Ikuti Blog ini

Rakyat didahulukan cuma RM250 aje....siapa yang cuba dilembukan sekarang


PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, hari ini mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan RM500 untuk penjawat awam kumpulan sokongan, separuh dibayar sebelum Aidilfitri dan bakinya pada Disember. - Bernama

Tapi harga minyak yang tak naik pulak melambung naik....bukti kera jaan prihatin

Keshvinder: Siasat Punca Kecederaan Atau Hadapi Tindakan Saman


Adun Malim Nawar Keshvinder Singh membuat laporan polis terhadap apa yang beliau dakwa tindakan kasar polis terhadap beliau pada 2 September lalu sehingga beliau terpaksa menerima rawatan di Hospital Raja Permaisuri Bainun.

Keshvinder berkata laporan dibuat supaya siasatan dijalankan terhadap kejadian berkenaan. Dan jika polis gagal menyiasat kata Keshvinder pihaknya akan mengemukakan saman terhadap Pasukan Poilis DiRaja Malaysia .

Keshvinder kini cuti sakit dan masih trauma dengan kekasaran yang dilakukan polis terhadapnya.

Dalam keghairahan polis menghalang sidang DUN Perak 2 September lalu, Keshvinder cedera dikepala yang memerlukan rawatan kecemasan. Ketika itu beliau cuba melindungi Datuk Seri Nizar Jamaluddin .

Keshvinder yang ditahan polis dikatakan dicampak ala aksi gusti ke atas jalanraya sehingga kepalanya terhantuk menyebabkan tengkoraknya retak.

Beliau juga mendakwa kepalanya ditekan dengan kaki sementara perutnya ditendang-tendang. Beliau tergapai kesesakan nafas apabila polis menjerut lehernya dengan tali leher.

“Saya akan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh untuk membuat laporan polis terhadap Polis diraja Malaysia, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Perak dan kerajaan Malaysia bagi semua kecederaan dan kerugian yang saya alami seminggu lalu termasuk ganti rugi pendapatan sebagai peguam kerana gagal menghadiri kes-kes mahkamah, untuk kesakitan dan penderitaan dan untuk kerugian lain yang saya alami,” katanya.

Menurutnya, sebagai seorang peguam beliau berhak mandapatkan maklum balas daripada polis dalam tempoh terdekat sama ada siasatan telah dijalankan atau tidak.

Katanya, kekecohan 2 September lalu berlaku disebabkan provokasi melampau yang dicetuskan polis terhadap ADUN Pakatan Rakyat.

Keshvinder berkata perintah mahkamah jelas menyatakan mereka boleh berada pada jarak 30 meter dari Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri tanpa sebarang halangan polis.

Menurutnya mereka bergerak dari Wisma DAP ke arah Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menjalankan kewajipan mereka sebagai ADUN.

Katanya semua adun Pakatan Rakyat berjalan dengan aman tetapi sengaja dihalang oleh polis sehingga mencetuskan ketegangan yang menyebabkan berlakunya kekasaran.

Sehubungan itu, beliau mahu siasatan dijalankan segera.

“Kebiasaannya selepas membuat laporan polis saya membuat notis tuntutan memberi mereka tempoh masa 14 hari untuk menjalankan siasatan dan sekiranya gagal saya akan ke mahkamah,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekecewaannya terhadap Barisan Nasional yang menggunakan pelbagai cara untuk menghalang Pakatan Rakyat menjalankan tanggungjawab seperti yang termaktub dalam Perlembagaan negara.-tvantara




Duta Jepun berbuka puasa bersama TG Nik Aziz di Kota Bharu

ImageKOTA BHARU, 10 Sept: Kemeriahan Ramadhan di negeri Kelantan bukan sahaja dinikmati oleh umat Islam yang menjadikan Kelantan sebagai destinasi beribadat di sepanjang hari namun ia juga menarik minat Duta Jepun ke Malaysia, Tuan Yang Terutama Masahiko Horie untuk sama-sama merasai nikmat umat Islam berbuka puasa.

Bagi meraikan beliau, kerajaan negeri telah mengadakan majlis berbuka puasa bertempat di perkarangan Qaryah Ramadhan di Dataran Stadium Sultan Muhammad ke IV baru-baru ini.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjadi tuan rumah untuk beliau di majlis tersebut.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Dato'Mohd Aiseri Alias, Pegawai Kewangan Negeri, Haji Mohd Faudzi Che Mamat, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu-BRI, Haji Ahmad Mahmood, Pengarah Urusetia Kerajaan Negeri Kelantan Haji Abdul Rahman Yunus serta pegawai-pegawai kerajaan negeri.

TG Nik Aziz ketika menyambut kedatangan duta Jepun tersebut berkata, inilah satu kelebihan menyambut Ramadhan di Kelantan di mana seluruh rakyat dan masyarakat bukan Islam turut diraikan di Qaryah Ramadhan.

"Saya amat terharu kerana Duta Jepun yang bukan beragama Islam pun sanggup bersama rakyat negeri ini disamping melihat sendiri suasana umat Islam berbuka puasa,"ujar beliau.

Sementara itu, Masahiko Horie telah membuat lawatan ke Pejabat Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dan diberi taklimat berkaitan pembangunan Semasa dan pelaksanaan peraturan Islam yang ditelah dikuatkuasa oleh MPKB-BRI bagi semua premis perniagaan yang terdapat di bandar ini.

Menurut Yang dipertua MPKB-BRI, Haji Ahmad Mahmood beliau terharu kerana mendapat tahu nama Kota Bharu kini telah terkenal di negara matahari terbit itu dan ekoran dari itulah juga rombongan pegawai MPKB-BRI bersetuju membuat lawatan ke Jepun Oktober nanti.

Beliau berkata, lawatan pegawai MPKB-BRI akan dilakukan ekoran jemputan Datuk Bandar Kasoaka City kepada beliau sebelum ini.

Sementara itu Masahiko Horie ketika berucap di majlis yang sama berkata, lawatan beliau ke Kota Bharu kali ini merupakan kali ketiga tetapi kali pertama ke MPKB-BRI.

Beliau yang menjadi Duta ke Malaysia semenjak dua tahun lalu telah dilahirkan di Okayama Hight 63 tahun yang lalu, mengakui sukar untuk mempelajari Bahasa Melayu kerana setakat ini hanya mampu mengusainya sedikit sahaja.

Beliau juga berharap persahabatan antara MPKB-BRI dengan Bandaraya Kasoaka City akan terus berkekalan.

Zambry !!!! Ni Angkara Siapa?

Kempen Bubar DUN Perak
Zambry mahu pembangkang turut hormati keluhuran perlembagaan

IPOH: Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir mahu pembangkang menghormati prinsip keluhuran perlembagaan dan menerima keputusan Mahkamah Tinggi Ipoh semalam sebagai hakikat sebenar apa yang berlaku di negeri ini.

Beliau berkata keputusan mahkamah semalam juga mencerminkan kedudukan sistem undang-undang dan perlembagaan yang telah lama dipraktikkan tetapi pembangkang seringkali membuat pelbagai tuduhan dan dakwaan yang tidak berasas mengenainya.

"Apa yang sebenarnya berlaku di negeri Perak hari ini telah terserlah dengan tindakan dan kejadian yang mereka lakukan untuk mengelabui dan mengelirukan pemikiran dan perhatian rakyat.

"Saya daripada awal berdiri atas prinsip keluhuran perlembagaan walaupun ada barangkali (keputusan) mahkamah tidak memihak kepada saya tetapi sebagai warganegara, saya akur kepada undang undang," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di sini hari ini. [mstar.com.my]

Ini Angkara Siapa???








Takut Apa? Saya Ada Mereka...

Speaker Haram

Polis Raja Di Malaysia..


MB Dalam Hati Saya!!!


Tunjukkan Anda Menghormati Keluhuran Perlembagaan!!!



1Malaysia???


BAGAN PINANG : NAJIB CUBA PERANGKAP PAS



Bila ada sahaja pilihanraya maka Umno cuba memerangkap PAS dengan senjata ingin berbaik-baik dengan PAS. Ini kerana mereka tahu bahawa jika PAS menolak pelawaan Umno untuk berbaik-baik maka PAS akan di'cop' sebagai anti perpaduan, sombong dan bongkak.

Maka Umno akan mencanangkan kepada seluruh dunia bahawa sentiasa terbuka mahu berbaik-baik dengan PAS tetapi PAS yang tidak mahu berbaik-baik dengan Umno.

Bagi PAS adalah senang untuk berbaik dengan Umno dan sesiapa sahaja asalkan mereka menerima prinsip perjuangan PAS iaitu menegakkan kebenaran, keadilan, menentang kezaliman dan kejahatan.

Mana mungkin Umno bersedia untuk menegakkan kebenaran dan keadilan serta meninggalkan semangat keangkuhan dan kezaliman yang bersarang sekian lama di tubuh mereka.

Sebab itulah Umno sebenarnya tidak ikhlas untuk berbaik dengan PAS. Ianya semata-mata kerana politik. Bila Umno hampir kelemasan ia mencari PAS tetapi bila mereka kuat PAS ditendang seperti kucing kurap yang tiada nilai satu sen pun.

Sekiranya Umno/BN berubah menerima kebenaran, keadilan dan menghapuskan kezaliman saya yakin bukan sahaja PAS yang mahu berbaik-baik dengan Umno malah PKR, DAP dan semua orang mahu berkawan dengan Umno.

Cakap Tak Serupa Bikin..!!!!

Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pemahaman yang jelas mengenai inti pati Al-Quran penting dalam membantu usaha kerajaan membina sebuah negara bangsa yang utuh dan disegani melalui gagasan 1Malaysia.

Perdana menteri berkata dengan pemahaman yang betul itu ia dapat memacu peradaban dan memartabatkan tamadun bangsa seterusnya membersihkan persepsi negatif Barat terhadap Islam.

"Al-Quran diturunkan di antaranya bertujuan memperbaiki keadaan manusia dan juga sebagai petunjuk ke jalan lurus yang diredainya. Melalui pemahaman yang betul, Al-Quran mampu memperkasa sesebuah bangsa dan negara,"










Nilaikanlah sendiri,apakah ia selari dengan apa yang dikatakan????Jika Isterinya pun dia tak mampu bimbing,apakah ia mampu jadi pemimpin buat kita????

Pikir La Sendiri....!!!


Tolong la korang-korang dekat luar sana jangan dok ikut cara pemakaian tudung Rosmah ni ha... betul-betul menghina kesucian agama Islam... majlis Khatam Al-Qur'an pulak tu... aperla punya wanita pertama...

Macam ni ke contoh terbaik untuk Muslimah..? umur dah banyak pun tak reti-reti lagi macam mana nak tutup aurat..? sape laki dia ni ha..?




Takkan time baca kitab suci al-Quran pun tak boleh nak tutup rambut tu oiiii.....Astaghfirullah!!!

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .