Ikuti Blog ini

Keputusan nampak berat sebelah untuk lindungi kerajaan Haram Perak !

IPOH: Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan Menteri Besar Haram, Dr Zambry Abdul Kadir, dan enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN)yang merampas kuasa bersamanya menghalang Speaker DUN, V Sivakumar, daripada memanggil sebarang sidang dewan tanpa perkenan Sultan Perak, termasuk sidang tergempar.

Lucunya keputusan ini dibuat dengan mudah apabila penghujahan tidak dapat dilakukan oleh peguam yang mewakili Sivakumar dengan alasan hakim hanya Pensihat undang-undang negeri sahaja yang layak mewakili Speaker itu.

Keputusan yang tergesa-gesa seperti memasak maggi mee itu dilihat sebagai usaha BN menggunakan talian hayat melalui pihak kehakiman.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Rizwan Ibrahim, dalam kamarnya selepas mendengar permohonan panel tujuh peguam BN diketuai Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin dan Penolong Penasihat Undang-Undang Kerajaan Perak, Zulqarnain Hasan, yang mewakili Sivakumar.

Firoz berkata keputusan itu membawa kembali pentadbiran berlandaskan perlembagaan di Perak yang sekarang kucar kacir.

Tanpa menyedari Firoz juga dengan itu sedang melindungi kerja jahat Zambry dan kuncu-kuncunya merampas kuasa di Perak pada 6 Februari lepas.

Dimanakah penghujahan dalam perkara 72.1. perlembagaan persekutuan yang menyatakan keputusan Speaker tidak boleh dicabar dimana-mana mahkamah.

MB Nizar : Krisis berterusan jika tidak bubar DUN.

Pada sidang akhbar tengahari tadi, Mohammad Nizar berkata beliau akan memohon perkenan untuk menghadap Sultan Perak Sultan Azlan Shah secepat mungkin bagi mempersembahkan keputusan Dewan hari ini untuk membubarkan DUN Perak.

Ketika ditanya apakah tindakan seterusnya jika Sultan Azlan enggan memperkenankan pembubaran DUN, Nizar berkata, jika pembubaran dewan tidak dilaksanakan, ia akan hanya menyebabkan krisis perlembagaan kini berpanjangan sekaligus menjejaskan kestabilan politik, ekonomi dan sosial di Perak.

"Jadi, kami menyampaikan hasrat rakyat Perak agar Tuanku mendengar suara rakyat dan membubarkan dewan," katanya.

Apabila diberitahu bahawa beberapa ADUN dari Barisan Nasional mendakwa tidak menerima sebarang notis daripada Setiausaha Dewan mengenai persidangan hari ini, Nizar berkata, Speaker telah memaklumkannya kepada semua ADUN.

Ngeh pula meminta Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Zambry supaya bersetuju dengan pembubaran dewan kerana, menurutnya, itu adalah satu-satunya penyelesaian segera terhadap masalah dan krisis yang berlaku kini.

Kami berjaya....

Beliau berkata, laporan polis akan dibuat terhadap polis, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Syed Hamid Albar, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Abdul Rahman Hashim serta kakitangan awam yang terlibat menghalang sidang tergempar hari ini, kerana menghina.




Majlis Peguam: Pilihan raya baru jalan terbaik keluar krisis Perak

SEJARAH Sidang tergempar Dewan Undangan Negeri (DUN) diadakan di bawah pokok, di kawasan kira-kira 100 meter dari bangunan SUK Perak, Ipoh antara 10 hingga 10.30 pagi tadi.

PETALING JAYA: Majlis Peguam mengesyorkan agar diadakan pilihan raya baru untuk keluar daripada krisis politik Perak yang berlarutan lebih sebulan termasuk ekoran beberapa insiden membabitkan soal perundangan dan kehakiman hari ini.


"Tidak ragu-ragu bahawa akan ada lagi kes (baru) yang difailkan di mahkamah. Dan, publik terpaksa melalui kesan ketidaktentuan (politik semasa).


"Situasi ini sukar dipertahankan dan memerlukan satu perkara yang akan menyelesaikan secara konklusif - pilihan raya baru.


"Kini ada pintu peluang bagi keadaan ini berlaku. Biarkan orang ramai memutuskannya," kata Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan dalam kenyataan yang dikeluarkan lewat petang ini ekoran "episod drama politik" terbaru yang disaksikan di Perak sejak pagi tadi ini.


Kenyataan beliau itu menyentuh pelbagai aspek yang berlaku sejak pagi tadi di Ipoh, antaranya penganjuran sidang tergempar di luar DUN, keputusan Mahkamah Tinggi untuk tidak mengiktiraf peguam swasta mewakili Speaker, tindakan polis menghalang ADUN daripada memasuki pekarangan bangunan SUK - yang menempatkan DUN.


Krisis politik Perak yang bermula 25 Januari lalu hari ini menyaksikan beberapa detik menarik dan mencemaskan serta menimbulkan pelbagai tanda - ke mana menujunya amalan demokrasi di negeri itu.




Rentetan Peristiwa bersejarah 3 MAC 2009

Orang ramai kelihatan berkumpul untuk memberi sokongan kepada PR

FRU bersiap sedia untuk bertindak.Aduhaii..

ADUN PR hendak memasuk SUK tetapi dihalang oleh FRU dan Polis.


YAB MB dengan wajah tenang walaupun ujian besar yang melanda.ALLAH bersama-sama orang yang sabar.

Sidang DUN berlangsung mengundang sejarah.Speaker Dewan, YB V.Sivakumar memulakan sidang DUN walaupun berdiri.Syabas!

ADUN Canning menyampaikan usul.

ADUN Teja membentangkan usul sambil berdiri

SETUJU!walaupun sidang DUN dibawah pokok, namun perjalanan sidang tetap lancar.TAHNIAH!

Senyum kepuasan



Gambar-gambar terpilih sidang tergempar DUN bawah Pokok






http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309i.jpg
Dibawah pokok inilah Sidang DUN Tergempar yang bersejarah diadakan hari ini oleh pejuang-pejuang demokrasi negeri Perak diketuai oleh YAB dato' Seri Nizar Jamaludin dan V. Sivakumar, Dato' Ngeh serta rakan-rakan ADUN Pakatan Rakyat yang lain.

gambar-gambar terpilih sekitar sidang tergempar DUN di bawah Pokok

Satu lagi rekod sejarah dunia tercipta hari ini di perak… Sidang DUN yang sepatutnya bersidang di dalam dewan Bangunan SUK terpaksa di pindahkan ke perkarangan tempat letak kereta 100 meter dari pejabat SUK..Yang menariknya,sidang ini berlangsung di bawah pokok dengan dua usul tergempar telah diluluskan…

Rasanya rekod sidang pokok yang dipengerusikan oleh speaker Sivakumar hari ini tidak akan dapat dipecahkan oleh mana-mana negara di dalam dunia ini di abad ini dan di abad yang akan datang…

Kita juga mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih kepada pihak polis dan FRU yang bertungkus lumus dalam menjayakan sidang ini dengan jayanya…

MESYUARAT DI BAWAH POKOK...Exco Kerajaan Pakatan mengadakan mesyuarat tergempar DUN Perak di bawah pokok.


TETAP HADIR...Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin melambai kepada penyokongya di hadapan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri. Beliau hadir pada sidang DUN tergempar pagi tadi.

Kerajaan Nizar Bersidang Di Bawah Pokok

Pelik tapi benar. Itulah hakikatnya apabila kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang telah dirampas kuasanya secara biadab oleh UMNO-BN terpaksa menjalankan persidangan tergempar di bawah pokok yang terletak beberapa meter dari Bangunan Kerajaan perak Darul-Ridzuan pagi ini.

Bangunan yang telah dikepung oleh anggota Polis sejak petang semalam dipercayai dengan arahan Setiausaha Kerajaan Negeri hari ini tidak dapat dimasuki oleh Nizar dan lain-lain ADUN yang sepatutnya mengadakan sidang tergemparnya di situ.

Sivakumar cuba diperangkap oleh perencanaan jahat apabila hanya Sivakumar dibenarkan masuk ke bangunan tersebut. Namun Sivakumar enggan sebaliknya meninggalkan bangunan tersebut bersama-sama ADUN Pakatan Rakyat untuk meneruskan persidangan di satu kawasan lapang - kawasan dimana semua rakyat dapat melihat perjalanan dewan.

Dunia menyaksikan detik bersejarah itu tadi apabila lensa TV seluruh dunia - CNN, BBC, Al-Jazeera dan lain-lain menghalakan lensa kamera mereka ke persidangan yang berlansung akibat kebiadaban dan kezaliman kerajaan UMNO-BN yang tidak cukup merampas kuasa, kini memperkudakan segala jentera seperti polis, pegawai pentadiran bangunan. setiausaha kerajaan dan lain-lain untuk menafikan hak kerajaan sah Pakatan Rakyat dari menggunakan dewan undangan negeri yang terletak di bangunan Kerajaan Perak Darul-Ridzuan.

Nizar memberitahu sidang akhbar bahawa sidang tergempar diadakan di bawah pokok kerana wujud keperluan berbuat demikian kerana mereka dihalang memasuki DUN dan pihaknya telah memenuhi tanggungjawab mereka berdasarkan notis yang dikeluarkan oleh Speaker.

Yang pasti kesemua pihak yang terlibat di dalam konspirasi rampasan kuasa di perak tetap akan menerima penghinaan dan kutukan sejarah zaman berzaman.


LANGSUNG DARI IPOH - SIDANG DUN BERSEJARAH NEGERI PERAK DIADAKAN DIBAWAH POKOK, DI TEMPAT LETAK KERETA 50 METER DARI BANGUNAN SUK PERAK

http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309h.jpg

11.15am - Persidangan Tergempar DUN yang bersejarah telah mendapat perhatian seluruh negara malah seluruh dunia. Komen-komen yang diberikan oleh pengunjung blog anilnetto mencatatkan ramai ahli dan penyokong UMNO-BN berasa malu dengan keadaan yang berlaku di negeri Perak. Wakil-wakil rakyat yang dipilih rakyat bersidang dibawah pohon, sehingga menitiskan airmata beberapa insan yang menyaksikannya

11.13am - Nizar akan mengadap Sultan Perak untuk mempersembahkan keputusan Sidang DUN Tergempar pada hari kini>

11.11am - Dalam sidang media di pejabat DAP, Menteri Besar Pakatan Rakyat, Nizar berkata wakil-wakil akyat bersidang dibawah pokok kerana dihalang memasuki DUN, namun tanggungjawab berdasarkan arahan speaker dilaksanakan untuk kepentingan rakyat


http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309g.jpg

11.03AM - Sidang media sedang berlangsung di pejabat DAP, beberapa ratus orang ramai masih berkumpul dan menunggu di hadapan bangunan tersebut, untuk perkembangan lanjut.

10.52am - Seramai lebih kuran 1,000 telah menyaksikan Sidang DUN Tergempar Negeri Perak yang menjadi sejarah demokrasi negara Malaysia. Mereka bersurai dengan aman.

10.46am - Hari Ini Dalam Sejarah, 3 Mac 09 di Ipoh Perak ". untuk dikenangi dan diingati buat selama-lamanya di tanahair kita yang kita cintai, bermula hari ini

http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309e.jpg

10.37am- Seorang penyokong mempamirkan kad sokongan yang berbunyi ' Dunia Sedang Melihat'.
(Gambar - Sidang Tergempar DUN sebentar tadi, kelihatan Speaker DUN, Sivakumar dan disebelahnya Ustaz Misbahul Munir, yang dilantik memangku tugas SU DUN semalam)

10.30am - Sidang tergempar DUN ditangguhkan. Speaker akan mengadakan sidang media di ibu pejabat DAP sebentar lagi.

10.25am - Usul kedua dibentangkan , usul membubarkan DUN, diluluskan sebulat suara

10.23am - Usul pertama dibentangkan sebentar tadi - menyatakan undi percaya kepada Menteri Besar Pakatan Rakyat, Dato' Seri Mohamad Nizar Jamaluddin - diluluskan dengan sebulat suara.

http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309d.jpg

10.21am - Persidangan dijalankan dengan 'formal' dan aturan Dewan, para ADUN memanggil Siva dengan panggilan Yang Dipertua. Sidang tergempar DUN diadakan di tempat letak kenderaan depan Bangunan Perak Darul Ridzuan Ia diadakan di bawah sepohon pokok, dan semua 27 wakil rakyat Pakatan termasuk menteri besar mereka hadir dengan dipengerusikan oleh Speaker yang berpakaian rasmi. Tiada kerusi untuk semua 28 ahli DUN tersebut.

10.17am - Persidangan dimulakan dengan bacaan doa, seramai lebih 600 orang menyaksikan persidangan bersejarah tersebut

10.16am - Speaker, V Sivakumar baru sahaja mengumumkan beliau akan mengadakan sidang DUN Tergempar disatu lokas kawasan lapang i dalam jarak 50 meter dari pintu pagar Pejabat SUK, dibawah teduhan beberapa pokok.

http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309c.jpg

10.01am - Dalam pada itu di mahkamah Tinggi Ipoh, Hakim yang mendengar saman kerajaan haram BN adalah Ridwan Ibrahim. Peguam-peguam dari kedua-dua pihak telah berada dalam kamar hakim sejak 20 minit lalu.

9.57am - Semua ADUN Pakatan Rakyat berundur ke pejabat DAP bertentangan dengan pintu masuk pejabat SUK, Dato' Ngeh dari DAP berkata mereka akan mengadakan sidang media di situ.

9.52am - Masa lima minit sebagaimana diarahkan bersurai telah berlalu, lori meriam air sedang bergerak menghadap orang ramai, namun tidak ada seorang pun yang berganjak

9.50am - Polis menggunakan pembesar suara telah mengarahkan hanya 'Speaker' sahaja yang dibenarkan masuk???? Buat apa hanya speaker yang masuk tanpa ADUN-ADUN!

9.47am - Ketua polis Ipoh, Azisman Alias enggan berunding dengan kumpulan wakil-wakil rakyat Pakatan, dengan menyatakan tiada sesiapa dibenarkan masuk. Polis mengundurkan wakil-wakil rakyat dari pintu masuk utama Bangunan Perak Darul Ridzuan, yang menempatkan DUN. Suasana kelam-kabut.Polis mengarahkan himpunan bersurai atau akan ditembak dengan meriam air !

http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309a.jpg

9.46am - Jeritan 'Hidup Rakyat.... Hidup Rakyat kedengaran

9.38am - S
ekumpulan 30 orang cuba menghalang laluan menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan Wakil DAP Ipoh Kula serta rombongan wakil rakyat ke pintu masuk utama. Seluruh ADUN Pakatan Rakyat mereka sedang menghampiri dalam jarak 60 meter dari pintu pagar DUN Perak, dikerumuni oleh ramai wartawan.(Gambar kanan - Dr Lo' Lo' Ahli Parlimen Titiwangsa turut berada di Ipoh)

http://buletinonline.net/images/berita/drlo%27lo%27diipoh.jpg9.37am - menteri besar Pakatan Rakyat, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin dan wakil-wakil rakyatnya tiba di luar Bangunan Perak Darul Ridzuan. Laporan akhbar The Star semalam mengatakan, MB Pakatan Rakyat, Nizar berkata Sidang Tergempar DUN boleh diadakan dimana-mana sahaja, walaupun dikedai kopi sebagaimana kata Majlis Peguam. Beberapa ADUN Pakatan Rakyat dilihat berada di tempat kejadian sekarang.

9.31am - Pergaduhan kecil berlaku diantara penyokong UMNO dan Pakatan Rakyat berhampiran bangunan SUK Perak, jeritan 'kurang ajar' dapat didengari, namun tidak dapat dipastikan kerana terlalu ramai pihak media di hadapan bangunan tersebut.


9.25am - Kumpulan peguam yang mewakili kerajaan haram BN dimahkamah Tinggi Ipoh adalah Dato Hasfarizam b Harun, Faizul Hilmi, Ahmad Zamri and Badrul Hishah b Abdul Wahab.


9.11am – Lori FRU mengadakan halangan dihadapan bangunan SUK Perak. Lebih 1000 orang kini berkumpul dihadapan bangunan tersebut. Orang ramai yang menungg, berharap ADUN-ADUN dari Pakatan Rakyat akan muncul untuk Sidang Tergempar yang dijadual pada jam 10.00am


9.05am - Keadaan jalanraya di Ipoh penuh sesak, Jalan Istana dimana bangunan Perak Darul Ridzwan terletak telah ditutup kepada semua lalu lintas.

Speaker, V Sivakumar berada di mahkamah Tinggi Ipoh. Beliau diwakili oleh lima orang peguam, diketuai oleh peguam perlembagaan Tommmy Thomas dan dibantu oleh Chan Kok Keong, Agustine Anthony, Philip Koh Tong Ngee dan peguam kelima

http://buletinonline.net/images/berita/pejsukperak030309.jpg

8.41am - Gambar diatas adalah gambar terbaru bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini. Lebih 150 orang polis sedang mengepung bangunan Perak Darul Ridzwan. Sekatan jalan raya di pertingkat dan tiada sebarang kenderaan yang dibenarkan melalui berhampiran dengan bangunan Perak darul Ridzwan


8.29am - Pintu masuk ke Dewan Undangan Negeri Perak telah dikunci dan dihalang oleh Pasukan Simpanan Persekutuan, kerajaan UMNO-BN yang merampas kuasa pada 5hb Februari lalu cuba menghalang Sidang DUN Tergempar yang dipanggil oleh Speaker, V.Sivakumar.

Dapat Sidang DUN Tergempar diteruskan? Zambry dan konco-konconya cuba mendapatkan perintah mahkamah pagi ini untuk menghalang Sidang DUN Tergempar tersebut.

Catatan secara langsung hari ini akan menyerlahkan samada Keadilan dapat ditegakkan dengan kebijaksanaan.

http://buletinonline.net/images/berita/covertitlivefripoh1.gif



Sidang DUN pagi ini.


http://buletinonline.net/images/berita/dun_polis_2.jpg

Kami tetap akan ke Bangunan Perak Darul Ridzuan untuk menghadiri Sidang Tergempar DUN Perak sebentar lagi.

Maklumat semua jalan masuk ke bangunan itu telah dikepung dengan sekatan oleh pihak keselamatan sejak kelmarin. Tapi itu bukan masalah kami, itu adalah masaalah BN yang sangat terdesak pada saat ini.


http://buletinonline.net/images/berita/pecatSUDUN.jpg

Ketua Polis Perak Boleh Dipenjarakan 7 Tahun Jika Cuba Gagalkan Sidang DUN !

zambry file suit 020309 fru

Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar juga turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.


Ketua Polis Perak Boleh Dipenjarakan 7 Tahun Jika Cuba Gagalkan Sidang DUN !

Apa yang bakal terjadi di Ipoh? Adakah sidang DUN Perak boleh berlangsung dalam keadaan bangunan DUN itu sendiri berkunci?

Pihak polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai yang mengadakan perhimpunan di kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN, kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah.
Ketika usaha giat dijalankan bagi menggagalkan sidang Dewan, ADUN Pakatan Rakyat difahamkan akan cuba memasuki DUN sebagai simbolik bahawa demokrasi masih wujud di negeri itu.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar, pula mengumumkan telah menyisihkan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu. Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Perintah penyisihan itu tidak akan membawa apa-apa kesan kepada karier Abdullah sebagai penjawat awam yang hanya boleh dipecat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun penyisihan itu menunjukkan politik Perak semakin panas dan panas.

Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar juga turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.Tapi masalahnya adakah pihak pengurusan atasan polis menghormati undang-undang dan takut kepada undang-undang sebagaimana kita rakyat biasa ini? Kita tunggulah siapa akan dipenjarakan, sama ada Ketua Polis Perak atau Speaker DUN Perak?

Hari ini akan menentukan siapa yang lebih berkuasa di antara kuasa yang bersumberkan pistol di pinggang Ketua Polis Perak atau kuasa yang bersumberkan amanah rakyat di tangan Speaker DUN Perak.



Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .