Ikuti Blog ini

Umno jangan takutkan orang kampung, kata Dr Asri

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan. M'kini

TG Nik Aziz Tempelak Pemuda UMNO

Menteri Besar, TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menempelak sikap ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian yang tidak dapat berfikir dengan baik ketika mengulas isu sebuah syarikat yang dikatakan mahu menderma RM4 Bilion kepada Kerajaan Negeri.

Mursyidul Am Pas itu berkata, Anuar Safian seharusnya menyedari sumbangan yang dibuat oleh I’da World Group itu hanya berbentuk replika yang tiada nilai.

“Ketua Pemuda UMNO nak cabar saya, cabar apa bendanya, dia tak fikir orang (syarikat) itu bukan bagi duit, bagi replika (cek), nak kata saya terima duit apa,” katanya kepada pemberita rumahnya di Pulau Melaka, semalam.

Anuar dalam satu kenyataan kelmarin, meminta TG Nik Aziz menyaman malu atau apa jua saman yang bersesuaian dengan fakta yang ada berkaitan isu derma RM4 bilion.

Menurutnya, saman itu penting untuk membuktikan bahawa TG Nik Aziz tidak tahu menahu dan tiada dimaklumkan mengenai pelaburan dan wang yang didakwa diberikan kepada Kerajaan Negeri.

Dalam pada itu, TG Nik Aziz dalam nada sinis meminta Anuar supaya menghadiri khusus berkaitan undang-undang Islam yang ingin dianjurkan oleh Dewan Himpunan Penyokong Pas.

“Saya nak ketua pemuda supaya buat permohonan dalam khusus ini, faham mengenai undang-undang Islam supaya beliau faham dan malu sikit kepada mereka (orang bukan Islam),” katanya sambil tersenyum.

Sebelum ini, TG Nik Aziz berkata, pihaknya belum merancang untuk menyaman Ida World Group yang menimbulkan kontroversi kerana mahu memberikan RM4 bilion yang dikatakan menjejaskan imej Kerajaan Pas Kelantan. -SK

PRK Galas; PAS yakin kekalkan kerusi

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/salahuddin.JPGNaib Presiden PAS Salahuddin Ayub yakin parti Islam itu dapat mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas jika pilihan raya kecil diadakan ekoran kematian penyandangnya Che Hashim Sulaiman semalam.

Beliau melahirkan keyakinan kerana parti itu sudah membuat persiapan yang rapi dalam menghadapi pilihan raya umum, sekali gus jentera parti juga sudah bersedia untuk menghadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Parti sudah membuat persiapan rapi untuk menghadapi pilihan raya umum jadi pada saya semua jentera parti sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

“Kita tidak mempunyai masalah untuk hadapi pilihan raya kecil DUN Galas.

“Malah kita yakin akan mengekalkan kemenangan di DUN Galas kerana dengan persiapan awal dan rapi yang dibuat sebelum ini kita boleh,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat PAS hari ini.

Allahyarham Che Hashim meninggal dunia di Hospital Pakar Al-Islam Kampung Baru semalam kerana kanser usus.

Pada pilihan raya umum 2008, Che Hashim berjaya merampas DUN Galas daripada Barisan Nasional (BN) dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Galas merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Parlimen Gua Musang selain DUN Nenggiri dan Paloh.

Pakatan Rakyat mempunyai 39 kerusi manakala Barisan Nasional pula enam di DUN Kelantan.

Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, bagaimanapun PAS tidak akan memandang rendah akan kebolehan parti lawan.

“Di Parlimen Gua Musang, Ahli Parlimen adalah Umno, dua DUN lain juga adalah Umno. Jadi ini merupakan satu cabaran kepada kita mempertahankan kerusi ini.

“Selain itu, kita tidak akan memandang rendah pada pihak lawan. Jentera perlu kuat untuk menghadapi pilihan raya kecil ini nanti,” katanya dipetik Malaysian Insider.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi DUN Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian Che Hashim.

Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut. -BO

Mahkamah tolak saman mahasiswa UKM

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Mahkamah Tinggi hari ini menolak saman pemula empat mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mencabar tindakan tatatertib universiti itu ekoran dakwaan terbabit dalam kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor, April lalu.

Kesemua pelajar jurusan Sains Politik tersebut adalah Hilman Idham, Ismail Aminuddin, Azlin Shafina Adzha dan Wong King Chai mencabar tindakan universiti itu yang mendakwa mereka bawah Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku) dengan menghalang mereka daripada terlibat dalam aktiviti politik.

Selain menolak permohonan saman tersebut, Hakim Datuk Aziah Ali turut membuat keputusan membatalkan perintah injuksi sebelum itu yang menghalang UKM daripada mengambil tindakan terhadap mahasiswa terbabit.

Ekoran keputusan itu juga, keempat-empat mereka akan membuat rayuan injunksi bagi menghalang UKM meneruskan prosiding tatatertib ke atas mereka.

Hakim bagaimanapun menetapkan tarikh 7 Oktober ini untuk pendegnaran penuh injunksi tersebut.

Mereka sebelum ini ditahan polis pada 22 April lalu di pekan Rasa dan Ampang Pecah berhubung tuduhan menyokong parti politik semasa pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Mereka kemudian didakwa di mahkamah UKM kerana melakukan kesalahan menyalahi undang-undang Seksyen 15(5)(a) Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (Auku).

Bagaimanapun, mereka menafikan tuduhan itu dan mendakwa berada di Hulu Selangor bagi tujuan kajian penyelidikan akademik.

Sementara itu, lebih 50 mahasiswa berkumpul di perkarangan mahkamah bagi memberi sokongan moral kepada mereka. -Hrkh

Harussani : Kenapa dia berbeza dengan kita ?


Oleh: Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz


Wujudnya ulama yang menyokong kerajaan sekular yang beragama Islam bukanlah suatu yang pelik dan baru. Sejak aliran pemeritahan sekular di negara umat Islam pasca penjajahan barat ke atas negara Islam bertapak, golongan ulama penyokong inilah yang banyak membantu ke arah ketahanan dan penerusan aliran ini sehingga hari ini, walau pun wujud faktor – faktor lain yang mungkin lebih besar.

Di negara – negara Arab, kebangkitan perjuangan ke arah Islam yang syumul yang dipelopori oleh gerakan al Ikhwan al Muslimun dan jamaah – jamaah Islam yang lain banyak direncat kemajuannya oleh fatwa, hukum, pandangan dan penentangan daripada segolongan ulama yang terus menyokong pemerintahan sekular di negara mereka.

Mereka menjadi sebab besar kekeliruan umat dan rakyat di dalam memahami perjuangan Islam, bahkan di dalam memahami agama Islam yang benar dan asli.

Sebelum rakyat tewas, ulama ini telah tewas lebih awal. Mereka gagal berperanan kerana mereka sendiri memiliki tubuh yang cacat dan terencat di sana sini.

Era penjajahan yang panjang mewariskan Islam yang semakin terpinggir daripada arus depan dan atas.

Pengajaran dan pendidikan Islam yang merupakan nadi kekuatan umat telah menjadi mangsa serangan musuh yang dirancang rapi untuk dirosakkan sehingga ke akar umbinya.

Maka lahirlah di muka depan umat sebuah Islam dalam maknanya yang tidak asli, layu dan jauh daripada pejuang dan pendukungnya yang benar.

Inilah Islam yang didokong oleh ulama jenis tadi dan merekalah yang mendodoinya sehingga para pemerintah sekular muslim menjadikan mereka sebagai tongkat yang memeberi mereka kekuatan untuk terus menjadi penguasa yang batil ke atas umat Islam sehingga kini.

Mereka ini cukup untuk digolongkan dalam dua aliran;

Pertama, aliran nifaq dan penipu yang hidup untuk dunia. Inilah golongan yang menjual agama dengan kehidupan dunia. Apabila didesak dan ditanya mengapa mereka sanggup membelakangi kebenaran, mereka tidak segan untuk menjawab bahawa kami hanya mahu cari makan, kami mahu keselesaan sebagaimana orang lain, kami memilih untuk menjauhi pertembungan dan kemudharatan dan kami sudah diberi kedudukan baik untuk menyebarkan Islam (Islam yang cacat)!

Ulama al su’. Ulama jahat. Inilah nama yang dilabelkan ugama ke atas golongan ulama jenis ini yang sering diperingatkan oleh Allah dan rasulNya sallaLlahu alaihi wasallam dengan azab yan pedih daripada sisi Allah kerana menyembunyikan kebenaran dan meredhai kemungkaran di hadapan mereka.

Kedua, aliran lemah dan jahil mengenai perjuangan Islam dan dakwah. Dalam denyut dan nada yang ikhlas untuk ugama, mereka menyeru kepada Islam sedangkan mereka sebenarnya memimpin dan menunjuk kepada kesamaran dan kekeliruan. Ia bermula daripada kefahaman mereka sendiri terhadap Islam, dakwah dan perjuangan yang cetek dan lemah.

Mereka mengenali Islam dan mempelajarinya di luar lingkungan praktikal perjuangan, sedang ugama ini mestilah difahami dan dihidupkan di dalam dunianya, acuannya yang ditetapkan Allah. Acuan Allah.

Aliran kedua ini bukanlah seburuk aliran pertama yang telah rosak keikhlasan dan telah membesar kerakusan mereka terhadap habuan duniawi yang diterima.

Aliran ini walau bagaimanapun adalah penyakit yang perlu dirawati dan rawatannya adalah rumit kerana ia melibatkan kumpulan pemuka ugama yang kepada merekalah tergadai kepercayaan umat dan ke atas merekalah tanggung jawab memimpin umat ini.

Sekarang saya perturunkan beberapa inti dan persoalan, yang menjadikan aliran ini terus gagal untuk bersama dalam kelompok perjuangan Islam yang syumul yang berjalan di atas sunnah al Rasul yang jelas dan terang benderang;

1) Perihal sekularisme: Aliran ini walaupun memahami bahaya sekularisme tetapi masih meladeninya dan menganggap ia bukan bahana besar umat dan boleh diubati dengan mudah melalui nasihat dan teguran terhadap pemerintah.

Justeru mereka kekal mendukung pemerintah sekular dengan harapan mampu mengislamkan mereka.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam memutuskan bahawa sekularisme adalah punca utama kejatuhan umat Islam dan ia menjadi senjata ampuh musuh untuk menghancurkan tamadun Islam dan umatnya.

Justeru gerakan Islam melihat bahawa kebangkitan Islam dan kemajuannya tidak mungkin tercapai sehinggalah faham sekularisme ini dicabut dari akar umbinya dengan menukar pemerintahan negara kepada pemerintah Islam yang tulen dan syumul.

2) Perihal faham kebangsaan: Aliran ini melihat semangat kebangsaan adalah tidak bertentangan dengan Islam. Melayu adalah Islam dan Islam adalah Melayu. Maka kedua – duanya berkepentingan bersama.

Justeru apabila pemerintah menjadikan kebangsaan sebagai dasar pemerintahan, mereka mempertahankannya dan melihatnya sebagai kemenangan untuk Islam.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam yang syumul melihat faham nasionalisme adalah umpan penjajah yang dilepaskan ke seluruh dunia Islam untuk menjauhkan mereka daripada Islam yang bersifat sejagat dan juga untuk memecah – belahkan kesatuan umat Islam sedunia agar menjadi lumpuh dan kekal tewas selama – lamanya.

Justeru memerangi fahaman ini dengan menukarkannya dengan fahaman Islam yang menyeluruh, sejagat dan sederhana di sisi perjuangan Islam adalah kewajiban yang mesti dilaksanakan.

Oleh kerana pemerintahan semasa umat mendukung dan membenih fahaman ini, maka mereka wajar ditukar dengan pemerintahan Islam yang sebenar.

3) Perihal teguran dan jihad terhadap pemerintah: Aliran ini melihat pemerintahan umat Islam hari ini mestilah ditaati sebagaimana arahan Allah dan rasulNya.

Sebarang perlanggaran terhadap ugama seperti kezaliman, rasuah dan sebagainya hendaklah diselesaikan melalui nasihat dan teguran yang tidak menjejaskan tiang pemerintahan.

Gerakan menjatuh dan menukar pemerintahan dengan apa cara sekalipun adalah bertentangan dengan Islam dan disifatkan sebagai penderhakaan terhadap ugama.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam melihat bahawa pemerintahan Islam yang zalim dan keluar daripada tuntutan agama berhak dan mesti ditukar jika mereka terus dan enggan berubah.

Kesalahan hanya berlaku jika usaha itu membawa kepada pertumpahan darah yang disengajakan seperti menghalakan senjata ke arah pemerintah. Islam mengharamkan pertumpahan darah sesama ummat syahadah.

Dalam konteks sistem demokrasi negara, jatuh bangun pemerintahan adalah tanpa pertumpahan darah, bahkan hanya melalui undi dan suara majoriti.

Justeru menukar kerajaan zalim seperti kerajaan negara Malaysia yang sekular dan penuh penjarahan terhadap hak rakyat adalah jihad yang syar’ie dan wajib.

4) Perihal dakwah dan perjuangan Islam: Aliran ini menafsirkan kalimah ‘hikmah’ dalam berdakwah dengan tafsiran yang berbeza dengan aliran perjuangan Islam.

Mereka dilihat lebih memilih jalan kompromi demi menjaga hati pemerintah dan demi memperolehi tempat dan jawatan yang mengekalkan mereka dalam enjin pemerintahan.

Bagi mereka, kekal dalam kerajaan dan mengelak pertembungan dengan mereka adalah hikmah besar untuk kebaikan Islam.

Ini di sisi aliran perjuangan Islam adalah tafsiran yang mencacatkan pengertian hikmah dan perlaksanaannya. Di sinilah kedua – dua aliran tersebut bertembung.

5) Perihal jamaah Islam: Aliran ini melihat bahawa jamaah Islam adalah setiap umat yang menyeru kepada al makruf dan menegah kemungkaran walaupun mereka tidak terikat dengan mana – mana kumpulan Islam yang terikat dengan peraturan dan syarat jama’ie.

Justeru keperluan untuk menyokong atau mendukung jamaah – jamaah Islam adalah tidak perlu selagi mereka berkerja untuk Islam juga. Taat kepada pemerintah adalah kerana pemerintah adalah jamaah Islam juga.

Sebaliknya, aliran perjuangan Islam terlalu mementingkan kewujudan jamaah Islam yang dilengkapi peraturan, ciri, syarat dan visi perjuangan yang membawa umat Islam yang hanyut tanpa khilafah yang menaungi mereka hari ini ke arah kehidupan Islami yang tunduk dan wala’ kepada pemimpin Islam di dalam jamaah sehinggalah kelahiran khilafah yang baru. Kesempurnaan Islam adalah pada mengikat diri pada jamaah Islam yang syumul.

Inilah 5 inti dan isu terpilih yang memisahkan dan membezakan ulama aliran ini dengan aliran perjuangan Islam yang dipelopori gerakan – gerakan Islam di serata dunia.

Ia bermula dan berpunca daripada kefahaman yang berbeza terhadap Islam dan tuntutannya selain perbezaan pada kedalaman dan keluasan lingkaran praktikal Islami yang dilalui oleh kedua – dua aliran tersebut.

Tan Sri Hj Harussani Hj Zakaria mewakili golongan ini. Beliau aliran kedua daripada aliran ulama yang sentiasa memberikan ketaatan dan mendukung pemerintahan sedia ada walaupun beliau tahu betapa sekularnya pemerintahan kerajaan Malaysia.

Di Mesir misalnya, anda akan sentiasa menemui ulama jenis ini dengan ilmu dan sumbangan yang tidak kecil dan tidak boleh diketepikan untuk kemajuan Islam, tetapi mereka sering menjadi penghalang kepada gerakan Islam yang syumul di dalam membina keyakinan dan kefahaman terhadap ummah ke arah kemenangan Islam yang diimpikan.

Beliau bukan aliran pertama yang jelas kerosakan dan kejahatannya. Tumpukan senjata tajam anda pada ulama UMNO yang mengangguk dan sujud pada ketua mereka di dalam UMNO walaupun sampai mengharuskan judi, rasuah dan kezaliman yang berleluasa.

Gagal membezakan di antara dua aliran inilah yang akhirnya mencetuskan kata nista, hukuman dan terjahan yang salah dan tidak boleh diterima akibatnya.

Islam sentiasa diawasi oleh ilmu, disiplin, adab dan hak yang mesti dijaga dan diraikan. Jika tidak, perjuangan Islam akan sentiasa dimasuki unsur yang akan mencemari sifatnya yang qudwah dan sederhana.

Selepas anda memahami pada tahap ini, anda boleh dengan mudah untuk memahami mengapa orang yang turut menyumbang kepada kemajuan Islam di Malaysia seperti Tan Sri Hj Harussani Hj Zakaria dan seumpamanya sering berbeza dengan aliran perjuangan Islam dalam beberapa isu pokok seperti;

1- Pendiriannya untuk menyokong rampasan kuasa di Perak.

2- Sikapnya untuk melihat perpaduan Melayu tanpa syarat di antara PAS dan UMNO.

3- Ketegasannya dalam beberapa isu yang menyentuh pemerintah dan kekendurannya di dalam beberapa isu yang lain.

4- Kejelasannya di dalam menganggap kesultanan mesti ditaati kerana peranannya sebagai ulul amri minkum.

5- Sikapnya yang lebih meraikan kerajaan pusat walaupun melihat kebaikan pemerintahan Islam di Kelantan dan negeri – negeri Pakatan Rakyat.

6- Ketakutannya terhadap terhapusnya Islam dengan terhapusnya ketuanan Melayu ( Melayu adalah UMNO dan UMNO adalah Melayu. PAS? )

Teruskanlah dengan isu – isu lain yang akan sentiasa lahir. Anda akan melihat perbezaan pendapat yang mengelirukan umat Islam melalui pandangan ulama seperti beliau yang akan menyanggah pandangan perjuangan Islam.

Sudah pasti, kefahaman Islam yang jelas daripada tafsiran dan pengajaran ulama Islam yang muktabar yang menyeru kepada Islam yang syumul akan menolak pandangan aliran kedua ulama kerajaan di atas yang berpunca daripada kecetekan memahami Islam dan tuntutan semasanya.

Tan Sri Hj Harussani mestilah diingatkan dengan kesilapannya, memasuki ruang yang bukan dalam bidang dan kepakarannya yang telah menjebakkan beliau ke dalam kancah pertentangan yang merosakkan reputasinya sebagai ulama yang pernah cemerlang dan dihormati kerana ketegasannya dalam isu – isu tertentu walaupun tidak disenangi pemerintah.

Beliau harus malu untuk memikul tanggung jawab yang telah mengelirukan umat Islam yang di luar kemampuannya, selain mengheret perdebatan sesama ulama dan umat Islam yang tidak perlu ke arah pembinaan sebuah negara yang lebih baik.

PAS ada hak yang jelas dalam politik Islam. Ia lahir sejak sebelum merdeka dalam dunia politik tanah air. Berikan laluan untuk PAS mendapat sokongan umat tanpa menambahkan kekeliruan yang menguntungkan musuh perjuangan.

Siap 24 Jam, Mati Tiada Amaran - TG Nik Aziz


KOTA BHARU 28 SEPT 2010: "Persiapan Pas seperti biasa, kita orang Islam bersiap sedia 24 jam, selama-selamanya. Tidak mesti siap untuk pilihan raya tetapi siap sedia lawan nafsu dan godaan syaitan."

Jelas Tok Guru Nik Aziz MB Kelantan, ketika ditanya media tentang persiapan PAS bagi menghadapi Pilihanraya Kecil DUN Galas.


"Kita sentiasa bersiap, mati tidak ada amaran, anak dalam perut pun mati. Kita tidak keluar arahan lagi," katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Pulau Melaka, Kota Bharu semalam. (AK)

Tayangan "Lagenda Budak Setan" Bakal Kembali Di Galas?

Polis sedia hadapi pilihan raya kecil Galas

KOTA BAHARU - Polis bersiap-sedia bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam dalam menghadapi pilihan raya kecil sekiranya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas, Gua Musang perlu diadakan dalam masa terdekat.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, terserah kepada SPR bagi menentukan tarikh yang sesuai untuk mengadakan pilihan raya kecil itu dan anggota polis mencukupi bagi memastikan ia berjalan lancar.

"Semua kekuatan logistik dan tenaga anggota mencukupi, kontinjen Kelantan sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya bagi memastikan suasana aman, selamat," katanya.

Abdul Rahim berkata, polis tidak ada masalah bagi menghadapi pilihan raya itu dan berharap kempen yang dijalankan oleh parti-parti terlibat dalam suasana aman dan harmoni. -Bernama

Anak didik UMNO - yang dikatakan pelapis pimpinan negara di masa hadapan. -GB






Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Fitnah UMNO

http://buletinonline.net/images/stories/berita34/duitihsanpp.jpgKerajaan Negeri Pulau Pinang Tidak Akan Tunduk Kepada Usaha UMNO Mengganggu-gugat Program Penghargaan Warga Emas Sebanyak RM 100 Setiap Tahun.

UMNO sekali lagi meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang dengan mendakwa bahawa program penghargaan warga emas dibiayai oleh sumber judi haram dan bila ini dibuktikan palsu mengalih kepada program Rakan Anti-Miskin(RAM) untuk membasmi miskin tegar. Taktik jahat seribu jahat bertujuan menggagalkan program ini daripada kerajaan berjiwa rakyat PR yang bermenafaat rakyat.

Kerajaan negeri Pulau Pinang tidak akan tunduk kepada usaha UMNO mengganggu-gugat program penghargaan warga emas yang membayarkan RM100 setiap tahun kepada semua yang melebihi 60 tahun. Sehingga sekarang hampir 110,000 warga emas di Pulua Pinang telah mendaftarkan diri dan akan mendapat bayaran RM 100 setiap tahun demi mengenang budi atas sumbangan warga emas. Di samping itu si waris warga emas yang mendaftarkan diri akan menerima RM 1,000 sekali sahaja bila warga emas meninggal dunia. Sebanyak RM 20 juta telahpun diperuntukkan untuk program ini dalam Belanjawan 2010 pada tahun lepas.

Wang yang dibayar oleh kerajaan negeri untuk program ini tidak datang daripada mana-mana derma atau sumber kerajaan persekutuan. Ia adalah penjimatan hasil urustadbir CAT yang cekap, akauntable dan telus serta langkah anti-rasuah yang bukan sahaja dipuji oleh Lapuran Ketua Audit Negara tetapi juga disanjungi oleh badan antarabangsa anti-rasuah terunggul, Transparency International.

Urustadbir CAT dan langkah anti-rasuah telah membolehkan Pulau Pinang mencatatkan lebihan Belanjawan yang paling besar dalam sejarah sebanyak RM 88 juta pada 2008 dan RM 77 juta pada 2009. Oleh itu, tidak wujud langsung program ini dibiayai oleh sumber luar. Keseluruhan kos program ini dibaiyai sepenuhnya oleh hasil lebihan Belanjawan. Dengan kata lain, program penghargaan warga emas adalah dividen “anti-rasuah” yang dapat dinikmati oleh rakyat kerana mempunyai sebuah kerajaan negeri yang bersih dan tidak makan duit.

Ini bukan kali pertama program ini diserang kerana sebelum ini BN pernah mendakwa bahawa pemberian RM 100 kepada warga emas adalah serupa bagi rasuah! Untuk BN, bagi wang sama rakyat adalah rasuah tetapi lain pula bagi wang ke dalam kocek sendiri.

Sekiranya kerajaan negeri tak makan duit maka rakyat boleh dapat duit! UMNO jangan harap akan mengganggu-gugat program dividen anti-rasuah RM100 setiap tahun kepada warga emas dengan fitnah dan tohmahan.

Program Rakan Anti-Miskin(RAM) Membasmi Miskin Tegar Di Pulau Pinang Tetap Diteruskan.
Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, UMNO pula cuba mengalikhan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program RAM membasmi miskin tegar datangnya daripada sumber judi haram. Bukti UMNO adalah derma RM 2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang.

Program RAM adalah inisiatif murni kerajaan negeri PR untuk membasmi miskin tegar di kalangan keluarga yang berpendapatan kurang daripada RM 400 sebulan di Pulau Pinang dan memastikan setiap keluarga mendapat sekurang-kurangnya RM 500 sebulan. Menerusi RAM, kerajaan negeri PR telah berjaya membasmi miskin tegar dalam tempoh masa setahun sahaja, apa yang tidak dapat dilakukan oleh BN dalam 51 tahun. Menyedari tentang sensitiviti wang derma daripada Kelab Lumba Kuda untuk orang Islam, maka ia diasingkan dan tidak diberikan kepada orang Islam tetapi hanya kepada orang bukan Islam.

Malah Pegawai Kewangan Negeri Dato Farizan bin Darus telah mengesahkan kepada saya semalam bahawa wang derma RM 2 juta ini daripada Kelab Lumba Kuda diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam. Perlu diingati bahawa ada juga orang bukan Islam yang miskin tegar, bukan semua bukan Islam kaya macam pemimpin BN. Adakah salah untuk menyalurkan wang derma ini kepada orang bukan Islam?

Bukankah lebih salah dan haram untuk UMNO luluskan lesen judi bola? Atau adakah UMNO dendam sama Kerajaan negeri Pulau Pinang yang merupakan negeri pertama mengharamkan judi bola dan sekaligus merosakkan rancangan baik UMNO untuk membenarkan lesen judi bola di Malaysia? Yang jahat pula tuduh orang lain.

Bantuan RAM kepada keluarga miskin tegar Islam dibiayai daripada hasil kerajaan negeri menerusi lebihan Belanjawan yang disebut tadi. Memang BN dan UMNO irihati atas kejayaan kerajaan negeri membasmi miskin tegar dan program penghargaan warga emas. Walaupun terus difitnah, kerajaan negeri tidak akan berganjak atau tunduk langsung ke atas anasir jahat ini yang mahukan dua program ini dihentikan.

Rakyat terus dibela, hak rakyat terus diperkasakan dan undang-undang terus didaulatkan.

LIM GUAN ENG

Galas: PAS sedia hadapi pilihan raya -TG Nik Aziz



TG Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Che Hashim Sulaima, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas yang meninggal dunia di Kuala Lumpur, petang ini.

Sambil menyifatkan kematian Allahyarham sebagai suatu kehilangan bagi PAS, Mursyidul PAS itu berkata beliau akan berlepas ke kediaman Adun itu di Gua Musang pada 9 malam ini untuk menziarahi jenazah Adun berkenaan.

Katanya walaupun Che Hashim bukanlah seorang yang banyak pengalaman kerana baru dalam politik, tetapi beliau berjaya membantu perjuangan Islam melalui PAS.

“Saya mendapat tahu mengenai kepulangannya ke rahmatullah selepas asar tadi melalui anggota Exco kerajaan negeri Datuk Takiyuddin Hassan, yang berada di hospital ketika itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Melaka di sini hari ini.

Mengenai persiapan PAS dalam menghadapi pilihan raya kecil berikutan kematian ADUN PAS itu, TG Nik Abdul Aziz berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

Katanya, PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini.

Menurutnya, PAS sedaya upaya membantu Che Hashim untuk mendapat rawatan termasuk dua kali di China dan hospital dalam Negara. TMI

PRK Galas Hujung Okt Selepas Perhimpunan Umno?

Selepas ‘berehat sementara’ selama empat bulan daripada siri ribut pilihan raya kecil — parti-parti politik nampaknya tiada pilihan kecuali menghadapi satu pilihan raya kecil. Kali ini pilihan raya kecil ke-12 sepanjang pascapilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Dua pilihan raya kecil yang lalu masing-masing kerusi Parlimen Hulu Selangor dan Sibu pada April dan Mei dimenangi oleh calon MIC-BN dan DAP-PR.

Kali ini, kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Galas bakal menyaksikan pilihan raya kecil dan pilihan raya kecil perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh kekosongan wujud. Yang kedua di Kelantan selepas DUN Manek Urai.

Pilihan raya kecil DUN Manek Urai diadakan Julai 2009 dengan peratusan keluar mengundi paling tinggi dan ia dipertahankan oleh calon PAS. Majoriti undi diperoleh calon PAS 65. BN yang menurunkan calon Umno mengecilkan jurang majoriti berbanding pilihan raya umum 2008.

Bertolak daripada senario itu, Galas juga menjadi tumpuan ramai khususnya ketika kebanyakan pihak mula bercakap-cakap tentang pilihan raya umum tergempar. Jika sebelum ini pilihan raya umum negeri Sarawak dijangkakan akan diadakan bila-bila masa mulai sekarang dan bakal menjadi petanda atau ukuran populariti sebelum Datuk Seri Najib Razak memanggil pilihan raya umum ke-13, keputusan DUN Galas kemungkinan akan menggantikan kedudukan itu.

Galas juga salah satu kerusi yang terletak di kerusi Parlimen Gua Musang pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Ketua Umno bahagian dan Ahli Parlimennya.

Berdasarkan peruntukan pilihan raya ruang bagi mengadakan mana-mana pilihan raya kecil (kecuali DUN Sarawak) adalah sehingga Mei 2011 iaitu dua tahun sebelum mandat semasa berakhir.

Semalam, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar dipetik berkata, pilihan raya kecil bagi Dewan Undangan Negeri Galas perlu diadakan berikutan dengan kematian penyandangnya Che Hashim

Sulaima akibat barah usus.

Mesyuarat khas bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil DUN Galas akan diadakan sebaik sahaja menerima notis rasmi daripada Speaker DUN Kelantan mengenai kekosongan kerusi tersebut.

“Pilihan raya kecil perlu diadakan memandangkan ia belum sampai tempoh tiga tahun daripada tarikh pilihan raya umum yang lepas.

“Pilihan raya kecil tidak perlu diadakan jika kekosongan berlaku selepas Mei tahun depan,” kata Wan Ahmad.

Che Hashim, 46, wakil rakyat penggal pertama merampas DUN Galas daripada BN dengan majoriti 646 undi. Beliau mendapat 4,399 undi menewaskan penyandang dari BN Saufi Deraman yang mendapat 3,753 undi.

Selain Galas, dua kerusi DUN dalam kawasan Parlimen Gua Musang ialah Nenggiri dan Paloh.

Di DUN Kelantan, PR menguasai 39 kerusi manakala BN pula enam.

Mengikut perangkaan kasar DUN Galas terdiri dairpada 10,330 pengundi dengan kira-kira 6,200 orang Melayu, Cina (1,900), India (172) dan Orang Asli (2,000).

Mengambil kira pengalaman-pengalaman lalu SPR kemungkinan akan mengadakan pilihan raya hujung bulan Oktober selepas Perhimpunan Agung Tahunan (AGM) 2010 yang akan berlangsung minggu ketiga bulan depan. Kira-kira seminggu sebelum itu Parlimen akan bersidang dengan tumpuan ke atas pembentangan Bajet 2011 dan laporan bahagian Model Baru Ekonomi (MBE).

SPR pernah menggunakan pendekatan itu sebelum ini. Misalnya ketika pilihan raya kecil serentak Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Lubok Antu pada awal April 2009 diadakan selepas perhimpunan agung akhir Mac.

Memetik alasan yang diberikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof sebelum ini, sudah pasti pilihan raya kecil hanya akan diadakan selepas perhimpunan agung Umno yang berlangsung mulai 19 hingga 23 Oktober ini. Dari tarikh perhimpunan ini SPR masih mempunyai masa kira-kira sebulan lagi untuk mengadakan pilihan raya lebih-lebih lagi sebelum sambutan Aidiladha, 17 November.

Jika ini berlaku dan diambil kira bermakna sebagaimana pernah disaksikan di tiga pilihan raya kecil serentak Mac-April 2009 dan Manek Urai Julai 2009, parti-parti politik yang bertanding akan mempunyai ruang yang lama untuk berkempen secara tidak formal sebelum memasuki gelanggang secara rasmi.

Jika ia berlaku Umno-BN akan menggunakan perhimpunan semasa untuk memobilisasi jentera mereka.

Dalam kenyataan semalam Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata parti itu sentiasa berada dalam keadaan bersiap sedia dalam menghadapi sebarang pilihan raya.

PAS akan mengadakan mesyuarat berhubung persiapan pilihan kecil DUN itu dalam masa terdekat ini, kata beliau.

Selain daripada soal tarikh, pilihan raya kecil inin juga dijangka menarik ia merupakan salah satu kerusi yang berada di Parlimen Gua Musang dan berlangsung selepas di sebalik pelbagai isu peringkat negeri dan pusat termasuklah isu tuntutan royalti oleh kerajaan negeri. Kes berkaitan difailkan pada 30 Ogos lalu.

Ramai juga akan melihat peranan yang akan dimainkan oleh Umno Gua Musang dalam menggerakkan jentera menghadapi pilihan raya kecil ini. Gandingan peranan Umno bahagian, negeri dan pusat juga sudah pasti akan menjadi aspek menarik untuk diperhatikan.

Beberapa jam sebelum Allahyarham Che Hashim menghembuskan nafas terakhir, laporan Bernama menyebut bahawa Umno Kelantan akan membawa isu mengenai kemungkinan orang Melayu akan kehilangan kuasa dan suara jika pakatan pembangkang berjaya mengambil alih pentabdiran negara pada Perhimpunan Agung Umno kali ini.

Timbalan Penegrusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Dr Awang Adek Hussein berkata peringatan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengenai perkara itu perlu dipandang serius dan diketengahkan.

Umno Kelantan akan mengadakan konvensyen pada 15 Oktober

bagi membincangkan topik itu dan mengeluarkan resolusi untuk dikemukakan kepada Umno pusat untuk dibincangkan pada perhimpunan agung parti nanti.

Penganalisis dan pemerhati sudah mula mengandaikan isu berkenaan akan menjadi perhatian. Lebih-lebih lagi selepas ia juga disentuh dalam dialog tertutup Puteri Umno semalam.

Kemungkinan konvensyen ini juga akan menjadi program membuat persiapan menghadpai pilihan raya sebagaimana dilakukan oleh Konvensyen BN Selangor sebelum pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.

Kedua-dua PR dan BN kelihatan mempunyai senarai isu untuk dibawa ke gelanggang pilihan raya kecil DUN Galas sementara kita masih menanti satu dua lagi pilihan raya - kerana sebab teknikal - sebelum tempoh Mei 2011 tiba. -TMI

Solat Jenazah ADUN Galas

Jenazah tiba di Masjid Tengku Faiz Petra Gua Musang jam 12:20 tghmalm, solat jenazah di ketuai oleh Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan.

Jenazah Allahyarham Che Hashim Adun galas di semadikan di tanah perkuburan Kg. Kerinting Gua Musang dekat dengan rumah kediaman nya.

tgna ketuai TGNA ketuai solat jenazah, turut serta pimpinan Pas negeri.

solat1 Tidak ketinggalan pengundi2, sahabat handai jauh dan dekat ikut serta solat jenazah

DSC06056 sejurus tiba jenazah di usung ke dewan solat untuk di sembahyang kan.

Selain pimpinan Pas dan Kerajaan Negeri turut kelihatan ADUN Paloh, calon BN PRK Dun Manek Urai, hampir penuh dewan solat, hadir menunaikan solat jenazah.


Para pemimpin PAS di samping jenazah Chek Hashim di Pusat Perubatan Islam Kampung Baru.


Al Fatihah………..

Animasi Jepun Paling Merbahaya Untuk Kanak-kanak

Animasi Jepun paling bahaya untuk tontonan kanak-kanak

KOTA BAHARU, 27 Sept – Filem Animasi Jepun adalah antara DVD yang dikesan paling bahaya untuk ditonton oleh kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem, (LPF) Datuk Mohd Hussain Shafie berkata ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui mengenai bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka terhadap kandungan DVD dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

“Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

“Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini hari ini.

Dialog berkenaan merupakan kali pertama diadakan LPF di negeri ini yang turut dihadiri wakil dari Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Kelantan dan menghimpunkan beberapa penerbit, pengedar dan penjual VCD dan DVD di negeri ini.

Tanpa menyebut jumlah animasi yang telah diharamkan katanya lebih membimbangkan apabila kebanyakan filem animasi yang dibawa masuk ke negara ini mempunyai beberapa siri atau episod yang panjang.

Ini menyebabkan pihaknya terpaksa membuat penelitian yang lebih bagi memastikan tiada kandungan yang tidak sesuai dalam setiap episod yang dikeluarkan, kata Mohd Hussain.

“Masalahnya, cerita animasi dari Jepun ini panjang sirinya, berpuluh-puluh episod, kadang-kadang dalam satu atau dua episod kandungannya yang kita tengok semuanya okey, tetapi masuk episod keenam baru ada adegan buka-membuka (baju), ini yang bahaya,” katanya.

Sambil menyuarakan kebimbangan terhadap penghasilan animasi sebegitu beliau berkata pihaknya terpaksa mengambil tindakan mengharamkan animasi yang terlalu berisiko untuk ditontoni kanak-kanak dan didapati tidak dapat disunting.

“Kalau ada benda yang tak boleh dipotong maka kita akan haramkan kesemua siri atau episod berkenaan dari disiarkan,” katanya.

Mohd Hussain bagaimanapun berkata, sikap segelintir ibu bapa atau penjaga yang terlalu mengambil mudah dan menggantikan kesibukan masa mereka untuk anak-anak dengan membelikannya pemain VCD dan cerita-cerita animasi untuk tontonan, menyebabkan ramai kanak-kanak yang masih terdedah menonton animasi yang boleh merosakkan minda.

“Apa yang terbaik adalah ibu bapa atau penjaga itu sendiri mengawal dan menjaga apa yang ditontoni anak-anak mereka, kalau beli animasi lihatlah dulu kandungan animasi itu sebelum berhasrat untuk membenarkan anak-anak menontonnya,” katanya.

Selain itu Mohd Hussain menegaskan tapisan yang dibuat LPF bagi sebarang filem di negara ini bukan kerana mahu menyekat hak masyarakat untuk menonton filem-filem berkenaan tetapi ia lebih kepada menjaga kepentingan masyarakat majmuk yang terdiri daripada pelbagai agama, golongan dan usia di negara ini.

Menyifatkan tapisan filem yang dibuat pihaknya seumpama undang-undang jalan raya yang perlu dipatuhi oleh semua pihak, beliau berkata ia dibuat untuk keselamatan dan kesan jangka panjang terhadap perkara baik dan buruk yang akan membentuk masyarakat daripada apa yang ditontoni. – Bernama

Youtube: Umno BN alami fobia di penghujung hayat

KUALA LUMPUR, 28 Sept: Kerajaan Umno BN sekarang mengalami serangan penyakit kartun fobia, ceramah fobia, kuliah fobia, Youtube fobia, risalah fobia dan seumpamanya.

Justeru, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad menganggap kenyataan Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor supaya rakyat jangan terpengaruh dengan dakyah terbaru pembangkang yang memburuk-burukkan kerajaan melalui pengedaran cakera padat (CD) termasuk memuat naik bahan itu ke dalam laman web Youtube sebagai satu kenyataan orang yang takut menerima kenyataan kerana berada di penghujung hayat pemerintahan.

Menurutnya, menjadi lumrah mana-mana pemerintah yang banyak mengkhianati amanah rakyat cukup bimbang dengan maklumat yang benar sampai kepada rakyat yang mereka perintah.

Katanya, kerajaan Umno BN tahu mereka akan terus berkuasa selagi rakyat boleh ditipu melalui saluran berita berat sebelah.

Sehubungan itu, tambahnya PAS menganggap kenyataan supaya rakyat jangan percaya dengan Youtube adalah satu kenyataan yang ketinggalan zaman, seolah-olah rakyat pada hari ini hidup di zaman batu.

Sekarang, ujarnya program yang diuar-uarkan oleh kerajaan seperti koridor raya multi media sudah menjadi hantu raya kepada Umno BN, kerana apa sahaja dakyah melalui media perdana dengan pantas dijawab oleh media internet.

“Mereka merasa gusar apa sahaja strategi yang dibuat tidak menjadi untuk menjerat rakyat supaya menyokong mereka,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.

Ini, jelasnya menyebabkan semua berita yang dikeluarkan oleh media perdana telah dipandang sinis dan tidak boleh menaruh kepercayaan kepada rakyat.

“Inilah satu bala yang menimpa kepada kerajaan BN. Inilah akibat apabila selalu berbohong dalam pemberitaan akhirnya berita benar pun rakyat kata tipu,” katanya lagi.

Umno Batu Pahat Guna Jabatan Kerajaan Halau NGO Bantu Ibu Tunggal Dari Bangunan?




Siti Aishah Shaik Ismail - Ini merupakan kezaliman dan penganiyaan jelas pemimpin UMNO/BN kepada rakyat. Untuk pengetahuan anda setelah dimaklumkan oleh Pak Syed sebentar tadi INSANI ialah satu badan NGO yg mana ia membantu wanita, khasnya ibu tunggal dan mereka2 yang mengalami masalah di Batu Pahat. Akan tetapi selepas melihat kebangkitan dan juga semangat suasana politik di Johor khasnya di BP maka mereka seperti cacing kepanasan dan akhirnya membenarkan diri berlaku zalim kepada rakyat. Tahniah PDBP anda bukan shj berkhidmat untuk Negara tp juga UMNO/BN n pemimpin yang takut dengan bayang2 sendiri..

[Sumber]

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .