Ikuti Blog ini

Perlancaran Pakatan Ganti BN.....!! Kg Geliga Kemaman. Terengganu.








Bermulanya kebangkitan rakyat Terengganu

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita39/DSC_0349.JPG- Umno hanyut dan perlu diganti oleh PAS
CHUKAI -
Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang berkata Umno kini sedang hanyut dan perlu digantikan oleh PAS dalam pilihantraya umum ke-13 yang akan datang.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Perhimpunan Kebangkita Rakya; PAS Ganti Umno yang sedang berlangsung di Dataran Tok Guru, Geliga, dekat sini.

Beribu-ribu rakyat Terengganu kini sedang berkumpul di Dataran Tok Guru di sini bagi bersama-sama mendengar ucapan dari para pemimpin PAS dan Pakatan Rakyat dalam Himpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno. -BO


(Gambar - Mursyidul Am PAS, Dato' Tuan Guru Nik Aziz disambut dengan 'pencak silat' sebaik sampai di Dataran Tok Guru)

Utusan Gantung Kerja Presiden NUJ

Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) Hata Wahari akan digantung kerja mulai Isnin ini hingga proses siasatan dalam oleh majikannya Utusan Melayu Bhd berhubung komen-komennya di media selesai.

“(Saya) dah kena gantung kerja tak boleh pergi pejabat lagi dan tak boleh keluar dari rumah gua,” tulis Hata dalam SMS kepada Malaysiakini, pagi ini.

Hata enggan mengulas lanjut tetapi menghantar Malaysiakini sesalinan surat penggantungan kerja yang bertarikh 11 januari lalu.

“Setelah mengambilkira keadaan sekeliling dan keseriusan dakwaan salah laku tuan, maka Syarikat akan menggantung perkhidmatan tuan bermula dari 17 Januari 2 011 hingga proses siasatan dalaman terhadap tuan selesai,” petik surat yang ditandatangani oleh pengurus besar, jabatan sumber manusia, Utusan Melayu.

Menurut surat itu lagi, sepanjang tempoh penggantungan kerja, Hata tidak dibenarkan memasuki mana-mana premis Utusan Melayu kecuali jika beliau dikehendaki hadir untuk memberi penjelasan atau mendapat kebenaran pihak syarikat terlebih dahulu.

Berada di tempat boleh hubungi

“Sila maklumkan kepada syarikat alamat terkini surat menyurat serta nombor telefon kediaman dan telefon bimbit sebelum tuan meninggalkan kawasan syarikat kepada ketua jabatan tuan.

“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,” petik surat itu lagi.

Siasatan dalaman ke atas Hata dijadualkan bermula pada Isnin ini, jam 10 pagi.

Sebelum ini, Hata diberi surat tunjuk sebab dan dikenakan siasatan dalaman kerana didakwa menyindir pengurusan Utusan serta memburukkan imej syarikat berikutan komennya dalam pelbagai akhbar, terutama portal berita, antaranya mengkritik Utusan Malaysia.

Selepas dipilih menjadi presiden baru NUJ, Hata membawa pendekatan berbeza berbanding penyandang sebelumnya Norlela Daud yang lebih 'diam'. Kesatuan itu mempunyai keanggotaan daripada kira-kira 1,300 wartawan.

Pandangan dan kritikan terbukanya - seperti isu pemilikan Umno, kejatuhan edaran akhbar dan 'kelemahan' pengarang Utusan - dilihat meresahkan banyak pihak, sehingga akhbar itu, memetik pihak tertentu, dilapor mempersoal sama ada Hata penyokong tegar pembangkang.

Jika dipecat, Hata bukan wartawan pertama dari Utusan yang akan menerima nasib sedemikian. Ini kerana pada 3 September 2009, Utusan turut menjalan siasatan, seterusnya memecat Presiden NUJ cawangan Utusan Amran Ahmad selepas didapati bersalah menfitnah syarikat itu susulan aduannya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). -MK


“Sepanjang tempoh penggantungan perkhidmatan ini, tuan diminta sentiasa berada di tempat yang boleh dihubungi oleh pihak syarikat dan tuan tidak dibenarkan keluar daripada lingkungan tempat tinggal,


Ada yang tidak kena dengan arahan sedemikian.

Siapa Utusan yang boleh menghalang warganegara Malaysia daripada keluar dari tempat tinggal?

Apakah ia perintah mahkamah?

Kenyataan itu terlalu jelas melampaui undang-undang dan boleh diambil tindakan.-GB

Isu Laungan Azan : Pengadu Sudah Pindah ?


KUALA LUMPUR 15 JAN : Gabungan NGO Malaysia menganggap isu azan Masjid Al-Ikhlasiah, Kampung Kerinchi di sini "sudah selesai" dengan pengadunya - mendakwa dia seorang anggota MCA dan juga peguam - telah berpindah dari kawasan tersebut baru-baru ini.

Memetik laporan The Malaysian Insider, Setiausaha Agung gabungan itu, Mohd Jurit Ramli berkata, beliau dimaklumkan bahawa individu berkenaan telah menulis e-mel kepada pihak yang dia pernah mengadu mengatakan mahu berpindah dari kondominium tempat tinggalnya di Pantai Hill Park atas faktor keselamatan.

Kondominium Pantai Hill Park terletak kira-kira satu kilometer dari masjid tersebut.

"Saya dimaklumkan oleh pihak yang menerima salinan aduannya bahawa mereka ada menerima e-mel dua tiga hari yang lalu mengatakan dia sudah mengambil pendekatan mahu berpindah kerana bimbang keselamatan diri dia... itu maklumat yang kami terima," kata pagi ini.

Jurit berkata, pihak yang menerima salinan surat peguam berkenaan meminta pihak-pihak yang mengadakan tunjuk perasaan semalam supaya tidak memanjangkan isu azan ini dan melihat ia "sudah selesai" selepas dia memutuskan untuk berpindah.

"Jadi kami pun menganggap ini sudah selesai. Kita tidak mahu perkara ini berpanjangan lagi.

"Kita mahu persekitaran yang aman, kalau keadaan tidak tenang, kita tidak boleh hidup tenang dan tenteram," kata beliau.

Semalam, kira-kira 100 orang berhimpun di pekarangan Masjid Al-Ikhlasiah mengadakan tunjuk perasaan selepas solat Jumaat mendesak agar peguam terbabit ditahan di bawah ISA.

Kumpulan itu terdiri daripada anggota kumpulan NGO Pekida dan Perkasa mendakwa peguam terbabit menuntut agar masjid tersebut menghentikan penggunaan pembesar suara bagi tujuan azan.

Penunjuk-penunjuk perasaan berkenaan menamakan peguam terbabit, malah mempamerkan alamat rumah dan nombor telefonnya pada kain rentang ketika berdemonstrasi.

Ditanya tindakan susulan Gabungan NGO Malaysia, Jurit berkata, pihaknya tidak mahu memanjangkan isu ini lagi.

"Tetapi tindakan penduduk kawasan itu, kami tidak tahu. Kami menganggap isu ini sudah selesai," kata beliau lagi.

Katanya walaupun pihaknya menganggap isu ini sudah selesai tetapi sekurang-kurangnya pengadu perlu memohon maaf kepada umat Islam.

"Tindakan ini perlu untuk meredakan keadaan dan kita mahu setiap kaum hormat-menghormati agama dan kaum lain," kata beliau lagi.

Ketika ditanya sama ada pihaknya ada mengunjungi unit kediaman peguam itu sebelum ini, Jurit berkata:

"Tidak, kami tidak menemui pengadu, tetapi hanya menerima maklumat daripada salinan surat aduan."

Semalam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberitahu The Malaysian Insider bahawa pihaknya tidak mengeluarkan arahan kepada mana-mana pihak termasuk pengurusan masjid agak memperlahankan laungan azan atau menghentikan penggunaan pembesar suara untuk tujuan azan.

Jurit berkata, pihak berkuasa dan pengurusan tidak seharusnya melayan aduan-aduan daripada orang perseorangan.

"Dalam kes ini, aduan daripada seorang individu, mengapa perlu kita layan? Melainkan dia mewakili mana-mana pertubuhan atau parti, kita boleh melayan... sepatutnya kita tidak melayan surat individu," kata beliau lagi.

"Surat dan aduan orang perseorangan, kita pun tidak pasti boleh percaya atau tidak," katanya.

Bagaimanapun Jurit berkata, berdasarkan maklumat yang diterimanya memang tiada arahan rasmi tetapi difahamkan ada perbincangan mengenai aduan yang diterima daripada peguam berkenaan. tvs

Jangan Hina Pemerintah(Pandangan Ustaz Kazem Dan Ustaz Azhar)

Tag : Soal Jawab Agama

Assalamualaikum dan salam blogger,berkenaan dengan tajuk ini saya suka memaparkan pada pembaca dua pandangan yang berbeza,bukan untuk melagakan dua orang ustaz ni tapi untuk anda semua mendapat pencerahan ilmu yang sebenar.

Perbezaan pandangan ,sama jugak dengan perbezaan mazhab,tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk kita saling bertelagah sesama sendiri.

Saya sarankan anda mendengar kedua-dua video ni sampai habis sebelum memberi komen.pandangan anda amat dialu-alukan.

-Pandangan Ustaz kazem Elias-



-Pandangan Ustaz azhar Idrus-


Rosmah sewa hotel RM100, 000 satu malam di Dubai



Di kala Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menyarankan kepada rakyat agar mengubah cara hidup bagi mengurangkan kesan terhadap kenaikkan harga barangan, isteri kesayangan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor bermewah - mewahan bagai isteri jutawan minyak dari Arab Saudi, mengamalkan gaya hidup mengalahkan selebriti Amerika apabila memilih untuk bermalam di sebuah hotel terkemuka di Dubai dengan kadar sewa RM 100, 000 untuk satu malam.


Beginikah seorang pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat? Bila kehendak rakyat diminta untuk diperjuangkan, alasan Najib "Negara akan bankrap". Bila Najib ingin menamatkan subsidi petrol untuk rakyat, alasan yang sama juga digunakan "Sekiranya subsidi untuk rakyat diteruskan, negara akan bangkrap pada tahun 2019".

Mintak turun harga minyak, "Tak boleh nanti negara bangkrap", PKR ingin beri kenaikan gaji guru Rm 500 sebulan "PR beri idea yang tak realistik, kalau buat begitu negara akan bangkrap", Pakatan Rakyat ingin beri air percuma kepada rakyat "PR tak pandai ekonomi, kalau bagi air percuma nanti Selangor akan bangkrap". Bila isu dibangkitkan untuk memperjuangkan nasib rakyat, alasan Najib untuk menolak pastinya "Negara akan bangkrap".

Rakyat disuruh oleh Najib untuk mengubah gaya hidup, jaga perbelanjaan keluarga, isteri, anak dan kurangkan pembaziran kerana harga barang semakin meningkat. Rakyat bawahan disuruh kurangkan pembaziran, disuruh ikat perut, disuruh tahan lapar, kurangkan gula, kurangkan kolesterol, kurangkan penggunaan telefon kerana semuanya naik harga. Tapi isteri sendiri menghabiskan RM 100, 000 satu malam sekadar untuk menyewa hotel paling mahal di dunia.

Perbelanjaan Najib menggunakan wang negara di luar negara sepanjang tempoh 19 bulan atau 588 hari menjadi Perdana Menteri juga kini sudah mencecah RM8,724,894.91 bermakna RM31,840.50 sehari [Utusan]. Lihatlah, dalam masa sehari sahaja Najib menghabiskan wang negara lebih banyak daripada duit gaji rasminya selama sebulan iaitu sebanyak RM 22826.65 [Utusan].

Isu Sensitif, Bagaimana PAS Merentasinya ?

1. Mutaakhir ini terlalu banyak isu sensitif yang menguji kebijaksanaan PAS sebagai sebuah Gerakan Islam yang popular di pentas politik tanahair. PAS terpaksa berhadapan dengan ketegasan hujjah berasaskan syariah yang diperjuang disamping sokongan masyarakat dari pelbagai kaum dan agama yang diperlukan. Jua tidak dinafikan betapa PAS juga akan berhadapan dengan "serangan hendap" dari musuh yang hanya menanti saat berlakunya kesilapan dalam tindakan dan kenyataan.

2. Malah saya juga dapat mengesan bagaimana masih wujudnya dari kalangan ahli yang sukar memahami isu dan menerima keputusan yang diambil oleh jamaah lalu disulitkan lagi dengan kritikan melulu tanpa asas yang kukuh dari pihak yang mendakwa sebagai penyokong parti tetapi tidak ubah seperti sokong yang membawa rebah.

3. Mempertahankan agama serentak dengan keperluan mencari sokongan politik dari pelbagai pihak, adalah suatu yang tidak mudah bagi PAS. Mental yang mantap dan jiwa yang tabah mesti seiring dengan hujjah yang kukuh dan hikmah [kebijaksanaan] yang utuh. Bahkan perlu kepada pemimpin yang tinggi nilai taqarrub [ dekatnya dengan Allah ] . Kini gerakan PAS tidak lagi sehala atau dua hala antara PAS dengan anggotanya atau anggotanya dengan PAS, tetapi PAS kini berada di titik tengah dalam lingkungan 360 darjah yang semuanya menghala ke arah PAS sementara mengharapkan tindak balas positif dari PAS.

4. Apa yang saya maksudkan ialah PAS tidak lagi parti defensive tetapi juga offensive sebagaimana PAS tidak hanya parti yang responsive tetapi juga creative. Malah PAS mula me'lasak' kan diri untuk menerima pandangan - pandangan bersifat kritikal dan sinikal dari pihak luar sempadan parti. Juga PAS kini membiasakan diri malah kelihatan mula mesra dengan pandangan kedua sebelum membina pendirian yang konkrit.

5. Disiplin kental yang berpaksi kepada akhlak berjamaah pula melandasi prinsip syura dalam membuat keputusan adalah potensi PAS untuk terus thabat [ utuh ] mendokong cita - cita perjuangan Islam tanpa menjarakkan diri dari arus perdana politik moden. Tegas mempertahankan syiar dan syariat Islam namun toleransi dalam komunikasi dan interaksi.

6. Saya turut merasakan suhu tinggi ditanggung oleh PAS setiap kali terpaksa bersabar dengan karenah rakan dan lawan yang kadangkala mengganggu rentak dan prestasi. Segalanya membekalkan khibrah [ pengalaman ] buat PAS yang kian dewasa dan matang dengan zaman yang direntasinya. Dalam kematangan yang sedemikian, tidak mungkin PAS mengkhianati rakan sebagaimana tidak mungkin PAS sujud mengalah kepada lawan.

7. Baru - baru ini timbul isu Interlok yang dipolitikkan secara sistematik diambang pilihanraya kecil N 05 Tenang. Dewan Pemuda PAS Malaysia bertindak pantas menganjurkan sidang meja bulat untuk mempertemukan 2 pihak yang bertelagah. Demikian juga apabila timbul kritikan terhadap hukum - hukum Allah, Dewan Pemuda PAS sekali lagi tampil secara diplomasi dan akademik, menganjurkan Nadwah Kefahaman Islam secara bersiri [ NAFAS ]. Insyaallah siri berikutnya pada 6 Mac 2011 akan datang bagi memberikan penjelasan mengenai Islam kepada semua termasuk non muslim.

8. Demikianlah isu pekerja muslim di premis arak. Saya bersetuju dengan cadangan Yb Khalid Samad dari Shah Alam yang menegaskan agar terlebih dahulu kerajaan yang berkuasa mewujudkan peluang pekerjaan halal untuk memindahkan pekerja dari premis haram ke premis halal tanpa perlu mencetuskan polemik [ kecuali kepada mereka yang sengaja engkar selepas daripada itu ], namun tindakan mempertegaskan hukum dan meletakkan syarat yang menepati hukum syara' sebagaimana yang dipertegaskan oleh pihak MPSJ dan Yb Dato' Hassan Ali juga wajar disokong penuh agar ummat Islam menginsafi bahawa premis haram tidak layak untuk mereka mencari rezeki.

9. Kelihatan azan juga mencetus konflik yang perlu ditangani dengan bijak dan hikmah. Saya sedikit pun tidak hairan apabila seorang non muslim mengkritik azan yang dikumandangkan melalui pembesar suara, pula tindakan mereka kononnya berasaskan hak asasi mereka untuk hidup damai tanpa gangguan. Persoalannya sejauh mana kita menemui mereka untuk memahamkan mereka bahawa azan adalah sebahagian dari syiar agama Islam dan ia adalah urusan rasmi ummat islam yang tidaklah boleh dipertikaikan begitu sahaja. Jika Islam adalah agama rasmi negara dan ia diterima oleh semua maka sewajarnya azan tidak menjadi gangguan kepada mereka, terutama apabila mereka memahami unsur - unsur positif yang terkandung di dalam seruan azan tersebut.

10. Ertinya usaha PAS hari ini ialah menginsafkan ummah, memahamkan non muslim dan menyedarkan mereka akan tanggungjawab beretika dalam negara berbilang bangsa dan agama yang Islam menjadi agama rasminya. Saya yakin dan percaya, tiada insan yang bodoh dan dungu untuk menolak seruan kebaikan, kejayaan , kecemerlangan sebagaimana yang dilaungkan oleh muazzin saban waktu selain ia turut mendisiplinkan manusia dengan dengan masa agar hidup manusia tidak lagha [ lalai ] dan alpa.

MB Kedah Bersikap Terbuka, Tak Marah Pelajar KUIN Demo

Tindakan penuntut Kolej Universiti Insaniah (Kuin) mengadakan perhimpunan aman kelmarin tidak salah kerana mereka berhak menyuarakan pandangan sebagai penuntut.

Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Insaniah berkata, tindakan itu juga boleh memberi penuntut pengalaman baru supaya berani berdepan masalah dan menyuarakan pandangan, selagi tidak menyalahi peraturan kolej.

“Saya tak marah dengan insiden itu, malah gembira kerana ini menunjukkan penuntut Kuin pro-aktif. Saya tidak akan menyekat kebebasan bersuara jika disalur dengan baik.

“Mana ada negeri lain yang bagi penuntut buat tunjuk perasaan dalam kampus macam itu, kita sahaja benarkan. Ini adalah sikap terbuka kita terhadap penuntut,” katanya kepada media semalam.

Beliau diminta mengulas perhimpunan aman oleh hampir 3,000 penuntut Kuin kelmarin, menuntut kolej berkenaan memperjelas isu-isu berbangkit selain mahu penambahbaikan dibuat terhadap pengurusan Kuin.

Menurutnya, jika penuntut terbabit tidak mengadakan perhimpunan seperti itu, semua pihak tidak tahu apa masalah yang membelenggu mereka selama ini.

“Sekarang kita sudah tahu dan ambil tindakan selesaikannya. Cuma ada beberapa perkara tidak dapat diatasi segera, antaranya kemudahan asrama kerana masih di peringkat pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil yang dijangka siap 2012,” katanya.

Azizan turut meminta Kuin membuat semakan semula terhadap yuran pengajian agar tidak membebankan penuntut selain bertindak wajar menyelesaikan masalah yang dibangkitkan pada Perhimpunan Mega Mahasiswa itu.

Beliau berkata walaupun yuran pengajian di Kuin antara yang terendah di negara ini namun mahu semakan dibuat semula untuk manfaat kedua-dua pihak.

“Saya cadangkan semak semula yuran pengajian supaya masalah penuntut dapat diatasi. Yuran itu juga adalah untuk kegunaan pengurusan namun difahamkan wang penyelenggaraan tidak mencukupi untuk mengatasi masalah berbangkit,” katanya.

Menurutnya, semakan juga harus mengambil kira kemampuan penuntut sekiranya yuran terpaksa dinaikkan bagi mendapatkan kemudahan asas yang lebih baik untuk menampung kos penyelenggaraan.

“Mana pilihan mereka, mahu kemudahan asas sempurna tapi kenalah bayar sedikit atau tidak perlu bayar apa-apa dan terima kemudahan sedia ada. Yuran pengajian hanya sekitar RM1,000 semester manakala pinjaman PTPTN RM8,000.

“Elaun pelajar dapat RM7,000, apa salahnya salur pada penyelenggaraan untuk kebaikan Kuin,” katanya.

Bagaimanapun, pihaknya bukan bercadang untuk menaikkan yuran pengajian, tetapi sekadar dibuat semakan sahaja. -SH

Konvoi ARC berlepas ke Himpunan PGU

http://buletinonline.net/images/stories/berita38/P1080022.jpgKUALA TERENGGANU - Konvoi seramai lebih 100 penunggang Kelab Penunggang Alternatif (Alternative Riding Club) berlepas daripada perkarangan Masjid Pengadang Baru disini, bagi menyertai Perhimpunan Kebangkitan Rakyat; PAS Ganti Umno.

Konvoi tersebut mula bergerak dengan diketuai oleh Saudara Wan Ahmad Ridhuan, Kira-kira pukul 3.30 petang semalam.

Menurut Ahmad Ridhuan, mereka akan melalui jalan Bukit Kor dan melalui jalan pantai ke Kemaman dan di sepanjang perjalanan, pasukan ekspedisi ini akan menjadi lebih besar kerana akan disertai oleh ahli-ahli kelab lain yang sedang menunggu di sepanjang jalan pantai.

Setelah menyampaikan taklimat keselamatan dan bacaan doa, para peserta mula bertolak dengan didahului oleh kereta 'Marshal' dan sepasukan marshal bermotor.

Dijangka 30,000 ahli dan penyokong PAS akan berhimpun di Dataran Tok Guru, Geliga, Chukai bagi menyertai Pelancaran Kempen PAS Ganti Umno dan Pakatan ganti Barisan, yang akan berlangsung pada Sabtu 15 Januari. -BO

HARAMKAN PEKERJA ISLAM BEKERJA DI PREMIS JUAL ARAK


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyokong pandangan YB Dato’ Dr Hassan Ali yang mahukan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menguatkasakan larangan umat Islam bekerja di premis menjual arak. Sebelum ini, MPSJ telah menguatkuasakan larangan umat Islam bekerja di tempat menjual minuman keras namun arahan itu telah ditarik balik oleh Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan, YB Ronnie Liu.


Dalam hal ini, DPPWP merasa kagum terhadap YB Dato’ Dr Hassan Ali yang bertegas dengan prinsip Islam. Hukum Islam telah jelas menyatakan haram bagi umat Islam bekerja di premis yang menyediakan minuman keras apatah lagi meminumnya. Tindakan beliau dengan jelas membuktikan bahawa PAS tidak pernah menggadaikan prinsip dan maruahnya meskpiun bersahabat dengan pelbagai parti politik. Dasar PAS yang berjuang untuk Islam sejak dahulu hingga kini tidak pernah berubah walaupun bermacam halangan yang melanda. Ini juga membuktikan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat jauh bezanya dengan UMNO dan Barisan Nasional.


DPPWP juga menyokong dan mengucapkan tahniah kepada MPSJ kerana mahu melaksanakan larangan ini. Penguatkuasaan ini akan mampu mengelakkan umat Islam terjebak dengan maksiat dan dosa kerana bergelumang dengan perkara-perkara yang haram. Perkara-perkara haram sebeginilah yang menyebabkan kurangnya keberkatan kepada rezeki yang diperolehi sehingga melahirkan generasi yang rosak akhlak dan akidah.


DPPWP turut mengharapkan agar YB Ronnie Liu melaksanakan segera peraturan mengharamkan umat Islam bekerja di premis jualan minuman keras demi kemaslahatan umat Islam. Umat Islam di Selangor khususnya terlalu lama menginginkan kehidupan yang diberkati, jauh daripada dosa dan perkara-perkara yang haram.


Disediakan oleh,

MOHAMAD SUHAIMI BIN ABDUL AZIZ

Naib Ketua

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

Rahsia Bocor: Polis Bertindak Ikut Arahan Peguam Negara

Polis perlu masa lengkapkan siasatan kes hina Sultan Selangor: Bakri

KUALA LUMPUR: Polis memerlukan sedikit masa lagi untuk melengkapkan kertas siasatan berhubung dakwaan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Muda, Shuhaimi Shafiei, menghina Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, di dalam blognya sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata kes itu masih dalam siasatan.

"Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Shuhaimi sebelum ini dikaitkan dengan kontroversi yang mendakwa beliau menghina Sultan Selangor "beraja di mata, bersultan di hati" dalam blognya pada 30 Disember lalu.

Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani, dalam satu kenyataan pada 4 Januari lalu berkata sindiran Shuhaimi yang menyatakan baginda seolah-seolah sebagai "beraja di mata, bersultan di hati" adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat.

Sementara itu, ketika mengulas laporan akhbar hari ini mengenai kes anggota polis cedera di kepala akibat terkena tembakan rakannya yang juga anggota polis di Kuala Terengganu, Bakri berkata siasatan berhubung kejadian itu sedang dilakukan.

"Ini termasuk prosedur yang dibenarkan untuk melepaskan tembakan... Kita mempunyai latihan tertentu untuk menggunakan senjata api. Sama ada ia berlaku secara sengaja atau tidak, itu sedang kita lihat sekarang ini. Sekiranya ada unsur kecuaian dalam kes ini, tindakan seterusnya akan diambil," katanya.

Menurut laporan akhbar itu, mangsa, Konstabel Md Rudzki Mohd Rozlan, 20-an, terkena tembakan rakannya sendiri ketika mereka bersembang di rumah bujang kuarters Balai Polis Batu Rakit, Terengganu semalam.

Dalam kejadian 7.30 pagi itu, rakan mangsa dikatakan sedang menutup semula tempat mengisi peluru pistol Smith & Wesson .38 yang dibawanya sebelum ia tiba-tiba meletup.

Peluru berkenaan menembusi kepala Md Rudzki melalui kening kiri sebelum serpihannya keluar melalui sisi kepala mangsa dan terlekat pada dinding rumah berkenaan.

Mangsa yang telah pun dibedah untuk mengeluarkan darah beku berhampiran otaknya, dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan. - BERNAMA

Keratan ini amat penting dan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin boleh dikenakan tindakan. Ini menunjukkan pihak polis tidak bebas dan tidak berkecuali. Ia mengikut telunjuk Peguam Negara. Beliau sewajarnya dipecat dari jawatannya.

Buat masa ini kita akan melihat dan berbincang dengan Pejabat Peguam Negara untuk sebarang keputusan dan berkemungkinan ada arahan-arahan tertentu yang kita kena terima lagi," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Kedua, polis tak perlu buang masa siapkan hasil siasatan kerana TIDAK ADA APA-APA YANG DIKATAKAN "MENGHASUT" di dalam tulisan ADUN Sri Muda itu. Ia hanya digembar-gemburkan melalui laporan polis oleh pihak-pihak yang sengaja mencipta isu seperti isu kononnya Karpal Singh menghina Raja dahulu.

Itu, laporan polis mengenai isu menteri perogol, mengapa tiada siasatan? -GB

Kantoi Aqidah...Apa Dah Jadi Dengan Konsep"Muhibbah"...!!


MUHIBBAH... Perayaan 'Ponggal' diraikan dengan semangat 1Malaysia oleh keluarga Pengerusi Kuil Sri Mariamman, T. Separamaniam dengan menjemput jiran masyarakat Melayu dan Cina bagi memeriahkan serta berkongsi kegembiraan menyambut ketibaaan pesta "Ponggal" di sini, Jumaat. Perayaan itu diraikan pada hari pertama bulan (Thai) mengikut kalendar hindu. Pesta "Ponggal" yang akan disambut esok merupakan tanda kesyukuran kepada dewa matahari kerana memberi rezeki yang melimpah ruah.

Jangan sebabkan muhibbah maka Aqidah kita menjadi Rebahhh...Dalam islam ada batasan-batasan yang dibenarkan,tetapi bukan sampai menjadikan kita syirik kepada
Allah..Nauzubillah..Tepuk dada tanyalah Ilmu...Ulamak Umno apa cerita...tak kan
dah hancur aqidah umnat islam baru nak terpekik terlolong..Juragan
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .