Ikuti Blog ini

Ahli parlimen BN lebih pentingkan projek

KOTA BHARU, 21 Dis: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan anggota-anggota parlimen Barisan Nasional (BN) lebih mementingkan projek sehingga ramai tidak hadir pada persidangan parlimen.

Mursyidul Am PAS itu berkata, mereka bukan menjalankan tanggungjawab untuk memperjuangkan isu rakyat, sebaliknya menjaga poket sendiri.

“Kerana itu wakil rakyat mereka tidak pedulikan nasib rakyat, sebaliknya lebih pentingkan makan angin, berniaga dan banyak urusan luar dan bukannya menjaga kebajikan rakyat,” katanya ketika ditemui di sini.

Baru-baru ini seramai 70 anggota parlimen BN tidak hadir ketika undi belah bagi meluluskan Bajet 2010 yang dibentang Datuk Seri Najib Razak.

Bacaan kali ketiga Bajet 2010 diluluskan Dewan Rakyat baru-baru ini dengan hanya kelebihan tiga undi, di mana 63 anggota parlimen menolak manakala 66 lagi anggota parlimen menyokong.

Tuan Guru Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, wakil rakyat Umno sebagai wakil rakyat korporat kerana mereka tidak ikhlas menjalankan tanggungjawab.

Katanya, wakil rakyat BN bukan menjaga kepentingan rakyat, sebaliknya lebih bersifat korporat menyebabkan mereka mengambil mudah tanggungjawab untuk membawa masalah rakyat ke Parlimen.

“Bila kepentingan diri lebih besar berbanding hak rakyat ditambah pula mereka bertanding untuk mencari kesenangan, maka tidak perlunya hadir di persidangan Parlimen,” ujarnya.

Beliau juga hairan mengapa begitu ramai anggota parlimen BN tidak hadir sedangkan tugas mereka menghadiri persidangan parlimen bagi membahas isu bagi kepentingan rakyat.

“Ini membuktikan Umno telah jauh menyimpang dari perjuangan politik. Rakyat yang memilih mereka hanya sia-sia sahaja kerana tidak menjalankan amanah yang diberikan sebaik mungkin,” katanya.

Beliau bagaimanapun bersyukur kerana sebahagian besar wakil rakyat Pakatan Rakyat khususnya PAS sentiasa istiqamah hadir pada persidangan parlimen.

Hanya lima yang tidak hadir di kalangan wakil rakyat PAS kerana mempunyai urusan lain ketika itu.

Muka2 MP yang Boikot Najib

MENTERI


Sembrong – Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok,Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi


Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim


Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor


Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI


Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany


Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin


Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon

AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI


Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri


Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang - Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan


K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin


Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong


Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli


Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan


Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang


Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing

..Kehadiran wakil BN hanya 48% mestilah dianggap GAGAL..!!! Manakala kehadiran wakil rakyat Pakatan sebanyak 78% dilihat jauh lebih bertanggungjawab dimata rakyat 1 MALAYSIA!

Rakyat Kelantan Boikot Petronas


Ekoran tindakan kerajaan pusat yang bermain wayang mengenai wang royalti hak rakyat Kelantan, sebahagian rakyat Kelantan tidak mengguakan stesen minyak Petronas untuk mengisi minyak sebaliknya menggunakan stesen minyak asing. Ada yang berpendapat minyak keluaran Petronas tidak bermutu dan prestasi kurang meyakinkan.

Kedegilan kerajaan pusat yang suka ’menyakiti’ rakyat Kelantan dengan pelbagai alasan untuk memberikan royalti sebaliknya mengatakan Kelantan tidak layak mendapat hak royalti sebaliknya wang ehsan. Jahil sungguh mereka sehinggakan tidak dapat bezakan wang ehsan dan royalti.

Mana janji-janji pemimpin UMNO yang menagatkan akan membela Melayu? Butakah mereka bahawa negeri yang populasi ramai Melayu adalah Kelantan. Populasi rakyat Kelantan yang beragama Islam dan Melayu adalah sekitar 95 peratus. Betapa bodohnya UMNO jika hanya melaungkan slogan ”Hidup Melayu” sedangkan UMNO sendiri tunggu masa untuk mampus.

Maka dengan ini rakyat Kelantan harus bangkit menolak penggunaan minyak keluaran petronas sebagai tanda protes mereka akibat kedangkalan pemimpin kerajaan BN di bawah pentadbiran Najib Altantuya Abdul Sharibuu. Slogan sesuai untuk menunjukkan protes adalah ”Rakyat Melayu Kelantan Bukan Milik UMNO, Pencapaian UMNO Kerana Pembunuhan Karakter Politik Didahulukan”.

Konvensyen PR - Ucapan Mursyidul Am PAS Tok Guru Nik Aziz

“Di dada Karpal Singh kini ada bulan!”
SHAH ALAM - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan 'di dada Pengerusi DAP, YB Karpal Singh kini sudah ada bulan', merujuk kepada,

http://buletinonline.net/images/stories/berita17/tokgurukarpaldenganduatokguru.jpg kini Karpal sudah dapat bersama PAS dalam Konvensyen PR yang diadakan semalam.

Tok Guru Nik Aziz berkata demikian ketika berucap dalam majlis penutup konvensyen pertama Pakatan Rakyat hari ini.


Sebelum Tok Guru, Karpal telah memberikan ucapan dengan berkata, dia bukan sahaja duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz hari ini tetapi di antara Tok Guru Nik Aziz dan Tok Guru Abdul Hadi.

Karpal berkata demikian ketika menceritakan bahawa pihak sekretariat konvensyen yang bimbang bila beliau (Karpal) akan memberikan ucapan penutup.

"Jika Karpal beri ucapan penutup, bermakna dia akan duduk di sebelah Tok Guru Nik Aziz...apa salahnya...saya bukan sahaja duduk di sebelah Nik Aziz tetapi antara Tok Guru Aziz dan Tok Guru Haji Hadi hari ini," kata Karpal yang mendapat tepukan gemuruh dari para perwakilan.

Kedua-dua mereka mempunyai sejarah perhubungan tersendiri dan konvensyen hari ini mencatat satu sejarah baru politik negara.

Blog tidak akan mati-Abu Hassan


KUALA LUMPUR, 20 Dis: Pengaruh blog terhadap masyarakat di dunia ini tidak akan mati namun mungkin mengalami sedikit penurunan pada masa akan datang.


Pensyarah kanan Jabatan Pengajian Media, Universiti Malaya, Dr Abu Hassan Hasbullah mendedahkan, penurunan tersebut berlaku kerana masyarakat mula minat terhadap penggunaan video klip secara online yang bakal mendapat tempat sedikit masa lagi.

Namun tegasnya blog tetap menjadi instrumen terpenting bukan sahaja sebagai penyebar maklumat biasa malah mampu membentuk kepercayaan politik kepada masyarakat untuk memelilih kerajaan yang dikehendaki.

Berucap sewaktu membentangkan kertas kerja di Konvensyen Blogger PAS hari ini, Abu Hassan memberitahu antara faktor besar kejayaan PAS dan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 tahun lalau adalah disebabkan kesan maklumat yang disebar melalui media baru di internet khususnya blog.

Abu Hassan yang juga Pengasas Zentrum Future Study Malaysia memberitahu, kajian yang dibuat mendapati blog menjadi pilihan dan rujukan paling utama generasi muda dalam lingkungan usia 21 hingga 41 tahun berbanding media konvensional yang lain.

Dalam kajian dari Februari hingga Mac 2008 itu mendapati blog berada ditangga teratas dengan 39.2 peratus berbanding akhbar 14.8 peratus, televisyen 23.5 peratus dan media baru lain 26.2 peratus.

Lebih menarik lagi, diantara kesemua parti politik yang ada ditanah air, PAS adalah antara parti politik yang paling banyak dibicarakan melaui blog.

Malaysia menggunakan kemudahan internet hampir 92 peratus dalam pelbagai aspek kehidupan berbanding United Kingdom 66 peratus dan Amerika Syarikat 60 peratus.

Ketika ditanya kenapa berlaku perbezaan ketara penggunaan internet Malaysia dengan UK dan USA, Abu Hassan memberitahu ianya bergantung kepada amalan demokrasi negara masing-masing.

Jika sesebuah negara itu mendokong kebebasan bersuara, maka penggunaan internet mungkin tidak begitu tinggi berbanding negara yang mengokong kebebasan bersuara.

Ini kerana, rakyat yang terkongkong akan mencari dan menggunakan alternatif lain untuk menyalur dan mendapat maklumat khususnya saluran internet.

"Kerana lebuh raya yang ada di Malaysia ini satu arah sahaja, dan banyak tol, maka orang akan mencari jalan yang lain, yang ada ini primitif, konservetif dan kuno," kiasnya ketika menjawab soalan mengapa penggunaan internet di Malaysia tinggi.

Tegasnya lagi, mereka yang pandai memanfaatkan media baru ini akan pasti dapat membina pengaruh besar dan PAS katanya harus bijak memanfaatkan kemudahan ini untuk survival parti itu.

"Di dalam zaman internet ini, krisis adalah perniagaan," katanya.

(Gambar: Antara peserta muslimat yang turut meyertai konvensyen blogger)

Beliau membentangkan kertas kerja bertajuk 'Menguruskan Potensi Media Baru dalam Merekayasa Pengaruh Politik: Pemikiran Informasi Sebagai Strategi Menurut Perspektif Future Studies'.

Lebih 300 peserta menyertai konvensyen blogger anjuran Lajnah Penerangan PAS di dewan Datuk Fadhil Nor, Taman Melewar hari ini.

Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .