Ikuti Blog ini

TG Nik Aziz nafi laporan Husam mahu letak jawatan





KOTA BHARU, 22 Nov: Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menafikan desas desus bahawa Exco Kelantan, Datuk Husam Musa mahu melepaskan semua jawatan dalam parti dan juga kerajaan seperti dilapor media Umno BN semalam.

Bercakap pada sidang media di pejabatnya pagi ini, TG Nik Aziz memberitahu, Husam juga tidak pernah menghantar surat meletak jawatan sepeti yang didakwa.

Media kerajaan semalam melaporkan TG Nik Aziz memberikan cuti selama lima hari bermula hari ini kepada Husam yang juga exco kanan kerajaan negeri untuk berehat dan menenangkan fikiran kerana didakwa mahu meletakkan jawatan.

Menurut TG Nik Aziz, Husam diberi cuti rehat ekoran beliau perlu menjalani pembedahan tulang belakang selepas ditangguhkan sejak dua bulan lalu.

Husam ujarnya ada bertemu dengan beliau di pejabatnya minggu lalu untuk memberitahu bahawa doktor menasihatkan beliau masuk hospital dan berehat selama lima hari kerana masaalah tulang belakangnya.

“Itu lah sebenarnya tak lebih tak kurang. Masalah nak undur langsung tak timbul, baik dalam kepala dia, baik dalam kepala saya.

“Saya baru terbaca sebuah surat khabar hari ini, saya rasa amat terkejut di atas laporan sebuah akhbar hari ini muka depan, tajuk dia Husam letak jawatan, walaupun ada tanda soal,”ujarnya.

TG Nik Aziz berkata, tiada sebab Husam mahu melepaskan semua jawatannya termasuk sebagai anggota exco kerajaan negeri yang menjaga portfolio perancangan ekonomi dan kewangan.

“Kalau benar sekalipun Husam memohon untuk melepaskan jawatannya, saya tetap tidak akan mengizinkannya, kerana kebijaksanaan dia telah berjaya menyelesaikan pelbagai masaalah rakyat sama ada di peringkat negeri mahupun politik Malaysia,”ujarnya.

“Husam ni saya nak sebut, Allah Taala buat dia bukan sahaja untuk Kelantan, tetapi untuk Malaysia, budaknya cerdik, pengalamannya banyak, dan pemikirannya jauh ke depan.

“Dan sekarang ni rakyat Kelantan banyak menerima buah fikiran yang baik dari Husam termasuk dengan mengambil tanah Felcra, termasuk mengadakan kifalah yang banyak sehingga dapat dimanafaatkan oleh wasi…OKU dan ramai lagi yang terima banyak manfaat hasil pemikiran Husam.

Sebelum ni, tambahnya beliau tidak pernah menyebut perkara itu, (keistimewaan Husam) sebab takut perasaan anggota exco lain berkecil hati, lagipun exco lain mempunyai portfolio masing-masing.

Tetapi, sambungnya portfolio kewangan yang dipegang oleh Husam yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri banyak memberi manfaat kepada Kelantan dan rakyatnya.

“Tiba-tiba orang kita suka buat cerita (Husam letak jawatan) letak muka depan ni akan mengguriskan hati orang sakit.

"Sudahlah dia sakit, macam ni boleh menambahkan kerisauan dia, rungsing,”ujarnya lagi.

Perkara itu katanya tidak seharusnya berlaku apa lagi sekarang umat Islam berada dalam bulan haji, iaitu bulan Zulhijjah.

Sambungnya, sebagai umat Islam setiap orang dikehendaki membuat kebajikan, puasa sunat, sembahyang sunat, menderma kerana bulan ni bulan Allah Taala di mana bulan ini Allah telah menurunkan malaikat dari langit ke bumi untuk memimpin manusia menuju ke syurga.

“Tetapi dukacitanya wartawan kita masih suka mengkrobek hal peribadi orang, termasuk menuduh orang-orang tertentu dengan sesuatu yang mengejutkan.

“Wartawan kita suka mencari benda panas walaupun perkara tu tak betul tetapi panas, dia fikir untuk melariskan jualan akhbar dia, dia tak fikir ianya boleh melukakan hati orang lain, fikiran orang tergugat, dia tak kira. Ini suatu perkara yang dukacita dalam masyarakat wartawan kita.

Pada masa yang sama beliau turut mempersoalkan kenapa wartawan Melayu bersifat sedemikian yang lebih mementingkan sensasi dari kebenaran sehinggakan pada masa yang sama beliau mempersoalkan wartawan berkenaan tidak mendapat kursus atau bagaimana.

“Adakah wartawan ni hanya pandai ambil kalam… kertas dan tulis tulis… tiada kursus ke wartawan ni…apa ni lagu ni, malu kita pada wartawan cina, wartawan cina lebih pandai pada wartawan kita,”sambungnya lagi.

Datuk Husam Musa ketika dihubungi Harakahdaily bagaimanapun hanya menasihatkan semua agar tidak bimbang dengan perkembangan terbaru itu.

"Harap semua jangan bimbang, baca posting saya dalam (blog) cetusan hati," katanya melalui khidmat pesanan ringkas, SMS.

Yang ni SPRM tak nak siasat ke???

Maharaja putih sangkabumi dari langit turun ke dunia utk korban 427 ekor lembu.


Najib Korban 427 Ekor Lembu Parlimen Pekan

Dengan gaji PM sebulan kalau tak silap RM 25 ,000.00 saja. Najib baru jadi PM tak sampai 2 tahun pun. Kalau tak dibelanjakan satu sen pun , dia Cuma dapat kumpul RM 600.000.00.

Untuk beli lembu untuk korban ni , bukannya sikit 427 ekor , biasanya untuk korban harga satu bahagian lebih mahal dari harga biasa yang dijual di pasar , purata dalam RM 350.00 untuk satu bahagian. Kalau untuk 7 bahagian , jumlahnya RM 2,450.00 untuk seekor lembu. Kalau 427 ekor , jumlahnya sebanyak RM 1,046,150.00.

Tak tau lah kalau sebagai Menteri Kewangan , gajinya juga RM 25,000.00 sebulan. Jadi kalau dicampur dua jawatan ni , Najib berjaya kumpul RM 1,200,000.00. Kalau dicampur kedua – dua ni baru cukup untuk bayar harga 427 ekor lembu ni.

Kesian kat Najib dan keluarga terpaksa ikat perut , semata – mata nak korban lembu , minggu depan

Adakah ada pihak – pihak yang sponsor ?

Mungkin juga ada pihak yang sponsor Najib , dengan menyediakan semua bajet untuk biayai harga lembu tersebut

sumber: tranungkite

PM Lulus Lesen Judi, Ustaz-ustaz Umno Sunyi Sepi ??

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita14/anwarsignplak1.jpgKUALA NERUS – Dalam masa tidak sampai setahun Perdana Menteri baru, Dato’ Seri Najib Razak mengambil alih pemerintahan, sebanyak 3 lesen judi baru telah dikeluarkan

.
(Gambar - Anwar menandatangani plak perasmian pejabat baru PKR Cabang Kuala Nerus)


Jawapan Timbalan Menteri Kewangan, Dato’ Dr. Awang Adek yang berkata, pendapatan dari aktiviti perjudian digunakan untuk kebajikan rakyat, telah ditolak dan ditentang oleh wakil-wakil bukan Melayu dan bukan Islam.

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata demikian, mendedahkan perbahasan di parlimen baru-baru ini, ketika berucap dalam ceramah sempena perasmian pejabat PKR Cabang Kuala Nerus, di Taman Desa Solehah, Jalan Kelantan disini, kelmarin.


”Dunia betul-betul sudah terbalik sekarang, orang Melayu Islam Umno luluskan judi, wakil-wakil bukan Melayu, bukan Islam menentang,”ujarnya.

Beliau turut mencabar, dimanakah golongan Ustaz-ustaz dalam Umno yang tidak berkata apa-apa atas tindakan kerajaan, meluluskan lessen-lesen judi baru itu, dan meningkatkan aktiviti ‘haram’ tersebut.

Sebelum itu, pada sebelah petang, Anwar hadir dan menutup Majlis Konvensyen PKR peringkat negeri Terengganu di Seberang Marang.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah, Pengarah Strategi PKR, Saifuddin Nasution, Pengerusi PKR Negeri, Hj Abdul Rahman Yusof dan Yang DiPertua PAS Kuala Nerus, Ustaz Abu Bakar Abdullah.




Esok SPR Malaysia Jadi Loyer pada UMNO Kedah


Esok, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur akan memutuskan sama ada membenarkan atau tidak rayuan SPR menangguhkan kekosongan Dun Kota Siputeh. Jika ditolak maka bukan sahaja imej SPR tercalar, imej Umno juga turut tercemar sama.

Kita hairan dengan sikap SPR Malaysia apa hak dia untuk membuat rayuan adakah calun dia yang disingkir oleh keputusan Hakim Mahkamah tempoh hari ? Dari segi logik, kita lihat bukan sahaja SPR melangkaui peranan tuan Speaker kalau mengikut perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah, kita lihat Spr seolah solah menjadi LOYER pada Umno Kedah..

Dibawah adalah hujah- hujah yang akan dibawa oleh SPR esok dalam permohonan penangguhan tersebut aseperti berikut :




  • Jika permohonan penangguhan itu ditolak, satu lagi pilihan raya kecil terpaksa diadakan. Ia membabitkan wang yang banyak.



  • SPR telah pun membelanjakan RM200,365 pada pilihan raya umum lepas di DUN Kota Siputeh.



  • Ini merupakan pembaziran wang pembayar cukai selain akan mengakibatkan ketidakadilan kepada SPR.



  • SPR minta agar mahkamah menggunakan kebijaksanaannya dalam membenarkan penangguhan itu atas dasar terdapat keadaan khas dalam permohonan itu.



  • Terdapat kemungkinan dua wakil rakyat bagi kerusi berkenaan sekiranya mahkamah membenarkan rayuan SPR selepas pilihan raya kecil itu.



  • Selain SPR, agensi kerajaan lain akan turut terbabit dalam pilihan raya kecil itu dan mereka terpaksa menanggung perbelanjaan sendiri.

Dibawah Hujah dan fakta yang melawan hujah Spr antaranya .

Perkara 51 Undang-Undang Tubuh Negeri Kedah seperti yang digunakan oleh Speaker Kedah adalah jelas maksudnya.

Hujjah SPR sangat remeh dan mengganggu perjalanan mahkamah.

Seolah-olah SPR tidak pernah menyediakan peruntukan untuk pilihanraya kecil sebelum ini. Malah majoriti pengundi di kawasan itu mahu supaya ADUN yang ada sekarang digantikan.

YAB Ustaz Azizan Abd Razak Menteri Besar Kedah telah memberitahu, biar kerajaan rugi wang untuk mengadakan pilihanraya kecil dari rugi wang dengan membayar gaji dan elaun ADUN yang tidak membuat kerja termasuk tidak hadir persidangan dewan yang merupakan tugas hakikinya.

SPR seolah-olah mewakili Barisan Nasional mempertahankan salah laku ADUN berkenaan yang jelas melanggari dewan yang mulia.

Mereka seolah-olah mahu memaksa kerajaan Kedah dan rakyatnya membayar gaji dan elaun berjumlah kurang lebih RM5,000.00 sebulan, atau RM60,000.00 setahun atau RM300,000.00 bagi sepenggal kepada Abu Hassan Sarif tanpa ADUN itu menjalankan tugasnya.

Selama inipun SPR bersekongkol dalam banyak hal bagi mencapai matlamat menghalalkan cara. Pengerusi dan SPR sendiri kelihatan sebagai satu organisasi yang tidak halal dimata rakyat.contoh kes di Perak yang lalu.

Kenapa Mamak Tak Main Bola?

Cuba hangpa teka, kenapa mamak takde yang main bola. Hangpa cari la di negara mana pun dalam dunia ni, memang takdak mamak yang main bola, Cikgu Omaq memecah sunyi sementara menanti teh tarik sampai dengan satu soalan kepada kawan-kawan yang lain.

Ha ahh la...rasanya takdak sorang pun mamak yang main bola. Pasai apa ha? Pasai depa tak reti main bola ka? Pasai depa keturunan kaki bangku ka?, jolok Nasir menambah lagi kesedapan kepada soalan Cikgu Omaq tadi.

Depa memang jenis yang tak suka main bola kot? Tengok bola pun takde rasanya. Tak nampak pun mamak kat stadium bila ada lawan bola, sampuk Johari.

Takdak....percaya la cakap aku. Memang depa takdak dan tak boleh main bola. Sergah Cikgu Omaq pada Johari.

Habih tu, habaq mai la pasai apa mamak tak boleh main bola, jangan bagi kami penin kepala pikiaq lama-lama. tambah Nasir.

Hangpa tau, mamak ni memang tak boleh main bola. Pasai kalau depa main bola, bila ada corner kick, depa tak main dah....Cikgu Omaq bagi clue kat depa yang tercengang dengar jawapan bola gantung Cikgu Omaq tu.

Pasai apa depa tak main dah bila sampai kat corner tu? tanya Johari tak sabar nak tau jawapannya.

Pasai....bila mamak dah dapat kat corner tu, depa bukak restoran laa.....macam Salam Corner, macam Sahul Corner tu.....bila masa depa nak main lagi...apa la hangpa ni. Itu pun hangpa tak tau kaa, jawab Cikgu Omaq pada mereka semua.

Cilakoi betoi, gelak Faisol yang sedari tadi hanya mendengar tanpa masuk campur dalam soalan pasal mamak itu.

Sudah terang lagi bersuluh, Zambry hanya layak bekerja di Zambry Corner kah kah kah


http://1.bp.blogspot.com/_gWWFKiVy3Vw/SgkRHWbU4yI/AAAAAAAAAQw/1efMk5nPOmE/s400/Zambry+roti+canai.JPG
macam ini kah kah kah
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .