Ikuti Blog ini

SEORANG WANITA JADI HERO, PEWARIS PENGECUT?

Memalukan: Pewaris Mengganggu Ketenteraman Awam



Pada petang tadi (Ahad - 23 Nov 2008) sebuah pertubuhan yang digelar PEWARIS telah mengadakan perhimpunan di Kuala Lumpur bagi menunjukkan sokongan mereka terhadap hak-hak kepentingan orang Melayu di samping sokongan kuat kepada Akta ISA. Rata-rata di antara mereka yang berhimpun memakai T-Shirt tertera tulisan `YES To ISA'. Slogan hidup Melayu, sokong ISA diselikan dengan takbir menyebut kalimat `Allahu Akbar' dilaungkan. Amat mendukacitakan, tanpa rasa takut dan gentar kepada Allah SWT kumpulan ini menyeret nama Allah yang Maha Pengasih dan Penyayang ini untuk bersama-sama mereka menyokong Akta ISA yang zalim itu. Berita TV BERNAMA melaporkan, hanya lebih kurang 200 orang yang berhimpun tanpa gangguan dari pihak berkuasa dan tanpa pancutan `Water Canon' jauh sekali dari dibelasah dengan cotar. Itu tidak menghairankan saya kerana sudah biasa melihat situasi begitu. Tetapi, apa yang menghiris hati saya ketika perhimpunan tersebut adalah dua perkara sahaja.

Pertama, saya begitu kesal dan sedih bila melihat kebanyakan daripada mereka yang menyertai kumpulan tersebut adalah terdiri daripada orang-orang tua dan pertengahan umur yang mungkin tidak beberapa lama lagi akan `dijemput' oleh Allah SWT menemuinya. Golongan-golongan ini bersuara lantang menyebut nama `Allah' diselang-selikan dengan jeritan menyokong Akta ISA. Terasa hiba juga hati saya betapa nama Allah disebut berserta dengan jeritan mereka menyokong akta yang tiada khilaf lagi dilaknat Allah ini. Apakah Allah meredhai perbuatan mereka ini? Andainya terdapat orang yang melihat perarakan dan perhimpunan tersebut terdiri dari orang bukan Islam, nescaya mereka berfikir bahawa Islam dan Allah juga merestui Akta ISA ini. Alangkah malunya kita yang mengaku beragama Islam jika Tuhan kita dianggap sedemikian rupa.

Perkara Kedua, kumpulan yang digelar PEWARIS ini berperangai seperti `kebudak-budakan' dengan menunjukkan `kejantanan'nya apabila mengejar seorang wanita. Amat memalukan, beberapa orang daripada kumpulan yang kononnya dianggap `Pendekar' Melayu dan `Hero ISA' ini merasa bangga dapat mengejar hanya seorang wanita. Wanita tersebut difahamkan menyuarakan sikapnya menentang Akta ISA di hadapan kumpulan ini, lantas wanita ini dikejar sehingga memaksa pihak Polis meleraikannya. Bagi sesiapa yang waras dan menyaksikan `drama' memalukan tersebut, siapakah yang layak digelar 'Hero' sebenarnya? Wanita yang berseorangan yang berani menunjukkan penentangan terhadap Akta ISA ini atau kumpulan PEWARIS yang mengejar wanita tersebut?

Bagi saya, sama ada kumpulan PEWARIS mahupun PERKASA atau letak sahaja apa pun nama yang kononnya berjuang untuk Melayu dan Islam, kedua-duanya sama sahaja. Mereka sebenarnya tiada sokongan dari majoriti orang-orang Melayu apatah lagi dari kaum lain. Kumpulan ini jauh dan terasing daripada orang-orang Melayu apatah lagi dengan Islam. Jika tidak kerana media, tiada siapa pun yang kenal apa itu PEWARIS atau PERKASA. Media banyak membantu mereka kerana perjuangan mereka yang songsang. Bukankah media-media perdana kita berselera dengan perkara-perkara yang songsang?
.

MERDEKA RAKYAT NEGARA PERKASA

Tuan Guru Dato' Nik Aziz ulas Michael Jackson

Michael Jackson buktikan agama Islam benar - Dato' Nik Aziz

KOTA BHARU - Keputusan penghibur terkenal dunia, Michael Jackson, 50 menganut agama Islam baru-baru ini membuktikan agama berkenaan benar dan bukan rekaan manusia.

Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, agama Islam diterima oleh sesiapa sahaja termasuk superstar dunia setelah mendapat hidayah daripada Allah Taala.

"Islam sendiri tidak pernah memaksa sesiapa pun memeluk agama itu kerana ia merupakan agama yang benar," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Tahunan Persatuan Bekas Tentera Malaysia Ke-83 di sebuah hotel di sini semalam.

Beliau diminta mengulas keputusan penyanyi terkenal berkenaan memeluk agama Islam sebagaimana dilaporkan media semalam.

Penyanyi kontroversi Amerika itu menukar namanya kepada Mikaeel Jackson. Nama itu merupakan pilihannya sendiri. Mikaeel merupakan nama malaikat pemberi rezeki.

ImageJacko dibesar dalam lingkungan agama Kristian dikatakan mengambil keputusan menganut Islam semasa beliau menggunakan studio di rumah kawannya ketika merakamkan album baru.

Rakannya David Wharnsby seorang penulis lagu dan produser Philips Bubal menasihatkan beliau supaya memeluk agama Islam.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Mursyidul Am PAS berkata, tindakan Jackson itu membuktikan beliau tidak berpuas hati dengan agama yang dianutinya sebelum ini.

"Walau pun Jackson merupakan seorang penyanyi tersohor dunia, sudah tentu dia banyak membaca untuk mendapat maklumat berhubung kebenaran Islam.

"Memanglah dia tu penyanyi, semua orang kenal dia, tetapi tidak bererti dia tu menyanyi sahaja," katanya.

Beliau juga berharap penyanyi terbabit dapat mempromosikan Islam melalui tindak tanduk yang baik dan lirik-lirik lagu yang dapat memberi keinsafan kepada manusia serta mengakui kebesaran Allah.

Menurutnya, hanya agama Islam yang benar kerana diperakui oleh Allah Taala.

Kata beliau juga mereka yang sudah lama beragama Islam jarang mengambil peluang untuk mempromosikan agama itu kepada umum bagi menarik lebih ramai orang bukan Islam mendekati agama tersebut.

"Walau pun Islam tidak memaksa sesiapa memeluk agama suci itu, namun setiap dari mereka wajib berdakwah serta mempromosikannya kepada penganut agama lain.

"Kelantan sendiri tanpa disedari telah mempromosikan agama Islam dalam pentadbirannya seperti mengharamkan riba, menutup aurat, cuti dua hari dan pemberian manfaat kepada warga emas berusia 60 tahun ke atas," katanya.

Beliau juga berkata, masyarakat bukan Islam termasuk Hindu pernah menjemputnya menyampaikan ucapan pada majlis anjuran mereka.


Dato' Nik Aziz dalam Media Indonesia

 Pada usianya yang melewati tujuh puluhan, tokoh pergerakan Islam PAS Malaysia ini tetap muda dalam semangat dan idealismenya. Walaupun sudah memetik beberapa kemenangan dakwah, dirinya tetap konsisten. Seorang menteri besar ini memotong 40 peratus gajinya untuk umat.

Namanya Abdul Aziz bin Nik Mat. Orang biasa memanggil beliau dengan Nik Abdul Aziz Nik Mat. Lahir di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu pada tahun 1931.

Sejak kecil, Nik Abdul Aziz sudah gemar belajar ilmu-ilmu Islam. Saat itu, guru beliau adalah seorang ulama terkenal di daerahnya. Dan sang guru tak lain adalah ayah beliau sendiri yang biasa dipanggil masyarakat dengan Tuan Guru Haji Nik Mat.

Setelah dirasa cukup mendapat pendidikan dasar-dasar Islam, Nik Abdul Aziz disekolahkan ke pesantren di Jertih, Trengganu. Namanya pondok pesantren Tuan Guru Haji Abbas.

Pada tahun 1952, Nik Abdul Aziz meninggalkan tanah air untuk melanjutkan pendidikannya ke Universiti Deobond, India. Di sana, ia berguru kepada ahli tarekat terkemuka, Maulana Husain Ahmad al-Madani.

Lima tahun kemudian, Nik Abdul Aziz melanjutkan pelajaran ke Lahore, Pakistan untuk mendalami tafsir Al-Qur'an. Setelah itu, beliau melanjutkan pelajarannya ke Universiti Al-Azhar, Mesir untuk mengambil pengkhususan bahasa Arab dan dilanjutkan dengan mendalami perundangan (hukum) Islam.

Setelah hampir sepuluh tahun belajar di luar negara, Nik Abdul Aziz memutuskan kembali ke tanah kelahirannya. Dia ingin mengamalkan pengetahuan yang dimilikinya dengan berkhidmat sebagai guru di sekolah menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Panchor dan di Sekolah Agama Darul Annuar yang didirikan oleh ayahnya.

Selain mengajar, ayah sepuluh orang anak ini juga aktif memberikan ceramah-ceramah Islami. Mulai dari khutbah di masjid, hingga majilis taklim yang tersebar di masyarakat. Tugasnya sebagai ulama, benar-benar disambut baik oleh masyarakat.

Yang menarik masyarakat dari sosok Nik Abdul Aziz adalah rutin hariannya yang sarat dengan keteladanan. Mulai dari keluarganya yang terjaga dalam akhlak Islam, kedekatannya dengan kaum fakir miskin, serta rumahnya yang sederhana dan akrab dengan lingkungan sekitar. Malah selalunya mencukur rambut bayi pun masyarakat suka meminta khidmat Nik Abdul Aziz.

Pentas Politik Di tahun 1967, di usianya yang ke tiga puluh enam, Nik Abdul Aziz bergabung dengan Parti Islam Se-Malaysia (PAS). Dia memilih PAS bukan sekadar asasnya yang Islam, tapi juga visi perjuangannya yang benar-benar ingin menegakkan daulah Islam di Malaysia.

"Saya memilih PAS karena parti ini merupakan sebuah pergerakan yang landasannya jelas-jelas memperjuangkan akidah Islam. PAS di mata saya tidak memisahkan antara politik dan agama. Namun, bagaimana caranya bisa berjalan seiringan satu sama lain," ujarnya.

PAS lanjutnya, adalah harakah Islamiyah (pergerakan Islam) yang dicarinya. "Sebab, PAS memiliki cita-cita untuk menegakkan daulah Islamiyah seperti yang diidam-idamkan oleh setiap mukmin."

Sejak terjun di dunia politik bersama PAS, tekanan dan dukungan silih berganti dirasakan Nik Abdul Aziz. Di tahun pertama bergabung dengan PAS, Nik Abdul Aziz berhasil memenangkan pemilihan umum untuk daerah Kelantan. Sejak itu, daerah Kelantan menjadi basis kekuatan PAS. Walau dengan cara apa pun, Barisan Nasional (BN) yang merupakan partai pemerintah saat itu tidak pernah mengalahkan Nik Abdul Aziz dan PAS di daerah pemilihan itu.

Karena ketokohan dan sosok karismatiknya sebagai ulama, Nik Abdul Aziz diamanahkan pimpinan PAS untuk menjabat Ketua Dewan Ulama PAS. Di posisi itu, Nik Abdul Aziz menyerukan seluruh pimpinan dan kader PAS untuk kembali menghidupkan sunnah Rasul dalam semua sisi kehidupan. Perjuangan PAS menurutnya, harus dalam rangka menegakkan Islam, bukan untuk memuaskan ambisi atau syahwat kekuasaan semata.

Walau sudah menjadi pimpinan dengan berbagai kesibukan yang luar biasa, Nik Abdul Aziz tidak pernah melalaikan dakwah. Kesibukan mengisi ceramah dan taklim tidak mengendur dengan alasan apa pun. Baginya, politik adalah sebahagian dari dakwah. Bukan sebaliknya.

Menteri Besar Pada Pilihanraya 1990, PAS mendapat undi luar biasa di Negeri Kelantan. Nik Abdul Aziz diberi amanah sebagai Menteri Besar yang setaraf gabenor wilayah di Indonesia. Hingga pilihanraya 2004 lalu, PAS tetap unggul memperolehi undi majoriti di Kelantan. Dan selama 14 tahun itu pula, Nik Abdul Aziz memikul amanah berat itu. Di posisi yang strategik itu, Nik Abdul Aziz kian kuat menyampaikan dakwah dalam bentuk lain. Ia tidak menggalakkan seluruh pejabat di jajarannya untuk menerima hadiah apa pun. Menurutnya, semua itu rasuah. Ia pun memberikan teladan. Nik Abdul Aziz terus memotong 40 peratus gajinya untuk menambah khidmat kepada masyarakat.

Berubahkah Nik Abdul Aziz? Sama sekali tidak. Ia tetap Nik Abdul Aziz yang dulu. Rumahnya tetap sederhana. Kereta yang dikenderai juga kereta seperti orang kebanyakan di negeri Kelantan. Setiap hari Jumaat, ia mengkhususkan waktunya untuk mengisi pengajian umum di sebuah majlis taklim yang berada di pusat kota. Siapa pun boleh datang. Sedemikian besarnya sambutan masyarakat, hari Jumaat menjadi hari pengajian untuk mereka. Mereka datang dari berbagai pelusuk di negeri Kelantan. Bahkan, tidak sedikit yang sengaja membawa tenda agar bisa khusyuk mendengarkan kajian dari sang guru, Nik Abdul Aziz. (mn)

ps: Artikel ini asalnya dalam bahasa Melayu Indonesia, diterjemah ke bahasa Melayu.

Eksklusif: Sidang Bloggers Buff , Syed Hamid Cadang Penulis Blog Wujudkan Kod Etika !!

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar hari ini mencadangkan penulis blog mewujudkan kod etika mereka sendiri bagi memastikan mereka bertanggungjawab dengan apa yang ditulis. Beliau berkata perkara itu penting kerana kebanyakan penulis blog bukan dari kalangan wartawan yang dilatih untuk menulis sesuatu perkara secara adil dan seimbang. Syed Hamid berkata kod etika yang dicadang itu perlu dibuat dalam bentuk peraturan dan bukannya perundangan atau akta baru. Beliau berkata penulisan blog merupakan cara berkesan dan boleh mempengaruhi serta membentuk perspektif pembaca mengenai pelbagai isu. "Mereka (penulis blog) boleh menyatukan masyarakat atau memecahkan. Seperti rakyat Malaysia lain, penulis blog juga perlu mempunyai tanggungjawab dalam menjaga kestabilan dan keselamatan negara," katanya ketika merasmikan persidangan 'Bloggers Buff' 2008 baru-baru ini. Syed Hamid berkata wartawan profesional sekalipun mempunyai garis panduan masing-masing, dan oleh itu tidak ada sebab kenapa penulis blog tidak perlu mempunyai kod etika mereka sendiri.

Beliau berkata blog tidak dimasukkan dalam media lain kerana menerusi blog, pembaca boleh memberikan reaksi terhadap sesuatu isu yang ditulis sebaik ia disiar dalam blog. "Komen dan sesi menjawab semula itu malangnya menyediakan saluran kepada orang ramai untuk menyebarkan perasaan benci dan sentimen perkauman," katanya. Sementara itu, presiden penaja National Alliance of Bloggers (All Blogs) dan wartawan Ahirudin Atan berkata penulis blog sepatutnya mengeluarkan kod etika mereka sendiri tanpa campurtangan kerajaan. "Penulis blog mempunyai kuasa mempengaruhi pendapat, dan jika ia (kuasa)disalahguna, ia boleh menimbulkan pemusuhan di kalangan rakan," katanya pada persidangan itu. Beliau juga berkata komen yang tidak mempunyai nama perlu dilayan seperti "surat layang" dan penulis blog serta pembaca mempunyai hak untuk tidak melayan mesej itu.

[Etika untuk blogger sudah lama kami wujudkan sendiri. Pertamanya, melaporkan segala maklumat tentang rasuah, korupsi dan penyelewengan yang ditutup untuk pengetahuan rakyat. Kedua, menjawab segala laporan berat sebelah yang dibuat oleh media arus perdana tentang isu-isu semasa tanahair. Ketiga, memastikan rakyat mendapat maklumat yang lebih jelas dan tepat dari sumber yang boleh dipercayai dan tidak diragui dan yang terakhir, melaporkan segala kepincangan yang melibatkan salah laku serta pembohongan pihak kerajaan kepada rakyat sejak dulu, kini dan selama-lamanya. Itulah kod etika yang digunakan oleh Pahang Daily dalam mencerna minda serta mewujudkan masyarakat yang mendapat maklumat yang lebih adil dan saksama daripada segala sumber, kerana selama ini rakyat ditipu dan diseleweng dengan fakta-fakta palsu bagi mengiyakan apa jua yang tidak. Contohnya, beri duit dalam pemilihan UMNO dikatakan politik wang...padahal rasuah. Beri duit masa pilihanraya, dikatakan sumbangan ikhlas padahal itu dan banyak lagi].


Ceramah Pelancaran HIMPUNAN MANSUHKAN ISA, Datanglah Beramai-ramai

Assalamualaikum wwb dan salam sejahtara,

Pemuda PAS mengajak semua untuk menghadiri program Ceramah Pelancaran Himpunan Mansuhkan ISA. Hadirlah untuk menyokong penghapusan Akta ISA yang zalim. Maklumat program ceramah adalah seperti yang berikut :


Tarikh : 23 November 2008
Masa : 9.30 Malam
Tempat : Dataran MPAJ, Kg Pandan

Pemidato-pemidato yang hadir:
1) YB Dato Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang (Presiden PAS)
2) YB Dato Seri Anwar bin Ibrahim (Ketua Umum PKR)
3) YB Lim Kit Siang (Penasihat DAP)
4) Tuan Hj Mohamad bin Sabu (Naib Presiden PAS)
5) YB Salahuddin Ayub (Ketua Pemuda PAS)
6) Syed Ibrahim bin Said Noh (Pengerusi GMI)

Bersama Mansuhkan ISA

poster-pelancara-himpunan-gmi2

DR. MAHATHIR:UMNO SUDAH TIDAK RELEVAN


Tun Dr Mahathir menyifatkan Umno hari ini sudah tidak relevan walaupun siapa yang bakal menerajui Umno dalam proses peralihan kuasa yang dicanangkan.

Ini disebabkan oleh budaya mahukan jawatan, amalan rasuah dan politik wang yang semakin tidak terkawal yang sedang berlaku dalam Umno.

Demikian penegasan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad dalam majlis wacana 'Dilema Melayu' anjuran Gapena semalam.

Menurut Tun Mahathir, seandainya Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, masalah rasuah tidak akan dapat diatasi kerana telah menjadi satu budaya dalam Umno.

Beliau sekali lagi mengulangi bahawa Najib sebagai pengganti Pak Lah akan gagal untuk memulihkan Umno yang semakin parah dan kronik sekarang.

"Apakah dengan peralihan kuasa itu dapat memulihkan parti? Saya tidak boleh yakin lagi kerana saya belum lagi nampak Najib mampu menyelesaikan masalah rasuah dan politik wang.

Katanya, apabila ia sukar dibendung dan dikawal maka ia secara tidak langsung akan menyebabkan Umno akan menjadi parti yang tidak relevan lagi pada perjuangan orang-orang Melayu.

Katanya lagi, seandainya ada pemimpin sendiri yang terlibat dengan rasuah, maka janganlah memilih pemimpin berkenaan sambil merujuk kepada pemilihan Umno yang akan diadakan pada tahun hadapan.

"Kita tak boleh harap pembaharuan boleh dilakukan dalam Umno dan mereka harus ingat, kalau orang tidak memberi undi mereka tidak boleh menang atau sekiranya mereka menang dalam pemilihan parti, tak semestinya mereka akan menang pilihan raya," katanya.

Telah acap kali kita mendengar bahawa Umno semakin hanyut dari agenda perjuangannya. Malah ini turut diakui oleh mereka yang masih berada di dalam Umno. Umno ibarat sebuah kapal yang hampir karam. Apakah masih terdapat sekelumit harapan untuk kita mengharapkan Umno mampu memulihkan kemelut politik dan ekonomi yang sedang melanda negara? Bolehkan kita hendak mengharapkan Umno memulihkan negara kalau dalam keluarga dan rumah tangganya sendiri sedang berkecamuk dan kacau bilau?

Jika Umno sudah tidak relevan, siapa lagi yang kita dapat harapkan? Adakah kita hendak harapkan orang luar atau asing memulihkan negara?Selain memberi peluang kepada Pakatan Rakyat untuk memulihkan negara agar kembali stabil dalam sosioekonomi dan politik.


Kerajaan Perak terbit 'Fakta', tangani propaganda Umno-BN

IPOH, 23 Nov : - Kerajaan Pakatan Rakyat Perak terpaksa menubuhkan pasukan Urus Setia Penerangan sendiri untuk bertindak segera menangkis segala tohmahan serta manipulasi berita oleh Umno-BN ketika ini.

Menteri Besar Perak, Dato' Seri Muhammad Nizar Jamaluddin mengakui bahawa kerajaannya sekarang sejak ditubuhkan sembilan bulan lalu hingga ke hari ini sering diburuk-burukkan dengan pelbagai tohmahan dan propaganda jahat Umno-BN.

Menurutnya, disebabkan Jabatan Penerangan sedia ada tidak dipercayai langsung, maka terpaksalah kerajaan negeri ketika ini menubuhkan unit Penerangan khas untuk memerangi perbuatan umno/BN yang tidak bertanggungjawab untuk melemahkan kerajaan negeri.

"Maka hari ini dengan tugas sulung unit tersebut telah menerbitkan buletin Edisi Khas FAKTA mempunyai empat muka surat untuk menangkis berita-berita dan isu-isu terkini seperti 'MB rampas kamera', 'Wartawan media arus perdana putar belitkan fakta Cukai Pintu MBI' dan fitnah oleh umno-BN tentang Perjanjian Pangkor 11 itu, dapat dipatahkan,"jelas Muhammad Nizar semasa berucap merasmikan majlis Urus Setia Penerangan Kerajaan Negeri Perak di Dewan Serbaguna, Bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) di sini semalam.

Tegasnya, Kerajaan Perak mulai dari sekarang akan menggunakan FAKTA untuk membalas balik propaganda dari umno-BN.

"Jika terdapat isu-isu panas memburukkan Kerajaan ianya diterbitkan segera sebagai 'balas balik' untuk rakyat membaca dan mengetahui kedudukan sebenarnya.

"Ianya diberi percuma dan dicetak sebanyak 30,000 naskah setiap keluaran,"katanya.

Disamping itu juga, katanya, Citra Perak buletin bulanan Kerajaan Negeri tetap diedarkan percuma.

Sementara itu, Nizar berharap kepada peserta yang hadir dalam majlis tersebut bersikap positif kerana merekalah sebagai benteng jurucakap kerajaan Pakatan Rakyat untuk mematahkan berita-berita dan isu karut marut dari media dan perbuatan jahat umno-BN itu.

"Semoga kita kuat memberikan tentangan hebat dengan mengalahkan musuh-musuh yang tidak nampak berada di dalam selimut kita dan dari media, TV dan radio masuk meracuni fikiran rakyat ke rumah-rumah itu,"tegas Nizar di hadapan lebih 200 orang yang terdiri daripada penulis blog Perak, pegawai-pegawai serta Lajnah Penerangan Parti Pakatan Rakyat.


GEMPAR! BABI JADI MENTERA


Assalamualaikum,
Hang Nadim menjadi mangsa kedengkian calon calon jawatan tinggi istana kerana Raja mula mengkagumi keintelektualannya dalam mengatasi masalah negara. Masyarakat yang dengki itu ialah masyarakat Melayu, dan sifat dengki itu terus kekal dalam masyarakat Melayu terutamanya yang mengagungkan Melayu dan bukan mengagungkan Islam.

Dengan berpaksi kepada sifat dengki yang menjadi lava dan sanubari mereka, UMNO cuba meniupkan lagi api kemarahan, kebencian dan perkauman atas isu babi lagi. Mereka yang memulakan penternakan babi secara komersial moden di Selangor, tetapi apabila mereka kalah dalam pilihan raya 12 dan projek yang mereka luluskan dalam tenure mereka ingin diteruskan, dengan sifat dengki mereka berdemonstrasi kononya orang Melayu membantah babi.


Di Kedah mereka memilih modus operandi yang sama. Projek penternakan babi yang mereka luluskan dalam tenure mereka, dan kemudian ingin diteruskan dalam tenure PR, mereka dengan lantang membuat demonstrasi kononnya membantah. Itulah dengki yang mereka warisi dari zaman Hang Nadim.
Untuk meraih simpati, sekarang mereka menggunakan perkataan ini sebagai mentera. Mentera adalah kalimah yang diulang berkali kali dan berkali kali untuk menghasilkan suatu kesan magis dengan bantuan syaitan.
Akhir akhir ini , bagi mereka, haiwan ini dan perkataan ini menjadi mentera.
Mungkin mereka berhajat untuk menjadikan haiwan ini menteri.



PAS PERAK KELUARKAN VCD PENERANGAN


Jabatan Penerangan PAS Perak telah mengeluarkan video penerangan bagi menyalurkan maklumat yang sebenar sebagai langkah menangkis tohmahan dan fitnah yang disebarkan oleh pepuak Umno yang memburuk-burukan kerajaan Pakatan Rakyat Perak.

Penyebaran video tersebut secara percuma adalah bagi tujuan memperkukuh sokongan dan keyakinan diakar umbi dan diharap mereka pula akan dapat menyalurkan maklumat yang benar dan tepat ini kepada masyarakat bahawa pimpinan PAS yang menerajui kerajaan Pakatan Rakyat hari ini menepati kehendak rakyat yang mahukan perubahan kearah kesejahteraan rakyat.

Dapatkan video penerangan tersebut secara percuma dengan menghubungi pejabat Perhubungan PAS Negeri Perak melalui telepon : Khalilul Rahman - 0195713771



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .