Ikuti Blog ini
Kembara Amal Semarak Hijau (KASEH) PAS Puchong ,Ahad, Mac 07, 2010 at 7.3.10,
Program ini secara dasarnya telah direka Pra PRU12 oleh Penerangan DPPNS dan pada masa itu program ini hanya dikenali sebagai Semarak Hijau. Dengan sedikit penambahbaikan program ini terus dinamakan “KASEH”oleh DPPNS pasca PRU12.
Berdasarkan pengalaman AJK DPP Puchong sesi lepas sebagai Pengarah Program sulung Semarak Hijau, DPP Puchong mengorak langkah mengadakan “KASEH” peringkat Kawasan sabagai warm up bagi menanti “KASEH” yang akan diperturunkan oleh DPPNS ke DUN Seri Serdang.
Dalam program tersebut banyak aktiviti-ativiti untuk masyarakat setempat seperti futsal persahabatan, smart solat, pemeriksaan kesihatan, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, daftar pengundi dan konvoi bermotor dari pemuda PAS dan Jabatan Amal.
TG Nik Aziz: Harussani Terlibat Dengan Politik Dengan Jubah Seorang Mufti , at 7.3.10,
Terkilan saya apabila Mufti Perak, Sahibus Samahah Tan Sri Harussani Zakaria menyebut nama saya secara terbuka di khalayak. Samada di dalam mesyuarat atau persidangan dewan, menyebut nama seseorang dalam ucapan secara terbuka biarlah dengan kehadiran tuan punya badan.
Sekurang-kurangnya, bolehlah kata-kata tersebut disahkan atau dinafikan. Mufti bukan orang politik yang terdedah dengan kaedah menyerang atau diserang. Mengaitkan nama saya dalam kenyataan politik seorang yang bukan tokoh politik merupakan satu tingkah laku yang tidak beretika. Justeru, apabila mufti mengambil tindakan melagukan nama saya dengan irama politik, saya harus memberikan jawapannya.
Adil juga jika saya menukilkan dahulu sebahagian ucapan beliau di program Dialog Za’ba, Perpaduan Melayu: Cabaran dan Realiti di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), minggu lepas. Antaranya beliau berkata,
“Kenapa Pas tidak boleh bergabung untuk membentuk kerajaan yang sudah pasti akan memperoleh majoriti 100 peratus Melayu memerintah.
“Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
“Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
“Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju,”
Saya ingin menyentuh berkaitan kenyataan yang menyebut beliau datang ke rumah saya. Benar atau tidak, terserahlah kepada khalayak. Bagi saya, ini di antara beliau dan saya. Cuma pertanyaan saya, tidakkah itu satu keterlibatan dengan politik? Sedarkah beliau bahawa kerajaan Perak yang dirampas dari tangan rakyat hari ini didokong oleh UMNO, sebuah parti yang meyakini bahawa politik dan agama tidak boleh bercampur? Dalam bahasa mudahnya, politik suku agama suku.
Jika mufti sendiri sanggup turun melaksanakan urusan berkaitan politik, ertinya beliau beranggapan tugasnya sebagai mufti meliputi tugas politik. Adakah bagi beliau, politik dan agama mesti selari, tidak boleh berpisah? Jika demikian, beliau telah mengiktiraf perjuangan PAS adalah benar. Jika tidak, kenapa libatkan diri dengan politik? Bukankah itu salah mengikut akidah UMNO?
Inilah yang diperjuangkan oleh PAS. Tegak berdirinya PAS dengan perjuangan menjadikan Islam sebaagai cara hidup. Tidakkah al-Quran sebuah kitab yang syumul? Isinya bukan sahaja akidah, bahkan soal ekonomi, politik, rumahtangga, psikologi dan kaunseling, semuanya ada di dalam al-Quran. Tidakkah ini merupakan tiang seri perjuangan PAS sejak sekian lama? Jika mufti Perak beranggapan politik dan Islam perlu selari, selangkah kaki beliau sepatutnya sudah berada di dalam PAS!
Jika beliau tidak berpandangan Islam dan politik perlu selari, tetapi terus terlibat dengan politik dengan jubah seorang mufti, maka dengan sendirinya beliau telah menjadi ejen. Dalam kes ini, beliau telah menjadi ejen UMNO. Hilang luruh kemuliaan seorang mufti kalau merelakan diri menjadi ejen. Apatah lagi menjadi ejen sebuah parti politik sekular.
Saya kira, jika seorang mufti yang menjadi ejen parti politik sekular, itu bukanlah lagi al-mufti (yang memberikan fatwa) tetapi al-mufta (yang diberikan fatwa). Cukuplah sekadar itu respon balas saya terhadap kenyataan beliau.
NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Pejabat Menteri Besar Kelantan.
21 Rabiul Awal 1431 / 7 Mac 2010
Gambar-Gambar Untuk Tatapan Mohsin , at 7.3.10,
Demo telah diadakan diperkarangan rumah Paksu karim di Sg. Bogak petang tadi jam 4.00pm 7 mac. 2010.
Betul ke dia di tawarkan rm5 juta..? sebelum dia bersetuju untuk lompat menjadi bebas dia telah ditunjukkan wang tunai 1juta didalm beg..? selepas pengumuman dia hanya dibayar rm100ribu sebagai pendahuluan.?. ini cerita-cerita yang bermain di demontrasi tadi..dan juga ketua keadilan sdr naseeb memberitahu bahawa mohsin sekarang berada di Indonesia..(banjar masin)..?
HANYA KERANA DUIT YANG TIDAK DAPAT DIBAWA BERSAMA BILA MENJADI MAYAT, MEREKA SANGGUP HILANG MARUAH, SANGGUP MENGKHIANATI PENGUNDI-PENGUNDI DAN PETUGAS YANG TELAH SOKONG MEREKA SEWAKTU PRU YANG LEPAS.
HALAL KE DUIT ITU, APA KESANNYA MEMBERI MAKAN ANAK BINI MEREKA....kena tanya ularmak anak Nordin dari kulim..
DS Anwar rela tak jadi ketua pembangkang , at 7.3.10,
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, jika perlu beliau sanggup melepaskan jawatan ketua pembangkang kepada DAP yang kini mendominasi jumlah kerusi Pakatan Rakyat di parlimen.
“(Bergurau) Saya lebih pengalaman sebagai menteri. Tetapi Lim awal-awal lagi berkata, perkara itu bukan isu,” katanya.
Setelah empat ahli parlimen PKR bertindak keluar parti dan menjadi wakil bebas baru-baru ini, parti itu kini hanya memiliki 27 kerusi berbanding DAP sebanyak 28. PAS pula mempunya 23 wakil dalam Dewan Rakyat.
Pada lazimnya, pembangkang yang terkuat dalam parlimen akan melantik seorang wakil mereka sebagai ketua pembangkang.
Ketika menyampaikan ucapan perdana sempena Konvensyen Pakatan Rakyat Selangor di Shah Alam hari ini, Anwar juga berkata, usaha Umno yang mahu mengambil kesempatan atas keadaan tersebut tidak akan berjaya.
“Umno pening macam mana hendak lagakan ketiga-tiga parti ini. Mereka tidak tidur. (Kalau tidur dan) mimpi pun, (mimpi) macam mana hendak gaduhkan kita,” katanya disambut gelak-ketawa para perserta.
Sementara itu, Lim (bawah) yang juga ahli parlimen Ipoh Timur yang berucap sebelum itu turut menyatakan pendirian yang sama.
PKR, DAP dan PAS Selangor hari ini menganjurkan konvensyen pertama mereka dekat bangunan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri bagi mengukuhkan persefahaman antara mereka.
Konvensyen bertemakan “Bermuafakat Menjunjung Amanah Rakyat” itu berjaya menghimpunkan kira-kira 500 peserta daripada ketiga-tiga anggota parti masing-masing di seluruh Selangor.
Berdasarkan ucapan-ucapan pemimpinnya, konvensyen tersebut dilihat cuba mentententeramkan penyokong Pakatan Rakyat supaya tidak bimbang dan panik dengan fenomena keluar parti seorang demi seorang yang melanda wakil rakyat mereka.
Keluar Parti ‘Buang Buruk’ , at 7.3.10,
KUALA TERENGGANU – Proses peralihan kerajaan sebagaimana sasaran Pakatan Rakyat (PR) tidak akan terjejas, walaupun terpaksa berhadapan dengan isu tindakan keluar parti beberapa wakil rakyat melibatkan pemimpin Parti Keadilan Rak-yat (PKR) sejak belakangan ini.
Ketua Penerangan Pas Terengganu, Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata, mereka yang terbabit keluar parti ibarat ‘buang buruk’ yang tidak memberi sebarang kekurangan kepada pembangkang.
Menjelaskan perkara itu beliau berkata, kebiasaan pemimpin pembangkang yang keluar parti tidak disertai penyokongnya sebagaimana berlaku dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Sehubungan itu, Nik Muhammad Zawawi yakin perkembangan itu tidak akan menjejaskan matlamat mereka untuk mengambil alih kerajaan.
“Inilah yang memberi kelebihan dan keistimewaan kepada kita apabila pemimpin keluar parti, penyokong tidak ikut serta. Istilah yang sesuai adalah ‘buang buruk’ kerana yang keluar parti hanya individu tertentu sahaja.
“Sebaliknya, apabila pemimpin BN keluar parti, ramai yang akan ikut serta sebagaimana berlaku terhadap Ketua Umum, Datuk Seri Anwar Ibrahim sehingga menjejaskan UMNO sehingga ke hari ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan terbaru Ahli Parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang mengumumkan keluar parti kelmarin dan menjadi wakil rakyat Bebas berkuat kuasa serta-merta.
Dalam masa sama, Bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim tetap dengan jangkaannya sebelum ini bahawa lebih 10 wakil rakyat akan keluar daripada parti tersebut.
Nik Muhammad Zawawi yang juga Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat melihat pemimpin yang ke-luar parti tidak akan ke mana dalam bidang politik.
Sebaliknya kata beliau, pemimpin itu akan dipandang negatif kerana tidak mampu menjalankan tugas dengan baik dalam parti dan dianggap tidak tetap pendirian
PELANCARAN SEKRETARIAT & HIMPUNAN WANITA PAKATAN RAKYAT PERAK DI IPOH , at 7.3.10,
Pakatan Rakyat negeri Perak mencatat satu lagi sejarah apabila berjaya menganjurkan Pelancaran Sekretariat dan Himpunan Wanita Pakatan Rakyat Perak pada 6 Mac 2010, hari Sabtu bertempat di Hotel Hillcity, Ipoh. Ia telah bermula pada jam 8.00 pagi.
Menurut Pengarah Program, Ustazah Bariah Alang Sapri yang juga merupakan Ketua Dewan Muslimat PAS Perak, antara objektif penubuhan Sekretariat Wanita PK Perak adalah untuk meneruskan kesinambungan semangat setiakawan ketiga-tiga parti komponen PR Perak di samping ia menjadi platform untuk merangka program-program melibatkan wanita dengan lebih tersusun dan berkesan.
Antara para tetamu khas yang diberikan kesempatan menyampaikan ucapan ialah pimpinan wanita/muslimat peringkat pusat masing-masing. Dewan Muslimat PAS Pusat diwakili oleh Puan Salbiah, Wanita PKR Pusat diwakili YB Rodziah Ismail dan Wanita DAP Pusat pula diwakili oleh YB Leong Lee Meng.
Ucapan perasmian oleh DS Hj. Nizar.
Dato' Ngeh menyampaikan ucapan.
Sdr. Mustafa Kamil Ayub berucap mewakili PKR.
Kemudian, para perwakilan mendengar ucapan daripada Dato' Ngeh Kor Ham. Manakala Perasmian Penutupan telah dilakukan oleh YB Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin.
Pada akhir program, kesemua perwakilan membaca ikrar di mana antara lain isi ikrar tersebut ialah berjanji akan berusaha gigih untuk mengembalikan semula kuasa kerajaan negeri kepada PR untuk meneruskan agenda sebagai sebuah kerajaan yang adil dan telus.
Majlis telah bersurai kira-kira pukul 1.00 petang.
JOMHEBOH : Kelantan Benarkan Dengan Bersyarat , at 7.3.10,
Kerajaan negeri juga menetapkan syarat supaya penonton diasingkan mengikut tiga kategori iaitu berkeluarga, lelaki dan wanita.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan berkata persetujuan kerajaan itu hasil perbincangan antara pihak Media Prima dan kerajaan negeri.
“Keputusan itu dibuat oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) baru-baru ini, berdasarkan syarat-syarat yang dipersetujui kedua-dua pihak,” katanya kepada pemberita di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, di sini hari ini.
Terdahulu, Takiyuddin menyambut ketibaan penumpang penerbangan sulung syarikat penerbangan tambang murah Silver Fly, milik Berjaya Air dari Ipoh ke Kota Baru.
Beliau berkata keputusan kerajaan negeri menerima pertunjukan Konsert Jom Heboh TV3 itu mulai tahun ini menunjukkan kerajaan tidak mengharamkan hiburan sebaliknya mengawal pertunjukan hiburan mengikut enakmen hiburan yang diterima pakai di Kelantan.
Beliau berkata sebelum ini kerajaan negeri pernah menolak permohonan TV3 untuk menganjurkan Sure Heboh kerana ia bertentangan dengan konsert hiburan yang dikehendaki oleh Enakmen Hiburan di negeri ini.
“Tetapi setelah pihak berkenaan (TV3) memperakukan segala peraturan dan syarat-syarat pertunjukan itu, kerajaan negeri sedia menerima konsert itu tahun ini,” katanya.
Takiyuddin berkata pada konsert itu, pihak berkenaan akan mengadakan satu slot khas bercorak agama yang melibatkan penyertaan Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Kenyataan Bangang Zul Kulim, Lawak Sungguh!!! , at 7.3.10,
Terima kasih kepada Harussani ! , at 7.3.10,
Cina Islam.
Berikutan dengan kenyataan Mufti Perak , Tan Sri Harussani Zakaria dalam program dialog Zaaba di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) semalam, yang mendakwa PAS Perak dengan angkuh menolak cadangan tersebut walaupun pada dasarnya mendapat perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah dan dipersetujui kepimpinan parti itu.
Namun perkara itu telah disanggah oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga pesuruhjaya PAS Perak pada masa itu , Ahmad Awang mendakwa Tan Sri Harussani Zakaria telah menokok tambah perbualan mereka ketika mufti Perak itu menghubunginya bagi memujuk PAS. Dalam bahasa lain Harussani telah berbohong.
Selayaknya dan dalam bahasa yang paling mudah Hasussani sekarang ini bukan lagi berperanan sebagai Mufti Perak yang sebenarnya, namun dia adalah Penasit Agama kepada UMNO, malah semacam jurucakap pula dalam permasalah tersebut.
Satu lontaran persoalan awal, kenapa perkara ini dilontarkan kepada orang yang berada diluar Perak dan dihadapan kalangan ilmuan dan mereka yang saya kira tidak selayaknya mengetahui dengan jelas perkara itu.
Atau adakah Harussani sudah tidak berani untuyk menghalalkan Kerajaan Perak yang ada sekarang di Perak , tetapi cuma berani untuk menghalalkannya diluar. kalau berani datanglah ke Parit Buntar untuk mengulangi ucapan tersebut.
Selain itu dalam pendedahan yang berlaku itu saya anggap satu rahmat kepada PAS dan Pakatan Rakyat Perak kerana ia menjadikan satu medan bagi menjelaskan betapa PAS ikhlas dan sangat konsisten dalam menegakkan prinsipnya untuk bersama dengan DAP dan PKR dalam menubuhkan kerajaan di Perak satu masa dulu.
Seperti yang didedahkan oleh Ust. Ahmad Awang bahawa Harussani berkata kerajaan perpaduan yang dicadangkan itu berteraskan Melayu dan Islam, sedangkan mufti Perak itu mendakwa pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham anti-Islam. Lalu disanggah olehnya dengan berkata bahawa beliau mengenali pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Kor Ham sejak tujuh atau lapan tahun lalu, dan mengetahui beliau beragama kristian.
"(Tetapi) Ngeh tidak pernah bersikap anti-Islam," tegas Ust. Ahmad Awang.
Perkara ini mendedahkan bahawa kita bersama dengan DAP atas dasar mengenali lebih dekat dengan mereka dan tahu hati budi pimpinannya, sebaliknya Harussani walau seorang yang dipanggil mufti namun sengaja menegakkan hujah dan benang basahnya tanpa ada alasan yang kuat.
Perkara ini menyerlahkan sikap kita yang sebenarnya dan saya yakin akan mendapat perhatian penghormatan yang tinggi dari DAP.
Kerana itu beberapa hari lepas dalam Mesyuarat bulanan Pakatan Rakyat Perak, DAP bertegas dan telah dipersetujui sebulat suara bahawa jawatan Ketua Pembangkang di DUN Perak diserahkan kepada DS. Nizar. Walaupun diperingkat awal kita beralah dan menjelaskan kerusi PAS jauh lebih sedikit dari mereka tetapi DAP tetap bertegas menyerahkannya kepada PAS.
Saya masih hairan dengan Harussani yang sangat dekat dengan perjuangan Melayu bersama UMNO sedangkan jelas perjungan Assobiyah yang dicanangkan oleh UMNO itu jelas bercanggah dengan Islam. Sepatutunya persoalan assobiyah yang menghantui perjuangan UMNO sudah cukup untuk Harusssani berdiam diri dan jangan terlalu memihak.
Sayangnya apa yang ditunjukkan oleh Harussani menyebabkan raputasi masyarakat Islam terhadapnya sudah sangat merosot. Ianya sangat dikesali oleh para "kulaan" . rungutan dari kawan-kawan sepengajian di Kolej Islam Kelang sering saya dengar.
Apa boleh buat, Harussani mahu dia tidak dihormati itulah yang dia dapat sekarang ....