Sekian.

AGENDADAILY

MUKTAMAR PAS 15 Ogos di Ipoh



KUALA LUMPUR, 1 Jun: Muktamar Tahunan PAS ke 54 akan diadakan pada 13, 14 & 15 Syaaban 1429 bersamaan 15, 16 & 17 Ogos 2008 bertempat di Dewan Stadium Indra Mulia, Ipoh, Perak Darul Ridzuan, kata Dato’ Kamarudin Jaffar, Pengerusi Muktamar PAS ke 54 yang juga Setiausaha Agung PAS.

Muktamar Dewan Ulamak diadakan pada 13 & 14 Ogos bertempat di Dewan Bandaran Ipoh, manakala Muktamar Dewan Pemuda di Stadium Indra Mulia dan Muktamar Dewan Muslimat di Institut Tadbiran Islam Negeri (INTIM) pada tarikh yang sama.

Dijangka 10,000 orang akan menghadiri Muktamar kali ini, kerana ini julung kali PAS mengadakan Muktamar dalam suasana lima negeri telah diperintah oleh Pakatan, kata Kamarudin.

Untuk memudahkan Urusan Muktamar saya menyeru kepada semua perwakilan yang ingin bantuan penempatan dan penginapan boleh hubungi Saudara Salman Salleh h/p : 013-3848044, katanya.

Bagi melicinkan perjalanan Muktamar diminta perwakilan kawasan-kawasan membuat tempahan awal, seru beliau.

Manakala untuk tempahan gerai jualan boleh menghubungi urusetia gerai Saudara Junus Mohamad h/p : 019-5589582, Saudara Mat Razali h/p : 019-5730243 dan Saudara Shamsul Effendey h/p : 019-5538771.

“Gerai adalah terhad,” tegas Kamarudin dalam kenyataannya.

Anwar ada bukti dimana beliau berada 26 Jun



KUALA LUMPUR, 2 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Dato' Seri Anwar Ibrahim berkata beliau akan mengumumkan fakta dimana beliau berada pada 26 Jun lalu iaitu tarikh yang didakwa Saiful Bukhari Azlan sebagai tarikh kejadian liwat kononnya berlaku.

ImageDalam ceramahnya di Stadium Melawati Shah Alam malam tadi, Anwar menyatakan penjelasan mengenai hal itu akan dibuat dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Saiful Bukhari yang membuat laporan di Pondok Polis HKL di bawah kawalan Jalan Travers mendakwa beliau diliwat Anwar pada 26 Jun lalu di Kondominium Desa Damansara.

Bagaimanapun Anwar menafikan dakwaan itu sejurus selepas laporan mengenai dakwaan liwat itu diketahuinya.

Di hadapan 10,000 penyokongnya, Anwar turut menegaskan bahawa tuduhan yang dihadapkan ke atasnya itu adalah 'rekaan' semata-mata untuk menjatuhkan beliau.

Malah beliau menyesyaki tuduhan itu dilakukan kerana niat jahat pihka tertentu tatkala melihat sokongan terhadap Pakatan Rakyat semakin meningkat.

Kenyataan itu disambut dengan sorakan oleh para penyokong yang setia menanti penjelasan Anwar sejak isu tuduhan liwat ke atas beliau dilaporkan media Ahad lalu.

ImageTurut berceramah antaranya, Naib Presiden KeADILan, Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah.

Sementara itu Anwar juga memberitahu penyokongnya bahawa beliau telah membuat satu laporan polis terhadap Ketua Polis Negara dan Peguam Negara berhubung penyelewengan fakta laporan kes 'mata lebam pada tahun 1998.

Menurut Anwar laporan polis itu berhubung siasatan kes beliau ditumbuk (mata lebam) oleh bekas ketua polis negara Tan Sri Rahim Noor pada 1998 yang didakwa melibatkan penyelewengan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Anwar percaya Musa Hassan dan Gani Patail telah hadir di Bukit Aman pada 20 September 1998 dan mengetahui mengenai serangan Tan Sri Rahim Noor terhadapnya.

"Musa dan Gani selanjutnya menyembunyikan fakta mengenai serangan terhadap saya daripada pengetahuan umum sehinggalah mata saya yang lebam dan kecederaan yang saya alami didedahkan di mahkamah," katanya sambil disambut oleh sorakan gemuruh penonton.

ImageDalam ceramah tersebut juga Anwar mengecam sebarang percubaan jahat untuk menjatuhkannya.

Bagi Anwar kerja-kerja sedemikian adalah kerja golongan yang terdesak yang tidak mahu melihat Pakatan Rakyat menuju ke Putrajaya untuk mengambil alih pemerintahan.

Justeru beliau memberi amaran kepada pihak yang cuba untuk menjatuhkan reputasi beliau agar berhati-hati kerana beliau tidak akan tertipu dengan permainan mereka ini.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .