Ikuti Blog ini

BN Kena bina jambatan kerana mereka menang di peti undi MU – Husam


Penyokong PAS di luar pusat pengiraan undi ketika sedang menanti berita gembira.


Husam: PAS hampir tewas kerana politik wang

Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.

Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat

“Kita kalah kerana politik wang,” katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis.

Seorang bekas pemimpin Umno Kuala Krai mendakwa sehingga tengah malam tadi masalah pembahagian duit kepada pengundi Umno di DUN Manek Urai belum selesai.

"Masih ada lagi yang mendakwa belum menerima duit yang dijanjikan. Saya difahamkan mereka akan mendapat RM300 seorang.

"Saya difahamkan duit tidak cukup, terpaksa menunggu duit baru," katanya, yang enggan namanya disiarkan, kepada Malaysiakini.

Di sebabkan RM19,500 hinggit.... umno KALAH... ha..ha...ha.... 65 orang/undi jer... bawak beg besar-besar belaka...., itulah kenapa tak belajar kira-kira dengan Khir Toyo... tengok... akibat tak cukup duit, 65 orang sudah lari.....

Wang... besar...wang... besar.... cakap juta-juta (jambatan je... 7 juta) RM19,500 pun tak dapat di adakan... piiirahhhhh mabukkkk. Memang patut pun kalah... kalau menang sekalipun Jambatan 7 juta pun entah kemana gamaknya...

Isa: Kencing berterabur.... lepas ni nak kencing kat mana pulak yeaaaa... nak tanya Najib atau Muhyiddin? soalan cepumas ni...

Berita Yang Media UMNgOk Sembunyikan ...



Sungai Peria - 2 ekor Puteri UMNgOk cedera parah setelah terkena balingan objek merbahaya (botol mineral) sehingga menyebabkan kaki mereka hampir kudung.

Tu cerita yang dok kecoh dalam media perdana TV3suku, Astro Awani, RTM1, RTM2 dan lain-lain media sayap kanan UMNgOk.

Kena botol mineral kecoh mengalahkan kena langgar lori taik..!

Khak Ptuih..!

Penyokong Pakatan Rakyat yang kena baling dengan batu sampai pecah kepala langsung tak heboh... Babi punya Baki UMNgOk..!
Komen...!!!


Tahniah YB Mohd Fauzi b. Abdullah .


KEPUTUSAN RASMI
UNDI PAS
5348
UNDI BN
5283
MAJORITI 65
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 722 (87.22%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)


KEPUTUSAN X RASMI PRK MANEK URAI



KEPUTUSAN X RASMI
UNDI PAS
5347
UNDI BN
5283
MAJORITI 64
JUMLAH UNDI ROSAK 92
JUMLAH KELUAR MENGUNDI 10 746 (87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU MENANG 4 DARIPADA 9
MASA 8.29 PM (rasmi)


Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:


1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66 undi
6. Undi pos – 35 undi


Peti Undi PAS menang dengan majoriti:


1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi


Berita lanjut akan menyusul


Belum ada pemenang jelas? Undi dikira semula


PRK MANEK URAI : SAINGAN SENGIT DILUAR JANGKAAN PAS KELANTAN

Persaingan yang cukup sengit mengejutkan pelbagai pihak. Ini kerana sehingga jam 5.00 petang sebelum kiraan undi bermula PAS Kelantan amat yakin akan menang besar dengan majoriti kira-kira 2,000 undi.

Sebaliknya PAS kini berhadapan dengan saingan sengit dimana undi antara PAS dan BN amat rapat sebagaimana yang diumumkan oleh SPR setakat ini.

PAS mesti membuat post mortem terperinci mengapa angka dari pondok panas dan polling agent jauh sekali dari jangkaan PAS.

Live Keputusan Terkini Dari Manek Urai

UNDILAH PAS


SILA REFRESH, UNTUK MENGETAHUI KEPUTUSAN TERKINI

8:09pm-

TERKINI; Menurut sumber tidak rasmi, PAS menang tipis dengan majoriti 70 undi sahaja.

Peti Undi PAS kalah dengan majoriti:
1. Temalir – 27 undi
2. laloh – 66 undi
3. Manek Baru – 34 undi
4. manek Urai Lama – 184 undi
5. Manjor – 66
6. Undi pos – ?

Peti Undi PAS menang dengan majoriti:
1. Lata Rek – 258 undi
2. Peria – 86 undi
3. Chuchuh Puteri – 96 undi
4. Sungai sok – 66 undi

Peti undi pertama, iaitu dari pusat mengundi Manek Urai Baru tiba di pusat penjumlahan rasmi undi pada jam 6.54 petang.

Berita lanjut akan menyusul

Belum ada pemenang jelas? Undi dikira semula

KUALA KRAI: Pengiraan semula undi diadakan selepas kiraan awal menunjukkan PAS menang dengan undi tipis.

Bagaimanapun terdapat sumber yang mengatakan Barisan Nasional (BN) dengan undi tipis.

mStar Online difahamkan, di peringkat awal, calon PAS, Mohd. Fauzi Abdullah, menang dengan 106 undi.



KEPUTUSAN TIDAK RASMI
UNDI PAS
5347
UNDI BN
5283
MAJORITI

64
JUMLAH UNDI ROSAK 90
JUMLAH KELUAR MENGUNDI
10 746(87.42%)
JUMLAH SALURAN MENANG 14 DARIPADA 27
JUMLAH UPU 4 DARIPADA 9
JUMLAH SALURAN
27
MASA :


8.29 PM (rasmi)

sila refresh, maklumat terkini perjalanan pembuangan undi akan dipaparkan dari masa ke semasa


7.15 malam - Solat Maghrib akan dipimpin Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat malam ini di Markaz Induk.

PRK MANEK URAI : RAKYAT MANEK URAI MARAHKAN BN SEBAB ITU KELUAR MENGUNDI RAMAI-RAMAI



DSC09512

Image782

Image790

Image810

Saya yakin tentu ada sebab mengapa begitu ramai pengundi keluar mengundi pada PRK Manek Urai hari ini. Memang diluar jangkaan semua pihak bahawa lebih dari 86 % pengundi keluar mengundi sedangkan ianya dijalankan pada hari bekerja. Kebiasaannya pilihanraya kecil akan menyaksikan jumlah peratusan undi yang kurang dari 80 % lebih-lebih jika ia diadakan pada hari bekerja.
Malah SPR sendiri menjangkakan peratus undi hanyalah sekitar 85 % sahaja.

Apa yang bermain dalam fikiran saya hanya satu sebab mengapa peratusan pengundian meningkat. Tidak lain tidak bukan ialah kerana pengundi Manek Urai marahkan Taukeh Jambatan dan BN yang menghina mereka dan Tok Guru Nik Aziz dengan janji jambatan dan projek mee segera yang melampau.

Selain itu pengundi Manek Urai juga marah kepada BN kerana menempatkan begitu ramai Polis ke Manek Urai sedangkan suasana di sana aman dan damai kecuali sedikit kekecohan pada hari pengundian.
Semua ini menjadikan semangat mereka untuk mengajar BN membuak-buak dan sanggup balik mengundi walau dengan apa cara sekalipun.
Syabas rakyat Kelantan dan Manek Urai.

Terkini dari manek urai!

Abe Uji Pilihan Kami...
sila refresh, maklumat terkini perjalanan pembuangan undi akan dipaparkan dari masa ke semasa

6:35 pm- masalah terkini yang berlaku di manek urai


Terdapat masalah baru di Markaz UPU Manek Urai Lama apabila kebanyakan penyokong yang berkampung dan berkubu di markaz ini tidak berganjak dari 'kubu' ini. Tetapi di pihak musuh, nampaknya sudah lengang. Penyokong PAS begitu semangat menantikan saat kemenangan PAS di Manek Urai nanti.


Maklumat yang saya terima dari petugas di kesemua peti undi PAS sedang mendahului dengan selesa di sekurang-kurangnya 7 peti undi. Walaupun proses pengundian sedang rancak berlangsung, 'Counting Agent' PAS melaporkan PAS sedang mendahului dengan selesa.

Di kebanyakan peti undi di semua saluran hampir separuh dari kertas undi sudahpun dikira.

PAS dijangka akan menang berdasarkan situasi semasa di semua pusat pengiraan undi di 9 peti undi.

6:22 pm- KUALA KRAI 14 Julai - Kira-kira 87.33 peratus atau 10,736 pengundi daripada 12,293 pemilih berdaftar telah menjalankan tanggungjawab mereka memilih wakil rakyat baru pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai sehingga tempoh pengundian ditutup pukul 5 petang ini.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, peratusan itu melepasi sasaran SPR iaitu 85 peratus keluar mengundi.

6:18 pm- Kepada semua penyokong PAS/Pakatan Rakyat, diharap agar terus berdoa kepada Allah SWT agar kemenangan dapat dikekalkan. Sekarang ini berlangsung proses pengiraan undi. Pesanan pimpinan kita, jika kita dtakdirkan kemenangan pada pilihanraya ini, maka kita sebagai penyokong mestilah melahirkan rasa syukur kepada Allah dengan apa cara sekalipun.

5:46 pm: Muhyiddin, yang juga Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN), berkata walaupun SPR sudah membuat ketetapan supaya tidak ada lagi pondok panas dan perhimpunan besar diadakan di kawasan mengundi oleh penyokong parti bertanding, namun daripada segi pengawasannya, ia masih lemah.

Beliau mengulas kelemahan kawalan SPR di kawasan mengundi di Sekolah Kebangsaan Peria tengah hari tadi, sehingga mencetuskan sedikit pertelingkahan antara penyokong Pas dan BN, yang akhirnya menyebabkan dua ahli Puteri Umno cedera dibaling batu oleh penyokong Pas.


5:29 m- benarkah pas menang besar?


5:15 pm: gambar abe uji lawat UPU




Kehadiran calon PAS, Abe Uji disambut oleh puluhan penyokong PAS dengan laungan takbir walaupun para penyokong UBN sudah tiada seperti pada awal pagi tadi.

5:00 pm- Tepat jam 5 petang, semua pusat membuang undi secara rasminya ditutup. Keputusan dijangka akan diumumkan pada jam 8 malam. Proses pengiraan undi akan bermula bila-bila masa sahaja oleh pihak SPR


semua tempat mebuang undi ditutup. jangkauan awal mengatakan 86% pengundi keluar keluar mengundi. sama-sama tunggu keputusan. satu kejadian kemalangan berlaku di hadapan SK Perial

4:50 pm- Maklumat yang baru diterima mendapati Markaz induk BN ditepi jalan utama Kuala Krai-Gua Musang telah mula kosong mengikut pemberi maklumat sekitar jam 3.30 petang tadi.

Gambaran ini mungkin menjawab desas desus yang kedengaran setakat ini hampir disahkan 5 dari 9 peti undi telah pun dimenangi oleh PAS setakat ini.

4.39 petang - Calon PAS, Abe Uji tiba di markas Induk PAS. Para penyokong menyambut dengan laungan takbir berkali-kali

4:34pm: Pihak keselamatan memberitahu bahawa Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah berlepas pulang ke Kuala Lumpur. Ini suatu petanda bahawa BN sudah Kalah!

Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin BN lain sudah meninggalkan Manek Urai menuju ke Kota Bharu dengan diiringi polis trafik.

4:04 pm: Sementara itu, mengulas mengenai sikap penyokong PAS yang mengibarkan bendera pada kenderaan mereka, Musa berkata beliau telah mengarahkan Ketua Polis Kelantan Datuk Abdul Rahim Hanafi supaya mengenakan tindakan saman terhadap mereka yang berkenaan.

Katanya tindakan mereka itu membahayakan keselamatan pengguna jalan raya, selain diri sendiri kerana bendera bersaiz besar yang dipasang pada kenderaan boleh menghalang penglihatan pemandu.

3:59 pm- Menurutnya, bancian selepas pengundian mendapati calonnya dijangka menang dengan majoriti hampir 2,000 undi.

Fatah berkata, jentera pilihanraya parti itu telah mengumpul dan mengira pembuangan undi setakat ini

3.57 petang - Di Temali, calon PAS tiba di pusat pengundian. Beliau disambut oleh kira-kira 150 penyokong dan diiringi dengan bacaan doa.

3.56 petang - Seramai 150 hingga 200 penyokong PAS kembali berkumpul di hadapan pusat pengundian Sungai Peria



3:54 pm- kesian kat akak merah ni..orang lain dah balik pun!


Perayu undi masih bertahan dengan jumlah yang hampir sama dengan sebelah pagi di pusat pembuangan undi Manek Urai lama.

Dalam masa yang sama inilah jumlah perayu undi BN yang masih bertahan. Bercampur dengan pegawai keselamatan jumlahnya jauh lebih sedikit.

3.45 petang: Setakat pukul 3 petang, seramai 10,312 pengundi (83.8 peratus) telah menunaikan tanggungjawab mereka. SPR turut mengesahkan belum ada pusat pengundian yang ditutup dan ia hanya akan ditutup pada pukul 5 petang.


3:40 pm- Pengarah Operasi Keselamatan PAS Dun Manek Urai, Mejar (B) Mohamad Ibrahim berkata, pihaknya telah bersiap sedia dengan mengerahkan petugas keselamatan berada di sekitar tempat pembuangan undi.

"Mulai jam 3 hingga 5 petang adalah waktu yang paling kritikal kerana segala kemungkinan boleh berlaku apabila kita lalai biar pun sesaat.
Kanak-kanak pun turut berkempen untuk PAS. Anda bagaimana?


Kaum Cina bukan Islam berkempen untuk PAS. Anda?

3:30 pm- muhyiddin ada kat mrsm kuala kerai. tengah pelahap makan kot? tak pun sambung tidur. sebab tu muka jadi sembab..kahkahkah


3:29 pm- gambar pinktrtle


DSC09540

muslimat PAS sedang rancak merayu undi

muslimat PAS sedang rancak merayu undi

DSC09547

Suasana mengundi di kawasan peti Undi Manek Urai Baru

Suasana mengundi di kawasan peti Undi Manek Urai Baru


Image3.09 petang - Di Sungai Peria, dua orang petugas muslimat PAS, dimasukkan ke hospital Kuala Krai akibat cedera parah akibat balingan batu dari kumpulan penyokong BN

3.00 petang - Perjalanan ke beberapa UPU masih sesak. Diantaranya Sungai Peria, Sungai Sok, Chuchoh Putri dan Laloh
2.53 petang - Di Pria, kedua-dua penyokong PAS dan UMNO mula berehat. Aliran pengundian semakin berkurangan

2.50 petang - Perayu-perayu undi BN mula meninggalkan tempat di Manek urai Baru. Hanya kelihatan 4 orang sahaja.

2.49 petang - Di Manek Urai Baru, pihak SPR telah membenarkan pemerhati barung dari PAS berada bersama barung SPR selepas berunding dengan pihak polis oleh YB datuk Takiyuddin

2:45 pm- Calon BN Tuan Aziz Tuan Mat yakin peluangnya merampas kerusi DUN Manek Urai "lebih cerah" jika peratusan keluar mengundi meningkat.

Ditemui dekat pusat membuang undi di Chuchoh Puteri, beliau berkata peratusan tinggi itu bermakna ramai pengundi muda keluar membuat pilihan dan memangkah BN.


2:40 pm- kemaskini gambar


PETI UNDI : MANEK URAI BARU

YB Azamin, ADUN Kadok

Ketua Pemuda PAS Kawasan Ketereh, Ustaz Nik Mahadi bertugas di pondok panas


PETI UNDI : SUNGAI PERIA


2:35 pm- kemaskini gambar dari manek urai!


PETI UNDI : LATA REK

YB Salahuddin Ayub melawat pondok panas

YB Ustaz Nasaruddin Daud, speaker DUN Kelantan

beberapa kerat pemuda UMNO

PETI UNDI : MANEK URAI LAMA

YB Dr Fadzli Dato’ Hassan, ADUN Kemuning dan Exco Negeri Kelantan


2:30 pm- Anak-anak Abe Uji turut serta mengiringinya dalam sesi konvoi ke tempat-tempat pengundian.

Di Lata Rek setekat jam ini, petugas Pas masih kelihatan kuat meraih undi berbanding petugas BN yang nampaknya semakin putus asa, namum pada masa yang sama masih melalukan perangai yang tidak baik.


Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayob yang telah melawati 4 buah UPU memberitahu, PAS mendahului 52%.



2:14 pm- video terkini dari manek urai



2:12 pm- Jumlah penyokong PAS jauh mengatasi kumpulan kecil penyokong BN di pusat pembuangan undi Lata Rek dengan kadar 150 orang berbanding lima orang, semuanya Wanita dan Puteri Umno.

Kumpulan wanita disorak agar "balik ke rumah" tetapi tetap bersemangat dengan berpayung di bawah terik matahari, sambil mengibarkan bendera.



Keadaan kembali tenang sedikit selepas berlakunya perang botol yang mencederakan hampir 5 orang penyokong...

Keadaan kembali tenang sedikit selepas berlakunya perang botol yang mencederakan hampir 5 orang penyokong...


Calon PAS Abe Uji di Pusat Pengundian Sek Keb Peria lebih kurang pukul 9 pg tadi

Calon PAS Abe Uji di Pusat Pengundian Sek Keb Peria

...

Pemandangan dari atas jambatan hadapan sek keb Peria... kelihatan penyokong BN di sebelah kanan dan penyokong PAS di sebelah kiri jalan di mana tempat berlakunya perang botol dan batu sekejap tadi...

suasana pada pukul 12:15PM

suasana pada pukul 12:15PM

Sehingga jam 12 tengahari tadi, kira-kira 68.4 peratus atau 8,475 pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai, hari ini. Ramai pengundi muda pulang untuk menggudi.

Kesesakan teruk berlaku di sepanjang jalan masuk ke pusat pengundian


Calon PAS Mohd Fauzi dan Isteri bermesra dengan pengundi Manek Urai
12:27 pm Pria - keadaan tidak terkawal ekoran penyokong kedua-dua pihak menyerbu ke dalam tempat pusat pengundian Ini bermula ketika pegawai spr datang memasuki pusat pengundian, ia telah diikuti pula oleh kereta berlambang Dacing. Penyokong PAS tidak berpuas hati dan mnyerbu pusat pengundian tersebut. Akhirnya penyokong BN turut menyerbu sama. Penyokong kedua2 pihak juga salin baling botol dan batu antara satu sama lain. Polis dilihat tidak dapat mengawal keadaan yang semakin teruk itu.

12:20 pm- kemaskini gambar!







Kira-kira 40 dilihat beratur di hadapan sebuah rumah kayu dalam kawasan bangunan pejabat Kesedar, yang terletak kira-kira 50 meter dari pusat mengundi di SK Peria.

Malaysiakini nampak mereka menghulurkan kad pengenalan masing-masing kepada beberapa petugas di depan pintu rumah tersebut.

NONEBeberapa orang yang bertugas di situ memegang senarai nama yang didakwa pengundi yang tinggal di luar Manek Urai dalam daftar pemilih.

2:18 pm- gambar sekitar pusat pengundian










12:12 pm- tok guru di manek urai lama!


11.56 pagi - Pertambahan crowd penyokong PAS di Sungai Sok bertambah 500 orang, BN hanya 300 orang sahaja.

11.56 pagi - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sedang meninggalkan Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama, menuju ke tempat memgundi lain.

11.53 pagi - Keadaan di Sungai Peria diberitakan tegang, keadaan sekarang kelihatan kedua-dua penyokong parti bertanding berbalingan botol. Polis sedang cuba mengawal keadaan.


11.55 pagi - Di Manek Urai baru, pengundi semakin berkurangan, kerana ramai pengundi yang telah keluar pagi tadi. Peratusan keluar mengundi 52%.


Keadaan semakin lengang, provokasi antar dua parti juga sudah tiada.


11.55 pagi - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaaan Manek Urai Lama.


11.50 pagi - Bilangan crowd PAS di Sungai Peria meningkat 350 orang berbanding UMNO lebih kurang 250 orang sahaja, keadaan saling memprovokasi tetapi masih dalam keadaan terkawal.

11:43 am-gambar polis


Apa tujuan anggota polis perlu berada di Bilik Gerakan barisan Nasional? Adakah menjaga keselamatan jentera Barisan Nasional? Anda sendirilah yang menilainya.


11:42 am-Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar yakin parti itu akan mengekalkan kerusi DUN Manek Urai, tetapi dengan majoriti yang berkurangan.

Mahfuz, yang juga ahli Parlimen Pokok Sena berkata, beliau juga menjangka jumlah pemilih yang keluar mengundi hari ini ialah di sekitar 84 peratus.

"Saya tidak menjangka ramai akan pulang (untuk mengundi) kerana hari ini Selasa (hari bekerja di luar Kelantan).

"Namun begitu, dari maklum balas yang diterima, ada yang telah pulang (untuk mengundi).

"Kerana itu kita menjangka menang tetapi jumlah majoriti kurang," katanya.

11:31 am- gambar perayu undi



11.26 pagi - 200 orang penyokong PAS mula merapati pagar di sebelah pejabat kisdar, tempat pembayaran pengundi.


Jalan dari Kuala Krai - Manek Urai ketika ini sesak tidak bergerak.

11.26 pagi - Calon PAS, Abe Uji bersama pengiringnya masuk ke tempat pengundian di Sekolah Kebangsaan Lata Rek, bertemu dengan penyokong-penyokong PAS.


11.25 pagi - Lata Rek ketika ini, petugas semakin bertambah 4 kali ganda berbanding BN, mereka bertakbir, bertahmid dan bersama membaca doa Qunut Nazilah.

Sementara itu, petugas BN masih dalam keadaan pasif, tidak bergerak meraih undi mereka.
PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof meninjau pusat mengundi SK Peria yang agak tegang berikutan rasa tidak puas hati penyokong Pas dan BN berhubung kedudukan tempat mereka berkumpul.
11.25 pagi - Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kelihatan sampai di UPU Manek Urai Baru.

11:25 am- Setakat ini 50% bagi ketiga-tiga saluran telah keluar mengundi.


PEGAWAI polis menghalang seorang penyokong Pas daripada menghampiri tempat penyokong BN berhimpun berhampiran pintu masuk Sekolah Kebangsaan Peria.

11:15 am Penyokong PAS mengepung sebuah kereta yang dinaik mereka disyaki menyamar sebagai pegawai SPR yang mengguna pelekat dan masuk ke pusat pengundian di Manjor.

Mereka meminta identiti mereka. Polis kemudiannya campurtangan dan mengesahkan mereka bukan pegawai SPR dan mengarahkan mereka beredar dari situ.

Penyokong PAS itu turut mengoyak pelekat tersebut sambil melaungkan 'penyamar'.

11:10 pagi- calon bn melawat pusat undian sorang2





10.58 pagi - Menurut Ketua Muslimat Kelantan, Siti Zailah Mohd Yusof, di Lata Rek bilangan keluar mengundi ikut saluran 127 daripadanya penyokong PAS, manakala 20 lagi penyokong BN.

Setakat ini 50% bagi ketiga-tiga saluran telah keluar mengundi.

10.57 pagi - Di Temalih - lebih 40.59% pengundi telah keluar mengundi.

10.50 pagi - Di SK Manek Urai Lama, kira-kira 250 penyokong PAS balas-membalas sorakan dengan lebih kurang 200 penyokong BN.

Penyokong PAS menjerit "rasuah" dan "Altantuya" (Shaariibuu) kepada lawannya, dan kedengaran ungkapan lucah dari arah kumpulan BN yang berada di seberang sebatang jalan kampung.


10.45 pagi - Di UPU Manjor - 400 pengundi telah menunaikan tanggungjawab mengundi, masih berbaki lagi yang tidak keluar mengundi.


10.48 pagi - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.


10.47 - pagi - Peratus keluar mengundi sehingga pukul 10 pagi ini sudah mencecah 38.3 peratus atau 4,706 pemilih menunaikan tanggungjawab - dua jam selepas pusat pembuangan undi dibuka.



10.46 pagi - daripada upu temalih, keadaan penyokong kedua-dua parti saling mereka berhujah sesama mereka tetapi keadaan terkawal. Walaubagaimanapun penyokong PAS dilihat lebih bersemangat berbanding BN. Kekuatan penyokong PAS:UMNO= 60 : 40.

10:45 pagi- Kelihatan beberapa orang dibelakang bangunan berhampiran beratur seolah-olah sedang menyemak daftar pengundi kemudian masuk kedalam bangunan. Ambik duit upah kot.....

10.30 pagi- Seorang lelaki dan berkepala botak cuba memprovokasi penyokong dan dihalang PDRM. Suasana kembali tegang. Konvoi motosikal berkuasa tinggi PAS telah melepasi Pusat Pengundian.

10. 27 pagi - Dari kubu kuat UMNO, UPU Manjor, polis kelihatan ramai berada di pintu utama masuk ke kawasan mengundi Sekolah Kebangsaan Kampung Karangan, saluran 1 dan 2 semakin ramai yang telah mengundi, saluran 3 masih lagi kurang dan lengang.

Kawasan Kota Raja yang diketuai Dr. Siti Mariah Mahmod membantu keadaan di sana.

Manakala, petugas Pas UPU manjor dalam masa yang sama sedang menyediakan jamuan makan tengahari untuk para petugas PAS, 2 ekor kerbau dimaklumkan tumbang.

10. 25 pagi - Di UPU Laloh suasana agak tegang apabila penyokong BN dan PAS menyerbu sebuah rumah pengundi berebut untuk membawa pengundi ke tempat pengundian. Pengundi tersebut dimaklumkan pengundi luar.

9.50 pagi - Calon Pas, Abe Uji sedang berada di Sekolah Kebangsaan Chuchoh Puteri, calon terpaksa menaiki matorsikal berikutan jalan masuk ke tempat pengundi yang sesak.

Keadaan disana dilaporkan tegang, muslimat dan puteri UMNO saling berperang mulut.

9.45 pagi - Di Pusat mengundi Manek Urai Lama, anggota keselamatan polis menggunakan sebuah trak Unit Simpanan Persekutuan (FRU) meleraikan ketegangan yang berlaku disana.

Laporan memberitahu, ketegangan berpunca dari Umno Ketereh yang cuba membuat provokasi antara mereka dan PAS Ketereh. Umno Ketereh didakwa cuba melepasi had kawasan merayu undi parti masing-masing.

9:35 pagi - Laungan takbir bergema di sekitar pusat mengundi sambil diselangi laungan "Hidup-hidup, hidup Islam, hancur-hancur, hancur UMNO" oleh para penyokong PAS. Keadaan masih terkawal. Tidak ada insiden-insiden yang tidak diingini berlaku setakat ini. Penyokong diluar sana, teruskan berdoa kepada Allah. Insya Allah semoga kami disini diberikan semangat yang jitu sehingga mencapai kemenangan.

9.25 pagi - Laporan dari peti undi Sungai Sok, calon PAS, Abe Uji dengan diiringi isterinya, Kak Nah sedang bertemu dengan pengundi-pengundi di Dewan Sekolah Kebangsaan Sungai Sok.

Keadaan tegang disana berikutan pertembungan petugas perayu undi Muslimat PAS dan Wanita Umno, provokasi yang diberitakan dimulakan pihak Wanita Umno itu walaubagaimanapun dapat dikawal petugas keselamatan PAS.

9:20 Pagi - Pada saat ini, para pengundi tidak putus-putus keluar mengundi. Kesempatan ini diambil pada sebelah pagi bagi mengelakkan berlakunya hujan pada tengahari/petang nanti. Kepada para penyokong di luar sana, panjatkalah doa sepanjang masa kepada Allah supaya memberikan kemenangan kepada Parti PAS.

9.10 pagi - Helikopter peronda polis mulai sesak diudara, memantau keseluruhan tempat seolah-olah Manek Urai di duduki pengganas.


9.08 pagi - Laporan dari 9 tempat mengundi, saluran 3 masih lagi lengang. Hanya saluran 1 yang di penuhi pengundi.

Kemungkinan pengisytiharaan cuti umum hari ini menyebabkan golongan muda dari saluran 3 mengambil sikap untuk mengundi tengahari nanti.


9.04 pagi - Laporan dari Sekolah Kebangsaan Manek Urai, takbir dan selawat bergema mengiringi pengundi-pengundi PAS.

9.00 pagi - Sementara itu, laporan dari Sekolah Kebangsaan kampung Karangan UPU Manjor, jalan ketika ini sesak berikutan laluan sempir menuju temapt mengundi.

Petugas jentera PAS lebih menguasai keadaan dalam merayu undi, hanya sebilangan kecil kumpulan puteri Umno kelihatan di sana.


8.30 pagi - Setelah 20 minit melihat keadaan di Sungai Peria calon Pas, Abe uji menuju ke Sekolah Kebangsaan Sungai Sok pula.

8.29 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Kebanyakkan yang turun mengundi awal pagi ini adalah dari saluran satu.

8.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Abe Uji telah masuk ke dalam tempat membuang undi Sekolah Kebangsaan Sungai Peria memerhati perjalanan proses pembuangan undi yang sedang berlangsung.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat telah beredar menuju ke tempat pengundian lain.


8.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Kesemua 9 tempat mengundi telah dibuka.

Calon Pas, Mohd Fauzi Abdullah bersama Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nit Mat sekarang berada di Sekolah Kebangsaan Peria menyaksikan pengundi-pengundi membuang undi.

7.00 pagi MANEK URAI, 14 Julai - Petugas jentera PAS mula mengambil posisi kerja masing-masing, mereka kelihatan lebih bersemangat.


Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .