Ikuti Blog ini

Khalid hairan ditukar kawasan mengundi


Kawasan mengundi bagi Menteri Besar Selangor, Tan Sri  Abdul Khalid Ibrahim nampaknya telah ditukar tanpa pengetahuannya, seperti yang terbukti menerusi carian di lamanweb Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

NONESemakan di lamanweb tersebut mendapati Khalid (kanan) kini
merupakan pengundi di kawasan pilihan raya Lembah Pantai yang diwakili Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Lokaliti mengundi beliau disenaraikan sebagai Rumah Kakitangan Universiti di bawah daerah mengundi Universiti.

Bagaimanapun, difahamkan Khalid sebelum ini mengundi di kawasan Parlimen Petaling Jaya Selatan. Tidak jelas sudah berapa lama beliau menjadi pengundi di sana.

Ketika dihubungi, seorang pegawai pejabat menteri besar yang enggan namanya disiarkan, mengesahkan Khalid tidak membuat sebarang perubahan pada kawasan mengundinya atau dalam kad pengenalannya.

"Setakat yang beliau tahu, beliau masih pengundi di Petaling Jaya (Selatan) dan alamat pada kad pengenalan beliau adalah di Pasir Tuntung, Kuala Selangor - bandar kelahirannya," kata sumber yang rapat dengan menteri besar itu.

Sumber itu menambah bahawa menteri besar yang telah dimaklumkan mengenainya "memandang berat" perkara itu dan akan menyemak dengan SPR dan Jabatan Pendaftaran.

Tindakan mensabotaj MB?

Malaysiakini membuat semakan tersebut selepas Ketua Pemuda Umno Seputeh, Mohd Razlan Muhammad Rafii, menyiarkan di blognya bahawa Khalid telah menjadi "pengundi hantu" di Lembah Pantai.

NONEMohd Razlan juga mendakwa peralihan kawasan mengundi itu, yang
hanya boleh berlaku jika menteri besar itu  menukar alamat pada kad pengenalannya, adalah kerja dalam untuk mensabotaj Khalid.

Khalid tidak boleh bertanding sebagai ADUN di Selangor jika kad pengenalannya menunjukkan dia pemastautin di Kuala Lumpur.

Menurut peraturan SPR, calon yang bertanding kerusi DUN mesti menjadi penduduk negeri berkenaan.

Ini bermakna beliau tidak boleh lagi menjadi menteri besar untuk penggal kedua. -M'kini

TG Nik Aziz produk istimewa negeri Kelantan - Aziz Desa



KOTA BHARU, 15 Mac: Ketua Pegawai Operasi Kelantan Trade Cantre (KTC) Aziz Desa menyifatkan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz  Nik Mat adalah produk istimewa di negeri itu.

Katanya, kerana keistimewaan yang ada pada Tuan Guru, masyarakat di negara ini termasuk luar negara datang khusus ke negeri Tadahan Wahyu itu semata-mata untuk bertemu dengan Tuan Guru dari dekat.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan program ceramah keibubapaan ‘Zuriat Kita Tanggungjawab Kita’ anjuran Kelantan Trade Cantre (KTC) dan Buraqoil, di sini malam tadi.

Aziz Desa, personaliti TV adalah bekas Setiausaha Akhbar Menteri Besar Kedah, Tan Sri Sanusi Junid ketika Kedah diperintah oleh BN sebelum ini.

Pada masa yang sama beliau berkata, hasrat kerajaan Kelantan untuk menarik pelancong sempena Tahun Melawat Kelantan (TMK@12) seramai 6 juta orang akan berjaya.

Jelasnya, ini kerana pelbagai keunikan yang tersendiri dapat dinikmati oleh pelancong termasuk mengikuti kuliah seorang Menteri Besar di Dataran Ilmu, Kota Bharu.

“KTC akan bekerjasama dengan kerajaan negeri untuk menjayakan hasrat itu dan insyaallah, esok seramai 40 orang rombongan para guru dari Kedah akan menginap di sini dalam rangka lawatan mereka selama dua hari,”ujarnya.

Anak-anak Muda Diseru Hapus Kemungkaran ‘Besar’

KUALA TERENGGANU – Tujuan PAS mengadakan konsert-konsert kesenian dan hiburan bukan untuk berhibur semata-mata, tetapi adalah untuk mengajak orang ramai mendengar segala kata-kata nasyid dan lagu yang disampaikan.

PAS dengan itu berharap, ia dapat membuka hati-hati manusia untuk memahami agama dan memahami perjungan Islam itu adalah sangat indah serta penyelesaian melalui Islam adalah yang terbaik.

Ketua Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, PAS tidak pernah mengharamkan muzik dan konsert, melainkan ia melanggar tuntutan dan syariat Allah.

“Semenjak PAS ditubuhkan sehingga hari ini, kerana (atas) dasar Islam kita (PAS) tidak pernah berkata bahawa muzik itu haram,

“konsert hiburan kita tidak pernah kata haram, melainkan apabila ia melanggar batas-batas agama Allah SWT,”tegasnya ketika menyampaikan tazkirah pada Konsert Gema Keinsafan, disini pada Selasa malam, 13 Mac.

Katanya, antaranya yang menjadikan muzik atau konsert itu haram menurut Islam apabila berlaku dengan muzik  dan konsert itu, campur gaul yang bebas antara lelaki dan perempuan, terdedah dengan arak dan dadah, terdedah aurat yang akan melahirkan maksiat dan kejahatan.

Sehubungan itu, beliau berkata, masyarakat masakini seringkali menilai perkara ‘haram’ secara tidak tepat sehingga melupakan kemungkaran sebenar yang berlaku.

Menurutnya, kemungkaran yang lebih besar yang mesti dihancurkan adalah rasuah, pecah amanah, membolot harta rakyat, menghina Islam dan menghina RasuluLlah SAW.

Justeru itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangah Negeri (ADUN) Bukit Payung,  menyeru anak-anak muda supaya menghancurkan kemungkaran ‘besar’ itu dan membuat perubahan dalam pilihanraya umum ke-13 akan datang.

“berlaku pecah amanah (dan rasuah), membolot harta rakyat, mengambil (sebanyak) RM250 juta duit rakyat untuk kepentingan keluarga, menghina Islam dan hukum Allah,

“adalah kemungkaran yang mesti dihancurkan dan diubah oleh anak-anak muda,”jelasnya.

Konsert tersebut yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kuala Terengganu membariskan artis-artis yang sudah cenderung melakukan kebaikan dan insaf serta kembali mahu menghayati cara hidup Islam menerusi seni dan budaya.

Mereka yang diundang adalah, Empy Spring, Ali dan Mael XPDC dan Mel yang menjadi menjadi vokalis utama kumpulan Wings.

Antara lagu-lagu yang dipersempahkan berjaya menarik minat hampir 1,000 anak-anak muda dan orang ramai menyaksikan konsert tersebut adalah, Hijau Bumi Tuhan oleh Mael XPDC dan Keampunan oleh Mel Wings. - BO







Wasatiyyah Najib tak sama dengan cara Rasulullah


KUALA LUMPUR, 15 Mac: Konsep wasatiyyah yang diuar-uarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kononnya menjadi gagasan kerajaan disifatkan sebagai kosmetik semata-mata.

Ketua Penerangan Dewan Ulamak PAS Pusat, Ustaz Nik Muhammad Zawawi Salleh (gambar) berkata, kaedah wasatiyyah yang diperkenalkan oleh Najib adalah wasatiyyah ciptaannya sendiri.

Katanya, Perdana Menteri tidak boleh menggunakan perkataan wasatiyyah ketika mengemukakan dasar-dasar dalam negara kerana ia terikat dengan dasar Islam.

"Kaedah wasatiyyah yang sebenar adalah daripada agama Islam itu sendiri, jadi semua prinsip atau pendekatan yang diguna pakai bercanggah dengan Islam tidak dikira sebagai wasatiyyah.

"Jadi PM kena faham bila sebut wasatiyyah mesti rujuk apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW," katanya kepada Harakahdaily.

Jelasnya, wasatiyyah adalah kaedah yang digunakan Rasulullah yang diterjemahkan oleh baginda di Mekah dan Madinah.

Tegasnya, wasatiyyah yang pernah dilaksanakan oleh masyarakat sehingga kiamat mesti berpaksi pada kaedah yang ditetapkan dalam Islam.

Wasatiyyah yang ditetapkan dalam Islam, katanya terdapat perkara yang boleh dibincangkan dan ada perkara tidak boleh dirunding iaitu yang membabitkan dasar-dasar Islam.

"Jadi kalau kita lihat dua kaedah ini yang dibawa oleh Rasulullah, perkara ini tidak wujud langsung dalam pentadbiran Umno BN hari ini, barangkali ada hanya segelintir sahaja," katanya.

Misalnya, kata beliau, wasatiyyah yang diamalkan oleh Rasulullah membabitkan peraturan, perundangan negara atau dasar yang diamalkan dalam negara.

Justeru katanya, dasar Islam adalah dasar wasatiyyah yang memberi keadilan kepada semua kaum dan agama, jadi apa yang berlaku dalam negara pada hari ini memperlihatkan dasar ini ditolak oleh Umno dengan mengambil dasar lain.

Terdahulu, Najib dalam jawapan kepada Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang di Dewan Rakyat pada 12 Mac, menegaskan kerajaan memperkenalkan konsep wasatiyyah sebagai pemangkin kepada Gagasan 1Malaysia.

Ekoran itu, kerajaan telah mengumumkan penubuhan Institut Wasatiyyah yang akan diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri manakala kerusi  wasatiyyah diwujudkan di Universiti Malaya yang akan menjadi pemangkin kepada gerakan kesederhanaan di Malaysia. -Hrkh

Boleh Caya ke..?? KP Kata Hanya 1 % Sahaja..

Hanya satu peratus daripada kira-kira 100,000 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terlibat dalam kegiatan rasuah, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.

Beliau berkata, walaupun jumlahnya kecil namun jika dibiarkan ianya akan merebak lebih besar sepertimana penyakit kanser jika tidak dikawal.

"Apa yang kita kesalkan orang bercakap macam banyak laporan (rasuah) yang dilakukan anggota kita (PDRM). Ini tidak baik," katanya pada sidang media selepas pelancaran poster Jauhi Rasuah PDRM-NKRA bagi membanteras rasuah di sini hari ini yang turut dihadiri Pengarah NKRA Rasuah, Datuk Hisham Nordin.

Ismail berkata, beliau akan berusaha memastikan budaya sifar rasuah di kalangan anggota PDRM.
"Saya mohon kerjasama masyarakat supaya bukan sahaja melaporkan jika ada kegiatan rasuah di kalangan anggota PDRM malah menghentikan pemberian rasuah," katanya.

Ismail juga berpuas hati dengan usaha Jabatan Tatatertib PDRM yang ditubuhkan sejak tahun 80-an, dalam membanteras salah laku anggota PDRM termasuk dalam aspek rasuah.

Terdahulu Ismail dalam ucapannya berkata kajian di negara-negara maju menunjukkan terdapat empat jenis rasuah yang sering menjejaskan integriti kolektif sesebuah agensi penguatkuasaan undang-undang.
Empat jenis itu ialah rasuah individu secara kecil-kecilan, rasuah birokratik, rasuah jenayah dan rasuah politik, katanya.

Beliau berkata, setiap warga kerja PDRM, sama ada pegawai, anggota atau pegawai awam dan penguatkuasa undang-undang tidak boleh melakukan kesilapan apatah lagi terlibat dengan perbuatan yang menyalahi undang-undang seperti rasuah.

"Saya amat kecewa dan sedih setiap kali menerima laporan terdapat pegawai atau anggota yang melakukan rasuah sehingga ada yang tersebar dalam internet sama ada dalam penulisan dan komen klip video seperti YouTube," katanya.

Sementara itu, Hisham berkata, kini terdapat budaya baru di kalangan anggotaPDRM di mana mereka sendiri yang melaporkan jika ditawarkan rasuah oleh masyarakat.
"Pada tahun lepas seramai 157 anggota polis melaporkan mereka ditawarkan rasuah," katanya.-sumber
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .