Ikuti Blog ini

Sindrom Penipuan - Polis Tak Mengaku Lepaskan Tembakan Ke Hospital Tung Shin

Tiada gas pemedih mata dilemparkan di Tung Sin, kata polis

Pemangku ketua polis Kuala Lumpur Amar Singh hari ini menafikan dakwaan bahawa polis melepaskan gas pemedih mata ke dalam perkarangan Hospital Tung Sin di sepanjang Jalan Pudu, walaupun terdapat bukti yang menunjukkan sebaliknya.

Beliau juga mempertahankan tindakan pegawainya dalam menggunakan "kekerasan yang munasabah" untuk menyuraikan penunjuk perasaan, sambil berkata orang ramai melakukan memprovokasi terhadap polis.

"... Tidak ada gas pemedih mata yang dilemparkan. Saya nampak semuanya, saya ada di sana," katanya dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Kuala Lumpur.

Terdapat banyak dakwaan di rangkaian sosial dengan dengan para saksi dan ahli parti pembangkang menyiarkan banyak gambar dan video menunjukkan anggota polis anti-rusuhan didakwa melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air ke dalam perkarangan hospital swasta itu.

Beratus-ratus penunjuk perasaan berada di dalam kawasan tersebut untuk mendapatkan perlindungan.

Apabila ditanya sama ada pihak polis mengetahui mengenai bukti gambar dan video yang menyokong dakwaan tersebut, Amar kelihatan tergamam dan hanya menjawab beliau akan memeriksanya.

Beliau berulangkali menegaskan bahawa gas pemedih mata tidak digunakan ke atas penunjuk perasaan yang berada di hospital Tung Sin, tetapi berkata, beliau tidak ingat sama ada meriam air digunakan.





Kalau tak menipu tidak sah. Sedangkan bukti bergambar begitu jelas dan nyata telah berlaku tembakan gas pemedih mata ke arah perkarangan hospital Tun Shin.

Kerja yang seperti binatang dan tidak berperi kemanusiaan.

Amar Singh yang menipu rakyat Malaysia ini perlu dipecat dari jawatannya. -GB

Petikan laporan semalam:

4:40pm: Pudu - Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sha'ani B Abdullah mengecam tindakan keras pihak berkuasa ketika berdepan dengan peserta BERSIH.

Pasukan polis bukan sahaja tidak menghormati hak rakyat untuk berhimpun tetapi juga menjejaskan keselamatan dan kesihatan awam dengan melepaskan tembakan gas pemedih mata ke dalam kawasan hospital Tung Shin.

Ditanya apakah sepatutnya respons rakyat terhadap tindakan tersebut, beliau berkata, rakyat Malaysia perlu memilih wakil yang boleh melindungi hak mereka.

BERSIH 2.0 : ADAKAH INI HANYA 6 RIBU ORANG




Wajah-wajah yang berbeza......alahai.....

Anwar dan pengawal keselamatannya cedera......setiap titisan darahnya akan menjadi saksi. Ada orang kata.....ah kenapa tak duduk diam-diam kat rumah?.....alah dik woi...nasi kat pinggan kalau tak suap ke mulut takkan ia masuk sendiri.

Anwar dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Akan ada orang kata, ah itu hanya lakonan, takkan 1Hospital termasuk staffnya jadi pelakon tambahan.

TG Presiden PAS ditangkap dan mampu memberi senyum kepada rakyat.....TG dibebaskan dan dibawa terus kerumahnya......khuatir jugak mereka...takut-takut pengikut naik 'syeikh'.

Dua gambar di atas, mereka di'layan' seperti sorang penjenayah...perogol. peragut, pencabul, perompak, pencuri.....tapi kawan...tiada siapa peduli hak mereka dicabul melalui ketidakbolehpercaya lagi pengurusan SPR yang bekerja ikut telunjuk bukan dari 'Petunjuk'.

Saudara Khalid Samad juga di'layan' seperti pejuang Palestin di Gaza. Rupanya pun seiras Almarhum Assyahid Syeikh Ahmad Yaassin

Pak Samad Said turut berarak ke arah pem'Bersih'an pengurusan pilihanraya. Tak munasabah seorang Sasterawa Negara sanggup menggadaikan intergriti kalau apa yang difikirkannya tidak betul

Sayu hati melihat ketenangannya. Tak sia-sia segala makanan yang dimakan hingga menjadi darah......darah pula menitis atas perkara yang haq.

Ambiga......berjalan pun dipapah......mana mungkin dikatakan berarak untuk buat huru-hara......yang sebenarnya depa tarak bacaa.

Berbeza dengan wajah ini......ini hanya pelancong perhimpunan....seiring dan sejalan...seindah.....anda sambunglah layan lagu Syarifah Aini dengan Broery Marantika

Apa? 6000 orang je?......ye 6000 orang je boss.

Kalau 6000 orang susah sangat ke nak tangkap? Kau orang saja pun beribu-ribu orang pacak kat situ?......depa 'main silap mata boss. Depa datang dari berbagai-bagai arah.

Mata kau orang yang silap kot.....mata-mata betoilah kau orang ni. Maths Mod dapat berapa dalam SPM?......hehehe malulah boss.

Kau pun malu jugak?......Apa nak buat boss...kami kerja ikut telunjuk, bukan 'Petunjuk'

al-brangionline:

Itulah di antara wajah-wajah 'CLEAN'......anda perlu berfikir dan bertindak.....ke guane?.....alahai.....

Tak nampak pun muka berdemo semalam?......Saya bukan apa,......saya pantau dari jauh.....kita pakai silat 'remote-control'....kita bersilat depan TV.......ada ke sesiapa nak bersumpah laknat dengan saya...sapa yang paling 'Bersih' hati mereka?...ciiiiittttt putaq alam...kata nak 'syahid' nak pertahankan kebenaran, rupa-rupanya 'syahid' dalam selimut......roti tulur satu mamak, lalu dijawab mamak...tulur tarak...eeelek...

BAHARUDIN AHMAD : GAMBAR INI MEMBERI SERIBU MAKNA.



GAMBAR INI MEMBAWA SERIBU MAKNA.
PERJUANGAN RAKYAT MALAYSIA TIDAK AKAN BERAKHIR...


IA BARU SAHAJA BERMULA !!!


BUAT SAUDARA BURHANUDIN ...


KAMI ANAK MUDA TIDAK AKAN SIA-SIAKAN PERJUANGAN

KAMU MENENTANG KEZALIMAN.


KAMI AKAN LAWAN DAN TERUS LAWAN !!!


http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/261421_2212393786374_1143398054_32737625_6016478_n.jpg

Arwah Baharuddin Ahmad berdoa beberapa ketika sebelum digari, sesak nafas dan meninggal dunia.

Gambar arwah Baharuddin Ahmad sebelum diserang polis

http://2.bp.blogspot.com/-CdnwHbZPcsU/ThkY_WeZWVI/AAAAAAAABtk/D37QI9p5nO0/s640/267168_10150238742711097_646501096_7698282_5048993_o.jpg

bersama pimpinan pakatan rakyat

http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/261421_2212393786374_1143398054_32737625_6016478_n.jpg

Arwah Baharuddin Ahmad berdoa beberapa ketika sebelum digari, sesak nafas dan meninggal dunia.

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/264847_246854645327417_100000086506684_1119906_3029531_n.jpg

Allahuakbar!

hancurkan pemimpin yang zalim dan laknat umno

http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/264921_2251645173551_1320915691_32675008_8227643_n.jpg

TG Nik Aziz baru pulang dari Mekah terus melawat keluarga arwah Kerabu Bersuara

PAS Parit Buntar mengucap takziah buat ahli keluarga arwah. Semoga tabah dan bersabar. Allah Maha Adil. semoga roh arwah akan ditempatkan bersama orang yang beriman.Al Fatihah

Video & Gambar : TV3,Media Pencacai Disorak Peserta Himpunan Bersih 2.0








Kah..kah..kah..

Kui..kui..kui..ku..

Ha..ha..ha..ha..ha...nak terkencing aku ketawa,padan muka media pencacai Umporno.Terima kasih pada yang upload video ni.
Nampak sangat bodohnya TV3 ni.Muka pengacara pun kelat semacam je.Tu laa jadilah pencacai lagi kan dah kena,sekali lagi muahahahaha....

Tok Guru, doakan ayah saya mati syahid

KUALA LUMPUR, 10 Julai: "Tok Guru, doakan agar ayah saya mati syahid," kata Nazrul Baharudin, 23 tahun kepada Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Nazrul berkata demikian ketika memberikan kata-kata aluan menyambut kedatangan Tuan Guru Nik Aziz ke rumah beliau di Kelumpok Camar, Keramat.

Nazrul adalah anak kedua Allahyarham Baharudin Ahmad, 56 tahun yang meninggal semasa perhimpunan Bersih 2.0 semalam.

(TG Nik Aziz berdoa untuk roh Allahyarham Baharudin dan keluarganya)

Baharudin meninggal selepas pengsan di perkarangan KLCC. Mengikut laporan awalnya, Baharudin sesak nafas selepas terkena gas pemedih mata yang ditembak pasukan keselamatan ke arah orang ramai yang menyertai perhimpunan itu.

Namun, cerita lain mula merebak sebaik sahaja jenazah Allahyarham dikeluarkan dari rumah mayat Hospital Kuala Lumpur jam 3 pagi tadi selepas menjalani postmortem.

"Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah," kata Azhar Kassim, anak saudara Allahyarham Baharudin ketika ditemui Harakahdaily di rumah Allahyarham.

Sehingga kini, laporan postmortem tidak dikeluarkan oleh hospital kepada keluarga mangsa. Ia menjadi tandatanya keluarga kerana kenapa laporan itu tidak dikeluarkan sedangkan mayat dibenarkan untuk dikebumikan.

Usaha anak Allahyarham yang merupakan seorang doktor di HKL untuk mendapatkan laporan juga dikatakan tidak berjaya.

Menurut Azhar (gambar kanan), pakciknya itu bekas askar dan kini menjadi polis simpanan.

"Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis...yang ada darah tinggi sahaja sedikit...pendek kata dia sihatlah," kata Azhar.

Isterinya, Puan Rosni Melan pula memberitahu, suaminya keluar dari rumah selepas solat Zohor kelmarin dan menuju ke KLCC sedangkan beliau keluar lebih awal bersama rakan-rakan muslimat menujuk Stadium Merdeka.

"Macam mana kita mati, sakit jantung ke, kena pukul ke, semuanya akan didedahkan semula di akhirat kelak...ketika itu tidak siapa boleh berdalih," kata Nik Aziz menyambut kata-kata Nazrul kepada beliau itu.

Turut bersama Nik Aziz adalah pimpinan PAS Gombak termasuk Yang Dipertuanya, Ustaz Salahudin Nasir.

Nik Aziz yang baru pulang dari Mekah kerana menunaikan umrah terus datang ke rumah Allahyarham Baharudin dari KLIA untuk mengucapkan takziah kepada keluarganya.

Turut berada di rumah adalah isteri Allahyarham, Puan Rosni dan dua lagi anaknya selain Nazrul.

"Kita hidup ini adalah satu latihan untuk hidup di akhirat dengan baik," kata Nik Aziz dalam ucapan ringkasnya.

Selain mengucapkan takziah, Nik Aziz juga menghulurkan sumbangan pribadi kepada keluarga Allahyarham yang disampaikan kepada Nazrul.

"Saya dengar hal ni masa di Mekah lagi dan memang berhajat untuk datang ke sini," kata Nik Aziz terharu denga sambutan terhadap beliau dari keluarga Allahyarham terutama ucapan ringkas Nazrul.

Nazrul sebelum itu berkata, Allahyarham bapanya sangat meminati Nik Aziz dan selalu bercakap tentang kehebatannya.

(Nazrul dan adiknya ketika bercakap menyambut kedatangan TG Nik Aziz)

"Kami sekeluarga sangat berbesar hati atas kunjungan tuan guru hari ini dan mengucapkan berbanyak terima kasih," kata Nazrul.

Walaupun kunjungan Nik Aziz dan isterinya amat singkat namun ianya memberikan kesan yang sangat besar kepada keluarga Nazrul dan juga perjuangan untuk mendapatkan pilihanraya yang adil dan bersih di negara ini.

"Sejak saya berjuang di dalam PAS sejak tahun 70an lagi, saya tidak pernah rasa pilihan raya di negara kita ini berjalan dengan bersih dan adil," kata Nik Aziz kepada wartawan yang menemui beliau sebelum meninggalkan flat Blok A, Kelumpok Camar, Keramat itu. -Hrkh

Mesti Tonton..!! Keberanian Seorang Apek Dengan Polis "Barua"..



Ini lah pejuang kebenaran yang diperlukan rakyat dalam
negara yang penuh dengan kezaliman!! Hancuss Umnoo..!!

Video : satu dokumentari BERSIH 2.0.......



Al-Jazeera Buktikan Kezaliman Polis. KPN & Timb KPN, Sila Letak Jawatan

Hanya 5,000 hingga 6,000 hadir berdemo, kata polis

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar menjelaskan hanya 5,000 hingga 6,000 hadir menyertai perhimpunan BERSIH 2.0 di ibu negara hari ini.

"Ia tidak besar seperti yang sudah-sudah. Juga tidak merebak," katanya.

Menurut Ismail, perkara itu disebabkan sekatan jalan raya yang dilakukan pihak polis begitu berkesan.

Jumlah itu jauh berbeza dengan anggaran BERSIH bahawa kira-kira 50,000 orang hadir menuntut pilihan raya bersih dan adil di Kuala Lumpur hari ini.

Dalam sidang media di ibu pajabat polis di Bukit Aman lewat petang ini, Ismail juga berkata kesemua 1,401 orang akan yang ditahan di Pusat Latihan Polis (Pulapol) di ibu negara akan dirakamkan kenyataannya.

"Semua tahanan diberi layanan yang baik. Apabila selesai (rakam kenyataan), mereka akan diberi jamin atau mungkin ditahan," katanya sambil menunjukkan beberapa keping gambar keadaan di tempat itu.

'Macam kenduri'

Beliau berkata, tahanan diberikan makan minum, rawatan kesihatan jika perlu dan kemudahan tempat solat.

"Keadaannya macam kenduri kahwin," katanya sambil disambut gelak ketawa wartawan.

Bagaimanapun, mengulas perhimpunan kali ini, Ismail menyifatkannya cuba mengikut perhimpunan reformasi lebih sepuluh tahun lalu.

"Mereka laungkan apa? Reformasi. Bukan BERSIH. Ini macam tahun 2000 dulu," katanya.

Ditanya apa salahnya melaungkan perkataan itu, Ismail menjawab bahawa tindakan menjerit-jerit bukanlah budaya rakyat Malaysia.

Perhimpunan kali ini juga disifatkannya menakutkan orang ramai sehingga banyak pihak didakwa keluar daripada Kuala Lumpur menjelang perhimpunan itu. -M'kini


Tan Sri, logikkah kehadiran cuma 5,000-6,000 sedangkan yang ditahan mencecah 1,600 orang?

Pemerhatian Al-Jazeera, wartawan luarnegara menyatakan "lebih 20,000". Ingat bangsat sangatkah wartawan luarnegara itu berbanding dengan perkataan Tan Sri?

Di dalam satu kenyataan yang lain, Tan Sri menyatakan bahawa polis tidak bertindak kasar, malah mengambil tindakan minima ke atas peserta perhimpunan. Benarkah begitu? Jika demikian, saksikan sendiri rakaman video di bawah.

Dan sudah sampai masanya, kedua-dua KPN dan Timbalan KPN meletakkan jawatannya kerana berbohong kepada rakyat Malaysia! Tidak menjaga kepentingan awam tetapi sebenarnya menjaga kepentingan pihak pemerintah, kepentingan paangkat, nama dan harta, yang kamu-kamu sendiri memang menyedarinya (tetapi berpura-pura tidak menyedarinya.

Kami ingin mengingatkan jika tuan-tuan berdua tidak meletakkan jawatan, kami khuatir tuan-tuan bakal menerima nasib seperti mana bekas KPN-KPN yang lalu, Tan Sri Rahim Noor dan Tan Sri Musa Hassan mengosongkan pejabatnya. Ia dari doa orang yang terkena zalim. Ia hasil dari campurtangan lansung dari Allah terhadap kezaliman yang penganiayaan yang telah dilakukan dalamasa mereka berkhidmat sebagai KPN. -GB

















Marina Mahathir di BERSIH 2.0. Apa Komen UMCO & Che Det?



Bravo!
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .