Ikuti Blog ini

Rumah hadiah Kelantan kepada ‘Apek’ siap



KOTA BHARU, 30 Nov: Kediaman khas untuk penjaga gawang pasukan bola sepak negara, Khairul Fahmi Che Mat atau ‘Apek’ yang dianugerahkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan kini siap sepenuhnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk Abdul Fatah Mahmood , berkata majlis penyerahan akan diadakan pada satu tarikh yang akan ditetapkan nanti.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco di Kota Darulnaim, di sini sebentar tadi.

“Kebetulan semalam pegawai dari Syarikat Binaraya milik PKINK menghubungi saya memberitahu kediaman untuk Khairul Fahmi sudah siap sepenuhnya.

“Bagaimanapun kita terpaksa menentukan tarikh yang sesuai antara Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Khairul Fahmi sendiri,” ujarnya.

Fatah seterusnya memberitahu, Tuan Guru mencadangkan majlis jamuan diadakan pada hari berkenaan sebagai tanda kesyukuran.

Tahun lalu, kerajaan negeri mengisytiharkan untuk menyerahkan sebuah rumah kepada bintang bola sepak itu berikutan kecemerlangannya pada Kejohanan Piala Suzuki AFF yang menyaksikan pasukan negara muncul juara.

Kediaman berkenaan terletak di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa setelah ia mula didirikan tahun ini.

Menjawab soalan, beliau memberitahu kediaman berkenaan tiada kaitan dengan masaalah peribadi jaguh bola sepak berkenaan sebelum ini.

“Bagaimanapun kita berharap beliau lebih berhati-hati selepas ini kerana sebagai seorang bintang sahsiah diri perlu dijaga sebagaimana yang dikehendaki oleh kerajaan negeri khususnya Tuan Guru.

“Golongan ini menjadi cermin masyarakat, kerana itu mereka perlu menonjol syahsiah yang murni. Untuk itu kami juga mengharapkan bantuan para media supaya membantu kerajaan negeri untuk mengingatkan mereka agar lebih berhati-hati,” ujarnya.

Penyelewengan terbaru Datuk Seri Shahrizat Jalil


KEADILAN mendedahkan penyelewengan terbaru membabitkan keluarga Menteri Pembangunan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kali ini, parti itu membongkar pembelian kereta mewah jenis Mercedes Benz berharga RM534,622 yang dibeli oleh keluarga Shahrizat pada 2009.
Wang berkenaan diperoleh daripada RM250 juta dana awam yang disalur Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC), milik suami dan anak Ketua Wanita Umno itu.

“Pada 9 Disember 2009, hampir dua tahun yang lepas, keluarga Shahrizat menggunakan wang NFC itu untuk membeli sebuah kereta Mercedes Benz CLS 350 CGI berharga RM534,622,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli.

“Kos penyelenggaraannya tiap-tiap bulan adalah lebih kurang RM20 ribu, itumaintainance dia saja. Itu kereta mewah yang digunakan keluarganya,” katanya.

Menurutnya lagi, dana sebanyak RM3,363,507 turut disalurkan National Meat Lives Corporation (NMLC) untuk membeli dua bidang tanah di Putrajaya pada satu tarikh pada tahun 2009.

KEADILAN turut mendedahkan 15 cek berjumlah RM455,423 yang dibayar untuk tujuan melancong ke luar negara seperti ke Indonesia dan Thailand.

Cek berkenaan dikeluarkan antara bulan Januari hingga Julai 2010 kepada Impian Global Networks Services (IGNS) yang menawarkan pakej percutian.

“Kalau pegi semak akaun ini, tiap-tiap bulan ada pembayaran yang dibuat kepada ‘Impian Global Network Services’ (IGNS).

“Bila kita siasat, IGNS ini ialah syarikat yang tawarkan pakej percutian, ke Bandung, Kuching, Phuket,” kata Rafizi.

Selain itu, Rafizi turut mendedahkan pembayaran lebih setengah juta ringgit kepada syarikat Meatworks (singapore) Private Limited, milikan suami Shahrizat yang membekalkan daging kepada restoran di negara jiran.

Pendedahan terbaru itu muncul selepas Shahrizat bermatian mempertahankan dirinya daripada dikaitkan dengan skandal berkenaan, pada Perhimpunan Agung Umno hari ini.
“Kalau dia singsing lengan, angkat kain.. kita akan dedah lagi lepas ni,” kata Rafizi.

Dalam pada itu, beliau juga menuntut penjelasan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang mempertahankan Shahrizat dengan menyatakan NFC tidak mungkin membuat perdagangan di Singapura.

“Saudara Khairy (Jamaluddin) kata kita temberang sebab kata tak boleh eksport ke Singapura. (Tapi) kenapa pada 21 Julai 2010, NFC memindahkan sejumlah RM588, 585 secara terus ke akaun milik Meatworks (Singapore) Pte Ltd ?

“Sedangkan Meatworks langsung tak ada kena mengena dengan NFC,” katanya.

Gambar Yang Buatkan kita Menangis....


Suatu hari semasa Saidina Umar datang bertemu Rasulullah,dan apa bila melihat Rasullullah sedang berbaring maka menangislah Saidina Umar.Lalu Rasulullah bagun dan bertanya kepada Saidina Umar,"Mengapakah kamu menangis wahai Umar",maka dijawab oleh umar,"Aku kasihan melihat diri mu wahai Rasulullah,badan mu berbalar kerana hanya beralaskan pelepah kurma untuk berbaring,Sedangkan pembesar Rom dan Parsi hidup dalam Istana mewah,sedangkan engkau kekasih Allah".

Lalu dijawab oleh Rasulullah,"Sesungguhnya akhirat itu adalah sebaik-baik tempat bagi kita".


Istana Negara baru yang dibina dengan ciri-ciri binaan Islam dan tradisional Melayu terletak di kawasan seluas 96.52 hektar dan akan menjadi lokasi pertabalan Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim Muadzam Shah sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14 Disember ini.

Lulus Bil Perhimpunan Aman Membawa Protes Tukar Regim di Jalanraya!!! (Video Wajib Lihat)


Khairy kecam kelompok muncul di ambang p’raya


PETALING JAYA: Pemuda Umno hari ini memberi amaran keras bahawa pergerakan itu kesal dengan sikap sesetengah kelompok yang beria-ia menunjukkan muka di ambang pilihan raya.

Ketuanya Khairi Jamaluddin berkata, apabila harapan tidak kesampaian, sokongan serta sumbangan terhadap parti dibiar mati bersama angan-angan yang tak menjadi.

“Ini bukan bentuk mentaliti yang kita mahu.

“Kalau masih ada golongan sedemikian yang bukan sahaja terang-terang menyokong pembangkang tetapi juga memboikot secara senyap – yang langsung tak buat kerja, yang membawa diri merajuk sepi, yang menghilangkan diri, yang tak keluar mengundi – kita minta tindakan tegas terhadap mereka ini sebagai pembelot kepada parti,” katanya berucap di Perhimpunan Agung parti di PWTC hari ini.


Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, sungguhpun Pemuda menaruh harapan untuk diberi peluang tetapi yang paling penting adalah untuk memenangi pilihan raya umum (PRU13).

Katanya, walau apa jua pun keputusannya, Pemuda berikrar kepada Presiden akan setia menyokong mana-mana calon yang dipilih demi maqasid yang lebih besar yakni kemenangan Barisan Nasional.

Dalam ucapannya, Khairy juga menuduh pembangkang menjahanamkan sistem demokrasi; sistem pentadbiran; menjahanamkan maruah negara; menjahanamkan sejarah negara; menjahanamkan jati diri bangsa dan menjahanamkan kemakmuran ekonomi negara.

Jangan leka

Beliau juga mengingatkan Pemuda Umno jangan sekali-kali lalai, leka dan alpa.

“Jangan kita dibuai kegemilangan silam. Cabaran yang bakal kita hadapi pada PRU-13 ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah pilihan raya.

“Inilah masa dan ketikanya Pemuda Umno bangun untuk melakar kesinambungan perjuangan yang murni ini,” katanya.

Khairy menambah Pemuda yang ada pada hari ini, seperti mereka yang terdahulu, tidak mungkin lari dari medan perang.

Menurutnya, Pemuda tahu betapa pentingnya perjuangan ini demi masa hadapan anak bangsa.

“Saya yakin dan percaya setiap ahli Pemuda yang ada pada hari ini takkan gentar untuk menghadapi armada perang musuh dan berjuang bersama-sama pucuk pimpinan.

“Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah. Biar patah dahan berpaut, biar retak lantai berpijak, musuh datang pemuda tak takut, apa dugaan takkan berganjak,” tegas Khairy.

freemalaysiatoday

Anak muda diajak tolak Akta Perhimpunan Aman

KUALA LUMPUR, 30 Nov: Exco Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Mohd Firdaus Jaafar mengingatkan golongan muda agar tidak terpengaruh dengan 'jaminan keselamatan' kerajaan dalam Akta Perhimpunan Aman yang diluluskan di Dewan Rakyat semalam.

Beliau sebaliknya menyeru golongan muda menolak akta tersebut kerana ianya jelas menghalang kebebasan bersuara anak muda yang menyokong sistem demokrasi.
Katanya, akta itu digubal hanya untuk menjaga kepentingan politik Umno BN untuk terus memerintah negara.

"Kita minta anak muda tolak undang-undang ini dengan slogan undang-undang ini dipinda untuk kesinambungan politik Barisan Nasional, bukan untuk keamanan rakyat.

" Akta ini akan menghalang perhimpunan yang dilakukan oleh belia apatah lagi apabila disebutkan remaja 15 tahun ke bawah tidak boleh menyertai himpunan. Jadi ini akan menjejaskan aktiviti anak muda," kata beliau yang juga Ahli Parlimen Jerai.

Firdaus berkata, Umno BN ternyata menggunakan Parlimen untuk kepentingan mereka apabila membentangkan dan meluluskan akta tersebut secara tergesa-gesa dan menolak cadangan Pakatan Rakyat agar ianya dibawa ke Jawatankuasa Khas Parlimen untuk diteliti.

"Undang-undang ini bukan untuk keamanan tapi untuk keselamatan pimpinan Umno BN. Umno BN guna Parlimen untuk keselesaan mereka memerintah Malaysia, bukan undang-undang untuk beri manfaat besar kepada rakyat," katanya.

Rang undang-undang tersebut diluluskan petang semalam selepas penggulungannya dilakukan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz.

Sebelum itu ia dibahaskan oleh enam Ahli Parlimen termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh), Abdul Hadi Awang (PAS-Marang), Lim Guan Eng (DAP-Bagan), Abdul Rahman Dahlan (BN-Kota Belud), Ibrahim Ali (Bebas-Pasir Mas). -Hrkh


Hasutan Paling "Jahat" Terhadap Orang Melayu!!


Orang Melayu akan hilang segala hak dan kuasa mereka sekiranya Pakatan Rakyat (PR) memenangi lebih banyak kerusi Parlimen dalam pilihan raya umum akan datang, dkwa Ketua Penerangan Umno hari ini.

Datuk Ahmad Maslan (gambar) berkata, senario paling buruk berkenaan masa depan orang Melayu negara ini ialah apabila wujud “Parlimen tergantung” seperti di Australia, di mana Barisan Nasional tidak mampu melaksanakan agenda polisi-polisi ekoran hanya majoriti mudah.

“Jika wujud Parlimen tergantung macam di Australia, katakan 112 kerusi bagi kerajaan berbanding 110 bagi pembangkang, keadaan paling buruk akan berlaku.

“Bahasa Melayu akan hilang (kedudukan), kata selamat tinggal kepada Kesultanan Melayu, malah pembangkang DAP tidak akan hormati institusi diraja... mereka tidak pernah terima gelaran diraja meskipun mereka ditawarkan,” kata beliau pada satu forum parti sempena perhimpunan agung tahunan 2011.

Bercakap pada forum “Agenda Melayu pasca pilihan raya”, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini mendakwa DAP tidak menghormati institusi diraja dan juga bahasa kebangsaan.

“Kata selamat tinggal kepada Islam sebab mereka (DAP) adalah ejen Kristian... dalam bercakap mengenai agenda Melayu, kita tidak boleh lari daripada ini,” kata Ahmad.

“Saya risau mengapa PAS boleh berkawan dengan DAP (tapi) menentang kerjasama dengan Umno. Bukankah lebih baik jika PAS menyertai BN, dengan itu kita akan ada 160 kerusi persekutuan,” katanya lagi.

PAS dengan gandingan DAP dan PKR memperoleh 82 kerusi Parlimen tiga tahun lalu.

Umno berulang kali sejak 2008 menggesa PAS meninggalkan PR dan membentuk kerjasama politik dengan Umno. PAS menegaskan ia akan kekal bersama PR.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian berkata bahawa Umno sentiasa menghulurkan tangan kepada PAS tetapi parti Islam itu sentiasa menolak pelawaan.

Dengan menekankan bahawa ancaman Melayu akan hilang kuasa memang benar akan berlaku, Ahamd mendakwa komuniti Cina secara perlahan-lahan menguasai arena politik dan ekonomi.

Ini kerana kaum Cina sedang mendahului proses pendaftaran pemilih.

“Orang muda Cina lebih 21 tahun sudah pun mendaftar sebagai pengundi. Bagaimana dengan orang Melayu? Sesetengah mereka berusia 31 tahun dan belum mendaftar lagi.

“Kita tidak lagi pegang kuasa. Lihat di Selangor, siapa Exco Kerajaan Negeri? Ronnie Liu, Xavier, Elizabeth, Teresa Kok, ini adalah agenda DAP, Kristianisasi,” katanya lagi.

Ahmad berkata orang Melayu memerlukan pelan 10 langkah jika mereka perlu kekal dominan.

Umno memulakan perhimpunan agung tahunan hari ini, yang dilihat sebagai terakhir sebelum menghadapi pilihan raya umum ke-13.

Barisan Nasional (BN), yang parti terasnya Umno, kehilangan majoriti dua pertiga dalam pilihan raya umum 2008.

JuRaGan : Inilah sebuah Parti politik yang ketinggalan zaman,bercakap bab perkauman untuk mendapat sokongan,siapa sebenarnya yang melingkupkan orang melayu dan ketuhanan melayu dan siapa pula yang meminggirkan Islam..Pemimpin Umno DiIngatkan jangan sangka orang Melayu "Bodoh" mcm lembu Shahrizat..cukuplah penyokong Umno sahaja yang kamu boleh pelembukan!!

Ingat!! Inilah modal basi pimpinan Umno apabila Parti mereka semakin mereput dan tersepit..maka mereka akan memainkan isu Perkauman..Agama dan Raja-raja Melayu..

PRU-13: Umno akan berjihad pertahan Putrajaya!!!

Muhyiddin: PRU-13 ‘ibu segala pilihan raya’, mahu ahli Umno jihad

KUALA LUMPUR, 29 Nov: Tan Sri Muhyiddin Yassin menggesa ahli-ahli Umno berjihad untuk mempertahankan kuasa orang Melayu dengan mengekalkan kemenangan dalam pilihan raya umum ke-13 yang menurunya merupakan “ibu segala pilihan raya.

Susulan tsunami politik tiga tahun lalu, Timbalan Presiden Umno ini menegaskan Pilihan Raya Umum ke-13 akan menentukan jatuh bangun umat Melayu dan kelangsungan mereka. 

“Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan Raya Umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?” kata beliau berucap merasmikan secara serentak Persidangan Tahunan Puteri, Pemuda dan Wanita Umno malam ini. Ucapannya disiarkan secara langsung oleh stesen-stesen televisyen tempatan.

Dalam ucapan bertemakan “Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad”, Muhyiddin yang timbalan perdana menteri bertanya perwakilan ketiga-tiga sayap, “sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita?”

“Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak,” kata beliau.

Timbalan Pengerusi Barisan Nasional (BN) ini yang Umno merupakan parti terasnya berkata, perjuangan Umno sekarang jihad untuk agama, bangsa dan negara.

“Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak. Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup  dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah,” katanya merujuk kepada perwakilan ketiga-tiga sayap itu.

Persidangan tahun ini merupakan ketiga dirasmikan oleh Muhyiddin selaku timbalan presiden Umno.

Muhyiddin menambah, calon adalah senjata parti untuk menang dan oleh itu mahu setiap ahli memberi sepenuh keyakinan kepada pucuk pimpinan untuk menentukannya.

Katanya, “yang penting, calon kita mesti berkaliber, berpendidikan, berwibawa, berjiwa rakyat, bersih, jujur, amanah, tinggi moralnya dan diterima oleh rakyat.”

“Akurlah dengan keputusan pucuk pimpinan. Berilah sokongan padu kepada setiap calon. Gerakkan jentera untuk membantu mereka,” kata beliau lagi.

Sambil menekankan bahawa Umno tidak sunyi daripada kelemahan dan kekurangan, kata Muhyiddin, partinya bukanlah malaikat.

“Kita insaf dan sedar. Kita sentiasa mengorak langkah melakukan perubahan dan memperbaiki kelemahan tanpa menggadai prinsip perjuangan,” katanya lagi.
- MI

Muhyiddin: PRU-13 tentukan jatuh bangun Melayu

Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengingatkan anggota parti itu bahawa pilihan raya umum ke -13 adalah "ibu segala pilihan raya" yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu.

Bahkan beliau yang juga timbalan perdana menteri turut membangkitkan kebimbangan sama ada kuasa politik akan kekal pada parti itu atau terlepas ke tangan pihak lain.

"Saya mengambil sedikit masa untuk menyentuh tentang persoalan-persoalan yang berlegar di benak fikiran orang Melayu, tentang beberapa isu yang amat penting kepada kelangsungan mereka, supaya generasi muda dan sayap-sayap parti memahami apakah psikologi dan minda Melayu yang kita hadapi hari ini.

"Sesungguhnya, kita sedang berada dalam satu situasi yang amat kritikal. Pilihan raya umum ke-13 adalah ibu segala pilihan raya yang akan menentukan jatuh bangun umat Melayu. Apakah kuasa politik kekal berada di tangan kita? Atau akan terlepas ke tangan orang lain?

"Sanggupkah saudara-saudari melihat kuasa politik terlepas dari genggaman kita? Sanggupkah kita membenarkan pembangkang menawan Putrajaya? Sanggupkah kita melihat orang Melayu hilang kuasa di bumi sendiri? Jawapannya tentu sekali tidak," katanya.

Sehubungan itu, beliau menggesa ketiga-tiga sayap parti bersatu dan bersedia dengan kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi pilihan raya berkenaan.

'Jangan main belakang'

"Ketepikan perbezaan dan persengketaan. Lemparkan segala sifat tercela jauh ke lautan hitam. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Yakinlah, perjuangan ini adalah jihad untuk agama, bangsa dan negara. Jihad untuk keadilan. Jihad untuk pertahan hak.

"Percayalah, pilihan raya umum nanti mempunyai makna yang cukup dalam kepada kelangsungan kita. Pilihan raya ini adalah medan jihad dan saudara-saudari adalah para mujahid dan mujahidah," tegasnya lagi.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno bertajuk "Menunjangi Survival Bangsa: Suatu Jihad" di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara malam ini.
Peringatan itu dilontarkan susulan wujudnya persepsi kuasa Melayu semakin goyah susulan kemerosotan sokongan Umno dalam pilihan raya umum lalu dan ekoran dakwaan "fitnah jahat" yang dilemparkan pada Umno.

Sementara itu, untuk mencapai kejayaan, Muhyiddin mengingatkan supaya tidak berlaku sabotaj dalam parti ekoran pemilihan calon pilihan raya.

"Jangan kita mencalit arang ke muka parti. Jangan sabo. Jangan boikot. Jangan cah keting. Jangan peteh sama sendiri. Jangan 'mandikan' calon-calon kita. Jangan tutup bilik gerakan. Jangan main belakang. Jangan lari ke luar negeri. Jangan tikam kawan.

"Jangan lakukan apa sahaja yang boleh menjejaskan peluang parti untuk menang dalam pilihan raya. Ingat, pilihan raya nanti adalah pertandingan hidup atau mati," katanya.
- M'kini

Bekalan untuk berjihad:

Nota kaki:
Umno akan berjihad bersama-sama ahli MCA, MIC dan Gerakan untuk mempertahankan RASUAH, KEZALIMAN DAN SALAHGUNA KUASA. Bukankah MCA, MIC dan Gerakan kini 'melayu umno'?

[Video] Ribuan Berhimpun Bantah Bil Perhimpunan Aman

Sekurang-kurangnya 500 peguam dan aktivis masyarakat menyertai perhimpunan membantah Rang Undang-Undang Perhimpunan Aman 2011 di Parlimen, hari ini.

Perhimpunan 'Walk for Freedom to Walk' itu mula berkumpul di Taman Tasik Perdana seawal 11 pagi dan telah bergerak ke Parlimen jam 12.30 tengahari ini bagi menyerahkan kertas cadangan supaya kerajaan meminda rang undang-undang perhimpunan aman.

Perhimpunan ini tercetus apabila Kerajaan membentangkan rang undang-undang bagi mengawal jenis perhimpunan yang boleh diadakan.

Badan Bukan Kerajaan seperti Majlis Peguam dan Suaram telah mengecam Rang tersebut kerana ia dikatakan lebih mengongkong hak rakyat untuk berhimpun.

Mereka berkata rang itu bertentangan dengan prinsip demokrasi dan anti-artikel 10 perlembangaan.

Walaubagaimana pun Kerajaan Pusat tetap tegar untuk meluluskan rang tersebut dalam sidang Parlimen minggu ini.

Shahrezan Othman dari wakil majlis peguam berkata himpunan ini bukan atas dasar politik Barisan Nasional atau Pakatan Rakyat sebaliknya adalah untuk mewakili suara rakyat Malaysia.

Perarakan 'Walk for Freedom to Walk' yang menuju ke Parlimen bagaimanapun bertembung dengan sekumpulan lelaki yang hanya lingkungan 50 orang.

Kumpulan itu bertindak melemparkan kata-kata kesat seperti 'kami bantah seks bebas, kami tolak majlis peguam negara'

Pergerakan terhalang apabila polis dengan kekuatan jentera seramai hampir 30 anggota bertindak menghalang rombongan itu masuk ke laluan utama Parlimen.

Walaubagaimanapun hanya 10 wakil peguam sahaja dibenarkan masuk bagi menghantar kertas cadangan


Saksikan keratan video ''Walk for Freedom to Walk' dibawah. -tvsnews







Bongkar! Modus operandi TV3 celaka buat fitnah!

ARTIKEL sebelum ini di MiLo SuaM ada mendedahkan bagaimana sekumpulan budak-budak bawah umur muncul di saat orang ramai berkumpul di Kelab Taman Perdana Diraja sebelum berarak ke parlimen rujuk sini [budak-budak]

Memang agak "suspicous" kenapa budak-budak bawah umur ini memakai baju kuning, kemudian membawa banner menyokong seksualiti merdeka? Seperti ada agenda tersembunyi.


Oleh kerana tidak berpuas hati, maka salah seorang aktivis Jingga 13 bersama seorang wartawan wanita dari Suara Keadilan pergi menemubual mereka.

Mereka mendakwa memakai baju kuning kerana menyertai satu program konvoi "suka-suka" ke Melaka dan singgah di situ (parlimen) juga kerana "suka-suka" atau saja-saja.

Pada mulanya mereka tidak mengaku memakai baju kuning, tapi akhirnya mereka menjelaskan bahawa mereka membuka baju kuning tersebut kerana "panas".

Semasa ditanya adakah mereka tahu perhimpunan apa yang sedang berlangsung? Mereka menjawab tidak tahu dan mereka tidak layak menyertai perhimpunan itu.

Saksikan video rakaman temuramah tersebut di bawah ini.


Rupa-rupanya segala persoalan ini terbongkar. Budak-budak bawah umur ini memang sengaja diupah untuk menyamar kononnya sebagai penyokong Bersih 2.0 (baju kuning), juga menyamar sebagai "penyokong seksualiti merdeka" (bawa banner).

Peranan TV3 Al-Musyrikin pula menyebarkan berita palsu kononnya "Walk for freedom 2 walk" atau perhimpunan membantah akta perhimpunan aman 2011 dan Bersih 2.0 menyokong Seksualiti Merdeka (atau kebebasan seks kata TV3).

Saksikan laporan Buletin Utama di bawah ini.



Tambah menguatkan lagi bukti pembohongan Buletin Utama ini, budak-budak bawah umur yang dilaporkan sebagai penyokong Bersih 2.0 oleh TV3 dilihat membakar baju-baju yang mereka pakai.

Penyokong Bersih 2.0 kejadah apa kalau bakar baju kuning yang menjadi simbolik sokongan terhadap Bersih 2.0?



Lihat dengan mata kepala anda sendiri, mereka sanggup mengupah budak-budak bawah umur untuk membuat kerja terkutuk memperbodohkan orang kampung. Ini namanya media haram jadah!

ReJaM© "Bodohkan rakyat untuk terus berkuasa, dosa pahala tolak tepi..."
Related Posts with Thumbnails
hak cipta terpelihara ©2011. MUSLIMEEN UNITED .