Ikuti Blog ini

Kecoh di Mesjid Pekan Terong, pengerusi mesjid naik angin kepada petugas PAS.



Petugas Pemuda PAS Selangor akur dengan arahan kasar dari pengerusi mesjid yang naik berang kononnya tidak mahu mana-mana parti politik berada dalam kawasan mesjid. saya sempat bertanya "adakah abang pakai duit abang untuk bina mesjid ini, menyungguh sangat, sabarlah" rupanya dia makin naik minyak. Maklumlah terlalulah UMNOnya dan Islam Hadharinya.




Sebelum itu kenderaaan dan petugas memulai mengagihkan kelapa jelly dan risalah di dalam kawasan mesjid berhampiran pintu pagar utama. Disinilah bermulanya episod naik angin dan suara tinggi "saya diamanahkan untuk jaga mesjid ini, saya minta keluar". Semuanya tenang dan terkawal perasaannya kecuali si pengerusi mesjid yang nampaknya sudah "hilang air sembahyangnya".



aksi dari jauh, cekak pinggang berbaju putih itulah si pengerusi mesjid. Anehnya yang lain tidak menyokongnya, nmpaknya layak letak jawatan kerana sudah buat keputusan sendiri dan halau tetamu Allah sesuka hati.


Kalau tidak boleh berpolitik ini khemah untuk apa? tanya petugas pemuda, tambah naik anginlah dia. Begitulah manusia kalau sudah cerdik tapi tidak boleh ikut dan bodoh tetapi tidak boleh diajar !

Lengkap sudah Teori RAHMAN Berakhirlah Dinasti UMNO

Saya tidak pernah percaya apalagi menjadikannya iktiqad bahawa kepimpinan negara tertakluk kepada teori R.A.H.M.A.N .

Namun atas kehendak Allah swt Tuhan yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui telah mentaqdirkan teori RAHMAN menjadi kenyataan .

Teori ini tidaklah membawa apa - apa keistimewaan untuk dikagumi jauh sekali karamah untuk dipuja . Melainkan ia satu teori yang menepati taqdir Allah swt .

Saya menegaskan bahawa tiada keistemewaan bahkan tiada sebarang karamah padanya kerana episode kepimpinan R.A.H.M.A.N yang bermula dengan Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn , Tun Dr. Mahathir , Tun Abdullah Badawi dan terakhir dari teori ini ialah Datuk Seri Najib Abd Razak tidak menjadikan negara ini sebagai sebuah negara yang tunduk kepada Allah swt dengan melaksanakan syariat Allah swt. dan sunnah RasulNya saw .

Bahkan semakin ke penghujung teori , bukan sahaja negara semakin tenat dan parah dengan pelbagai maksiat dan mungkar serta penyelewengan seperti rasuah dan salah guna kuasa tetapi juga pemimpinnya semakin pudar integriti bahkan semakin hilang kredebeliti sebagai seorang pemimpin yang adil dan bertaqwa .

Terutama pemimpin terakhir dari teori R.A.H.M.A.N ini . Mendaki takhta kepimpinan negara yang kini menjawat jawatan Prime [ baca Crime ] Minister dengan 1001 fitnah dan noda terpalit pada dirinya yang sehingga kini gagal dibersihkan melalui proses keadilan yang wajar .

Saya melihat teori ini telah berakhir dengan hurufnya yang terakhir . Maka berakhirlah dinasti R.A.H.M.A.N memimpin negara . Persoalannya siapakah selepas R.A.H.M.A.N ini kelak ? Meskipun huruf terakhir Najib baru sahaja sebentar tadi menaiki takhta dan kita tidak tahu bilakah kepimpinannya akan berakhir tetapi apa yang pasti ia akan berakhir !

Jika kepimpinan sebelumnya Tun Abdullah hanya berlansung 5 tahun lebih , saya kira mungkin kepimpinan Datuk Seri Najib lebih lama dari itu dan juga tidak mustahil kepimpinannya menjadi lebih singkat dari pada sebelumnya .

Sebagai renungan dan perhatian semua , saya bawakan firman Allah swt : dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini Dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan Dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang tetap beriman (dan Yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang Yang mati Syahid. dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang Yang zalim.

Aali Imran : 140

Berakhirnya Dinasti UMNO .

Jika PAKATAN Rakyat berjaya mencipta hatrik dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau kelak , yakinlah bahawa rakyat sebenarnya sudah bersedia untuk melupakan UMNO sekaligus menobatkan PAKATAN Rakyat untuk meneraju negara selepas ini khasnya melalui pilihanraya umum ke 13 kelak .

Rakyat nyata telah masak dengan propaganda UMNO dan BN yang mengampu dan melambung Datuk Seri Najib setinggi langit di awal kuasanya . Kerana perihal yang samalah dilakukan oleh UMNO dan BN sewaktu menobatkan Tun Mahathir dan Tun Abdullah sebelum ini .

Sewaktu rakyat membenci Tun Mahathir dengan pemerintahan ala kuku besinya melewati tempoh 22 tahun , Tun Abdullah mengambil alih kuasa melalui peralihan kuasa yang dirancang oleh mereka . Maka media UMNO dan BN melambung Tun Abdullah melepasi paras awan biru . Tun Abdullah pula tampil dengan sajak Yang Ku Cari dan Islam Hadhari serta Modal Insannya cukup memukau rakyat .

Malang , Tun Abdullah yang pernah digelar Mr Clean itu hanya mampu bertahan 5 tahun lebih dan kemudiannya dipaksa berundur dan didesak agar segera menyerahkan kuasa kepada Datuk Seri Najib .

Pagi ini , sekali lagi media UMNO dan BN melambung tinggi Datuk Seri Najib dengan ucapan menyokong dan mengampu dari pemimpin UMNO . Disiarkan pula ucapan - ucapan Datuk Seri Najib yang dilihat boleh meyakinkan rakyat . Persoalannya , Datuk Seri Najib yang digelar sebagai Mr Dirty ini , berapa lamakah ia mampu bertahan ?

Selepas berakhir urutan huruf R.A.H.M.A.N , huruf apakah yang akan membentuk teori kepimpinan baru negara kita kelak ? Wallahualam bissowab , segalanya di dalam ilmu Allah swt . Namun semua yang mahukan Islam berdaulat di negara ini berharap dan berdoa agar Dinasti UMNO berakhir dengan berakhirnya teori R.A.H.M.A.N ini .

Tanggungjawab kita ialah berjuang dan terus berjuang bagi membersihkan negara dari dosa dan noda dan berusaha untuk mendaulatkan syariat serta meninggikan syiar agama Allah swt . Sehinggalah negara tercinta ini berada di bawah rahmat dan redha Allah swt . Baldatun Toiyyibah Wa Rabbun Ghafur .~Ustaz Nasrudin Tantawi

Tunggu Sehingga Esok... Saifuddin Ada Pendedahan Besar!!

http://bigdogdotcom.files.wordpress.com/2007/12/saiffudin-nasution-ismail.jpg
Kejutan Besar Esok Hadiah Buat Rakyat

MP Machang YB Saifuddin di dalam satu sidang media sebentar tadi memberi tahu wartawan bahawa pada malam ESOK satu kejutan yang bakal di lakukan ketika ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ceramah tersebut akan di adakan di Dewan Hock Seng Sungai Lalang.

“Anda (pemberita) boleh tidak hadir dari hari penamaan calon sehingga habis pilihanraya, tetapi jika anda ketinggalan pada program esok, anda pasti akan dimarahi oleh bos-bos anda,” katanya kepada pemberita.

Kenyataan Saifuddin itu menimbulkan tandatanya samada terdapat di kalangan pimpinan Umno atau BN yang bakal menyertai keadilan menjelang tiga pilihanraya kecil tersebut ataupoun mungkin ada satu himpunan besar besran yang akan di lakukan khususnya selepas negara ini mendapat satu perdana menteri yang baru sebentar tadi.

Ditanya lebih lanjut, Saifuddin enggan mendedahkan perkara itu dan hanya berkata ‘tunggu sehingga esok’.

Namun beliau tidak menolak kejutan yang dikatakannya merupakan satu reaksi awal, secara langsung atau tidak yang diterima pakatan rakyat sejurus selepas perlantikan Najib Razak sebagai Perdana Menteri yang baru.

“Yang pasti kejutan ini akan memberi ‘nilai tambah’ kepada Pakatan Rakyat dan memberi impak yang besar kepada pilihanraya kecil ini,” katanya.


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI KUALA SIN











Sebentar tadi PENASIHAT PARTI KEADILAN RAKYAT DATO SERI' ANWAR IBRAHIM telah membuat lawatan sambil berkempen di KUALA SIN.Program bermula dengn solat jumaat di MASJID KUALA SIN dan di ikuti dengan jamuan rakyat di KAMPUNG JERAI.Kehadiran penduduk tempatan yang ramai menunjukkan sokongan kepada PKR serta KERAJAAN PAKATAN RAKYAT KEDAH.Program tersebut juga di temani oleh beberapa pimpinan PARTI PKR antaranya YB AZMIN ALI,YB AMIRUDIN SHAARI dan YB SAIFUDIN NASUTION.

Selepas itu DATO' SERI ANWAR IBRAHIM bergerak menuju ke kampung sungkup untuk perasmian pemasangan bendera PARTI KEADILAN RAKYAT.Beliau akan berceramah pada malam ini di BANDAR LAGUNA MERBOK dan PEKAN BUKIT SELAMBAU BERSAMA TOK GURU NIK AZIZ.



KES ROGOL MENINGKAT, POLIS SIBUK JAGA PILIHANRAYA



Kes rogol di negara ini meningkat hampir 300 peratus tahun lalu kepada 4,959 kes berbanding jumlah kes 2007 sebanyak 1,241, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Chor Chee Heung baru-baru ini.

Ini menunjukkan peningkatan sebanyak 3,718 kes atau 299.6 peratus lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya.

Malangnya pasukan Polis bukannya menjaga keselamatan dan mengawal jenayah tetapi lebih sibuk berkawal di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Malah wang rakyat puluhan juta dibelanjakan untuk tujuan tersebut.

Mengapa dalam isu jenayah dan keselamatan ini mereka tidak 'all out' sebagaimana mereka bekerja di ketiga-tiga kawasan pilihanraya kecil tersebut. ??????

Ini semua adalah kerana kerajaan BN lebih sibuk menjaga kuasa mereka (tamakkan kuasa) dari menjaga keselamatan rakyat. Dari itu rakyat di Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai mesti menghukum BN pada 7 April ini dengan mengundi PR.

Sumber & gambar : Kedahlanie


GAYA BARU WANITA MALAYSIA


Biasanya rakyat akan mengikut jejak ketua atau pemimpin. Kemungkinan selepas ini wanita Malaysia berubah dengan mencontohi gaya dan stail wanita pertama Malaysia yang baru dilantik iaitu Datin Seri Rosmah Mansor.
Cara bersalam (laga pipi), stail rambut, potongan badan, pakaian, cara bercakap, cara didik anak dan sebagainya semuanya mengikut wanita pertama sanjungan mereka ini. Di bawah ini saya letak gambar wanita pertama 'kesayangan' kita semua.










Hidangan Tengah Hari Dato’ Seri Nizar


Bukit Gantang – Calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat, Dato’ Seri Nizar Jamaludin hanya makan mee rebus untuk hidangan makan tengah hari.


Ia pastinya berbeza dengan calon dan pimpinan Barisan Nasional.

Beliau yang ditemui bersama rakyat di kampung Jelutong tengah hari tadi mengambil kesempatan sedikit masa terluang untuk singgah disebuah kedai.


Wartawan Buletinonline berkesempatan menjamah hidangan tengah hari yang sama bersama calon PAS tersebut.


Sambil makan, beliau sempat menjawab beberapa soalan media yang turut hadir.


Beliau berkata sehingga kini sebanyak 50% dari keseluruhan pengundi parlimen Bukit Gantang telah beliau temui.


Walaupun merasa agak letih namun katanya, tidak ada apa yang lebih mengembirakannya selain memperjuangkan hak rakyat.


“ Menyedarkan rakyat tentang hak-hak mereka untuk mengundi dan memilih kerajaan secara bebas,” kata Nizar apabila ditanya, apakah seruan yang beliau sampaikan kepada para pengundi sepanjang waktu berkempen ini.


Sebelum itu beliau telah menunaikan solat jumaat bersama jamaah di masjid kampung Senduk Changkat Ibol.



Nizar dianiaya, tolak perampas kuasa

undilah-pas6

KUALA LUMPUR, 3 April : - Para pengundi di Parlimen Bukit Gantang diseru untuk terus memberi sokongan kepada pemimpin yang dianiaya yang sekaligus menjadi mangsa kerakusan kuasa Barisan Nasional (BN) - Umno sehingga menjadi suasana di Perak tergugat kestabilannnya.


Timbalan Mursyidul Am PAS Dato' Dr Haron Din berkata undi yang bakal diberikan nanti sudah pasti akan memberi kesan besar kepada masa depan penduduk di negeri itu termasuk membawa kebahagiaan dan keharmonian masyarakat di dunia bahkan di akhirat kelak.

"Kita mesti melihat wadah parti yang disokong, bagi pengundi di Bukit Gantang, Dato' Seri Nizar Jamaluddin mewakili parti Islam yuang mencari keredhaan Allah. Pengundi di Bukit Gantang bukan sekadar pilih calon tetapi untuk masa depan negara dan rakyat.

"Dengan maksud jika wakil kelompok yang memperjuangkan Islam dipilih, ianya satu mesej jelas bahawa masyarakat Malaysia, Islam dan bukan Islam sedang melakukan proses penolakan ke pada parti Barisan Nasional (BN) - Umno dan sekaligus menerima baik Pakatan Rakyat," katanya dalam satu temubual dengan Harakahdaily semalam.

Dr Haron Din berkata bahawa proses penolakan ini mestilah diterjemahkan terus bukan sahaja di Bukit Gantang tetapi di DUN Bukit Selambau dan Batang Ai, yang mewakili satu wadah perjuangan ke arah memartabatkan Islam dan kukuhkan Pakatan Rakyat.

Pilihan raya ini katanya bagi mengubah kemungkaran dan kerosakan Umno-BN dan gantikan dengan sebuah negara berkebajikan yang diperjuangkan PAS dan manifesto Pakatan Rakyat yang dinantikan seluruh masyarakat.

Ditanya tentang kemelut rampasan kuasa yang dilakukan oleh BN tempoh hari, Haron Din menyatakan bahawa yang menjadi mangsa keadaan ialah Nizar yang dijatuhkan dengan cara tidak beretika seterusnya dikecam dengan pelbagai tuduhan dan tohmahan.

"Dalam kes ini Nizar dianiaya. Ianya dirujuk kepada rakyat untuk buat keputusan..." katanya.

PERGERAKAN CALON 2 APRIL 09












Bertanya pasukan keselamatan yang sedang menjamu selera di kedai makan













Pemancing veteran di Kuala Sepetang pun suka pada Hj Nizar













Dalam kesibukan berkempen pun, masih sempat diwawancara wartawan















Mendukung kanak-kanak dan memegang buah mempelam yang dihadiahkan pengundi kepada calon













Menabur kapor barus pada jenazah petugas UMNO yang meninggal dunia sewaktu bertugas














Anak-anak sekolah pun minat dan kenal calon kita















Menyapa posman di pejabat pos Simpang













berlainan parti sekalipun tapi masih boleh bertegur sapa


10.00 Pagi Ini Jom Kibarkan Bendera Mongolia Separuh Tiang!!



Hari ini Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak secara rasminya akan mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam. Majlis angkat sumpah dijangka diadakan pada jam 10.00 pagi. Perlantikan Najib menerima pelbagai respons dari orang ramai. Tapi sehingga kini tiada tinjauam rasmi mengenai respons orang ramai terhadap perlantikan Najib. Tidak tahu bilangan mereka yang suka, yang tidak suka dan yang berkecuali tentang perlantikan Najib (atau mungkin ada perangkaan mengenainya, tapi saya tidak menyedarinya).

Kebetulan petang kelmarin saya bertanya beberapa orang yang ditemui mengenai perlantikan Najib sebagai Perdana Menteri. Seperti dijangka pelbagai jawapan diterima. Mereka yang dikenali memberi jawapan yang lebih berterus terang, mereka yang kurang atau tidak saya kenali memberi jawapan acuh tak acuh, 'tengok dulu', 'entahlah' atau 'okey kot'.

Go to fullsize image
Go to fullsize image
Bendera Mongolia........Siapa nak kibar separuh tiang esok?

Antara yang disoal mengenai Najib itu ada satu jawapan yang menarik, ia datang dari seorang kenalan saya. Katanya dia sedang mencari-cari bendera Mongolia untuk dikibarkan tepat jam 10.00 pagi esok (pagi ini). "Apa kena mengena perlantikan Najib dengan pengibaran bendera Mongolia pula?", tanya saya. "Aku nak kibar bendera Mongolia setengah tiang, tanda berkabung bagi pihak Altantuya! Perlantikan Najib menandakan kes bunuh Altantuya tidak akan dibicarakan dengan adil di mahkamah. Mahkamah tidak akan memberi jawapan mengapa Altantuya dibunuh. Kesian keluarga Altantuya, sapa-sapa yang masih ada hati perut jom kibar bendera Mongolia separuh tiang esok," katanya bersungguh-sungguh.

Saya tidak pasti sama ada mengibarkan bendera Mongolia separuh tiang itu suatu idea yang bijak atau tidak. Bagaimanapun jika ada sesiapa yang pemikirannya sama dengan rakan saya itu dan ingin mengambil tindakan yang sama, silakan.


TV3 DAN UTUSAN MALAYSIA BUAT LAPORAN PUTAR BELIT KES BEKAS TIGA ADUN V SIVAKUMAR

walaupun kitiga-tiga mereka ini telah direject oleh speaker DUN dan sudah tidak diterima lagi oleh pengundi-pengundi ditempat mereka tapi mereka 3 ekor ini masih lagi mendapat gaji buta dari kerajaan negeri... dan hari ini mahkamah pula memutuskan 3 ekor ini masih lagi wakil ? (tak boleh sebut rakyat)

walaupun kitiga-tiga mereka ini telah direject oleh speaker DUN dan sudah tidak diterima lagi oleh pengundi-pengundi ditempat mereka tapi mereka 3 ekor ini masih lagi mendapat gaji buta dari kerajaan negeri...

 OLEH : MOHAMED HANIPA BIN MAIDIN

Laporan Buletin Utama TV3 semalam ( 1/4/2009 ) dan laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini ( 2/4/2009 ) mengenai keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas tidak menggambarkan keputusan sebenar Mahkamah Tinggi tersebut.

Utusan Malaysia melaporkan hari ini ( 2/4/2009 ) seperti berikut:-

“ IPOH 1 April - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk membatalkan saman terhadapnya oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong.”

Laporan utusan di atas khususnya perenggan yang menyatakan “ keputusan ini secara tidak langsung membolehkan ketiga-tiga ADUN Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong” adalah satu laporan yang amat mengelirukan dan boleh dibaca sebagai laporan yang mala fide ( berniat jahat ) di atas alasan –alasan berikut :-

1. Mahkamah Tinggi Ipoh HANYA menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan saman pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut ke atas beliau.

2. Keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonan Sivakumar tidak bermakna Mahkamah mengisytiharkan ketiga-tiga “ADUN” Bebas iaitu Jamaluddin Mohd. Radzi (Behrang), Kapt. (B) Mohd. Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) kekal sebagai wakil rakyat dan kerusi bagi DUN berkenaan tidak kosong kerana isu tersebut belum didengar dan diputuskan oleh Mahkamah.

3. Apabila Hakim mendengar mana-mana permohonan untuk membatalkan Saman ( sama ada Writ Saman atau Saman Pemula - dalam kes ini ianya adalah Saman Pemula ) yang mana permohonan tersebut dibuat di bawah Aturan 18 Kaedah 19 Kaedah-Kaedah Mahkamah Tinggi 1980 ( juga dikenali sebagai permohonan “to strike out pleading” ) , Hakim hanya memutuskan permohonan tersebut sahaja . Ini bermakna di dalam kes di Ipoh tersebut hakim hanya memutuskan sama ada membenarkan permohonan Sivakumar atau menolak permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut”.

4. Di dalam kes ini Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak. Itu sahaja perintah yang Mahkamah berikan. Tiada perintah lain diberikan oleh Mahkamah Tinggi Ipoh.

5. Selepas Mahkamah memerintahkan permohonan Sivakumar bagi membatalkan Saman Pemula ketiga-tiga “Adun tersebut” ditolak , Mahkamah yang sama telah menetapkan untuk meneruskan pendengaran Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ ADUN” bebas tersebut dan tarikh pendengaran Saman Pemula telah ditetapkan pada 8 hb April 2009 ini.

6. Selagi Mahkamah belum mendengar dan memutuskan isu yang dibangkitkan di Saman Pemula yang difailkan oleh ketiga-tiga “ADUN” tersebut , ketiga-tiga mereka belum boleh dikatakan sebagai wakil rakyat yang sah dan kerusi mereka juga tidak boleh dikatakan tidak kosong sepertimana yang dilaporkan oleh TV3 dan Utusan Malaysia.

7. Pasukan Peguam Sivakumar telah memutuskan untuk memfailkan rayuan ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut dan terdapat kemungkinan besar keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh tersebut akan diketepikan oleh Mahkamah Rayuan kelak sepertimana Mahkamah Rayuan mengenepikan keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Dato’ Ridzuan yang melarang Sivakumar diwakili oleh peguam.

Saya harap penjelasan di atas dapat sedikit sebanyak membetulkan salah faham para pembaca di atas laporan putar belit TV3 dan Utusan Malaysia di atas.




Tuan Guru Nik Aziz, Dato' K & Siti...



KOTA BHARU : Penyanyi nombor satu Negara, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin hari ini mengadakan kunjungan hormat ke atas Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pertemuan yang diadakan di Pejabat Menteri Besar yang berlangsung kira-kira setengah jam itu turut dihadiri suaminya, Datuk Seri Khalid Jiwa atau lebih dikenali dengan panggilan ‘Datuk K’.

Siti Nurhaliza yang lebih mesra dengan panggilan ‘Siti’ mengambil peluang bertemu dengan Tuan Guru sempena dengan persembahannya di negeri itu sempena keputeraan Sultan Kelantan, Sultan Ismail Petra yang ke-59 di sebuah hotel malam tadi.

Sempena dengan kunjungan julungkali itu, Siti Nurhaliza turut menyampaikan cenderahatinya buat Tuan Guru dan begitu juga Tuan Guru turut menyampaikan cenderahati kepada pasangan suami isteri itu.

Datuk K sempat bertanya tentang kesihatan Tuan Guru khususnya berhubung masaalah penyakit yang dihidapi ketua kerajaan itu.

Siti ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana hasrat yang telah lama diidamkannya itu untuk bertemu akhirnya membuahkan hasil walaupun pertemuan itu hanya secara spontan tanpa dirancang awal.

Menurutnya, selama ini beliau hanya mengenali Tuan Guru hanya dalam media masa dan televisyen sahaja, tanpa bertemu secara dekat.

“Alhamdulillah Tuan Guru bersedia menerima kunjungan hormat saya dan suami dan pertemuan ini sebenarnya tiada sesuatu yang istimewa sebenarnya, maksudnya tiada agenda apa-apa.

“Orang kata sepanjang hidup ni nak juga lah bertemu dengan Tuan Guru kerana saya begitu menghormati beliau secara peribadinya,”ujarnya lagi.

Setelah bertemu dengan Tuan Guru, beliau semakin mengenalinya sambil menyifatkan Tuan Guru seorang yang berpegang pada prinsip serta ajarannya yang tersendiri.

“Saya selalu datang Kelantan, orang kata nak jugalah bertemu dengan Tuan Guru selaku tuan rumah pada negeri ni dan tidak adalah orang kata istimewa ke apa-apa ke," katanya.

Sementara itu kakitangan Pejabat Menteri Besar serta kakitangan awam lain yang berhampiran dengan pejabat itu turut mengambil peluang untuk bertemu dengan salebriti ternama itu sambil bersalam dan bergambar.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .