Ikuti Blog ini

Apakah PERKASA Diberi Lesen Cetuskan Huru-Hara Dimana-mana?


Ahli Perkasa ganggu majlis dirasmi Anwar

ALOR SETAR - Majlis perasmian pusat komuniti PKR di Jalan Putra di sini, yang disempurnakan oleh Ketua Umumnya Datuk Seri Anwar Ibrahim, dicemari insiden provokasi dan perang mulut membabitkan lebih 100 ahli Perkasa.

Ahli-ahli Perkasa yang berarak dari Masjid Zahir tiba di hadapan Plaza Sentosa, bersebelahan dengan pusat itu pada 5.30 petang walaupun Ketua Pembangkang belum kelihatan ketika itu.

Kekecohan tercetus apabila berlaku adegan tolak-menolak antara dua pihak dan kedengaran kata-kata 'Anwar Yahudi', yang disambut dengan laungan reformasi oleh lebih 200 penyokong PKR.

Penyokong-penyokong Perkasa beredar kira-kira 15 minit kemudian sebelum ketibaan anggota FRU. Anwar pula tiba sekitar 6 petang selepas keadaan reda. -SH


Peniaga hampir kena pukul di program PKR Alor Setar


Sekumpulan 50 orang, yang memakai baju-T hitam yang bertulis perkataan 'Perkasa', mengganggu program PKR di Alor Setar hari ini.

Mereka tiba kira-kira jam 5 petang dan cuba masuk ke dalam orang ramai yang berkumpul untuk menyaksikan pelancaran pusat komuniti PKR Alor Setar di tengah-tengah bandar tersebut.

Ketua Pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadualkan berucap pada kira-kira jam 5.30 petang.

Apabila kekecohan bermula, pengunjung Sentosa Mall di situ bergegas keluar untuk melihat apa yang sedang berlaku.

Beberapa individu terperangkap dalam keadaan kelam kabut di situ apabila penyokong PKR mula menolak keluar kumpulan tersebut.

Seorang peniaga dari pusat membeli-belah tersebut yang berada di tengah-tengah orang ramai berkata, dia hampir terkena pukulan di kepalanya dengan sebatang kayu sepanjang 0.6m.

Ray Ching, 28 (kiri) berkata apabila dia cuba untuk menghalang beberapa lelaki mara ke dalam orang ramai, seorang lelaki yang memakai baju-T bertulis 'Perkasa' mengangkat kayu hendak memukulnya.

Bagaimanapun, katanya, pukulan itu tidak mengenai kepalanya kerana dia sempat menyekatnya dan menolak lelaki itu dengan tangannya.

Ray - peniaga telefon bimbit - memberitahu Malaysiakini bahawa dia memarahinya lelaki itu dan menyuruhnya beredar dari situ, dan lelaki menjerit balik perkataan 'babi'.
-mk

 
Banyak insiden terutama di program Pakatan Rakyat ahli-ahli PERKASA ini mencetuskan keadaan huru-hara.

Di Pulau Pinang Ketua Menteri sendiri diancam oleh PERKASA.

PERKASA juga memainkan isu perkauman, agama dan bangsa untuk menjadi jaguh dan juara.

Selama ini pihak berkuasa membiarkan dan berdiam diri terhadap mereka. Maka naik tocanglah PERKASA.

Kalau begitu, bagus!
Lagi cepat UMNO-BN akan bungkus. -GB


 

Ribuan rakyat Kedah hadir pelancaran BERSIH 3.0


Penyokong PAS datang berduyun-duyun malam tadi bagi menyatakan sokongan terhadap pelancaran perhimpunan BERSIH 3.0 oleh pemimpin Pakatan Rakyat yang berlangsung aman tanpa kejadian yang tidak diingini berlaku.

NONESebelum itu, sekumpulan 50 orang yang memakai baju kemeja T hitam tertulis perkataan 'Perkasa' berwarna merah, telah mengganggu program PKR di Jalan Putra, yang menyaksikan seorang peniaga hampir dipukul oleh kumpulan itu.

Penyokong BERSIH 3.0 duduk di atas padang yang berlumpur untuk mendengar ceramah lebih tiga jam daripada beberapa tokoh, antaranya Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar.

Wartawan Malaysiakini yang membuat liputan menganggarkan lebih 5,000 orang hadir dalam ceramah tersebut.

Dalam ceramahnya, A Samad menjelaskan beliau menyokong untuk mereformasikan sistem pilihan raya memandangkan umurnya yang menjangkau 70-an dan beliau "tidak mahu mati sia-sia". -M'kini

Ahmad Said Belanja RM1 juta Beli Badak Sumbu

KEMAMAN – Menteri Besar Terengganu Dato Seri Ahmad Said dicabar menyatakan pendidiriannya samada beliau dan kepimpinan Umno dan Barisan Nasional (BN) Terengganu mahu menjaga kebajikan rakyat atau pun mahu menjaga ‘binatang’.

Cabaran tersebut dilontarkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Dr. Syed Azman Syed Ahmad berikutan Ahmad yang didakwa berbelanja besar membina dan menguruskan Zoo Bukit Takal.

“…perbelanjaan nak beli bintang-binatang ni belaka, hampir RM10 juta, (hanya) nak beli ‘natang’ ni saja, dalam keadaan rakyat lapar, rakyat miskin, nelayan, petani, tukang kayuh beca, (susah) nak cari RM1, kita berbelanja nak beli binatang saja RM10 juta,

“maka malam ni saya cabar kepimpinan Menteri Besar, Ahmad Said, mu nak jaga rakyat, ke nak jaga binatang? Mu nak jaga rakyat Terengganu ke nak jaga natang hok ada kat zoo bukit takal?,”tegasnya.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata demikian dalam ucapannya di Majlis Perasmian Himpunan Anak Muda Tolak Umno (Hamtu) yang diadakan di Dataran Tok Guru, Chukai dekat sini pada Khamis 5 April.

Sebelum itu, beliau mendedahkan kepada rakyat Teregganu khususnya penduduk daerah Kemaman, pembinaan Zoo tersebut dilaporkan mencecah RM100 juta.

“Saya nak bagi tau kepada orang Kemaman satu isu malam ni, depan mata ni (kita semua), iaitu pembinaan Zoo Bukit Takal Kemaman,

“tahu tak berapa kos nak beri makan ke binatang dalam zoo? Berapa kos nak buat zoo bukit takal tu? Ia mencecah hampir RM100,”jelasnya.

Menurutnya, kerajaan negeri Terengganu tidak wajar membina Zoo dengan begitu mahal dalam keadaan masih terdapat ramai rakyat yang miskin di kampong-kampung.

Beliau berkata dalam keadaan masih terdapat orang kampung lapar dan nelayan terpaksa mengerah seluruh tenaga untuk turun ke laut mencari rezeki, Menteri Besar Terengganu  belanja hampir RM100 juta buat Zoo.

Katanya, seekor badak sumbu yang akan dibeli adalah adalah berharga RM300,000 dan Zoo tersebut menghabiskan hamper RM1 juta untuk membeli tiga ekor badak tersebut.

“harga seekor badak sumbu yang dia nak beli, adik kakak tahu dok berapa harga seekor badak sumbu? Harga badak sumbu yang dia nak beli, harganya adalh 100 ribu (dollar) Amerika, bermakna seekor badak sumbu harganya RM300,000.

“Tiga ekor dia beli badak sumbu, bermakna RM1 juta beli badak sumbu saja dan dia beli zirafah, (seekor) harga zirafah ni 90 ribu (dollar) Amerika, dia beli 6 ekor bermakna dia belanja hampir RM2 juta nak beli zirafah ni saja,”katanya.

Majlis Perasmian Hamtu disempurnakan oleh Timbalan presiden PAS Haji Mohamad Sabu diiringi oleh T,balan Setiausaha PAS Terengganu Haji Hanafiah Mat merangkap Pengarah MTD Chukai dan Yang Dipertua PAS Kemaman Haji Ismail Harun. -BO


[MESTI BACA]: Hapus PTPTN dan Pendidikan Percuma; Impian atau Realiti

Isu penghapusan Perbadanan Tabung Pinjaman Tinggi Nasional [PTPTN] semakin rancak apabila reaksi mahasiswa dan anak muda terhadap tindakan kerajaan menafikan hutang Tan Sri Tajudin Ramli sebanyak RM589 juta. Tan Sri Tajuddin menyebabkan liabiliti tanggungan RM8 bilion.

YAB Datuk Seri Najib Tun Abd Razak memutuskan hutangnya sebanyak RM589 juta kepada Dana Harta dihapus kira walaupun tiga tahun lalu mahkamah memerintahkan beliau melangsaikannya.

Berbangkitnya isu PTPTN oleh anak - anak muda dewasa kini, juga ekoran tindakan PTPTN bermaharajalela melebihi Bank dan dilihat menindas graduan. PTPTN tidaklah dilesenkan sebagai sebuah institusi kewangan di bawah peruntukan Akta Perbankan dan Institusi Kewangan, apatah lagi tidak dikawal selia di bawah pengawasan Bank Negara Malaysia.

Kalau kita disenaraihitamkan oleh bank kerana tidak membayar hutang, samaada hutang rumah atau kereta, mereka dakwa kita di mahkamah mengikut prosedur, dan kita masih boleh ke mana-mana hatta ke luar negara sekali pun.

Along Negara.

Malangnya kes PTPTN ini, sebagai contoh pada 8 Jun 2011, Mandeep Singh [ isu pelajar UNISEL ] telah menjelaskan tunggakan sebanyak RM2,330.82 dan PTPTN telah mengesahkan pembayaran tunggakan itu, tetapi 6 Julai 2011 pelajar terbabit ditahan di LCCT oleh pegawai Imigresen kerana disenaraihitamkan dalam sistem komputer Jabatan Imigresen Malaysia. Insiden ini menyebabkan PTPTN dilihat tidak ubah seperti Along berlesen.
Along berlesen ini terus menjadi igauan ngeri yang sering menghambat keselesaan hidup anak muda yang terlibat. PTPTN asalnya bukan wajib dipinjam, ia adalah optional disamping biasiswa negeri dan JPA. Namun wang PTPTN terpaksa dipinjam kerana ibu bapa tidak terdaya menanggung bayaran pengajian dan kampus yang tinggi. Sehingga kini negara mempunyai 1.8 juta peminjam PTPTN dan mereka ini antara golongan muda yang berumur 20 hingga 35 tahun. Tapi lihatlah apa musibah PTPTN ke atas mereka :

a] Purata sehari seramai 60 peminjam PTPTN ditahan Imigresen di lapangan terbang antarabangsa.
b] Seramai 69,573 daripada 104,083 peminjam yang disaman oleh mahkamah sehingga Oktober 2011, kerana gagal menjelaskan pinjaman mereka. (66.9% disaman)
c] Sehingga September 2011, PTPTN hanya berjaya memungut RM2.74 bilion iaitu 48.34% berbanding RM6.04 bilion, jumlah yang sepatutnya diperolehi, maka seramai 132,801 pelajar telah disenarai hitamkan dan tidak boleh keluar negara kerana tidak menjelaskan pinjaman.

Kurangkan beban rakyat

Justeru telah menjadi suatu yang telah diketahui umum bahawa komitmen Pakatan Rakyat untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara ialah menjaga kebajikan rakyatnya serta dalam masa yang sama memastikan pendapatan negara melalui pertumbuhan ekonomi sihat dan subur.

Maka saya melihat Kerajaan Pakatan Rakyat kelak sangat berpotensi untuk melunaskan komitmen tersebut melalui pembentukan sebuah pentadbiran yang adil, amanah, telus dan berintegriti atau menepati piawaian sebuah kerajaan yang disebut sebagai Good Governence.

Kerajaan selayaknya menjadi Payung Rakyat bukan menjadi Along Negara yang menghambat rakyat. Guna kekayaan anugerah Allah kepada negara kita untuk rakyat dan bangunkan negara melalui pembangunan yang memulangkan manafaat kepada rakyat terbanyak bukan hanya kepada kelompok elit dan kroni. Sebelum ini, sejarah Kerajaan UMNO dan BN sering dilihat menggunakan wang negara bernilai tinggi untuk bailout dan menjaga kepentingan syarikat GLC dan kroni yang mengalami kerugian besar dan hampir bankrap. Sebagai contoh mudah ialah :

a] MAS yang rugi sebanyak RM478 juta dan kerugian bersih setakat ini, sebanyak RM 1.2 billion. Bagaimana syarikat MAS mampu survive jika tanpa campur tangan kerajaan yang menyokong syarikat berkerugian besar ini ? persoalan lain yang berkaitan ialah bagaimana syarikat yang sepatutnya membawa pulang keuntungan besar tiba - tiba mengalami kerugian berskala besar pula ?

b] Syarikat milik penuh kerajaan Malaysia, 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dilaporkan telah membeli Tanjong Energy Holdings, sebuah syarikat penjanakuasa bebas milik Ananda Krishnan yang memiliki loji janakuasa di serata Asia. Dilapor oleh The Singapore Straits Times bahawa 1MDB telah mengambil alih kepentingan Ananda dalam Tanjong Energy pada nilai RM8.5 Bilion.

c] Menyuntik modal RM750 juta kepada BBMB, sebuah bank milik kerajaan sebelum diambil alih oleh bank milik UMNO, Bank of Commerce dan membentuk Bank Bumiputera Commerce (BCBB)
d] Pembelian saham Technology Resource Industries (TRI) oleh Dana Harta
e] Pengambilalihan Celcom, anak syarikat TRI oleh Telekom
f] Memaksa KWSP membiayai projek LRT Putra serta menyelamatkan L&G dan PLUS

g] Memaksa Petronas membeli saham Proton dan ambil alih Litar Sepang
h] Pengambilalihan semula MAS oleh kerajaan daripada Tan Sri Tajuddin Ramli yang bernilai RM 1.8 bilion
i] Pengambilalihan syarikat UMNO, Renong dan UEM oleh kerajaan melalui Dana Harta
j] Pelaburan Tabung Haji melalui TH Technologies Sdn Bhd dalam projek ERL dengan penguasaan 80% saham yang menguntungkan kroni Perdana Menteri yang menjadi rakan kongsi YTL Corporation
k] Mamaksa Dana Harta menanggung hutang lapuk berjumlah RM39.326b milik BBMB, Sime Bank dan 66 institusi kewangan yang lain.
l] Memiliknegarakan IWK setelah ia mengalami kerugian.

Melalui pentadbiran jimat cermat dan bebas rasuah, saya berkeyakinan Kerajaan Pakatan mampu melunaskan komitmen yang diberi. Selama ini, dibawah pentadbiran UMNO dan BN, dana negara tiris dan bocor lalu mengalir ke longkang projek yang tidak mendatangkan manafaat kepada rakyat terbanyak. Sebagai contoh : [ wang negara boleh dijimatkan jika tiada perkara ini ]

a] Projek Menara 100 tingkat

b] kediaman rasmi Perdana Menteri di Putrajaya bakal menelan RM65 juta untuk kos tambahan dan pengubahsuaian, menjelaskan bagaimana peruntukan kepada Jabatan Perdana Menteri memecah rekod dengan catatan RM 15.8 bilion.

c] PERMATA [Rosmah] projek tanpa hasil signifikan kepada pembangunan negara. Perlaburan yang kabur dan tiada pulangan dalam masa terdekat.

Realitinya, sejumlah RM 28 bilion kerugian yang terpaksa ditanggung oleh negara setiap tahun akibat ketirisan, penyelewengan perolehan dan rasuah yang berleluasa sebagaimana yang dinyatakan dalam Laporan Audit Negara 2009. Jika ketirisan wang negara [peruntukan kerajaan] dapat dikawal, RM 28 bilion dan untung Petronas RM 90 bilion sepatutnya mampu untuk meringankan beban rakyat terutama dalam menjamin masa depan pendidikan rakyat.

Bagaimana PTPTN boleh mansuh.

Sebenarnya tidaklah sukar untuk melihat PTPTN ini dimansuhkan. Justeru PTPTN adalah simptom akibat tradisi korporat, komersial dan kapitalisme dalam kampus tempatan sehingga menyebabkan pendidikan tinggi sebagai suatu perjudian sehingga mahasiswa dan keluarga mereka terpaksa bergolok gadai.

Jika Pakatan Rakyat benar - benar mampu mengawal pentadbiran dan dana negara dari pembaziran, rasuah, ketirisan dan penyelewengan ditambah pula keupayaan menjana pertumbuhan ekonomi sihat dan subur, maka kerajaan boleh menyediakan pakej kos pengajian tinggi yang paling minima dan tidak membebankan, malah boleh sampai ke peringkat menyediakan tawaran pendidikan percuma kepada rakyat. Apabila ini boleh dilakukan dan sepatutnya kerajaan boleh melakukannya, maka dengan sendirinya tiada siapa yang akan pergi menjerut leher di pintu masuk PTPTN.

Pendidikan percuma dari peringkat asas sehingga pengajian tinggi .- Suatu Sorotan .

Kelihatan retorik dan tidak relevan tetapi ia [pendidikan pengajian tinggi percuma] adalah suatu kewajipan asas bagi sesebuah kerajaan adil perlu diberikan kepada rakyat. Negara Libya [era Gaddafi ] pernah mencipta rekod pendidikan percuma dan elaun khas untuk mahasiswa yang berjaya ke menara gading. Libya hanya memutar wang minyak sahaja kepada kebajikan rakyat bukan melalui sumber lain selain polisi kerajaan untuk berjimat.

Belum ada kes atau rujukan negara yang muflis atau mundur kerana pendidikan percuma, sebaliknya pendidikan tinggi adalah modal pembangunan kerajaan bahkan negara akan mudah maju dan makmur jika ramai mahasiswa dapat dihasilkan.

Mahasiswa atau graduan yang kurang atau tiada hutang akan menjadikan mereka lebih fokus untuk memajukan diri, industri dan negara bukan sekadar bekerja over time siang malam untuk memikirkan hutang keliling pinggang. Natijahnya mahasiswa yang gradusi dengan hutang tinggi akan menghasilkan modal insan robot yang bekerj untuk tembolok sendiri.

Negara yang mengekalkan pelaksanaan pendidikan percuma sehingga peringkat pendidikan tinggi ialah :

Sweden
Norway
Finland
Arab Saudi,
Kuwait
Cuba
Sri Lanka

Selepas yuran kampus dihapuskan, tiada lagi keperluan institusi kewangan atau tabung tertentu untuk memenuhi kehendak kapitalisme menara gading. Jua tidak lagi perlu berhutang dari Along Negara dan Along Negara bolehlah gulung tikarnya.

Contoh pengiraan [Universiti Malaya]

a] 20,000 orang pelajar dengan yuran sebanyak RM3,000 setahun.

b] RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

c] Jumlah IPTA terkini 20 buah :

1. Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur,
2. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Selangor,
3. Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor,
4. Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang,
5. Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor,
6. Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pahang,
7. Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), KL,
8. Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah,
9. Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak,
10. Universiti Malaysia Sabah (UMS), Sabah,
11. Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perak,
12. Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), N9,
13. Universiti Teknologi MARA (UiTM), Selangor,
14. Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Terengganu,
15. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor,
16. Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM), Melaka,
17. Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Perlis,
18. Universiti Darul Iman Malaysia (UDM), Terengganu,
19. Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kelantan,
20. Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), KL

d] 20 buah x RM 60 juta = RM 1200 juta [RM 1.2 bilion]

Jumlah ini masih mampu ditanggung kerajaan jika pembelian atau bailout syarikat kroni tidak dilakukan secara berleluasa serta wang tiris dikawal sementara wang untung seperti yang dihasilkan oleh Petronas diurus secara telus. Rakyat terbanyak akan mendapat manafaat dari konsep Negara Berkebajikan yang jelas menepati kehendak Allah swt dan melandasi WahyuNya.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka ( pintu pengurniaan rezeki ) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. - Surah al A'araaf : 96

*** Artikel ditulis oleh Nasrudin bin Hassan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .