
Seorang
 pelajar Yaman yang tinggal di Arizona dipaksa untuk melakukan perzinaan
 oleh 5 pelajar Amerika Syarikat di apartmennya yang berdekatan dengan 
kampus tempat ia belajar.
Sebagaimana dilaporkan oleh Al Arabiya 
13 Mei 12, lima perempuan itu merupakan teman satu fakulti memasuki 
apartemen tempat tinggal Isham As Syar’abi. Mereka berbogel setelah 
mengunci pintu apartmen untuk menghalangi pelajar Yaman tersebut 
melarikan diri.
Namun pemuda itu berjaya keluar dari apartmen 
setelah melompat melalui tingkap biliknya. Setelah keluar Isham segera 
melapor ke pos keselamatan terdekat hingga pengawal keselamatan itu  
menangkap 5 pelajar tersebut. 
Menurut hasil penyidikan, 
diketahui bahawa pelajar wanita itu telah berkali-kali mengajak Isham 
melakukan perzinaan. Namun pemuda Yaman itu menolaknya kerana menurutnya
 hal itu dilarang oleh agama jika tidak didasari oleh pernikahan.
Komen
 Weblog Ibnu Hasyim: Begitulah sikap seorang pemuda Islam tulin, ia 
tetap mengikuti peraturan yang diperintahkan kepadanya.  Ia tetap patuh 
kepada resepi atau menu oleh pencipta agama yang dianut itu.
Kerana
 Muhammad SAW, wakil pemberi peringatan penguatkuasaan itu, pernah 
mengingatkan  mengenai 7 Golongan Yang Mendapat Perlindungan ArashNya 
(hadiah istimewa dari Allah) di Akhirat, seperti yang dirawikan oleh Abu
 Hurairah. Rasul SAW itu berkata... 
"Terdapat 7 golongan yang akan mendapat lindungan arasyNya pada hari yang tiada lindungan melainkan lindungan daripadaNya.
1. Pemimpin yang adil;
2. Pemuda yang masanya dihabiskan untuk beribadah kepada Allah SWT;
3. Seseorang yang hatinya terpaut pada masjid;
4. Lelaki yang berkasih sayang, bertemu dan berpisah kerana Allah SWT;
5.
 Lelaki yang digoda oleh perempuan cantik dan berpengaruh untuk 
melakukan maksiat tetapi dia menolak dengan mengatakan Aku Takutkan 
Allah;
6. Seseorang yang bersedekah dan menyembunyikannya 
sehingga tangan kanannya tidak mengetahui apa yang diberikan oleh tangan
 kirinya;
7. Seseorang yang mengingati Allah ketika bersendirian sehinggakan mengalir air matanya kerana Allah SWT.”
(Riwayat Muslim)
Okey, mari kita hurai sikit.. 
Satu: Pemimpin atau Imam yang adil. 
Ertinya,
 setiap pemimpin bertanggungjawab atas jagaannya. Ia akan dipersoalkan 
kembali di akhirat kelak. Perdana Menteri Malaysia tetap 
bertanggungjawab ke atas apa yang terjadi kepada rakyatnya. Senang 
susah, adil atau zalim (contohnya perlakuan terhadap peserta Bersih 3.0 
baru-baru ini), zina buang bayi, segala macam maksiat, dasar pendidikan 
tempang dan lain-lain. 
Oh, seronok sangatlah, kepada 
pemimpin-pemimpin yang adil, melaksanakan amanah dan hukum Allah SWT ke 
atas tadbirannya. Ia dapat hadiah ' Perlindungan ArashNya di Akhirat.' 
Begitu juga pemimpin-pemimpin lain, termasuk suami memimpin isteri atau 
isteri-isteri, isteri memimpin anak-anak, pimpinan yang diamanahkan 
tugas kepada mereka. Dan  sebagainya.
Dua: Pemuda yang membesar dalam ibadah kepada Allah. 
Naungan
 Ilahi ini juga dijanjikan kepada lelaki dan perempuan yang sentiasa 
hidup atau membesar dalam ibadah kepada Allah. Bukan nanti tua baru nak 
ibadat. Ibadat dalam ertikata yang luas, ibadat khas dan ibadat umum. 
Sentiasa menyedari bahawa Allah melihat segala perbuatannya. Di mana 
segalanya di bawah kawalan dan naungan Ilahi.
Tiga: Lelaki yang hatinya sentiasa rindukan (teringat-ingatkan) rumah Allah. 
Begitu
 jua bagi lelaki yang hatinya sentiasa rindukan rumah Allah. 
Tertunggu-tunggu setiap masa untuk beribadah di dalamnya. Baik untuk 
sembahyang wajib lima waktu setiap hari dan untuk ibadah lain.
Empat:
 Dua orang lelaki yang cinta mencintai kerana Allah bertemu dan berpisah
 kerana Al-Allah. Dalam satu hadis Rasulullah bersabda..
“Allah telah mengutuskan malaikat kepada seorang lelaki semasa dalam perjalanan untuk menziarahi saudaranya kerana Allah”. 
Malaikat bertanya: “Nak kemana?” 
Dijawab: “Aku mahu menziarah saudara ku… … ..” 
Tanya malaikat lagi: Untuk apa?” 
Lelaki itu menjawab: Tiada apa-apa tujuan.” 
Ditanya lagi: “Apa hubungan dengan kamu?” 
Lalu dijawab oleh lelaki itu:” Tiada apa-apa hubungan.” 
Ditanya lagi: ” Apa budinya kepada kamu?” 
Dijawab:”Tiada apa-apa pun.” Ditanya lagi:” 
Apa tujuannya?” Lelaki itu menjawab: 
"Aku
 mencintainya kerana Allah.” Berkata malaikat: sesungguhnya Allah telah 
mengutusku kepada mu untuk memberitahu bahawa kerana kecintaanmu 
kepadanya maka ALLAH telah mengizinkan kamu memasuki syurgaNYA.” 
(Riwayat Muslim)
Perasaan sayang dan kasih, atau cinta terhadap 
seseorang bukan kerana ada tujuan lain. Bukan untuk memikat anak 
gadisnya atau hartanya, sebaliknya hanya mengharap keredhaan Ilahi. 
Hanya kerana Allah hubungan ini dieratkan.
Lima: Lelaki apabila mengingati Allah bersendirian menitis airmatanya. 
Hadirnya
 perasaan takut kepada Allah walaupun bersendirian sehingga menitis 
airmatanya. Ianya bukan saja-saja tetapi hadir dari hati yang menginsafi
 kebesaran Allah SWT.
Enam: Seorang lelaki yang dirangsang atau 
digoda oleh seorang perempuan berdarjat lagi cantik untuk berzina, lalu 
ia berkata: “Tidak! Aku takutkan Allah” (inni akhofullah) 
Sesiapa 
yang takut untuk berbuat kesalahan, takut kepada Allah dan azab api 
neraka akan sentiasa mendapat perlindungan dariNYA, seperti kisah pemuda
  di atas.
Tujuh: Lelaki yang bersedekah dan tidak pula dimegah-megahkannya. 
Pemberian
 yang mengharapkan balasan dari Ilahi tidak akan diperbesar-besarkan. 
sebaliknya akan dilakukan secara tersembunyi. Sehingga digambarkan 
seolah-olah tangan yang kiri tidak mengetahui apa yang disedekahkan oleh
 tangan kanan. Lupakan kebaikan dan pemberian kita, sebaliknya banyak 
mengingatkan kesilapan dan kesalah diri kita terhadap Allah dan orang 
lain.
Kesimpulan: 
Rebutlah peluang ini, jadilah orang 
yang beruntung di akhirat. Tiada yang mustahil untuk kita lakukan. 
Jadilah hambaNYa yang ikhlas dan redha atas segala yang berlaku. Semoga 
kita semua tergolong dalam golongan orang yang mendapat perlindunganNYA 
selalu. (IH)
ibnuhasyim