Nampaknya Malaysia akan mendapat Perdana Menteri sebelum pilihan
raya umum, yang dijangka akan diadakan pada bulan Jun. Perdana Menteri
Najib Razak yang sedang menghadapi pelbagai tekanandijangka meletak
jawatan tidak lama lagi untuk memberi laluan kepada Muhyiddin
Yassin,atas sebab-sebab kesihatan, tetapi akhirnya, Najib yang berusia
59 tahun akan menjadi mangsa terbaru persengketaan parti Umno dan
perasaan khuatir akan kehilangan kuasa terhadap kerajaan persekutuan
kepada ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.
Pada hujung minggu, khabar angin bertiup kencang menyatakan bahawa
Najib akan membubarkan Parlimen pada 26 Januari dan ini antara usaha
untuk mencari jalan agar Muhyddin dan bekas Perdana Menteri Mahathir
Mohamad boleh menggulingkan Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana
Menteri negara sebelum PRU ke- 13 diadakan.
Cakap-cakap itu telah diganti pula oleh spekulasi panas bahawa Najib
telah jatuh sakit. Menurut Sarawak Report, para doktornya telah
diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga pada hujung minggu lalu. Tidak
dinafikan terdapat banyak tekanan pada Najib dan isterinya Rosmah Mansor
terutama sekali sejak beberapa minggu yang lalu apabila mereka menjadi
sasaran rentetan pendedahan rasuah oleh ahli perniagaan kontroversi
Deepak Jaikishan.
Apabila pasangan pertama ini tidak menjawab apa-apa dakwaan serius
dan juga 'ketiadaan' Najib di mata awam sejak dua minggu lalu telah
menimbulkan syak wasangka bahawa ada sesuatu telah berlaku. Ada juga
berspekulasi bahawa Najib mungkin telah ke luar negara untuk menerima
rawatan.
"Apa yang kita minta ialah supaya pentadbiran BN menjelaskan dengan
segera keadaan sebenar. Kita semua tahu bahawa ada sesuatu yang tidak
kena apabila PM tiada kelihatan. Tiada kenyataan telah dikeluarkan
berkenaan ketiadaannya dan tiada juga kenyataan dari mereka bagi
menangkis dakwaan serius yang telah dibuat oleh Deepak," Ahli Parlimen
PKR kawasan Batu, Tian Chua memberitahu Malaysia Chronicle.
Meraih undi simpati dari pengundi Melayu yang keliru
Najib mengambil alih seb
agai
Presiden Umno dan Perdana Menteri negara yang ke- 6 pada April 2009
selepas membantu Mahathir dan Muhyiddin menggulingkan Abdullah Badawi
yang dipersalahkan atas prestasi lemah Umno-BN dalam pilihan raya 2008.
Sekarang, ironinya, Najib pula mendapati dirinya diketepikandengan cara
yang sama sepertimana dia telah menjadikan Badawi terasing dari dunia
politik.
Ia merupakan rahsia yang diketahui umum bahawa 'panglima’ Umno sedang
merebut kerusi untuk bertanding pada PRU ke-13 dan Najib telah mengikut
kata hatinyadenganmembuat keputusan bahawa dia akan kekal dalam kuasa.
Walaupun bermacam-macam cerita telah diputar oleh media dari kedua-dua
belah pihak, semua tahu bahawa Najib dan Rosmah hanya mahu mengadakan
pilihanraya selepas tempoh 5 tahun Umno berakhir, manakala Muhyiddin dan
Mahathir mahukan pilihanraya diadakan seawal tahun lepas.
Apabila Muhyddin memberitahu akhbar pada awal tahun baru bahawa
adalah lebih baik jika tarikh PRU ke-13 kekal 'misteri', ia terus
merangsang 'teori konspirasi' yang sedang hangat diperkatakan bahawa
Najib akan dikeluarkan tidak lama lagi. Muhyiddin kemudian akan
mengambil alih dan membenarkan Parlimen tamat tempoh tanpa dibubarkan,
dengan Suruhanjaya Pilihan Raya yang pro-BN mengadakanpilihanraya di
seluruh negara hanya pada bulan Jun supaya membolehkan 'luka' dalaman
Umno untuk sembuh dan negara, terutamanya pengundi Melayu yang
berpengaruh membiasakan diri dengan PM baru yang menerajui negara.
"Mereka berharap pada imej pro-MelayuMuhyiddinuntuk membolehkan
Umno-BN mengekalkan kuasa serta ketakutan orang Melayu kepada sesuatu
yang tidak mereka ketahui dan simpati kepada Najib yang sedang sakit -
jika benar dia sedang sakit - untuk membantu mereka," kata Tian.
"Kami kini dalam zon yang samar-samar kerana tidak tahu apakah helah
Umno-BN seterusnya untuk berpaut kepada kuasa. Semuanya akan bergantung
kepada pengumuman yang akan dibuat dalam beberapa hari akan datang.
Kemudian barulah kami akan mendapatkan gambaran yang lebih jelas."
Muhyiddin yang bercita-cita tinggi & 'kamikaze' Dr M
Pada pertengahan bulan Disember, sumber-sumber politik telah
memberitahu Malaysia Chronicle bahawa bahagian Umno di tiga negeri -
Johor, Terengganu dan Perak - telah memulakan usaha memaksa Najib untuk
berundur, dengan memberi alasan meningkatnya kes-kes skandal terutama
sekali rasuah berkaitan pembelian kapal selam Scorpene dan pembunuhan
Altantuya Shaariibuu.
Antara petanda awal perbalahan dalaman UMNO sedang memuncak adalah
khabar angin mengenai rusuhan kaum yang telah disebarkan oleh beberapa
blogger pro-UMNO. Perbuatan pemimpin UMNO dan sekutunya seperti Ibrahim
Ali dan Shahrizat Jalil menakut-nakutkan orang ramai dengan berulangnya
rusuhan kaum 13 Mei 1969 yang telah meninggalkan beribu-ribu cedera dan
ratusan kehilangan nyawa telah mengeruhkan lagi keadaan.
Mewujudkan ketakutan dengan menggunakan ancaman rusuhan kaum untuk
mematahkan kebangkitan rakyat adalah 'lambang' taktik yang digunakan
oleh Umno untuk menyembunyikan pertelingkahan dalaman. Rusuhan 13 Mei
telah didedahkan sebagai konspirasi Umno untuk menggulingkan presiden
ketika itu, Tunku Abdul Rahman. Ia adalah perebutan kuasa yang telah
membolehkan ayah Najib, Abdul Razak Hussein dan Mahathir Mohamad
memegang kuasa.
Oleh itu, apabila timbul cakap-cakap menyemarakkan insiden Mei 13 baru-baru ini, pemerhati politik mula berjaga-jaga.
Membenarkan Najib untuk keluar dengan cara terhormat
Pemerhati Umno percaya bahawa Mahathir Mohamad, 'pemain boneka’ utama
dalam Umno, telah memutuskan untuk menjadikan Muhyiddin bonekanya dan
kesan saat-saat akhir dalam kepimpinan walaupun ramai telah memberi
amaran bahawa ia bakal menambahkan kesan yang lebih teruk bagi
perbalahan dalam Umno .
Kerana itulah mereka mewujudkan khabar angin 'strok kecil' untuk
membenarkan Najib berundur dengan cara yang terhormat atas sebab-sebab
kesihatan. Sama ada benar atau tidak Najib sakit bukanlah perkara utama.
Bagi pesaingnya dalam Umno, kesihatan yang kurang memuaskan adalah
semata-mata memberi Najib sebab untuk 'menyerahkan' kuasanya.
"Mahathir adalah seorang pejuang kamikaze (berani mati). Dia tidak
perlukan undang-undang darurat atau mana-mana undang-undang jika dia
mahu melakukan sesuatu. Lihatlah bagaimana dia membubarkan UMNO lama dan
mencipta UMNO Baru, lihatlah bagaimana dia melemparkan Anwar Ibrahim ke
dalam penjara, diisytiharkan perang habis-habisan ke atas Abdullah
Badawi, " kata seorang pemerhati politik veteran kepada Malaysia
Chronicle.
"Tetapi pilihan melambatkan PRU ke-13 dan mengenakan undang-undang
ketenteraan bukanlah pilihan bagi mereka. Panglima UMNO tahu jika mereka
berbuat demikian, mereka berkemungkinan besar dimasukkan ke dalam
penjara dan dihina. Ia adalah lebih baik untuk bertarung di peti undi.
Lagipun, mereka telah melakukan banyak penyelewengan pada daftar undi
yang begitu banyak kekayaan di luar negara, mereka mungkin akan mencuba
nasib mereka di mahkamah jika rejim baru memerintah bakal mendakwa
mereka kerana merompak. "
"Sudah tidak syak lagi Mahathir telah cuba untuk menukar PM untuk
meningkatkan semangat dalam UMNO sebelum bertarung dalam PRU ke-13 Dia
selalu menjadi orang yang paling berani bertaruh berbanding yang lain.
Dia bersedia untuk memperjudikan segalanya untuk menang besar dengan
menggunakan imej pro-Melayu Muhyiddin. Untuk berbuat demikian, mereka
akan membangkitkan sentimen Melayu. Setakat ini, yang ada hanyalah
retorik. Sekarang kita sudah mendengar cerita tentang rusuhan kaum. Oleh
itu, ada kemungkinan besar apa yang berlaku seterusnya adalah kejadian
yang sebenar. Khabar angin bahawa mereka boleh membangkitkan insiden
kecil di sana sini untuk mengumpul kemarahan orang Melayu dan mereka
boleh melakukan ini dengan bantuan samseng UMNO dan kongsi gelap Cina
dan India. "
-Malaysia Chronicle