Ikuti Blog ini

UMNO Dulu Kini dan Selamanya Pungkoq!!!



Gambar-gambar di bawah menunjukkan aksi-aksi penyokong BN yang.......


Seronok depa...ye la...hangpa dok atas bukit....kami kat bawah...elok la tu...dapat clear view betapa ramai dan kuatnya kami PR!!!

Ish...ishhh...memang terlampau...heran betul, di setiap penamaan calon pasti ada aksi ini yang saya lihat...tapi kali ini lensa kami berjaya pula merakamnya...

Kena ulang tayang...sebab dalam akhbar arus perdana dan tv perdana pasti tak tunjuk...tapi PM pandai saja nak kata penyokong PR LIAR...kamu yang LIAR wahai Najib...penipu besar...LIAR LIAR!!!!

Dalam FB saya, saya selitkan gambar ni dengan persoalan kenapa mereka suka tayang punggung....saya dapat satu respon ni...nak tunjuk mana letaknya otak diorang. malangnya, otak letak kat punggung....apa pula pendapat anda???


Ni lagi orang yang sama...semakin panas dan ganas....

Menarik gak kata-kata yang tertulis tu.."nampaknya ISA masih diperlukan, pinda boleh, hapus jangan"

Kalau untuk akta ISA memang boleh dihapuskan sebab undang2 ciptaan manusia...tapi untuk ISA SAMAD, makhluk ciptaan Allah...hanya Allah yang berhak menghapuskannya dan memusnahkannya bila tiba masa...kita manusia buat pilihan yang baik mengikut ukuran yang digariskan oleh Allah dan Sunnah.


Janji umno masa Pilihanraya dulu?
buat dah ke?

Program LPN Selangor di Ldg Siliau sangat berjaya

BAGAN PINANG, 4 Okt - Sambutan Ulang Tahun Ke-2 'PAS For All' telah dirasmikan oleh Presiden PAS, Dato' Seri Abdul Hadi Awang malam tadi di Ladang Siliau, dekat sini. Majlis ini adalah anjuran Lajnah Perpaduan Nasional Negeri Selangor yang di Pengerusikan oleh YB Dr Halimah Ali dengan kerjasama Lajnah Perpaduan Nasional Kota Raja dan Kelab Penyokong PAS Kota Raja serta petugas-petugas pilihanraya dan Kuala Pilah serta dari Perak.
Majlis yang bermula jam 8.30 malam itu diadakan sempena genap dua tahun slogan 'PAS For All' dilancarkan oleh Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat pada 1 September 2007 merupakan pelengkap kepada penubuhan Kelab Penyokong PAS.Seramai 100 orang penduduk yang hadir ke malis tersebut majoritinya kaum India yang menetap dan berkerja di Ladang Siliau tersebut, sehingga majlis berakhir jam 10 malam tadi.

Hadir dalam majlis tersebut Timbalan Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Pusat, Dr. Halimah bt Ali yang juga ADUN Selat Kelang. Turut serta adalah Dr. Siti Mariah Mahmud, Ahli Parlimen Kota Raja dan YB M.K Arumugam, ADUN Rahang.

Bercakap dalam majlis perasmian malam tadi, Presiden PAS dato' Seri Abdul Hadi Awang yang merasmikan majlis sambutan tersebut dalam ucapannya berkata,

Beliau mengharapkan agar penduduk sekitar Siliau terus memberi sokongan dan bangkit membuat perubahan pada pilihanaraya kecil Dun Bagan Pinang pada 11 Oktober akan datang.

Beliau turut menjelaskan konsep 'PAS For All' yang menawarkan keadilan dan kesejahteraan kepada semua kaum tanpa mengira perbezaan agama.

Majlis tersebut turut diserikan dengan cabutan bertuah dan sedikit bantuan kepada penduduk setempat yang hadir disampaikan oleh YB Dr. Halimah Ali dan YB Dr. Siti Mariah Mahmud.

Manakala ahli parlimen Kota Raja, Dr. Siti Mariah Mahmud menjelaskan betapa sukarnya menjadi wakil rakyat pembangkang di negeri kerajaan memerintah kerana tidak diberi bantuan kewangan untuk ADUN melaksanakan tugas di DUN masing-masing.

Beliau yang mewakili parlimen Kota Raja yang majoritinya kaum India berkongsi cerita bagaimana sokongan kaum India di kawasannya, sehingga kini permintaan penubuhan kelab penyokong PAS India sentiasa ada.

Turut berucap dalam majlis tersebut, Adun Rahang, M.K Arumugam berkata Bagan Pinang perlu dimenangi bagi menambah kerusi pembangkang dalam sidang DUN Negeri Sembilan sekaligus mengurangkan majoriti BN.

"Kerusi pembangkang perlu ditambah bagi membolehkan kita mencadangkan dan membahaskan usul dalam sidang DUN kerana majoriti yang kurang menyebabkan usul yang dibawa oleh pembangkang tidak boleh dibahaskan dan kita tidak boleh buat apa-apa selagi tidak jadi kerajaan", ujar beliau turut menceritakan bagaimana Adun Pakatan Pakatan Rakyat berhadapan Adun BN dalam sidang Dewan Undangan Negeri Sembilan.


TG Nik Aziz Tolak Tuduhan Kekecohan Dilakukan Ahli PAS Berdasarkan Pakaian


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak dakwaan sesetengah pihak bahawa insiden Anggota Majlis Tertinggi Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim ditumbuk semasa penamaan calon pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang semalam dicetuskan oleh penyokong PAS berdasarkan pakaian, demikian lapor Bernama.

Menteri Besar Kelantan itu berkata pakaian (seragam) adalah dalil atau bukti yang tidak boleh diterima.

"Sebab pakaian seragam sekarang boleh dibeli di mana-mana, malah uniform polis, tentera boleh dibeli untuk digunakan atas sesuatu tujuan atau niat mereka," katanya.

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin diselar kerana membuat tuduhan tanpa bukti kononnya sikap biadap penyokong pembangkang dari PAS yang memukul dan menumbuk penyokong Umno tidak melambangkan sikap parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam.

Katanya, ini merupakan contoh parti yang tidak beradab sedangkan pada masa yang sama ia mengaku memperjuangkan Islam.

"Mereka kata Islam itu berhemah, berbudi pekerti, berakhlak tinggi, bermoral tetapi nampaknya mereka ini tidak seperti parti Islam," katanya kepada pemberita selepas penamaan calon Umno dan PAS di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu.

"Apakah benar yang menumbuk dan memukul itu ahli PAS atau Pakatan Rakyat ataupun ianya adalah temberang UMNO BN sendiri untuk menimbulkan kebencian pengundi terhadap PAS dan Pakatan Rakyat?" tegur seorang pemimpin PAS Kawasan di sini.

"Muhyiddin perlu kemukakan bukti, siapa yang terlibat di dalam insiden berkenaan, ahli PAS nombor berapa dan apa bukti mereka ahli PAS," ujarnya lagi.

Setiap kali pilihanraya kecil atau umum, di mana-mana, akan wujud satu budaya di mana hanya parti pembangkang akan dipersalahkan di dalam setiap insiden pertengkaran yang berlaku seolah-olah ia sudah ada skrip awal untuk memburukkan parti pembangkang.

Jeng Jeng Jeng Najib Altantuya dan Ziana Zain


Mantan PM Tun Mahathir begitu lantang menolak Isa Samad menjadi calon Bagan Pinang. Beliau berulang kali menegaskan Isa tidak layak menjadi calon kerana pernah terlibat dengan politik wang.

Beliau tidak mahu apa yang terjadi di Permatang Pasir berlaku pula di Bagan Pinang.

Tetapi Najib akhirnya memilih juga Isa Samad sebagai calon Bagan Pinang. Beliau tidak menghiraukan saranan Tun Mahathir.

Mengapa Najib terpaksa memilih Isa Samad? Sebenarnya Isa Samadlah yang menjadi penyelamat ketika Najib ditangkap khalwal bersama Ziana Zain di Port Dickson. Itulah jasa terbesar Isa Samad kepada Najib.

Sebab itu walaupun Najib tahu Isa Samad bukanlah calon terbaik namun beliau tidak ada pilihan. Beliau takut Isa Samad akan mendedahkan skandal tersebut.

Isa Samad lah yang mengarah agar Mahkamah Syariah seremban 'off record' skandal tersebut.

Misi calon PAS di Bagan Pinang


[Design+Poster+Calon+1.JPG]
Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar akan mendekati golongan berpendapatan rendah serta mendapatkan gaji minimum untuk pekerja ladang dalam kawasan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang.

Ini merupakan antara usahanya untuk menyelesaikan isu-isu yang disuarakan penduduk di kawasan berkenaan, seramai kira-kira 2,500 pengundi di kawasan Ladang Atherton, Pekan Siliau, Ladang Bradwall serta Sua Betong.

Zulkefly dalam temubual dengan Malaysiakini di rumahnya di Port Dickson hari ini berkata isu tersebut akan dibawa oleh pertubuhan Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan beliau akan turut diperjelaskannya kepada pengundi.

"Jerit sudahpun turun untuk menemui mereka," katanya dan menambah perkara itu turut disentuh dalam ceramah Pakatan Rakyat dalam kempennya.

Dalam ceramah di Markas PAS Batu 4 malam tadi, ahli parlimen Padang Serai N Gobalakrishnan mendakwa, BN lebih senang mengambil sikap "menyusukan kera di hutan" dalam menangani tuntutan pekerja ladang berkenaan.

Zulkefly menjelaskan isu berkenaan perlu diketengahkan kepada pengundi berpendapatan rendah di kawasan berkenaan yang didakwanya tidak mendapat perhatian oleh kerajaan BN.

Pantai tercemar


Menurutnya lagi, beliau juga akan menemui keluarga nelayan di sekitar Batu 7, 8 dan 9 yang terjejas pendapatan mereka akibat buangan industri ke kawasan pantai berkenaan.

"Mereka ini adalah nelayan pantai. Apabila pantai tercemar akibat pembuangan toksik, tangkapan mereka terjejas.

"Jadi mereka perlu keluar lebih jauh ke tengah laut dan ini meningkatkan kos mereka.

"Mereka sepatutnya diubah supaya menjadi nelayan laut dalam," katanya ketika ditemui di kediamannya di Taman Intan Duyung pagi ini.

Beliau turut menyentuh mengenai masalah tekanan air rendah yang sering dialami penduduk Bagan Pinang dan masalah banjir.

"Ini semuanya berlaku semenjak bekalan air diswastakan kepada Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (Sains). Penduduk juga mengadu kerana bil tinggi.

"Masalah banjir itu banjir biasa yang berlaku selepas hujan kerana perparitan tidak sempurna," jelasnya lagi.

Pengundi pos

Beliau bagaimanapun enggan mengulas strateginya bagi memenangi undi pos dari anggota tentera di Bagan Pinang. Semalam Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dilaporkan berkata semakan PAS mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos, yang benar-benar berada di Bagan Pinang.

"Saya tidak ada maklumat itu. Itu biarlah kepimpinan strategi PAS yang jelaskan. Tumpuan saya di sini adalah untuk menemui pengundi dan menjelaskan mengenai rekod PAS dalam memberi khidmat kepada penduduk di sini," kata Zulkefly.

"Contohnya dalam kes JE di Bukit Pelanduk. Ramai penternak babi di situ yang terjejas dan kita telah tolong mereka untuk dapatkan bantuan. Setakat ini masih ada 132 keluarga yang masih terjejas di kawasan itu," katanya,

Menurut Zulkefy lagi, walaupun Bukit Pelanduk tidak termasuk dalam kawasan pilihan raya DUN Bagan Pinang, semasa penamaan semalam, ada penduduk dari kawasan itu membawa sepanduk tentang JE.

"Ini menunjukkan isu ini sudah lama, semenjak sebelum Isa Samad menjadi MB lagi, tetapi masih belum berjaya diselesaikan oleh BN," tambahnya.

ABDUL AZEEZ BOHONG DAKWA DIPUKUL PENYOKONG PAS - SALAHUDDIN



PORT DICKSON: PAS mendakwa Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berbohong berhubung isu beliau dipukul oleh sembilan lelaki yang dipercayai penyokong PAS.

Malah Naib Presidennya, Salahuddin Ayub juga mendakwa Abdul Azeez sengaja mencetuskan provokasi dan mencari publisiti murahan.

"Beliau telah berbohong, beliau bercakap bohong dan beliaulah yang merupakan tokoh provokasi.

"Boleh saya katakan di samping pembohong, beliau juga merupakan pencari publisiti murahan... beliau sebenarnya tidak dipukul.

"Beliau sengaja lalu di kawasan yang telah diwartakan oleh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) dan polis sebagai kawasan untuk penyokong Pakatan Rakyat... saya percaya beliau lakukan dengan niat," katanya dalam sidang media di Markaz Induk PAS di sini hari ini.

Salahuddin berkata demikian bagi mengulas mengenai insiden melibatkan Abdul Azeez yang mendakwa dipukul oleh penyokong PAS.

Menurut Abdul Azeez, beliau telah diserang oleh kira-kira sembilan orang lelaki yang memakai pakaian yang mempunyai logo PAS.

Jelas Salahuddin, beliau sempat bertemu dengan Abdul Azeez semalam di tempat penamaan calon pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang di dewan Majlis Perbandaran POrt Dickson dan menurutnya, beliau tidak nampak sebarang kesan lebam hasil daripada tumbukan seperti yang didakwa.

"Semalam beliau datang berjumpa dengan saya, saya melihat dengan mata kepala saya sendiri, mendengar dengan telinga saya sendiri bahawa beliau mengatakan telah dipukul oleh sembilan orang pemuda PAS.

"Awak boleh bayangkan kalau sembilan orang yang pukul, tentu ada kesan-kesan tumbukan... lebam.

"Malah hari ini saya telah meneliti gambar berwarna di akhbar, saya gunakan mikroskop yang agak canggih, saya tak nampak pun sebarang kesan di leher, tak nampak pun kesan lebam," katanya.

Ditanya sama ada PAS akan membuat laporan polis untuk menyangkal dakwaan Abdul Azeez itu, Salahuddin berkata: "Saya tak nak layan pembohong ini, saya ada banyak kerja lain nak dibuat... biarlah beliau mencari publisiti dalam beberapa hari ini," katanya. (mstaronline)

Nasib Dun Linggi di bawah Isa



TELOK KEMANG, 4 Okt: PAS meminta rakyat N31 melihat sendiri nasib Dun Linggi yang diwakili Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad sejak tahun 1978 lalu, sebelum membuang undi Ahad depan.

Naib Presidennya Salehuddin Ayub pagi tadi mendedahkan projek perhentian bus terbengkalai sejak 10 tahun lalu, yang menjadi simbol kritikan setempat kepada bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu.

"Di tangan saya ini, adalah (gambar) projek terbengkalai sejak 10 tahun lalu, dibina waktu dia (Isa) jadi Adun Linggi. Ketika Isa jadi Menteri Besar pun, ianya tidak juga selesai," katanya.

"22 tahun jadi MB, hanya tapak bas terbengkalai sahaja yang ada (wujud). Ia adalah rahsia umum (dan) tanda tanya seluruh penduduk Linggi, yang pengundi Bagan Pinang perlu tahu."

Beliau juga meminta rakyat tempatan memberi nilai KPI (aras pencapaian utama) kepada Isa, disebabkan gagal menyelesaikan masalah naik taraf jalan utama Pasir Panjang ke Linggi sejak 10 tahun lalu.

ImageBeliau yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian berkata, Umno tidak perlu menggambarkan Isa sebagai pemimpin yang berjasa kepada rakyat.

Ini kerana, orang ramai rata-ratanya tahu Isa merupakan pemimpin Umno yang mengamalkan kronisme, dengan menggunakan kedudukan istimewa sebagai Menteri Besar dan Adun Linggi sebelum ini.

Beliau juga mendedahkan beberapa maklumat risikan � segelintir penyokong tegar Isa sudah mula berkempen secara senyap bahawa jika Umno menjadi Adun kelak, Isa mungkin akan dipertimbang untuk dilantik menjadi Menteri Besar semula.

Ditanya tentang isu pergelutan yang dikatakan berlaku pada hari penamaan calon semalam, Salehuddin menegaskan ianya angkara Ketua Putera Umno Malaysia Datuk Abdul Azeez Abdul Rahman.

"Azeez datang kepada saya mengatakan dia dipukul oleh lapan orang Pemuda PAS dalam wajah yang senyum, tiada kesan pukul, bajunya puteh bersih," jelas Salehuddin merujuk pada pertemuaannya di perkarangan dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

"Inilah kerja provokasi jahat Azeez. Sepatutnya pemimpin muda perlu membawa isu yang lebih integriti, bukannya berbohong sana-sini," tegasnya lagi.

ImageBercakap pada sidang media yang sama, Pengarah Operasi PAS untuk pilihan raya ini, Dr. Dzulkifli Ahmad menyifatkan strategik kempen Umno sebagai cara berpolitik lama dan tidak jujur.

"Kita (rakyat) sebenarnya sudah muak mendengar janji politik bahawa Umno akan menaburkan projek, jika anak tempatan itu (Isa) menang. Apa penjelasan mereka (Umno) tentang projek terbengkalai (di) Linggi itu," soal Dzulkifli.

"22 tahun jadi Menteri Besar, (perhentian bas) ini pun tidak boleh selesai. Jika isu sekecil ini pun tidak dapat diselesaikan, tidak perlulah dimainkan isu-isu anak tempatan kerana Linggi juga rakyat tempat.

"Ini (projek terbengkalai) menggambarkan Umno sudah ketinggalan 20 tahun."

Dzulkifli berjanji membuat satu pendedahan setiap hari, sehingga hari akhir berkempen.

Sambil menunjuk peta perparitan Port Dickson, Salehuddin dan Dzulkifli dijangka mendedahkan beberapa skandal rasuah dan penyelewengan Umno di Port Dickson pada jam 11 pagi esok.

Dalam ulasan berkaitan, Zulkifli menjelaskan bahawa rakyat negeri telahpun melakukan perubahan dengan memberi 15 kerusi dari 19 kerusi Adun kepada Pakatan Rakyat.

Jika Zulkefly (calon) menang di Bagan Pinang, bermakna Pakatan bukan sahaja kian kukuh di Negeri Sembilan, malah menjadi sumbu sumbu perubahan bersama di Malaysia-Selatan.

Sebelum berkecimpung dalam PAS, Zulkefli dikenali khalayak dalam aktiviti kemasyarakatan; melalui Teras Pengupayaan Melayu (TERAS), No Incenarator di Borga dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain.

ImageTurut menyertai Salehuddin dan Zulkifli, Ketua Pengarah Jabatan Pilihanraya PAS Pusat (JPPP) Datuk Abdul Halim Abdul Rahman (Ahli Parlimen Pengkalan Chepa).

Semalam, akhbar Sinar Harian melaporkan Azeez mendakwa dirinya dipukul lapan pemuda yang dipercayaai penyokong PAS.

Jun 2005, Isa telah digantung oleh Lembaga Disiplin Umno kerana sah mengamalkan rasuah dalam Pemilihan Agong Umno (PAU) 2004.

Pergantungan itu, sekali gus mendesak Isa melepaskan jawatan Menteri Wilayah Persekutuan pada Oktober 2005.

Pergantungan itu juga dikatakan khalayak tempatan, mengurangkan cabaran kepada Menteri Besar selepas Isa; iaitu Datuk Seri Utama Mohamad Hassan.

Hari pertama berkempen ini menyaksikan bahawa PAS cuba meletakkan calonnya lebih integriti dan bersih, manakala Umno dan Isa pula sedaya upaya berselindung di sebalik sentimen anak tempatan untuk meraih sokongan; sebelum terus ke pejabat Menteri Besar kelak

Zul Ucap Terima Kasih Dan Yakin Menang



Calon PAS, Zulkefly Mohamad bin Haji Omar merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pimpinan tertinggi PAS, pimpinan PKR dan DAP, semua petugas dan penyokong yang turut serta memberi sokongan dalam penamaan calon pagi semalam.

"Tidak lupa juga kepada semua penyokong yang mendoakan perjalanan hari penamaan calon walaupun tidak dapat hadir bersama ke tempat penamaan calon itu," ujarnya ketika ditemui di markaz induk PAS Bagan Pinang selepas selesai penamaan calon.

Disamping itu, beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada semua parti Pakatan Rakyat yang memberi kerjasama dan sokongan yang cukup baik kepada PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.

Tambahnya, kepercayaan yang diberikan oleh Pakatan Rakyat merupakan amanah yang besar kepadanya dalam mengisi kemenangan berturut kepada Pakatan Rakyat.

Ditanya mengenai peluang untuk menang, beliau yakin bahawa Pakatan Rakyat yang diwakili oleh PAS mampu memenangi kerusi DUN Bagan Pinang pada hari pengundian 11 Oktober nanti. Ditambah sokongan kuat dan gerak kerja berterusan dari ahli PKR dan DAP

"Ini adalah berdasarkan kepada kesedaran rakyat Bagan Pinang yang memahami keadaan politik negara pada masa ini," ujarnya.

Terdahulu, beliau turut meminta petugas dan penyokong PAS agar menunaikan solat hajat demi mencapai kemenangan yang diharapkan.

Pas Yakin Menang!






Larangan kibar bendera parti tak bertanding tak jejaskan kemeriahan



TELUK KEMANG: Proses penamaan calon pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang yang berlangsung semalam sekali lagi menyaksikan lautan penyokong Pakatan Rakyat memenuhi jalan raya dan kawasan Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD).

Penyokong Pakatan terdiri daripada PAS, PKR dan DAP dari seluruh negara turun memberikan sokongan padu kepada calon PAS, Zulkefly Mohd Omar seawal jam lapan pagi.

Meskipun arahan terbaru Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) melarang parti politik yang tidak bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang mengibarkan bendera, logo dan gambar pemimpin mereka sepanjang kempen, namun ia tidak menghalang dua parti itu menunjukkan sokongan dari sudut lain.

Buktinya, tidak boleh mengibarkan parti sendiri, mereka masing-masing mengibarkan bendera PAS menjadikan bendera PAS berkibaran di mana-mana sahaja mengalahkan bendera Barisan Nasional. Namun ada juga bendera PKR dan DAP kelihatan di celah-celah bendera PAS.

Ini kerana larangan SPR itu tidak disertakan dengan bukti bahawa ada peruntukan undang-undang yang melarang mana-mana pemimpin atau parti politik berkempen bagi seseorang calon di sesuatu pilihanraya kecil.

Image Seorang penyokong Pakatan Rakyat dari DAP, K Sarojadewi yang ditemui menyatakan rasa tidak puas hati terhadap larangan SPR yang disifatkan sengaja diada-adakan itu kerana mendakwa ianya mengurangkan kemeriahan dalam satu-satu pilihanraya.

"Saya tak puas hati pasal SPR melarang parti selain parti yang bertanding mengibarkan bendera parti masing-masing. Kenapa SPR buat macam tu?Saya seratus peratus tak setuju. Biarlah semua parti kibar bendera. Barulah meriah,"katanya.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar baru-baru ini dilaporkan berkata kebenaran hanya diberikan kepada parti yang bertanding memasang bahan kempen seperti gambar calon, logo parti dan pemimpin mereka.

ImageNamun, parti komponen Barisan Nasional sewaktu penamaan calon juga tidak mengendahkan larangan itu apabila banyak bendera MCA dan MIC dikibarkan.

Ditanya mengenai sokongan terhadap calon PAS pula, Sarojadewi yang merupakan Ketua Wanita DAP Dun Senawang berkata, DAP menyokong penuh Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, Zulkefly sebagai calon.

Ujarnya, DAP tidak mempunyai apa-apa masalah dengan calon yang dipilih PAS dan hadir memberikan sokongan penuh kepada PAS.

"Tak ada apa-apa masalah dengan calon dan PAS sendiri. Semua ok. Kami turun semata-mata untuk menunjukkan sokongan kami terhadap PAS,"ujarnya yang telah berada di kawasan penamaan calon seawal jam 7.30 pagi lagi bersama rakan-rakan yang lain.

Image Dianggarkan hampir 50, 000 penyokong Pakatan Pakyat menyertai perarakan calon.

Meskipun hujan lebat turun kira-kira 15 minit sewaktu perarakan, sedikit pun tidak mematahkan semangat para penyokong untuk terus menzahirkan sokongan terhadap calon PAS.

Sebaliknya laungan takbir terus bergema menaikkan lagi semangat penyokong tidak kira Melayu, Cina atau India.

Pilihanraya kali ini menyaksikan perlawanan dua penjuru antara PAS dan BN. BN meletakkan Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Samad sebagai calonnya. Hari mengundi ditetapkan pada 11 Oktober ini.

















Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .