Kalau  sebelum ini Najib sentiasa bercakap besar bahawa BN akan menang mudah,  hari ini nada percakapan Najib kendur sekendur-kendurnya. Beliau berkata  bahawa kemenangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya negeri  Sawarak pada 16 April ini adalah satu 'bonus'. 
Katanya,  ini kerana sasaran BN adalah untuk membentuk kerajaan negeri, yang  hanya memerlukan kemenangan majoriti mudah. Setahu kita BN tidak pernah  meletakkan sasaran membentuk kerajaan dengan majoriti mudah pada setiap  kali pilihanraya. 
Kenyataan  Najib ini hanyalah untuk mengelakkan BN mendapat malu jika ditakdirkan  BN gagal membentuk kerajaan negeri Sarawak dengan majoriti 2/3.  Kenyataan beliau hari ini memang di luar dugaan kerana BN sebelum ini  sentiasa percaya bahawa Sarawak adalah kubu kuat mereka, amat sukar  untuk PR menang walaupun satu kerusi sebelum pilihanraya negeri 2006. 
Namun  begitu diharapkan jentera PR tidak mudah 'over confident' dengan  kenyataan Najib ini. Mungkin beliau mempunyai helah tertentu untuk  melekakan PR agar berpuashati dengan penerimaan rakyat sekarang. 
Jentera  PR mesti terus mara memberikan penerangan kepada rakyat tentang  kewajipan menolak BN secara total. Sentiasa inci lubang dan ruang yang  boleh diterobos oleh BN dengan cara penipuan dan penyelewengan mesti  ditutup dan dikawal rapi.

 

 
 
 
 
 
 
 
 Catatan
Catatan
 
