Ikuti Blog ini

Datuk Ghafir Mahu Saman Utusan Kerana Putarbelit Kenyataan "Reban Ayam"



Bekas Timbalan Panglima Tentera Darat, Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid mahu memfail saman ke atas Utusan Malaysia berikutan kenyataannya diputar belit akhbar kawalan Umno itu.

Ghafir menegaskan, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkan mereka tiada misi jelas sehingga perlu ‘duduk di bawah rumah orang dan reban ayam’.

Beliau sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur diputar belit akhbar itu.

“Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

“Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin kenyataan saya. Saya akan saman mereka,”
kata Ghafir dipetik Malaysiakini.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan, Ghafir memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas di Sabah.

Kenyataan beliau diputar dan dilaporkan sebagai: pasukan keselamatan ‘hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam’ dan seolah-olah mendakwa pelaksanaan Ops Daulat gagal.

Beliau dilapor membuat kesimpulan bahawa kegagalan risikan awal khususnya oleh tentera membuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan terkejut menyelesaikan masalah di sana. -KD



Kenyataan 'reban ayam': Saya tak hina, kata Ghafir


Bekas pegawai tertinggi tentera Leftenan Jeneral (B) Datuk Ghafir Abdul Hamid berkata, beliau tidak pernah menghina pasukan keselamatan dengan menyifatkannya tiada misi jelas sehingga perlu "duduk di bawah rumah orang dan reban ayam".

Bekas timbalan panglima Angkatan Tentera Darat itu sebaliknya berkata, kenyataannya pada 12 Mac lalu di sebuah forum di Kuala Lumpur itu diputar belit oleh akhbar Umno Utusan Malaysia.

"Apa yang saya kata sebelum ini ialah, jika tentera tidak membuat risikan dengan proper, maka tentera terpaksa cari musuh di tepi rumah orang, tepi reban ayam.

"Saya menyentuh kegagalan perisikan. Utusan dah spin (putar -belit) kenyataan saya. Saya akan saman mereka," kata Ghafir ketika ditemui Malaysiakini dalam sebuah ceramah di Seremban malam tadi.

Utusan Online pada 13 Mac lalu melaporkan Ghafir sebagai memperleceh cara polis dan tentera menangani pengganas sehinggakan "hanya duduk di bawah rumah orang dan di reban ayam".

Beliau juga dilapor menyifatkan seolah-olah pelaksanaan Ops Daulat gagal danmembuatkan pasukan keselamatan dalam keadaan keadaan terkejut menyelesaikannya.

'Tengok dia punya jamban'

Sementara itu, Ghafir turut menyelar tindakan kerajaan membeli senjata mahal secara tender rundingan terus dan bergantung kepada satu pertender semata-mata, sehingga mewujudkan perbezaan harga yang ketara berbanding pembelian negara lain.

"Banyak kos-kos tersembunyi. Kita boleh tanya apa dia kos tersembunyi? Termasuklah komisyen. Kalau orang kaya dipanggil komisyen, kalau mata-mata di tepi jalan dipanggil rasuah," katanya.

Menurut beliau lagi, beliau sudah banyak kali menimbulkan situasi yang merugikan duit rakyat itu tetapi belum mendapat respon daripada Kementerian Pertahanan.

"Satu lagi apabila membeli senjata yang kita sentiasa kita balik kepada pembekal untuk dapatkan alat ganti. Apabila senjata itu rosak kena hantar ke London, Perancis atau sebagainya.

"Jadi benda itu makan duit yang banyak. Disebabkan itu kalau kita perhati, sektor-sektor yang penting tidak dibangunkan.

"Umpamanya kalau kita tengok berek. Berek tentera Kem Rasah (Seremban), tak usah pergi jauh lah kan. Sehingga hari ini menjadi bukti bagaimana baik atau tak baiknya Kem Rasah. Kalau tengok dari luar memang cantik.

Masuk dalam, tengok dia punya jamban! "Ada bekas tentera sini tak? Ramai?" soalnya sambil disambut laungan "ya" oleh segelintir daripada 800 orang ramai yang hadir.

Ghafir mempersoalkan kenapa keadaan kekurangan sebegitu boleh berlaku sedangkan negara Malaysia sebuah negara yang kaya.

"Kalau tidak kerana rakusnya mereka berbelanja, saya rasa keadaan rumah keluarga, dewan makan mereka (tentera) boleh dimodenkan.

Turut berceramah ialah bekas panglima Logistik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Briged Jeneral (B) Datuk Abdul Hadi Abdul Khatab dan Timbalan Ketua Cabang PKR Seremban, Dr Mohamad Rafie Abdul Malek.
-mk

Pengerusi, AJK Persatuan Kerabat Perak sertai PAS





BERUAS: Pengerusi Persatuan Kerabat dan Waris Negeri Perak, Raja Rozmal Raja Yaacob mengisytiharkan menyertai PAS.

Beliau menyerahkan borang permohonan keahlian PAS bersama 30 AJK dan ahli persatuan itu kepada Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu program ceramah politik di Beruas, dekat sini malam tadi.

Dalam ucapannya, Raja Rozmal berkata, penyertaan tersebut tidak didorong oleh sesiapa tetapi atas kesedaran sendiri setelah melihat perjuangan PAS adalah benar.

Menurutnya, penyertaannya juga akan memberi ruang kepada beliau dan ahli jawatankuasa membantu PAS dan Pakatan rakyat untuk memenangi PRU13 nanti.

Di akhir ucapannya, Raja Rozmal membacakan ikrar dengan mengatakan akan memberi sokongan padu kepada Pakatan Rakyat.

“Saya mewakili anak-anak Raja dan Waris Negeri Perak akan menyatakan sokongan penuh tidak berbelah bahagi demi memastikan kebenaran dan keadilan dapat ditegakkan melalui perjuangan yang dibawa oleh PAS,” katanya dan disambut dengan laungan takbir oleh ribuan hadirin. (Gambar atas.)

Sementara itu, Mohammad Sabu berkata, kemasukan Raja Rozmal itu memberi isyarat jelas bahawa rakyat di semua peringkat dan golongan inginkan perubahan.

Kata beliau, Umno tidak senang dengan suasana sekarang kerana ia telah menggugat impian mereka untuk terus berkuasa di negara ini.

Tegasnya, momentum perubahan tersebut telah memuncak dan tiada sesiapa yang boleh menghalang rakyat untuk terus membuat perubahan. -Hrkh
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .